BAB 8
“Mak Mah, Arissa mana Arissa.” tanya
Irfan pada pembantu rumahnya apabila Arissa tidak ditemuinya.
“Arissa, Arissa dia keluar kejap
Encik Irfan, ada hal katanya.”
“Keluar!!! Siapa benarkan dia
keluar?” soal Irfan sedikit marah bila mendapat tahu Arissa keluar tanpa
pengetahuannya.
“Puan yang benarkan. Tadi sebelum
puan ke butik Arissa dah bagitahu kat puan.”
“Dia ada cakap dia keluar dengan
siapa?” tanya Irfan lagi.
“Tak cakap pulak Encik Irfan, cuma
dia cakap ada hal je tadi.” jawab Mak Mah jujur.
“Mak Mah, Mak Mah tolong ambilkan
telefon saya kat bilik.” suruh Irfan. Mak Mah terus ke bilik Irfan mengambil
telefon seperti yang di suruh oleh majikannya itu.
“Ni telefonnya Encik Irfan.” Mak Mah
menghulurkan telefon yang diambilnya kepada Irfan.
“Terima kasih Mak Mah.” ucap Irfan.
“Sama-sama. Encik Irfan ada nak
apa-apa lagi ke?” tanya Mak Mah.
“Tak ada apa-apa dah. Mak Mah boleh
sambung kerja Mak Mah.” kata Irfan sambil tangannya mencari nombor telefon
Arissa di telefonnya lalu didailnya.
Truuttt,truttt…trutttt,trutttt…truttt,trutttt…
Panggilan masuk tapi tidak ada orang yang mengangkatnya. Irfan sedikit geram.
“Eee…Arissa ni memang nak kena ni.
Aku telefon tak angkat, saja jelah ni.” marah Irfan apabila panggilan telefon
yang dibuatnya tidak berjawab. Irfan mencubanya sekali lagi, namun hasilnya
tetap sama. Irfan tidak senang duduk, lalu dia menelefon Julia.
“Hello Julia.”
“Hello Abang Irfan. Hah! mimpi apa
telefon Julia ni.”
“Tak, Abang Irfan nak tanya, Arissa
ada dengan Julia ke?”
“Arissa? Mana ada Arissa dengan
Julia. Kenapa Arissa dah hilang ke?” tanya Julia.
“Tak ada lah hilang. Dia bagitahu mak
long nak keluar. Tapi bila Abang Irfan call
tak berangkat pulak. Tu Abang Irfan call
Julia tu. Kot,kot dia ada jumpa Julia.”
“Eh tak ada pun abang Irfan. Dia
jumpa pakwe dia kot.” Julia sengaja mengusik
“Pakwe??? Arissa ada pakwe ke?”
tanya Irfan seakan kaget.
“Kenapa Abang Irfan, macam bimbang
je bunyinya.” usik Julia lagi.
“Eh tak ada lah. Biarlah dia nak ada
pakwe pun, Abang Irfan peduli apa. Ni Abang Irfan telefon ni sebab banyak lagi
kerja yang dia tak bereskan ni. Kata kerja untuk Abang Irfan, ni hilang entah
kemana. Bukan nak bagitahu kita.” bebel Irfan
“Yeke tak bimbang ni. Abang Irfan
jangan main-main, Arissa tu ramai peminat tau. Siapa yang dapat Arissa memang
untunglah orang tu…” tambah Julia lagi. Irfan merasa sedikit tergugat dengan
kenyataan yang diberikan Julia itu. Tidak senang duduk dibuatnya.
“Tak apa lah Julia. Abang ingatkan
dia ada dengan Julia. Kalau tak ada tak apa lah.”
“Alahhh, Abang Irfan jangan
risaulah. Kejap lagi baliklah tu.”
“Yelah… Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…” Julia tersengih
sendirian.
“Hah! Ada apa dia telefon kau?”
tanya Arissa sebaik sahaja perbualan antara Julia dan Irfan tamat.
“Buat-buat tanya lagi. Dia cari
kaulah, dah dia telefon kau, kau tak angkat. Tak pasal-pasal aku nak kena
bohong.”
“Tak apa bohong sunat. Dia tanya aku
kenapa?”
“Banyaklah bohong sunat. Dia cakap
banyak lagi kerja yang kau tak siapkan. Sebab tu dia cari kau. Kau tak buat
kerja ek? ” soal Julia. Arissa mengerutkan dahi.
“Tolong sikit ek. Aku dah settlekan semuanya tadi sebelum aku
keluar tau. Kerja apa lagi. Tu tak ada kerja lain nak buli aku lah tu.” kata
Arissa.
“Kau dengan Abang Irfan ada apa-apa
ek?” tanya Julia minta kepastian.
