“Eh Arissa, awak buat apa dekat
kedai ni, cari barang lagi ke?” tegur Fazrul bila dia terserempak dengan Arissa
di kedai yang sama. Belum sempat Arissa menjawab Mila datang bertanya.
“Kak Rissa, barang ni nak letak kat
mana?” Arissa terkejut.
“Alahai, habislah aku kali ni.” kata
Arissa dalam hati. Arissa tidak menjawab pertanyaan dari Mila.
“Arissa, ni kedai awak ke?” tanya
Fazrul minta kepastian bila mendengar pertanyaan Mila itu seperti pertanyaan
pekerja pada majikannya. Arissa serba salah untuk menjawab.
“A’ah ni kedai saya.” jawab Arissa
lambat-lambat.
“Laa kenapa awak tak bagitahu saya
hari tu. Kalau saya tahu ni kedai awak, saya datang je jumpa awak kat sini.”
“Mila letak barang tu kat sana ya.”
beritahu Arissa bila melihat Mila masih menunggu jawapan darinya, satu lagi dia
ingin mengelak dari menjawab pertanyaan Fazrul itu sebenarnya.
Dari jauh Irfan dan Julia sedang
memerhati gelagat Fazrul. Tanpa membuang masa Irfan dan Julia terus menuju ke
kedai Arissa.
“Hai sayang… banyak ke kerja hari
ni.” tanya Irfan dalam nada sengaja dimanjakan bagi menyakitkan hati Fazrul.
Arissa pula terkejut dengan tindakan Irfan yang memanggilnya sayang itu.
“Ni bala apa pulak yang nak datang
dekat aku ni.” omel Arissa dalam hati.
“Siapa ni Arissa?” tanya Fazrul bila
melihat Irfan tiba-tiba muncul disitu.
“Untuk pengetahuan Encik Fazrul,
saya ni tunang Cik Arissa. Tak lama lagi kami akan berkahwin. Encik Fazrul ada
apa-apa masalah ke?” jawab Irfan tenang. Arissa tak payah cakaplah memang
terkejut gila dibuatnya. Julia disitu hanya tersengih memerhatikan gelagat
mereka.
“Saya tak pernah tahu pun yang awak
dah bertunang Arissa.” Fazrul masih tak puas hati.
“Memanglah kau tak tahu Fazrul,
sebab kau tak pernah tanya pun Arissa sebelum ni.” sampuk Julia.
“Betul ke ni Arissa?” Fazrul masih
ingin mendapatkan kepastian dari Arissa. Julia sudah memberikan isyarat
menyuruh Arissa mengiakannya.
“Arissa betul ke awak dah bertunang
dan nak kahwin tak lama lagi.” tanya Fazrul sekali lagi.
“Ya Fazrul, saya dah bertunang dan
tak lama lagi memang saya akan berkahwin. Dia ni lah tunang saya.” bohong
Arissa sambil memperkenalkan Irfan sebagai tunangnya kepada Fazrul. Irfan sudah
tersenyum menang, begitu juga dengan Julia.
“Sampai hati awak tak bagitahu saya
ya.” kata Fazrul sedih. Arissa jadi serba salah.
“Sayang jom lunch.” ajak Irfan bila melihat Arissa seperti orang yang serba
salah disitu.
“Tak apa lah Arissa saya pergi
dulu.” Fazrul meminta diri.
“Yelah. Saya mintak maaf Fazrul.”
ucap Arissa. Fazrul pergi tanpa mempedulikan ucapan maaf darinya. Arissa
semakin serba salah jadinya.
Arissa menarik tangan Julia untuk di
ajaknya kebelakang. Irfan ditinggalkan sendirian di depan.
“Julia apa semua ni.” tanya Arissa
“Apa?”
“Yelah, tiba-tiba kau dengan Encik
Irfan muncul lepas tu cakap aku ni tunang dia pulak. Apa semua tu?”
“Aku dengan Abang Irfan cuma nak
tolong kau lari dari Fazrul je. Kau suka ke kalau Fazrul terus-terusan kacau
kau.”
“Tak.”
“Habis tu?”
“Yelah, kesian pulak aku tengok si
Fazrul tu tadi.”
“Alahhh kau tak payah kesiankan
sangatlah si Fazrul tu. Macamlah kau tak kenal si Fazrul tu. Yang kau patut
kesiankan sekarang ni diri kau tu, bukannya Fazrul.”
“Tapi kenapa kau libatkan Encik
Irfan sekali.”
“Aku rasa tu je cara terbaik untuk
halang si Fazrul tu dari terus ganggu kau. Dah tak ada cara lain dah.”
