BAB
2
“Mak!
Cepat mak. Menantu mak dah nak keluar ni.” laung Maria pada ibunya. Maria sudah
lama tercongok depan TV. Almaklumlah
artis pujaannya keluar kat ‘MELETOP’ malam ni. Salah satu program TV yang
sedang hangat di astro sekarang ni, dihoskan oleh Nabil dan juga Neelofa.
Memang gempak habis.
“Kita nak menjemput kumpulan yang
diterbangkan khas dari Indonesia.”
“Tuan-tuan dan puan-puan berikan
tepukan yang gemuruh untuk…UNGUUU…” pengacara Nabil dan Neelofa menjemput artis
undangan mereka ke studio MELETOP. Suasana dalam studio sungguh gamat sekali
dengan sorakan oleh penonton-penonton yang juga peminat Ungu barangkali. Bukan
saja di studio MELETOP, di studio MAK MUNAH pun gamat jugak dengan sorakan.
Sorakan siapa lagi, kalau bukan sorakan Maria.
“ooooo….wooooo!!! Pasha….wah
hensemnyaaaa…mak!!!”
“Maria!!! Kamu ni dah kenapa,
melalak malam-malam buta. Kamu melalak macam tu sekali pun, si Pasha tu takkan
dengarnya. Eeee…kamu ni.” bebel Mak Munah
“Eeeee Mak ni, teruja tau mak, pakwe
Maria keluar TV ni. Live di Malaysia
gitu! Mak tak teruja ke?” tanya Maria walaupun dia sudah tahu jawapan yang akan
diberikan oleh emaknya.
“Huh! Tak ada masa aku nak teruja
dengan angan-angan mek jenin kau tu. Pakwe konon, porahhh cettt!” kata Mak Munah sambil membuat gaya seperti Imuda
dalam sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’.
“Amboi mak. Sampai hati poraahhhkan Maria. Tak apa mak, nanti
mak jangan terkejut kalau Pasha betul-betul jadi menantu mak nanti.”
“Dahlah Maria. Jangan nak berangan
lebih-lebih sangat. Dah berapa kali mak dengar kamu ulang ayat tu. Jadinya tak
jugak! Kamu tu….” belum sempat Mak Munah menghabiskan ayatnya, Maria sudah pun
memotong.
“Senyap mak, tu Pasha nak cakap tu.
Hensemnya dia mak…..” Mak Munah hanya mampu menggelengkan kepala.
“Eeeee...kamu ni Maria…”
Maria dengan penuh kusyuk menonton
artis pujaannya tu di TV. Manakala Mak Munah didepan TV jugak tapi dia melipat
kain baju. Sengaja dia melipat baju didepan TV dekat dengan Maria. Saja dia nak
tengok si Maria tu tolong atau tidak. Memang dia dah agak dah. Maria, kalau
mengadap benda yang dia minat, tak payah nak tengok, kalau suruh sekalipun
memang takkan dilayannya. Itulah Maria…
“Okeylah, tadi kita dah bagi hadiah
dekat Ungu sekarang Ungu nak bagi hadiah kat kita, dengan satu lagu yang cukup
popular, ‘Percaya Padaku’. Terimalah…” kata pengacara MELETOP, Neelofa.
“Waaa ‘Percaya Padaku’…bestnyaaa…..”
sorak Maria sambil dirinya mengikut rentak muzik lagu itu.
“Aku tak tahu apa yang ku rasakan…
Dalam hatiku saat pertama kali, lihat dirimu melihatmu…” Maria ikut
menyanyi bersama-sama Pasha. Tapi kedengaran suara Mak Munah memerli.
“Tak payah nyanyilah Maria oiii… Kan
hujan kan nanti. Kot suara tu sedap tak apa lah jugak.” perli Mak Munah, Maria
hanya menjeling.
