Followers

Wednesday, 12 June 2013

NOVEL : HUS (6)

BAB 6

PADA malamnya, selepas letih menemankan Irfan ke hospital ditambah pula dengan drama sedih lepas pulang kerumah tu, terlintas difikiran Arissa untuk menelefon Julia. Kononya untuk mengadu hal abang sepupunya itu. Tanpa membuang masa, Arissa terus menelefon Julia.
“Hello, Assalamualaikum Julia…”
“Waalaikumussalam… hah! Arissa, apa cerita?”
“Apa cerita kau tanya aku! Yang kau senyap tak dengar khabar berita apa kes pulak? Tak ada pun nak tanya khabar aku.” kata Arissa.
Sorry Arissa, aku bukan tak nak tanya khabar kau. Aku sibuk sikit sejak dua menjak ni. Maklumlah orang berniaga mesti nak kira untung je kan. Silap sikit habislah perniagaan bapak aku. Aku ingat memang nak jenguk kau pun hujung minggu ni.”
“Yelah tu, aku telefon baru kau kata nak jenguk aku kan?. Kalau tak tak ada lah nak datang melawat akunya.”
“Betul, aku memang nak melawat kau pun hujung minggu ni. Aku tak bagitahu kau sebab aku nak bagi surprise sikit.hehehe. Oh ya! Macam mana kerja, okey ke?” tanya Julia.
“Huh! Okey kau tanya aku, naik pening kepala aku melayan karenah abang sepupu kau  tu tau tak. Macam-macam benda pelik dia mintak. Yang terbaru ni siang tadi, ada ke dia marah aku sebab aku senyum kat doktor yang rawat dia tu. Dia kata aku gatal pergi balas senyuman doktor tu. Apa punya spesis manusia pun aku tak tahulah abang sepupu kau ni. Semua perkara aku buat semuanya tak betul, naik rimaslah aku dibuatnya.” luah Arissa pada Julia.
“Hahahaha! Relakslah Arissa, abang sepupu aku tu okeylah. Mungkin dia nak test kau je tu kot.”
“Banyaklah kau punya okey! Kau tak kena, kau bolehlah cakap okey. Cuba kau duduk dekat tempat aku sekarang, kau tahulah bagaimana seksanya melalui detik-detik yang menduga tahap kesabaran aku ni.”  
“Okey…okey...okey aku faham situasi kau sekarang ni, macam nilah, apa-apa hal kita cerita hujung minggu ni  ya. Aku sebenarnya dah mengantuk ni Arissa.”
“Kau macam tulah, masa nak mintak tolong dengan aku, bukan main panjang masa kau. Time aku nak luahkan sikit perasaan aku ni, ada saja alasan kau, mengantuklah apalah. Tak apalah kalau macam tu, orang dah tak sudi nak layan kita…nak buat macam mana kan?” kata Arissa dalam nada merajuk.
“Alahhh…kau ni, janganlah cakap macam tu. Ni yang buat aku tak sedap hati ni. Aku betul-betul mengantuk ni.”
“Yelah…yelah, pergilah tidur. Yang pastinya hujung minggu ni kau datang tau! Kalau tak siaplah kau.”ugut Arissa.
“Baiklah Cik Arissa…saya janji. Okey selamat malam, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…Selamat malam…”


HARI yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Julia muncul juga akhirnya dirumah mak longnya, setelah sekian lama menyembunyikan diri.
“Assalamualaikum…Arissa oh! Arissa” Julia memberi salam.
Arissa yang mendengar namanya dipanggil terus ke pintu. Alangkah bahagia dirasa  apabila melihat sahabatnya itu sudah muncul setelah sekian lama tidak menunjukkan muka. Mereka berdua bersalaman dan berpelukan tanpa disedari ianya diperhatikan Irfan.
“Rindunya aku dekat kau Arissa. Lamanya aku tak tengok kau, makin berseri-seri aku tengok muka kau.”
“Banyaklah kau punya berseri, makin berkedut adalah aku rasa.” kata Arissa.
“Ishhh! Ada pulak kau kata macam tu, nanti betul-betul berkedut baru kau tahu.”
“Betul apa aku kata, dah kalau asyik berkerut saja muka aku tiap-tiap hari, mahunya tak berkedut.”
