Followers

Wednesday, 12 June 2013

NOVEL : HUS (5)

BAB 5

SELESAI MAKAN MALAM,  Irfan dan Puan Zainab berehat diruang tamu menonton televisyen sambil menikmati pencuci mulut. Arissa pula sibuk membantu Mak Mah membersihkan pinggan mangkuk di dapur.
“Esok macam mana Irfan? Siapa yang akan temankan kamu buat pemeriksaan di hospital? Mama minta maaf, esok mama tak dapat nak temankan kamu ke hospital. Mama ada kerja nak diuruskan. Jadi macam mana?” tanya Puan Zainab.
Irfan memuncungkan mulutnya kearah dapur menandakan Arissa akan menemankannya.
“Alahhh, mama jangan risaulah mama, kan Irfan dah ada bodyguard. Dia sentiasa bersedia berkhidmat untuk Irfan tau! Esok dia akan temankan Irfan, confirm takkan membantahnya…Mama tengoklah kalau tak percaya.”
“Ishhh!!! Kamu ni,  larat ke Arissa nanti.”
“Mama ni, bukan kena kendong Irfan pun, just tolak Irfan atas kerusi roda je kot, takkan tu pun tak larat. Lagipun tongkatkan ada, kalau nak berdiri, Irfan gunalah tongkat tu nanti.” terang Irfan.
“ Arissa…!Arissa…oooo Arissa” panggil Puan Zainab
“ Ya, saya puan.”sahut Arissa.
“Mari sini sekejap, mak cik ada perkara nak mintak tolong dengan Rissa ni.”
“Ya Puan, ada apa?”
Irfan disebelah mengerling pada Arissa.
“Tak macam ni, esok Irfan ada temujanji dengan doktor di hospital, mak cik tak dapat nak temankan dia, jadi mak cik nak mintak tolong  kamu temankan dia esok. Boleh tak?” tanya Puan Zainab.
“ Saya dengan Encik Irfan je ke Puan???” tanya Arissa.
Irfan di sebelah menjawab.
“Yelah, awak dengan saya jelah. Habis tu awak nak ajak satu taman ni ke temankan saya.” Irfan saja ingin membuat Arissa marah
“Eeeeee…beruang ni, senyap boleh tak! Aku bukan tanya kau pun BERUANGGGGG!!!” tengking Arissa dalam hati.
“Ishhhhh, kamu ni Irfan apa cakap macam tu, Arissa tanya elok-elok tu kan. Jawab elok-elok tak boleh ke?” marah Puan Zainab pada Irfan
“A’ah ..Arissa. kamu berdua je lah nanti. Macam mana???”
“Emmmmm…boleh tu boleh Puan, tapi nak pergi dengan apa esok?”
“Oleh kerana kereta Irfan pun masih lagi kat workshop, mak cik pun perlukan kereta esok. Arissa ada kereta kan?Apa kata kalau pergi dengan kereta Arissa je, boleh? Nanti duit minyak mak cik bagilah.” tanya Puan Zainab minta persetujuan.
“Saya tak ada masalah puan, tapi saya takut Encik Irfan je lah tak selesa nanti. Maklumlah kereta saya tu kecik aje nak bandingkan dengan kereta Encik Irfan." terang Arissa merendah diri.
“Kenapa??? Awak ingat saya tak pernah naik kereta kecik ke?”
“Saya tak kata pun Encik Irfan tak pernah naik kereta kecik. Saya takut Encik Irfan tak selesa je. Encik Irfan kena faham elok-elok ayat saya tu.” bidas Arissa, geram dengan jawapan Irfan. Tanpa sedar Puan Zainab tersenyum melihat keberanian Arissa menjawab kata-kata Irfan.
“Boleh tahan jugak Arissa ni, berani jugak budak ni. Sebelum ni, tak pernah ada lagi orang lain yang berani membidas Irfan macam ni. Ini satu petanda yang baik untuk Irfan.” kata Puan Zainab dalam hati.
“Oooo…awak menjawab ya.”
“Bukan menjawab, hanya memberi sedikit penerangan” balas Arissa lagi.
Geram dengan perangai Irfan yang sentiasa saja nak buat hatinya sakit.
