Followers

Thursday, 13 June 2013

CERPEN : BUDU VS CENCALUK

            “Emmm…nikmatnya ira, kau taknak try ke budu ni…best tau. Try la sikit.”Pelawa Azlia pada temannya itu.
“Eeeeee…kau ni tak habis-habis dengan budu kau tu, nanti muka tu jadi macam warna budu baru kau tahu. Kelabu semacam je. Nanti takde sorang pun nak kat kau tau!”
“Kau tak cuba kau bolehlah cakap macam tu. Nanti bila kau cuba sekali confirm kau nak lagi. Aku takut nanti kau pulak yang terlebih makan budu dari aku.”
“Eee…taknaklah aku, bau dia pun dah buat aku terloya. Ni kan pulak aku nak makan. Mahu termuntah aku nanti.”jawab Syaira.
“Yelah tu, aku nak tengok je nanti. Marilah join aku makan.”
“ Tak naklah aku. Kau ni Lia kita dah lambat ni. Dah-dahlah makan budu kau tu. Nanti bos cari kau kan baru kau tahu.Kau bukan tak kenal bos kita tu,pantang kau hilang. Mulalah macam kucing hilang anak mencari. Balik rumah nanti kau makanlah balik.”
“Eleh setakat cik Azim tu kau nak takut apa?”Kata Azlia
“Kau ni…”marah Syaira geram dengan perangai sahabatnya yang mengambil mudah bila melibatkan bosnya itu.
“Yelah…yelah sikit je lagi ni. Kejaplah…”pujuk Azlia.
“Kau ni bila menghadap budu tu memang tak ingat dunia.”Kata Syaira lagi.
“Udah-udahlah membebel tu makcik. Dah jom, aku dah siap dah ni.”ajak Azlia.
“Jom…”sahut Syaira.
Di pejabat lain pulak suasananya, Azim sibuk mencari Azlia.
“ Zila, Azlia dah masuk belum?”
“Belum lagi Encik Azim. Dia keluar makan dengan Ira.” Terang Zila.
“Amboi, lamanya makan. sekarang ni dah pukul 2.30 petang dah ni.”
“Biasalah Encik Azim, Lia kalau dah jumpa dengan budu tu, lamalah mengadapnya.hehehe” Zila berkata sambil tersenyum memberitahu Azim.
“Kira si Ira tu jadi peneman setia dialah ni. Kalau macam nilah bankruplah syarikat saya. Nanti kalau Azlia balik suruh dia jumpa saya kejap.”Arah Azim pada Zila.
“Baiklah Encik Azim nanti saya bagitahu pada Azlia.”
Tidak lama selepas beberapa minit Azim masuk kedalam biliknya, Azlia dan Syaira tiba dipejabat.
“Lia, Encik Azim nak jumpa kau!” laung Zila.
“Kan betul aku kata, Encik Azim tu kalau tak jumpa kau dalam sehari tak sah. Mesti dia akan cari kau punya.”Kata Syaira pada Azlia.
“Eleh, tu lain tak bukan nak perang mulut dengan akulah tu.”
“Nasib kaulah Lia. Entah-entah Encik Azim tu minat kat kau tak.”
“Banyaklah kau punya minat. Kalau dia minat takkan dia nak berperang dengan aku tiap-tiap hari. Tu lain tak bukan nak sakitkan hati akulah tu. Ada je benda tak kena dimata dia. Geram betullah aku bila ingatkan perangai dia tu.”
“Sabar…sabar, biasalah tu, nama pun bos…hahhaha!!!”Kata Syaira sambil ketawa apabila melihat kemarahan temannya itu.
“Yang kau ketawa ni apasal? Apa dia ingat dia bos dia boleh marah pekerja dia sesuka hati je? Dia belum tahu lagi aku ni siapa!” Marah Azlia.
“Kau siapa Lia?”tanya Syaira buat-buat bodoh.
“Kau ni, ada jugak yang kena hempuk kan. Aku tengah-tengah hangin macam ni, boleh pulak kau tanya soalan macam tu.”
“Relakslah Lia, aku saja nak tenangkan kau.hahaha”
“Banyaklah kau punya tenang.”
“Azliaaaaa!!!”laung Azim dari dalam biliknya.
“Ha! Tulah kau membebel lagi. Pergilah tu Encik Azim dah panggil kau dah tu.”
“Eeeee…menyampah betullah aku orang tua ni. Sabar jelah…”Keluh Azlia.
Tanpa berlengah Azlia pergi segera ke bilik bosnya itu. Malas untuk mendengar bosnya tu melaung-laung namanya.
“Assalamualaikum…”Azlia memberi salam sebelum masuk kedalam bilik Azim.
“Waalaikumussalam…masuk.”arah Azim.
“Ya Encik Azim, ada apa Encik Azim panggil saya ni?”
“Dah puas dah ke makan budu?” perli Azim.
“Dah puas dah, kenapa Encik Azim nak makan jugak ke?”
“Huh! Tak naklah saya.  
“Tak nak sudah! Ni apa hal Encik Azim panggil saya ni?”tanya Azlia.
“Amboi awak ni,macam awak pulak bos ye. Ni saya nak tanya kerja yang suruh awak siapkan tu dah siap belum?”tanya Azim.
“Encik Azim ni dah nyanyuk ke apa? Kan saya dah bagi pagi tadi kan…Ni kes letak merata-ratalah ni.”jawab Azlia.
“Eeeee awak ni, guna bahasa elok-elok sikit tak boleh ke? Asal bercakap dengan saya je, kasar benar bunyi bahasanya. Kalau dengan orang lain tu bukan main lembut lagi saya tengok…”Luah Azim tidak puas hati dengan tingkah laku pekerjanya itu.
“Dah Encik Azim cakap kasar dengan saya, saya jawab dengan kasarlah. Cuba Encik Azim cakap lembut-lembut dengan saya takde maknanya saya nak kasar-kasar dengan Encik Azim.”
“Yelah tu tak kasar. Hari tu saya tanya elok-elok awak jawab kasar jugak. Tu sebab apa pulak?”
“Tengok mood saya lah pulak. Kalau time Encik Azim tanya tu mood saya elok, eloklah saya jawab. Kalau mood saya tak elok masa tu jawabnya tak eloklah.”
“Macam tu pulak? Macam mana saya nak buat pengecaman masa tu nak pastikan mood awak elok ke tak?” Tanya Azim.
“Encik Azim tak payah nak buat pengecaman, Kalau tengok saya ok tu, kira oklah tu.”
“Eh! Mana boleh, nak pastikan ok tu, kena buat pengecaman jugak. Kalau tak mana nak tahu ok ke tak. Betul tak?” Soal Azim pada Azlia.
“Ikut pandai Encik Azimlah. Encik Azim dah besar, tahu mana betul atau tak.”balas Azlia.
“Ni saya diperlukan lagi ke? Kalau takde apa-apa lagi saya keluar dulu.”pinta Azlia
“Masih diperlukan! Tolong carikan saya fail yang awak bagi saya pagi tadi.”Arah Azim
“Mana saya nak cari? Mana saya tahu Encik Azim letak dekat mana. Encik Azim carilah sendiri.”
“Awak ni kalau dengar cakap saya boleh tak? Asal saya cakap asyik nak melawan kerjanya . Hormatlah sikit, saya ni bos awak.”
“Yelah…yelah, saya cari.” Azlia mengalah tapi dalam hati habis disumpah seranah majikannya itu.
Azim tersenyum apabila melihat Azlia tercari-tercari fail yang dipintanya itu. Dia sengaja menyakat Azlia, padahal dia tahu dimana fail itu berada. Azlia disitu macam orang bodoh tercari-cari fail yang sebenarnya sudah diketahui tempat duduknya.
“Macam tulah pekerja saya. Lain kali kalau saya suruh tu, terus buat. Kan senang tak payah nak bertekak-tekak macam ni.”Kata Azim sambil tersenyum.
“Banyaklah kau punya bertekak, dah kau tu yang letak merata-rata. Kau carilah sendiri, tak payahlah nak susahkan aku. Kerja aku dah selesai, ni tak pasal-pasal aku kena buat kerja tambahan.”rungut Azlia dalam hati sambil mengerling tajam kearah Azim.
“Amboi tajamnya jelingan tu, takut saya dibuatnya. Dah jumpa belum fail tu?” tanya Azim.
Azlia diam tanpa menjawab pertanyaan Azim. Dia meneruskan pencarian fail yang penuh misteri itu.
“Azlia… saya tanya awak, dah jumpa belum  fail tu? Tanya Azim sekali lagi apabila dia melihat tiada apa-apa reaksi daripada Azlia.
Azlia tetap diam, tidak menjawab pertanyaan dari bosnya itu.
“Azliaaaaa!!! Awak dengar tak saya tanya?” Tanya Azim sedikit kuat apabila melihat kebisuan Azlia itu.
“Ye saya dengar…” jawab Azlia acuh tak acuh.
“Habis tu tak reti-reti nak jawab pertanyaan saya ke? Ke awak dah bisu?”
“Mata Encik Azim tak nampak ke saya tengah buat apa? Ada Encik Azim nampak fail tu dengan saya?”Soalan dibalas soalan oleh Azlia.
“Awak ni memang ‘Singa’ ye . Kalau jawab tu tak menengking  tak boleh ke? Dah awak tak payah cari, saya dah jumpa dah fail ni.” Jawab Azim sengaja menghangatkan lagi Azlia yang memang sedia ada sudah hangat itu.
“Mana Encik Azim jumpa fail tu?” tanya Azlia, serta-merta berhenti daripada operasi pencarian failnya itu.”
“Ada atas meja saya ni, dah  awak dah tak payah cari fail tu.” Arah Azim.
“Jadi Encik Azim sengajalah ni nak kenakan saya.”Marah Azlia sambil meluru keluar dari bilik bosnya itu tanpa sempat Azim berkata apa-apa.
Diluar Azlia menyumpah seranah majikannya itu,sambil mengadu kepada Syaira sahabat baiknya itu.
“Iraaaaa!!!eee…geramnya aku.” Adu Azlia.
“Kenapa pulak dengan kau ni Lia? Apa yang Encik Azim dah buat kat kau pulak kali ni ni?”tanya Ira apabila melihat temannya seperti harimau ingin menyerang mangsanya.
“ Ikan Pirana dalam aquarium tulah, buat aku sakit hati jelah.”
“Apa dia dah buat kat kau pulak kali ni?” tanya Syaira tak sabar nak tahu cerita daripada Azlia.
“Kau ingat tak fail yang aku bagi kat dia pagi tadi tu.”
“A’a, ye aku ingat. Tapi kenapa pulak dengan fail tu? Kau ada buat salah ke?”
