Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (1)

BAB 1

“Maria oiiii… apa nak jadi dengan kau ni. Matahari dah tegak berdiri, tak bangun-bangun lagi. Apa nak jadi dengan kamu ni.” bebel Mak Munah
“Maria oiii… bangunnnnnn…” suara Mak Munah sedikit meninggi.
“Ya..ya  mak, orang bangunlah ni.” jawab Maria mamai, sambil ditariknya semula kain selimut menutupi kepalanya.
“Mariaaaa!!!” kali ni suara Mak Munah seakan petir. Spontan Maria terus tegak bangun dari tidur.
“Sakitlah telinga orang mak…” kata Maria sambil menggenyehkan mata.
“Dah tu, kalau aku panggil kau lembut-lembut kau tak nak bangun. Nak kena suara petir ni jugak keluar baru kau nak bangun. Ni mesti malam tadi tengok konsert UNGU lagilah tu sampai nak bangun pun susah. Mak tak tahulah, apa yang kau minat sangat kat kumpulan UNGU tu. Naik hairanlah mak dibuatnya. Boleh terbakar laptop tu nanti.”
“Mak, Pasha menantu mak tu hensem tu mak. Mak tak perasan ke?”seloroh Maria
“Banyaklah kau punya menantu. Ni kalau macam ni perangai kau, tahun bilalah aku nak dapat menantu. Entah-entah kalau aku mati nanti pun, tak tahulah aku ada menantu ke tidak.”
“Ishhh! Apa mak ni, apa cakap pasal mati ni. Orang baru nak celik mata dah cakap pasal mati. Tak syoklah macam ni mak.”
“Dah betul apa mak cakapkan?”
“Alaaa mak… mak jangan bimbanglah, Pasha akan jadi menantu mak jugak nanti. Confirm mak sayang menantu mak lebih dari Maria nanti. Maklumlah artis…hehehe” gurau Maria.
“Beranganlah kau Maria sampai ke tua, Pasha tu entah selera entah tidak bila tengok kamu tu.”
“Amboi mak, kasarnya bahasa. Anak mak ni kot. Apa, tak cukup cantik ke anak mak ni.”
“Cantik, kalau perangai tak cantik. Bangun lewat macam ni tak guna jugak anak oiii…”
“Dah…dah, pergi mandi. Dah nak pengsan rasanya mak ni, bila kamu bukak mulut tu…kuat yang amat baunya.”sindir Mak Munah
“Yelah…yelah, orang mandi…” Maria hanya menurut.
Di bilik air, Maria seakan mencari sesuatu.
“Mak mana berus gigi Maria mak?”
“Berus gigi yang mana satu?” tanya Mak Munah pula.
“Berus gigi mana lagi, berus gigi Maria yang warna ungu tu lah mak.”
“Owhhh yang ungu tu? Mak guna beruskan gigi Momo tadi.”
“Apa??? Mak guna berus gigi Maria gosok gigi Momo tu. Mak ni agak-agaklah... Momo tu kucing kot.”
“Alaaa, kamu ambik jelah berus gigi lain kat atas almari tu. Banyak lagi stok berus gigi tu. Dah berus gigi tu tak macam berus gigi dah mak tengok. Mak gunalah gosok gigi Momo tu.”
“Mak ni, saja tau! Dah tahu orang sayang berus gigi tu, pergi gosok gigi momo dengan berus gigi orang tu buat apa? Sajalah tu dengki dengan orang.”
“Aihhh! tak ada masa aku nak dengki dengan kamu sebab berus gigi buruk kamu tu aih. Berus gigi aku cantik lagilah.” jawab Mak Munah selamba.
“Eleh Mak dengki, memang mak dengki kat Maria. Maria dah lama  tengok mak duk usha usha berus gigi Maria tu kan…kan..kan… ”
“Ikut suka kamulah Maria oi, yang penting berus gigi kamu tu dah jadi milik Momo. Nak tak nak, kamu kena guna berus gigi lain jugak. Dah pergi mandi cepat!” arah Mak Munah. Maria terpaksa mengalah. Memang dah tak ada harapanlah Maria nak dapat berus gigi kesayangannya tu balik.
Sebenarnya Mak Munah buang berus gigi kesayangan Maria tu, tak ada masa dia nak pergi gosok gigi Momo aih, gigi sendiri pun tak tergosok, ni kan nak gosok gigi kucing, memang tak lah. Mak Munah buat macam tu bukan apa, dah teruk benor berus gigi tu dia tengok. Sayang sangat Maria dengan berus gigi ungu dia tu, limited edition katanya. Dia sendiri pun tak faham dengan perangai anaknya tu. Maria…Maria…Maria…


