Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (10)

BAB 10

Seawal pukul 6.35 pagi Maria sudah menunggu Dila didepan muka pintu rumahnya. Memang bersemangat betul Maria untuk jogging pagi ni. Padahal waktu yang dijanjikan mereka malam tadi 6.45 pagi, tapi ni sepuluh minit sebelum dah menunggu, semangat tu!... Maria sanggup korbankan waktu tidurnya semata-mata untuk jogging, memang hebat betul Maria pagi ni. Mak Munah yang melihatnya pun sedikit hairan jadinya.
“Mak macam tak percaya je Maria kamu nak pergi jogging pagi ni…biasa time cuti macam ni kamu jogging atas katil je kerjanya. Kamu mimpi apa malam tadi ni Maria?”
“Mana ada mimpi mak…memang Maria nak jogging la…tak ada mimpi-mimpinya…”
“Ya ke kamu tak mimpi ni… sebelum ni tak ada pun macam tu pun? Tetiba hari ni nak pergi jogging pulak…”
“Tu hari tu… hari ni lain pulak mak. Maria nak jaga badan sikit mak! Bukan apa… kalau Maria gemuk nanti takut Pasha lari pulak mak…hehhehe” kata Maria sambil tersengih, dia tahu mesti Mak Munahnya menghentamnya lepas ni bila mendengar kenyataan poyonya itu. Mak Munahnya bukan boleh kalau bab Pasha disebut ni, pasti ada je yang dibangkangnya.
Pigidahhh… takut Pasha tak nak konon! Kamu gemuk ke…kamu kurus ke…kalau Pasha tu tak nak kat kamu, tak nak jugaklah Maria oiii…tak usah nak berangan sangat la…” perli Mak Munah. Maria yang sudah tahu jawapan yang akan keluar dari mulut Mak Munahnya itu hanya buat muka selamba seperti tidak mendengar perlian dari Mak Munahnya itu.
Tepat pukul 6.45 pagi Dila muncul di hadapan rumah Mak Munah seperti yang dijanjikan mereka malam tadi. Sebaik sampai sahaja Dila di halaman rumahnya, Maria terus mendapatkan Dila di kereta.
“Mak…Maria pergi dulu mak…” laung Maria setelah berada dalam kereta Dila.
“Ya lah…hati-hati sikit jogging tu. Jangan kamu tidur masa jogging dah la nanti.” Mak Munah sempat lagi memerli Maria dalam pesanannya itu. Maria yang sudah tahu perangai Mak Munahnya itu mengabaikan saja perlian itu. Yang diambilnya hanya pesanan awal Mak Munah tadi je. Kata-kata sindiran tu ditolak ke tepi.
“Baik Mak Munah sayang… akan saya berhati-hati nanti ya. Tata… Mak Munah… saya pergi dulu..” jawab Maria dengan lenggok mengajuknya.
Mak Munah yang mendengarnya membuat reaksi seperti orang yang ingin termuntah. “Uwekkkkk…
Maria dengan Dila apa lagi, ketawa kuatlah jadinya. “Hahahhahah!!!”
“Kamu tak payah cakap macam tu lah Maria oiii… nak termuntah aku mendengarnya. Mengalahkan mamat sotong ni gayanya. Sedihlah aku tengok kamu ni!” komen Mak Munah bersungguh. Maria yang tadinya ketawa masih lagi ketawa.
“Mak ni tak baik tau cakap Maria macam tu… anak mak ni sorang ni je tau. Kan betul-betul Maria jadi macam tu baru mak tahu.” Maria seperti mengugut.
“Tak betul ke apa aku cakap? Memang teruk benor bila aku tengok kamu buat macam tu. Aku tengok sotong pun tak lembut macam kamu. Kamu ni macam apa pun tak tahu dah aku tengok. Eee…gelilah!!!” kutuk Mak Munah lagi.
“Ya lah…ya lah… geli pun gelilah. Maria pergi dulu ya mak… dah lewat ni.” kata Maria yang terus meninggalkan Mak Munahnya sambil tangannya melambai-lambai pada Mak Munahnya. Maria malas menghiraukan kata-kata dari Mak Munahnya itu kerana dia tahu, makin dia melayan nanti makin lambatlah dia dapat pergi. Kalau ikut dia melayan, mahu ke tengahari tak habis tu. Jadi dari dia tidak dapat pergi jogging hari ini, baik dia mengalah saja dengan Mak Munahnya itu hari ini.
Perodua viva milik Dila hilang dari pandangan mata Mak Munah, Mak Munah masuk ke dalam rumah semula selepas Maria dan Dila pergi.