“Buat salah apa? Dia kata aku tak bagi fail tu kat dia lagi. Jadi aku jawablah aku dah bagi. Dia jawab kenapa tak ada pun dengan dia. Aku katalah memang aku dah bagi pagi tadi. Lepas tu kau tahu dia suruh aku buat apa?”tanya Azlia pada Syaira.
“Tak tahu…”Jawab Syaira.
 “Kau tahu, dia suruh aku cari fail tu. Aku pun carilah.Takpelah aku tak kisahlah dia suruh aku cari fail tu, walaupun aku tahu tu memang salah dia letak fail tu merata-rata. Tapi yang aku geramnya, tengah aku mencari-cari fail tu. Dia tanya aku dah jumpa belum fail tu. Aku tak jawab, sampailah dua tiga kali dia tanya aku. Agaknya dia geram aku tak jawab pertanyaan dia kot, dia pun kata, ‘Dah awak tak payah cari fail tu’ dia kata fail tu dah ada kat atas meja dia. Apa lagi, hanginlah aku,terus aku keluar dari bilik dia tu. Penat-penat aku cari,boleh dia kata fail tu ada kat atas meja dia. Ikutkan geram aku, nak aje aku hempuk-hempuk kepala dia tu.” Cerita Azlia.
“Tak patut, tak patut…kenapa kau tak hempuk je kepala dia tu.”tanya Syaira.
“ Kau ni agak-agaklah, takkan aku betul-betul nak hempuk kepala dia tu. Mati aku kena hempuk balik dengan dia. Cakap saja bolehlah sebab terlampau geram.”
“Tapi aku rasakan, dia sengaja nak kenakan kau tu. Aku rasa fail tu ada dengan dia sebenarnya. Saja dia buat-buat hilang. Tapi aku rasa jugaklah kan Encik Azim tu sebenarnya suka kat kau tu. Cuma dia tak tahu nak dekat dengan kau macam mana. Jadi dia buatlah macam tu.” Teka Syaira.
“Banyaklah kau punya tapi. Kot ye pun dia nak dekat dengan aku, janganlah buat aku macam tu. Macam orang bodoh aku mencari padahal fail tu ada dengan dia. Memang tak lamalah dia tu dengan aku. Ada je nanti aku makan orang dengan budu,dah tak payah makan nasi.”Kata Azlia geram.
“Dah kau tu garang sangat dengan dia. Macam mana dia nak dekat dengan kau. Dengan cara tu jelah pun dia boleh dekat dengan kau.” Tambah Syaira lagi.
“ Dah dia garang dengan aku, aku garanglah dengan dia. Buat apa aku nak berlembut dengan orang yang tak pandai nak jaga hati aku. Dengan kau ada ke aku cakap kasar kalau kau tanya aku baik-baik.” Tanya Azlia.
“Takde…takde, tapi kan mengikut pengalaman kawan-kawan aku dululah kan, yang jadi musuh dia tulah jadi suami mereka lepas tu. Mungkin kes kau ni pun sama dengan mereka jugak kot.”
“Banyaklah kau punya sama. Tak naklah aku bersuamikan ikan dalam aquarium tu. Buat semak kepala je.”
“Kau jangan cakap macam tu Lia, nanti aku takut yang semak tulah yang jadi pujaan hati kau nanti.”
“Eeeee…mintak dijauhkanlah ikan tu dari hidup aku.” Kata Azlia lagi.
“Ikut kaulah Lia, aku cuma ingatkan kau je. Kau jangan benci sangat Encik Azim tu.”
“Kau ni, nak sokong aku ke nak sokong Encik Azim ni?”tanya Azlia tidak puas hati dengan kenyataan temannya itu.
Of course lah aku sokong kau. Cuma aku nak ingatkan kau je, tu pun aku tengok daripada kawan-kawan aku dulu. Situasi mereka lebih kurang macam kau ni lah.”
“Kalau kau sokong aku, dah kita tak payah lagi bercakap pasal ikan tu. Kan mati kelemasan pulak kan kita asyik bercakap pasal dia je. Dahlah dia pun aku tengok macam dah lemas je duduk dalam bilik bercermin tu, kan tak pasal-pasal berjangkit pada kita pulak kan. Sekarang ni kita sambung buat kerja, nanti nampak di ikan tu tak pasal-pasal kena sound lagi. Dah jom!”  ajak Azlia.
“Kau ni jahat betullah ada ke panggil Encik Azim tu ikan. Dengar di telinga dia nanti tak pasal-pasal je kita kena.”
“Dah-dahlah bercakap pasal dia tu. Kita sambung buat kerja lagi bagus.”
“Oklah…jom.”
***************
Di rumah, Azim mengadu kepada kawannya Ezad tentang apa yang berlaku di pejabatnya  tadi.
“Macam mana ni Ezad, tadi aku gaduh lagi dengan si Azlia tu. Lain yang aku harapkan, lain pulak yang jadinya. Nampak gayanya makin jauhlah jarak aku dengan dia  ni.”
“Padan dengan muka kau,yang kau tu dah tahu Azlia tu macam tu! Kau buat macam tu jugak siapa suruh? Kalau aku pun aku hangin. Kau ni yang takde penyakit kau cari penyakit. Tengok sekarang, kan dah susah. Nasib kaulah Azim, pandai-pandailah kau macam mana nak jernihkan balik hubungan kau dengan buah hati budu gelap kau tu.hhahaah!!!” Kata Ezad sambil gelak.
“Hahahah…kau ni tak baik panggil dia macam tu. Tapi elok jugak kau panggil dia macam tu. Memang kena dengan tuannya. Dia tu kalau mengadap budu tak ingat dunia. Kalau time rehat tu asyik lewat je masuknya, yang jadi peneman setia dia tu si Syaira tulah.”
“Eleh kau pun sama jelah dengan dia tu, dua kali lima je. Kau tu kalau jumpa cencaluk memang tak ingat dunia jugak. Eloklah kau dengan dia tu. Seorang suka budu, seorang lagi suka cencaluk. Aku rasalah kan, andaikata jodoh kau orang berdua ni kuatlah kan, apa kata nanti kau campur sekali budu dengan cencaluk tu. Confirm best, baru orang kata sehati sejiwa.”Cadang Ezad pada temannya itu.   
“Kalau bab jodoh tu aku setuju. Tapi kalau bab nak campurkan budu dengan cencaluk tu aku tak boleh. Tengok budu pun aku dah tak selera, macam mana aku nak makan.”
“Hei kawan, kalau kau nak tuan dia kau mestilah belajar terima cara hidup dia. Kau kena belajarlah terima apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Barulah hubungan yang dibina tu aman sentosa.”  Ezad memberi ceramah.
Azim yang berada di situ menadah telinga mendengar ceramah dari temannya itu.
“Eleh kau pun sama, kalau bab bagi nasihat pada aku,bukan main kau ye. Tapi buah hati kau si Liza tu asyik merajuk tu apa kes pulak? Ke macam tu maksud kau aman sentosa.”
“Kau ni, aku nasihat kau, kau perli aku balik ye. Dalam hubungan biasalah macam tu, suami isteri pun boleh bergaduh ni kan pulak aku yang takde apa-apa ikatan lagi ni. Biasalah tu, orang kata dari kesilapan tu lah kita boleh belajar. Tapi merajuk-merajuk Liza aku pun dia sayangkan aku, dan aku pun sayangkan dia…Kau ada orang sayang kau macam tu? Takde kan…hehehe, Jadi aku rasa baik kau buat-buat baik dengan si Azlia tu, nanti barulah ada orang sayang kau macam aku.” Kata Ezad sengaja menghangatkan lagi temanya itu.
“Huh!aku pun ada orang sayang jugaklah kau je yang tak tahu. Kasih sayang dia pada aku lebih tulus dan murni dari kau tau! Kau mana tahu.”
“Yeke? Aku tak tahu pun. Siapa?” Tanya Ezad.
“Adalah kau tak perlu tahu.”Azim mengelak daripada memberitahu Ezad.
“Eleh macamlah aku tak tahu. Kalau si Azlia tu nak sayang kau dah confirm,confirm bukan kan? Biar aku teka.”
“Tekalah kalau kau tahu?”cabar Azim.
“Tak lain dan tak bukan, Puan Salmah binti Haji Yusoff, mama kau sendiri… betul tak???” teka Ezad.
“Bukan…” Nafi Azim, padahal tekaan Ezad itulah jawapan yang sebenarnya.
“Habis tu, Ecah gincu kat kedai Pak Abu tu?”Teka Ezad lagi sengaja ingin menghangatkan lagi temannya kerana dia tahu, temannya cukup anti dengan gadis yang bekerja di kedai Pak Abu itu. Pantang nampak Azim pasti gadis itu laju je meluru kearahnya, walaupun pada masa itu dia sibuk melayan customer lain. Itu yang membuatkan Azim anti benar dengan gadis itu. Dahlah mengada-ngada, dia punya gincu dibibir tu boleh dikatakan tebal lima inci. Manalah si Azim tu tak meluat.
“Amboi-amboi kau ni…dah takde perempuan lain dah ke kau nak bagi kat aku???”soal Azim sedikit geram dengan kenyataan Ezad tadi.
“Dah kau suruh aku teka, aku tekalah. Aku tanya kau tak nak jawab. Aku tengok dalam ramai-ramai,  yang betul-betul menyanyangi kau  hanya dua orang wanita yang aku nyatakan tadi je. Apa kau kata tadi, kasih sayang yang tulus dan murni. Bukan ek acah gincu tu? Habis tu siapa?”tanya Ezad sekali lagi.
“Ikutlah siapa-siapa pun. Yang kau sibuk sangat nak tahu ni apasal?”
“Amboi…sampai aku nak tahu orang yang sayang kau dengan tulus dan murni tu pun dah tak boleh dah. Dahsyat betul penangan gadis tu pada kau…”perli Ezad sengaja menyakat temannya itu.
“Kau ni kalau tak perli aku boleh tak?Aku tahulah kau ada orang yang sayang kau. Janganlah nak perli-perli aku macam tu.” Kata Azim seakan-akan merajuk.
“Alah kau ni tu pun nak ambil hati. Oklah aku tak cakap lagi, ikutlah siapa yang sayang kau asalkan hidup kau bahagia sudah. Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau. Semoga kau dapat gadis pujaan kau si Azlia tu cepat-cepat. Dan semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kau di dunia ni. Amin…”
“Amin…ni baru kawan aku, doakan kebahagiaan aku. Ni tak, asyik nak perli-perli aku je. Kalau kau doakan aku macam ni selalu kan bagus, cepat sikit aku kahwin dengan Azlia tu.”
“Amboi dapat tak lagi dah bercakap pasal kahwin. Ambik hati si Azlia tu dulu, bila dah berjaya dapatkan si Azlia tu baru bercakap pasal kahwin. Ni tak berangan je lebih.”
“ Mestilah, nak dapatkan sesuatu kita kena berangan dulu…baru apa yang diangankan tu menjadi.”