“Tapi aku tak nak susahkan dia.”
kata Arissa rasa bersalah
“Alahhh tak susahnya, Abang Irfan
aku tu lagi suka. Kau tak payah risaulah pasal tu.”
Memang
Arissa tidak suka sebenarnya dengan Fazrul kerana sikapnya yang terlalu obses
sampaikan dirinya sendiri pun jadi takut. Masih diingat lagi masa zaman
universiti dulu, belum lagi ada apa-apa hubungan istimewa tetapi dia sanggup
lakukan apa saja demi Arissa. Sampai satu masa Arissa demam dia sanggup masuk
ke blok asrama perempuan untuk tengok keadaan Arissa. Semua penghuni asrama
terkejut dengan kehadirannya disitu. Sejak dari itu, Arissa malu dan jadi takut
dengan perangainya yang terlampau berani itu. Ambil berat tu tak salah, tapi
bila terlampau menunjuk dan tidak kena caranya boleh membuatkan orang jadi
meluat. Arissa jadi serik untuk bertemu Fazrul selepas peristiwa itu.
“Encik Irfan, saya nak ucapkan
terima kasih sebab tolong saya tadi.” ucap Arissa.
“Tak apa, tak jadi masalahlah, hal
kecik je tu. Lagipun saya lakukan semua ni untuk orang yang saya sayang.” kata
Irfan lepas. Arissa tidak faham apa yang dimaksudkan Irfan.
“Apa maksud Encik Irfan?”
“Tak ada apa-apalah. Tapi kan Rissa,
kalau betul-betul apa yang saya cakapkan tadi tu okey jugak kan?” tanya Irfan.
Arissa lagi tidak faham
“Saya tak fahamlah Encik Irfan.
Boleh cakap betul-betul sikit tak?” pinta Arissa.
“Tak apa lah, lupakan jelah.” Irfan
masih lagi tidak mahu berterus terang.
“Abang Irfan niiiiiii…dari tadi
asyik tak apa lah, tak apa lah, cakap jelah. ” celah Julia seakan tidak puas
hati dengan tindakan abang sepupunya itu yang masih lagi mahu berahsia.
“Juliaaaa…” Irfan memanggil nama
Julia seakan memberi amaran supaya tidak menceritakan apa-apa. Julia akur
dengan keputusan abang sepupunya itu. Arissa disitu lagi bertambah bingung bila
melihat gelagat rakan dan bekas majikannya itu. Arissa merasakan yang Julia ada
sorokkan sesuatu darinya.
“Tak apalah Arissa kami mintak diri
dululah ya. Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi.” kata Irfan.
“A’ah. Aku mintak diri dulu. Nanti
aku jumpa kau lagi ya.”
“Yelah. Nanti kita jumpa lagi. Aku
memang nak jumpa kau lagi pun.” kata Arissa kerana memang dia perlu jumpa Julia
bagi menjelaskan segalanya.
Dalam
kereta Julia memarahi Irfan.
“Abang Irfan ni kenapa nak sorok
lagi. Nak jadi macam dulu lagi ke?” marah Julia.
“Nantilah Julia, tiba masanya nanti
Abang Irfan bagitahulah.”
“Abang Irfan ni tak serupa apa yang
abang cakaplah. Kata nak bertindak cepat, tapi tak pun. Peluang dah ada
sepatutnya abang gunalah peluang tu dengan baik. Abang nak ke Arissa tu
betul-betul jatuh ke tangan orang lain.”
“Tak nak. Tapi abang tak rasa masa
tu sesuai lagi.”
“Habis tu bila masa yang sesuainya.”
“Julia ni… sabarlah. Abang tahulah
apa yang abang buat.”
“Tak tahulah abang. Julia pun tak
tahu nak cakap apa. Tapi yang pastinya, abang jangan menyesal dah lah nanti.”
kata Julia seakan memberi amaran kepada Irfan. Irfan hanya diam.
HARI
ini Arissa pulang lebih awal dari biasa. Balik dari kerja, belum sempat sampai
rumah Arissa terus menelefon Julia. Arissa sudah tidak sabar lagi untuk
mengetahui perkara yang sebenar dari Julia. Malam ini juga dia harus berjumpa
dengan Julia bagi menjawab segala persoalan yang ada dalam fikiriannya.
“Assalamualaikum Julia.”
“Waalaikumussalam Rissa. Ya Rissa
ada apa kau telefon aku ni.”
“Aku nak jumpa kau malam ni boleh?”
“Boleh. Kau nak jumpa aku kat mana?”
“Kita jumpa dekat rumah kau jelah.
Nanti lepas maghrib aku ke rumah kau.”
“Okey.”
“Kalau macam tu kita jumpa nanti.
Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam.”