“Kalau kau dah tahu muka kau tu asyik berkerut, jadi belajar-belajarlah senyum. Tak reti-reti nak senyum.”
Irfan yang berada diatas tersenyum apabila mendengar perbualan mereka. Dia tahu apa yang dimaksudkan Arissa itu. Mungkin disebabkan perangainya itu muka Arissa sentiasa kelihatan berkedut.
“Hahaha! Lawak jugak rupanya minah ni. Takkanlah sebab melayan karenah aku sampai boleh berkedut muka . Ishhh…Ishhh tak patut , tak patut. Agak-agaklah kalau nak mengadu pun.” kata Irfan sendirian.
“Aku nak senyum macam mana kalau tiap-tiap hari dia buat aku tension. Kalau aku senyum pun sebab aku dah berjaya kenakan dia. Tapi alih-alih aku jugak yang kena. Abang sepupu kau tu memang betul-betul menguji kesabaran akulah, ada saja ideanya nak kenakan aku.” luah Arissa
“Relakslah…kau ni pun kot ya pun nak bercerita, tak nak jemput aku masuk dulu ke?”
“Hehehe…aku nak kena jemput kau masuk jugak ke. Ni kan rumah mak long kau.”
“Kau ni…ada pulak macam tu. Walaupun ini rumah mak long aku, dah aku tetamu, kau kenalah jemput aku masuk. Ishhh! kau ni”
Arissa tersenyum macam kerang busuk setelah sedar dirinya disindir oleh rakannya itu.
“Yelah tuan puteri, dipersilakan masuk.”
Julia dan Arissa beriringan masuk ke dalam rumah. Irfan yang diatas mengamati setiap tingkah laku dua sahabat itu tanpa disedari oleh mereka.
“Kau duduk dulu ya Julia, aku nak buat air kejap.”
“Ha…, ni baru betul caranya, melayan tetamu yang datang tidak kira kenal atau tak, tak kira terlebih akrab ataupun tak…tak…….”
“Dah…dah…dah… kau tak payah nak bagi ceramah kat aku pagi-pagi ni. Kau duduk sini diam-diam, nanti aku bawakkan air untuk kau.”
“Amboi garangnya mak cik, sejak dua menjak ni aku tengok kau makin menjadi-jadi garangnya, dulu tak ada pulak sampai macam ni.” kata Julia sambil bergurau.
“Kau tengoklah pulak siapa yang jadi jurulatih aku, kalau bukan abang sepupu kesayangan kau tu.” jawab Arissa selamba.
Irfan diatas sudah tidak sabar, terasa panas je punggungnya berada disitu, tunggu masa nak menyerang je ni.
“Amboi boleh tahan jugak minah ni mengata aku ya. Tak apa-tak apa aku bagi kau peluang nak mengadu, nanti kau tengoklah. Siaplah kau cik Arissa.” kata Irfan dalam hati.
Arissa membawa air kepada sahabatnya itu. Dengan tertibnya dia meletakkan air itu diatas meja.
“Jemput minum Julia sayang, ni aku buat air special untuk kau.”
“Terima kasih! alaaa… sunquick je. Aku ingatkan adalah fresh orange ke, jus epal ke. Ni sunquick je.”
“Kau ni tak reti nak bersyukur langsung, nasib baik aku buatkan kau air sunquick, kalau ikut aku mahu aku bawa air kosong je untuk kau.”
“Kau ni tak baik tau Arissa. Ada ke layan kawan kau macam tu.”
“Yelah, aku dah buat dah ni kan, kau minum jelah. Belajar bersyukur sikit dengan apa yang diberi boleh tak?. Baru murah rezeki tu nanti.”
“Yelah…Yelah…Yelah…aku minum.”
“Ha! Macam tu lah…” kata Arissa sambil tersenyum.
Julia minum air yang dibuat oleh Arissa itu. Sedang Julia minum, mereka disampuk oleh satu suara dari arah belakang.
“Kalau Julia nak tahu macam tulah perangai kawan Julia tu, kalau bercakap tak pernah nak mengalah. Kalau orang tegur ada saja yang dijawabnya. Kadang-kadang tu, satu yang ditegur berpuluh-puluh jawabnya. Nasiblah Julia dapat kawan macam ni.” kata Irfan sengaja menyindir Arissa.