SELESAI solat zohor, Maria dan Mak Munah ke dapur untuk makan tengahari. Duduk dua orang dirumah, lauknya memang simple jelah. Ikan sardin, telur dadar, ulam jantung pisang dan budu itu memang wajib ada. Mak Munah pada mulanya memang tak makan budu sebab Mak Munah anak jati Pahang, tapi disebabkan arwah suaminya itu orang Terengganu jadi budu memang wajib ada dalam setiap hidangan mereka setiap kali makan nasi. Lama kelamaan Mak Munah jadi minat dengan budu dan ianya menurun pada Maria. Maria tiap kali makan nasi kalau tak ada budu memang tak sah, memang kena jugak ada budu, sebab budu tu lah pembuka seleranya. Selera orang kampunglah katakan.
            “Maria, nanti kamu hantar mak ke rumah Mak Cik Timah ya.”
            “Buat apa mak?” tanya Maria.
            “Ishhh kamu ni, adalah kerja mak. Tak payah nak banyak tanya sangat.”
            “Mak ni, orang baru tanya sekali. Dah kata orang banyak tanya. Tak betul tu mak…hehhe” gurau Maria
            “Eh kamu ni loyar buruk pulak. Dah makan, jangan banyak cakap.”
            “Tengok mak, salah lagi tu mak. Siapa yang ajak Maria cakap tadi. Jadi orang tu lah yang banyak cakap mak.” jawab Maria sambil tersengih.
            “Eeee…budak ni, aku ketuk jugak dengan senduk ni kan…”
            “Dah mak, makan mak. Tak baik ketuk orang sambil makan mak. Tak kenyang nanti. Hehehe.” Maria masih lagi dengan loyar buruknya.
            “Kamu ni kan…eeee nasib akulah…, ada anak perempuan sorang asyik nak meloyar buruk je kerjanya. Mak tak tahulah Pasha kamu nanti tu larat ke tidak melayan perangai kamu.” kata Mak Munah terlepas cakap. Maria apa lagi seronoklah jadinya bila nama Pasha dibangkitkan.
            “Wah mak! Akhirnya mak terima jugak Pasha sebagai menantu mak. Tak sangka Maria mak, terima kasih mak.” kata Maria dalam nada teruja walaupun dia sedar nada Mak Munah seakan memerli. Tak kisahlah perli ke tak, asal nama pasal yang disebut, perli memerli itu sudah belakang kira. Itulah Maria…
            “Mak nak tengok je nanti, Pasha ke siapa yang jadi menantu mak. Confident bukan main lagi kamu ya! Kamu tahu tak yang Pasha tu dah ada isteri?”
            “Wah, mak pun tahu tentang Pasha, hebatlah mak! Tak apa mak, lelaki kan boleh kahwin sampai empat, jadi masih banyak lagi kosongnya tu mak. Masih boleh untuk isi Maria sorang mak.” kata Maria yakin.
            “Yelah tu. Kalau betul-betul bermadu baru kamu tahu. Cakap tu ikut sedap mulut je.” Maria hanya tersengih.
            “Dah makan cepat, nanti lambat pulak mak nak kerumah Makcik Timah kamu tu.”
            “Yelah…yelah, mak jangan cakap lagi ya mak, orang nak fokus makan ni. Lebih fokus lebih cepatlah siapnya mak.” Mak Munah hanya mampu menggelengkan kepalanya.
            Selesai makan, Maria membasuh pinggan disinki. Mak Munah sudah menunggunya diluar rumah.
            “Amboi mak, macam tak sabar je nak jumpa Makcik Timah. Ada apa-apa plan baik ke?” tanya Maria.
            “Tak ada maknanya plan baik. Dah pergi ambik kunci motor tu cepat.”
            “Yelah…yelah.”
            Maria keluar dengan membawa kunci motosikal bersamanya. Dia menghampiri motosikal peninggalan arwah ayahnya itu, lalu dihidupkan enjin motosikal itu.
            “Mak hati-hati sikit naik tu mak.” pesan Maria
            “Ya mak tahu, kamu tu kurus mak ni besar.”
            “Ishhh kesitu pulak mak ni. Tapi memang berat jugak mak ni ya.” gurau Maria
            “Dah, kamu tak payah nak perli-perli mak. Bawak motor tu fokus sikit nanti, jangan nak mengelamun je, masuk longkang nanti.” Mak Munah berpesan.
            “Wah mak, dah pandai fokus-fokus. Mesti mak tiru ayat Maria tadi kan mak.”
            “Eeeee kamu ni…. Asyik nak mengenakan aku je ya? Kamu ingat kamu sorang tahu sebut fokus, mak pun tahu jugak tau!”
            “Bagus tu mak, satu perubahan yang baik.”
            “Dah, dah kamu jangan nak merepek. Kalau kamu merepek macam ni sampai bila pun motosikal ni tak gerak. Dah jom…”
            “Okey mak. Jommmm!” Vrooommmm….