“Yelah tu,aku tengok kau tu asyik berangan je memanjang, tapi apa yang kau angankan tu tak dapat jugak, makin jauh lagi adalah aku tengok.”
“Kau tahu ke apa yang aku angankan?”soal Azim.
“Eleh, lain tak bukan kau berangankan si Azlia tu lah kan. Kau jangan ingat aku tak tahu, aku tahu apa yang ada difikiran kau tu. Come on lah Azim, terus terang jelah kat dia. Bagitahu yang kau sukakan dia, tak payahlah nak dera dia macam tu, nanti melepas ke tangan orang lain baru kau tahu”cadang Ezad pada sahabatnya itu.
“Kau cakap senanglah Ezad, kau tak duduk kat tempat aku. Aku yang lalui semua tu. Kau tak kenal Azlia tu macam mana. Tiap-tiap hari hangin je memanjang,pantang aku tegur sikit mulalah dia nak melenting. Yang hairannya kalau dengan orang lain tu elok je aku tengok.”terang Azim.
“Kalau kau dah tahu dia tu hangin memanjang, kau janganlah hanginkan dia lagi. Kau gunakanlah cara yang boleh menyejukkan hati dia sikit. Ni tak, kau dah tahu dia tak suka kau buat jugak. Kalau aku pun aku hangin. Hari tu, masa aku pergi ke office kau elok je aku bercakap dengan dia, lemah lembut lagi aku tengok si Azlia tu. Silap hari bulan aku pun boleh terpikat.”
“Kau jangan nak mengada-ngada, Liza kau tu dah ada. Azlia tu aku yang punya, kalau kau nak rasa penangan aku, kau cubalah…”ugut Azim
“Amboi!garangnya. Kalau pasal Azlia sampai aku pun kau nak bagi penangan. Dahsyat kau ni Azim,memang dahsyat!”
“Mestilah! Gadis pujaan aku tu. Macam mana aku nak dapatkan Azlia tu ye,kau tolonglah aku Ezad. Bagi idea sikit. Otak aku dah kering dah ni. Tak tahu lagi macam mana cara aku nak pikat Azlia tu.”Azim meminta pandangan daripada Ezad.
“Kau buat macam mana yang aku katakan tadi tulah. Kau berlembut sikit dengan dia, kau jangan buat dia marah. Kalau dia berkasar dengan kau sekalipun kau layan je dia dengan baik. Lama-lama nanti aku rasa si Azlia tu akan berlembut jugak dengan kau. Hati perempuan ni lembut,kalau baik layanan kita, kena dengan tempatnya nanti mereka akan layan kita dengan baik jugak. Ni aku bagitahu kau ni melalui pengalaman aku jugak. Kau bukan tak tahu, aku dengan Liza dulu lebih kurang macam kaulah, cuma nasib aku ni baik sikit dari kaulah. Si Liza tu takdelah segarang si Azlia tu.”
“Tulah pasal, garang-garang Liza kau ada jugak tempat-tempat nak berlembut. Kalau Azlia tu asyik menyinga je mukanya. Tak tahulah aku bila dia nak maniskan mukanya tu bila tengok aku. Takpe Ezad aku akan cuba ikut apa yang kau cadangkan tu. Harap-harap berjayalah aku pikat dia lepas ni. Doa-doakan aku, mudah-mudahan lembut sikit hati Azlia tu nanti.”
“Yelah, berapa kali kau nak ulang suruh aku doakan kau ni. Kau tak suruh pun, aku dah sentiasa doakan kebahagian kau. Tinggal kau je kena usaha lebih sikit tackle si Azlia tu.”
“Kau memang sahabat sejati akulah Ezad,oh ya! Sebelum tu aku nak tanya, cencaluk dalam peti ais tu ada tak lagi? Aku rasa lapar pulak. Kalau ada cencaluk ni, mahu terbuka selera aku ni. Ada tak lagi?”tanya Azim.
“Ishhh!kau ni, tak habis-habis dengan cencaluk kau. Eloklah kau dengan si Azlia tu. Dua-dua hantu, sorang hantu budu, sorang lagi hantu cencaluk. Elok benarlah tu…rasanya ada lagi kat dalam peti ais tu kalau takde hantu lainlah tu yang makan.” Jawab Ezad.
“Kau ni…dalam rumah ni kita dua orang je yang ada, kalau takde tu hantu kaulah yang makan. Oklah aku nak makan kejap ni, kau tak nak join aku makan sekali ke?”Pelawa Azim.
“Tak payahlah, aku dah kenyanglah, sebelum balik rumah tadi aku dah makan dengan Liza. Kau makanlah. Aku nak mandi dulu.”
“Yelah, nak buat macam mana, orang ada buah hati, buah hatilah teman makan. Macam aku ni terpaksalah makan sorang-sorang.”
“Tulah aku cakap kat kau. Cepat-cepat sikit pikat si Azlia tu, nanti takdelah kau makan sorang-sorang lagi.”
“Aku tengah mencubalah ni. Oklah, kau pergilah mandi dulu,dah semacam dah aku bau kau ni. Nanti hilang pulak selera aku nak makan.”
“Amboi kau,sampai macam tu sekali kau cakap aku ye. Takpe, nanti kalau aku dah takde wangilah rumah ni nanti.”
“Ishhh kau ni! Apa cakap macam tu. Aku gurau jelah, kau ni cepat pulak terasa hati.”
“Takde maknanya aku nak terasa hati, betullah tu apa yang aku cakap. Sebenarnya aku ada benda nak bagitahu kau. Tapi takpelah kau makan dulu, aku nak pergi mandi. Nanti lepas-lepas ni aku cerita kat kau.”
“Kau ni suspen je. Oklah, janji lepas ni kau cerita kat aku. Aku akan tuntut janji kau tu kalau kau tak bagitahu lepas ni.”
“Ye… aku janji. Kalau asyik duk bercakap je macam ni,bila masanya aku nak mandi! Kau tu tak makanlah jawabnya. Dahlah, lepas ni kita sambung.”
“Ok!”sambut Azim.
***************
Di pejabat Azim masih tidak mempercayai apa yang dikatakan Ezad malam tadi. Tak sangka pulak dalam diam-diam sahabatnya itu sudah merancang untuk berkahwin dengan Liza. Tunang pun tak lagi, tup…tup… dapat berita dah nak kahwin. Memang pantas betul.
“Aiiiii…nampak gayanya tinggal sorang-soranglah aku kat rumah tu lepas ni.”Kata Azim dalam hati.
“Liza!!! Panggil Azlia suruh masuk dalam bilik saya.”Laung Azim dari dalam biliknya.
“Lia…Encik Azim panggil kau”
“Eeeeee…apa lagi Pirana tu nak ni…”rungut Azlia.
“Alah kau pergilah dulu, adalah bendanya tu. Kalau takde hal takkan dia panggil kau.”jawab Syaira menenangkan temannya itu. Dia tahu Azlia memang cukup pantang kalau si Azim tu panggil.
“Yang aku hairan tu, kenapa asyik aku je yang dipanggilnya. Kadang-kadang tu bukan yang berkaitan dengan aku pun dia panggil aku jugak. Naik rimas aku jadinya, kalau macam nilah lama-lama boleh susut ingatan aku ni. Memang malang betullah nasib aku dapat bos macam ni.”
“Ishhh! Kau ni, tak baik kau cakap macam tu tau. Sepatutnya kau perlu ada rasa bersyukur, teruk-teruk Encik Azim tu pun dia masih ada lagi sikap tolak ansur dengan pekerjanya. Tak macam sesetengah majikan lain tu. Dahlah tu kau pergi dulu jumpa Encik Azim tu, nantikan tak pasal-pasal kena marah pulak.”
“Yelah…aku pergilah ni.”jawab Azlia lemah.
Azlia mengetuk pintu bilik bosnya itu, selepas memberi salam dia masuk ke dalam bilik Azim.
“Ye Encik Azim, ada apa Encik Azim panggil saya.” Tanya Azlia.
“Duduk dulu…”Arah Azim. Azlia mengambil tempat duduk dihadapan Azim.
“Tak macam ni, saya ada perkara nak bincangkan dengan awak tentang projek baru ni. Jadi saya nak dapatkan pandangan awak untuk projek ni, saya mahu awak yang handle kan semua untuk projek baru ni.”
“Kenapa pulak saya? Biasanya kan Malik yang uruskan.” Tanya Azlia pelik. Sebelum ni kalau projek macam ni Malik je yang akan uruskan semuanya.
“Kali ni saya bagi kepercayaan pada awak sebab saya tengok prestasi kerja awak memuaskan. Jadi untuk projek kali ni awak uruskan semuanya. Nanti kalau ada apa-apa yang awak tak faham awak tanya saya, sekarang ni saya nak mintak pandangan dan cadangan awak dulu mengenai projek ni.”
“Baiklah kalau macam tu, saya akan cuba sebaik mungkin.”Jawab Azlia. Terdetik juga dihatinya kenapa bosnya hari ni begitu sopan santun dan lemah lembut sekali bila bercakap dengannya. Kalau sebelum ni bukan main kasar lagi.
“Buang tabiat ke apa bos aku ni.” Kata Azlia dalam hati sambil merenung muka Azim.
“Kenapa awak renung saya macam tu sekali.”soal Azim. Azlia yang ditegur begitu tersentak,tak sangka pulak Azim perasan yang dia merenungnya.
“Hah…emmm…mana ada saya renung Encik Azim, saya tengok kertas tu.”Jawab Azlia tergagap-gagap.
“Yeke…emmm…takpelah,kalau macam tu kita bincang pasal projek ni dulu.” Azim menjawab sambil menahan gelaknya, kalau tak diingatkan pesan Ezad tu, mahu saja dia menyakat Azlia. Tapi disebabkan nasihat dari temannya itu, dia batalkan saja niatnya itu. Dia tahu mesti Azlia pelik dengan sikapnya hari ini, sebab itu dia merenungnya begitu.”
Azlia tidak puas hati, kenapa Azim baik benar dengannya hari ni, kalau sebelum ni pantang silap cakap sikit mulalah dikenakannya.Tapi kemusykilannya terbiar sepi,kerana dia terpaksa meneruskan perbincangan dengan bosnya itu sehinggalah perbincangan antara mereka berdua tamat.
“Iraaaaa!!! Kau nak dengar cerita yang mengejutkan tak?”
“Hah! Apa pulak Encik Azim buat kali ni? Dia mensusutkan daya ingatan kau lagi ke hari ni?”
“Ira, hari ni lain Ira. Aku jadi tak selesa pulak bila dia jadi macam tu?”
“Jadi macam mana?” Tanya Ira tak sabar nak tahu.
“Hari ni dia lain Ira…”
“Yelah… lain macam mana? Lain…lain...”
