Followers

Wednesday, 30 October 2013

NOVEL : PASHA! I L U (15)


BAB 15

            MARIA mengambil keputusan untuk tidak menyediakan kopi pada Pasha Idham pagi ini. Keputusan itu diambil apabila mesej yang dihantarnya pada Pasha Idham malam tadi tidak mendapat apa-apa jawapan dari Pasha Idham. Macam mana nak dapat jawapan kalau mesej yang dihantar lain yang di faham oleh Pasha Idham. Kalau macam tu dah gayanyanya bukan jawapan yang dia dapat tapi dapat gaduh ada la. Jadi lebih senang Maria ambil keputusan sendiri. Kalau bosnya datang pun, dia buat je lah kopi tu nanti, bukan susah pun. Tak apa lah lambat pun, asalkan tidak membazir sudah.
            Pasha Idham mengambil keputusan untuk ke pejabat hari ini bila merasakan tahap kesihatannya sudah semakin baik. Rasa sakit dikepalanya dan rasa panas badannya sudah pun berkurangan. Tidak lagi sesakit dan sepanas seperti semalam.
Pasha Idham turun ke bawah lengkap dengan pakaian kerjanya. Datin Dian yang melihat anaknya yang sudah pulih seperti biasa merasa sedikit lega. Bimbang juga kalau demam Pasha Idham tu melarat, maklumlah Pasha Idham tu lah satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Kalau Pasha Idham sakit memang susahlah hatinya. Tapi Alhamdulillah, Pasha Idham sihat seperti sediakala. Datin Dian juga hairan bila melihat anaknya yang demam secara tiba-tiba begitu. Demam Pasha Idham ni demam macam tengok hantu je gayanya, demam terkejut. Tapi bila Datin Dian bertanya pada anaknya tak ada pulak Pasha Idham kata dia ternampak hantu. Datin Dian pun tak tahulah apa sebab anaknya jadi begitu, sebelum ni tak ada pulak dia demam mengejut macam tu. Tapi nasib baiklah sehari je demamnya, kalau berhari-hari gelisah juga dia dibuatnya.
“Macam mana Pasha kamu hari ni? Dah okey ke?” tanya Datin Dian ketika anaknya itu bersarapan bersamanya.
“Alhamdulillah... okey je ma.”
“Baguslah tu…nasiblah tak melarat demam kamu tu ya? Kalau tak susah jugak papa kalau kamu tak ada.” giliran Datuk Aziz pula berbicara.
“Tu lah pa… nasib baik tak melarat. Kalau tak makin banyaklah kerja yang Pasha nak kena buat.” kata Pasha Idham membalas jawapan yang diberikan papanya itu. Datin Dian hanya diam bila dua beranak ni berborak pasal kerja. Tak ada benda lain yang nak diingatkan, sakit-sakit pun masih nak ingat pasal kerja lagi.
Pasha Idham yang sudah selesai makan meminta diri untuk ke pejabat. Datuk Aziz pun sama, juga sudah beransur-ansur untuk ke pejabat. Datin Dian menghantar mereka berdua hingga ke pintu. Seperti biasa, Datin Dian akan menyalami dan mencium tangan Datuk Aziz sebelum suaminya itu pergi ke tempat kerja. Pasha Idham pun sama akan menyalami dan mencium tangan mamanya sebelum dia ke tempat kerja. Itulah yang akan dilakukan Pasha Idham setiap hari sebelum dia ke tempat kerja. Selesai bersalaman dengan mamanya barulah Pasha Idham akan ke tempat kerjanya. Kalau tak dia akan rasa macam ada sesuatu yang tak sempurna je bila ke tempat kerja kalau tidak bersalaman dengan mamanya.
Pasha Idham memang anak yang baik, baik dengan keluarganya. Tapi kalau dengan pekerja-pekerjanya macam apa je perangainya. Bila nak berubah pun tak tahulah Pasha Idham ni.


