BAB 9
HARI
sabtu yang dinantikan telah pun tiba. Pagi tu, setelah selesai menyediakan
semua keperluan untuk Irfan, Arissa pun bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya.
Tidak sabar rasanya bertemu dengan ummi, ayah dan Abang Azri. Kegembiraan jelas
terpancar diwajahnya.
“Arissa
tidur sana ke malam ni?” tanya Puan Zainab.
“A’ah
puan.”
“Arissa
ni berapa kali mak cik nak cakap tak payah berpuan-puanlah dengan mak cik,
panggil je mak cik tak pun mak long je.”
“Saya
tak biasalah puan. Nanti kalau saya rasa okey nak panggil, saya panggil ya
puan.”
“Ikut
suka kamu lah.”
“Dia
nak kena panggil mama, ‘Mama’ tu,
baru jadi biasa.” sampuk Irfan yang kebetulan baru keluar dari dapur. Arissa
mendengus geram.
“Ishhh
kamu ni. Apa cakap macam tu, dah malu Arissa tu. Tapi kalau Arissa rasa selesa
nak panggil mama, makcik tak kisah.” bahagian Puan Zainab pula menambah. Irfan
hanya tersengih. Arissa pula diam membisu.
“Mak dengan anak boleh tahan sama
perangainya. Sempat lagi mengenakan aku tu.” omel Arissa dalam hati.
“Nanti kirim salam kat mak, ayah dan
abang kamu ya.”
“InsyaAllah puan. Nanti saya sampaikan.
Saya mintak diri dulu ya puan. Assalamualaikum.”
“Yelah. Waalaikumussalam.
SAMPAI
sahaja dirumah, Arissa terus mencari umminya. Yelah dah lama tak jumpa mestilah
rindukan.
“Assalamualaikum…ummi, Rissa dah
balik ni.”
“Waalaikumussalam…kamu dah balik
Rissa. Rindunya ummi dekat kamu.” luah Puan Mariam.
“Rissa pun rindu ummi jugak.” kata
Arissa sambil memeluk umminya.
“Ayah mana ummi?”
“Ayah ada kat atas, nanti turunlah
tu.”
“Kamu balik ni, majikan kamu tak
marah ke?”
“Taklah ummi, Rissa dah bagitahu dia
tujuan Rissa balik ni. Tu pun dia benarkan dengan bersyarat.”
“Benarkan dengan bersyarat? Syarat
apa?” tanya Puan Mariam ingin tahu.
“Dia cakap kalau nak balik boleh.
Tapi majlis untuk malam ni dia nak datang jugak.”
“Habis tu dia datanglah malam ni ya?”
“Yelah ummi, kalau tak Rissa tak
dapatlah baliknya.”
“Habis tu dia datang dengan siapa
malam ni? Kaki dia dah okey ke?”
“Tulah pasal ummi. Jalan pun masih
bertongkat, ada hati nak datang jugak. Dia datang dengan Julialah ummi, dengan
siapa lagi.
“Ooohhh… kalau macam tu tak apa lah.
Sekurang-kurangnya nanti boleh ummi dengan ayah kenal-kenal dengan majikan kamu
tu. Dia okey kan?”
“Okey sesangat ummi.”
“Ai lain macam je bunyi okey nya
tu.”
“Lain macam, macam mana ummi? Encik
Irfan tu okey je. Ha! Lupa pulak Rissa, mama Encik Irfan, Puan Zainab kirim
salam kat semua.”
“Waalaikumussalam… Masuk ke dalamlah
Rissa, ada pulak bersembang depan pintu ni.” ajak Puan Mariam. Masuk je dalam rumah
Arissa nampak ayahnya menuruni tangga. Lalu Arissa menghampiri dan menyalami tangan
ayahnya.
“Ayah sihat?”tanya Arissa
“Ayah sihat. Kamu?”
“Rissa macam selalulah ayah, sihat
walafiat.”
“Kamu balik sorang je ke?”
“Aiii ayah, lain macam je soalan ni.
Balik soranglah, habis tu Rissa nak balik dengan siapa lagi.”
“Manalah tahu kot majikan kamu tu
ikut sekali. Maklumlah susah benar dia nak lepas kamu balik kesini.”
