BAB 4
Keesokan harinya, selepas solat subuh Arissa turun
ke dapur untuk membantu Mak Mah menyiapkan makanan untuk sarapan pagi. Walaupun
itu bukan tugasnya, tapi sebagai seorang perempuan dia merasa kasihan kepada
Mak Mah kerana kudrat Mak Mah tidaklah sekuatnya. Almaklumlah orang tua dengan
orang muda kudratnya berbeza. Selepas selesai membantu Mak Mah memasak, Arissa
menghidangkan makanan di meja makan. Sebaik sahaja sampai di meja makan
tiba-tiba terjongol muka Irfan di depannya.
“Aiii…
awal pulak mamat ni bangun, buat menyemak je pagi-pagi buta ni nak kena
mengadap muka dia. Tak boleh tengok orang senang langsung!” rungut Arissa dalam
hati.
“Arissa!
Tolong buatkan saya air milo panas, milo tu lebih sikit lepas tu susu tu sesuku
sudu yang kecik tu je, jangan lebih jangan kurang.”
Arissa
mendengar sahaja arahan tuannya itu tanpa menjawab apa-apa pun.
“Arissa!!!
Awak dengar tak apa yang saya cakap kat awak ni?” tanya Irfan sedikit geram
melihat reaksi Arissa yang acuh tak acuh tu.
“Ya
saya dengar. Nanti saya buatkan, ada apa-apa lagi yang nak di tambah ke? Kalau dah
tak ada apa-apa saya pergi dulu ya Encik Irfan.” kata Arisssa lalu meninggalkan
Irfan di meja makan seorang diri.
“Arissa!
Tunggu dulu, saya tak nak makan nasi lemak pagi ni. Tolong buatkan saya
sandwich telur ya. Hias biar nampak cantik sikit.”
“Lagi
Encik Irfan…” tanya Arissa seakan memerli.
Okey, tu saja awak boleh pergi sekarang.”
Arissa yang mendengarnya terasa geram terus menereruskan langkahnya ke dapur.
“Ohhhh,
nak hias cantik-cantik ya, tak apa nanti aku hias cantik-cantik ya sandwich tu.
Tunggu! Memang takkan ada dijual dimana-mana kedai. Hahaha!” gelak Arissa dalam
hati.
Arissa
memulakan tugasnya dengan rasa penuh gembira dihati. Gembira? Gembira kerana
dia bakal menghasilkan satu sandwich yang paling hebat dan yang paling lazat
didunia.
“Hahaahahha……siaplah
kau beruang.” ketawa Arissa tanda senang hati dengan hasilnya.
“Dah
siap Encik Irfan!” beritahu Arissa sambil meletakkan sandwich tersebut didepan
mata Irfan.
“Hah!”
Irfan terkejut.
“Kenapa
Encik Irfan?”
“Awak tanya saya kenapa? Awak tengok ni! Sandwich
ke apa yang awak buat ni Arissa? Dah rupa macam barang hantaran dah saya
tengok. Awak ni ikhlas ke tak buat kerja ni?” soal Irfan pada Arissa. Tidak
puas dengan apa yang disediakan Arissa.
Arissa
senyum meleret, berpuas hati dengan apa yang telah dia hasilkan.hahha!
“Emmmmm…baru
puas hati aku, nak kenakan aku sangat ya. Nah! ambik kau, makanlah sandwich
berhias tu. Dah nak berhias sangat.” kata Arissa dalam hati.
“Okey
apa Encik Irfan, cantik apa saya hias tu. Jemput makan ya Encik Irfan.” pelawa Arissa
sambil kakinya sudah melangkah untuk ke dapur.
Belum
sempat Arissa ke dapur, Irfan terlebih dahulu memanggilnya.
“Arissa……mari
sini kejap ya sayang” Irfan memanggil Arissa dengan nada yang penuh kelembutan.
“Ada
apa lagi ni Encik Irfan, saya ada banyak kerja lagi nak buat ni. Kesian dekat
Mak Mah sorang-sorang dekat dapur tu.”
“Marilah
kejap kat abang ni sayang.” kata Irfan
Sebaik
mendengar perkataan abang dan sayang dari mulut Irfan, Arissa rasa ingin
termuntah. Geli bulu tengkuknya mendengar perkataan itu.