KAK ZURA, Azlan dan Aina yang melihat Pasha Idham yang baru melangkah masuk ke dalam pejabat sedikit terkejut. Mati-mati mereka ingatkan bos mereka itu tidak masuk pejabat hari ni. Baru ingat nak berseronok-seronok lama sikit, tapi tak sempat nak berseronok singa dah masuk office da…! Hari ni Azlan memberanikan diri untuk bertanya khabar bosnya itu.
            “Selamat pagi Encik Pasha… Encik sihat ke?” tanya Azlan ringkas.
            “Kamu tengok saya sakit ke?” perli Pasha Idham pada Azlan. Azlan tersenyum kelat. Tak saja je kena tembak pagi ni.
            “Sihat Encik Pasha…” jawab Azlan lambat-lambat.
“Habis tu? Nak tanya lagi!” sindir Pasha Idham lagi. Kak Zura dan Aina hanya diam.
Azlan pun sama diam, tapi dalam hati memang dia mengutuk habis. “Cesss! Kurang asam punya bos! Orang tanya khabar dia pun nak sombong! Menyesal betul aku tanyalah! Baik tanya babun kat dalam hutan tu lagi baguslah! Dari tanya orang bodoh sombong macam ni. Tak faham aku! Sombong tak bertempat!” Azlan melepaskan geramnya.
Mata Pasha Idham seperti mencari seseorang. Ya Maria! Mana Maria? Tidak kelihatan Maria bersama tiga orang pekerjanya itu. Pasha Idham mengambil keputusan untuk bertanya pada Kak Zura.
“Zura!” panggil Pasha Idham tiba-tiba. Kak Zura yang sedang fokus dengan kerjanya sedikit terkejut lalu memandang wajah Pasha Idham.
“Ya Encik Pasha.”
“Maria mana Maria? Dia datang kerja ke tak hari ni?” tanya Pasha Idham.
“Datang Encik Pasha.”
“Kalau datang mana dianya? Saya tak nampak pun batang hidung dia kat sini?”
“Maria pergi tandas Encik Pasha. Tunai hajat.” jawab Kak Zura. Sempat lagi melawak dalam kata-katanya.
“Suruh dia masuk bilik saya bila dia dah selesai tunai hajat tu. Jangan tak bagitahu pulak!” pesan Pasha Idham.
“Baik Encik Pasha.” jawab kak Zura tanda faham.  Pasha Idham terus masuk ke dalam biliknya.
Sebaik Pasha Idham masuk ke dalam, terdengar suara tidak puas hati Azlan terhadap perangai Pasha Idham yang diluahkan pada Kak Zura dan Aina. Tapi dalam nada yang perlahan. Takut kalau kuat-kuat nanti, dengar di bosnya itu lagi parah dia kena. Jadi langkah selamat cakap perlahan-perlahan sudah.
“Aku geram betul lah dengar Encik Pasha tu. Mahu je aku lastik-lastik mulut dia tu. Buat sakit hati aku je.” luah Azlan.
“Sabarlah Azlan. Kau dah tahu perangai bos kita macam mana kan? Yang kau gatal mulut pergi tanya tu kenapa?” kata Aina.
“Manalah aku tahu dia nak jawab macam tu. Lagipun aku just tanya khabar je, nak tunjuklah jugak sikap prihatin pada bos kan? Sekali dia jawab macam tu. Kalau aku tahu dia nak jawab macam tu, sumpah aku tak tanya!” kata Azlan sambil mengangkat tangannya tanda bersumpah.
“Nak buat macam mana, benda dah nak jadi. Lain kali kena beringatlah sebelum nak tanya tu ya.” kata Kak Zura pula.
Maria yang baru keluar dari tandas hairan bila melihat kawan-kawannya itu diam. Tadi bukan main riuh lagi sebelum dia masuk tandas, tapi sekarang senyap macam singa dalam office ni dah muncul kembali je.
“Kenapa senyap je ni? Tadi bukan main riuh lagi?” kata Maria sebaik muncul dihadapan kawan-kawannya. Kak Zura, Azlan dan Aina masing-masing meletakkan jari telunjuk di bibir masing-masing tanda menyuruh Maria diam.
Maria jadi hairan lalu dia bertanya dalam nada yang sedkit perlahan. “Kenapa?” tanya Maria. Masing-masing menunjukkan kearah bilik Pasha Idham. Maria menekup mulutnya lalu bertanya. “Encik Pasha dah datang kerja ke?” tanya Maria pada Kak Zura.
“Ya…dia ada kat dalam tu. Dia pesan suruh kamu masuk dalam bilik dia lepas kamu siap tunai hajat.”
Hah?!”
“Tak payah nak ‘hah hah’ kat sinilah. Baik kamu masuk cepat! Nanti lambat masuk lain pulak jadinya kan.” kata Kak Zura cuba mengingatkan Maria. Maria yang baru keluar dari tandas itu terus masuk ke dalam bilik Pasha Idham sebaik menerima pesanan dari Kak Zura.
“Masuk!” laung Pasha Idham dari dalam sebaik mendengar ketukan pada pintu biliknya. Maria masuk sebaik  menerima arahan dari bosnya.
Hah kamu Maria! Mari duduk sini!” arah Pasha Idham menyuruh Maria duduk di depannya.
“Ada apa Encik Pasha panggil saya ya?” tanya Maria dengan penuh sopan.
“Kopi saya mana?” tanya Pasha Idham yang sengaja mencari kesalahan Maria.
“Saya belum buat lagi. Saya ingatkan Encik Pasha tak masuk pejabat hari ni.”
“Saya ada cakap saya tak masuk office ke hari ni?”
“Tak ada…”
“Habis tu?”
“Tak ada lah…saya takut membazir je. Sebab saya mesej tanya Encik Pasha malam tadi Encik Pasha tak jawab pun. Jadi saya anggap Encik Pasha tak datanglah hari ni.”
“Oh! senangnya… pandai-pandai je awak buat kesimpulan sendiri ya?” bebel Pasha Idham. Maria hanya diam. “Sebut pasal mesej malam tadi ni… kenapa awak tak reply mesej terakhir saya malam tadi?” tanya Pasha Idham lagi.
“Saya tertidur Encik Pasha.” jawab Maria berbohong. Kalau dia berterus terang sebab kenapa dia tak balas mesej Pasha Idham tu, mahu mengamuklah bosnya itu nanti. Bukan dia tak tahu perangai Pasha Idham tu macam mana.