“Eleh…kata orang, Encik Irfan pun sama. Perangainya mengalahkan budak kecik, mengada-ngada.”
“Julia tengok tu, kalau tak menjawab tak sah. Orang tegur dia, dia kenakan kita balik. Julia boleh lihat dari situ dah lah. Nasib abang Irfanlah… dapat pembantu macam ni.”
Julia yang memerhatikan gelagat mereka berdua jadi teruja sebentar. Mana ada orang yang berani melawan cakap abang sepupunya itu sebelum ini. Kadang-kadang nak tergelak jugak Julia dibuatnya bila melihat gelagat mereka berdua ni.
“Dah kalau macam tu Abang Irfan cari pembantu lain jelah, kan senang. Yang tak berani melawan cakap Abang Irfan, yang lemah lembut.” kata Julia sengaja untuk menguji abang sepupunya itu.
Arissa yang berada ditepi Julia pantas menjawab.
“Betul tu Julia, kalau tak suka dengan cara aku, carilah orang lain. Tak adalah malang sangat nasib majikan aku ni dapat pembantu macam aku.”
“Amboi sedapnya mulut kau orang berdua ni bercakap. Jangan ingat senang-senang je abang Irfan nak lepaskan Arissa macam tu je. Ha! awak jangan lupa pulak tentang kontrak perjanjian yang dah awak tandatangani tu Cik Arissa.” bantah Irfan dengan cadangan gila mereka berdua itu.
 “Emmm…yelah tu Abang Irfan, kontrak perjanjianlah sangat.” kata Julia. Hanya Julia dan Irfan saja yang tahu apa yang dimaksudkan.
“Julia…….” Irfan memanggil nama Julia sambil merenung tajam ke arah Julia
Julia dapat rasakan yang abang sepupunya ini ada menyimpan perasaan pada Arissa. Kalau tak, apa ke pelik benar perangainya. Sebelum  ni tak ada pulak macam tu. Bila dah tak suka tu terus je nak pecat . Julia dapat mengesan keanehan yang ada pada abang sepupunya itu.
“Opppsssss!!! Sorry...” Julia ketawa mengekek.
“Kenapa ni Julia…” tanya Arissa
“Tak ada apa-apalah, saja je aku nak usik majikan kau ni.”
“Yelah tu, kenapa Encik Irfan, ada apa-apa yang saya tak tahu ke tentang perjanjian tu?” tanya Arissa pada Irfan,tidak puas hati kerana Julia tidak menjawab soalannya.
“Mana ada apa-apa…Dah! awak tak payah sibuk-sibuk nak tanya, tu bukan urusan awak pun. Yang penting sekarang awak jalankan tanggungjawab awak sahaja. Jangan sibuk-sibuk nak tahu pasal hal orang lain.” tegas Irfan.
“Mana boleh macam tu, perjanjian tu berkait dengan saya jugak. Jadi saya patut tahu apa yang saya tak tahu.” jawab Arissa melawan kata-kata majikannya.
“Awak ni memang degil kan, kalau saya kata tak payah tu, tak payahlah. Ada jugak yang kena pulas telinga nantikan. Ni satu lagi dari hari tu lagi saya dengar awak panggil saya cik Irfan,cik Irfan,cik Irfan,awak ingat saya perempuan ke? Awak ada belajar bahasa melayu tak dulu. ‘Cik’ tu untuk perempuan je . Kalau dengan saya panggil ‘Encik Irfan’ walaupun saya masih bujang lagi. Awak faham tak tu!”
“Biarlah, ikut suka sayalah nak panggil ‘cik’ ke ‘Encik’ ke. Tu saya punya pasal lah”. Kata Arissa sengaja ingin menghangatkan Irfan. Sebenarnya memang dia panggil ‘Encik’ pun, tapi bila dah sebut bunyilah macam ‘Cik’ je. Kalau eja lainlah, nampaklah perbezaanya. Tu pun nak jadi isu ke.
“Ishhh! Awak ni, bab menjawab nombor satu. Julia tengoklah kawan Julia ni, kalau Abang Irfan cerita Julia tak nak percaya.” beritahu Irfan pada Julia.
“Alahhh, tak apalah Abang Irfan degil pun, asal hati suka.”
“Apa yang Julia cakap ni?” pintas Irfan.