“Berikan cintamu, juga sayangmu…
Percaya Padaku Ku kan menjagamu hingga akhir waktu menjemputku…Ku berikan
cintaku juga sayangku, Percaya Padaku Ku kan menjagamu hingga akhir waktu
menjemputku…” Maria tetap meneruskan nyanyiannya tanpa menghiraukan
kata-kata dari maknya itu sehinggalah lagu itu habis dinyanyikan. Feel lebih bukan main, macam Pasha
tujukan lagu tu untuk dia je. Perasannn… Maria…Maria…Maria…
“Sedapnya suara Maria…kan Mak?”
tanya Maria sengaja mengusik maknya.
“Huh! Sedaplah sangat…” Mak Munah
menjuihkan bibirnya. Maria menyambung menonton kerana rancangan itu belum habis
sebab sebentar nanti artis pujaannya itu akan nyanyikan secara medley lagu-lagu top mereka. Sedang
khusyuk menonton, tiba-tiba Maria bersuara.
“Ala makkk…kenapa Pasha pegang
tangan Neelofa lebih-lebih tu makkk!!! Sakitnya hati Maria.” luah Maria tidak
puas hati. Mak Munah sudah ketawa terbahak-bahak.
“Hahhahahahah!!! Maria, maria…
nasiblah kau Maria, ada pakwe, pakwe dah syok kat orang lain…hahhhaha.” ketawa
Mak Munah lagi.
“Tak apa mak, Pasha saja je tu. Nak
ambik hati peminat. Maria okey je mak, Maria faham.” kata Maria nak sedapkan
hati sendiri. Macam betul-betul je yang Pasha tu pakwe dia.
“Yooyoo ooo je kamu ni Maria.
Dah-dahlah berangan tu anak oiii…nanti frust
menonggeng nanti. Siapa yang susah, mak jugak yang susah nanti.”
“Tak ada siapa-siapa susahnya mak… kami
kan sehati sejiwa. Saling faham memahami antara satu sama lain. Mak jangan risau
mak.” jawab Maria yakin.
“Malas mak nak layan kamu aih! Mak
masuk tidur lagi bagus. Nanti lampu jangan lupa tutup. TV tu, jangan lupa pula
kamu cabut plug tu nanti.” pesan Mak
Munah.
“Baik bosss!!!” jawab Maria sambil
menonton baki rancangan itu yang akan tamat tak lama je lagi.
Tamat je siaran MELETOP di tv, Maria
pun terus menutup televisyen dan masuk ke bilik tidurnya. Macam biasalah Maria,
bukannya nak tidur awal, masuk bilik beranganlah dulu kerjanya.
“Pasha! Hensemnya kau… kalaulah
dapat jumpa depan-depan kan best.”
kata Maria sendirian sambil memegang salah satu gambar Pasha yang ada dalam
koleksinya.
“Tak apa, nanti satu masa, takdir
pasti akan menemukan kita juga…Maria akan setia menunggu Pasha…oh kekasih
gelapku…” Maria seakan memujuk dirinya sendiri sambil dirinya menyanyikan lagu
‘kekasih gelapku’. Sudah puas menyanyi, dia membuka laptop untuk menonton filem
yang dilakonkan oleh kumpulan Ungu iaitu ‘PURPLE LOVE’.
Entah
berapa kali diulangnya cerita itu pun tak tahulah. Asal ada je Pasha, istilah
jemu tu memang takkan ada dalam dirinya. Buka je laptop, Maria sudah hanyut
dalam dunianya sendiri. Tersengih sorang-sorang memang sudah menjadi
kewajipannya malah ia dah jadi perkara penting yang perlu ada dalam rutin
hariannya.
PAGI
tu Maria bangun awal dari kebiasaannya. Mak Munah tak perlu menyusahkan diri menghabiskan suaranya untuk mengejutkan Maria.
Mak Munah menjadi sedikit hairan dengan keajaiban yang ditunjukkan anaknya itu.
“Aii Maria, awal kau bangun hari
ni.”
“Biasalah mak, nantikan Pasha tak
suka pulak. Jadi kenalah ubah perangai... mak jugak cakap macam tu kan?”