Dalam kereta Maria sudah tidak sabar-sabar untuk sampai ke tempat untuknya berjoging. Dari mula masuk kereta sehinggalah separuh perjalanan, asyik benda sama je yang di ulangnya. Sampai Dila pun naik jemu mendengarnya.
“Dila…tak sabarnya aku nak berjoging Dila…” luah Maria, kali ni dah masuk yang kesepuluh kali agaknya ayat tu diulang.
“Kau ni biar betul Maria…kot ya pun tak sabar nak jogging, tak payahlah nak ulang ayat tu banyak kali, aku nak bawak kereta pun tak senanglah.”
“Aku excited sangat nak berjoging ni Dila…maklumlah baru first time aku berjinak dalam dunia jogging ni, mestilah aku teruja.”
“Orang lain pun ada juga pertama kali nak berjoging macam kau…t api tak adalah teruja sampai tahap macam ni. Kau punya perasaan teruja ni mengalahkan orang nak kahwin tau tak!”
“Mana kau tahu orang lain tak teruja macam aku?”
“Aku tahulah…sebab aku pun pertama kali jugak nak jogging ni…”
“Hahhaha…kau pun sama macam aku jugaklah ek? Jogging atas katil je sebelum ni?”
Eee…tolong sikit ya! Walaupun ni pertama kali aku keluar berjoging, tapi aku tak macam kau okey! Aku tak adanya nak berjoging atas katil macam kau. Aku bangun awal okey!” kata Dila bersungguh.
“Ya la…aku sorang je yang suka jogging atas katil tu…” Maria seakan mengaku tabiat buruknya yag suka bangun lewat itu. Dila disebelah hanya diam sambil tersenyum. “Dila masuk situ!” suara Maria tiba-tiba, bila dilihat rakannya itu seperti tersalah masuk simpang.
“Lalu sini pun boleh jugak…” kata Dila tenang.
“Ooo…ya ke? Tak tahu pulak aku…”
“Kita parking sini je la ek?” kata Dila sebaik sampai di tempat yang ditujui mereka itu.
“Ikut sukalah…aku mana-mana boleh… asal sampai tempat aku nak berjoging sudah.”
“Okey…kalau macam tu kita parking sini je la…” kata Dila yang memparkingkan keretanya di tempat parking disebelah pentas yang biasanya diadakan senamrobik disitu. Sebaik saja selesai memparkingkan kereta, mereka terus keluar dari kereta untuk meneruskan misi jogging mereka itu.
“Apa tunggu lagi…jom lah! Tadi bukan main tak sabar lagi!” ajak Dila bila dilihat Maria masih kaku ditempat dia berdiri itu.
“Aku rasa malulah pulak… ramai sangat orang ni. Baru pukul 7… tapi dah ramai macam ni?” suara Maria.
“Biasalah tu…jomlah! Tadi kata nak berjoging sangat.”
“Malulah Dila…” luah Maria.
Alaaa… nak malu apanya… orang bukannya tengok kau pun.., mereka pun datang berjoging macam kita jugak. Perasaan kau je tu… maklumlah pertama kali keluar jogging kan. Apa lagi, jomlah! Kau buat tak tahu je…cepatlah!” ajak Dila sekali lagi. Kali ini Maria seakan termakan dengan pujukan kawannya. Mereka berdua memulakan larian kecil mengikut laluan yang telah disediakan di taman itu.
Di Taman Gelora Kuantan ini kalau hujung minggu memang akan ramai orang datang berjoging disini. Kenyamanan udara pagi boleh di rasai dengan sepuas-puasnya kerana taman ini terletak berhampiran dengan pantai. Udara sejuk pantai yang mendamaikan memberikan lagi  kelebihan kepada mereka yang berjoging disini. Laluan khas berjoging yang disediakan memudahkan lagi untuk mereka yang datang berjoging disini. Bukan itu saja, sambil berjoging mereka juga akan dapat melihat keindahan tasik yang berada ditengahnya kerana laluan yang disediakan mengelilingi tasik  yang ada disitu.
Maria dan Dila masih meneruskan lariannya, kali ni sudah masuk pusingan yang kedua. Maria di depan, manakala Dila berada dibelakangnya. Sedang nikmat berlari, tiba-tiba Maria terpandang manusia yang dikenalinya yang berlari dari arah depan yang sudah tidak jauh darinya.
“Alamak! Encik Esmadi jogging dekat sini jugak ke?” tanya Maria dalam hati. Tidak jauh dari belakang Esmadi dia terpandang pula satu lagi kelibat manusia, kali ini memang kelibat yang amat-amat di kenalinya. “Encik Pasha pun ada jugak ke? Matilah aku kali ni…” kata Maria pada diri sendiri bila melihat bosnya turut ada berjoging disitu. Maria sudah berkira-kira untuk berpusing kebelakang supaya dia dapat mengelak dari bertembung dengan Esmadi dan bosnya Pasha Idham. Tapi belum sempat dia berpusing, dia terdengar suara orang memanggilnya.