“Hari ni dia punyalah lemah lembut,sopan santun bila bercakap dengan aku. Aku jadi hairan dan pelik pulak. Buang tabiat ke apa bos kita ni. Aku jadi tak selesa pulak bila bercakap dengan dia, kalau dulu aku punya volume  5, tadi boleh dikatakan volume aku tahap 1 je. Memang sakit rasanya nak control,Aku rasa macam mengeja pulak bila bercakap dengan dia.”
“Eh!kau ni, baguslah tu dia dah cakap elok-elok dengan kau. Sebelum ni kalau kasar kau selalu merungut, ni dia berlembut dengan kau pun kau merungut jugak. Aku tak fahamlah kau ni. Kasar salah, bila berlembut pun salah. Habis tu kau nak dia layan kau macam mana sebenarnya ni?” soal Syaira musykil.
“Takdelah,perubahannya tu secara tiba-tiba. Jadi aku terasa janggal pulak, baru semalam aku bertekak dengan dia, last-last hari ni aku terpaksa rendahkan volume aku. Aku tak terbiasalah volume direndahkan bila bercakap dengan dia, sebab dah terbiasa tinggi.”
“Kalau macam tu belajar-belajarlah rendahkan volume kau tu. Dengan orang lain kau boleh, takkan dengan dia tak boleh kot.”
“Masalahnya sekarang ni, bukan boleh tak boleh. Masalahnya sekarang ni bila aku tengok muka dia,aku dah jadi terbiasa jadi nak ubah tu mustahil sikitlah bagi aku.”
“Tulah aku cakap, kau kena praktikkan dari awal. Nanti bila dah lama-lama tu kau akan terbiasalah. Come on lah Azlia, bila lagi kau nak berbaik-baik dengan Encik Azim tu. Time nilah, dia dah berlembut tu dengan kau, jadi kau pun kena pandai-pandailah. Takkan sepanjang masa kau nak macam tu dengan dia. Ubahlah sikit, buang sikit keras kepala kau tu.”Kata Syaira menasihati sahabatnya itu.
“Aku rasa macam mustahil jelah Ira.”elak Azlia.
“Mustahil apanya. Tinggal nak dengan tak nak je. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. InsyaAllah, kalau kau cuba mesti boleh punya. Pokok pangkalnya, kau kena cuba dulu sekarang  ni.”
“Emmmmm…tengoklah aku fikirkan dulu. Entah-entah masa ni je kot dia baik dengan aku.”Kata Azlia masih musykil dengan kebaikan Azim.
“Ishhh kau ni, bila orang baik dengan kau,kau cakap macam tu pulak. Tak baik tau bersangka buruk macam tu. Fikir positif sikit, baru hidup kau tu tenang sikit.”Nasihat Syaira lagi.
“Amboi kau, bab nasihat aku nombor satu, kau dengan si Zamani tu dah ok belum?”Soal Azlia.
“Emmmm…hehehe, aku dengan Zamani tu kes lain. Tu merajuk-merajuk sayang namanya. Kes kau sekarang ni lain. Jadi kau kenalah beralah sikit. Lagipun dia dah cakap elok-elok dengan kau kan. Jadi tak ada sebab kau nak berkasar dengan dia.”
“Hurmmm…yelah tu merajuk-merajuk sayang. Nantilah aku cuba, kalau aku boleh.”Jawab Azlia tidak berapa yakin sebenarnya samada dia boleh lakukan atau tak.
“InsyaAllah Siti Azlia binti Suhaimi pasti boleh!!!” Laung Syaira sedikit kuat,memberi semangat tanpa dia sedari Azim berada berdekatan tempat duduk mereka.
“Apa yang boleh???”soal Azim tiba-tiba.
Azlia dan Syaira mendengar pertanyaan dari Azim sedikit terkejut.
“Ha,Errrrr…takde apa-apa Encik Azim.” Jawab Syaira tergagap-gagap.
“Yeke takde apa-apa.”
“Ye betul, takde apa-apa Encik Azim, borak-borak kosong je.”
“Emmm…yeke,ingatkan ada bercakap pasal saya tadi, kalau takde takpelah, selamat berborak.”perli  Azim.
Setelah Azim beredar kedalam biliknya, mereka berdua menyambung kembali perbualan yang terberhenti sebentar tadi.
“Ira, dia dengar ke apa yang kita bualkan tadi?”
“Aku rasa tak kot, kalau dia dengar pun ayat yang last sekali tu je. Siti Azlia binti Suhaimi boleh!!! Yang tu je aku rasa kalau dia dengar pun.”
“Tulah kau, laung lagi kuat-kuat. Tak pasal-pasal kena sampuk.”marah Azlia.
“Aku bagi semangat pada kau je. Tak sangka pulak Encik Azim tu ada dekat dengan kita. Tapi takpelah yang tu je pun kalau dia dengar.”
“Yelah tu, entah-entah dia dengar dari A sampai Z.” duga Azlia.
“Tak mungkin, tak mungkin…” Jawab Syaira balik.
“Harap-harap macam tulah, kalau tak mati aku. Macam mana kita boleh tak sedar dia ada dekat dengan tempat duduk kita ni ye.”
“Tu tandanya Lia, kita ni terlampau khusyuknya kalau berbual.” Jawab Syaira berseloroh.
Mereka berdua menyambung menyiapkan kerja yang tertangguh sebentar tadi. Tiba waktu rehat tengahari, mereka berdua keluar makan ke tempat biasa yang ada menyediakan masakan ala-ala kampung.
“Eh Lia, hari ni kau nak makan apa?budu lagi ke?”tanya Syaira kepada Azlia.
“Kau ni macam tak kenal aku pulak. Kalau makan budu saja mungkin taklah kot. Aku makan nasilah tapi budu tu mesti ada sekalilah. Kalau takde budu rasa macam tak lengkap je bila aku makan.”bagitahu Azlia.
“Aku dah agak dah,kau kalau dengan budu memang tak boleh dipisahkan. Kau tak rasa jemu ke tiap-tiap hari makan budu. Aku yang tengok kau makan pun dah rasa lain macam. Ni kan kau yang makan. Aku hairanlah dengan kau ni.”
“Eleh,kau tak minat bolehlah kau cakap. Cuba benda tu kau minat, aku rasa kalah aku.”
“Aku rasa tak kot. Kalau aku minat sekalipun, aku rasa aku takde makan macam kau makan kot.”nafi Syaira.
“Takpe aku nak tengok je nanti.”Kata Azlia, memegang kata-kata yang diucapkan Syaira.
***************
Ketika mereka berdua ingin melintas jalan,tiba-tiba sebuah kereta meluru laju kearah mereka berdua. Syaira sempat mengelak tapi malang bagi Azlia. Azlia dilanggar kereta tersebut, Azim yang kebetulan ada disitu meluru laju kearah Azlia. Azlia sudah tidak sedarkan diri,kereta yang melanggarnya tadi pun sudah cabut lari. Suasana menjadi kelam kabut, masing-masing kelihatan cemas terutama sekali Azim.
“Azlia…Azlia…bangun Azlia, awak tak boleh macam ni. Awak tak boleh buat saya macam ni. Jangan tinggalkan saya Azlia. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak, tolonglah sedar Azlia.” Panggil Azim sambil menggoncangkan tubuh Azlia. Syaira yang juga bimbang dengan keadaan Azlia terkejut dengan keprihatinan Azim, bukan setakat itu saja malah lebih terkejut bila Azim meluahkan perasaannya pada Azlia. Tapi sayang, Azlia tidak dapat mendengar apa yang diluahkan oleh Azim.
“Lia…Lia bangun Lia,kau jangan buat kami macam ni Lia. Lia…”Kata Syaira yang bimbang melihat temannya itu yang tidak sedarkan diri.
Melihat tiada apa-apa respon dari Azlia,Azim yang sememangnya gelisah dari tadi terus mencempung Azlia kearah keretanya. Kebetulan Ezad temannya pun ada disitu ketika kejadian berlaku,kerana dia telah berjanji dengan Ezad untuk makan bersama-sama tenghari itu. Tapi tak tahu pulak perkara macam ni berlaku.
“Ezad kau drive kereta aku.”Arah Azim
“Syaira awak pun ikut kami sekali.”Tambah Azim meminta Syaira mengikutinya.
“Baik Encik Azim…”
Sampai dikereta Azim masuk ketempat duduk penumpang belakang sambil memangku kepala Azlia. Manakala Syaira duduk ditempat duduk penumpang hadapan. Ezad yang diarah untuk memandu kereta,memandu kereta Azim menuju kehospital.
“Kau laju sikit boleh tak Ezad.”Kata Azim gelisah apabila melihat keadaan Azlia seperti orang yang tidak bernyawa.
“Ye, aku dah bawak lajulah ni. Kau tenang sikit, nanti tak pasal-pasal kita pulak yang accident kan. Kau sabar sikit ye. Aku tahu  perasaan kau.” Kata Ezad cuba menenangkan perasaan temannya itu.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan mereka bertiga apabila melihat keadaan Azlia yang kaku begitu. Semuanya gelisah, duduk pun serba tidak kena dibuatnya.
“Aiiiii…kenapa aku rasa macam jauh je hospital ni.”Luah Azim yang merasakan hospital yang dulunya dekat,bila keadaan cemas macam ni terasa jauh macam jauh pulak jaraknya.
“Sabar Azim, insyaAllah Azlia takde apa-apa.”
“Betul tu Encik Azim, doakan Azlia takde apa-apa. InsyaAllah dia selamat.”Syaira bersuara apabila melihat keadaan bosnya itu begitu cemas.
Sampai di hospital, Azim segera mencempung Azlia menuju kearah doktor yang bertugas.
“Doktor,tolong doktor. Tolong saya doktor.Isteri saya accident doktor, tolong tengokkan keadaan isteri saya ni doktor. Tolong selamatkan dia.” Bagitahu Azim cemas. Syaira yang berada disitu sedikit terkejut dengan kenyataan yang baru dikeluarkan Azim tadi.  
“Bila pulak mereka berdua ni kahwin. Bila pulak Azlia jadi isterinya. Musykil aku.”Soal Syaira dalam hati.
“Ok, Encik sabar…Encik tunggu diluar. Kami akan periksa isteri Encik didalam.”Kata doktor yang akan memeriksa Azlia cuba menenangkan perasaan Azim.
“Saya tak boleh masuk sekali ke?”tanya Azim seperti orang yang hilang kewarasan apabila berada dalam situasi begini. Apatah lagi bila melibatkan orang yang paling dia sayangi dalam diam berada dalam keadaan begitu.  
“Maaf Encik, Encik tak boleh masuk. Saya harap  Encik bersabar.InsyaAllah, isteri Encik ni takde apa-apa.” Kata doktor tersebut sebelum beredar ke wad kecemasan.
Azim, Syaira dan Ezad yang menunggu diluar tidak senang duduk.
“Kenapa lama sangat ni?” rungut Azim. Dialah orang yang paling risau sekali mengenangkan keadaan Azlia.
