Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : HUS (15)

BAB 15

            “Mak Mah… mama mana?” tanya Irfan bila mamanya tidak kelihatan. Biasanya Puan Zainab akan berehat di ruang tamu pada waktu begini bila cuti.
            “Puan keluar Encik Irfan. Ada hal sikit nak diuruskan di butik katanya.”
            “Papa?”
            “Tuan pun ikut sekali. Encik Irfan tak nak sarapan ke? Dah lewat ni.”
            “Dah pukul berapa sekarang ni Mak Mah?”
            “Dah dekat pukul 11 dah Encik Irfan.”
            “Hah! Pukul 11.” Irfan sedikit terkejut. Belum pernah dia bangun selewat itu. Habis-habis lewat pun pukul 9 pagi tu pun jarang-jarang. Ni pasti gara-gara tak dapat tidur sebab memikirkan Arissa malam tadilah ni.
            “Kenapa lewat sangat Encik Irfan bangun hari ni. Biasa bukan main awal lagi.”
            “Tak boleh tidurlah malam tadi Mak Mah. Tu yang terbabas tu. Tak apa lah Mak Mah saya mandi dulu, kejap lagi saya turun makan.”
            “Yelah.”
            Irfan naik ke atas untuk membersihkan dirinya. Hari ni merupakan hari penting baginya kerana hari ni dia akan bertemu Julia bagi merungkaikan segala persoalan yang bermain dimindanya.
            Irfan menelefon Julia terlebih dahulu bagi memberitahu dimana dan pukul berapa dia akan berjumpa Julia nanti.
            “Assalamuaikum Julia.”
            “Waalaikumussalam. Haa… abang Irfan call pun Julia ingatkan dah tak call dah.”
            “Mestilah call, kan Abang Irfan dah janji.”
            “Abang Irfan, jadi ke Abang Irfan nak jumpa Julia hari ni.”
            “Eh jadilah. Tu yang abang call ni.”
            “Abang Irfan nak jumpa Julia kat mana? Pukul berapa?”
            “Macam ni, nanti lepas zohor dalam pukul 2 lebih Abang Irfan jemput Julia kat rumah. Nanti kita pergilah mana-mana tempat sesuai.”
            “Okey. Tapi apa yang penting sangat yang abang bincang dengan Julia ni. Nampak macam serius je.”
            “Memang serius, ni soal masa depan abang, hidup dan mati abang. Macam mana pun memang abang kena jumpa jugak dengan Julia.”
            “Okey..okey..okey. Serius sangat bunyinya ni. Takut Julia dengar. Abang Irfan sabar ya, kejap lagi kita jumpa.”
            “Okey. Jangan last minute tak jadi pulak nanti.”
            “Jadi…Abang Irfan jangan bimbanglah. Julia kan dah janji. Okey Abang Irfan kita jumpa nanti. Assalamualaikum…”
            “Waalaikumussalam…”
            Selesai mandi dan bersiap, Irfan turun ke bawah untuk mengisi perut yang kosong dengan sarapan yang disediakan Mak Mah pagi tadi. Usai makan, Irfan berehat sebentar di ruang tamu sementara menunggu masuknya waktu Zohor.
            “Encik Irfan ada nak ke mana-mana ke hari ni?” tanya Mak Mah bila dilihat Irfan gelisah semacam, sikit-sikit tengok jam, macam ada perkara penting yang nak diselesaikan je.
            “A’ah, lepas zohor nanti saya nak jumpa Julia kejap. Nanti kalau mama dengan papa balik Mak Mah tolong bagitahulah ya.”
            “Baiklah Encik Irfan. Encik Irfan, Encik Irfan tak ada jumpa Arissa ke? Lama Mak Mah tak jumpa dia, tiba-tiba rindu pulak Mak Mah rasa.” tiba-tiba Mak Mah mengeluarkan topik pasal Arissa. Irfan sedikit terkejut.
            “Ai Mak Mah ni, dia tahu ke apa yang ada dalam kepala aku. Macam tahu-tahu je kepala aku tengah berserabut fikirkan Arissa sekarang ni. Hebat kalau dia dapat baca fikiran aku.”
            “Encik Irfan, Encik Irfan dengar tak apa yang Mak Mah tanya.” tegur Mak Mah bila dilihat Irfan tidak memberi reaksi pada soalannya tadi.
            “Hah? A’ah ada hari tu sekali, tapi saya tak sempat nak borak panjang pun dengan dia.” bohong Irfan.