“Eeeeee…tolonglah
mamat ni, kalau seminit tak menyusahkan hidup aku, tak boleh ke? Naik rimaslah
dibuatnya. Macam manalah aku nak bertahan ni, kalu beginilah perangainya.
Mengalahkan bayi umur enam bulan ” luah Arissa dalam hati.
“Hah!
Apa lagi Encik Irfan? kan saya dah buatkan sandwich tu, makanlah, atau Encik
Irfan nak suruh saya suapkan jugak baru nak makan.” kata Arissa dalam nada
menyindir.
“Amboi
garangnya…hehehe. Pandai pun awak ya, macam tahu-tahu je apa yang saya nak
suruh buat, hehehe. Apa lagi tercegat kat situ! Marilah laksanakan tugas awak
ni. Mari duduk kat sebelah saya ni. Cepat!” Irfan saja menyakat Arissa.
“Nak
kena hempuk jugak mamat beruang ni. Mentang-mentanglah dia majikan aku, suka
hati dia je nak suruh aku macam-macam. Macamlah aku ni bini dia nak suruh
suap-suap. Tak apa Arissa, sabar sabar, sabar tu kan separuh dari iman.” pujuk
Arissa pada dirinya.
Irfan
senyum meleret bila Arissa sudah berada disebelahnya.
“Emmmmmm
pandai awak hias sandwich saya ni ya, siap ada lada dan tomato yang dihias
cantik lagi. Tapi kenapa tak dihiris ya? kenapa awak letak sebijik-sebijik cam
ni ya?” tanya Irfan saja memerli. Arissa tidak ambik kisah dengan perlian Irfan
itu, dijawabnya lagi ada lah.
“Laaaaa…
Encik Irfan tak tahu lagi ke? Inilah style
orang hias sandwich zaman sekarang ni, dah tak payah hiris-hiris dah, ambik dan
letak sahaja. Maklumlah orang sekarang ni kan sibuk bekerja, tak kira lelaki
atau perempuan sibuk je memanjang. Jadi untuk menjimatkan masa dan tenaga, kita
hias je macam ni, panggilnya tetap sandwich telur jugak kan. Ada roti,ad telur
sebijik dan sayur sikit kira jadilah tu.” terang Arissa sambil menahan gelak
dihati.
“Bagusss!,
pandai awak ya sampai telur pun tak payah dipecahkan ya, ni masak entah tidak
telur ni. Mana awak belajar resipi ni ye,cukup kreatif, saya suka. Jadi ni kira
boleh dan halal di makan lah ni ya?” tanya Irfan lagi.
“Eh!
Sudah tentulah Encik Irfan, memang buat untuk dimakan pun. Jangan bimbang
sandwich ni masih halal dan selamat untuk dimakan. Silalah makan Encik Irfan”
pelawa Arissa sambil mukanya sudah tidak dapat menahan senyum.
“Ooo…awak
senyum ya. Halal dan selamat untuk dimakan ya. Kalau macam tu jom lah makan
sekali dengan saya, saya makan roti ni. Tomato, lada dan telur tu awak makan ya.
Selamat untuk dimakan kan? Tunggu apa lagi Arissa, jomlah kita makan.”
“Apa
Encik Irfan, saya kena makan semua ni? Kenapa pulak? Tu kan sandwich cik Irfan.
Encik Irfan makanlah. Saya dah kenyang.” tolak Arissa.
“Alahhh
awak makanlah, saya tak sampai hati nak makan sayur dan telur yang awak hias
tu. Cantik sangat hiasannya. Saya makan roti ni je ya.”
“Tapi
Encik Irfan….” belum sempat Arissa memberi alasan Irfan sudah memintas.
“Tak
ada tapi-tapi. Awak kena makan jugak. Ingat, awak dah tandatangan perjanjian tu
dengan saya, kalau awak ingkar perintah saya, hukuman akan dijatuhkan. Awak nak
tahu hukumannya apa? Arissa…Arissa…Arissa awak nak tahu tak?” Irfan sengaja
menyebut nama Arissa banyak kali dengan tujuan supaya Arissa rasa takut.
“Dah…dah…dah
Encik Irfan saya tak mahu tahu. Ya nanti saya makan. Encik Irfan makanlah dulu.”
“Baiklah...
Saya makan dulu, awak tak nak suapkan saya ke?.” usik Irfan sambil tangannya
sudah memasukkan cubitan roti kedalam
mulut.