“A’a, kenapa lama sangat Lia kat dalam ni. Mintak-mintaklah takde apa-apa yang serius.” Syaira pula bersuara.
Tidak lama kemudian,doktor yang merawat Azlia keluar dari bilik kecemasan. Azim yang melihat terus meluru kearah doktor tersebut.
“Doktor, macam mana keadaan isteri saya doktor? Ada apa-apa yang serius ke doktor?”tanya Azim terburu-buru.
“Sabar Encik…Alhamdulillah keadaan isteri encik takdelah seserius mana, cuma ada retak sikit pada tulang pehanya, jadi ia terpaksa disimen.Tapi dia masih tidak sedarkan diri. Mungkin terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. Jadi dia perlukan rehat yang secukupnya. Saya harap Encik janganlah terlalu risau, InsyaAllah semuanya akan selamat.” Terang doktor yang merawat Azlia.
“Terima kasih doktor, boleh saya jumpa isteri saya?”
“Boleh…”
***************
Tidak lama selepas itu Azlia dibawa keluar dari bilik kecemasan untuk dibawa ke wad yang menempatkan orang-orang yang cedera akibat accident. Azim,Syaira dan Ezad mengikut dari belakang, sampai di wad nurse memindahkan Azlia ke katil pesakit.
“Syaira, awak tolong jaga Azlia di hospital. Tentang cuti dan kerja awak, awak jangan risau. Saya bagi awak pelepasan,jadi gaji awak berjalan seperti biasa.”pinta Azim.
“Baiklah Encik Azim, Terima Kasih.”
“Tapi Encik Azim saya kena balik rumah dulu, ambik apa yang patut.”
“Ok awak balik dulu, ambik apa yang diperlukan, nanti Ezad tolong hantarkan awak. Sementara awak balik tu, saya akan jaga Azlia dulu.”
“Ezad nanti kau tolong hantar Syaira kejap ye.”
“Ok…”jawab Ezad pendek.
Sorry, aku menyusahkan kau.”Kata Azim serba salah kerana terpaksa menyusahkan sahabatnya itu.
“Takpe, no halnya. Ni time kau susah, mana yang mampu aku tolong, aku tolong.”
“Terima kasih Ezad, sebab faham keadaan aku.”Ucap Azim berterima kasih kepada sahabatnya Ezad yang sentiasa memahami keadaannya, tak kira waktu susah atau senang.
“Alah, takde apalah. Benda kecik je. Kalau macam tu jomlah Syaira, saya hantar awak balik nanti lewat pulak awak nak datang sini balik.”
“Jomlah. Saya balik dulu ye Encik Azim.”
Azim disitu menjadi penunggu setia Azlia. Hatinya terasa sayu bila melihat keadaan Azlia begitu. Tidak pernah lagi sebelum ini dia berperasaan sebegitu. Dia sudah tidak peduli dengan segala tindakannya tadi. Dia tahu mungkin Syaira terkejut dengan segala tindakan dan keprihatinan dia terhadap Azlia sebentar tadi. Apa yang dilakukan adalah lahir dari ketulusan hatinya. Yang penting baginya adalah menyelamatkan nyawa insan yang disayanginya.
***************
Di dalam kereta Syaira mengambil kesempatan untuk bertanya  pada Ezad tentang keprihatinan Azim yang di tunjukkan pada Azlia sebentar tadi.
“Ezad, boleh saya tanya satu soalan pada awak?”
“Soalan?soalan apa tu?”tanya Ezad balik.
“Alah, jawablah dulu boleh ke tak”
“Boleh. InsyaAllah kalau saya boleh jawab saya jawab.”
“Ok. Soalan dia berbunyi macam ni…”
“Amboi…macam pop kuiz pulak, siap berbunyi-bunyi lagi.”potong Ezad belum sempat  Syaira bertanyakan soalan,sengaja mengusik.
“Awak ni, saya nak tanya betul-betul, awak main-main pulak.” Kata Syaira geram.
“Yelah. Apa soalan yang awak nak tanya sangat ni?”
“Tak macam ni, Encik Azim tu suka kat Lia ke? Saya tengok bukan main bimbang lagi dia tadi. Mengalahkan saya yang rapat dengan Lia ni.” Tanya Syaira untuk mengetahui hal sebenarnya.
“Untuk pengetahuan awak,bos awak tu bukan setakat suka je, sayang,cinta semua ada. Dia tu memang sukakan Azlia dari dulu lagi. Masa mula-mula Azlia bekerja di syarikatnya tu lagi,Cuma masalahnya dia tak tahu bagaimana nak luahkan perasaan dia kat kawan awak tu,sebab dia kata kawan awak tu garang sangat. Tulah masalahnya sekarang ni, kesian kat kawan saya tu. Awak kalau boleh tolonglah nasihat Lia tu sikit jangan garang-garang sangat. Kesian kat Encik Azim awak tu, terpaksa pendam perasaan sorang-sorang.”Terang Ezad sambil mengadu tentang masalah kawannya tu.
“Em,saya pun tak fahamlah dengan mereka berdua ni. Encik Azim kata Azlia garang, Azlia pulak kata yang Encik Azim tu suka kenakan dia sebab tu dia jadi garang. Lia sebenarnya tak garang Ezad. Dia baik sebenarnya kalau Encik Azim tu cakap elok-elok dengan dia. Dia jadi garang dengan Encik Azim tu sebab dia geram  Encik Azim selalu kenakan dia.”terang Syaira kembali.
“Tulah pasal,saya pun pernah jugak nasihatkan Azim tu, suruh dia cakap elok-elok sikit dengan Azlia tu. Jangan selalu sangat sakat si Azlia tu. Tapi tak tahulah dia dengar ke tak nasihat saya ni.”
“Harap-harap mereka berdua tu berbaik-baiklah lepas ni. Mana tahu dapat makan nasi minyak kita lepas ni hehehe… tak mustahil tu. Baru hari ni Azlia cerita sebelum dia ditimpa kemalangan, dia kata Encik Azim tu bukan main lembut bercakap dengan dia, dia pun terkejut. Mungkin dia dah dengar nasihat yang awak bagi kat dia tu kot. ” cerita Syaira pada Ezad.
“Oyeke…Alhamdulillah kalau dia dah dengar nasihat saya tu. Harap-harap lepas ni mereka berdua tu berbaik-baiklah, tambah-tambah lagi lepas kejadian petang tadi tu.”
“InsyaAllah…moga kebahagian menanti mereka berdua.”
“Dah sampai pun…elok-elok je kita habis berbual. Terima kasih Ezad sebab hantarkan saya. Sorry sebab dah ganggu masa awak.”
“Alah, takde hal lah,Azim tu kan kawan saya jugak. Nanti kalau awak ke hospital kalau Azlia tu dah sedar kirim salam saya pada dia ye. Harap-harap kawan awak tu cepat sembuh.”
“InsyaAllah. Oklah,terima kasih banyak-banyak Ezad.”
“Ok…sama-sama.”
***************
Syaira masuk kedalam rumah, mengambil apa-apa yang patut untuk dibawa ke hospital. Setelah selesai mandi dan solat, Syaira bersiap-siap untuk ke hospital takut Azim menunggunya lama disana. Dia terus memandu keretanya kesana. Kebetulan pula hari ni giliran Azlia membawa keretanya ketempat kerja. Jadi keretanya ada dirumah. Kalau tidak jenuh jugak dia nak drive kereta Azlia. Dia bukan pandai sangat bawa kereta manual ni sebab dah terbiasa bawa auto.
Sampai di hospital dia terus menuju ke wad yang menempatkan sahabatnya itu. Dia melihat Azim tetap setia menunggu Azlia disitu. Dia menghampiri Azim.
“Assalamualaikum Encik Azim, saya dah sampai. Kalau Encik Azim nak balik berehat dulu bolehlah.”
“Waalaikumussalam…baguslah awak dah sampai, saya pun dah rasa semacam ni. Saya ingat nak balik mandi dulu, kalau sempat saya datang menjenguk sekejap malam ni.”bagitahu Azim.
“Baiklah Encik Azim. Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup bersusah payah untuk bawak kawan saya ni ke hospital.”
“Tu dah menjadi tanggungjawab saya. Oklah  saya balik dulu. Jaga kawan awak ni elok-elok.”
“Baiklah Encik Azim…Oh ya! Encik Azim nak balik dengan apa? Ezad kan dah balik.”
“Takpe saya balik naik teksi je. Oklah saya balik dulu.”
“Ok.”
Belum sempat Azim beredar dari situ, tiba-tiba dia terdengar suara Azlia meracau-racau memanggil nama Syaira. Tapi yang tak tahannya budu pun ada sekali.
“Ira…ira…ira, budu…Ira mana budu aku Ira…”kata Azlia tanpa dalam sedar.
“Lia…ye aku kat sini Lia.”
“Budu..budu…budu aku mana Ira…”
Syaira dan Azim yang gelisah hampir nak tergelak bila budu yang ditanya Azlia.
“Ishhh! Kawan awak ni, time macam ni pun boleh dia ingat budu lagi. Memang peminat fanatik betul dia dengan budu tu.”
“Lia ni memang macam tu Encik Azim, ni mesti kes tak sempat makan nasi tengahari tadi la ni, terbawa-bawa sampai dalam mimpi.”
“Urmmm…Azlia…Azlia kalau Azlia tu memang Azlia jugak. Dah kejutkan dia,nanti tak pasal-pasal melarat nanti kan. Saya balik dulu.”Azim meminta diri untuk kali ketiga.
“Encik Azim tak nak tunggu Lia betul-betul sedar dulu ke?”
“Takpelah, nantikan dia nampak saya kan mengamuk pulak dia.”
“Kalau macam tu baiklah. Saya akan jaga Lia ni baik-baik untuk Encik Azim.” Kata Syaira sambil tersengih.
“Jaga untuk saya?”soal Azim.
“Yelah jaga untuk Encik Azimlah, nanti kalau tak sihat pekerja Encik Azim ni, bankruplah syarikat Encik Azim. Sebab dua pekerja terpaksa tinggal di hospital.” Kata Syaira cuba berdalih.
“Ooo…ok, kirim salam saya pada Azlia kalau dia dah betul-betul sedar nanti.”
“InsyaAllah…”jawab Syaira sambil tersenyum.
***************
Tidak beberapa lama setelah kepulangan Azim, Azlia telah sedar sepenuhnya. Dia seperti orang kebingungan tidak tahu dimana dia berada.
“Ira  aku kat mana ni? Kenapa dengan kaki aku ni?”
“Kau kat hospital sekarang ni Lia. Kau tak ingat ke petang tadi kau dilanggar kereta.Seharian kau tidur kat sini. Nasib baik tiada apa-apa yang serius terjadi pada kau. Cuma kaki kau jelah retak sikit.”
