Followers

Wednesday, 12 June 2013

NOVEL: HUS (1)

BAB 1

“Ahhhh…aku dah lambat ni, nanti marah pulak si Julia ni kat aku. Bukan aku tak kenal si Julia ni pantang lambat sikit mesti panjang lah leterannya nanti. Ummi! Rissa pergi dulu ya.” laung Arissa pada umminya.
“Yelah hati-hati sikit bawak kereta tu. Kamu bukan ummi tak tahu kalau bawak kereta macam pelesit kalah pelumba F1!”. pesan Puan Mariam pada anak perempuannya yang satu itu. Arissa sempat menyalami tangan umminya sebelum keluar rumah.
“Ishhhh! Mana pulak pergi kunci kereta ni, time aku nak cepat ni la.. ada je yang tertinggal.” Arissa pusing balik untuk mengambil kuncinya yang tertinggal. Setelah mengambilnya Arissa terus pergi ke tempat yang dituju.
Sampai je ditempat yang dijanjikan, Arissa tercari-cari kawannya si Julia itu. Ketika dia sibuk mencari-cari temannya itu,tiba-tiba….gedebuk!!! “Aduh!” bunyi suara orang beraduh. Sah aku dah terlanggar  orang ni, Arissa berpaling dan cepat-cepat meminta maaf.
Sorry, sorry saya tak sengaja”. ucap Arissa sambil tangannya mengutip barang-barang lelaki yang jatuh tadi. Arissa terpandang patung beruang panda yang cute didepannya.
“Ai lelaki pun minat patung beruang panda jugak ke???” bisiknya dalam hati.
 “Awak ni tahu jalan ke tak tahu jalan?!!.” marah lelaki itu pada Arissa.
“Maaf encik saya tak sengaja, saya tengah cari kawan saya tu yang tak perasan encik kat belakang saya.” Arissa memohon maaf.
“Tu la orang jalan bergerak ke depan, awak ni jalan reverse ke belakang, macam mana nak perasan! Kot ya pun cari kawan tengok la orang sekeliling jugak. Susahkan orang je. Sekarang ni macam mana? Saya dah cedera ni siapa yang nak bertanggungjawab?” .
“Apa! Cedera? mana cederanya, aku tak nampak pun cederanya kat mana?” kata Arissa dalam hati.
“Oleh kerana saya dah cedera teruk ni.. saya nak awak bayar saya ganti rugi sebanyak lima ratus untuk duit rawatan saya nanti.” kata lelaki itu.
What??? Lima ratus! Hei awak dah gila ke apa? Takkan terlanggar sikit macam tu sampai saya kena bayar sebanyak tu!  Awak ni memang betul-betul dah melampau ni. Saya tengok awak tak ada pun jatuh, cuma barang-barang yang awak bawak tu je yang jatuh, apa sebab saya nak kena bayar sampai sebegitu banyak? Undang-undang mana yang awak pakai ni??!” marah Arissa.
“Mentang-mentanglah aku ni perempuan suka-suka hati dia je nak buat undang-undang sendiri.” marah Arissa dalam hati.
“Okey, awak nak bayar ke tak nak bayar sekarang ni. Kalau tak saya laung kat satu shopping complex ni, kata awak curi duit saya.” kata lelaki itu lagi, sambil senyum mengejek.
“Apa? awak ugut saya ya. Okey laung jelah kalau berani, saya tak takut  pun.” kata Arissa.
 “Okey! Ddddnnngggar….” belum sempat lelaki itu melaung lagi Arissa sudah pun memintas.
“Okey, okey saya akan bayar.” kata Arissa laju. Lelaki itu tersengih sebab dia berjaya mengenakan Arissa.
“Tapi buat masa sekarang ni saya tak ada duit sebanyak tu. Kalau saya boleh bagi pun dalam seratus ringgit je buat masa sekarang ni.” tambah Arissa lagi.
            “Apa? Seratus ringgit je. Habis balancenya bila awak nak bayar??? Okeylah macam ni lah ya, awak bayar dulu seratus ringgit tu dulu kat saya.. tapi dengan syarat awak bagi number phone awak pada saya and alamat rumah awak sekali. Bak sini IC awak.” kata lelaki itu.
“Kenapa saya kena bagi alamat rumah saya kat awak pulak? Kalau number phone tu logik la jugak. Lepas tu IC tu apa kena mengena pulak dalam kes ni?” luah Arissa tidak puas hati.
“Yelah… kalau awak bagi number phone awak je, nanti mana tahu kalau awak tukar number phone lain? dah rugi saya empat ratus tu kan? IC tu pulak sebagai langkah-langkah keselamatan bagi mengelak daripada awak bagi alamat palsu. Nanti susah pulak saya nak cari.hehehe.” terang lelaki itu pada Arissa. Dengan rasa tidak puas hati Arissa terpaksa jugak memberikan IC nya pada lelaki itu, bagi mengelak dia mendapat malu.
“ Okey dah siap, nanti jangan lupa balancenya ya. Jumpa lagi…” kata lelaki itu sambil menghulurkan IC kepada Arissa kembali.