“Eee…tolong sikit ya. Aku? dengan
abang sepupu kau tu nak ada apa-apa. Mintak jauhlah. Aku lebih rela terima si
Fazrul tu dari nak ada apa-apa dengan dia lah.” kata Arissa bersungguh.
“Betul, kau sanggup terima Fazrul
tu? Kau jangan main-main Rissa, masin mulut kau, naik pelamin kau dengan si Fazrul
tu nanti.” Arissa menelan air liur apabila mendengar ayat yang keluar dari
mulut Julia sebentar tadi.
“Isshhh kau jangan, naik seramlah
aku.”
“Ha, tahu takut. Lain kali cakap tu
beringat sikit. Nak dibandingkan Fazrul dengan abang sepupu aku tu, okey lagi
abang sepupu aku tu aku rasa.”
“Yelah, lain kali aku tapis dulu
sebelum aku cakap.”
“Jadi betul lah abang sepupu aku
lebih baik dari Fazrul kan?” tanya Julia saja mengusik.
“Aku tak kata pun…” jawab Arissa
lebih kurang.
“Nak nafi lagi tu. Tak apa lah
Rissa, asal kau bahagia sudah. Ni lepas ni kita nak kemana pulak ni?” tanya
Julia.
“Dah kenyang kan? Lepas ni, teman
aku cari hadiahlah. Aku bukan pandai sangat nak pilih hadiah-hadiah ni.” bagitahu
Arissa jujur.
“Abang kau lelaki kan? Apa kata kau
belikan dia jam tangan jelah tak pun dompet.” cadang Julia.
“Kau ni betul ke tak Julia. Dah
abang,dah tentu-tentunya lelaki. Takkan perempuan pulak kot.”
“Aku saja je lah. Kau ni, tu pun nak
ambil kira. Macam mana dengan cadangan aku tadi tu?”
“Yelah tu saja. Emmm…okey jugak tu,
tapi nak kena tengok bajet aku jugak.”
“Alahhh, kau janganlah beli yang
mahal-mahal sangat. beli yang murah-murah je. Yang penting kau ikhlas dan abang
kau suka. Mesti kau tahu selera abang kau macam mana kan?”
“Yelah. Jomlah kita gerak, dari tadi
duduk bersembang dekat sini je, bila nak sampainya. Nanti lambat pergi, lambat
pulak aku balik. Lambat balik membebel pulak beruang panda tu kat rumah kan.”
beritahu Arissa
“Ishhh kau ni, tak habis-habis
dengan beruang panda. Dah jomlah kita pergi.”
“Jom…”
ARISSA
pulang ke rumah Irfan setelah selesai membeli hadiah untuk abangnya itu. Elok
je dia melangkah masuk satu suara menegurnya.
“Baru balik. Ingatkan dah tak nak
balik.” tegur Irfan dalam nada yang sedikit tegang.
“Baliklah. Kan tak balik ada orang tu
rindu nak gaduh dengan saya pulak kan?” perli Arissa
“Awak ni kalau tak menjawab tak sah
kan. Kalau tak perli saya tak boleh.”
“Kalau saya tak jawab, Encik Irfan
cakap saya bisu. Ni bila saya jawab, kata saya perli pulak. Habis tu, Encik
Irfan nak suruh saya guna bahasa isyarat pulak ke?” soal Arissa geram.
“Eee…awak ni, geram je saya tau. Ada
je jawapannya.”
“Nak hidup, kena pandai menjawab
Encik Irfan. Kalau tak, senang orang nak tindas kita.” jawab Arissa spontan,
lalu berlalu ke biliknya.
“Tu awak nak kemana pulak tu. Saya
tak habis lagi bercakap dengan awak ni.”
“Naik bilik kejap Encik Irfan. Saya
nak solat dulu. Kalau Encik Irfan nak sambung ceramah, Encik Irfan tunggu saya
siap saya solat dulu ya. Encik Irfan nak ceramah lama mana pun nanti saya
dengar. Okey ya Encik Irfan, saya naik dulu.” kata Arissa sambil menunjukkan
gaya okey pada Irfan. Irfan hanya mampu melihat.
“Eeee…boleh tahan jugak minah ni.
Makin lama makin menjadi-jadi. Tak apa… tak apa, nak dengar aku ceramah ya,
nanti kau dengar ya! Jangan lari pulak dah lah ya nanti. Kalau lari siaplah
kau.” omel Irfan dalam hati sedikit geram.
“Mak Mah, ooo Mak Mah.” panggil
Irfan
“Ya Encik Irfan. Ada apa Encik Irfan
panggil Mak Mah.”
“Nanti kalau Arissa turun, Mak Mah
suruh dia jumpa saya kat taman ya. Lepas tu suruh Arissa buatkan air milo
sekali.” kata Irfan memberi arahan.