“Apa dia ingat mama dia ada kat sini aku tak berani nak jawab?  Tapi hakikatnya memang aku tak berani pun, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa kecut perutnya menjawab kata-kata Irfan tadi. Tapi diberanikan jugak diri untuk menjawab demi menegakkan keadilan.”
“Okey… Tak apa Arissa, tunggulah esok. Malam ni aku bagi peluang pada kau untuk menyempurnakan misi-misi akhir kau. Esok kau tengoklah Arissa.Laju sungguh mulut kau menjawab malam ni ya? Tak apa-tak apa…” kata Irfan dalam hati.
“Okey Arissa, mak cik masuk tidur dulu. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi bantu mak cik.”
“Tak apa puan, perkara kecik je ni. Setakat mana Arissa boleh bantu, Arissa akan bantu.” Jawab Arissa sambil tersenyum pada Puan Zainab. Irfan disisi Puan Zainab, dikerling tajam.
“Hah! Satu lagi, tak payahlah berpuan-puan dengan makcik. Panggil mak cik je cukup tak pun panggil mak long. Mana-mana, ikut keselesaan Arissa.”
“Baiklah Puu… em mak cik.” Sambut Arissa tergagap-gagap tidak terbiasa dengan panggilan itu.


KEESOKAN paginya…
“Arissa oh! Arissa, Arissa oh! Arissa, Arissa oh! Arissa…aaaaaaaaaa” panggil Irfan mengikut rentak lagu cindai.
“Aissshhh! Apa ke sewel beruang ni, panggil nama aku siap berlagu lagi, hari ni rentak lagu cindai pulak, esok lusa tak tahulah aku rentak mana pulak yang dipanggil.” rungut Arissa sendiri.
“Ya Encik Irfan ada apa?”
“Eh! Boleh pulak awak tanya saya ada apa. Awak lupa ke, hari ni kan saya ada temujanji dengan doktor. Ni awak dah siap belum ni?” tanya Irfan
“Dah siap pun, tunggu Encik Irfan lah ni. Jadi apa tunggu lagi, jom Encik Irfan” ajak Arissa sambil kakinya laju sahaja menuruni tangga.
“Awak ni, main-mainkan saya ye. Kot ya pun tolonglah saya angkat kerusi roda ni, takkan saya nak turun sambil bawak kerusi roda ni. Awak tak nampak ke kaki saya macam mana?”
“Opppsssssss! Sorry Encik Irfan terlupa…hehehe”Arissa tersenyum geli hati, terlupa yang majikannya kurang upaya.
Irfan menuruni anak tangga dengan berhati-hati, sambil tangannya berpaut pada pagar tangga. Arissa menurutinya dari belakang sambil membawa kerusi roda dan tongkat Irfan. Sampai dibawah Arissa menolak Irfan dengan kerusi roda untuk menuju ke keretanya. Sampai di kereta…..
“Aikkkkk! Mana pulak kunci kereta aku ni?” Arissa tercari-cari kunci keretanya didalam beg tangannya, tetapi tidak jugak menjumpainya.
“Ni kenapa pulak ni? Bila saya boleh masuk dalam kereta awak ni? Dari tadi saya tunggu. Apa yang awak cari tu?” tanya Irfan
“Maaf Encik Irfan, saya rasa kunci kereta saya tertinggal kat dalam biliklah. Encik Irfan tunggu sekejap ye, saya pergi ambik.”
“Aiiiissssshhh! Awak ni, memang betul-betul dah nyanyuklah, tadi satu hal ni tertinggal kunci kereta pulak. Nasiblah saya dapat pembantu macam ni. Muda-muda dah nyanyuk.” rungut Irfan 
“Amboi, sedapnya mulut Encik Irfan kata saya nyanyuk…” protes Arissa tidak puas hati.
“Dah memang itupun kenyataannya, kalau tak nyanyuk tak adal ah sampai tertinggal kunci kereta tu. Dah, dah awak tak payah nak bertekak dengan saya, pergi ambil kunci kereta tu cepat, nanti lambat pulak kita ke hospital.” suruh Irfan.
Arissa berlalu mengambil kunci keretanya dengan hati yang sebal ,tidak puas hati kerana tidak dapat menjawab kata-kata Irfan itu tadi.
 Sebaik sahaja menjumpai kunci keretanya, Arissa turun kebawah dengan segera.
