Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : HUS (10)

BAB 10

PAGI itu, Puan Zainab merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Irfan tidak ceria seperti biasa.
            “Irfan, kamu ni kenapa? Monyok je mama tengok.”
            “Tak ada apa-apalah ma.”
            “Hai takkan Arissa tak ada sehari kamu dah tak bermaya kot. Petang nanti sampailah Arissa tu.” usik Puan Zainab.
            “Mama jangan sebut nama Arissa boleh tak ma.” marah Irfan.
            “Ai, lain macam je ni.”
            “Tak ada lain macamnya. Dah lah ma, Irfan nak naik atas kejap.”
            Di bilik, Irfan seperti orang yang tidak tentu arah. Perasan geram, marah, sedih semua bercampur gaul. Semua ni berlaku sejak pulang dari rumah Arissa.
            “Siapa sebenarnya Taufeq tu pada Arissa ya.” tanya Irfan sendiri
            “Kenapa mereka nampak mesra.”
            “Siapa Taufeq di hati Arissa…Ahhhh!!! Arissa, kenapa kau buat aku macam niii!!!” Irfan melepaskan amarahnya.
Yang hairannya apa yang Arissa dah buat kat Irfan. Nak kata Arissa dah lukakan hati Irfan, Arissa bukannya sesiapa pada Irfan, cuma jururawat sementara je. Kalau Arissa nak layan sesiapa pun, itu Arissa punya pasal lah, bukan jadi masalah pun. Yang jadi masalahnya sekarang ni adalah Irfan. Siapa suruh pendam perasaan sorang-sorang. Bila dah jadi macam ni mulalah tak senang duduk, macam kera kena belacan. Hah! Rasakan, padan dengan muka. Baru tahu sakitnya bila orang di sayang dah ada orang lain.


PETANG itu Arissa tiba dengan muka yang begitu berseri-seri. Keadaan itu menimbulkan lagi perasaan yang tidak enak di hati Irfan.
            “Hai minah ni, happy semacam je aku tengok. Seronoklah tu, dapat jumpa buah hati.” marah Irfan dalam hati. Arissa tidak selesa bila melihat Irfan memandangnya sebegitu.
            “Aku ada buat salah besar ke ni? Lain macam je aku tengok Encik Irfan ni.” Arissa berteka teki sendiri. Arissa melangkah ke tingkat atas untuk menyimpan beg pakaiannya. Dia lalu dihadapan Irfan, tapi yang pelik Irfan tidak menegurnya seperti biasa. Arissa makin tertanya-tanya.
            “Kenapa dengan bos aku ni. Dah puas gaduh dengan aku ke? Biasa pantang nampak aku ada je yang nak dibahasnya. Ke dah bisu bos aku ni…” fikir Arissa.
            “Lantak kaulah Encik Irfan, malas aku nak serabutkan kepala aku ni fikirkan kau. Lebih baik aku rehat, tenangkan fikiran aku lagi bagus.”
            Arissa menghempaskan badannya ke katil. Baring punya baring, tidak sedar akhirnya dia terlelap. Sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam.
            “Uihhh, biar betul aku ni. Lamanya aku tidur, nasib baik aku cuti. Kalau tak habislah solat aku terbakar. Arissa…Arissa…Arissa. Apa nak jadilah dengan kau ni, tidur tak ingat dunia.” keluh Arissa pada diri sendiri, lalu dia ke bilik air untuk membersihkan diri.
            Setelah lengkap berbaju tidur semuanya, tiba-tiba Arissa terasa dahaga.
            “Alahhh dahagalah pulak, nasib baik dah lewat. Confirm orang dalam rumah ni dah tidur. Kalau tak segan jugak aku ni. Yelah tidur tak ingat dunia. Dah lah menumpang kat rumah orang. Tapi gaya macam bos.” kata Arissa pada diri sendiri
            Arissa turun ke dapur untuk minum. Seperti yang dijangka, semua orang sudah pun tidur. Sampai didapur Arissa mengambil sebiji gelas untuk dituangkan air. Sedang elok dia berpusing, ada seseorang dibelakangnya.
            “Oiiii mak kau!” latah Arissa. Irfan hanya diam.
            “Encik Irfan, terkejut saya. Apa Encik Irfan buat ni.” marah Arissa. Irfan masih lagi diam. Arissa pelik.
            “Encik Irfan, Encik Irfan okey tak ni?” tanya Arissa lagi. Kali ni Irfan bersuara.
            “Arissa saya nak cakap sikit dengan awak.” tutur Irfan lembut dari biasa.
            “Ada apa Encik Irfan?” Arissa hanya mengikut rentak Irfan.
            “Duduk dulu…” suruh Irfan
            “Tapi, sebelum Encik Irfan nak ceramah kat saya. Saya nak minum dulu boleh? Dahagalah Encik Irfan.” pinta Arissa. Irfan mengagguk.
            “Okey Encik Irfan, apa yang Encik Irfan nak cakap dengan saya tadi.” tanya Arissa sebaik sahaja selesai minum
            “Saya nak tanya, awak dengan Taufeq ada apa-apa ke?”
            “Ada apa-apa macam mana tu Encik Irfan?”
            “Maksud saya, awak dengan dia ada hubungan istimewa ke?”
            “Kenapa Encik Irfan, kalau ada pun kenapa. Encik Irfan cemburu ke? “ tanya Arissa sambil menahan gelak.
            “Tak, saya cuma tanya je.” nafi Irfan lagi
            “Betul, Encik Irfan tak cemburu?”
            “Ya…”
            “Kalau saya kata saya akan kahwin dengan Abang Taufeq tak lama lagi macam mana?” Irfan sedikit terkejut.
            “Betul awak akan kahwin dengan Taufeq?”
            “Ya, saya akan kahwin dengan dia. Nanti saya jemput Encik Irfan ya.” kata Arissa. Tanpa dia sedari dia telah mengguris perasaan Irfan. Irfan hanya diam, kemudian berlalu pergi meninggalkan Arissa.
            “Encik Irfan dah habis tanya ke ni?” laung Arissa bila dia melihat Irfan menuju tingkat atas. Irfan tidak menjawab, Arissa jadi serba salah.
“Kesian pulak aku tengok Encik Irfan sedih macam tu. Tapi yang dia nak sedih sangat tu kenapa? Kalau aku kahwin dengan Abang Taufeq pun kenapa? Bukan dia rugi apa-apa pun.”

“Encik Irfan ni peliklah.” Arissa mengomel sendiri. Masih lagi tidak faham kenapa reaksi Irfan begitu.

No comments:

Post a Comment