“Eeeeee…geramnya
aku mamat ni, memang nak kena ni. Aku nak kenakan dia, balik-balik aku pulak
yang kena. Tak apa-tak apa. mungkin hari ni bukan hari aku lagi. Tapi tengoklah
kalau hari tu dah sampai nanti, teruklah kau Encik Irfan aku kerjakan.
Tungguuuu…” bebel Arissa dalam hati.
DI
DALAM BILIK, Irfan sudah tidak dapat menahan ketawanya lagi, dia ketawa sepuas
hatinya. Melihat muka Arissa yang masam mencuka apabila disuruh makan sudah
membuat hatinya digeletek. Tapi disebabkan tidak mahu rancangannya gagal dia
terpaksa menahan tawanya. Dia tahu Arissa tidak makan tomato, lada dan telur
itu, dia nampak sendiri Arissa membuangnya kedalam tong sampah didapur.
“Arissa…Arissa…Arissa,
nak makan didapur konon, aku tahulah taktik kau tu, aku pun tak sampai hati nak
tengok kau makan, hahaha! sebab tu aku bagi kau peluang makan didapur, dan akhirnya
tekaan aku benar hahahaha! Nak kenakan aku lagi, dan sekarang rasakan…hahaha!”
ketawa Irfan sendirian.
Didalam
bilik Arissa lain pulak keadaannya, habis bantal-bantal menjadi mangsa untuk
dia melepaskan geram.
“Eeeee…geramnya
aku tengok muka mamat beruang tu. Tak apa-tak apa, ni time kau nak senyum-senyum mengejek kat aku ya? Nantilah, tiba
masanya akan aku balas jugak nanti. Yang geramnya macam mana aku boleh tak
sedar dia intai aku masa di dapur. Nah! Bila dah buang baru aku sedar, ishhh!
Apa lagi senyum meleretlah beruang tu. Arissa…Arissa tulah nak kenakan orang
lagi, sekarang diri sendiri dah dapat malu. Nasib…nasib.” rungut Arissa bila terkenangkan
kebodohan sendiri.
Sedang
asyik Arissa menyumpah-nyumpah nama Irfan dalam bilik, Arissa terdengar namanya
dipanggil oleh Irfan.
“Arissa
oh! Arissa, Arissa oh! Arissa, Arissa oh! Arissa” laung Irfan.
“Ya…ya…ya
saya dengar… Sekejap Encik Irfan.”
“Apa
lagilah mamat ni nak ni. Kot ya pun janganlah laung sampai enam kali nama aku.
Aku tak pekak lagilah. Siap berlagu pulak tu. Memang betul-betul sewel la mamat
ni.” bebel Arissa.
“Ya
Encik Irfan, Encik Irfan nak apa lagi? Ada apa-apa perkara yang memerlukan bantuan
dari saya lagi ke?”
“Tak,
saya nak tanya, awak ada dengar tak suara orang laung-laung nama saya. Bunyi
suara macam orang tengah lepas geram. Awak ada dengar tak?”
Arissa
menelan air liur. Muka sudah kelihatan cuak.
“Aikkkkk!
Mamat ni dengar ke apa yang aku cakap. Apalah aku nak jawab kali ni, matilah
aku. Nasiblah Arissa, tu lah mulut tu celupar sangat! Sekarang padan muka!”
marah Arissa pada diri sendiri.
“Arissa!
Awak dengar tak?” tanya Irfan lagi.
“Ermmmm…saya
tak dengar pun Encik Irfan. Encik Irfan salah dengar kot. Nama orang lain kot
yang dilaung tu…”
“Betul
awak tak dengar??? Tadi sebelum awak masuk bilik saya, saya dengar tau! suara
macam orang marah-marah kat saya. Sekarang ni dah tak dengar dah. Hurmmm… siapa
ya? musykil jugak saya ni.” Irfan buat-buat muka macam orang tengah memikirkan
sesuatu sambil tangannya bemain janggutnya yang sejemput itu, matanya sesekali
menjeling Arissa, ingin melihat reaksi sebenar Arissa.
“Cesssss!!!
Kurang asam punya beruang. Eeeee geramnya aku!!!!!! Lain tak bukan,nak perli
aku lah tu. Kalau dah tahu tak payah lah buat-buat tanya. Saja je nak sakitkan
hati aku, saja nak malukan aku. Sukalah tu dapat kenakan aku!” kata Arissa
geram sebaik masuk kebiliknya.
No comments:
Post a Comment