“Boleh pulak awak tidur ya?”
“Nak buat macam mana Encik Pasha. Dah mengantuk sangat, saya tidurlah.” jawab Maria tak berapa nak jujur. Pasha Idham hanya memandang ke wajah Maria.
“Habis kopi saya macam mana?” tanya Pasha Idham bila sudah tiada soalan yang ingin dibangkitkan.
“Macam mana, macam mana? Saya pergi buat sekarang je lah Encik Pasha.” jawab Maria selamba.
“Kalau macam tu awak pergi buat cepat!” arah Pasha Idham.
“Okey…” jawab Maria, masih dalam nada yang selamba. Maria terus bengun untuk keluar membuatkan kopi untuk bosnya. Belum sempat Maria memulas tombol pintu bilik bosnya itu, tiba-tiba bosnya memanggil.
“Maria!”
“Ada apa lagi Encik Pasha!” tanya Maria.
“Pastikan awak basuh tangan awak tu bersih-bersih sikit sebelum buat kopi saya! Saya takut ada perisa tambahan lain pulak nanti dalam kopi saya tu.” sindir Pasha Idham.
Maria tidak faham apa yang dimasudkan bosnya. Sebelum ni tak ada pulak bosnya berpesan begitu. “Kenapa Encik Pasha cakap macam tu?” tanya Maria ingin tahu.
“Tak ada lah…awak kan baru lepas keluar dari tandas. Saya takutlah ada lagi saki baki yang melekat kat tangan awak tu. Nanti tak pasal-pasal pulak saya masuk hospital sebab terkena keracunan minuman yang awak buat tu. Saya tak naklah macam tu.” kata Pasha Idham lepas.
Sebaik mendengar  kata-kata Pasha Idham itu, wajah Maria berubah jadi geram. Memang jelas rasa geramnya itu terpancar diwajah. Sampai Pasha Idham pun perasakannya.
Eeee…geramnya aku…! Aku hempuk-hempuk jugak dugong ni kan!’ bentak Maria dalam hati. Pasha Idham hanya tersenyum bila melihat perubahan yang begitu jelas diwajah Maria itu. Dia tahu yang Maria geram padanya.
“Yang awak tercegat lagi kat situ tu kenapa? Pergilah buat kopi untuk saya cepat!” suruh Pasha Idham. Maria yang masih lagi merasa geram hanya menahan sabar. Dia sudah berpusing untuk keluar dari bilik Pasha Idham. Tapi belum sempat dia melangkah keluar, pesanan seperti tadi  singgah lagi ditelinganya. “Jangan lupa basuh tangan tu Maria!” pesan Pasha Idham sekali lagi, sengaja ingin menghangatkan perasaan Maria.
Maria tidak melayan, apa yang mampu dia buat sekarang ni hanyalah beristighfar dalam hati. ‘Astaghfirullahalazim….sabar Maria… sabar.’ Maria cuba menenangkan dirinya. Lalu Maria terus keluar dari bilik bosnya tanpa berkata apa-apa.
Pasha Idham di dalam ketawa kuat sebaik Maria keluar dari biliknya.
Hahahahahah!!! Maria…Maria…puas hati aku! Main-main lagi dengan aku ya! Sekarang rasakan!” kata Pasha Idham sendiri. Puas hatinya bila dapat mengenakan Maria.
Maria di pantry menghentak-hentakkan kakinya tanda melepaskan geram pada Pasha Idham.
“Kurang asam punya bos! Tak apa… tak apa, kali ni giliran kau! Tiba giliran aku nanti siaplah kau!” kata Maria geram. Tiba-tiba Maria terpandangkan bekas plastik disudut hujung sebelah kanannya. Diambil bekas itu dan dilihat isinya. Isinya seperti gula tapi tulisan diluar bekas plastik itu tak sama apa yang difikirkannya.
“Garam? Sejak bila pulak kat pantry ni ada garam? Macam mana aku boleh tak sedar ni.” kata Maria sendiri. Tiba-tiba Maria tersenyum. “Haa…bagus jugak kau ada garam…senang sikit kerja aku!” kata Maria seperti mendapat satu idea jahat mengenakan bosnya itu dengan menggunakan garam itu.
Maria membawa keluar kopi yang diletakkan garam tadi masuk ke dalam bilik Pasha Idham. Penuh dengan senyuman Maria membawa kopi itu masuk ke dalam bilik bosnya. Pasha Idham yang melihat perubahan drastik Maria  itu sedikit hairan.
Ai! tadi bukan main lagi marahnya aku tengok. Ni boleh tersenyum pulak bawak kopi untuk aku! Cepat betul reda rasa marah minah ni ya?’ kata Pasha Idham dalam hati. Maria masih memaniskan senyumannya dihadapan Pasha Idham.
Enjoy your drink Encik Pasha.” kata Maria pada Pasha Idham sambil tersenyum. Maria terus keluar selepas meletakkan cawan kopi disebelah kanan Pasha Idham. Pasha Idham memandang hairan langkah Maria.
Maria yang berada di mejanya sudah mengekek ketawa. Hanya menunggu masa dugong tu menyalak je dalam biliknya.
“Dugong boleh menyalak ke? Ahhh… tak kisahlah boleh menyalak ke tak. Janji aku puas.” omel Maria sendiri.
 Rakan-rakannya yang lain hanya memandang Maria dengan rasa hairan. Tidak tahu apa yang menggeletek hati Maria sampai dia ketawa mengekek begitu. Kali ini Maria sudah tidak kira, apa yang akan terjadi lepas ni, lantaklah. Janji dia dapat mengajar bosnya yang kurang asam itu. Makin dibiar makin menjadi-jadi nampaknya. Jadi peluang yang ada ni telah digunakan sebaik mungkin. Harap-harap menjadilah apa yang dimahukannya itu.
Tidak berapa lama kemudian terdengar suara lantang Pasha Idham dari dalam bagaikan petir menyebut namanya.
“Maria!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Kak Zura, Azlan dan Aina yang tersentak dengan suara petir Pasha Idham itu terus memandang kearah Maria. Maria hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu apa-apa.