“Maria!” panggil Esmadi. Maria memberhentikan langkahnya. Awak pun jogging dekat sini jugak ke?” tanya Esmadi sebaik sampai ditempat Maria berada. Maria berpaling sambil tersengih, dia tidak jadi meneruskan niatnya untuk melarikan diri. Belum sempat Maria menjawab Dila  sampai ditempat dia dan Esmadi berhenti sekarang ini.
“Siapa ni Maria?” tanya Dila dalam keadaan termengah-mengah.
“Encik Esmadi…kawan Encik Pasha…Encik Esmadi, ni kawan saya Dila.” Esmadi dan Dila masing-masing menganggukkan kepala sambil tersenyum tanda salam perkenalan.
“Ooo…Encik Pasha tak datang sekali ke?” tanya Dila pada Esmadi.
“Ada…tu dia kat belakang tu…” Esmadi menunding jari kearah Pasha Idham. Tidak lama Esmadi menunding jarinya kearah bos Maria itu, Pasha Idham lalu disebelah mereka bertiga, tetapi tidak berhenti. Dia terus meneruskan lariannya tanpa memandang sedikit pun kearah mereka bertiga.
“Sombongnya…” kata Maria dalam hati bila bosnya itu sedikit pun tidak memandang ke arahnya.
Esmadi yang perasan akan reaksi tidak senang Maria bila melihat Pasha Idham begitu, cepat-cepat bersuara. “Jangan ambil hati sangat dengan bos kamu tu Maria… biasalah orang tengah datang bulan…” kata Esmadi bergurau. Dila yang mendengarnya sedikit terkejut.
“Encik Pasha datang bulan jugak ke? Encik Pasha tu lelaki ke perempuan?” tanya Dila dengan soalan yang boleh dikatakan sakit jiwa jugaklah nak menjawabnya. Kalau dengar di Pasha Idham ni, mahu mati Dila ni di kerjakan.
Esmadi yang sedikit geli hati dengan soalan Dila itu menjawab sambil  tersenyum. “Cik Dila… Encik Pasha tu dah tentu-tentulah lelaki… Cik Dila ada nampak bentuk fizikal Encik Pasha tu macam perempuan ke?”
“Tak ada…”
“Kalau tak ada… maknanya Encik Pasha tu lelaki la.”
“Tapi tadi Encik Esmadi cakap Encik Pasha datang bulan? Orang lelaki datang bulan jugak ke?” sebaik mendengar pertanyaan Dila, Esmadi  menepuk dahinya.
“Saya ingat Maria je yang lurus, rupanya kawan dia pun lurus macam dia jugak rupanya…” kata Esmadi bila teringat peristiwa Maria ketika dia berada di pejabat Pasha Idham hari tu, lebih kurang macam ni lah lurusnya. Dila yang mendengarnya hanya tesengih.
Maria di sebelah menjeling kearah Esmadi. “Eh…aku pulak yang kena…” kata Maria dalam hati, tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Esmadi sebentar tadi. Untuk protes dia malas, jadi dibiarkan saja kata-kata Esmadi itu.
“Tu perumpamaan je la Cik Dila…moodnya tak berapa okey tu, sebab tu Encik Pasha macam tu tadi…” kata Esmadi cuba mempertahankan kawannya itu. Dia sendiri pun pelik sebenarnya dengan perangai Pasha Idham yang tiba-tiba berubah tu, sebab tadi okey je masa dia dengannya.
“Ooo…baru saya faham…” kata Dila tanda faham.
“Dah jelas ya?”
“Dah…” jawab Dila sambil tersengih.
“Jom kita lari lagi…dah lama ni kita berhenti…” ajak Esmadi.
“Jom!” jawab Maria dan Dila serentak.
Mereka bertiga berlari mengikut arah larian Maria dan Dila tadi. Confirm lepas ni pasti mereka akan bertembung dengan Pasha Idham sekali lagi.
Seperti yang di jangka, dari jauh Maria sudah nampak kelibat Pasha Idham yang berlari kearah mereka. Bila sampai je dekat dengan mereka, Esmadi menegur Pasha Idham.
“Pasha…kau tak nak lari sama-sama dengan kami ke?” tanya Esmadi.