“Macam mana jumpa tak kunci kereta awak tu?”tanya Irfan.
“Ni hah, dah jumpa.”
“Nasib baik jumpa, kalau tak berjanggutlah saya kena tunggu kat sini. Lain kali kalau nak pergi mana-mana tu, periksa dulu. Tak ada lah jadi kelam kabut macam ni” bebel Irfan lagi.
“Yelah…yelah… cepatlah masuk Encik Irfan, nantikan lambat pulak.”
“Awak ni memang nak kena siku dengan saya ni. Awak tak tengok saya macam mana ni?” marah Irfan pada Arissa.
“Opppsss!!! Lupa lagi. Maaf Encik Irfan saya terlupa yang Encik Irfan…….”
“Encik Irfan apa???” soal Irfan pantas.
“Tak ada apa-apalah Encik Irfan. Marilah saya bantu.” Arissa tersenyum sendiri mengenangkan diri yang sentiasa terlupa akan ketidakupayaan majikannya sendiri. Kadangkala best jugak dapat melihat muka Irfan yang seakan tidak puas hati tiap kali dia terlupa untuk membantunya.


SAMPAI di hospital, Arissa menberhentikan keretanya betul-betul depan pintu utama hospital bagi memudahkan dia untuk menurunkan Irfan disitu.
“Okey Encik Irfan, Encik Irfan tunggu saya disini sekejap, saya nak parking kereta sekejap, nanti saya datang balik. Encik Irfan tunggu disini ya. “ beritahu Arissa.
“ Ya…ya…ya saya tunggu dekat sini. Apa lagi, cepatlah pergi. Nanti tak ada parking susah pulak.”
“Okey, sekejap lagi saya sampai.”
Tidak berapa lama kemudian, Arissa sampai ditempat dimana Irfan menunggunya tadi.
“Awak pergi mana lama sangat ni.”
“Laaaaaa…saya pergi parking keretalah Encik Irfan, nak pergi mana lagi. Lagipun mana ada lama, siap parking terus saya kesini.” jawab Arissa panjang lebar.
“Awak ni kalau tak menjawab tak sah kan? Pendek saya tanya, panjang pulak awak menjawabnya ya.”
“Dah Encik Irfan tanya, saya jawablah. Nanti kalau saya tak jawab Encik Irfan marah pulak.”
“Dah…dah…tak payah nak bertekak dengan saya dekat sini. Cepat tolak saya, nanti lewat pulak.” kata Irfan.
Arissa membuat mimik muka, sambil menolak, sambil mengajuk kata-kata Irfan tadi. Tanpa dia sedari Irfan dapat melihat mimik mukanya itu kerana terdapat cermin di hadapan.
“Awak kalau nak tolong saya biar ikhlas, tak payahlah nak buat mimik-mimik muka awak yang comel tu di belakang saya” perli Irfan.
“Aissshhh, beruang ni nampak ke apa yang aku buat” bisik Arissa dalam hati. Lalu dia mengangkat muka…
“Alamak! patutlah…ada cermin rupanya…adoiiiiii…macam manalah aku boleh tak perasan. Cuai betul lah kau ni Rissa.” bebel Arissa dalam hati.
“Lain kali, kalau nak ajuk orang tu, pastikan tuannya tak nampak.” perli Irfan lagi
“Dah berhenti kat sini, awak duduk dulu kat kerusi tu.” arah Irfan
Tidak sampai sepuluh minit menunggu, jururawat yang bertugas memanggil Irfan supaya masuk ke dalam bilik Dr Imran.
“Arissa! awak tunggu apa lagi tu, marilah tolak saya ni. Awak tak dengar nurse dah panggil saya tu.”
“Saya kena masuk jugak ke Encik Irfan?” tanya Arissa macam orang bodoh.
“Yelah, kalau tak buat apa saya suruh awak temankan saya. Eeeee…apa punya pembantulah awak ni, benda kecik macam ni pun nak kena ajar.” rungut Irfan sengaja ingin menghangatkan hati Arissa.