“Eleh…abang Irfan tak payah nak sorok dari Julia lah, Julia tahu Abang Irfan…..” Irfan cepat-cepat memotong kata-kata Julia tanpa sempat Julia menyudahkan kata-katanya. Irfan menarik Julia ke satu sudut yang lain.
 Arissa yang memerhatikan gelagat mereka kedua kehairanan. Mesti ada perkara yang di sorok Julia daripada pengetahuannya. Sebab pelik benar perangainya.
“Yang si beruang tu  pun, tak sedar-sedar kaki tu sakit, nak ke tempat lain jugak. Apa salahnya bercakap kat sini je. Takut sangat aku tahu.” kata Arissa sambil memerhatikan dari jauh dua sepupu itu berbicara.
“Julia ni kenapa? Kenapa cakap macam tu depan Arissa, nasib baik Abang Irfan cepat halang tadi. Kalau tak mesti perasanlah minah tu nanti.”
“Eleh takut minah tu perasan konon. Sebenarnya abang Irfan takut Arissa tahu yang abang suka dekat dia kan?...kan…kan..” tanya Julia menguji Irfan.
“Mana ada, Julia jangan nak mengada-ngada ya. Dengar di telinga Arissa nanti tak pasal-pasal je abang Irfan kena sembur. Bukan boleh kira sangat Arissa tu, mulutnya tu laju mengalahkan jet pejuang. Kalau boleh control nak saja abang Irfan control dengan remote control mulut dia tu. Biar dia tak boleh menjawab sesuka hati. Kadang-kadang geram Abang Irfan tengok kelajuan mulutnya menjawab, tak toleh kiri kanan langsung .Apa yang dia nak kata, dia kata je. ” Kata Irfan.
“Hahahah!!! Padanlah dengan Abang Irfan, Abang Irfan bukan macam tu jugak ke? Hahaha…Tapi abang Irfan ni lawaklah, Julia tak boleh bayangkan kalau mulut Arissa tu di kawal dengan remote control. Mesti lawak gila…kah!kah!kah!” Mereka berdua ketawa terbahak-bahak, lucu pula dengan statement yang dikeluarkan Irfan itu.
Arissa yang dari tadi perhatikan mereka sudah tidak senang duduk. Nak saja dia pergi kearah mereka berdua itu. Tapi bila difikirkan balik, baik tak payah! kalau pergi buat menyakitkan hati je. 
“Julia ni pun satu hal, kurang asam punya kawan, datang sini nak jumpa aku tapi dia berseronok-seronok pulak duduk bergelak ketawa dengan si beruang tu. Aku disini ditinggal macam orang bodoh. Tak boleh harap punya kawan.” kata Arissa sendirian lalu berlalu meninggalkan mereka berdua diruang tamu itu.
“Arissa! Kau nak kemana tu?” laung Julia apabila melihat sahabatnya itu menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
 Arissa tidak mempedulikan panggilan dari sahabatnya itu. Hatinya sedikit terasa dengan perlakuan Julia yang seolah-olah tidak mempedulikan kehadirannya di situ.
“Arissa! Kau nak kemana tu. Tunggu aku dulu, aku ada benda lagi nak bersembang dengan kau  ni.” panggil Julia sekali lagi.
“Dahlah Julia, pergi tengok kawan Julia tu. Nanti merajuk, susah pulak nak pujuk kan.” kata Irfan pada Julia.
“Baiklah…”
“Arissa! Tunggu aku dulu.” panggil Julia sambil mendapatkan Arissa yang sudah berada di hadapan pintu biliknya.
“Arissa kenapa dengan kau ni?”tanya Julia setelah berada dihadapan Arissa.
“Kenapa kau tanya aku? Yang kau tu duduk berseronok-seronok dengan beruang tu, kau tinggal aku sorang-sorang macam orang tak betul. Tu kau tanya aku kenapa?” tanya Arissa balik.
“Beruang??? Beruang mana ni Arissa?” tanya Julia kebingungan tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Arissa.
“Abang sepupu kau tu lah!”
“Kah! Kah! Kah!, apa ke buruk sangat gelaran yang kau bagi tu. Tak baik tau kau panggil macam tu. Kau orang berdua ni lawaklah. Macam-macam benda pelik yang aku tahu hari ni. Ni baru sebulan aku tak datang. Kalau setahun entah-entah dah nikah kau orang berdua ni.hahaha!” kata Julia dengan ketawanya masih berbaki.