“Eh tak ada lah ayah, dia tak ikut
Rissa pun. Tapi malam ni dia datang jugak dengan Julia.”
“Samalah tu. Habis tu dia tidur sini
jugak ke malam ni?”
“Eh! Mana tidur sini ayah. Habis
majlis tu, dia baliklah dengan Julia nanti.”
“Manalah tahu. Kot tak boleh
berenggang dengan kamu.”
“Ishhh ayah ni kesitu pulak. Ayah
jangan bimbang, dia tak tidur sini pun malam ni.”
“Ayah, Rissa mintak diri ke dapur
dulu ya.” Arissa meminta izin. Encik Abdullah hanya mengangguk.
Di dapur Arissa melihat ibunya sibuk
menyusun barang.
“Nak Rissa tolong ke ummi?”
“Tak payahlah, kamu tu baru sampai,
mesti letihkan. Lagipun tak banyak dah benda yang nak disusun ni.” beritahu
Puan Mariam
“Abang mana ummi? Dari tadi Rissa
tak nampak dia pun. Kereta dia pun Rissa tengok tak ada kat luar tu.”
“Owh.., abang kamu keluar kejap.
Katanya ada hal nak jumpa kawan.”
“Ooooo..patutlah. Ummi! barang-barang
untuk malam ni, semua dah beli ke ummi?”
“Dah semua dah ada dah. Tinggal nak
masak je karang.”
“Ramai ke yang datang nanti ummi?”
“Tak ramailah. Siapa yang nak
datang. Majlis ni untuk kita-kita je. Kalau ada pun dua tiga orang kawan abang
kamu, lepas tu Julia dengan majikan kamu. Tu je lah yang datangnya pun.
“Ooo…Nanti ummi nak masak apa ummi?”
“Cadangnya nak masak mee hun sup.
Tapi tak tahulah tu.”
“Okey jugak tu ummi, malam-malam ni
tak boleh makan berat-berat sangat. Nanti kita sediakanlah apa-apa kuih sebagai
sampingan.” cadang Arissa.
“Ermmm…Kalau macam tu kita masak mee
hun sup jelah karang.”
“Okey!”
PETANG
itu, Arissa sibuk menolong umminya didapur. Julia pun ada sekali datang
menolong. Dah alang-alang menyinggah hantar kek yang ditempah Arissa untuk
abangnya itu, Julia masuklah menjenguk sekali, bolehlah dia tolong apa yang patut.
“Julia nak buat apa ni mak cik”
tanya Julia ingin hulurkan bantuan.
“Julia tolong makcik gorengkan
bawang tu boleh. Buat bawang goreng.”
“Oh boleh! Arahan diterima.” jawab
Julia
“Amboiii, rajinnya…ada apa-apa ke?”
perli Arissa
“Ada apa-apa, apa? Kau ni, aku
tolong pun kau buruk sangka kat aku kan. Malaslah aku kawan dengan kau.”
“Alolo, merajuk pulak ya. Aku gurau
jelah, kau ni…”
Sedang
Arissa dan Julia berdrama, tiba-tiba telefon Julia berbunyi.
“Hello..Assalamualaikum Julia.”
“Waalaikumussalam… ya ada apa abang
Irfan?”tanya Julia.
“Julia kat mana ni.?”
“Kat rumah Arissalah Abang Irfan,
kat mana lagi.”
“Habis abang Irfan macam mana?” tanya
Irfan bimbang.
“Macam mana apa Abang Irfan?”
sengaja Julia mengusik.
“Julia jangan main-main dengan abang
Irfan. Julia dah ada kat sana, habis tu abang Irfan nak pergi dengan siapa?”
tanya Irfan sedikit cemas.
“Alahhh abang Irfan tak payah
datanglah. Abang Irfan tak datang pun majlis ni tetap berjalan jugak kan.”usik
Julia lagi.
“Juliaaaaa!!!” jerit Irfan geram.
“Aduh! Sakitlah telinga Julia. Abang
Irfan niiii…”adu Julia
“Padan muka! Julia jangan main-main
dengan Abang Irfan. Datang ambik Abang Irfan sekarang!!!”