“Hei! beruang, yang dipanggilnya kau, bukan aku. Buat apa pulak aku nak kena masuk, bukannya aku yang sakit. Ingat aku budak kecik ke, tak pernah datang hospital. Suruhlah nurse tu yang tolak. Tak pun tolak sendiri! Bukannya jauh sangat pun jarak bilik Dr. Imran dengan kau.” bentak Arissa dalam hati. Walaupun tidak puas hati, terpaksa jugak dia menolak Irfan masuk kedalam bilik Dr. Imran.
“Assalamualaikum Dr. Imran.” Irfan memberi salam.
“Waalaikumussalam…Encik Irfan... silakan masuk.” pelawa Dr. Imran
Irfan mengambil tempat berdepan Dr.Imran, sementara Arissa duduk di kerusi tetamu berhampiran pintu bilik.
So, macam mana keadaan kaki Encik Irfan sekarang, ada rasa apa-apa perubahan.” tanya Dr.Imran.
“Setakat ni Alhamdulillah doktor, rasa sakit tu dah kurang sikit.”
“Kalau macam tu mari saya periksa dulu kaki Encik Irfan ni, andaikata semuanya dah okey, mungkin simen pada kaki Encik Irfan ni dah boleh dibuka.” terang Dr. Imran 
Dr. Imran melaksanakan tugasnya, Arissa yang menunggu sudah kebosanan.
“Oh ya Encik Irfan, siapa yang datang dengan Encik Irfan tu? Cantik orangnya” puji Dr.Imran
“Issshhh!!! Sibuk pulak Dr. Imran ni, buat kerja kau sudah lah. Ni tak boleh jadi ni” kata Irfan dalam hati
“Siapa tu Encik Irfan, adik Encik Irfan ke?” tanya Dr. Imran sekali lagi.
“Hah!”
“Saya tanya siapa tu?”
“Ooooo…tu isteri saya, kenapa Dr. Imran”
“Eh! Bukan Encik Irfan belum kahwin ke???”tanya Dr. Imran sedikit musykil.
“Emmmmm…tak maksud saya bakal isteri.” jelas Irfan.
“Oooooo…saya ingatkan adik Encik Irfan tadi, kalau tak boleh saya berkenalan”
“Eeeeee…..boleh tahan gatal jugak Dr. Imran ni. Tak boleh jadi macam ni, silap haribulan melopong aku nanti” bisik Irfan dalam hati.
Dr. Imran memandang kearah  Arissa sambil tersenyum. Arissa membalas senyuman itu tanpa mengerti apa-apa. Irfan yang berada berhampiran Dr.Imran kelihatan tidak senang duduk. Geram saja melihat Dr. Imran apabila dia memandang Arissa begitu.
“Macam mana keadaan kaki saya doktor?” tanya Irfan mengalih perhatian Dr.Imran yang sedari tadi memandang Arissa.
“Yang si Arissa tu pun gatal, pergi balas senyuman dia tu apa pasal?” rungut Irfan
“Ooo…okey, simen di kaki Encik Irfan ni dah boleh bukak, nanti tak susah sangatlah untuk Encik Irfan bergerak. Tapi Encik Irfan masih perlukan kerusi roda dan tongkat untuk Encik Irfan bergerak, kerana keadaan kaki Encik Irfan tidak sepenuhnya pulih lagi.
“Kalau macam tu, terima kasih doktor. Saya balik dulu.”
“Kot ya pun nak balik, bagilah saya buka simen ni dulu Encik Irfan.”
“Opppsss!!! Lupa…hehehe”
“Ni kau punya pasal lah ni. Sampai aku terlupa” bebel Irfan dalam hati.
Selepas siap sahaja semuanya. Irfan mengajak Arissa balik.
“Jom Arissa!” ajak Irfan.
Arissa mendapatkan Irfan, sambil mengucapkan terima kasih  kepada Dr. Imran.
 “Harap dapat jumpa awak lagi lepas ni.” ucap Dr.Imran pada Arissa.
Arissa yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum. Irfan yang mendengarnya sudah tidak betah berada disitu. Geram rasanya dengan doktor yang merawatnya itu. Keluar sahaja dari bilik Dr. Imran, Irfan memarahi Arissa.
“Yang awak gatal-gatal pergi balas senyuman doktor tu apasal?”
Arissa kelihatan terpinga-pinga bila tiba-tiba sahaja Irfan memarahinya.
“Yang Encik Irfan ni, marah-marah saya ni apasal pulak? Dah orang senyum saya senyumlah. Takkan itupun salah?” jawab Arissa tidak puas hati.
“Lain kali awak tak payah nak balas senyuman doktor gatal tu!”
“Kenapa gatal pulak, saya tengok tak gatal pun. Lagipun tu hak saya nak balas atau tak.”
“Kalau saya kata tak payah tu, tak payahlah. Awak ni kalau tak membantah boleh tak? Degil mengalahkan badak sumbu. Kalau tak jawab kata saya, tak sah kan awak ni.”
“Yelah…yelah saya tak balas.” jawab Arissa. Malas untuk memanjangkan pertengkaran dengan majikannya itu.
“Apa kes lah pulak, nak samakan kedegilan aku dengan badak sumbu. Tak masuk akal langsung. Agaknya beruang ni pernah berkawan dengan badak sumbu kot sebelum ni.” kata Arissa dalam hati. Tiba-tiba je hatinya digeletek bila tekenangkan persamaan yang diberikan oleh Irfan tadi.
“Tu, kenapa pulak senyum-senyum tu?” tanya Irfan.
“Tak ada apa-apalah Encik Irfan. Jom lah kita balik, nanti lewat pulak sampai rumah kalau asyik bertekak je kat sini.” kata Arissa, malas ingin melayan pertanyaan Irfan.
“Kalau awak tak buat hal, tak ada masanya saya nak bertekak dengan awak.” kata Irfan geram.
“Bila masa pulak saya buat halnya, Encik Irfan tu yang cari pasal dengan saya dulu. Kalau Encik Irfan tak mulakan, tak ada maknanya saya nak bertekak dengan Encik Irfan. Menghabiskan tenaga dan suara saya je.”
“Yelah tu tak ada. Nak saya bagitahu sekali lagi ke?”soal Irfan.
“Dah lah Encik Irfan, tak payah bagitahulah. Saya malaslah nak layan perangai budak-budak Encik Irfan ni. Lagipun alasan Encik Irfan tu memang tak masuk akal, saya dah tahu tu. Dah lah Encik Irfan, jomlah kita balik. Kalau asyik gaduh je, saya nak bawak kereta pun tak tenang nanti. Encik Irfan duduk diam-diam ya, kalau nak sambung perang, kita sambung perang kat rumah je nanti.”ceramah Arissa panjang lebar.
“Amboi…amboi…amboi, panjangnya tazkirah awak. Nak sambung perang kat rumah ya? Tak apa, kita sambung kat rumah. Siap awak nanti ya.” Irfan seakan memberi amaran. Arissa diam malas nak melayan.


SAMPAI sahaja di rumah, Arissa terus meluru masuk ke dalam. Irfan sedikit pelik dengan  tindakan Arissa itu. Di panggilnya Arissa, tapi Arissa tidak pedulikan panggilannya.
            “Apa kena dengan Arissa ni, aku panggil buat tak tahu je. Marah kat aku ke?”
            Irfan masuk ke dalam rumah.
            “Mak Mah, mana Arissa?” tanya Irfan
            “Tadi Mak Mah tengok dia tergesa-gesa naik keatas. Lain macam je mukanya Mak Mah tengok. Encik Irfan buat apa kat dia?” tanya Mak Mah pula
            “Buat apa? Mana ada saya buat apa-apa. Mak Mah jangan nak tuduh saya bukan-bukan ya.”
            “La… Mak Mah bukan tuduh, Mak Mah tanya je. Kenapa dengan Arissa tu Encik Irfan?”
            “Manalah saya tahu, tadi masa pergi okey je. Balik tu pun okey je, bila separuh jalan tu dia dah nampak lain macam sikit. Saya tanya pun senyap je, sampailah kami sampai. Tup…tup sampai je terus masuk rumah. Saya pun terkejut jugak.”
            “Encik Irfan ada lukakan hati dia kot. Kalau tak takkan sampai macam tu sekali.”
            “Apa yang saya dah cakap, sampai dia nak terluka.”
            “Manalah tahu, kita kalau bercakap bukannya kita sedar. Kadang tu, kita rasa perkara tu biasa je, tapi sensitif bagi dia, mana kita nak tahu kan?. Cuba Encik Irfan ingat balik, apa yang Encik Irfan dah cakap kat dia.”
