HATIKU UNTUKMU SELAMANYA
Karya : ZIA IZARON
Sinopsis :
Pertemuan disebabkan kemalangan yang tidak di sengajakan di pusat membeli belah di antara Irfan dan Arissa telah membuatkan Irfan jatuh hati pada Arissa. Idea nakal Irfan yang mengenakan Arissa telah membuatkan Irfan berjaya mendapat maklumat yang dinginkan dari Arissa.
“Nur Arissa Najwa binti Abdullah nama yang begitu indah seindah pemiliknya. Aku takkan lepaskan gadis ini, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengenali gadis ini dengan lebih dekat lagi.” - Irfan
Arissa yang masih lagi tidak bekerja telah mendapat satu tawaran dari sahabat baiknya Julia untuk bekerja sebagai pembantu peribadi alias jururawat peribadi kepada abang sepupunya. Arissa yang pada awalnya menolak terpaksa juga menerima bila memikirkan dirinya yang masih tidak bekerja.
“Apa???? Kau suruh aku jaga abang sepupu kau yang cerewet tu?” – Arissa
Irfan yang sakit akibat kemalangan gembira bila mendapat tahu gadis yang bakal menjaganya itu adalah gadis yang sama yang ditemuinya sebelum dia kemalangan dulu. Namun keseronokan Irfan itu hanyalah sementara apabila dia mendapat tahu gadis yang dipujanya itu akan berkahwin dengan lelaki lain. Hancur berkecai hatinya bila mendapat tahu berita itu, lagi berkecai bila berita itu diketahuinya sendiri dari Arissa.
Kehadiran semula Fazrul dalam hidup Arissa telah membuatkan Arissa menjadi tidak selesa dan Fazrul telah merancang sesuatu supaya dia dapat memiliki Arissa. Apakah yang akan dilakukan Fazrul supaya dia dapat memiliki Arissa?
Bagaimana pula dengan Sara, gadis yang setia menunggu Irfan? Adakah hati Irfan akan terbuka untuk menerima Sara dalam hidupnya?
Dapatkah Irfan mencari kebahagiaannya selepas apa yang dilaluinya itu? Apakah benar lelaki yang dilihat Irfan itu bakal menjadi suami Arissa? Sama-sama kita ikuti kisah Arissa dan Irfan dalam HATIKU UNTUKMU SELAMANYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment