BAB 3
PAGI ITU, Arissa telah dibawa Julia
pergi ke rumah mak longnya bagi memulakan tugas pertamanya hari ini. Perasaan
Arissa pada masa itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Macam-macam perasaan
timbul.
“Macam
manalah aku nak mengadap abang sepupu Julia ni nanti.” kata Arissa dalam
hati.
“Hei
Rissa!” sergah Julia.
“Ishhh!
Kau ni Julia suka je buat aku terkejut lah. Kalau aku ada sakit jantung dah
lama dah aku mati.” marah Arissa.
“Tak
adalah, yang kau duduk mengelamun dari tadi tu apasal, aku panggil pun kau tak
menyahut.”
“
Yeke? aku tak dengar pun.” jawab Arissa
“Macam
mana nak dengar kalau dah asyik mengelamun je. Ni kita dah sampai dah dekat
rumah mak long aku ni.” Bagitahu Julia.
“Oh
yeke. Julia aku takutlah.”
“Ishh…
apa yang kau nak takutkan, abang sepupu aku tu bukan nak makan kau. Relaks la…”
pujuk Julia supaya Arissa tidak terlalu menggelabah.
“Assalamualaikum
mak long…”
“Waalaikumussalam…
haaa! Julia, dah sampai dah.”
“
Yela mak long, kan Julia dah ada kat rumah mak long ni jadi Julia dah sampai la
ni.” usik Julia.
“Ishh
kamu ni..” Julia tersengih.
“Ni
Arissa kawan Julia yang akan bantu abang Irfan nanti.” bagitahu Julia kepada
mak longnya.
“Apa
khabar puan, saya Arissa yang akan membantu anak puan nanti.” jelas Arissa sambil menyalami tangan Puan Zainab mak long
Julia.
“Oooo…inilah
Arissa ya… cantik, manis orangnya.” kata Puan Zainab memuji. Arissa tertunduk
malu.
“Aiii
mak long berkenan ke?” usik Julia lagi.
“Ishhh!
kamu ni Julia tak habis-habis mengusik, malu kawan kamu tu dibuatnya. Mari
Arissa duduk dulu.” ajak Puan Zainab sambil memanggil Mak Mah supaya
menyediakan air.
“Mak
long tak ke butik ke hari ni?” tanya julia.
“Kejap
lagi mak long nak pergilah, tunggu kamu datang dulu. Kamu tak kerja ke hari
ni?” soal Puan Zainab.
“
Sepatutnya kerja, tapi ambil cuti sebab temankan puteri disebelah ni. Takut
katanya.” jawab Julia seraya berpaling pada Arissa.
“Julia
ni nak kena dengan aku ni…” kata Arissa dalam hati.
“Alahhh
Arissa apa yang nak ditakutkan, kami semua ni bukannya makan orang. Arissa buat
je macam rumah sendiri bila dah mula kerja nanti. Mak cik tak kisah pun.” kata
Puan Zainab
Itulah
mak long Julia seorang yang peramah dan tidak sombong orangnya. Baginya tidak
rugi kalau berbaik-baik dengan orang. Sebab mereka yang ada ni semuanya sama
tiada bezanya.
“Air
pun dah sampai ni, Arissa…Julia… jemput la minum dulu. Nanti kamu bawaklah
Arissa ni naik atas jumpa abang Irfan lepas kamu minum nanti. Mak long nak
minta diri ke butik dulu. Arissa mak cik harap Arissa bersabar ye melayan
karenah Irfan tu nanti. Cuma Arissa je lah harapan makcik sekarang ni.” kata
Puan Zainab penuh harapan.
“Baiklah
puan, InsyaAllah saya akan jalankan tangunggjawab saya sebaik mungkin.” kata
Arissa seakan berjanji.
Selesai
je minum, Julia membawa Arissa kebilik Irfan.
“Assalamualaikum
Abang Irfan…boleh Julia masuk.” tanya Julia meminta izin.
“Waalaikumussalam…
masuklah.” jawab Irfan sambil duduk diatas kerusi roda dengan pandangannya
menghala keluar tingkap.