Akhirnya sampai jugak Mak Munah dan Maria di rumah Makcik Timah. Walaupun sepanjang jalan Mak Munah tak berhenti-henti bebelkan Maria. Mahu Mak Munah tak membebel, bawak motor mengalahkan jantan. Bisinglah orang tua tu.
“Kamu ni kan Maria, kalau mak ada sakit jantung dah lama mak pengsan atas motosikal tu.” marah Mak Munah.
“Ai mak, tak habis atas motosikal, kat sini pun mak nak sambung membebel lagi ke? Malu kat orang mak. Tu Makcik Timah dah keluar tu.”
“Apa yang kamu bising-bising tu Munah oiii.” tanya Makcik Timah bila sampai ke dalam di dengarnya suara Mak Munah.
“Ni ha, Maria ni… bawak motor macam pelesit. Nak gugur jantung aku dibuatnya.” adu Mak Munah pada Makcik Timah.
            “Ishhh kamu ni Maria, kesian kat mak kamu tu. Tak baik buat macam tu.” Maria hanya tersengih.
            “Dila ada tak Makcik Timah” tanya Maria
            “Ada, cuba kamu tengok kat belakang rumah. Tadi ada dia kat buaian tu.”
            “Okey.”
            Maria mencari Dila di belakang rumah. Sah memang Dila ada disitu. Senyap-senyap dia menyergah Dila, sampai terkejut kawan tu.
            “Oiii mak cik!”
            “Oiiii…oiiii…hoiiii!” latah Dila. Maria ketawa terbahak-bahak.
            “Maria, kau ni aku hempuk jugak dengan buku ni kan baru kau tahu.” marah Dila
            “Novel apa yang kau baca tu?” tanya Maria
            “Novel lama, Bicara Hati-Damya Hanna. Kau ni dari mana ni?”
            “Aku dari rumah akulah ke rumah kau. Hantar mak aku dia nak berdating dengan mak kau.” Dila mengangguk faham
            “Eh, kau tak ada mintak kerja ke?” tanya Dila pada Maria bila Maria sudah mengambil tempat dihadapannya.
            “Ada, tapi tak ada rezeki lagilah. Biar dululah, lagipun aku baru habis belajar. Aku nak lapangkan otak aku dulu. Nak hadap Pasha aku tu puas-puas. Nanti kalau dah kerja, waktu aku dengan Pasha aku tu dah terhad.”
            “Yo,yo ooo lah kau ni. Tak habis-habis dengan Pasha kau. Macamlah Pasha tu ada depan mata kau. Dia tu suami orang kot.”
            “Kau ni macam mak aku jugaklah. Ada je dengki dengan aku. aku tak kisahlah semua tu. Yang pasti Pasha tetap dihati.”
            “Eee…kau ni Maria dah parah ni. Aku rasa kalau betul Pasha jadi suami kau, aku rasa tak keluar rumah kau ni. Satu apa pun tak jadi ni kalau macam ni gayanya ni. Padan duduk mengadap si Pasha tu je nanti 24 jam.” ceramah Dila
            “Well, you know me kan? Hah kau jangan tak tahu malam ni Pasha keluar kat ‘MELETOP’ you. Jangan lupa tengok tau!” bagitahu Maria pada Dila. Macamlah si Dila tu peminat setia Pasha.
            “Huh! Tak kuasa aku nak layan Pasha kau tu. Aku layan cerita lain lagi best.”
            “Tu jawapan orang cemburu…hahhaha” Maria gelak
            “Eeee…tolonglah. Tak kuasa aku nak cemburu dengan benda-benda fantasi kau ni.”
            “Kau jangan terkejut, kalau betul-betul jadi realiti nanti.” kata Maria yakin
            “Aku takut kau je terkejut nanti.” perli Dila pula. Sedang rancak mereka berbual kedengaran suara Mak Munah memanggil Maria.
            “Maria ooo Maria…”
            “Ya mak, Maria kat belakang ni. Ada apa mak?”
            “Jomlah kita balik.”
            “Kejap mak, Maria tak habis lagi sembang dengan Dila ni.” jawab Maria
            “Dah, dah. Kamu ingat mak tak tahu kamu sembang pasal apa. Pasal Pasha kamulah tu kan? Dah jom kita balik, mak ada hal nak buat kat rumah ni.” Dila tersenyum bila mendengar bebelan Mak Munah tadi. Mak Munah mesti kenal sangat dengan perangai anaknya tu.
            “Eee…Mak aku ni. Nak datang tak sempat-sempat. Nak balik pun sama jugak.”rungut Maria, rasa berat untuk dia melangkah.
            “Maria kamu buat apa lagi tu…”
            “Ya mak, orang datanglah ni…reti sabar sikit tak mak? Mak ni…”
            Maria terus menghidupkan enjin motor. Mak Munah macam biasa, berhati-hati menaiki motosikali tu, takut terjatuh. Mak Munah dan Maria meminta diri untuk pulang.
            “Aku balik dulu ya Timah.”
            “Dila, aku balik dulu.”
            “Yelah…hati-hati” jawab Makcik Timah dan Dila serentak.

Maria dan Mak Munah hilang dari pandangan. 

No comments:

Post a Comment