Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : HUS (17)

BAB 17

            “Hello Assalamualaikum Julia.” Arissa memberi salam.
            “Waalaikumussalam. Hah Rissa, ada apa hal kau telefon aku malam-malam ni?”
            “Kau ni macam tak suka je aku telefon kau.”
            “Laa… bila masa pulak aku cakap aku tak suka. Aku tanya je kan.  Kau ni suka sangat cakap macam tu. Kalau aku tak suka, aku tak jawab panggilan kau ni tau.” bebel Julia.
            “Dah lah mak cik tak payah nak bebelkan aku sangatlah, aku gurau jelah. Ada hal sebenarnya aku telefon kau ni.” kata Arissa tidak mahu menegangkan lagi keadaan.
            “Apa halnya.”
            “Aku nak tanya kau pasal abang sepupu kau tu sikit.”
            “Siapa, Abang Irfan?”
            “Yelah, siapa lagi.”
            “Kenapa dengan dia?”
            “Dia datang kedai aku tadi. Kau bagitahu dia kedai aku kat situ ek?”
            “Eh mana ada!” bohong Julia.
            “Habis tu macam mana dia tahu.”
            “Kau ni… kedai kau tu dekat dengan office dia kot, kalau aku tak bagitahu pun dia jumpa jugak. Area sama kot.”
            “Yeke.”
            “Yelah. Kan aku dah bagitahu kau haritu, yang office dia tu dekat area situ jugak. Kau ni cepat sangat lupalah.”
            “Tak kisahlah tu. Tapi yang aku nak tahu sekarang ni, abang sepupu kau tu datang mintak maaf dengan aku, dia mintak maaf sebab sikap dingin dia pada aku dulu. Aku cakap kenapa baru mintak maaf sekarang. Dia cakap dia baru tahu kenenarannya.”
            “Abang Irfan datang mintak maaf dengan kau?” tanya Julia pura-pura tidak tahu.
            “A’ah dia datang mintak maaf dengan aku. Tapi yang aku tak tahu kebenaran apa yang dia maksudkan tu, kau tahu tak?”
            “Laa…manalah aku tahu. Kau tak tanya dia ke.”
            “Ada. Tapi dia tak bagitahu masalahnya.”
            “Sikit pun dia tak cerita kenapa?”
“Tak.”
            “Alaa… Abang Irfan ni, kenapa tak cerita. Nak simpan lagi. Eeeee…” rungut Julia geram, dia tak sedar yang Arissa mendengar rungutannya itu.
            “Aiii kau ni macam tahu sesuatu je.” Arissa menebak.
            “Eh mana ada!” nafi Julia lagi.
            “Kau ni cakap betul-betul dengan aku. Kalau kau tahu sesuatu baik kau cerita. Kalau tak kau tahulah nasib kau nanti.” Arissa seakan mengugut.
            “Laaa aku cakap tak tahu, tak tahulah. Kau tanyalah Abang Irfan sendiri.”
            “Habis tu kenapa kau cakap macam tu tadi?”
            “Aku cakap apa?” Julia pura-pura tidak ingat apa yang dirungutnya tadi.
            “Tadi tu?”
            “Tadi bila? Kau ni… kau tanya Abang Irfan sendirilah. Hanya dia yang tahu jawapannya. Kau tanya aku bukan aku tahu pun.”
            “Aku dah tanya masalahnya. Tapi dia tak nak bagitahu! Kalau tak, aku tak susah-susah nak telefon kau ni.”
            “Mintak maaflah Rissa kali ni memang aku betul-betul tak dapat nak tolong kau, sebab aku pun tak tahu kebenaran apa yang dimaksudkan Abang Irfan tu. Kalau kau nak aku tanya, nanti aku tanya dia.” Julia memberi cadangan biarpun hakikatnya dia sudah tahu kebenarannya itu.
            “Eh tak payahlah, buat malu aku je. Kalau kau tak tahu tak apa lah.” kata Arissa pasrah.
            “Laaa nak malu apanya, kalau kau nak aku tanya, aku tak kisah. Boleh je aku tanya Abang Irfan tu. Aku tanya ya?” Julia sengaja menguji Arissa.
            “Aku kata tak payah, tak payah lah. Kau jangan nak degil sangat. Okeylah aku dah nak tidur ni. Assalamualaikum.”
            “Yelah... Waalaikumussalam.”
Perbualan Arissa dan Julia tamat disitu bila Arissa tidak juga berjaya mendapatkan jawapan yang diingininya dari Julia. Semuanya masih menjadi teka-teki dalam diri Arissa.




No comments:

Post a Comment