“Lari sorang-sorang lagi bestlah…kalau kau nak lari dengan mereka kau larilah, aku tak nak!” kata Pasha Idham pada Esmadi. Sebaik menghabiskan kata-katanya Pasha Idham terus meneruskan lariannya. Esmadi hanya mampu menjungkitkan bahunya memandang ke arah Maria dan Dila.
Tiba-tiba Pasha Idham berhenti tidak jauh dari mereka kerana membaiki tali kasutnya yang tercabut. Esmadi perasan yang Pasha Idham berhenti disitu.  Maria yang membelakangkan Pasha Idham tidak sedar yang Pasha Idham berada tidak jauh dari belakangnya itu terus menjawab.
“Tak apalah Encik Esmadi… kita lari bertiga pun dah cukup, tak payahlah nak ajak orang sombong macam tu. Buang masa je!” kata Maria geram tidak sedar yang bosnya itu boleh mendengar kata-katanya itu. Sebaik mendengar kata-kata Maria, Pasha Idham terus menuju ke arah mereka bertiga. Esmadi sudah tidak mampu berbuat apa-apa, nak dibagi hint pada Maria memang sudah tidak sempat. Yang mampu dibuat hanya melihat saja kawannya itu datang menyerang Maria.
“Apa awak cakap?” soal Pasha Idham pada Maria. Maria terkejut apabila mendengar suara yang amat dikenalinya begitu dekat dengannya. Suara itu betul-betul berada dibelakangnya. Dila yang berada disebelahnya juga turut terkejut.
“Alamak! Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Kalau dia dengar, habislah aku kali ni…” omel Maria hati. Mukanya sudah kelihatan sedikit pucat. Esmadi perasan akan perubahan diwajah Maria itu.
“Saya tanya ni…apa yang awak cakap tadi? Tolong ulang sekali lagi, saya nak dengar!” ulang Pasha Idham sekali lagi apabila Maria tidak menjawab pertanyaannya tadi.
Maria dengan sengihan di muka berpaling ke arah Pasha Idham sambil menjawab. “Mana ada saya cakap apa-apa Encik Pasha…Encik Pasha salah dengar kot…”
“Banyaklah awak salah dengar…telinga saya tak pekak macam telinga awak lagi lah! Saya boleh dengar apa yang awak cakap tadi!”
“Amboi sedapnya kata telinga aku pekak! Banyak cantik! Kalau dah dengar buat apa tanya lagi!” protes Maria dalam hati.
“Dahlah tu Pasha, malu orang tengok tu…” kata Esmadi bila terperasankan orang yang berjoging disitu memandang kearah mereka. Pasha Idham yang mendengar kata-kata Esmadi itu terus memandang sekeliling, betul kata Esmadi memang ada orang yang tengah memandang kearah mereka.
Pasha Idham yang tidak selesa dengan pandangan orang sekeliling mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan cerita. “Okey…kalau awak tak nak mengaku tak apa. Tapi lain kali kalau saya dengar lagi awak cakap macam tu siap awak!” Pasha Idham memberi amaran pada Maria. Maria tersenyum pahit mendengarnya, tetapi terasa juga sedikit kelegaan dalam dirinya bila tahu yang dia bakal terlepas dari Pasha Idham. “Madi, aku dah nak balik! Tak ada mood dah aku nak berjoging!” beritahu Pasha Idham pada sahabatnya Esmadi.
“Takkan dah nak balik kot! Baru tiga pusingan kita lari ni, peluh pun tak berapa nak keluar lagi. Kita larilah tiga pusingan lagi, kalau nak balik lepas tu kita baliklah…” Esmadi seakan memujuk.
“Kalau kau nak balik dengan aku, kau ikut aku! Kalau tak, kau balik je dengan mereka ni.” Pasha Idham memberi kata putus.
“Eh! Janganlah macam tu…”
“Kalau tak nak, kau ikut aku.”
“Ya lah…ya lah…aku ikut kau…” Esmadi terpaksa mengalah dengan kawannya yang keras kepala itu. “Okeylah Maria…Dila…saya balik dulu ya? Jumpa lagi lain kali…” kata Esmadi mengucapkan selamat tinggal pada Maria dan Dila.
“Baiklah Encik Esmadi…hati-hati ya.” pesan Maria. Pasha Idham yang mendengar pesanan Maria itu segera menyampuk.
“Tak payah nak pesan sangatlah, Encik Esmadi dah besar, lagipun dia lelaki… tahulah dia jaga diri. Awak tu perempuan, patutnya pesan pada diri awak tu sendiri. Nak pesan kat orang konon!” kata Pasha Idham lepas, tetapi dalam kata-kata sindirannya itu terselit sedikit kata-kata ambil beratnya terhadap keselamatan Maria.
Esmadi yang tidak mahu pergaduhan ini berlarutan cepat-cepat memotong.