“Ha! Banyaklah kau punya nikah. Jadi kes dera lagi adalah. Yang kau datang pada aku ni apasal? Pergilah bersembang dengan abang sepupu kesayangan kau tu.”sindir Arissa.
“Alaaa…kau ni, tu pun nak ambil hati. Janganlah macam tu, tak bestlah kau buat aku macam ni.” Julia memujuk Arissa.
“Tahu pun kau tak best, yang kau tinggal aku sorang-sorang kat situ tu kau ingat best ke?” perli Arissa pada Julia.
“Yelah…yelah…yelah aku tahu aku salah, aku mintak maaf okey! Lain kali aku janji aku tak buat lagi.”
“Yelah tu tak buat lagi. Macamlah aku tak kenal kau.”
“Aku mintak maaf okey! Tak baik tau kalau kau tak maafkan orang yang dah bersungguh-sungguh mintak maaf pada kau.”
“Banyaklah kau bersungguh-sungguh. Yelah, aku maafkan kau. Lain kali kalau kau buat lagi, aku siku-siku kepala kau dengan kepala beruang tu sekali.”
“Hahahah! Kau ni, orang yang tak berkenaan pun  kena sekali. Memang betul-betul Arissa lah kau ni. Tak ubah-ubah dari dulu sampai sekarang.” kata Julia
Of course lah berkenaan… kalau dia tak tarik kau tadi, tak ada maknanya aku duduk sorang-sorang kat situ.”
“Dahlah malas aku nak bercakap pasal beruang tu lagi. Sekarang  ni kita bercerita pasal kita je.” tegas Arissa.
“Anti betul ya kau dengan abang sepupu aku tu. Jangan terlampau benci Arissa, aku takut nanti dari terlampau  benci ke terlampau suka je nanti. Masak kau!” Julia memperingatkan Arissa.
“Kau ni, dengar tak apa yang aku cakap tadi? Ke nak aku ulang sekali lagi.”
“Okey…okey…okey aku dengar. Dah kau tak payah ulang.”
“Bagus kalau kau dah dengar. Sekarang ni kita bercakap pasal kita saja.”
“Ni aku nak bagitahu kau, hari tu aku ada terjumpa Fazrul, dia tanya pasal kau. Dia tanya kau buat apa sekarang. Aku jawablah kau dah kerja.”
“Habis tu kau bagitahu ke aku bekerja dekat sini.” tanya Arissa tidak puas hati dengan perkhabaran yang baru didengarinya sebentar tadi.
“Tak… aku tak bagitahu pun, aku jawab aku tak tahu kau bekerja kat mana.”
“Habis tu, dia terima alasan kau bulat-bulat?”
“Macamlah kau tak kenal si Fazrul tu, kau ingat senang-senang je dia nak terima alasan aku. Jenuh jugak aku nak berbohong. Nasiblah kau Arissa ada orang macam tu yang nak dekat kau.”
“Emmmmm…ni kau punya pasal lah ni, kalau tak aku takkan kenal dengan lelaki gila macam tu.” kata Arissa menyalahkan Julia. Kerana Julialah yang memperkenalkan dirinya kepada Fazrul dulu. Tak semena-mena je dia terlibat dengan kehidupan lelaki yang entah apa-apa tu.
“Eh kau ni, salahkan aku pulak.” kata Julia bila sahabatnya itu menyalahkan dirinya.
“Betul apa aku cakap, kalau kau tak mulakan dulu, aku tak akan kenal dengan si Fazrul angau tu.”
“Kau tak baik tau. Tak apa lah kalau macam tu, aku takkan terlibat lagi dengan masalah kau. Kalau kau ada apa-apa masalah kau cari orang lain jelah.” kata Julia dalam nada merajuk.
“Alaaa…kau ni, tu pun nak merajuk. Aku bukan marahkan kau, aku marahkan si Fazrul tu sebenarnya, tapi disebabkan ada kaitan dengan kau jadi tempiasnya terkenalah dekat kau sekali.”