“Yeke, aku rasa macam tak tidur je, siap makan nasi dengan budu lagi. Kalau macam tu aku mimpilah tu ye?”
“Ishhh!kau ni tak habis-habis dengan budu kau. Dalam tidur pun kau boleh mimpi budu lagi. Seharian aku tunggu kau kat hospital ni tau. Kau boleh pulak siap mimpi-mimpi makan budu lagi. Bestlah kau mesti kenyang kan? Aku jugak yang kebulur tak makan.”
“Hehehe…tadi kenyanglah, sekarang ni dah rasa lapar balik. Betul kau tak makan lagi dari petang tadi?”
“Nak makan macam mana, kan kau accident masa kita on the way nak pergi makan. Kita mana sempat makan. Kelam kabut aku dibuatnya bila tengok kau tak sedar diri macam tu . Nasib baik takde apa-apa yang serius berlaku pada kau.”
“Jadi kaulah yang bawa aku ke hospital ni ye. Terima kasih banyak-banyak Ira sebab susah payah untuk aku. Aku akan ingat jasa kau ni Ira.”Ucap Azlia berterima kasih.
“Opsss!kejap-kejap, pembetulan. Kau sepatutnya berterima kasih pada Enck Azim tau. Sebab dia yang susah payah bawak kau kehospital ni tau. Nasib baik kebetulan dia dan kawan dia ada disitu masa kejadian tu. Kalau tak aku tak tahu apa nak jadi dengan kau, sebab aku terlampau panic masa tu,sampai aku jadi kelu tengok keadaan kau masa tu.”
“Encik Azim?”tanya Azlia seakan tidak percaya.
“Ye Encik Azim yang kau selalu bergaduh tu. Dialah yang mencempung kau ke kereta tau tak. Sampai     di hospital pun sama. Aku tengok dialah orang yang paling susah hati bila lihat kau macam tu.”
“Kau biar betul Ira…”kata Azlia seakan tidak percaya.
“Betul aku tak tipu kau. Buat apa aku nak tipu benda-benda macam ni, aku tak dapat untung pun.”
“Dia yang cempung aku???”
“Ye dialah, takkan aku pulak.Aku manalah larat.”
“Eeeeee…malunya aku Ira…”luah Azlia, malu apabila dia mengetahui yang Azim mencempungnya.
“Malu konon, kau nak malu apanya, kau bukan sedar pun masa dia cempung kau tu. Lainlah masa tu mata kau terbukak luas. Tu lain ceritalah, boleh jugak nak malu. Kalau kau malu Lia, alamatnya kau duduk tengah jalan tu lagilah malam ni. Kereta yang langgar kau tu pun cabut lari. Nasib baik Encik Azim tu ada, kalau tak aku tak tahulah apa nak jadi pada kau.”
“Sampai macam tu sekali dia tolong aku?” Tanya Azlia seakan tidak percaya.
“Ye cik Azlia. Aku tengok semuanya, begitu ambil beratnya dia pada kau. Lepas ni aku rasa kau kena ubah persepsi kau pada dia. Kau kena berbaik-baik dengan dia. Sebab dia yang bersusah payah untuk hantar kau ke hospital petang tadi. Kalau tak silap aku dia kata dia nak datang melawat kau malam ni, tapi aku rasa dia tak datang kot,dia mungkin letih tunggu kau seharian kat hospital petang tadi. Entah-entah balik rumah terus lena.”
“Apa! Dia tunggu aku?”Azlia seakan terkejut.
“Ye dia yang tunggu kau, masa aku balik ambil barang kat rumah tadi. Dia sempatlah dengar kau mengigau mintak budu. Lepas pada tu dia terus balik, sebab dia takut bila kau sedar nanti kau marah pada dia.”
“Betul ke ira? Aku mengigau macam tu?”Tanya Azlia lagi.
“Laaaaaa…betullah buat apa aku nak tipu.”
“Iraaaaa!!!malunya aku. Macam mana aku boleh mengigau pasal budu pulak ni. Malunya aku iraaaa…”
“Kau tanya aku macam mana kau boleh mengigau pasal budu? Kau tanyalah diri kau sendiri. Macam mana kau boleh mengigau macam tu. Sampai Encik Azim sendiri cakap kau ni peminat fanatik budu.”
“Dia cakap aku macam tu?”
“Ye dia cakap macam tu sebab kau mengigau pun pasal budu.”
“Iraaaaa…macam mana aku nak mengadap muka dia ni. Dahlah dia cempung aku, lepas tu siap tunggu aku lagi tu. Tapi yang aku tak boleh tahan aku mengigau depan dia, pasal budu pulak tu. Malunya aku Ira.”
“Ala kau buat-buat tak tahu dah lah. Dia bukan tahu kau tahu. Kau buat muka selamber je nanti.”Syaira memberi cadangan.
“A’a kan, dia bukan tahu aku dah tahu kan? Tapi aku tak bolehlah Ira sebab aku dah tahu, mesti aku rasa lain macam nanti. Macam mana ni Ira…”
“Ala kau relaks dah lah. Buat macam takde apa-apa.”
“Kau senanglah cakap, aku ni yang nak mengadap dia nanti ni.”
“Encik Azim tu baiklah. Dahlah kau janganlah fikir sangat. Nanti makin berserabut kepala otak kau kan.”
“Oh lupa, Encik Azim dan kawan dia Ezad tu kirim salam kat kau.”
“Ooooo…Waalaikumussalam.”
***************
Keesokkan harinya , Azim pergi ke hospital untuk  melawat Azlia. Malam tadi dia begitu mengantuk sehingga tidak berkesempatan untuk melawat Azlia di hospital.
“Lia,Encik Azim datang.”Bagitahu Syaira kepada Azlia apabila melihat kelibat Azim dari jauh yang menuju kearah mereka.
Azlia yang melihat Azim sudah tidak tentu arah jadinya. Segan ada, malu pun ada.
“Assalamualaikum…macam mana keadaan awak hari ni Azlia? Ada rasa sakit.”
“Waalaikumussalam…Alhamdulillah Encik Azim, ok je. Cuma dekat kaki ni jelah ada rasa kebas sikit.”
“Ooooo…ni awak Syaira dah makan belum?”
“Saya dah makan kat bawah tadi Encik Azim.”
“Baguslah tu. Azlia, awak dah makan belum ni?”
“Saya pun dah makan Encik Azim.”Jawab Azlia segan-segan.
“Apa doktor cakap? Bila awak boleh keluar hospital ni?”
“Doktor cakap tengok keadaan kaki saya dulu macam mana, kalau dah ok sikit dalam seminggu dua lagi boleh keluarlah.
“Harap-harap kaki awak tu cepatlah sembuh ye.”
“Oh lupa pulak saya, ni saya ada bawak buah tangan sikit untuk awak.” Azim menghulurkan sejambak bunga dan sedikit buah kepada Azlia.”
“Wow! Lia, kau dapat bunga. Untuk saya takde ke Encik Azim?” Tanya Syaira sekadar mengusik. Azlia yang megambil bunga itu sudah merah padam mukanya.
“Awak tak sakit, ni untuk orang sakit je biar cepat-cepat sembuh sikit.” Balas Azim.
“Kalau macam tu saya nak sakit jugaklah. Nanti bolehlah saya dapat bunga banyak-banyak sikit.”
“Ishhh! Awak ni tak baik doa macam tu, nanti sakit betul baru awak tahu. Tapi kalau sakit pun saya takdelah boleh bagi bunga pada awak, nantikan tak pasal-pasal saya kena hempuk dengan boyfriend awak.”jawab Azim
“Habis tu, Azlia ni Encik Azim tak takut boyfriend dia marah ke?”
“Azlia ni lain. Lagipun saya tahu Azlia ni belum ada boyfriend lagi kan? Ke awak dah ada boyfriend Azlia?” Tanya Azim tiba-tiba.
“Hah! Emmm… tak tahu.” Jawab Azlia tergagap-gagap. Dalam pada masa yang sama Syaira menyampuk.
“Alah, Encik Azim jangan bimbang, Lia ni macam Encik Azim jugak single and available lagi.” Azlia yang mendengar terus mencubit Syaira.
“Aduh! Sakitlah…kau ni.” Syaira beraduh.
“Eh! Mana awak tahu saya single lagi?” tanya Azim pula.
“Saya tahulah, tapikan Encik Azim kalau Encik Azim dengan Azlia ni ok jugak, sama cantik sama padan saya tengok. Nama pun dah dekat-dekat nak sama. Azim,Azlia. Kira ok sangatlah tu.”
“Yeke. Kalau macam tu doa-doalah saya dan kawan awak ni dapat bersama.”Usik Azim tapi dalam masa yang sama dia juga berharap dia dapat bersama Azlia suatu hari nanti. Azlia yang berada disitu sudah tidak senang duduk bila topik perbualan Azim dan Syaira berkait dengan dirinya.
“InsyaAllah, tu sudah semestinya Encik Azim. Saya kalau bab kawan saya yang sorang ni, memang saya doakan yang baik-baik saja. Encik Azim jangan bimbang.”
“Emmm, baguslah kalau macam tu, lagi ramai orang yang doakan, lagi cepatlah termakbul hajat saya tu…hehehe.”
“Oklah, saya kena pergi dulu, petang nanti lepas waktu pejabat kalau sempat saya datang balik.”Azim memberitahu.
“Azlia saya balik dulu ye. Jaga diri awak tu baik-baik, jangan lupa makan ubat tu.”
“Baiklah Encik Azim. Terima kasih sebab dah banyak susah payah untuk saya.”
“Sama-sama. Takpe tu dah menjadi tanggungjawab saya. Nanti kalau awak perlukan apa-apa awak just bagitahu saya. Kalau awak malu, awak bagitahu je pada Syaira.”Bagitahu Azim sempat lagi dia mengusik Azlia. Azlia hanya mengangguk.
“Ok Ira, saya balik dulu. Jaga kawan awak ni baik-baik.” Sambung Azim memberi pesan pada Syaira.
“Baiklah Encik Azim. Encik Azim jangan bimbang. Saya akan lakukan yang terbaik untuk Encik Azim.heheheh”
“Ok, bagus… Oklah saya balik dulu. Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”Jawab Azlia dan Syaira serentak.
Setelah kelibat Azim hilang dari pandangan mereka, Azlia memarahi Syaira.
“Ira, kau ni saja kan, bukan main lagi kau depan Encik Azim tu kan. Sukalah kau dapat kenakan aku macam tu.”Marah Azlia.
“Laa…kenakan apanya, betullah tu apa aku cakap. Kau orang berdua ni memang padan. Lagipun dua-dua single, jadi apa salahnya. Takde salahnya kan.”
“Yelah takde salahnya,tapi janganlah kenakan aku macam tu depan dia. Malulah aku, tau tak?”
“Ooo…kau malu rupanya, hehehe.”Kata Syaira lagi mengusik sahabatnya itu.