“Okeylah Maria, Dila… saya balik dulu ya. Pasha dah lah tu, jomlah kita pergi.” kata Esmadi sambil menarik lengan sahabatnya itu. Pasha Idham yang tidak banyak soal menurut sahaja langkah temannya itu.
“Boleh tahan juga bos kau tu ya?” suara Dila sebaik Pasha Idham pergi meninggalkan mereka.
“Ha… baru kau tahu sekarang! Tu baru sikit kau tengok. Aku yang hari-hari mengadap dia tu tahan jelah.., kalau melawan lagi teruk kenanya. Kalau geram sangat aku melawan jugak… tapi last last aku juga yang terpaksa mengalah. Maklumlah dia kan bos! Kalau kena pecat, tak pasal-pasal jenuh aku nak menjawab dengan Mak Munah aku tu nanti. Nak tak nak aku kena terima jelah…”
“Tak apa lah Maria…kau sabarlah setakat mana kau boleh sabar… mana tahu kau dapat untungnya nanti berkat dari kesabaran kau tu. Aku pun hairanlah dengan perangai Encik Pasha tu, jauh beza dengan perangai papanya Datuk Aziz. Datuk Aziz tu bukan main sporting lagi dengan pekerja-pekerja dia, tapi Encik Pasha ni aku tengok macam nak telan orang ada la…”
“Tahu tak apa…”
“Dahlah, jomlah kita teruskan larian kita ni…dari tadi asyik mengumpat pasal bos kau je, sia-sia je lah kita datang nak berjoging pagi ni.” kata Dila pada Maria.
“Betul jugak tu…jomlah…” Maria menyetujui apa yang dikatakan kawannya Dila itu.
Mereka meneruskan lariannya dan sempat bersenamrobik bersama pengunjung-pengunjung lain yang ada bersenamrobik disitu. Selesai semuanya, Maria dan Dila beredar untuk pulang. Sebelum pulang, sempat meraka mengenakan roti canai dan teh tarik di warung berdekatan.


MAKAN TENGAHARI untuk hari ini, Mak Munah memasak lauk yang paling simple sekali yang pernah dipelajarinya dan masakan ini memang familiar dengan masyarakat Terengganu dan masakan yang dimasaknya ini juga merupakan lauk kegemaran arwah suaminya. Masakan yang dimaksudkan itu ialah ikan singgang. Mak Munah belajar memasak ikan singgang ini dari arwah suaminya sendiri dan lauk ini memang tidak susah untuk dimasak kerana ia hanya memerlukan tiga saja bahan iaitu bawang putih, kunyit, lengkuas. Semua itu adalah bahan asas untuk membuat ikan sinngang. Tapi untuk menyedapkan lagi kuah bolehlah letak bawang merah. Semua bahan-bahan ini hanya perlu di hiris saja, tak perlu ditumbuk atau pun dikisar.
Cara memasaknya  juga tidak remeh kerana hanya perlu masukkan air ke dalam periuk dan campurkan saja semua bahan yang dihiris tadi dan rebus. Agak-agak dah menggelegak bolehlah masukkan ikan kedalamnya dan kalau siapa-siapa yang sukakan pedas bolehlah masukkan lada jarum ke dalamnya. Itu saja caranya, senang bukan? Macam rancangan memasak pulak ya? Hehehe… selamat mencuba.
Maria sudah bersedia dengan pinggan yang berisi nasi diatas meja. Selain dari sup, ikan singgang ini juga merupakan lauk kegemaran Maria. Mak Munah tak payah cakaplah, sejak berkahwin dengan arwah suaminya lauk inilah yang menjadi kegemarannya. Kena pula dengan ulam-ulaman dan juga budu sebagai pencicahnya… memang lajulah jawabnya makan. Hari ini, ulam yang menjadi pilihan Mak Munah untuk dicicah dengan budunya itu adalah daun ulam raja. Mak Munah dan Maria memang tidak cerewet kalau bab makan, semua jenis ulam dia makan. Jadi, menyediakan makanan untuk mereka dua beranak ni memang tak susah kerana selera mereka lebih kurang sama dan mereka makan apa saja yang dihidangkan asalkan makanan yang disediakan itu semuanya halal. Itulah Maria dan Mak Munah, kalau bab makan memang tak susah.
“Mak…s edapnya mak masak ikan singgang ni mak…terangkat habis dibuatnya mak…” kata Maria memuji Mak Munahnya.
“Kenapa, aku masak ikan singgang sebelum ni tak sedap ke?” perli Mak Munah sebaik mendengar pujian dari maria itu.
“Sedap jugak mak…” jawab Maria sambil tersengih.
“Dah tu yang kamu beria sangat puji aku ni kenapa? Macamlah tak pernah makan ikan singgang yang aku masak sebelum ni.” perli Mak Munah lagi.
“Mak ni…orang puji pun salah… kalau kutuk lagilah salah…” rungut Maria.
“Bukan salah…aku tak tak kata salah pun…cumanya, kalau kamu tak puji masakan aku ni pun, aku memang dah tahu masakan aku ni memang sedap. Jadi kamu tak payahlah nak puji aku lebih-lebih sangat…sebab aku dah tahu semua tu.” jawab Mak Munah dengan riaknya.
 Maria yang mendengarnya menjuihkan bibirnya. Sekarang ni, tahulah dari mana turunnya perangai perasan Maria itu, rupanya dari Mak Munahnya juga. Bak kata pepatah, kemana lagi nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitu perangai Mak Munah, begitu jugalah perangai Maria. Dua beranak ini memang sama perangainya.
Eee… boleh tahan perasan jugak mak ni ya?”
“Bukan perasan…tapi kenyataan…”
“Kot ya pun kenyataan…angkat bakul tu janganlah tinggi-tinggi sangat mak… Maria dengar pun dah rasa nak termuntah dah ni, orang lain dengar apatah lagi mak…” usik Maria.
Alaaa… orang lain dengar tak ada nak muntahnya, kau tu je yang lebih-lebih nak muntah… sebab mak tahu kau dengki dengan mak kan?” jawab Mak Munah selamba.
“Aik! Mak ni, Maria pulak yang kena!”
“Tak betul ke cakap mak ni?” soal Mak Munah.
Malas nak memanjangkan cerita, Maria mengiyakan saja. “ Ya la…”
“Apa yang  ya la?”
“Ya la…betul la apa mak yang cakap tu.”
“Mengaku pun kamu ya?”
“Terpaksa mak…” jawab Maria selamba.
“Apa kamu cakap?”
“Tak ada cakap apa mak…” jawab Maria sambil menggelengkan kepala. “Dah lah tu mak, baik mak makan dengan senyap, kalau tak… tak  kenyang nanti mak” kata Maria sambil menasihati Mak Munahnya.
“Banyaklah kamu punya tak kenyang…kamu ingat mak tak tahu taktik kamu tu? Kamu nak mengelak dari mak kan?” perli Mak Munah. Maria yang mendengarnya hanya mampu tersengih dan meneruskan suapannya tanpa menjawab lagi kata-kata Mak Munah. Mak Munah pun sama, tidak lagi banyak soal dengan Maria setelah anaknya itu hanya mendiamkan diri.


SEWAKTU Mak Cik Timah dan Dila sedang minum petang, Makcik Timah ada memberitahu Dila tentang hasratnya untuk ke Pasar Tani Kuantan pagi esok. Dila yang mendengarnya hanya mengangguk.
            “Mak pergi sorang je ke?”
            “Mak ingat nak ajak Mak Munah kamu sekali.” jawab Makcik Timah. Dila sengaja je tanya, sebab dia tahu mesti maknya akan mengajak Mak Munah punya. Sebab tu dia dan Maria menggelarkan mak mereka ni sebagai pasangan kekasih. Mana ada Mak Munah akan ada lah Makcik Timah…begitu juga sebaliknya.
Mereka berdua ni memang tak boleh dipisahkan, maklumlah sama-sama bujanglah katakan… tanggungjawab dah kurang. Nak kemana-mana senanglah sikit, anak-anak pun dah besar, jadi tak ada banyak benda sangat yang perlu mereka fikirkan sebab tu senang je mereka nak berjalan kemana-mana. Nak pergi je terus roger, senang cerita.
“Mak belum bagitahu Mak Munah lagilah ni?”
“Belum lagilah… Mak nak bagitahu awal-awal, takut kamu ada kerja pulak esok. Tu mak tanya kamu dulu tu.”
“Dila okey je mak…esok Dila free je.”
“Kalau macam tu, kejap lagi mak telefon Mak Munah kamu… tanya dia nak pergi ke tak?”
“Mak suruh Mak Munah ajak Maria sekali, nanti ada lah Dila  geng nak jalan, tak ada lah Dila jalan sorang-sorang nanti.”
“Baiklah…nanti mak suruh Mak Munah ajak Maria sekali.” jawab Makcik Timah tanda setuju dengan cadangan anaknya itu.


MALAM itu ketika Maria sedang khusyuk menonton televisyen, Mak Munah memberitahu Maria yang Makcik Timah mangajaknya ke pasar tani pagi esok.
            “Maria…”panggil Mak Munah.