Sampai dirumah Arissa terus masuk ke
biliknya. Arissa berbaring sebentar di atas katil menghilangkan rasa penat
bekerja seharian. Fikirannya teringat pada perkara yang berlaku dikedainya
siang tadi. Tapi dia tidak mahu memenatkan kepalanya memikirkan perkara itu,
kerana dia tahu Julia ada semua jawapan untuk persoalannya itu. Tugasnya kini
adalah mencari jawapan itu dari Julia.
“Ummi, Rissa keluar jumpa Julia
kejap ya.” Arissa meminta izin dari umminya.
“Nak jumpa Julia kat mana ni?” tanya
Puan Mariam.
“ Rissa pergi rumah Julia je. Tak
keluar ke mana pun ummi.”
“Okey, tapi jangan balik lewat
sangat tau. Satu lagi bawak kereta tu hati-hati sikit.”
“Baiklah ummi. Terima kasih ummi.”
Arissa
keluar ke rumah Julia setelah mendapat izin dari umminya.
“Assalamualaikum…Julia
ooo…Julia, aku dah sampai ni.” Arissa memberi salam sebaik tiba dirumah Julia.
“Waalaikumussalam…kejap
aku datang.” Julia membukakan pintu untuk Arissa
“Hah
mak cik! Masuklah.”
“Terima
kasih. Eh papa kau mana?” tanya Arissa sebaik masuk ke dalam rumah Julia.
“Papa
aku macam biasalah, sejak mama aku tak ada ni dia banyak habiskan masanya
dengan kerja. Ni kerja tak beres lagi lah kot tak balik lagi ni.”
“Kesian
aku tengok papa kau, mesti dia rindu dengan arwah mama kau kan?”
“Tu
tak payah cakaplah Arissa. Dah dekat setahun mama aku pergi, tapi dia masih tak
dapat lupakan arwah lagi. Sampai aku suruh dia cari pengganti mama aku pun dia
tak nak.”
“Setia betul papa kau dengan arwah
mama kau ya.”
“Cinta pertamalah katakan Arissa. Eh
apa pulak cakap pasal papa aku ni, marilah kita kebilik aku dulu. Baru ada privacy sikit nak bercerita.”ajak Julia.
“Mak Odah, tolong buatkan air. Nanti
hantar kat bilik Julia ya.” beritahu Julia pada pembantu rumahnya.
“Baiklah Cik Julia.”
Julia
membawa Arissa ke biliknya ditingkat atas.
“Duduklah
Rissa.” Arissa mengambil tempat di sofa setelah dipelawa Julia.
“Terima
kasih.”
“Sama-sama.
Ya mak cik ada hal apa sebenarnya kau nak bincang dengan aku ni sampai tak
boleh nak tunggu esok.” tanya Julia memulakan bicara.
“Kejap
lagi aku cerita ya. Tunggu Mak Odah kau bawak masuk air dulu, nanti tak ada lah
terganggu sangat kita nak bercerita.” cadang Arissa
“Okey.”
“Cik
Julia air dah siap ni.”
“Masuk
Mak Odah.” suruh Julia
Mak
Odah masuk membawa dua gelas air untuk Julia dan Arissa.
“Terima
kasih Mak Odah.”
“Sama-sama.”
Mak Odah keluar meninggalkan Julia
dan Arissa.
“Okey apa yang penting sangat kau
nak cerita dekat aku ni?” tanya Julia tidak sabar.
“Okey macam ni, sebenarnya aku nak
tanya kau pasal kejadian yang berlaku dekat kedai aku siang tadi. Aku tahu kau
ada sorokkan sesuatu dari aku kan.”
“Aku sorokkan apa?”
“Alahhh kau tak payah nak mengelak
dari aku lagilah Julia. Aku tahu kau dengan Encik Irfan ada sembunyikan sesuatu
dari aku kan? Baik kau cakap betul-betul, kalau kau tipu aku sampai bila-bila
aku takkan maafkan kau.” Arissa mengugut, Julia merasa takut dengan ugutan itu.
“Kau ni janganlah macam tu. Tak baik
tau buat aku macam tu.”
“Kalau kau tak nak aku buat macam
tu, baik kau cerita cepat!” paksa Arissa
“Macam mana aku nak mulakan ni ya.”
“Mula je dari mana, asal aku faham
sudah apa yang kau cerita.”
“Okey macam ni. Apa yang Abang Irfan
cakap siang tadi kat kedai tu memang dia maksudkannya.”
“Maksud kau?”tanya Arissa tidak
faham.
“Yelah, pasal dia cakap dia sayang
kat kau, dia nak kahwin dengan kau tu memang dia maksudkannya. Dia memang dah
lama sukakan kau.”
“Maknanya tu bukan lakonan? Tu
betul-betul?
“A’ah berlakon tapi dalam masa yang
sama bukan jugak berlakon. Faham?”
“Maksud
kau dia memang berlakon depan Fazrul tapi dalam masa yang sama memang kata-kata
dia tu ikhlas tuju kat aku, begitu? Tapi Kenapa dia tak pernah bagitahu pun
sebelum ni?”
“Betul
lah tu apa yang kau fikir tu. Kalau kau nak tahu tulah ego namanya. Kau jangan
tak tahu, sebab kau cakap dekat dia yang kau nak kahwin dengan Abang Taufeqlah
dia jadi dingin dengan kau dulu. Masa tu kau tak tahu dia sukakan kau.”cerita
Julia lagi.
“Owhhh patutlah... Habis tu kenapa
sekarang ni dia dah okey dengan aku pulak? padahal aku tak cerita yang
sebenarnya pun lagi.”
“Kau ni lembaplah. Kan dia pergi
masa akad nikah Abang Taufeq haritu, masa tu dia terkejut bila Taufeq nikah
dengan orang lain, bukannya kau. Dia tanya aku, jadi aku ceritalah
segala-galanya dari A sampai Z tentang hubungan Abang Taufeq dengan keluarga
kau tu.
“Owhhh sebab tu lah dia layan aku
dingin macam tu dulu. Tak sangka pulak dia suka dekat aku.” kata Arissa tenang,
sedikit gembira menerima berita dari Julia tadi.
“Eh aku nak tanya kau ni. Kau
sebenarnya suka tak dengan Abang Irfan? Kau jawab jujur dengan aku.” giliran
Julia pula memaksa Arissa.
“Aku kena jawab ke?”
“Yelah, kau kena jawablah. Kau
sebenarnya suka jugak kat Abang Irfan kan?” teka Julia.
Arissa
malu untuk menjawab.
“Jawablah Rissa, kau suka kan?”
“Rissa jawablah.” paksa Julia lagi.
Akhirnya Arissa mengangguk.
“Kau ni angguk suka ke, angguk tak
suka ni.” Julia saja tanya supaya Arissa bersuara bila mengaku.
“Rissa cepatlah…”
“Yelah…yelah. Aku sebenarnya pun
suka dekat abang sepupu kau tu.” Julia terkejut teruja dengan jawapan yang
diberikan kawannya itu.
“Betul ni Rissa?” tanya Julia lagi
minta kepastian.
“Ya… betul….!!!”
“Sejak bila?”
“Sejak dia bersikap dingin dengan
aku. Masa tu aku dah rasa lain macam sebab dia layan aku tak macam selalu. Aku
rasa macam aku ada buat salah besar pada dia. Masa tu baru aku sedar aku rindu
dengan Irfan yang dulu. Tapi aku perempuan, apa hak aku nak untuk bersuara.
Lagipun aku tak tahu sama ada dia suka aku atau tak, sebab masa tu aku tengok
dia macam benci sangat dengan aku. Time tu memang aku rasa sedih sangat
Julia.” cerita Arissa sejujur-jujurnya.
“Eloklah kau dua orang ni.
Masing-masing pendam perasaan, lepas tu dua-dua ego pulak tu. Padanlah kalau
merana dulu pun.” perli Julia. Arissa tersengih
“Aku ni perempuan Julia, takkanlah
aku nak mulakan dulu. Lagipun aku tak rasa pun yang Abang Irfan kau tu suka
dekat aku sebab asal tengok aku je, ada je yang tak kena dimata dia. Asal
sehari tak cari gaduh dengan aku tak sah.” luah Arissa.
“Nasiblah kau Rissa. Weh! Dah
alang-alang aku tahu yang kau pun suka Abang Irfan ni, apa kata kita cari satu
idea untuk kenakan Abang irfan supaya dia mengaku dia suka kat kau. Okey tak?
Nak tunggu dia bagitahu lambat sangatlah.” Julia memberi cadangan.
“Apa dia?”
“Macam ni, aku ada sorang kawan yang
kerjanya sebagai doktor. Apa kata kita guna khidmat dia untuk kenakan abang
Irfan. Nanti aku bawak kau ke klinik dia kerja esok.”
“Okey. Tapi apa yang kau nak buat
sebenarnya ni? Aku tak nampak lagi rancangan kau sepenuhnya ni.” tanya Arissa
masih keliru
“Tak apa, esok kau akan tahu
semuanya. heheh”
“Kau ni ceritalah…” pujuk Arissa
“Kau ni sabarlah…” kata Julia seakan
mengajuk cakap Arissa. Arissa diam sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa. Tapi
yang pastinya dia terpaksa sabar menunggu untuk mengetahui apa rancangan
sebenar Julia tu esok.
No comments:
Post a Comment