            “Seingat saya, saya tak ada sentuh pasal hal peribadi pun. Tanya perkara biasa je, dia pun  okey je jawab masa tu. Tiba-tiba dah separuh jalan dah nak dekat sampai rumah tu dia terus senyap. Saya tanya pun dah tak jawab. Tu yang saya pelik tu.” cerita Irfan.
            “Hurmmm…kalau macam tu, baik Encik Irfan pergi tanya Arissa sendiri. Makin disimpan makin parah nanti.” Mak Mah memberi cadangan. Irfan diam sebentar.
            “Kejap lagilah Mak Mah, biar dia reda dulu. Ganggu orang yang jiwanya tengah kacau ni bahaya. Tak pasal-pasal saya pulak yang kena nanti.” cadang Irfan pula.
            “Ikut suka Encik Irfanlah, yang pastinya Encik Irfan kena tanya. Takut nanti dibiarkan, makin melarat pulak.”
            “Yelah, kejap lagi saya tanyalah.”
            Arissa di bilik sudah tidak tahan lagi apa yang ditanggungnya. Di lepaskan segala keperitan yang membendung diri, supaya hilang sedikit derita yang ditanggungnya. Dia merasa sedikit puas selepas segala keperitannya dapat dilepaskan didalam bilik itu. Walaupun sudah dilepaskan segalanya, keperitan itu masih lagi terasa, tapi ianya tidaklah seberat apa yang ditanggung sebelumya tadi. Sedang Arissa melayan keperitan yang masih tersisa itu seorang diri, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan terdengar suara Irfan memanggilnya.
            “Arissa…Arissa…ooo Arissa.”
            “Ya ada apa Encik Irfan.” jawab Arissa lemah.
            “Bukak pintu ni!” arah Irfan.
            Arissa mendengus geram.
            “Apa lagi yang dia nak ni. Tak boleh nak tengok orang senang langsunglah.”
            Arissa bangun membuka pintu.
            “Arissa awak okey ke? Saya mintak maaf kalau buat awak terasa hati. Saya tak ada niat nak buat awak terluka pun. Awak maafkan saya ya. Awak masih marahkan saya ke?” soal Irfan bertubi-tubi, Arissa jadi hairan.
“Encik Irfan ni kenapa?Apa yang Encik Irfan merepek ni. Marah apa? Maaf apa ni?” tanya Arissa masih tidak faham.
“Tak ada, saya tengok awak lain macam je tadi. Saya panggil pun awak buat tak endah je. Saya takut awak terasa dengan kata-kata saya masa kat hospital tadi.”
“Encik Irfan oiiii…Tak ada maknanya saya nak terasa dengan Encik Irfan. Saya dah lali dah dengan perangai Encik Irfan ni. Encik Irfan cakap apa-apa pun dah tak jadi hal dah pada saya. Saya dah biasa dengan semua tu.”
“Habis tu kenapa awak terus lari masuk bilik tadi. Muka pun lain macam je saya tengok.”
Arissa serba salah nak bagitahu. Bukan serba salah, tapi malu plus segan sebenarnya.
“Kenapa Arissa, apa yang buat awak jadi macam tu?” tanya Irfan ingin tahu.
“Ermmm…sebenarnya, sebenarnya…”
“Sebenarnya apa?” sergah Irfan
“Sebenarnya saya sakit perut Encik Irfan. Saya dah tak dapat nak tahan tu yang saya terus  naik atas  tu.” jawab Arissa laju.
“Apa????” Irfan terkejut. Arissa hanya mampu tersengih.
“Aah..ah..ah, dia datang balik ni Encik Irfan. Saya tutup pintu dulu.”
Gedeganggg…pintu di tutup, belum sempat pun Irfan berkata apa-apa.

“Cesss!!! Pengotor punya orang. Mati-mati aku ingat dia marahkan aku. Rupanya sebab tu. Arissa…Arissa…Arissa, nasib baiklah kau tu comel. Kalau tak, aku ketuk jugak dengan sudip kat dapur tu.” kata Irfan sambil tersengih bila mengenangkan jawapan yang diberikan Arissa tadi. Mati-mati dia ingat Arissa terasa hati dengannya. Rupanya terasa hati dengan benda lain rupanya. Hahahhaha.

No comments:

Post a Comment