Arissa
pada masa itu sudah berdebar-debar. Mereka melangkah masuk kedalam bilik Irfan.
Bila Arissa melangkah masuk je kedalam bilik itu dia terpandang patung beruang
panda yang terletak di meja sisi katil tersebut lantas mengingatkan dia kepada
seseorang yang paling dia benci pada ketika itu. Tetapi yang menghairankannya
sampai sekarang kenapa mamat itu tidak menghubunginya untuk menuntut ganti rugi
yang tidak sewajarnya itu. Tiba-tiba lamunan Arissa terhenti bila Julia
menyikunya.
“Hah
Julia, ada apa hal kamu datang ni?.” tanya Irfan tanpa memalingkan mukanya ke arah
Julia.
“Abang
Irfan dah lupa ke, kan abang jugak yang suruh kawan Julia tu mula kerja hari
ni. Ni Julia dah bawakkan lah ni. Ni Arissa kawan Julia.” terang Julia kepada
Irfan sambil memperkenalkan Arissa kepada Irfan. Tetapi Irfan masih mengarah
pandangannya keluar tingkap.
“Okey,
Julia tinggalkan kawan Julia tu dengan Abang Irfan berdua dalam bilik ni. Ada
benda sikit yang Abang Irfan nak bincang dan terangkan sebelum dia mulakan
tugas hari ni.” arah Irfan pada Julia.
“Julia
aku takut. Janganlah tinggal aku seorang dalam bilik ni.” rayu Arissa.
“Alahhh
kau jangan takutlah, aku kenal abang sepupu aku tu macam mana. Aku keluar dulu
ya.” pujuk Julia lalu keluar meninggalkan Arissa didalam bilik bersama Irfan.
“Cik
Arissa… awak takut dengan saya ke?” tanya Irfan.
“Tak,
cuma segan.” jawab Arissa.
“Apa
yang awak segan?” tanya Irfan lagi.
“Ai
mamat ni banyak pulak soalnya…”
“Tak
ada apa-apa.” jawab Arissa lagi.
“Aik!
Macam mana pulak boleh tak ada apa-apa, tadi awak kata awak segan, mesti ada
benda yang awak segankan kan? jawab dengan tepat! Saya tak suka kalau pembantu
saya bagi jawapan yang samar-samar ni. Boleh awak bagitahu saya sekarang apa
yang awak segankan?” Irfan bersuara tegas. Arissa yang sedikit gementar terus
menjawab.
“Saya segankan Encik Irfan!” Irfan yang masih
menghadap keluar menahan gelak.
“Kenapa
pulak awak nak segan dengan saya? Saya orang macam awak jugak. Ke awak takut
awak terpikat dengan saya nanti?” Irfan terus mengusik.
“Aiii
mamat ni memang saja je nak cari pasal dengan aku. Nasib baik aku datang ni nak
kerja dan dia akan jadi majikan kurang upaya aku, kalau tak dah lama dah kena
ni.” Arissa menahan sabar.
“Tak
bukan macam tu Encik Irfan saya segan sebab saya tak kenal lagi Encik Irfan dan
saya tak biasa lagi dengan Encik Irfan. Tu je sebabnya.” jawab Arissa dengan
perasaan yang sebal dihati.
“Ooooo..tu
sebabnya. Tak apa nanti awak akan kenal saya siapa dan awak akan biasa dengan saya. Saya takut nanti dah tak ada pulak
kan perasaan segan awak tu bila awak dah
kenal saya.” Arissa hanya mencebik mendengar kata-kata Irfan itu.
“Okey
macam ni lah awak ambik kontrak perjanjian atas katil saya tu. Saya bagi awak
masa lima minit untuk baca kontrak tu, lepas tu awak tandatangan.”Irfan memberi
arahan.
Arissa
mengambil kontak tersebut seperti yang diarahkan.
“Gila
ke apa mamat ni, punya la tebal kontrak perjanjian ni boleh dia bagi aku lima
minit je untuk baca. Kalau macam tu baik aku tak payah baca.” tanpa membaca isi
kandungannya, Arissa terus menandatangani kontrak perjanjian itu.
“Dah
siap cik Irfan.” bagitahu Arissa pada Irfan.
“Eh!
Cepatnya awak baca?” tanya Irfan sekadar menguji.
“Yelah…
dah Encik irfan bagi saya masa lima minit je mana sempat saya nak baca. Oleh
kerana Julia tu kawan saya jadi saya percaya dengan isi kandungan perjanjian tu.
Ni kontraknya Encik Irfan?” kata Arissa sambil menghulurkan kontrak perjanjian
itu kepada Irfan.
Serentak
dengan itu Irfan pun berpaling untuk mengambil kontrak perjanjian itu di tangan
Arissa.
“Awak!”
kata Arissa yang terkejut bila surat perjanjian itu berpindah tangan.
“Ya
saya! Awak masih ingat lagi pada saya?” tanya Irfan dengan senyuman yang susah
untuk di mengertikan.
“Huhhhh!
Siapa yang tak ingat pada mamat beruang panda yang mintak ganti rugi yang
bukan-bukan tu. Sebab awaklah saya tak dapat beli barang hari tu tau tak. Sebab
terpaksa bayar ganti rugi awak yang tak masuk akal tu.”
“Apa
awak panggil saya mamat beruang panda! Amboi sedapnya awak bagi gelaran tu pada
saya ya. Awak jangan lupa, awak dah tandatangan kontak ni, dalam kontrak
perjanjian ni awak tidak boleh memanggil saya dengan panggilan atau gelaran
yang tidak sepatutnya nanti awak dikenakan denda!”
“Ahhh!
Peduli apa saya, saya bukan nak kerja dengan awak pun. Kalau saya tahu,dari
awal lagi saya takkan datang kesini tau tak! Malas saya nak melayan orang yang
tak betul macam awak ni!” jawab Arissa dengan rasa geram yang teramat sangat.
“Emmm…
boleh tahan jugak mulut awak ni ya, macam jet pejuang nak pergi berperang. Nak
roboh telinga saya mendengarnya. Apa cik Arissa kata tadi? Tak nak kerja dengan
saya ya? Cik Arissa jangan lupa, Cik Arissa dah tandangan kontrak perjanjian
ni. Kalau Cik Arissa sanggup menerima hukumannya silakanlah berbuat demikian
ya? Menurut isi kandungan ini iaitu perkara 12 jikalau Cik Arissa lari dari tugas
sebelum sampai masanya, Cik Arissa dikehendaki menjadi peneman majikan Cik
Arissa seumur hidup, dalam erti kata lain kalau Cik Arissa sudi bolehlah kita
kahwin nanti.hahahha”
“Apa?????”
“Satu
lagi, awak panggil saya mamat beruang panda tadi kan, dan sebagai hukumannya Cik
Arissa dikehendaki tiggal dirumah saya, sepanjang tempoh yang ditetapkan
sehinggalah saya sembuh. Ada faham cik Arissa?” tanya Irfan.
“Eeeeee….awak
ni memang betul-betul dah melampau tau!” kata Arissa tidak berpuas hati.
“Jadi
bila cik Arissa nak pindah ke mari, bilik saya dah sediakan. Tunggu tuan punya
bilik masuk je.”
“Saya
tak kata pun saya nak pindah sini.”
“Okey
kalau macam tu, saya akan baca hukumannya jika Cik Arissa membantah. Mengikut
perjanjian ni, jika cik……” tidak sempat Irfan menghabiskan ayatnya, Arissa
sudah memotong.
“Dah
lah! Tak payahlah awak baca hukuman-hukuman mengarut awak tu. Saya akan mula
pindah esok dan saya akan ikut arahan tak siuman awak tu sehinggalah tugas saya
selesai.” jawab Arissa dengan hati yang sebal, manakala Irfan senyum meleret
tanda berpuas hati. Apa yang dirancangnya semuanya menjadi.
KEESOKAN
HARINYA, Arissa berpindah ke rumah Irfan. Jenuh jugaklah dia ingin menerangkan
pada ummi dan ayahnya, bukan main banyak lagi soalan yang ditanya. Tapi nasib
baiklah ummi dan ayahnya izinkan jugak dia pergi setelah mendengar penjelasan
darinya. Bukan senang dia ingin mendapat pelepasan dari kedua orang tuanya itu,
pening kepala Arissa dibuatnya gara-gara permintaan gila majikannya itu.