“Alhamdulillah…sedar jugak kau
akhirnya ya. Tapi aku nak tengok jugaklah lama manalah agaknya kau ni berubah
ya. ” perli Mak Munah pula
“Alaaa mak ni… orang dah berubah bukannya
nak bagi orang semangat, perli lagi ada lah. Mak niiii….”
“Tak ada lah… kalau kekal
Alhamdulillah. Mak lagi suka, cepatlah mak dapat menantu kalau macam ni.” kata
Mak Munah seakan memujuk.
“Ha, macam tu lah mak… ni tak asyik
nak sindir Maria je. Hah! Mak tak ada nak berdating dengan Makcik Timah pulak ke hari ni?”
“Kamu ingat Makcik Timah tu kekasih
mak nak berdating dating.”
“Hahahha, tak ada lah macam tu mak...
maksud Maria, mak tak nak jumpa Makcik Timah ke hari ni.”
“Dah kenapa tiap-tiap hari aku nak pergi
jumpa dia. Kau ni Maria…”
“Manalah tahu… mak kan memang suka
jumpa Makcik Timah. Kot kotlah hari ni nak pergi pulak.”
“Ingat aku tak ada kerja kat rumah
ni nak dibuat, sampai tiap-tiap hari aku nak kena jumpa Makcik Timah kamu.
Kalau ada hal aku pergilah Maria oiii. Kalau tak, tak ada maknanya aku nak
pergi sana. Ni kamu tanya banyak-banyak ni, muka kamu tu dah basuh belum?”
“Eee tolong sikit mak ya. Bukan
setakat basuh muka, mandi pun orang dah siap tau mak.” kata Maria sedikit
berlagak.
“Eh biar betul kamu ni? Biasa, bukan
main susah kamu nak mandi pagi. Selagi tak masuk waktu zohor, jangan harap kamu
nak mandi. Kena elok, malam pulak baru kamu mandi. Kamu ni mengigau ke?.” tanya
Mak Munah, sedikit pelik dengan perubahan Maria hari ni.
“Mengigau apanya mak… kan orang dah
kata, orang kenalah berubah baru ‘orang’ tu suka kat Maria.”
“Orang mana? Pasha??? ”
“Alaaa mak ni, buat-buat tanya
pulak. Siapa lagi lelaki dihati Maria kalau bukan dia.”
“Emmm… nasib kamulah Munah oiii
dapat anak angau macam ni. Moga jadi kenyataanlah kamu nak bermenantukan si
Pasha tu ya.” luah Mak Munah seakan menangisi nasib sendiri kerana penyakit
angau tak sudah anaknya si Maria itu.
“Aminnn…mak doakan ya supaya Maria
cepat-cepat kahwin dengan Pasha tu ya mak.”
“Adoiii pengsan jugak aku ni Maria
oiii melayan kamu. Aku perli kau pun kau tak faham lagi. Boleh pulak dia
aminkan yang aku cakap. Maria, Maria..Maria.”
“Alaaa tak kisahlah mak, mak nak
perli ke apa. Tapi yang Maria tahu, kata-kata yang keluar dari mulut ibu tu
satu doa. Mulut seorang ibu ni orang kata biasanya masin. Bila masin biasanya
akan jadi kenyataan. Bila jadi kenyataan, Marialah orang yang paling gembira
mak. Tak gitu mak?”
“Ikut suka kamulah Maria. Layan kamu
sampai esok pun tak habis. Ni hari ni giliran kamu masak tengahari ya. Mak cuti
hari ni.”
“Amboi mak, masak pun ada cuti jugak
ke?”
“Yelah… dah asyik aku je yang masak,
kamu makan je. Sekali sekala aku nak merasalah jugak makan masakan kamu. Jangan
malas sangat, kamu tu perempuan, kena rajin masak. Kalau tak, suami kamu nak
makan apa nanti? Takkan nak makan luar je. Kata nak berubah, jadi yang ni pun
kena berubahlah jugak.” bebel Mak Munah panjang.