            “Ya mak…”
            “Petang tadi Makcik Timah kamu telefon mak, dia ajak mak pergi Pasar Tani kat Kuantan pagi esok, lepas tu Dila suruh ajak kamu sekali…kamu nak pergi tak?” tanya Mak Munah.
            “Maria okey je…”
            “Kalau okey…kamu jangan bangun lewat pulak esok! Pukul 7.30 Makcik Timah dah nak pergi.”
            “Awalnya…”
            “Awal apanya…pukul 7.30 kita bertolak, dekat pukul 8 kita dah sampai kat bandar Kuantan tu, kira okeylah tu.”
            “Okey bagi mak…tapi tak okey bagi Maria…”
            “Kalau tak okey tak payah ikut! Tu tak ada lain sayangkan tidurlah tu…”
            “Letih mak… hari ni dah la bangun pagi… hari kerja tak payah cakaplah memang confirm confirm kena bangun pagi. Ingat esok nak lah terlajak lebih sikit mak, nak cover balik tidur yang dah dikorbankan sebelum ni tu.”
            “Kalau macam tu, kamu tak payah pergilah esok…”
            “Nak pergi mak…”
            “Kalau nak pergi kamu bangun awal esok! Kalau tak, kamu duduk rumah je.” Mak Munah memberi kata putus.
            “Ya la…Maria akan cuba bangun awal esok. Kalau tak jaga jugak mak tolong kejutkan Maria ya esok.”
            “Kalau tak jaga esok, aku tinggal je la…tak kuasa aku nak kejut-kejut ni.” kata Mak Munah. Mak Munah ni kata je lebih, padahal esok bila tiba masa dikejutkan jugak Maria tu.


PASHA IDHAM yang sedang mengambil angin malam diluar rumah berseorangan tiba-tiba rasa sedikit terganggu bila didatangi papanya. Datuk Aziz yang pada mulanya ingin menonton televisyen di ruang tamu tapi mematikan niatnya itu bila melihat Pasha Idham berada diluar.
            “Pasha, apa kamu buat kat luar sorang-sorang malam-malam macam ni?”
            “Papa…tak ada buat apa-apa pa, saja je Pasha ambik angin malam kat luar ni.”
            “Ya ke ambik angin luar ni? Atau tengah teringatkan seseorang?”
            “Eh! Mana ada pa, papa ni…pandai-pandai je. Pasha nak ingatkan siapalah pa…”
            “Manalah tahu…kot-kotlah teringat kekasih lama…”
            “Siapa? Amiliya? Tolonglah pa…Pasha dah lamalah lupakan dia. Lagipun buat apa nak ingat perempuan curang macam dia tu! Buang masa je…” jawab Pasha Idham serius. Bila disebut je pasal Amiliya macam itu lah reaksinya, memang sukar untuk dia lupakan apa yang Amiliya dah buat padanya. Tiap kali teringat kecurangan Amiliya padanya dia akan jadi sakit hati, terasa dirinya diperbodohkan oleh Amiliya gadis yang amat dicintainya. Tapi itu dulu, sekarang hanya benci yang ada dihati untuk gadis yang bernama Amiliya itu.
            “Habis tu kamu ingat siapa? Maria?” Datuk Aziz sengaja membangkitkan nama Maria.
            “Maria? Maksud papa PA Pasha tu?”
            “Ya la…habis tu Maria mana lagi?”
            “Eee…papa ni…macam tak ada orang lain je nak teka…tolonglah…!”
            “Kenapa dengan Maria? Okey apa Maria tu…cantik, sopan santun…ayu…” puji Datuk Aziz pada Maria, saja ingin melihat reaksi anaknya macam mana.
            “Sopan santun? Ayu??? Papa ni biar betul…kalau cantik tu Pasha boleh terima lagi pa… kalau bab sopan santun dengan ayu tu Pasha tak rasa yang Maria macam tu pa…”
            “Ooo…maknanya memang kamu mengakulah yang Maria tu cantik ya?” Datuk Aziz cuba memerangkap Pasha Idham. Pasha Idham diam seketika sebelum menjawab.
            “Bolehlah pa… sedaplah jugak mata memandang daripada tak ada kan…?” Datuk Aziz tersenyum bila mendengar jawapan dari anaknya itu.
            “Kamu ni bila lagi nak kahwin Pasha? Umur kamu dah masuk 30 tahun, dah sesuai sangat kalau kamu nak kahwin.” tanya Datuk Aziz tiba-tiba menukar topik kepada topik kahwin. Pasha Idham sudah menggaru-garukan kepalanya. Tanda kurang senang bila soalan itu diajukan oleh papanya.