“Ini
semua gara-gara majikan aku yang kurang siuman tu lah, tak pasal-pasal je aku
kena interview.”
“Ummi,
ayah Rissa pergi dulu ya.”Arissa meminta izin untuk pergi. Dia menyalami tangan
kedua orang tuanya itu.
“Baiklah, jaga diri baik-baik bila berada
dirumah orang tu. Jaga tingkah laku, jangan ikut sedap je macam kamu tu duduk
kat rumah sendiri.” pesan umminya.
“Baik ummi. Saya yang menurut perintah!” jawab
Arissa.
Arissa
memandu keretanya dengan berhati-hati. Bermacam-macam perasaan yang ada sebelum
tiba di rumah majikannya itu. Takut, sedih, geram dan macam-macam lagilah. Ini
semua gara-gara yang menjadi majikannya itu adalah musuh segeranya semasa di shopping complex tempoh hari.
“Assalamualaikum….”Arissa
memberi salam.
“Waalaikumussalam….Oh!
Arissa jemputlah masuk.”pelawa Mak Mah.
“Nanti
Mak Mah tunjukkan bilik Arissa ya, tapi sebelum tu jemputlah minum dulu, Arissa sarapan sekali ya.” pelawa Mak Mah.
“Tak
apalah Mak Mah, tak payah susah-susah. Tadi kat rumah Rissa dah sarapan dah.”
beritahu Arissa pada Mak Mah.
“Kot
ya pun minum la air ni sikit. Penat Mak Mah buat.”
“Yelah
Mak Mah, terima kasih… susahkan Mak Mah je.”Arissa mengambil air kopi yang
telah dituang oleh Mak Mah.
“Tak
ada apa yang susahnya.”
“Puan
mana Mak Mah?”
“Puan
baru saja keluar ke butik. Kalau Arissa cepat sikit tadi mungkin dapat berjumpa
dengan puan dulu tadi.” beritahu Mak Mah kepada Arissa.
“Oyeke…awal
jugak ya puan pergi ke butik. Ingatkan butik sendiri boleh pergi lewat sikit.”
“Puan
tu tak kira masa, kalu ada kerja penting awal la sikit perginya, macam hari ni.
Kalau tak lewatlah sikit perginya.” terang Mak Mah.
Arissa
mengikut Mak Mah ke atas untuk di tunjukkan di mana bilik yang bakal didiaminya.
Sampai di tingkat atas Mak Mah membukakan pintu bilik untuk Arissa dimana bilik
itu akan menjadi tempat tidur baru untuk Arissa.
“Arissa
ni bilik Arissa.”
“Kejap
Mak Mah, sebelah ni bukan bilik Encik Irfan ke? Kenapa bilik saya sebelah bilik
Encik Irfan pulak? Bukan ke bilik saya sebelah bilik Mak Mah?” tanya Arissa.
“Ini
semua kehendak Encik Irfan la ni, sepatutnya macam tu la. Tapi dah Encik Irfan
nak macam tu, nak buat macam mana lagi. Katanya senang nanti kalau nak mintak
tolong dengan Arissa, tak payah nak laung jauh-jauh almaklumlah Arissa kan
ditugaskan untuk membantunya.” terang Mak Mah.
“Yelah
tu senang nak membantu, bukan senang nak buli aku ke? Ni tak boleh jadi ni aku
kena buat persiapan dari segi mental dan fizikal ni, kalau tak mati aku. Hai,
dapat ke aku bertahan sehingga dia sembuh ni. Hai diri, nasib-nasib….” kata
Arissa dalam hati,tak sedar Mak Mah memanggilnya.
“Arissa…Arissa…Arissa!”
“Ya…ya…ya
saya Mak Mah.”
“Ada
apa-apa lagi yang Arissa perlukan ke? Kalau tak ada apa-apa Mak Mah nak pergi
buat kerja dulu.”
“Ermmm…
rasanya dah tak ada apa-apa Mak Mah. Terima kasih ya Mak Mah.” ucap Arissa
berterima kasih pada Mak Mah.
“Sama-sama,
nanti kalau Arissa perlukan apa-apa bantuan, Arissa panggil Mak Mah je ya, dan
selamat bertugas Mak Mah ucapkan. Kalau ada permintaan pelik-pelik dari Encik
Irfan tu Arissa layan je la ya. Almaklumlah orang sakit ni emosinya tak menentu
sikit.” pesan Mak Mah.
“Baiklah
Mak Mah.”
Irfan
di dalam bilik sudah merancang segala-galanya untuk menyakat gadis itu.
“Arissa!Arissa!”
laung Irfan
Belum
sempat Arissa mengemaskan pakaiannya Irfan telah memanggilnya.
“Ya…ya…ya
Encik Irfan saya datang.”
“Mengada-ngada
betul lah, takkan tak tahu aku baru sampai, bagilah aku masa sikit nak
rehat-rehat dulu. Ni terus panggil,menyampah betul aku.” rungut Arissa dalam
hati.
“Ya
Encik Irfan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” tanya Arissa.
“Yup!
Memang saya memerlukan bantuan awak pun. Awak siapkan persiapan mandi saya,
saya nak mandi. Lepas tu awak tolong mandikan saya ya, saya tak laratlah nak
bersihkan badan saya sendiri. Awak tolong ya.”
“Apa!!!!!
Mandikan Encik Irfan. Tak nak saya! Saya dengan Encik Irfan bukan muhrim tau!
Mana boleh saya mandikan Encik Irfan. Lainlah kalau Encik Irfan…….”
“Kalau
Encik Irfan apa???? Kalau saya ni suami awak? ” pintas Irfan.
“Tak
apa saya tak kisah kalau tu yang menghalang awak, hari ni jugak kita boleh
nikah.” kata irfan sekadar untuk menguji tapi dalam masa yang sama kalau Arissa
setuju bagus jugak, lagi dia suka… hehehe.
“Amboi-amboi
banyak cantik muka awak, awak ingat saya ni apa? Suka-suka hati awak je ya. Tak
ada- tak ada, saya siapkan keperluan mandi awak je. Kalau mandi tu, awak mandilah
sendiri.” kata Arissa sambil berlalu ke bilik air untuk menyiapkan keperluan
mandi majikannya supaya majikannya itu boleh mandi.
“Eh!
Dah berawak-awak pulak, tadi Encik Irfan. Awak suka kat saya ek?”sakat Irfan.
Arissa
diam je, kalau dijawab banyak lagilah perkataan-perkataan pelik yang akan
keluar nanti. Jadi bagi mengelakkan itu semua berlaku diam itu lebih baik
untuknya saat ini.
“Kalau
di ikutkan hati aku yang geram ni, mahu saja aku pukul kaki Irfan yang sakit ni,
biar lambat sikit sembuhnya. Tapi bila difikir-fikirkan balik, lagi lambat dia
sembuh lagi lambat pulak aku boleh blah
dari sini! Tak pasal-pasal pulak nanti otak aku jadi makin cedera. Tak
boleh…tak boleh…” kata Arissa dalam hati, tidak puas hati dengan perangai
mengada-ngada majikannya itu.
“Arissa!!!
Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”
“Ya..ya
saya dengar. Dah saya dah siapkan semuanya dah. Selamat mandilah ya Encik
Irfan… hehehe. ” kata Arissa selamba sambil senyum mengejek dan bergerak keluar
dari bilik Irfan.
“Huh!
Dia ingat dia bos senang-senang dia nak buli aku. Kita tunggu dan lihat siapa
buli siapa nanti.” kata Arissa sendirian.
Irfan
tidak puas hati tidak dapat mengenakan Arissa kali ini.
“Tak
apa- tak apa… hari ni kau boleh lepas, esok lusa kau tengoklah nanti apa akan
jadi.” bermacam-macam rencana sudah bermain dalam fikiran Irfan, akhirnya dia
senyum sendiri.
No comments:
Post a Comment