“Kau ni kan, ada jugak aku hempuk dengan bantal ni kan.”
“Kau ni, sakit-sakit pun sempat lagi nak hempuk orang ye. Ishhh! Memang ganaslah kau ni. Kenapa kau tak hempuk aku depan Encik Azim tu je tadi. Tadi bukan main diam lagi aku tengok.”
“Iraaaaa!!! Kau ni…”Tidak sempat  Syaira mengelak, satu cubitan telah hinggap di lengannya.
“Aduh! Sakitlah Lia. Kau ni kalau tak sepit orang dalam masa sehari tu memang tak sah kan. Sakit tau tak?”
“Padan muka kau! Siapa suruh kau malukan aku depan Encik Azim tadi?” Kata Azlia geram. Syaira hanya gelak mendengar omelan dari sahabatnya itu.
“Ala, takde apa-apalah, Encik Azim tu ok apa? Sporting lagi.”
“Banyaklah kau punya ok. Tersengih-sengih aku tengok. Sukalah tu dapat kenakan aku,kau pun masuk sekali pulak tu lagilah dia suka.”
“Hahahaha!!!”Syaira gelak.
“Gelak Ira, gelak setakat mana kau boleh gelak…”
“Ok…ok,ok Aku mintak maaf.”Kata Syaira dengan gelak yang masih bersisa.
“Huh!”Azlia menarik muka.
“Tak baik kau tarik muka macam tu.”
“Ooooo…kalau aku tak baik, kalau kau semuanya baik ye.”balas Azlia.
“Ok…ok,ok dah lah tu. Dah la tu aku mintak maaf ok.” Syaira meminta maaf sekali lagi, dia tahu rajuk Azlia  cuma sekejap.
***************
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Azlia juga telah dibenarkan keluar dari hospital dan kakinya juga telah pulih sepenuhnya. Sejak kejadian itu, hubungannya dengan Azim juga sudah bertambah baik. Tiada lagi perang mulut berlaku, hanya usik mengusik yang mengiringi hubungan mereka berdua.
“Azlia, saya ada sesuatu sebenarnya nak tanya awak. Saya harap awak dapat jawab dengan sejujur dan seikhlasnya soalan saya tu.”
“Ye Encik Azim, ada apa Encik Azim nak tanya saya?”
“Saya nak tanya, apa pandangan awak tentang diri saya? Saya ni macam mana pada pandangan mata awak? Baik ke jahat ke?”
“Kenapa Encik Azim tanya saya soalan macam tu?”soal Azlia balik.
“Takde apa-apa,cuma nak tahu je.”
“Mula-mula saya kenal Encik Azim ni agak menyakitkan hati jugaklah, tapi sekarang ni saya tengok Encik Azim tak macam yang saya sangka sebelum ni. Encik Azim ni boleh dikatakan dalam kategori baik jugaklah, bertanggungjawab orangnya. Sesuailah untuk menjadi pemimpin dalam keluarga.”Jawab Syaira jujur. Azim hanya tersenyum mendengar apa yang diluahkan oleh Azlia.
“Kalau saya nak jadi pemimpin untuk keluarga awak boleh?”
“Untuk keluarga saya?Kalau untuk keluarga saya tak bolehlah Encik Azim, Ayah saya dah jadi pemimpinnya.”
“Maksud saya jadi suami untuk diri awak, dan jadi pemimpin untuk rumahtangga yang bakal kita bina. Boleh ke tak?” Tanya Azim lagi.
Azlia hanya diam membisu, tidak menjawab pertanyaan  Azim.
“Azlia boleh ke tak? Saya tanya awak ni.”Tanya Azim mengulangi soalan yang sama.
“Macam nilah Encik Azim, kalau Encik Azim benar-benar ikhlas untuk menjadi suami pada diri saya. Saya rasa eloklah Encik Azim bertemu dengan mak ayah saya. Bincang dengan mereka tentang hasrat Encik Azim tu. Saya rasa itu cara yang lebih baik. Sebab restu dari ibu bapa tu penting untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Semua keputusan terserah pada mereka, saya hanya menurut saja.” Beritahu Azlia malu-malu. Azim yang mendengarnya merasa sungguh gembira.
“Betul ni Azlia? Kalau macam tu esok jugak saya akan jumpa dengan mak ayah awak.”
“Amboi cepatnya…”Azlia seakan terkejut.
“Yelah, benda baik mana boleh tangguh-tangguh,kalau awak ubah fikiran nanti, melepaslah saya.” Syaira hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Azim.
“Ikut suka Encik Azimlah, tapi bagitahu saya dulu kalau nak pergi, saya kena maklumkan pada ibu bapa saya dulu. Nantikan terkejut pulak mereka kalau tiba-tiba Encik Azim pergi macam tu.”
“Eh awak ni! Saya nak pergi esoklah, kan saya dah bagitahu tadi.”
“Encik Azim betul-betul nak pergi esok ke? Bukan main-main.”
“Laaa, buat apa saya nak main-main. Bagitahu mak ayah awak saya akan datang rumah awak dengan mama dan papa saya esok. Jangan tutup pintu pulak nanti.”
“Hurmmm, kenapa pulak saya nak tutup pintu. Lainlah kalau Mat Bangla yang datang, yang tu mungkinlah saya tutup pintu.”
“Kenapa sebelum ni pernah ada Mat Bangla datang pinang awak ke?”Tanya Azim bergurau.
“Ishhh! Encik Azim ni, mana ada.Saya gurau jelah. Tak tahulah saya kalau Encik Azim ada keturunan dari sana jugak.”Duga Azlia. Azim tergelak mendengar kenyataan dari Azlia itu.
“Eeeee…awak ni, ada ke kata saya macam tu. Tak patut, tak patut. Saya ni anak jati Malaysia tau! Tulen lagi. Takde palsu-palsu.”
“Hahaha…baguslah kalau macam tu, takut pulak saya kalau yang cetak rompak ni. Kan tak pasal-pasal kena naik turun mahkamah nanti.”
“Kenapa kena turun naik mahkamah pulak?”
“Yelah, Encik Azim tak pernah baca ke berita tentang perebutan hak penjagaan anak, siap bawak lari balik anak kenegara asal dia lagi. Senyap-senyap pulak tu. Kan jadi masalah kalau kahwin dengan dua negara berbeza ni.”
“A’a kan, tapi awak jangan bimbang. Saya ni anak jati Malaysia. InsyaAllah masalah macam ni takkan berlaku.
“Harap-harap macam tulah.”
***************
Hari yang dijanjikan telah tiba, setelah persetujuan dibuat oleh kedua-kedua belah keluarga majlis mereka akan dilangsungkan hujung tahun ni. Tanpa  bertunang, mereka akan terus diijab kabulkan.
“Kalau macam tu kata Encik Suhaimi, elok sangatlah tu kita cepat-cepatkan majlis ni. Lagipun mereka berdua ni bukannya muda lagi. Azim tu pun dah tiga puluh tiga tahun, Jadi elok sangatlah tu.”
“Samalah dengan Azlia tu dah dua puluh tujuh tahun, dah nak dekat tiga puluh dah pun. Kalau semuanya dah setuju saya rasa eloklah hujung tahun ni majlis tu dilangsungkan. Azlia,Azim ke kamu ada apa-apa bantahan.” Tanya Encik Suhaimi pada anak dan bakal menantunya
“Kalau tanya mereka Encik Suhaimi, saya rasa esok jugak mereka nak kahwin. Tu muka tu, nampak sangat macam tak sabar nak kahwin.”Sampuk Encik Aziz. Azlia dan Azim yang mendengarnya hanya tersenyum malu.  
“Betul tu Encik Aziz, kalau tanya mereka lagi cepatlah rasanya harinya tu. Tu pun saya tengok dari tadi lagi duk asyik jeling-menjeling. Kalau kita biar ni, belum sempat kahwin mata dua-dua orang boleh jadi juling ni. Betul tak Encik Aziz?”
“Hahahah!!! Betul sangatlah tu Encik Suhaimi, tak boleh jadi mereka berdua ni. Takut nanti berjangkit pada cucu kita pulak nanti.”
“Eh papa ni! Apa pulak cakap pasal cucu ni, kahwin pun belum lagi…”Azim tiba-tiba bersuara.
“Laaa… ada pun suara rupanya, papa ingatkan dah bisu. Dari tadi duk guna bahasa isyarat papa tengok. papa tak kata boleh cucu sekarang. Bila kamu kahwin nantilah, kalau tak kahwin macam mana kami nak dapat cucu…” Perli Encik Aziz pada anaknya. Azlia hanya tersenyum mendengar kata-kata dari bakal bapa mertuanya itu. Azim yang disindir oleh papanya itu terus membisu. Dia tahu sangat perangai papanya itu kalau bab mengena orang nombor satu. Kalau dijawab, kena elok dia pulak yang terkena. Jadi lebih baik dia diam.
“Tu tengok dua orang tu,dari tadi kita duk berbincang kat sini, dia dua orang duk berbincang apa tu? Kita nak bincang pasal kahwin anak, ni lain tak bukan mesti berbincang pasal hal perempuanlah ni. Perempuan kalau bertemu dengan yang sekepala dengannya  macam tulah jadinya.”Adu Encik Suhaimi pada bakal besannya.
“Idah! Macam mana ni kami dah tetapkan untuk langsungkan pada hujun tahun ni. Puan-puan berdua setuju ke tak?”Tanya Encik Suhaimi sambil berseloroh.
“Abang tetapkanlah, kami berdua takde hal bila-bila pun kami setuju. Yang penting orang yang nak kahwin tu. Kena tanya mereka setuju ke tak.”
“Kalau tanya mereka, memanglah mereka setuju. Kalau tak setuju, tak kahwinlah mereka. Kita pun tak adalah dapat cucu.”  Kata-kata Encik suhaimi disambut gelak oleh mereka semua kecuali Azim dan Azlia tertunduk malu dengan usikan Encik Suhaimi itu.
“Kalau takde apa-apa lagi, jomlah kita makan tengahari dulu. Lauk semuanya dah siap tu, tunggu nak makan je tu. Tunggu mereka berdua tu siap bersembang,Alamatnya  tak makan manalah kita jawabnya.” Kata Encik Suhaimi.
“Puan-puan berdua, tak nak makan ke?” Giliran Encik Aziz pula memerli.
“Eh! Abang ni, mestilah nak.”Jawab Puan Salmah
“Jomlah Puan Salmah, makanan semuanya dah siap dah tu. Cuma tunggu nak makan je tu.”Ajak Puan Halidah.
“Jomlah, kan nanti bising pulak pak cik dua orang tu.”Kata Puan Salmah dengan panggilan pak cik tu dirujuk pada suami dan bakal besannya itu.