SEPANJANG memandu, Irfan tidak henti-henti tersenyum mengenangkan kejadian yang berlaku di shopping complex tadi. Terpegun dia melihat gadis yang terlanggarnya tadi. Sungguh cantik…! Dengan kulitnya yang putih melepak, hidung yang sedikit mancung dan yang penting seulas bibir yang sungguh indah pada pandangan matanya. Kalau ikutkan hatinya tadi memang dia ingin mengabaikan saja pelanggaran itu, sebab ia tidak memberi apa-apa kesan pun padanya, hanya pelanggaran biasa je. Tapi bila gadis itu berpaling, mindanya terus mencari idea untuk mengikat gadis itu supaya dia dapat berjumpa gadis itu lagi, dan hasilnya alamat dan nombor telefon gadis itu berada dalam simpanannya. Kesian jugak dia melihat gadis itu tadi, tapi apa boleh buat, kalau tak buat macam tu melepaslah dia nanti.
“Nur Arissa Najwa binti Abdullah nama yang begitu indah seindah pemiliknya. Aku takkan lepaskan gadis ini, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengenali gadis ini dengan lebih dekat lagi.hehehe..” bisik Irfan didalam hati.
Sedang asyik Irfan melayan perasaannya, tanpa disedarinya sebuah kereta yang sedang memotong dari arah hadapan tidak sempat memasuki laluan asalnya, Irfan tidak sempat mengelak dan hasilnya… BOOOMMMMM!!!!!! Bunyi dentuman kuat. Kereta yang dipandu Irfan berpusing begitu juga dengan kereta yang bertembung dengannya tadi. Irfan sudah tidak sedarkan diri lagi. Hilang segala angan-angan yang bermain dalam fikirannya tadi.
Di rumah Arissa berdengus geram.
“Dah la terpaksa habiskan duit untuk mamat ‘Beruang Panda’ yang entah apa-apa tu, ada ke terlanggar sedikit dia kata dia cedera parah, dia ingat aku buta apa? memang tak logik langsung!. Si Julia ni pulak last minute dia kata tak dapat datang, ada emergency case katanya…ishhhh geram betul!!!”. bentak Arissa sendiri. Semua perancangan untuk berjalan-jalan hari tu, musnah sama sekali.
Selesai mandi dan solat zohor, Arissa turun ke bawah untuk makan tengahari. Ummi dan ayahnya sudah siap menunggunya di meja makan, cuma abangnya Azri sahaja yang tiada, katanya ada aktiviti di sekolah. Cuti pun sibuk lagi dengan aktiviti. Abangnya mengikut jejak langkah ummi dan ayahnya menjadi seorang pendidik. Ummi dan ayahnya merupakan pesara guru. Berlainan dengan Arissa, dia memang tidak meminati bidang perguruan walaupun puas dipujuk ayahnya supaya mengambil jurusan itu semasa memohon di universiti dulu. Di universiti dia mengambil jurusan business, di mana jurusan yang memang di minatinya sejak di bangku sekolah lagi. Arissa kemudiannya mengambil di meja makan disebelah umminya.
“Ha Rissa! kamu lepas tamat belajar ni apa perancangan kamu? Tak nak cari kerja ke?” tanya Encik Abdullah pada anaknya.
“Nanti dulu la ayah, penat belajar pun tak hilang lagi ni, Rissa ingat Rissa nak rehat dulu lah dalam masa sebulan dua ni. Lagipun sekarang ni bukan senang nak dapat kerja.” jawab Arissa sambil meneruskan suapan.
            “ Tu lah, ayah suruh kamu ambil bidang pendidikan hari tu kamu tak nak, kamu kata susah la nak control budak-budak dan apa-apalah lagi lah alasan kamu. Kalau kamu ikut nasihat ayah tak adalah kamu rasa susah nak dapatkan kerja. Keluar-keluar terus jadi cikgu.” kata Encik Abdullah lembut.
Sebenarnya Encik Abdullah tak ada lah menghalang minat anaknya itu, tapi memikirkan zaman sekarang ni yang susah nak dapat kerja, jurusan yang dipilih penting jugak untuk membantu mendapatkan kerja apabila sudah tamat belajar, saingan bukannya sikit, beribu-ribu orang pandai yang ada sekarang ni. Kalau nak buka business, modal kena ada baru boleh buka business. Kalau nak harapkan air liur je memang tak terbukaklah business tu. Kalau diikutkan keputusan SPMnya dulu Arissa memang layak, tapi disebabkan minatnya lebih kepada kerja-kerja pejabat dan berkaitan dengan perniagaan Encik Abdullah tidak dapat berbuat apa-apa. Takut nanti kalau dipaksa lain pulak jadinya.
            “ InsyaAllah ayah, kalau ada rezeki Rissa tu adalah, takkan kemananya.” jawab Arissa tenang.
Selesai makan, Arissa membantu umminya mengemas. Almaklumlah anak perempuan, nak tak nak kenalah bantu buat kerja-kerja rumah macam ni. Kalau tak nanti tak ada orang nak masuk meminang.
“Dah siap ummi! Rissa naik atas dulu ya ummi nanti kalau ada apa-apa yang ummi nak suruh Rissa bantu ummi panggil Rissa ya.” bagitahu Rissa kepada umminya.
 “Ni tak ada kerja lain mesti nak tidurlah tu. Elok sangat la tu lepas makan tidur, nanti badan tu jadi macam tong baru tau.” bebel Puan Mariam.

            “Alahhh ummi ni… bukannya selalu. Badan Rissa ni tak larat sangat rasanya. Boleh ya ummi…heheheheh.” kata Arissa dengan muka selambanya.  

No comments:

Post a Comment