“Kau macam tu lah, bila nak marahkan orang lain. Aku jugak yang jadi mangsa. Aku sedih tau kau buat aku macam ni.” kata Julia lagi sengaja menguji temannya, padahal dia tak adalah terasa sangat dengan kata-kata Arissa tadi, sebab dia kenal sangat perangai Arissa macam mana. Arissa tak akan memarahinya, kecuali memang betul dia buat salah.
“Kau jangan nak mengada-ngada ya, macamlah kau tak kenal aku. Dah jangan nak merajuk sangatlah, nanti aku marah kau betul-betul kan baru kau tahu.”
Time aku, pandai kau nak memujuk ya. Time kau merajuk susah benar aku nak pujuk.”
Well, kau kenal aku macam mana kan?.”
“Yelah, aku je yang nak kena kenal kau, tapi kau tak ada pulak nak kenal aku.”
“Kau ni, dah lah tu, nanti aku kenal kau betul-betul. Sekarang ni kita tutup cerita pasal si Fazrul tu, kita buka cerita lain. Malaslah aku nak bercerita tentang lelaki yang tak berapa sara tu, buat menyakitkan hati je.” kata Arissa pada Julia
“Okey…okey…okey kita tutup cerita pasal mamat tu, kita buka cerita pasal abang sepupu aku pulak nak?”
“Dah…dah…dah kau jangan nak sakitkan kepala aku lagi. Pasal dia pun aku tak nak cerita. Buat kusut kepala yang dah sedia kusut ni je.”
“Emmmmm…dahsyat jugak kau ni ya. Berani kau lawan cakap dia, kalau sebelum ni pantang benar dia kalau ada pekerja yang melawan cakap dia. Mahunya dia mengamuk,terus je kena pecat. Tapi aku tengok kes kau lain pulak. Macam ada benda tak kena je aku rasa.”
“Dah, kau jangan nak buat spekulasi yang bukan-bukan. Ada benda tak kena sebab abang sepupu kau tu sewel. Tu yang tak kena sebenarnya. Dahlah tu, kalau kau cakap jugak pasal ni kita stop kat sini jelah, aku malas dah nak layan kau.” tegas Arissa.
“Amboi garangnya kau sekarang ni ya. Takut aku dibuatnya. Okey…okey aku tak cakap lagi pasal tu.” kata Julia tanpa menyambung lagi topik yang tidak disukai Arissa itu.
“Haa, macam nilah kawan aku. Apa kata tengahari ni kau tolong aku masak boleh? Hari ni aku nak masak  special untuk kau.”
“Apa! Kau nak masak untuk aku, pandai ke kau masak? Mak Mah kan ada, biar Mak Mah jelah yang masak.” kata Julia bagaikan tidak percaya yang Arissa nak memasak untuknya.
“Hello…kau jangan pandang rendah dengan kawan kau ni okey! Kau belum tahu lagi siapa Arissa yang sebenarnya. Mak Mah tak ada, kebetulan dia cuti hari ni katanya ada appointment dengan doktor.” terang Arissa.
“Oooyeke, patutlah kau beriya sangat nak masak untuk aku. Tukang masak tak ada rupanya. Okey, kalau macam tu aku tolong kau nanti. Aku tolong jelah ya, nak masak aku tak reti.”
“Aku tahu, kau bukan pernah masuk dapur pun. Nak pandai macam mana. Tapi aku memang niat dari awal nak masak untuk kau pun. Mak Mah tak ada ni kebetulan je.”
“Amboi sedapnya kau kata aku tak pernah masuk dapur. Aku pun pernah masuk dapur jugak tau, tapi masuk dapur untuk makan jelah. Kalau nak masak tu tak pernahlah.hehehhe…”
“Aku tahu…sebab tu aku kata macam tu, jadi kau tak boleh marah aku. Sebab itu memang kenyataannya.”
“Yelah, aku akui kelemahan diri aku ni. Dahlah kau tak payahlah nak cakap pasal tu lagi. Kau tengoklah, suatu hari nanti aku akan lebih pakar memasak dari kau. Kau tunggu jelah.”
“Yelah kita tunggu dan lihat ya.” kata Arissa mengiakan kata-kata temannya itu.
Tengahari itu mereka berdua bertungkus lumus menyiapkan makan tengahari. Masakan yang dimasak oleh Chef Arissa. Akhirnya sudah siap semua menu seperti yang dirancang, masak lemak cili api perut lembu bersama dengan rebung , ayam masak merah dan sayur kangkung digoreng belacan.