“Ya Julia datang ambik. Orang
main-main jelah tadi. Nanti maghrib orang pergi ambik Abang Irfan.”
“Sempat ke?”tanya Irfan sedikit
risau.
“Sempat jangan bimbanglah. Bukan
jauh mana pun rumah Arissa ni dengan rumah Mak long tu. Orang pandailah nak
bajet masa. Lagipun lepas isyak baru mula.”
“Kalau macam tu okeylah. Tapi jangan
tak datang pulak ya.”
“Abang Irfan ni bimbang sangatlah.
Orang cakap datang, orang datanglah. Tunggu je kat rumah tu.”
“Yelahhh… Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”Julia menamatkan
talian.
“Siapa?” tanya Arissa
“Siapa lagi kalau bukan majikan
kau.” beritahu Julia.
“Dia nak apa?”
“Dia suruh ambik dia lah.
Menggelabah dia bila aku cakap aku dah ada kat rumah kau.”cerita Julia sambil
ketawa,
“Kenapa kau ketawa.”
“Aku ketawa sebab aku suka dapat
kenakan dia, hahhaha padan muka.” Arissa turut ketawa.
Julia sudah bergerak untuk mengambil
Irfan. Sampai di rumah mak longnya, dilihatnya Irfan sudah menunggunya diluar.
“Amboi Abang Irfan, semangat. Dah
solat maghrib belum ni?”
“Julia ingat Abang Irfan ni budak
kecik. Abang Irfan dah solatlah.”
“Alahhh janganlah marah. Julia tanya
je, takkan tu pun nak marah.”
“Bukan marah tapi geram… Mana hadiah
yang Abang Irfan suruh beli tu, beli tak?”tanya Irfan.
“Dah Julia dah beli dah, tu ada kat
belakang tu.” Irfan tersenyum.
“Terima Kasih…” ucap Irfan
“Sama-sama. Dah jomlah, nanti lewat
pulak kan sampai.”
“Yelah…jom.”
Sampai sahaja di rumah Arissa, Julia
terus ke dapur mendapatkan Arissa. Tinggal Irfan terkulat-kulat sendirian.
“Cess!…kurang asam punya adik
sepupu. Kot ya pun nak masuk tunggulah aku dulu. Mereka bukan kenal aku ni
siapa. Julia ni memanglah.” marah Irfan pada Julia,tapi dalam hati jelah.
Irfan memberi salam.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…Encik Irfan ya.”
teka Encik Abdullah bila melihat Irfan bertongkat. Irfan mengangguk.
“Jemput masuk Encik Irfan.”
“Terima kasih…” Irfan bersalaman
dengan Encik Abdullah dan juga Azri.
“Jemput duduk Encik Irfan.” pelawa
Azri pula. Irfan hanya menurut.
Tiba-tiba
keluar Julia dari dapur.
“Abang Irfan, hadiah Abang Irfan dah
ambik belum?” tanya Julia, raut wajah Irfan berubah menjadi tegang. Julia seakan
faham situasi Irfan sekarang ini. Tanpa membuang masa dia menawarkan diri untuk
mengambilnya.
“Owh tak apa-tak apa Julia pergi
ambilkan ya, Julia lupa. Heheheh”
“Hah tahu pun. Kau tak nampak aku
bertongkat ni, ingat aku mampu nak angkut dua hadiah sekaligus. Satu pun aku
tak mampu, ini kan pulak dua.” bebel Irfan dalam hati.
Julia sampai dengan dua hadiah
ditangannya.
“Selamat Hari Lahir Abang Azri. Ni
hadiah dari Julia, satu lagi ni hadiah dari Abang Irfan.”
“Terima kasih Julia. Encik Irfan
terima kasih.” ucap Azri
“Sama-sama.” jawab Irfan dan Julia
serentak.
“Mana kawan-kawan kamu tak sampai
lagi ni?” Encik Abdullah tiba-tiba mencelah.
“Kejap lagi sampailah tu ayah.” bagitahu
Azri
“Assalamualaikum…”suara orang
memberi salam. Azri menjengah keluar
“Waalaikumussalam…Hah panjang umur korang, baru je sebut.”