            “Ooo…nanti kalau Encik Irfan jumpa Arissa lagi, Encik Irfan sampaikan salam Mak Mah pada Arissa ya. Nanti ajaklah dia datang ke sini, Mak Mah teringin sangat nak jumpa Arissa.
            “Yelah Mak Mah, nanti kalau saya jumpa Arissa saya sampaikan salam Mak Mah tu. Nanti saya bagitahu yang Mak Mah ni rindu sangat nak jumpa dia ya.” janji Irfan. Mak Mah hanya tersenyum.
            “Mak Mah saya naik atas dulu ya, dah masuk waktu zohor ni, saya nak solat kejap. Kejap lagi nak jumpa Julia pulak.” Irfan meminta diri bila dia terdengar azan berkumandang dari masjid berhampiran rumahnya itu.
            “Yelah.”
            Selesai solat, Irfan bersiap-siap untuk mengambil Julia. Sebelum bertolak ditelefonnya Julia terlebih dahulu. Bukan apa, takut sampai nanti Julia belum siap lagi.
            “Assalamualaikum Julia, Abang Irfan dah nak gerak ni. Jangan abang sampai Julia tak siap lagi nanti. Kalau tak siap Julia!”
            “Waalaikumussalam, amboi orang tak sempat jawab salam lagi mukadimahnya bukan main panjang, siap beri amaran lagi tu. Abang Irfan jangan bimbanglah, orang dah siap dah pun, tunggu abang datang ambik je ni.”
            “Oyeke. Okey, kalau macam tu Abang Irfan pergi ambik Julia sekarang. Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam…” Julia mematikan talian.
            “Aiii Abang Irfan aku ni, apalah penting sangat perkara yang nak dibincangkan tu. Sampai tak sabar macam tu sekali.” fikir Julia sendiri.
            Tidak lama kemudian Irfan tiba di rumah pak sunya untuk mengambil Julia.
            “Irfan kamu tak nak masuk dulu ke?” tanya Tuan Zaidi bila anak saudaranya tidak turun dari kereta.
            “Tak apa lah pak su, Irfan nak cepat ni. Julia mana pak su.”
            “Tu Julia.”
Julia kemudian muncul di belakang papanya .
“Cepatlah Julia.” laung Irfan bila dirasakan Julia begitu lambat untuk sampai ke keretanya,
“Abang Irfan ni reti sabar sikit tak? Tak menyempat-nyempat.” marah Julia. Irfan hanya diam sehinggalah Julia memasuki keretanya.
“Irfan pergi dulu pak su.”
“Yelah, bawak kereta tu hati-hati sikit.” pesan Tuan Zaidi.
“Okey pak su! Pesanan diterima.” jawab Irfan sambil membunyikan hon sebelum keretanya bergerak meninggalkan rumah paksunya itu.
Dalam kereta Julia mengajukan soalan kepada Irfan.
“Ada hal apa sebenarnya ni Abang Irfan nak jumpa Julia ni.”
“Ada lah… Julia sabar sikit boleh tak. Nanti sampai Abang Irfan ceritalah.”
“Tak boleh bagitahu sekarang ke?” Julia menggesa.
“Kalau nak bagitahu sekarang, baik kita tak payah keluar. Kat rumah Julia tadi Abang Irfan dah boleh bagitahu.”
“Apa lah perkara yang penting sangat tu ya. Julia dah tak sbar nak tahu ni.”
“Sabar…nanti Julia akan tahu jugak.” Irfan cuba meredakan perasaan Julia biarpun hakikatnya dia sendiri sudah tidak sabar untuk mengetahui hal sebenar dari Julia.
“Ni kita nak ke mana ni?”
“Hurmmm…Julia rasa ada nak makan apa-apa tak?” tanya Irfan, takut perbincangannya mengambil masa yang panjang. Kalau ada makanan tak ada lah Julia rasa lapar nanti.
“Ermmm…Julia terasa nak makan ayam KFC lah. Dah lama tak makan.”
“Okey. Kalau macam tu kita ke KFC jelah. Nanti sambil makan bolehlah kita berbincang. Lagipun Abang Irfan pun teringin jugak nak makan ayam KFC ni. Macam Julialah, lama dah tak makan, asyik sibuk je memanjang mana nak sempat.”
“Okey jugak tu.” Julia bersetuju dengan cadangan Irfan.
Mereka mengambil tempat paling hujung sekali berhadapan dengan cermin yang membolehkan mereka melihat pemandangan luar. Kebetulan hari tu tidaklah terlalu ramai orang. Jadi bolehlah Irfan berbincang dengan Julia lebih aman.