“Wah menyelerakan betul masakan yang kau masak ni Arissa, tak sabar rasanya aku nak makan ni.”
“Kot ya pun tak sabar, buatlah air dulu. Kalau tak mati tercekik nantikan kita makan tak ada air.”
“Opppsss! Lupa. Ok aku buatkan, nanti kau jangan lupa panggilkan Abang Irfan aku tu makan sekali. Kesian dia, nantikan mati kebulur pulak dia sorang-sorang kat atas tu.” suruh Julia.
“Tak naklah aku, kau lah yang panggil.”
“Kau tak tengok aku buat air ni. Ke kau yang nak buatkan air ni. Aku okey je, aku tak kisah sebab tadi aku tak masak pun.”
“Yelah…yelah aku panggil. Mengada betul lah kau ni kan,banyak je songehnya. Buat air tu sedap-sedap sikit, aku pergi panggil abang sepupu kau tu kejap.”
Arissa menuju ke bilik Irfan untuk memanggilnya makan. Kalau diikutkan hati Arissa malas dia nak panggil si Irfan tu. Tapi bila difikirkan balik ini bukan rumahnya jadi terpaksalah dia panggil juga.
“Assalamualaikum…Encik Irfan…Encik Irfan” Arissa mengetuk pintu bilik Irfan sambil memberi salam.
“Encik Irfan…Encik Irfan ooo...Encik Irfan. ” tetap tiada sahutan.
“Kemana pulak beruang ni pergi ni. Dahlah aku tengah lapar ni.” rungut Arissa sendiri tanpa dia sedari yang Irfan ada belakangnya.”
“Ya saya, ada apa?”sergah Irfan.
“Opocot mak kau!” Arissa melatah, terkejut dengan sergahan Irfan itu.
“Oooooo…melatah jugak rupanya awak ni ae…emmm, baru saya tahu. Ada apa awak panggil saya ni?” usik Irfan bila dia tahu yang Arissa ni melatah. Suka dia melihat muka Arissa yang sudah kemerahan apabila diusik begitu.
“Encik Irfan ni, jangan buat saya terkejut boleh tak? Ni saya nak panggil Encik Irfan turun makan. Makan tengahari dah siap.”
“Siapa yang masak? Mak Mah kan tak ada.”
“Habis tu kalau Mak Mah tak ada, ingat tak ada orang yang masaklah. Julia yang masak.”  Arissa berbohong.
“Emmmmm…saya dah agak dah, kalau nak harapkan awak memang tak ada nak masaknya. Buat sandwich pun tak pandai, ni kan pulak nak masak untuk makan tengahari. Nasib baik Julia ada, dapat jugak saya makan tengahari ni. Pandai jugak si Julia tu masak ya. Sejak bila adik sepupu aku ni pandai masak.” kata irfan sedikit musykil dengan kebolehan adik sepupunya itu.  
“Tak kisahlah siapa pandai, siapa tak pandai, kalau nak makan Encik Irfan turun. Kalau tak nak, tak payah turun.” kata Arissa geram kerana Irfan mengutuk dirinya.
“Kenapa pulak saya tak nak turun. Sudah tentulah saya turun, tak sabar rasanya nak makan masakan dari adik sepupu sendiri ni. Awak turun dulu, nanti saya turun kemudian.”
“Yelah…” jawab Arissa acuh tak acuh.
Di meja makan mereka bertiga kelihatan begitu berselera sekali. Terutamanya Irfan, sampai dua pinggan nasi ditambahnya.
“Pandainya Julia masak. Abang Irfan tak tahu pulak yang adik sepupu Abang Irfan ni pandai masak. Kalau macam ni, bolehlah masakkan untuk Abang Irfan tiap-tiap hari ya.” pinta Irfan.
Julia yang sedang makan, tiba-tiba tersedak mendengar kenyataan yang baru dikeluarkan abang sepupunya itu.
“Abang Irfan ni, bila masa pulak Julia masak. Julia just tolong jelah, yang masak Cik Arissa kita ni. Jadi pujian tu Abang Irfan patut berikan pada Arissa ni. Best kan Abang Irfan Arissa masak, nanti abang bolehlah makan tiap-tiap hari masakan Arissa ni. Sebab tukang masaknya dekat je dengan abang Irfan.” kata Julia mengiakan kata-kata Irfan. Memang sedap betul masakan Arissa.