“Jemput masuk.” pelawa Azri.
Encik
Abdullah kedapur untuk melihat puteri-puteri dan permaisurinya di dapur. Azri pula
seronok bersembang dengan rakan-rakannya. Irfan dengan dunianya sendiri, sekali
sekala menjawab soalan yang diajukan oleh Azri dan rakan-rakannya. Tapi satu
soalan yang diajukan oleh salah sorang rakan Azri kepada Azri menarik minatnya.
“Mana cinta hati aku?” tanya Taufeq
pada Azri.
“Siapa cinta hati kau?” Azri
buat-buat tanya.
“Kau ni, tanya pulak. Siapa lagi
Arissalah.” Taufeq menjawab, serentak dengan itu Irfan terbatuk-batuk kecil.
“Encik Irfan okey ke?”tanya Azri
“Ya saya okey.”jawab Irfan. Taufeq
terus bertanyakan soalan yang tergantung tadi.
“Mana Arissa?”tanya Taufeq lagi.
“Hai kau ni, datang sebab aku ke,
sebab Arissa ni.” perli Azri
“Dua-dua, tapi yang lebih sikit
sebab Arissalah. Mana dia?”
“Amboiii…dia ada tu kat dapur.
Tengah sibuk tolong ummi aku tu.” bagitahu Azri.
Irfan yang duduk disitu sudah tidak
keruan jadinya.
“Aiii, nampaknya aku ada pesaing ni.
Tak boleh jadi ni.” kata Irfan dalam hati. Serentak dengan itu juga, Arissa dan
Julia keluar membawa makanan yang bakal dijamu untuk malam ini. Selepas selesai
semuanya dihidangkan, mereka semua berkumpul dimeja makan. Sebelum majlis
makan-makan dimulakan, doa selamat terlebih dahulu dibacakan. Kemudian diikuti
dengan doa makan.
“Abang, potonglah kek dulu. Nak
ambik gambar ni.” pinta Arissa.
“Nak kena potong kek jugak ke?”
“Yelah, kalau tak, tak nampak pulak birthday abang,”
“Abang, abang tunggu dulu. Kita
pasang lilin dulu ya, lupalah…hehehe”Arissa menyedari kesilapan sendiri.
Selepas lilin dipasang, lagu birthday pun
dah dinyanyikan. Azri pun meniup lilin tersebut. Arissa menghampiri abangnya.
“Selamat Hari Lahir abang…Ni hadiah
tak seberapa dari Rissa.” hulur Arissa pada abangnya.
“Terima Kasih…wah Rissa pun ada
hadiah jugak untuk abang.”
“Mestilah ada abang…”
“Untuk Abang Taufeq tak ada ke?” usik
Taufeq. Irfan sudah menjeling.
“Alahhh, birthday Abang Taufeq bukannya hari ni. Nanti sampai hari tu Rissa
bagilah.”
“Betul ke Rissa? Abang Taufeq tuntut
nanti.”
“Tengoklah macam mana nanti.”
“Tengok tu…” belum sempat Taufeq
menghabiskan ayatnya, tiba-tiba terdengar orang berdehem.
“Ehem…Ehem… Lusa hari jadi saya
jugak Arissa, taknak beli hadiah untuk saya sekali.” bagitahu Irfan seakan
memerli. Semua disitu memandang kearahnya. Irfan buat muka tak bersalah.
“Eh, bukan hari jadi abang Irfan
lambat lagi ke?” Julia disebelah menyampuk, serentak dengan itu satu cubitan
hinggap di peha Julia.
“Aduhhh!!!”semua disitu tersentak.
Irfan disebelah buat muka tak tahu.
“Kenapa Julia?” tanya Puan Mariam.
Arissa sudah dapat mengagak.
“Ada semut api gigit mak cik.” tipu
Julia.
“Semut api? Kamu ni biar
betul…”tanya puan Mariam seakan tidak percaya.
“Datang dari mana pulak semut api ni
ya…” Puan Mariam tertanya-tanya.
“Tak apa lah makcik. Marilah kita makan,
nanti sejuk pulak.” kata Julia yang masih lagi kesakitan.