“Amboi, panjangnya dialog mak. Maria
tanya pendek je kot.”
“Dah tu, nak mak tambah lagi?”
“Ermmm…tak apa-tak apa mak. Yang
tadi pun rasa tak berapa larat nak dengar dah rasanya mak. Kalau mak tambah
lagi, mahu hilang cuping telinga Maria nanti. Tak apa mak ya... Mak cuti mak ya
hari ni. Maria masak ya mak.” kata Maria seakan mengajuk.
“Hah! tahu pun. Lain kali jangan
banyak sangat soalnya. Bila orang suruh tu buat je. Jangan nak banyak tanya.”
“Baik Mak Munah!” jawab Maria tegas
sambil membuat gaya tabik hormat. Mak Munah hanya mampu tersenyum.
Kalau nak tahu, Maria ni pakar jugak
dalam masak memasak ni. Setiap kali masak tu, rasanya sedap jugaklah, sebab Mak
Munah pun pernah puji masakannya. Cuma malas sikit je, tak banyak pun malas tu.
Maria memang suka memasak kalau nak dibandingkan dengan kerja rumah yang lain.
Kalau disuruh buat kerja lain, dia lebih rela memasak lagi dari terpaksa memegang
batang penyapu, basuh baju dan sidai baju tu. Tapi kalau basuh pinggan dia
suka. Kira dua bendalah yang dia suka buat, basuh pinggan dengan memasak. Kira
okeylah tu kan.
MENU
tengahari yang paling meletop hari ni, disediakan oleh Chef Maria iaitu masak
gulai lemak pucuk ubi, ikan keli goreng dan last
sekali tentulah budu kan. Minuman hari ni pun special jugak, iaitu air sirap. Apa??? Air sirap tak special? Eh special tu, air penting yang kena ada kalau majlis kahwin tu. Kalau
tak ada air sirap, tak lengkaplah nasi minyak yang dimakan tu tau! Hah, jangan
main-main.
“Mak, jomlah makan. Maria dah siap
masak ni.” panggil Maria.
“Ya…ya kejap.”
Maria mencedok nasi ke dalam
pinggan. Lauk sudah pun disusun elok atas meja, air juga sudah dituangnya.
Memang hebatlah Maria, ciri-ciri keisterian
tu memang terserlah padanya hari ni . Tu baru sekali masak, kalau banyak kali
macam-macam ciri lagi teserlah rasanya.
“Haa.., macam ni lah kalau nak jadi
isteri ‘orang’ tu.., baru ‘orang’ tu sayang.” puji Mak Munah. Sengaja tidak di mentionkan nama Pasha itu. Bukan apa takut
anaknya terover pulak nanti.
Maria tersengih bila dipuji ibunya.
“Makanlah mak. Maria dah siapkan semuanya,
cuma air basuh tangan je Maria tak sediakan. Mak basuh kat sinki jelah ya.”
ruruh Maria sopan.
“Selama ni ada ke sediakan air basuh
tangan. Memang basuh kat sinki je pun kan?” bidas Mak Munah pula.
“A’ah kan mak. Tak apa lah, mak
basuh tangan dulu ya. Lepas tu kita makan sama-sama.” Mak Munah ke sinki untuk
membasuh tangan. Maria sudah bersedia di meja makan.
“Ermmm sedap pun. Bukan tak pandai
masak, cuma malas je.” puji Mak Munah bila nasi yang disuap sampai kemulutnya.
“Yeke mak? Terima kasih.... baru
kali ni Maria dengar mak puji Maria seikhlas ni, terharunya…..”
“Yelah tu terharu. Kamu ni, puji ke
tak puji ke sama je reaksinya. Muka tu memang tak ada perasaan langsung. Dah la
tu, tak payah nak terharu sangatlah. Mari makan ni, nanti sejuk tak sedap
pulak.”
“Yelah…” jawab Maria mendatar.
No comments:
Post a Comment