Arissa yang mendengar pujian itu hanya tersenyum.
“Yeke Julia, sedap ke masakan aku. Terima kasihlah sebab puji masakan aku.” ucap Arissa berterima kasih sambil matanya menjeling kearah Irfan, suka hatinya dapat mengenakan Irfan.
“Cesss!!! Kurang asam punya Arissa, dia tipu aku rupanya. Kembanglah tu kena puji. Kalau aku tahu dia yang masak, tak ada maknanya aku nak puji depan-depan macam ni. Tak apa Arissa ni giliran kau. Kau tunggu giliran aku kenakan kau pulak. Tapi memang betul, sedap betul masakan minah ni. Yang tu memang aku tak boleh nafikan.” kata Irfan dalam hati.
“Hah Abang Irfan, tambahlah lagi. Banyak lagi lauk ni, rugi kalau abang Irfan tak makan puas-puas.” pelawa Julia pada abang sepupunya itu.
“Cukuplah tu Julia, Abang Irfan dah kenyang.”
“Betul ke ni Abang Irfan dah kenyang?” tanya Julia lagi.
“Ya betul abang Irfan dah kenyang. Tak apa Julia makan jelah. Abang Irfan nak naik atas dulu, solat.” tipu Irfan. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia meratah lauk tu. Tapi bila dah tahu si Arissa yang masak terbantut pulak seleranya. Segan sebenarnya, tadi bukan main dia kutuk si Arissa tapi akhirnya dipuji pulak masakan Arissa itu.
“Yelah, tapi kalau Abang Irfan nak makan pulak nanti, Abang Irfan turunlah, kat dapur banyak lagi lauk tu.” kata Julia sengaja ingin melihat reaksi abang sepupunya itu.
Irfan menjeling kearah Julia dan Arissa.
“Yelah Abang Irfan turunlah nanti kalau Abang Irfan terasa nak makan balik masakan Cik Arissa kita ni.”
“Okey…”jawab Julia
Arissa dan Julia tersengih-sengih apabila Irfan berlalu pergi dari meja makan.
“Aku tahu, dia nak sambung makan lagi tu. Tapi bila dia tahu kau yang masak terus kata dah kenyang mungkin segan kot.hahaha!” kata Julia sambil melepaskan gelaknya.
“Kenapa pulak nak segan? Bukannya dia tak biasa dengan aku.” tanya Arissa buat-buat tak faham apa yang dimaksudkan Julia.
“Alahhh kau ni, macam tak faham pulak dengan perangai abang sepupu aku tu. Biasalah nak puji orang lain alih-alih terpuji orang lain. Nak-nak dengan kau musuh sejati perang mulut dia tu, jatuhlah egonya .”
“Eleh, setakat salah puji je, takkan sampai terjejas kot ego dia tu?”
“Oiii cik kak kau jangan main-main dengan lelaki ni. Kecik bagi kita, tapi bagi mereka besar tau!” kata Julia lagi.”
“Yeke? Emm, baguslah kalau macam tu…hahaha!”
“ Eh kau ni, gelak pulak. Ni mesti kau yang bagitahu dia aku yang masak kan. Kalau tak takkan seconfident itu dia puji aku. Betul kan?kan…kan… kau yang bagitahu dia kan?” teka Julia.
“Hahaha!!! …”Arissa ketawa.
“Betul lah tu. Kalau tak takkan kau ketawa sampai macam tu sekali. Kau ni Arissa, memang layak sangatlah kau jadi pembantu abang sepupu aku tu. Dua-dua keras kepala, dua-dua tak mahu mengalah. Memang elok benarlah tu.”
“Hahaha!!! Dah, kau jangan nak mengarut dekat sini. Sekarang ni kita kemas meja ni, lepas tu kita pergi solat. Nantikan tak pasal-pasal terlepas waktu zohor kalau asyik menyembang je.” ajak Arissa.
“Eleh, mengarut konon. Okeylah, kita kemas cepat-cepat. Betul jugak cakap kau tu, nantikan tak pasal-pasal kita terlepas waktu zohor. Jomlah…”

“Jom…” sambut Arissa.

No comments:

Post a Comment