WALAUPUN hari sudah malam, rasa geli hati Maria masih lagi ada bila mengingatkan peristiwa dia mengenakan Pasha Idham siang tadi. Memang mengamuk habis Pasha Idham siang tadi bila tahu air kopinya diisi garam. Nasib baik dia tak kena pecat je. Kalau tak memang meranalah telinga kau Maria terima ceramah dari Mak Munah kau. Maria…Maria…memang cari penyakitlah kau ni! Hahahaha

            “Kenapa kopi saya ni masin?! Awak saja pedajal saya ya!” tanya Pasha Idham dalam nada marah bila kopi yang diminumnya itu terasa masin.
            “Hah?! masin?” Maria pura-pura terkejut.
            “Ya lah! Masin! Awak sengaja nak balas dendam pada saya kan?” tuduh Pasha Idham.
            “Eh! Mana ada Encik Pasha. Tak baik Encik Pasha cakap macam tu. Saya tak buat macam tu pun tau!” kata Maria buat-buat muka kesian.
            “Habis tu! Kenapa kopi saya ni masin?!”
            “Mana saya tahu Encik Pasha, tadi saya rasa okey je. Memang manis kopi yang saya buat untuk Encik Pasha tu tadi.” kata Maria bohong.
            “Awak rasa kopi saya?”
            “Ya lah… kalau tak sedap nanti Encik Pasha marah saya pulak.”
            “Ooo… awak dah minum baru awak bagi pada ya? Jadi selama ni saya minum bekas awaklah ya?” isu lain pula dibangkitkan Pasha Idham.
            “Mana ada macam tu Encik Pasha. Mana ada saya minum! Saya rasa je. Tu pun saya rasa guna sudu. Lepas rasa tu saya basuh balik sudu tu tau!”
            “Saya boleh percaya ke kata-kata awak ni? Nampak muka macam bohong je.” kata Pasha Idham. Sempat lagi dia mengutuk Maria.
            “Terpulang pada Encik Pasha lah… saya tak boleh nak paksa Encik Pasha percaya pada saya.” kata Maria berserah.
            “Tapi saya hairan… kalau awak dah rasa manis, macam mana kopi ni boleh bertukar jadi masin pulak? Macam tak logik je…” kata Pasha Idham musykil. Maria tersenyum.
            “Entah-entah sebab perisa tambahan ni kot Encik Pasha….” kata Maria sambil menunjukkan dan memainkan jari-jemarinya seperti ahli silap mata. Pasha Idham yang melihat Maria memainkan jari jemarinya membulatkan matanya. Di sapu-sapu mulutnya dan di ludah-ludah kecil air liur dalam mulutnya bagi menghilangkan sisa kopi yang diminumnya tadi. Maria yang melihat gelagat kelakar bosnya itu terlepas juga ketawanya.
            “Maria!!! Awak ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!” marah Pasha Idham.