“Kita dah sampai ni, hal apa yang penting sangat Abang Irfan nak tanya Julia ni.”
“Julia makanlah dulu, nanti lepas makan baru abang cerita.”
“Alahhh, sambil makan pun boleh cerita apa. Cepatlah Julia dah tak sabar ni.”
Irfan mengetuk-ngetuk meja dengan jarinya.
“Macam mana Abang Irfan nak mulakan ya.” tanya Irfan kerana dia sendiri tidak tahu untuk memulakan ceritanya dari mana.
“Alahhh, Abang Irfan mula jelah dari mana pun. Asal Julia faham sudah. Abang Irfan ni nak cakap pasal apa sebernarnya ni.”
“Abang Irfan sebenarnya nak tanya pasal seseorang.”
“Siapa? Arissa!” Julia menebak.
“A’ah pasal Arissa.” Julia tersenyum apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Irfan.
“Yang Julia senyum ni kenapa?” tanya Irfan bila dia tersedar yang Julia senyum seakan menyindir padanya.
“Tak ada apa-apa lah. Apa yang abang nak tahu pasal Arissa?” tanya Julia sabar menanti apakah bentuk soalan yang keluar dari mulut Irfan.
Lambat-lambat Irfan bersuara.
“Apa hubungan Arissa dengan Taufeq sebenarnya. Kenapa Taufeq kahwin dengan Durrani bukannya dengan Arissa.” Julia sedikit pelik dengan pertanyaan Irfan.
“Kenapa Arissa nak kena kahwin dengan Abang Taufeq pulak?”
“Hari tu Arissa cakap yang dia akan kahwin dengan Taufeq.”
“Bila Arissa bagitahu abang?”
“Malam selepas dia balik dari sambut harijadi abangnya tu.”
“Hahhahaha!!! Ohhh pasal tu lah abang dingin dengan Arissa ya?”
“Mana Julia tahu abang dingin dengan Arissa. Mana ada! Mana ada abang dingin Arissa.”nafi Irfan.
“Alahhh, abang tak payah nak tipu Julia. Mak long dah cerita segalanya pada Julia. Dia cakap yang abang jadi pelik lepas balik dari rumah Arissa malam tu.”
“Bila mama cerita kat Julia?”
“Masa hari last Arissa kerja dengan abang. Mak long cakap sampai Arissa nak balik pun abang tak keluar. Julia tunggu jugak abang mahupun Arissa bercerita. Tapi dua-dua senyap, Julia pun senyaplah.”
“Abang cemburukan Arissa dengan Abang Taufeq ek?” Julia sengaja meneka. Walaupun dia sebenarnya sudah dapat mengagaknya.
“Mana ada!” nafi Irfan.”
“Nak nafi lagi! Dah dahlah tu Abang Irfan, Abang Irfan nak ke kalau Arissa tu betul-betul jadi hak orang lain.”
Irfan diam, tidak lama lepas tu Irfan menggelengkan kepalanya. Tanda tidak sanggup sekiranya Arissa jadi milik orang lain.
“Haa… tahu pun. Lain kali tak payah nak sorok sangat perasaan tu. Ego tu tak payah tinggi sangat, yang rugi Abang Irfan jugak.”
“Tapi apa sebenarnya hubungan Arissa dengan Taufeq tu sampai malam tu Abang Irfan dengar yang Taufeq kata Arissa tu cinta hatinya.”
“Hahahha!!! Tulah Abang Irfan, lain kali tak tahu tanya. Jangan buat kesimpulan sendiri, yang rugi diri sendiri jugak.” sempat Julia memerli
“Untuk pengetahuan Abang Irfan, Abang Taufeq tu anak angkat keluarga Arissa. Selepas mak ayah Abang Taufeq meninggal, ummi dengan ayah Arissalah yang jaga. Cuma bila besar ni dia dah tinggal sendiri. Jadi tak mustahillah kalau Abang Taufeq panggil Arissa cinta hatinya sebab mereka bertiga membesar bersama-sama dan hanya Arissa adik perempuan yang dia dan Abang Azri ada.” cerita Julia panjang. Irfan mengangguk faham.
“Tapi kenapa Arissa cakap dia nak kahwin dengan Taufeq?”
“Alahhh Abang Irfan ni, macamlah tak kenal Arissa. Dia saja nak kenakan abanglah tu.”
“Tapi dia tak tahu ke yang hati abang sakit bila dia cakap macam tu.?”
“Abang Irfan ni nak kata tak cerdik… cerdik, tapi benda senang macam ni pun tak boleh fikir. Abang Irfan pernah cakap ke yang Abang Irfan sukakan dia?”
“Tak…”
“Habis tu, nak salahkan Arissa buat apa. Dia bergurau je, yang patut disalahkan adalah Abang Irfan tu. Suka, tapi tak nak terus terang siapa suruh.” marah Julia.
“Macam mana dengan Ariisa sekarang, dia masih single lagi ke, ke dah ada seseorang istimewa dalam hati dia.”
“Dalam hati dia Julia tak tahu, tapi yang Julia tahu dia masih single lagi. Tapi Abang Irfan kena cepat sebab sekarang ni ada seseorang yang tengah mencuba untuk tawan hati dia, kalau Abang Irfan lambat mungkin Abang Irfan takkan dapat Arissa sampai bila-bila.”
Irfan sedikit susah hati bila Julia beritahu ada juga orang lain yang cuba untuk dapatkan Arissa, sama sepertinya.
“Siapa?”
“Fazrul…”
“Siapa Fazrul tu?”
“Budak satu universiti dengan kami dulu. Sebenarnya kami dah lama dah tak jumpa dia, tiba-tiba pulak terserempak masa kat kedai Arissa hari tu.”
“Kedai Arissa?” tanya Irfan tidak faham yang di maksudkan oleh Julia.
“Ya, kedai Arissa. Kalau Abang Irfan nak tahu Arissa ada buka  kedai tak jauh dari office Abang Irfan tu.”
 “Owhhh patut hari tu Abang Irfan nampak dia dengan Taufeq kat area situ.”
“Bila?”
“Alaaa… Abang Irfan tak ingatlah bila, tapi yang pasti Taufeq tu belum kahwin lagi dengan Durrani. Masa tu Abang Irfan dengan Abang Johan lunch di restoran dekat-dekat situ jugak.
“Ooooo… habis tu macam mana sekarang ni Abang Irfan? Abang Irfan nak ke tak lagi dekat Arissa tu? Ke Abang Irfan nak lepaskan je Arissa tu ke tangan orang lain.”
“Ishhh Julia ni, boleh pulak tanya. Abang naklah... Tak sanggup dah abang kehilangan Arissa. Abang akan usaha jugak walau macam mana pun. Yang abang tahu abang nak hidup dengan Arissa.” jawab Irfan yakin.
“Kadang-kadang bila difikirkan balik banyak juga hikmah disebalik keegoan Abang Irfan ni kan? Kalau tak Abang Irfan tak ada seberani dan seterang ni mengaku yang abang tu sukakan Arissa. Nasib baiklah Arissa tu bukan dengan Abang Taufeq, kalau tak merana sepanjang hiduplah Abang Irfan jawabnya.” ejek Julia.
“Julia tak payah nak ejek abang sangatlah, yang abang tahu sekarang Julia kena tolong abang untuk sempurnakan impian abang untuk hidup dengan Arissa.”
“Hah! tahu pun nak mintak tolong dengan orang. Kalau dari dulu abang mintak tolong dengan Julia, entah-entah sekarang ni abang dah kahwin dah kot dengan Arissa tu. Mungkin dah ada anak?”
“Amboi cepat benar dapat anak. Tapi apa-apa pun abang betul-betul menyesal kerana sia-siakan peluang yang ada sebelum ni. Kalau abang terus terang mungkin abang tak lalui pengalaman perit macam ni.” kata Irfan bila mengingati kebodohan sendiri.
“Tapi kan kalau benda ni semua tak jadi tak mungkin Abang Irfan sanggup mengaku macam ni sekali kan?”
“Ermmm abang akui tu Julia. Memang ego abang tinggi, tapi lepas ni abang akan ubah demi Arissa tersayang.”
“Cewwah! Belum dapat dah bersayang-sayang.” usik Julia
“Hei mestilah, orang kita sayang kenalah bersayang-sayang.” jawab Irfan tanpa rasa segan.
“Amboi dah tak ada rasa malu nampak! Makin berterus terang. Bagus, satu perubahan yang baik. Harap misi berjayalah ya.”
“InsyaAllah. Tapi yang pasti Julia kena tolong Abang Irfan!”
“Okey! Tak ada hal punya. Tu perkara kecik je.” jawab Julia yakin.
Akhirnya segala kekusutan dan persoalan yang bermain di fikiran Irfan sudah pun terjawab. Tiada lagi keperitan yang terpaksa ditanggung Irfan. Lepas ni Irfan perlu memainkan peranannya sebagai seorang lelaki yang mempertahankan cintanya agar dia dapat memiliki hati orang yang dia sayang.



No comments:

Post a Comment