***************
 Seperti yang dirancangkan, kini tibalah masa mereka berdua diijab kabulkan. Majlis diadakan cukup sederhana tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai dari kedua-dua belah pihak.
“Aku terima nikahnya Siti Azlia binti Suhaimi dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran tunai.”
“Sah?”
“Sah…”
Alhamdulillah,akhirnya Azlia sah menjadi isteri kepada Azim. Setelah selesai doa dibacakan, kini giliran Azim untuk menyarungkan cincin dijari manis isteri yang begitu dicintainya. Suasana begitu gamat sekali apabila ada saudara mara yang mengusik pengantin baru itu. Pengantin seakan malu-malu apabila diusik begitu.Jurukamera yang ditempah, merakamkan setiap detik memori bahagia di majlis pernikahan Azim dan Azlia ini.
“ Abang Azim, peluklah sikit Kak Lia tu,baru nampak cantik sikit gambar ni.” Kata adik sepupu Azim. Azim yang segan-segan memeluk pinggang isterinya itu.
“Ha,macam tulah. Tak payah nak malu-malu Kak Lia tu kan dah jadi isteri abang Azim. Malu-malu konon, tapi mahu.”usik adik sepupunya itu lagi. Azim yang diusik begitu sudah kemerah-merahan mukanya. Azlia yang perasan terus menegur suaminya itu.
“Hurmmm…pemalu jugak rupanya abang ni ye, ingatkan orang yang suka sakat orang ni tak malu.” Azim yang ditegur begitu terus mencubit manja pinggang isterinya itu. Azlia yang kegelian menolak manja suaminya itu.
“Hai pengantin baru ni, orang nak ambil gambar ni boleh pulak dia bergurau senda kat situ. Nak bergurau senda dalam bilik nantilah,tak sabar-sabar.Ni duduk betul-betul sikit nantikan tak cantik pulak gambar ni.”
Azlia dan Azim yang ditegur begitu berhenti dari bergurau senda disitu.
“Ha, boleh pun duduk elok-elok. Ok, kak Lia tengok sikit mata abang Azim tu. Ala-ala menggoda sikit. ” Tambah adik sepupunya itu lagi.
“Erma ni mengada-ngadalah.” Marah Azim. Sebenarnya dia malu.
“Abang Azim ni,Kak Lia ok je. Dia pulak yang terlebih malu ni. Terbalik pulak.” Azlia ketawa kecil mendengar usikan itu.
“Ooooo…ketawakan abang ye, takpe nanti siaplah Lia, tunggu jelah nanti.”Kata Azim mengugut isterinya. Azlia hanya tersenyum manis mendengar ugutan dari suaminya itu.
“Lia,janganlah goda abang macam ni.” Bisik Azim pada Azlia. Bagai nak luruh rasa jantungnya apabila melihat kemanisan senyuman dari isterinya itu.
“Eee…bila nak habis ni, dari tadi asyik duk bergambar ni.”Kata Azim dalam hati.Dia sudah tidak sabar untuk berdua-duaan dengan isterinya.
“Erma lambat lagi ke?”tanya Azim pada adik sepupunya itu.
“Amboi abang Azim ni. Abang nak kemana, nak cepat-cepat ni. Abang Azim jangan bimbang tak larinya masa abang ngan kak Lia tu. Kami dah aturkan elok-elok dah. Sekarang waktu bergambar lagi. Jadi jangan nak lari kemana-mana.”Sakat Erma.
 Sedang mereka sibuk bergambar dan melayan tetamu, akhirnya muncul juga sahabat baiknya itu.
“Liaaa…tahniah Lia,akhirnya kahwin jugak kau dengan Encik Azim ni. Tak sangka aku Lia, dalam diam-diam jadi jugak kau dengan Encik Azim. Aku jugak lambat lagi nak merasa naik pelamin ni.”
“Amboi mak cik, panjangnya kau membebel. Ni kenapa lambat ni? Aku suruh kau datang masa aku akad nikah tadi. Ni dah lepas dah pun.”Marah Azlia atas kelewatan sahabatnya itu.
Sorry,sorry aku tak sengaja Lia, kereta aku buat hal pulak. Nasib baik aku call Zamani dia boleh hantarkan aku sekejap. Kau ni, hari bahagia macam ni pun nak marah aku.” Rungut Syaira.
“Bukan marah, geram je. Hari tu bukan main bersungguh kau janji dengan aku. Habis tu mana Zamani?”
“Zamani lepas hantar aku terus ke tempat kerja dialah, ada hal penting katanya yang perlu dibereskan.”
“Hari-hari  minggu macam ni pun dia kerja jugak.”
“Biasalah Lia kerja dengan orang, macam tu lah. Nak tak nak kena buat jugak. Dah tak payah tanya pasal Zamani lah, sekarang ni cerita pasal kau.”
“Lia cantiknya aku tengok kau, mesti kau bahagia sekarang ni kan. Tak sangka aku, aku yang bercinta bagai nak rak, alih-alih kau yang kahwin dulu.”
“Terima kasih Lia, aku happy sangat. Aku pun tak tahu nak cerita macam mana, benda ni berlaku secara tiba-tiba. Aku pun tak sangka sebenarnya, tulah orang kata ‘kalau dah jodoh takkan kemana’.”
“Aku happy sangat bila tengok kau happy macam ni.”
“Aku pun harap hari kau akan tiba nanti. Nanti jangan lupa jemput aku pulak.”
“Amin… InsyaAllah aku takkan lupa, kau kan sahabat baik aku takkanlah aku boleh lupa.”
“Oh ya! Mana suami kau? Aku tak Nampak dia pun.”tanya Syaira.
“Ada tadi, dia berbual dengan Ezad kot, sebab tadi Ezad baru je datang, sebelum kau sampai tadi. Ni kau dah makan belum ni?”
“Belum lagilah cik kak, sampai-sampai terus aku cari kau.”
“Kalau macam tu kau pergilah makan dulu. Budu dengan cencaluk pun ada sekali tu.”
“aiii…sampai majlis kahwin kau pun ada budu. Dahsyat kau ni.”
“Eiii mestilah kena ada ni kan majlis aku, makanan kegemaran aku dengan makanan kegemaran suami aku. Budu dan cencaluk.”
“Jadi suami kau Encik Azim tu suka makan cencaluklah ni.”
“Yup!”
“Huh! Memang elok benarlah kau dua orang ni di satukan. Satu hantu budu, satu lagi hantu cencaluk. ‘Budu vs Cencaluk’, elok benarlah tu.”
“Dahlah tu, tak payahlah membebel kat sini, nantikan kempunan kau nak makan nasi kenduri aku kan. Pergilah makan dulu, nanti kita sambung balik.
“Yelah…opppsss! Lupa pulak aku nak bagi hadiah ni kat kau. Selamat Pengantin Baru Lia. Aku harap hubungan kau orang berdua ni berkekalan keakhirnya. Harap kau dapat baby yang comel-comel nanti.”
“Amin…terima kasih Ira doakan kebahagiaan aku dan terima kasih jugak untuk hadiah ni.”
“Sama-sama.”
Alhamdulillah, akhirnya majlis perkahwinan antara Azim dan Azlia selamat dilangsungkan.  Semua tetamu yang hadir juga sudah pulang. Kini tiba masanya semua yang bersusah payah untuk majlis ini merehatkan diri. Begitu juga dengan Azim dan Azlia,setelah penat bergambar dan melayan tetamu, inilah masa yang ditunggu oleh mereka berdua. Dapat berdua-duaan dengan insan tersayang bagi meluahkan rasa hati dan perasaan yang amat gembira.
“Lia, terima kasih kerana sudi menjadi suri penyeri dalam hidup abang. Abang harap kita dapat layari alam rumahtangga ni dengan sebaik mungkin. Abang harap Lia tak menyesal memilih abang menjadi suami Lia. Maklumlah Lia pun tahu kita sebelum ni macam mana kan. Macam anjing dengan kucing. Abang bersyukur sangat, akhirnya dapat jugak abang memiliki gadis pujaan abang ni.”bagitahu Azim jujur sambil mencuit hidung isterinya itu. Azlia yang mendengarnya hanya tersenyum bila mengingati semula peristiwa-peristiwa yang pernah menyakitkan hatinya ketika bersama Azim dahulu.
“Terima kasih jugak Lia nak ucapkan pada abang sebab pilih Lia untuk jadi suri hidup abang. InsyaAllah,Lia takkan menyesal dengan keputusan yang Lia buat jika suami Lia ni jaga diri Lia dengan baik dan beri Lia kasih sayang yang secukupnya.”
“InsyaAllah abang akan bagi yang terbaik untuk Lia dan untuk anak-anak kita yang bakal lahir nanti. Abang harap Lia pun dapat bantu abang untuk jadikan rumahtangga kita ni yang terbaik dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
“InsyaAllah abang, Lia akan cuba sebaik mungkin.”
“Nanti abang nak tujuh orang anak tau!”
“Amboi ramainya. Takkan sampai tujuh kot. Lima tak boleh ke? Larat ke Lia sampai tujuh orang.”
“Belum cuba belum tahu…hehhehe”Azim tersenyum nakal.
“Abang ni…” Azlia malu dengan usikan suaminya itu.”
“Oooo, tadi bukan main lagi usik abang ye, sekarang ni tahu pun Lia malu.”
“Tadi lain, ni lain.”
“Lain apanya, cuba bagitahu abang apa yang lainnya?”Azim terusan mengusik.
“Dahlah, kalau macam ni taknak lah Lia tidur dengan abang.”Azlia seakan merajuk.
“Ala, takkan merajuk kot sayang. Oklah, abang tak usik lagi. Jomlah kita tidur, dah lewat ni. Esok nak kena bangun awal lagi.”
“Oklah, jom…”
“Amboi cepat pulak setuju, tadi bukan main lagi kata taknak tidur dengan abang…hehehe” Usik Azim dengan senyuman nakal.
“Abang ni…malaslah Lia nak layan.”
“Oklah,oklah… jom kita tidur sayang. Jangan merajuk-merajuk nanti dapat anak kuat merajuk baru tahu.” Kata Azim sambil memaut bahu isterinya untuk diajak tidur bersama.
Kehidupan mereka berdua diiringi dengan penuh kegembiraan setelah beberapa bulan melayari hidup berumahtangga. Tambah-tambah lagi bila Azlia disahkan mengandung. Tidak tergambar perasaan Azim dan Azlia pada masa mereka menerima berita gembira itu. Sahabatnya Ezad dan Syaira juga telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing. Bertambahlah lagi umat Muhammad s.a.w, apabila Syaira juga disahkan bunting pelamin. Alhamdulillah, semua kesukaran yang dilalui sebelum ini, akhirnya menemui jalan kebahagiaan diakhirnya. Syukur diucapkan kepada Allah S.W.T dengan semua nikmat yang diberi.
TAMAT……
Karya
Azzia Ariff


No comments:

Post a Comment