“Baiklah Encik Irfan, nanti Mak Mah
bagitahu Arissa. Ada apa-apa lagi yang Encik Irfan perlukan ke?”
“Tak ada Mak Mah, tu saja. Jangan
lupa tu Mak Mah, bagitahu Arissa nanti.” pesan Irfan sekali lagi.
“Ya... Mak Mah bagitahu. Mak Mah ke dapur
dulu ya.”
“Yelah.”
Tidak lama kemudian Arissa turun ke
bawah mencari Mak Mah.
“Mak Mah…Mak Mah…ooo Mak Mah…”
“Ya, Mak Mah kat dapur ni Arissa.” sahut
Mak Mah. Arissa terus kedapur mencari Mak Mah.
“Mak Mah buat apa tu?” tanya Arissa
“Ni ha, Mak Mah baru siap gorengkan
karipap ni. Nanti bolehlah Arissa makan.”
“Wah, bestnya… Mak Mah buat sendiri ek?”
“Yelah, Mak Mah buat sendirilah.
Habis tu siapa lagi nak buat.”
“Mana lah tahu kot Encik Irfan yang
buat Mak Mah.” gurau Arissa sambil gelak.
“Encik Irfan nak buat. Alamatnya
tahun depan tak boleh makan lagilah jawabnya. Hah! Sebut pasal Encik Irfan ni,
tadi dia pesan pada Mak Mah suruh kamu buatkan air milo lepas tu bawakkan ke
taman. Dia tunggu kamu kat situ. Nanti jangan lupa bawak karipap ni sekali. Ni salah
satu kuih kegemaran dia ni.” bagitahu Mak Mah
“Yeke. Ermmm ingatkan dah terlepas,
tak lepas jugaklah jawabnya ni.” rungut Arissa
“Apa yang terlepas Arissa?” tanya
Mak Mah tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Arissa.
“Hah! Ooo.. tak ada apa-apa Mak Mah.
Nanti Arissa bawakkan untuk Encik Irfan ya. Dia tunggu kat taman ek Mak Mah.”
“A’ah dia tunggu kamu kat taman.
Kamu bawakanlah ya. Mak Mah nak masuk bilik dulu, nak solat Zohor. Mak Mah
belum solat lagi ni.”
“ Yelah Mak Mah.” Mak Mah melangkah masuk
kebiliknya, manakala Arissa membuat milo untuk Irfan seperti yang di pesan oleh
Mak Mah tadi.
“Aii Irfan…Irfan… mesti kau nak
ceramah aku sebab keluar tak bagitahu kau ni kan. Nasiblah Arissa kau dapat
majikan yang busy body macam ni.”
rungut Arissa dalam hati.
Selesai membuat milo, Arissa terus
membawanya ke taman bersama karipap yang di goreng Mak Mah tadi.
“Encik Irfan, ni milonya. Jemputlah
minum.” pelawa Arissa. Kakinya ingin melangkah kembali kedapur. Tetapi belum
sempat meneruskan langkah yang kedua, Irfan terlebih dahulu bersuara.
“Tu, awak nak pergi mana pulak tu?
Ada saya kata awak boleh pergi?”
“Aku dah agak dah…” kata Arissa dalam
hati.
“Ya Encik Irfan, ada apa lagi ya.”
“Amboiii sopannya. Duduk sini dulu,
saya ada benda nak cakap dengan awak ni.” beritahu Irfan tegas namun sempat
lagi dia memerli Arissa.
Arissa menuruti sahaja apa yang
diarahkan Irfan. Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Irfan.
“Awak
pergi mana tadi?” soal Irfan
“Saya keluar cari barang sikit.”
“Mana barangnya, saya tak nampak
awak bawak balik apa-apa barang pun tadi.” tanya Irfan lagi tidak puas hati.
“Ada saya letak dalam kereta tu.”
kata Arissa sambil menunjukkan ke arah keretanya.
“Awak keluar dengan siapa tadi?”
“Pakwe saya, kenapa? Saya nak kena
tunjuk dekat Encik Irfan jugak ke?” Irfan terus diam apabila mendengar
kenyataan yang keluar dari mulut Arissa. Mukanya kelihatan sedikit sedih.
“Ni dah kenapa pulak ni, terus
senyap. Kena renjatan elektrik ke apa ni.” omel Arissa dalam hati.
“Encik Irfan, kenapa senyap pulak
ni.” tanya Arissa pelik.
“Ermmm. Tak ada apa-apalah. Betul
awak keluar dengan pakwe awak tadi?” tanya Irfan dalam nada sedikit lembut,
tidak setegang tadi.
“Oooo sebab tu ke dia jadi senyap.”
fikir Arissa sendiri
“Tak ada lah Encik Irfan, saya
keluar dengan Julia tadi. Tak ada masa saya nak berpakwe-pakwe ni.” jawab Arissa
jujur. Wajah Irfan berubah ceria, namun sedikit terkejut.
“Apa??? Julia!”
“A’ah Julia. Kenapa Encik Irfan?”
“Eee…kurang asam boi punya adik
sepupu, hidup-hidup dia tipu aku. Nak kena ni.” bentak Irfan dalam hati
“Habis tu, masa saya telefon Julia
tadi, awak ada dengan dialah ya?”
“Ada.” jawab Arissa sepatah
“Habis tu, kenapa saya telefon awak,
awak tak jawab?”
“Malas…” jawapan yang diberikan
Arissa menghangatkan lagi perasaan Irfan.
“Malas awak jawab. Amboi senangnya
bagi jawapan.” bebel Irfan
“Dah memang tu jawapan yang terbaik
yang saya fikirkan.”
“Awak ni kan, makin lama makin
pandai menjawab kan.”
“Biasalah, nak hidup.” selamba
Arissa menjawab
“Eeeeeee…awak ni kan…” Irfan tidak menghabiskan
ayatnya.
“Lepas ni kalau awak nak keluar
kemana-mana, awak bagitahu saya. Sebab awak bekerja untuk saya, bukan untuk
mama saya dan bukan untuk siapa-siapa. Faham tu!”
“Ya faham. Dah alang-alang saya
duduk dengan Encik Irfan ni, saya nak bagitahu Encik Irfanlah ya. Hujung minggu
ni saya nak balik rumah mak ayah saya. Saya nak tidur sana. Saya harap Encik
Irfan izinkan.”
“Awak nak buat apa balik rumah mak
ayah awak? Awak tak ingat ke kontrak yang awak tandatangan tu.”
“Sebab ingatlah saya mintak izin
dengan Encik Irfan ni. Sabtu malam ni hari jadi abang
saya. Kami sekeluarga biasanya akan raikan bersama. Saya harap Encik Irfan
izinkanlah.” beritahu Arissa sambil merayu.
“Ermmm…tengoklah macam mana. Kalau mood saya okey saya bagi. Kalau tak awak
sambut dari jauh jelah.” jawab Irfan lebih kurang, sengaja nak mainkan perasaan
Arissa. Rasa bersalah pulak bila lihat Arissa sedih macam tu.
“Dah, awak tak payah nak sedih-sedih.
Saya izinkan awak pergi.”sambung Irfan. Wajah Arissa kelihatan sedikit ceria
dari tadi.
“ Betul ke ni Encik Irfan? Terima
kasih Encik Irfan. Terima kasih…”
“Tapi dengan satu syarat.” wajah
Arissa yang tadinya ceria, kelihatan sedikit terganggu bila syarat dikenakan.
“Syarat apa pulak ni Encik Irfan.
Takkan nak balik rumah keluarga saya pun nak kena bersyarat.” suara Arissa
sedikit tidak puas hati.
“Eh ada.”
“Apa syaratnya?”
“Emmm…syaratnya saya kena ada sekali
masa majlis tu nanti.” beritahu Irfan
“Apa???Encik Irfan nak join jugak!
Majlis untuk family saya je kot.
Takkan Encik Irfan nak join. Lagipun malam tu saya nak tidur sana lah Encik
Irfan. Esoknya baru saya balik. Kalau Encik Irfan pergi, siapa yang nak
hantarkan Encik Irfan balik. Encik Irfan bukannya boleh drive lagi.”
“Julia… Julia ada. Mesti awak jemput
kawan baik awak tu kan.” Arissa diam.
“Awak ajak Julia kan?” tanya Irfan.
“Ya saya ajak.”
“Kalau macam tu saya pergi dan balik
dengan dia jelah nanti. Tak ada tapi-tapi lagi ya!.” Irfan memberi kata putus.
“Yelah…” Arissa seakan mengalah.
Kalau tak benarkan, tak dapat pulak dia sambut hari jadi abangnya itu. Nak tak
nak terpaksalah jugak dia bersetuju.
Selepas selesai berbincang, Arissa
meminta diri untuk ke dapur, manakala Irfan menjamah karipap dan milo yang
dibawa Arissa tadi. Wajahnya kelihatan sedikit gembira. Tidak pasti gembiranya
sebab apa. Gembira sebab dapat kenakan Arissa kah? Ataupun gembira sebab tahu Arissa
masih tak ada pakwe lagikah? Ataupun sebab dapat bertemu dengan family Arissa nanti. Semua itu hanya
Irfan sahaja yang tahu.
No comments:
Post a Comment