            Maria ketawa terbahak-bahak bila mengingatkan peristiwa yang berlaku siang tadi pada bosnya itu. Akhirnya berjaya juga dia mengenakan bosnya yang sombong tak bertempat itu. Puas rasa hatinya.
            “Kau nak main-main lagi dengan aku ya? Sekarang rasakan…” kata Maria yang masih lagi dengan ketawanya.
            “Maria!!! Kamu ni kenapa ketawa sorang-sorang malam-malam ni? Meroyan lagi ke? Bimbanglah aku tengok kamu ni! Makin lama makin menjadi penyakit sasau kamu ni! Kamu ni okey ke tak?” bebel Mak Munah yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Maria.
            “Eh mak ni…okeylah…ada pulak tanya Maria okey ke tak. Maria tak gila lagilah mak.” kata Maria yang faham dengan apa yang dimaksudkan Mak Munahnya itu.
            “Kalau okey kenapa kamu ketawa sorang-sorang? Dahlah malam semalam menjerit-jerit macam orang tak betul. Macam mana aku tak bimbang. Kamu jangan Maria…” kata Mak Munah tanpa menghabiskan kata-katanya.
            “Eh mak ni ke situ pulak… mak jangan bimbanglah. Anak mak waras lagi okey! Cuma ada perkara lucu sikit yang berlaku kat pejabat tadi. Tu yang Maria ketawa tu.”
            “Kamu ni macam-macamlah Maria… Dahlah, mak tidur dulu. Kamu tu jangan nak ketawa kuat-kuat sangat. Nanti jiran-jiran dengar apa pulak yang mereka fikir. Aku yang kat dalam rumah ni pun dah boleh fikir macam-macam,  orang yang kat luar tu lagilah. Tidur awal sikit! Jangan nak tidur lewat-lewat sangat!” pesan Mak Munah.
            “Baik mak…nanti Maria tidur ya… mak pergilah masuk tidur dulu mak. Katil mak dah lama tunggu mak tu. Nanti merajuk pulak katil mak tu kan. ” usik Maria.
            “Banyaklah kamu punya merajuk. Dahlah mak masuk tidur dulu.”
            “Baik mak…mimpi yang indah-indah ya mak?” usik Maria lagi. Mak Munah terus menuju ke biliknya. Malas untuk melayan perangai tak betul anaknya itu.
             Sebaik Mak Munah pergi, Maria menyambung kembali senyumnya yang terbantut tadi.
            “Encik Pasha… Encik Pasha…” Maria menyebut nama Pasha Idham

Sebelum Maria tidur, seperti biasa dia akan mencium gambar Pashanya yang terletak cantik didalam frame disisi meja katilnya itu. Maria kemudian bangun menutup suis lampu biliknya dan kemudian kembali ke katil untuk mengambil posisi yang selesa seselesanya bagi meraikan kemenangannya mengenakan Pasha Idham hari ini. Malam ini Maria tidur dalam senyuman. Senyuman yang hanya dia saja boleh faham. Oh! Maria…

1 comment: