Followers

Thursday, 13 June 2013

CERPEN : PERANG MINAH NOVEL AWANG KOMIK 1

“Suruh itu! Suruh ini! Hei!!! Kau buat sendiri la wei! Tu bukan kerja aku, faham takkkkkkk!!!!” Marah Azmiya dalam hati. Sakit hati bila terpaksa menanggung beban kerja orang lain. Nak marah depan-depan tak sampai hati. Bukan tak sampai hati sebenarnya, lebih kepada takut alias tak berani. Mahu dia hempuk aku depan-depan orang mampus aku! Aku ni dahlah perempuan dia tu lelaki, gagah perkasa pulak tu, mengalahkan raksasa air. Tiba-tiba pulak teringat raksasa dalam cerita ultraman. Aishhh!!! Pengaruh cerita betullah aku ni!
 “Wei Miya! Apasal aku tengok muka kau kusut semacam je ni?” Tanya Shila pada Azmiya biarpun hakikatnya dia dah tahu punca sebenar kawannya kusut macam tu.
“Hai Shila, kau buat-buat tanya pulak. Takkanlah kau tak tahu sebabnya kan?” jawab Azmiya dengan nada menyindir.
“Aku tahu, aku saja tanya. Mamat poyo tu buli kau lagi ke?”
“Bukan setakat poyo,poyuk!poyik! semua adalah kat mamat sengal tu!”
“Kalau dia banyak kerja takpelah jugak ,sekadar nak membantu aku tak kisah. Ni aku duduk sibuk buat keje dia, pastu dia punyalah syok duk menyembang apasal? Ingat aku ni kuli dia ke? Bukan dia bayar gaji aku ok!” Azmiya merungut lagi.
“Dahlah baru masuk kerja, pastu dia punya berlagak mengalahkan bos! Kalau kuli tu buat cara kuli dah lah.”Azmiya menyambung lagi.
“Hai, memang marah benar kawan aku kali ni nih!”
“Mahu aku tak marah, kalau kena kat kau pun, aku rasa dah lama mamat tu kena. Kira aku sekarang dalam kategori sabar lagi ni, kalau tak dah lama aku pedajal si periuk hayun tu.”
“Tapi sesabar-sabar aku,ada hadnya jugak. Kalau tiap-tiap hari kena tanggung kerja dia siapa yang larat wei…kau larat?” soal Azmiya pada Shila.
“Ishhh… kalau aku, aku pun tak larat. Dahlah kerja kita pun menimbun, ni nak kena tanggung kerja orang lain pulak. Tak sanggup aku!”
“Hah! Tau pun kau. Aku bukanlah nak berkira sangat, tapi kalau dah keterlaluan macam ni, sapa tahan beb!”
“Wah dah pandai ber beb! beb! Kau sekarang ni ye. Mana kau belajar wei! Hahahahah.” sakat Shila sambil ketawa.
“Gelaklah la, gelak, kena kat kau baru kau tahu!”
“Ok,ok,ok sorry…sorry…sorry...”Shila meminta maaf
“Tapikan Miya, aku tengok kenapa dia asyik buli kau je ye, orang lain takde pulak kena macam kau? Nak kata dia bos kau, bos kau orang lain. Jawatan nak kata tinggi, takdelah tinggi sangat, lebih kurang kita-kita je. Kalau tinggi pun sikit jelah, tapi tak boleh dikategorikan sebagai bos lagi. Entah-entah dia saja buat macam tu sebab nak ambik perhatian kau kot…” Teka Shila
“Wei! Kau jangan nak menambahkan lagi serabut aku dengan kenyataan ‘bugun’ kau tu ok! Selisih malaikat empat puluh empat, aku tak nak lah wei dengan mamat poyo tak bertempat tu wei!”
“Kau jangan Miya, nanti yang taknak tu…..”
“Dah…dah…dah…kau jangan nak merepek ok, aku ada banyak benda lain lagi nak fikir. Kalau kau nak sangat. Kau ambik, aku tak hingin!!!” potong Azmiya belum sempat Shila habiskan ayatnya.
“Eeeeeee…taknaklah aku, habis tu tunang aku tu aku nak letak mana? Lainlah kau…”Usik Shila lagi. Azmiya menjeling bila mendengar kata-kata Shila, protes tanda tak puas hati.
“Amboi mak cik tajamnya jelingan tu…” usik Shila lagi.
“Dah-dah, aku nak balik dah ni, kalau nak balik naik! Kalau tak, kau balik sendiri. Takpun kau call tunang kau tu. Kau kan dah ada tunang…….” Perli Azmiya pula.
“Wei janganlah macam tu. Tunang aku jauh tu nak datang ambik. Ok…ok aku mintak maaf ok! lain kali kalau aku tak free aku tak buat lagi…”
“Banyaklah kau punya tak free…dah! Kalau nak balik cepat! Aku takda masa nak buat drama melayu kat sini.”
“Ok bosss!!!” sahut Shila.
*******************************************************************************
Sampai sahaja di rumah, Azmiya masuk kebilik membersihkan dirinya. Sementara Shila menjenguk ke dapur, mencari-cari kot ada apa-apa yang boleh dimasak malam ni,maklumlah malam ni gilirannya mamasak. Begitulah rutin mereka, jarang sangat kalau sampai kat rumah nak keluar balik, memang taklah. Mereka akan masak sendiri dirumah. Kalau malas sangat, barulah mereka makan diluar, kalau tak jangan haraplah nak jumpa muka minah dua orang ni kat kedai makan kat luar tu. Makcik-makcik kalau ada orang macam ni jangan bukak kedai dekat dengan rumah mereka ye mak cik. Confirm nak kaya tu lambat.
Selepas solat maghrib Azmiya dan Shila turun kebawah untuk menikmati makan malam yang telah siap dimasak oleh Shila tadi.
“Miya, kau tolong aku ambilkan gelas kat dapur tu.” Suruh Shila
“Nah mak cik, ni gelasnya. Kau masak apa malam ni? Nampak macam best je.”
“oiii…tengok oranglah…aku kalau bab masak memang sentiasa nampak best…sebab tu tunang aku sayang kat aku tau! Bukan macam kau…hehhehe” kata Shila bergurau saja menghangatkan Azmiya.
“Eleh! kau pun nak jadi poyo macam mamat tu jugak ek…baru puji sikit dah mengembang. Ala kalau setakat mee sup ni, aku pun boleh buatlah…”Jawab Azmiya mempertahankan diri.
“Yelah…yelah kau serba serbi pandai. Dah kalau pandai…tak reti-reti nak tuang air dalam gelas tu. Mentang-mentanglah aku suruh ambil gelas je. Kau ambil je lah ye. Boleh tahan  lurus bendul jugak kau ye…” Sakat Shila lagi.
“Kau niiiiiiiiiiii !”
“Heeeeheheeh” Shila tersenyum melihat reaksi kawannya itu. Tahu benar dia dengan perangai Azmiya tu pantang benar kalau kata lurus bendul pasti nada meninggi jadinya.Tapi lagi Azmiya tak suka, lagi tu lah Shila suka mengusik.
“Ok mak cik jom makan…dah la tarik muncung tu. Kan tak sedap pulak mee sup aku ni kan.”
“Apa kena mengena pulak…kalau tak sedap memang tak kan sedaplah…tak ada kena mengena aku tarik muncung atau tak ok!”tegas Azmiya.
“Yelah…yelah…yelah…Jom makan…”Ajak Shila malas nak memanjangkan lagi muncung kawannya itu.
Dalam duk sedap-sedap menikmati mee sup yang Shila masak tu…Tiba-tiba Azmiya mencelah…
“Wei…esok cuti, kau ada pergi mana-mana tak? Jom teman aku cari novel…rasanya dah lama koleksi novel aku tak bertambah ni.” Tanya Azmiya
“Cari novel? Novel lagi…apa yang best sangat kau dengan novel tu…baca novel punya feeling siap menangis-nangis…tapi kat luar tak ada lah pulak aku tengok sefeeling tu…asyik nak telan orang je memanjang aku tengok.”
“Amboi kau ni…aku tanya free ke tak je…kau punya jawab bukan main panjang…asyik nak kenakan aku je ye. Aku tanya kau boleh teman aku ke tak? kalau boleh,jawab boleh…kalau tak, aku boleh pergi sendiri…”tanya Azmiya sekali lagi.
“Esok ye…aku rasa aku tak ada ke mana-mana kot esok…ermmm ok boleh! tapi dengan syarat kau belanja aku makan ok!”
“Kau ni asal aku ajak kau teman je ,aku kena belanja kau makan…kot makan tu sikit takpelah jugak, ni kalau dah order makan tak ingat dunia.” Bebel Azmiya
“Ok boleh! Tapi satu menu je kau boleh order…kalau nak lebih kau tambah sendiri, nanti aku tak boleh beli novel pulak kan…habis sebab bayar makanan kau…”Azmiya memberi syarat.
“Yelah aku order satu je…aku kan tengah nak berdiet sekarang ni…”
“Hurmmm…yelah, diet lah sangat kan…aku tengok tu dah nak masuk kali ketiga dah tu kau tambah… diet ye…boleh blah dengan diet kau tu…dah sepuluh kali dah aku dengar nak berdiet, tapi aku tengok tak nampak rupa macam orang nak diet pun…lagi nak mengembangkan badan adalah aku tengok. Huh! Diet konon.”Perli Azmiya
“Eh tak baik tau…aku diet apa! Malam ni je terlajak sikit ni sebab tengah hari tadi aku makan sikit.”shila memberi alasan.
“Yelah cik Shila oi…sikitlah sangat. Ok esok kau teman aku…kau jangan lewat bangun pulak.”
“Baiklah cik Azmiya sayang…bisa disusun…”
******************************************************************************
Keesokkan harinya mereka keluar seperti yang dirancang. Tempat first sekali yang mereka pergi, sudah tentulah kedai buku. Sebab tu memang tujuan utama mereka keluar hari ni. Tapi sebelum tu…
“Aishhh!!! Bukan main susah nak cari parking ni…banyak gila kereta…last sekali dengan aku aku sekali yang gila kalau macam ni gayanya.” Rungut Azmiya.
“Shila kau tolong intai-intai sikit tengok mana ada yang kosong petak parking tu.”
“Ok miss!”
“Miya…Miya…Miya tu ada kosong kat depan tu.”
“Mana…mana…mana?” tanya Azmiya
“Tu depan tu” tunjuk Shila
“ok!”
Azmiya memberikan signal untuk masuk parking… tapi belum sempat dia masuk. Tiba-tiba sebuah kereta masuk ke parking tersebut. Apa lagi hangin satu badan minah tu.
“Cilaka punya kereta…jalan sehala kot! Tetiba je muncul dari depan. Memang nak kena ni…jaga kau!!!” marah Azmiya.
Belum sempat dia keluar dari kereta, tiba-tiba keluar makhluk yang amat dikenalinya dari kereta tadi. Niat dia untuk memarahi pemilik kereta tersebut terbantut.
“Hah! apa! raksasa air rupanya!!!Tapi kereta siapa pulak yang dia bawak tu bukan main mewah lagi, bukan kereta dia buruk ke?”Azmiya seperti tidak menyangka sambil berteka teki sendirian.
“Tak habis-habis nak susahkan oranglah dia ni. Kat office  pun menyusahkan orang, kat sini pun nak menyusahkan orang jugak. Eeeeeee…geramnya aku Shila…..”
“Apa lagi Miya jom kita seranggggg!!!”Shila menghangatkan lagi keadaan, sebab dia tahu Miya takkan beraninya dengan makhluk tu. Confirm Miya takkan menangnya. Kalau dah kat pejabat pun kalah…kat sini lagilah.
“Tak payahlah…dari aku melayan dia baik aku cari parking lain. Takpe kita tak boleh serang depan-depan, kita serang belakang-belakang…”ugut Azmiya.
“Aih! lain macam je bunyinya ni Miya.”
“Lain macam tak lain macam…kita tunggu dan lihat…hahaha”
********************************************************************************
Setelah berjaya mendapatkan parking Azmiya dan Shila menuju ke kedai buku yang terdapat dalam shopping complex tersebut.
“Miya kau masuk dulu aku nak pergi tandas kejap. Tak tahan ni, sakit perutlah. Nanti aku cari kau kat sana.”
“Ok!” jawab Azmiya.
Azmiya masuk ke kedai buku tersebut. Sedang asyik dia memilih novel, tiba-tiba dia terasa bakul yang dipegangnya itu terisi sesuatu. Dia melihat kedalam bakul…
“Ni siapa punya komik pulak ni…tetiba pulak masuk dalam aku punya bakul ni. Dah takde bakul lain ke nak mengisi, bakul aku jugak yang jadi pilihan…” rungut Azmiya dalam hati.
Dia pusing kesebelah mahu melihat siapa yang punya pemalas nak ambik bakul sampai bakulnya pulak yang diisi.
“Saudara…ni komik saudara ke?”tanya Azmiya masih belum dapat melihat pemilik komik tersebut sebab pemilikya memalingkankan badannya ke belakang. Tapi macam dia kenal susuk tubuh itu. Ahha!!! Raksasa air!
Tiba-tiba lelaki itu memusingkan badannya.
“Awak Asril !!!kenapa dah tak ada bakul lain ke awak nak isi???” tanya Azmiya marah.
“Ada tapi saya malaslah nak pegang. Leceh…Nampak macam mak cik pulak nanti.” Jawab Asril selamba.
“Amboi-amboi sedapnya awak menjawab…habis ingat saya ni mak cik awak ke nak kena bawak komik awak yang sebeban ni?”
“A’a”. jawab Asril selamba.
“Eeeeeee…geramnya aku.”Azmiya menahan geram. Tidak lama lepas tu Shila muncul.
“Eh Encik Asril pun ada kat sini?” Sapa Shila berpura-pura tidak tahu.
“A’a…tolong cakap dengan kawan awak ni, jangan malas sangat. Saya suruh bawak komik sikit pun dah merungut.” Beritahu Asril pada Shila
“Awak ingat ni pejabat ke?boleh suruh saya itu ini. Ni kat luar ok! Bukan dalam pejabat, dan satu lagi, kalau dah tahu saya ni pemalas, bawaklah sendiri.”
“oooooo…Selama ni tak ikhlaslah tolong saya kat pejabat tu ye?”soal Asril
Shila menjadi pemerhati perlawanan mulut antara mereka berdua.
“Eeeeee…geramnya aku” Azmiya menahan geram.
“Dahlah tu Miya kau bawak jelah bukan banyak sangat pun komik tu kan. Tak payah nak gaduh-gaduh.”Shila cuba menenangkan Azmiya.
“Amboi sedapnya kau cakap… Nah! Ambik kau bawak, bukan banyak sangatkan…rasakan!” Azmiya memberikan bakul yang dipegangnya itu kepada Shila sambil dia mencari bakul yang lain.
Shila dan Asril memandang antara satu sama lain. Nak tak nak terpaksa jugak dia bawak bakul tu. Azmiya meneruskan pencariannya tanpa menghiraukan kedua-dua rakan sepejabatnya itu. Selesai memilih barang Azmiya membuat pembayaran.
“Miya kau nak buat apa dengan kertas sticker tu Miya?” tanya Shila hairan, seingatnya Azmiya hanya ingin mencari novel tapi dalam bakul penuh pulak dengan kertas sticker, siap ada marker pen warna warni lagi.
“Miya kau nak buat apa ni?”tanya Shila sekali lagi.
“Alah adalah apa aku nak buat, kau tengok jelah nanti. Oh ye, mana raksasa air tu?dah pulang ke laut ke?” Soal Azmiya pada Shila.
“Dah balik dah pun…”
“Dah balik dah?balik rumah ke???” tanya Azmiya seakan terkejut. Kalau dah balik confirm misinya takkan berjaya.
“Eh kau ni,buat-buat terkejut pulak. Dah kalau dia balik pun dah kenapa? bukan ke kau tak suka tengok muka dia…”Shila memerli.
“Aku tanya betul-betul ni, dia balik kerumah ke atau ke tempat lain dulu?” Azmiya meminta kepastian.
“Manalah aku tahu, tapi dia kata tadi nak pergi makan dulu.”
“Ok bagus! Jom ikut aku.” Azmiya menarik Shila untuk meneruskan misinya.
“Eh kau nak kemana ni? Tak nak makan dulu ke?Aku lapar lah Miya…” Adu Shila
“Jap lagi kita makanlah…kita siapkan misi penting aku dulu ni ye…”terang Azmiya

Sampai dikawasan tempat letak kereta, Azmiya mencari kereta yang mencuri parkingnya itu tadi.
“Weh! Kau nak buat apa ni, ni kereta Encik Asril ni.” Bagitahu Shila.
“Aku tahulah…sebab kereta dialah aku datang sini. Nah pegang ni!” Azmiya menyuruh Shila memegang barang yang dibelinya tadi. Sambil dia mengeluarkan 5 kertas sticker yang bersaiz A4 yang dibelinya tadi bersama marker pen.
Setiap helaian kertas sticker tu ditulis dengan ‘RAKSASA AIR PENCURI PARKING’ dan ‘RAKSASA KOMIK PEMALAS’. Setelah siap semuanya Azmiya menampalnya di bonet depan dan belakang kereta, disisi kiri dan kanan dan satu diatas bumbung kereta raksasa air itu.
“Huh! Baru puas hati aku. Jom Shila!” ajak Azmiya setelah misinya terlaksana.
“Wei! Kau tak takut ke wei?”tanya Shila
“Nak takut apa bukan dia tahu pun kita yang buat?”jawab Azmiya selamba tanpa dia mengetahui yang tuan punya kereta memerhatikannya dari jauh. Shila yang perasan akan perkara itu hanya diam sahaja apabila disuruh berbuat begitu oleh Asril. Asril tidak berkata apa hanya membiarkan sahaja mereka berdua beredar meninggalkan tempat parking itu.
Azmiya dan Shila pulang ke rumah setelah selesai menikmati hidangan tengahari di salah satu gerai makan kegemaran mereka. Setiap kali keluar memang gerai tulah yang dikunjungi mereka. Kalau tak singgah memang tak sah. Mereka pun tak tahu kenapa. Ada ubat guna-guna tak…hehehhe
“Woi Miya kenapa kau berhenti kat sini, kau nak pergi mana pulak ni, kata nak terus balik.”tanya Shila bila Azmiya memberhentikan kereta.
“Kejaplah aku nak cari roti sikit kat kedai runcit tu, lupa pulak tadi nak beli. Kunci kereta tu, kan orang bawak lari pulak kereta aku ni kan.”pesan Azmiya
“Amboi kereta kau bukan main bimbang lagi ye. Aku yang duduk dalam ni tak bimbang pulak kalau bawak lari???”
“Hahhaha…kau lain, kalau hilang dah tentu ada orang cari. Kereta aku ni siapa lah nak tolong cari. Aku jugak nanti. Hilang sebelah kaki tau kalau takde kereta buruk aku ni.”
“Banyaklah kau punya patah kaki. Dahlah pergi beli cepat, aku tak sabar dah nak meliuk lentokkan badan aku atas katil yang empuk tu. Pergilah beli cepat, aku mengantuk ni…”Arah Shila.
“Yelah…yelah… kau ni tak habis-habis dengan tidur kau kan?Asyik tidur je kerja kau kan? Kau tunggu sini, aku pergi beli kejap.” Azmiya berlalu meninggalkan Shila didalam kereta.
Tiba-tiba telefon Shila berbunyi…
Hello Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…” Jawab Shila.
“Kamu berdua dah sampai rumah belum?”
“Belum lagi…Miya pergi beli roti kat kedai kejap…”
“Suka sangat minah tu makan roti kan?”
“Biasalah Miya tu, kalau kena elok sebungkus roti hiris tu tak sampai sehari pun dia habiskan.”
Azmiya berjalan menghampiri keretanya, hampir lima kali diketuk keretanya tapi Shila tak jugak perasan.
“Dah tu kamu tak turun sekali ke?”
“Malaslah saya…”
Tiba-tiba bunyi orang mengetuk cermin kereta disebelah Shila. Barulah Shila perasan.
“Ok…ok…ok lain kali sembang ye, minah novel tu dah datang…ok Assalamualaikum …”Shila memberi salam.
“Waalaikumussalam…”
“Wei! Kau ni kalau dah bercakap dengan telefon, aku kat luar ni boleh mati kepanasan tau! Kau cakap dengan siapa tu?lain macam benar aku tengok?”soal Azmiya
“Dengan tunang akulah” Jawab Shila selamba
“Yeke dengan tunang, aku tak nampak macam bercakap dengan tunang pun siap tutup handset dengan tangan lagi. Sebelum ni tak pun. Kot ye pun nak sorok tengok keadaan lah cik kak oi. Kau sorang je pun dalam kereta ni. Kalau kau cakap kuat pun takde orang nak dengarnya, cermin tingkap kereta ni tutup kot. Agak-agaklah nak menyorok pun…” balas Azmiya
“Ek? Cermin tingkap tutup ek?”soal Shila macam orang bodoh.
“Kau ni dah kenapa ni, macam orang buat salah je. Kau ada buat salah dengan aku ek?” soal Azmiya pula.
“Eh mana ada, tak baik main tuduh-tuduh tau…Jomlah… geraklah cepat…”Arah Shila.
********************************************************************************
Sampai sahaja dirumah, Shila terus menuju kebiliknya. Mengantuk sangat gamaknya terus cari katil. Azmiya macam biasa menurunkan tandatangan terlebih dahulu pada setiap novel yang dibelinya tadi, menandakan novel tu adalah miliknya.
“Ok! Cun dah siap semuanya…Nak mandi dululah…”omel Azmiya sendirian.
Selepas selesai je mandi Azmiya turut  merebahkan tubuhnya ke katil terasa jugak kepenatan berjalan hari ni, ditambah pulak dengan aktiviti extra yang tak dirancang. Tetapi apa pun kepuasan terasa apabila misi untuk membalas dendam berhasil. Disebabkan terlalu penat tanpa sedar Azmiya jugak turut terlena. Sedar tak sedar apabila terdengar laungan azan maghrib.
“Alahai…nasib baiklah aku cuti…kalau tak burn solat asar”
“Eh! si Shila ni dah bangun ke belum?” tanya Azmiya dalam hati
Azmiya menuju ke bilik Shila untuk tengok shila dah bangun ke belum dari tidurnya.
“Shila…shila…shila… dah maghrib ni kau dah bangun belum” laung Azmiya sambil mengetuk pintu bilik Shila.
“  Woi mak cik!” sergah Shila dari belakang
“Oi mak cik kau!!!”Azmiya melatah, Shila ketawa geli hati melihat gelagat rakannya itu terkejut.
“Eh kau ni, kalau tak sergah aku macam tu boleh tak? Terkejut aku tau. Kau dari mana ni, bukan kau tidur ke?”Soal Azmiya
“Oi mak cik,berapa jam aku nak tidur, kau tu kot tidur tak ingat dunia. Kata aku yang kuat tidur padahal… paku dulang serpih, kata orang dia yang lebih. Betul ke pantun aku ni…aku rasa macam tak cukup je.”
“Banyaklah  kau punya pantun…Aku letih sangatlah hari ni tu yang terlajak tu.”terang Azmiya…Shila hanya menjuihkan bibirnya tanda kemusykilan berlaku disitu pada kenyataan Azmiya tak berapa nak dipercayanya.
“Yelah tu…”Jawab Shila nak dengan tak nak percaya.
“Tak nak percaya sudah…”Azmiya menjawab sambil berlalu ke biliknya.
*******************************************************************************
Di rumah berlainan, lain pulak situasinya. Asril terpaksa bersoal jawab dengan papanya kenapa kereta papanya jadi begitu.
“Aiii Asril…dah kereta papa pulak kamu modified. Ni fesyen apa pulak kamu buat ni. Tampal sana sini…aii atas bumbung pun ada jugak.” Datuk Razali menyoal anaknya itu.
“Ok apa Pa, glamour sikit Papa nanti.” Asril melawak.
“Banyaklah kamu punya glamour, ni bukan glamour ni sengsara jawabnya ni. Takde benda lain dah ke kamu nak tampal kat kereta ayah ni? Apa punya tulisan siap beraksasa segala macam ni?”soal Datuk Razali lagi.
“Papa tanyalah pekerja kesayangan papa tu.” Jawab Asril selamba
“Siapa? Azmiya…kalau Azmiya apa kena mngena dia dalam kes ni pulak?”
“Memang kena mngena Pa, kalau Papa nak tahu ni kerja dia lah ni. Tapi dia tak perasan yang Asril nampak apa yang dia lakukan tadi.” Terang Asril pada papanya. Datuk Razali macam tak percaya pulak dengan apa yan dibagitahu oleh anaknya itu.
“Yeke kamu ni… Apa pulak motif dia nak buat macam ni?”
“Tak tahulah Pa…tapi yang Asril tahu memang dia yang buat Pa…”
“Papa tak percaya tak ada apa-apa, ni mesti ada kes sampai dia bertindak macam ni. Papa kenal sangat dengan Azmiya tu. Dia takkan kacau orang kalau orang tak kacau dia dulu.”
Asril senyap sekejap tak tahu apa lagi yang perlu dijawab.
“Hah! Kenapa kamu senyap? Dah tak ada idea nak jawab? Ni macam mana Papa nak pergi pejabat esok ni, kalau macam ni rupanya. Mahu glamour satu office ni. Kamu tanggalkan semua kertas tu.” Arah Datuk Razali
“Pa! apa kata Papa tak payah tanggalkan kertas tu, esok Papa pergi office Papa buat selamba je… Asril nak tengok reaksi si Azmiya tu macam mana, lagipun dia bukan tahu pun Asril ni anak Papa. Amacam Pa, ok tak rancangan Asril.” Asril memberi ideanya bagi mengenakan Azliya balik.
“Kan Papa dah kata mesti ada apa-apa ni, kalau tak takkan Azmiya tu nak kenakan kamu. Apa kamu dah buat pada dia?” Soal Datuk Razali kembali dengan soalan yang sama.
“Tak ada apa-apa lah Pa, gurau biasa je. Macam mana Pa dengan rancangan Asril tadi, boleh diterima ke?”
“Yelah tu gurau biasa.”
“Macam mana Pa, setuju ke tak dengan rancangan Asril tu?”
“Amboiii kamu ni, kalau bab kenakan orang memang nombor satu ye. Tapi bagus jugak rancangan kamu tu…boleh Papa tengok reaksi Azmiya tu macam mana esok… mesti dia rasa bersalah…hehehhe” Jawab Datuk Razali setuju dengan cadangan anaknya itu. Kalau dah anak bapak, perangai pun sebijik la macam bapaknya masa muda-muda dulu, suka pekenakan orang. Gurau-gurau manja gitu…AhakS!
“Yes!!! Ok Pa, kita tunggu dan lihat esok Pa. Thanks Pa.”Ucap Asril berterima kasih kerana papanya bersetuju dengan cadangannya itu.
“Amboiii, thanks, thanks jugak barang yang papa suruh belikan tu ada ke tidak?”
“Alamak! Lupalah Pa.” Asril menepuk dahi tanda dia memang betul-betul terlupa. Mana nak ingatnya, kalau dah keluar nak perkenakan orang, memang tak ingatlah jawabnya, nawaitu tu dah ke lain.
“Ish kamu ni…tulah nawaitu tu jahat lagi…” Datuk Razali berkata sambil menyindir anaknya itu.
“ Sorry Pa…” Asril meminta maaf
“Dah la tu., pergi naik mandi…kalau belum makan, makanan tu ada kat dapur.”
“Ok Pa, Thanks…”
******************************************************************************
Azmiya dan Shila turun dari kereta. Baru sahaja dia dan Shila ingin melangkah ke bangunan pejabat, tiba-tiba lalu sebuah kereta yang amat dikenalinya. Ahhha! Kereta itu,kereta yang dipenuhi dengan sticker itu. Tapi yang hairannya, kenapa yang keluar dari kereta itu Datuk Razali, bukannya Asril.
            “Aik, tu bukan kereta yang Asril bawak semalam ke?” tanya Azmiya pada Shila.
            “Aku Nampak macam ye, sebab aku cam sticker yang melekat pada kereta tu.” Jawab Shila.
            “Habis tu kenapa Datuk pulak naik?” tanya Azmiya lagi
            “Ishhh! Kau ni, kau tanya aku macamlah aku tahu semuanya. Kau ingat aku ni bini Datuk ke?”
            “Manalah tahu, kau kan wartawan hebat kat office ni, semua benda kau tahu kebiasaannya.” Jawab Azmiya selamba
            “Banyaklah kau  punya wartawan. Dah la, jom kita pergi. Nanti lambat pulak masuk office.

Dari jauh Datuk Razali nampak Azmiya dan Shila menuju ke office, apabila mereka berdua sampai dekat dengannya, Datuk Razali menegur mereka berdua.
            “ Hai Miya, Shila. Kamu berdua baru sampai jugak ke?”
            “Dah lama Datuk, tapi si Miya ni terpegun kejap tengok….”
Belum sempat Shila menghabiskan ayatnya, Azmiya mencubit lengan kawannya itu. Shila beraduh kesakitan.
            “Aduh! Sakitlah”
            “Hah kenapa Shila, kamu nak cakap Miya terpegun tengok apa tadi?” tanya Datuk Razali ingin tahu. Biarpun sebenarnya dia sudah tahu apa yang ingin dikatakan Shila tadi tu.
            “Tak ada apa-apalah Datuk, Shila ni memang macam ni pagi-pagi, cakap pun mengarut je. Takpe lah Datuk kita orang berdua naik office dulu ye.” Azmiya cepat-cepat meminta diri, lagi lama dia berbual dengan Datuk disini, lagi banyak soalan yang ditanya nanti. Sebelum rahsia terbocor baik dia blah dulu.

Bila berada di pejabat, Miya hairan mana si Asril tak muncul-muncul lagi, biasanya kalau dia sampai Asril dah ada. Tanpa disedari gerak gerinya di perhatikan oleh seseorang.
            “Hah! Kamu intai siapa tu Miya? Asril ek?” Tanya Datuk Razali. Azmiya terkejut.
            “Eh! Tak adalah Datuk, saya cari fail yang saya nak ni tak jumpa.”
            “Yeke cari fail ni. Kalau awak cari Asril, Asril memang lambat sikit masuk pejabat hari ni dia settlekan kereta dia dulu kat bengkel. Ada problem sikit.”
            “Ermmm…patutlah semalam dia bawak kereta lain. Tapi kenapa kereta yang dia bawak semalam sama dengan kereta Datuk naik pagi ni. Musykil ni…” kata Azmiya dalam hati.
            “Hah! Kenapa kamu senyap pulak ni?” Tanya Datuk Razali
            “Eh, tak ada apa-apa Datuk.”
            “ Ke rindu nak gaduh dengan Asril?” Datuk Razali mengusik.
            “Apa pulak gaduhnya Datuk, kita orang berdua baik apa. Tak mainlah gaduh-gaduh ni Datuk.” Jawab Azmiya bohong. Padahal realitinya pantang jumpa, macam anjing dengan kucinglah jawabnya.
            “Yeke, baguslah kalau macam tu. Senanglah kalau nak satukan kamu berdua nanti. Saya tengok kamu dengan Asril ni, sama cantik sama padan. Kalau ada jodoh kamu berdua, mesti anak yang lahir nanti comel-comel kan. Merasalah saya nak timang cucu, saya ni bukan muda lagi.” Kata Datuk Razali. Baru dia sedar yang dia terlepas cakap.
            “Kejap, kenapa Datuk pulak yang timang cucu. Asril tu ada kena mengena dengan Datuk ke?” tanya Azmiya musykil. Azmiya memang tahu, Datuk Razali ada seorang anak lelaki tetapi masih berada diluar negara. Khabarnya dah habis belajar, tapi masih tinggal disana, katanya nak cari pengalaman kerja disana dulu. Bila dah puas baru dia akan balik ke Malaysia. Takkan Asril tu anak Datuk Razali kot.
            “Eh! Mana ada, Asril tu macam kamulah pekerja saya. Kalau dia anak saya dah lama dah saya suruh dia gantikan tempat saya. Saya ni dah tua mana nak larat dah. Tak dapat timang cucu sendiri timang cucu dari anak-anak buah saya pun jadilah.” Bohong Datuk Razali.
            “Eh! Kamu masuk bilik saya kejap, saya ada hal nak bincang dengan kamu.” Kata Datuk Razali.
            “Ada hal apa Datuk?” Tanya Azmiya.
            “Adalah, masuklah bilik saya dulu. Nanti saya bagitahulah. Sekarang ye, tak mahu tangguh-tangguh.”
            “Baiklah Datuk.” Azmiya bangun dan melangkah mengikut Datuk Razali menuju ke biliknya.

            “Jemput duduk Miya.”
            “Terima kasih Datuk.”
            “Ok, sebenarnya macam ni. Saya nak mintak tolong awak sikit untuk handlekan satu majlis sempena menyambut kepulangan anak saya nanti. Jadi saya nak awak uruskan semuanya dan kalau boleh adakan sedikit aktiviti supaya majlis tu nampak meriah dan tidaklah terlalu formal sangat.” Terang Datuk Razali tujuan kenapa dia memanggil Azmiya tadi.
            “Tapi kenapa saya Datuk?”
            “Awak kan pekerja harapan saya, lagipun awak ni single lagi, senang untuk awak bergerak kemana-mana. Nanti awak uruskan dengan kawan baik awak tu, si Shila. Duduk satu rumah lagi senang awak nak buat kerja.”
            “Owh ok, tapi majlis ni kita nak buat kat mana Datuk? Nak jemput orang luar sekali ke atau staff pejabat ni je.” Tanya Azmiya
            “Saya cadang nak buat majlis ni dekat rumah yang saya baru beli tu, sebab rumah tu memang saya cadangkan untuk hadiahkan untuk anak saya bila dia pulang ke Malaysia. Oleh kerana majlis ni untuk kenalkan bos baru, jadi saya rasa majlis ni untuk staff kat pejabat ni sudahlah. Kalau nak kenalkan untuk rakan bisnes nanti saya akan aturkan majlis yang lain.”
            “Datuk dah nak bersara ke?”
            “Tidaklah bersara sepenuhnya, cuma saya akan jarang-jarang berada dipejabat, Maklumlah saya ni dah tua. Tak larat dah nak kesana kemari. Saya akan pantau dari jauh je. Anak saya yang akan ambil alih tempat saya dipejabat ni nanti. Nanti kalau ada apa-apa awak berurusan dengan dia jelah nanti.”
            “Ermmm, kalau macam tu saya akan uruskan sebaik mungkin. Jadi pakaiannya bebaslah ye, sebab tu bukan majlis formal kan?” Azmiya meminta kepastian
            “Pakailah nak pakai apa pun Azmiya asal jangan terjolok keluar mata saya ni sudahlah.hehhe. .” Datuk Razali bergurau.
“Oh ya! Majlis ni nak diadakan ahad minggu depan ye, lebih kurang pukul 8.30 malam. Nanti kunci rumahnya awak mintak dekat saya esok. Nanti senang awak nak uruskan. Saya lupa pulak nak bawak.” Tambah Datuk Razali lagi.
“OK, kalau macam tu baiklah Datuk.”
“Ni Miya saya nak tanya pendapat kamu ni, apa tindakan yang perlu saya ambil ye terhadap vandalisme ni ye?”
“Vandalisme? Kenapa Datuk, ada orang rosakkan barang Datuk ke?” Tanya Azmiya pura-pura tidak tahu.
“ Tulah masalahnya, kalau kamu perasan pagi tadi, habis kereta saya ditampal dengan sticker ‘RAKSASA’, saya tak tahu apa salah saya. Nak kata saya ada musuh jauh sekali.” Bagitahu Datuk Razali sengaja ingin melihat reaksi Azmiya, padahal dia dah tahu kisah sebenarnya.
“Mungkin ada yang dengki atau tak puas hati dengan Datuk dalam diam kot.”
“Tak tahulah. Orang tu tak puas hati dekat saya ke dekat Asril, sebab semalam saya pinjamkan kereta saya tu dekat Asril. Balik-balik bila dihantar dah jadi macam tu.”
“Gedebushhh!!! Macam tepat je terkena kat batang hidung aku ni.” Kata Azmiya dalam hati.
“Macam mana Datuk boleh bagi pinjam kereta Datuk tu dekat Asril pulak?”
“Takde semalam saya mintak tolong dia selesaikan satu urusan ni, katanya keretanya rosak, jadi saya bagilah pinjam kereta saya yang tu. Tak tahulah pulak boleh jadi macam ni.”
“Ooooo…Tulah Datuk mudah sangat bagi pinjam barang kat orang. Bila dah jadi macam ni kan dah susah.”
“Awak rasa saya patut buat apa? Perlukah saya laporkan ke polis?”
“Polis?” Azmiya menelan air liur.
“Eh, saya rasa tak perlu kot Datuk. Lagipun dia tampal sticker je, bukannya dia calarkan kereta Datuk. Sticker tu Datuk boleh buang je. Tak payahlah nak lapor kat polis, lagipun polis bukan layan perkara remeh temeh macam ni, ni.” Jawab Azmiya sedikit gugup.
“ Yeke tak layan?” tanya Datuk Razali meminta kepastian.
“ Ye Datuk, confirm tak layannya. Banyak lagi hal lain yang lebih penting dan lebih besar yang perlu mereka selesaikan. Tak payah laporlah Datuk, Datuk buang je sticker tu. Kalau Datuk nak saya boleh tolong buangkan.”
“Ermmm… awak ni macam nak pertahankan orang yang tampalkan sticker kat kereta saya tu je. Ke awak kenal orang tu?” Datuk Razali menguji lagi.
“Eh takdelah Datuk, kalau saya kenal dah lama dah saya  bawak jumpa Datuk. Lagipun kata orang, musuh jangan di cari. Kawan di jagai” Jawab Azmiya.
“Betul ke aku cakap tu, macam pelik je bunyinya.Tipu lagi Miya, tipu lagi. Kan dah pelik bunyinya.” Omel Azmiya dalam hati.
“Musuh jangan dicari ye. Takpelah kali ni saya lepaskan pesalah tu.”
“Fuhhh…” Azmiya menarik nafas lega.
“Ai lega semacam je nampak.” Datuk Razali sekali lagi mengenakan Azmiya. Azmiya yang mendengarnya cepat-cepat mengawal perasaan gelabahnya itu.
“Saya mungkin lepaskan pesalah tu. Tapi saya tak tahulah Asril lepaskan atau tidak. Sebab dia rasa orang tu macam  nak lepaskan geram dekat dia tapi yang kenanya kereta saya. Tak tahulah nasib orang tu macam mana nanti ye. Kita tunggu dan lihat jelah nanti.” Tambah Datuk Razali lagi. Azmiya sudah tidak senang duduk.
“Confirm si Asril tu akan kenakan aku cukup-cukup punyalah kalau dia tahu aku yang lakukan. Nasiblah Miya, siapa suruh kau tu gatal tangan sangat.” Azmiya hanya mampu berserah jelah menunggu hari pembalasan itu tiba.hahahha.

Bersambung….
Nak tahu kesudahannya, nantikan cerpen
Perang Minah Novel Awang Komik 2

Karya
Zia IZARON

******************************************************************************


No comments:

Post a Comment