            “Nanti dululah pa…sampai masanya nanti Pasha kahwinlah tu.”
            “Tapi masanya tu bila?”
            “Akan datang…” jawab Pasha Idham pendek. Datuk Aziz hanya mampu menggelengkan kepalanya.
            “Jawapan tu je yang kamu tahu nak bagi ya? Akan datang, akan datang dan akan datang… dah tak ada jawapan lain ke kamu nak bagi Pasha?”
            “Buat masa ni tak ada jawapan lain lagi pa, yang tu je Pasha rasa jawapan paling terbaik yang boleh Pasha bagi.”
            “Ikut suka kamulah Pasha…asal kamu bahagia sudah. Papa dah nak masuk dalam ni, kamu tak nak masuk lagi ke?”
            “Papa masuklah dulu pa, Pasha tak puas lagi ambik angin malam ni…kejap lagi Pasha masuk.”
            “Kamu ambiklah angin malam ni puas-puas Pasha, mana tahu kot kamu dapat ilham nak kahwin cepat kan?” Datuk Aziz bergurau.
            “Ishhh papa ni…kesitu pulak. Papa ni asyik fikir pasal kahwin je…ke papa yang nak kahwin lagi ni?” giliran Pasha Idham pula bergurau.
            “Banyaklah kamu papa nak kahwin lagi… kamu nak tengok papa kena pelengkung dengan mama kamu ke?”
            “Okey jugak tu pa, boleh Pasha tengok drama madu tiga live depan mata. Biasa tengok dalam tv yang P.Ramlee berlakon je kan? sekali sekala tengok live macam tu best jugak…kan pa?”
            “Banyaklah kamu punya best! Yang best kamu, yang matinya papa ni nanti!” jawab Datuk Aziz lepas.
            Pasha yang mendengarnya ketawa kuat. “Hahahah!!! Okeylah tu pa…”
            “Okey kamu kata? Kalau kamu kata okey kamu buatlah bila kamu dah kahwin nanti! Masa tu baru kamu boleh tengok , okey ke tak!” Datuk Aziz memberi saranan pada anaknya.
            “Eh! Pasha mana boleh pa…Pasha kan jenis yang setia, mana boleh Pasha buat pada isteri Pasha macam tu.”
            “Habis papa ni kamu ingat jenis tak setialah ya?”
            “Eh Pasha tak cakap macam tu pun…” jawab Pasha Idham. Pasha Idham memang tahu papanya memang jenis yang setia, tadi tu dia saja je mengusik papanya nak tengok reaksi papanya macam mana.
            “Habis tu, tadi tu apa?”
            “Alaaa…papa ni… Pasha gurau je la pa. Tapi kalau papa nak try jugak apa salahnya, boleh je pa. Pasha sokong seratus peratus dari belakang.” gurau Pasha Idham, dia tidak sedar yang kata-katanya itu didengari oleh mamanya Datin Dian yang kebetulan lalu disitu.
            “Apa yang kamu sokong seratus peratus tu Pasha? Kamu suruh papa kamu try apa ni?” soal Datin Dian bila sampai didepan mereka berdua. Pasha Idham dan Datuk Aziz kelihatan terkejut.
            “Enggak ada apa-apa ma, Pasha gurau-gurau aja sama papa.”
            “Kamu omongnya biar benar….jangan bohongin mama sih
            “Iya ma…benar… kok Pasha mahu bohongin mama…
            “Benar kamu?”
            “Iya…benar…” jawab Pasha Idham. Datin Dian seakan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Pasha. Datuk Aziz disebelah hanya diam, dibiarkan saja isterinya dan anaknya bersoal jawab.
            “Papa enggak mahu tidur  lagi ya?” soal Datin Dian pada suaminya tiba-tiba.
            “Eh mahu…apa pula enggak mahu…” jawab Datuk Aziz cepat. Pasha Idham tersenyum memandang papanya.
            “Kamu Pasha enggak mahu tidur lagi?” tanya Datin Dian pada anaknya pula.
            “Mama dengan papa masuk dululah… kejap lagi Pasha masuk ya ma.”
            “Kalau begitu baiklah…mama dengan papa masuk dulu ya…”
            “Okey ma…selamat malam ma, pa…”

            “Selamat malam…” jawab Datin Dian dan Datuk Aziz serentak sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Pasha Idham masih lagi diluar menghirup angin malam yang segar sambil melayan perasaannya seorang diri.

2 comments:

  1. best cepatlah sambung lagi ya tq.

    ReplyDelete
  2. Thanks baby mio sdi bce P! I L U... InsyaAllah akn diupload bab2 sterusnya scpat mgkin :)

    ReplyDelete