“A’ah...lupa dah makcik. Kesian
semua tunggu ya. Jemput-jemput makan semua.” pelawa Puan Mariam. Julia
mendekatkan sikit dirinya ke Irfan.
“Abang Irfan ni sakitlah…” bisik
Julia dalam nada sedikit geram.
“Padan muka. Lain kali jangan
menyampuk…” bisik Irfan pula. Kedua-dua mereka kemudian meneruskan makan.
Di
meja makan pun ada jugak adegannya.
“Rissa, boleh tolong ambilkan sambal
tu untuk Abang Taufeq.” pinta Taufeq. Belum sempat Arissa mengambil sambalnya Irfan juga
bersuara.
“Arissa tolong saya ambilkan bawang
goreng tu boleh?” suruh Irfan dengan muka yang hanya difahami oleh Arissa saja.
“Abang Irfan ni biar betul, dah
penuh dah tu bawang goreng dalam mangkuk. Takkan nak tambah lagi kot. Abang
Irfan ni makan sup ke makan bawang goreng?” soal Julia. Irfan menjeling tajam.
Julia seakan faham.
“Okey…okey…okey sorry.” ucap Julia, dia meneruskan suapannya. Arissa yang tidak
mahu keadaan menjadi tegang hanya menuruti sahaja karenah majikannya itu,
sehinggalah semuanya selesai makan.
Sebelum balik, Irfan sempat
berborak-borak dengan ummi dan ayah Arissa. Manakala Azri, Julia, Arissa dan
rakan-rakan Azri bersembang diruangan lain.
“Macam mana dengan kaki Encik Irfan,
lambat lagi ke nak baiknya.” tanya Puan Mariam
“Alhamdulillah mak cik, dah okey
sikit. Rasanya tak lama lagi baiklah kot, tak payah lah nak bertongkat lagi.”
“Ohhh kalau macam tu, nanti Arissa
dah boleh tinggal dengan kami balik la ya? Tak payahlah dia nak tinggal sana
lagi.” ujar Encik Abdullah. Irfan diam seketika.
“Betul tak Encik Irfan?” tanya Encik
Abdullah lagi.
“A’ah. kalau ikutkan macam tu lah
pak cik. Sembuh je nanti, Arissa bolehlah tinggal dengan pakcik dan mak cik
balik.
Irfan terpandangkan Arissa yang begitu
seronok sekali berbual dengan Taufeq. Irfan menjadi geram, lalu dia meminta
diri untuk pulang.
“Pak cik, mak cik. Saya mintak diri
dululah.”
“Dah nak balik dah. Julia tengah
seronok bersembang lagi tu.” kata Puan Mariam.
“Tak apa lah mak cik dah lewat dah
ni. Julia, kalau dilayan dia tu, sampai esok pun tak habis. Saya mintak diri
dulu ya.” pinta Irfan
“Yelah.”
“Juliaaaa…jom balik.” panggil Irfan
“Alahhh, dah nak balik dah ke Abang
Irfan…Kejap lagi lah…” rayu Julia.
“Jomlah, Abang Irfan dah mengantuk
ni.” Irfan berlalu ke kereta tanpa memandang Arissa sedikit pun.
“Aiii, apa kena dengan bos aku
ni.”Arissa berfikir sendiri.
“Apa kena dengan abang sepupu kau tu
Julia. Semacam je aku tengok.”
“Tak tahulah Rissa. Aku balik
dululah. Pak cik mak cik, Julia balik dulu.”
“Yelah…hati-hati bawak kereta tu.” pesan
Puan Mariam.
“Okey.”
Julia dan Irfan berlalu meninggalkan
rumah Arissa dengan Arissa masih lagi tertanya-tanya dengan sikap pelik yang
ditunjukkan oleh Irfan itu.
“Kenapa pulak dengan bos aku ni?
Tiba-tiba je berubah…pelik betul lah aku dengan perangai dia ni.”
“Ahh tak kisahlah, yang penting aku happy malam ni sebab dapat tidur kat
rumah ummi dan ayah. Encik Irfan kita buang dulu jauh-jauh malam ni.” kata
Arissa sendiri sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment