BAB 12
KINI
bermulalah kehidupan Arissa yang baru, tiada lagi Irfan disisinya. Dia bebas
sebebasnya dari Irfan. Setelah beberapa bulan meninggalkan kerja jururawatnya
itu, Alhamdulillah Arissa kini bahagia dengan pekerjaan barunya sekarang. Oleh
kerana minatnya dalam perniagaan, akhirnya Arissa mampu memiliki sebuah kedai
menjual barang-barang untuk cenderahati. Arissa mendapat sokongan penuh dari
keluarganya. Seronoknya lagi bila perniagaan yang dijalankannya itu mendapat
sambutan yang memuaskan.
“Rissa
kamu tak nak cari pembantu ke? Kesian ummi tengok kamu ni. Ummi nak selalu
tolong pun ummi pun dah tak larat. Ummi rasa eloklah kamu cari pembantu,
sekurang-kurangnya ringan sikit beban kamu tu.” Puan Mariam memberi cadangan.
“Tulah
ummi, Rissa ingat pun macam tu jugak. Nanti kalau Rissa ada nak uruskan kerja
kat luar, senang sikit Rissa nak tinggalkan kedai ni. ”
“Kalau
kamu nak, anak kawan ummi ada sorang yang baru lepas SPM, dia pun tak ada apa
nak buat kat rumah tu. Daripada duduk kat rumah tak ada apa-apa, sekurang-kurangnya
adalah dia duit saku bila tolong kamu.”
“Ermmm…okey
jugak tu ummi. Kalau kita dah kenal lagi bagus, senang sikit kita nak percaya.
Kan ummi?”
“Betul
lah tu. Kalau kita tak kenal ni, risikonya tinggilah sikit. Kalau kamu setuju,
nanti ummi bagitahulah anak kawan ummi tu. Kot-kot dia berminat.”
“Okey
ummi.” Arissa bersetuju
“Hai
Rissaaaaaa!!!”tiba-tiba Arissa terdengar orang menyebut namanya.
“Hah!
Kau makcik, aku ingatkan siapa tadi. Ada apa hal kau datang ni, kau tak kerja
ke?” tanya Arissa pada Julia.
“Amboi
macam tak suka je aku datang.”
“Bukan
macam tu. Tiba-tiba je muncul, terkejut jugak aku.”
“Memang
aku saja nak surprisekan kau pun
hehehhe.” Arissa mencebik mendengar kata-kata Julia itu
“Tak
ada lah, sebenarnya aku jumpa client
tadi. Dah alang-alang dekat dengan kedai kau ni, jadi aku singgah jelah.”
“Kau
sorang je ke?” tanya Arissa
“Sorang
jelah, habis tu aku nak datang dengan siapa? Aku bukannya ada pakwe, kau pun
tahu tu kan.”
“Manalah
tahu kan. Diam-diam kau tak bagitahu aku.”
“Aku
ke kau yang tak bagitahu ni. Kau tanya siapa sebenarnya ni?” tanya Julia
mengusik kerana seakan dapat mengagak siapa yang ingin ditanya Arissa
sebenarnya.
“Tanya
siapa? Aku tanya kau lah.” marah Arissa.
“Manalah
aku tahu, kot-kot kau ada teringat kat siapa-siapa. Kau malu nak tanya aku.” usik
Julia lagi.
“Kau
jangan nak mengarut ya. Aku sekeh kang!”
“Amboi,
sampai macam tu sekali. Tapi kan Arissa, orang kata, kalau benda tu tak betul
orang tu takkan marah. Tapi kau ni aku tengok….”
“Kau
tengok apa? Jangan nak pandai-pandai buat spekulasi sendiri ya. Aku hempuk
jugak kau dengan pasu bunga ni kan.” marah Arissa.
“Yelah,
yelah aku tak buat spekulasi lagi. Eee tak pasal bengkak kepala aku kena dengan
kau ni.”
“Kalau
takut kepala tu bengkak, baik kau stop cakap mengarut.”
“Ya,
aku tak cakap lagi.” Julia mengalah. Arissa tersengih.
Sebenarnya
apa yang difikirkan Julia pada Arissa tu betul, memang dia teringatkan
seseorang, seseorang yang sangat dikenali Julia. Sejak keluar dari rumah Irfan
dengan keadaan yang penuh konflik antara dia dengan majikannya itu, sampai
sekarang Arissa langsung tidak lagi mendengar apa-apa berita dari Irfan. Julia
pun tak pernah sekalipun bercerita tentang abang sepupunya itu. Situasi itu
membuatkan Arissa tertanya-tanya, sihat sepenuhnya dah ke majikannya tu, dah
bekerja dah ke ataupun dah kahwinkah dia. Kalau ditakdirkan berjumpa nanti,
adakah Irfan masih bersikap dingin lagi ke dengannya. Benda tu bermain-main difikiran
Arissa. Apa salahnya sebenarnya, hinggakan majikannya itu bersifat dingin
begitu terhadapnya. Dia cukup terasa bila Irfan melayannya seperti itu.
Kadang-kadang Arissa merasakan majikannya itu terlalu benci padanya. Arissa
sangat sedih bila teringatkan perkara itu.
DI
PEJABAT, Irfan termenung. Irfan pun sama teringatkan Arissa. Sejak Arissa tidak
lagi bekerja dengannya, cerita tentang Arissa tidak lagi didengarinya. Adik
sepupunya pun tak pernah bercerita. Nak tanya pada Julia dia malu, nantikan apa
pulak yang difikirkannya. Daripada dia buat spekulasi yang bukan-bukan, diam
itu lebih baik baginya.
“Apa
yang Arissa tengah buat sekarang ni ya. Dah kahwin ke dia dengan Taufeq tu.
Kalau dia kahwin, dia akan jemput katanya. Tapi sampai sekarang satu kad kahwin
pun aku tak terima. Ahhh!!! Biarlah dia nak kahwin ke tak, yang aku serabutkan
kepala ingatkan dia ni kenapa? Ingat Irfan, Arissa dah ada Taufeq. Kau jangan
nak berangan lagi. Ingat tu!” marah Irfan pada diri sendiri.
“Hoi
Irfan! Apa yang kau lamunkan tu. Dari tadi aku ketuk pintu kau tak dengar ke?”
tegur Johan kawan baik Irfan.
“Hah!”
Irfan seakan terkejut.
“Kau
ingat buah hati ek?”
“Eh
mana ada.” nafi Irfan
“Habis
tu, kau ingatkan siapa?”
“Ishhh
kau ni, mana ada ingat siapa-siapa. Kau ketuk tu slow sangat kot. Tu yang aku tak dengar tu.”
“Banyaklah
kau punya slow. Sampai nak bengkak
dah jari aku ni. Kau tu yang mengelamun.”
“Ishhh
mana ada. Eh kau dah lunch belum?.” tanya
Irfan.
“Ha,
aku ingatkan kau dah tak ingat nak makan. Aku datang ni pun sebab nak ajak kau
makanlah ni. Jomlah lunch.” ajak
Johan.
“Jom
aku pun dah lapar ni.” kata Irfan
Tengah
hari itu Irfan dan Johan makan tidak jauh dari office mereka. Sedang mereka khusyuk makan, tiba-tiba datang satu
perempuan menyapa.
“Hai
Irfan, Johan… makan berdua je ke?” tanya Sara pada Irfan dan Johan.
“Taklah
sepuluh orang ni. Tak nampak?” perli Irfan. Johan tersenyum, Sara sedikit malu,
Irfan sengaja kenakannya.
“Boleh
Sara join sekali?”
“Perlu
ke tanya, kalau kata tak boleh pun tetap duduk jugak kan?” perli Irfan lagi.
Irfan cukup meluat dengan perangai gedik Sara itu.
“Terima
kasih Irfan…” ucap Sara, Irfan buat endah tak endah je.
“Sara
ni dari mana sebenarnya ni?” tanya Johan sekadar berbasa basi takut Sara rasa
tidak selesa.
“Ohhh,
Sara shopping tadi. Kebetulan nampak you all kat sini, tu Sarah datang sini
tu.”
“Orang
perempuan ni memang kan. Tahu shopping je,
malanglah siapa yang dapat perempuan yang kuat shopping macam ni.” kata Irfan sinis. Johan menjeling pada kawannya
itu. Irfan buat tak tahu. Sara sudah terasa disitu.
“Emmm
Johan, Sara mintak diri dululah. Kawan Johan ni macam tak suka je.” kata Sara
seakan mengerti apa yang dikatakan Irfan sebentar tadi.
“Eh
takkan dah nak balik kot. Minumlah dulu.” pelawa Johan balik.
“Kau
ni, dah orang nak balik, biar jelah.” kata Irfan selamba.
“Tak
apa lah Johan, lain kali jelah ya. Sara mintak diri dulu.”
“Yelah.”
jawab Johan
Bila
Sara pergi sahaja, Johan terus menegur sikap kawannya itu.
“Kau
ni Irfan, tak baik tau. Kesian aku tengok Sara tu.”
“Kenapa
pulak, apa yang aku dah buat.” tanya Irfan buat-buat tak tahu.
“Yelah,
kalau ya pun tak suka dengan si Sara tu, janganlah tunjuk sangat. Kesian aku
tengok muka dia tu tahan malu. Kau ni mulut tak ada insuran langsung.”
“Maaflah,
aku tak pandai nak hipokrit-hipokrit ni. Lagipun aku tak ada duit nak bayarkan
insuran untuk mulut aku ni. Apa yang aku rasa aku tak suka,aku cakap je.
Lagipun dia tu gedik sangatlah. Meluat aku!” luah Irfan pula
“Tahu.
Aku pun meluat jugak tengok dia gedik macam tu. Tapi kenalah jaga jugak air
muka dia. Kesian aku tengok dia tadi.”
“Dahlah
tu. Kita nak gaduh pasal dia pun apa kita dapatkan. Baik kau makan cepat-cepat,
aku dah siap ni. Nanti aku tinggal kan, kau marah pulak.”
“Yelah-yelah.
Bab bercakap, kalau tak menang kau memang tak sah kan?”
“Kau
dah tahu. Yang kau nak berdebat lagi dengan aku tu kenapa. Dah lah, cepat sikit
makan tu.”
“Yelah,
yelah…eee kau ni.” Johan mengalah.
Baru
sahaja Irfan ingin melangkah keluar dari restoran tersebut, tiba-tiba Irfan terlihat
kelibat dua orang yang amat dikenalinya diseberang jalan.
“Eh,
tu bukan Arissa dengan Taufeq ke?” teka Irfan dalam hati. Johan pelik,
tiba-tiba Irfan pegun disitu seakan melihat sesuatu.
“Irfan!
Kau tengok apa tu.?” sergah Johan
“Hah,
tengok apa? Mana ada tengok apa-apa.”
“Dah
yang kau pegun tak bergerak depan pintu restoran ni kenapa? Macam nampak benda
pelik je. Ke kau nampak bidadari melintas?”
“Mana
ada. Dah jomlah!” ajak Irfan. Dalam fikirannya berlegar seribu tanda tanya
mengenai status Arissa dan Taufeq itu.
Johan
masih tak puas hati dengan jawapan Irfan, sampai dipejabat dia menyambung
kembali persoalan yang ditanya pada Irfan tadi.
“Weh!
Kau tengok siapa tadi.?”
“Kau
ni tak habis-habis lagi kan. Mana ada
aku tengok siapa-siapa.”
“Yelah
tu, kau jangan tipu aku lah. Aku nampak tadi kau tengok satu couple tu.”
“Couple mana pulak ni. Kau jangan nak
mengarut ya.”
“Alahhh,
bagitahulah aku. Siapa mereka tu.”pujuk Johan lagi
“Aku
nak bagitahu macam mana, aku pun tak tahu couple
mana yang kau maksudkan tu.” bohong Irfan
“Alahhh
perempuan yang pakai baju kurung tu, pakwe dia pulak yang pakai kemeja putih
tu.”
“Baju
kurung, kemeja putih mana pulak ni. Peninglah aku layan kau ni.” dalih Irfan.
“Kau
tak payah nak pening-pening sangatlah. Tak apa-tak apa, hari ni mungkin kau
boleh sorok dari aku. Aku nak tengok, lama mana kau tahan nak sorok dari aku.
Aku nak tengok Irfan!.” kata Johan sambil menepuk bahu Irfan. Irfan hanya diam.
“Okeylah
aku masuk bilik aku dulu, nanti kalau kau rasa nak bukak rahsia kau tu, kau datanglah
cari aku ya. hehheh” sempat lagi Johan berpesan.
“Dah
lah kau. Pergilah masuk bilik kau tu.” halau Irfan. Halau-halau manja je.hehheh
“Ingat
tu…” usik Johan
“Dah…dah
tak payah nak buat muka comel kau tu kat sini.”
“Yelah…”
Johan beredar dari situ. Irfan memikirkan apa yang dikatakan Irfan tadi.
ARISSA
bersiap-siap untuk keluar dengan Julia malam ini. Dah lama mereka tak keluar
makan berdua. Bila masing-masing dah lapang, peluang tu diambil oleh mereka
berdua menghabiskan waktu bersama. Puan Mariam sempat lagi memberitahu Arissa
tentang perkara yang dibincangkan sebelum ni dengan Arissa.
“Rissa, ummi dah telefon dah Makcik
Milah tanya pasal pembantu yang kamu nak tu. Anak dia setuju, jadi ummi suruh
dia mula kerja esok. Kamu okey ke?”
“Eh baguslah tu. Lagi cepat lagi
bagus.”
Ponnnnnnn…ponnnn…ponnnn.
Bunyi hon kereta Julia.
“Ummi, Julia dah sampai tu. Rissa
keluar dulu ya.”
“Yelah, tapi jangan balik lewat
sangat. Kamu berdua tu anak dara. Bahaya balik lewat-lewat sangat.”
“Yelah ummi. Kami keluar makan je.
Habis makan kami baliklah. Pergi dulu ummi.”Arissa beredar setelah menyalami
umminya.
“Ummi kau pesan apa tadi tu?” tanya
Julia selepas Arissa masuk kedalam kereta.
“Macam biasalah, jangan balik lewat
sangat, Kita ni kan perempuan. Bahaya!”
“Rasanya kau boleh rakam pesanan
ummi kau tu. Tiap kali kau nak keluar mesti benda sama yang ummi kau pesan kan?
Nanti bila kau nak keluar lagi, tinggal kau pasang balik je depan ummi kau. Tak
payah ummi kau susah-susah nak habiskan suara dia pesan benda yang sama
kan?”cadang Julia.
“Hurmmm…bernas jugak idea kau tu
kan? Tapi kau buatlah dulu, baru aku ikut.”
“Laaa aku dah buat kat papa akulah
ni, kalau tak aku tak suruh kau buat. Alhamdulillah mujarab.hahhahah” ketawa
Julia
“ Kau ni macam-macamlah. Mesti
pening papa kau, nak layan perangai tak betul kau ni kan?”
“Papa aku biasa je, dah lali dah
dengan perangai aku. Sampai aku buat apa pun dia dah tak ada reaksi dah
sekarang ni” bagitahu Julia.
“Tu tandanya papa kau dah tak larat
nak layan kau lah tu.Hahahhah!”giliran Arissa pula yang gelak. Julia turut
serta gelak.
“Weh! Gelak-gelak jugak, kau nak
bawak aku makan kat mana ni.” tanya Arissa
“Kau rasa kau nak makan apa malam
ni?” tanya Julia pula.
“Ermmm aku terasa nak makan tomyam
lah. Kat mana tempat yang sedap ya?”
“Hah, yang tu kau jangan bimbang.
Kalau tom yam ni , aku ada tahu satu restoran baik punya. Restoran tu masakan
dia ala-ala Thai sikit. Aku rasa sesuai sangatlah kalau kau nak makan tom yam
tu.”
“Hurmmmm okeylah kalau macam tu, aku
ikut je.”
Sampai di restoran yang dimaksudkan,
kedua-dua mereka order makanan yang
sama. Dua-dua makan tom yam.
“Macam mana rasanya, okey tak?” tanya
Julia.
“Wah sedapnya! Memang terangkat
habis ni. Kawww…kawww punya tom yam
ni.”
“Ha, kan aku dah kata, kat sini
kalau tom yam memang meletop punyalah. Best
kan?”
“Best
sangat. Macam mana kau tahu tempat ni best
ni.” tanya Arissa ingin tahu.
“Abang Irfan yang kenalkan kat aku.
Dulu-dulu aku rajinlah jugak lepak-lepak, makan-makan dengan dia kat sini.
Sekarang ni je kurang. Masing-masing sibuk kan.” bagitahu Julia. Arissa
tiba-tiba diam bila mendengar nama Irfan disebut. Teringat sikap majikannya itu
yang berubah menjadi dingin dengan tiba-tiba. Sampai sekarang masih menjadi
tanda tanya dalam diri Arissa
“Eh!
Yang kau tiba-tiba diam ni kenapa? Tercekik lada?” tanya Julia bila melihat
kawannya itu tiba-tiba senyap.
“Eh
mana ada, aku kalau tercekik lada pun oket lah.” kata Arissa berlagak.
“Eeeee…berlagak,
menyampahnya aku dengar.” luah Julia.
“Aku
tahu, kalau aku cakap mesti kau tak puas hati kan? Aku nak cakap macam mana
lagi, dah memang itu kenyataannya.”
“Eee…tolonglah
kau ni Rissa…” kata Julia masih tak puas hati.
“Hahahhahahahahha!!!”
Arissa gelak melihat ketidakpuashatian kawannya itu.
“Eh!
Tu macam Abang Irfan aku je tu. Abang Irfan!” panggil Julia. Arissa terus diam.
Irfan
menuju kearah Julia.
“Abang
Irfan buat apa kat sini. Eh abang Johan pun ada sekali.”
“Kalau
dah datang sini nak buat apa lagi Cik Julia oi, nak makan lah. Ada tengok orang
main skateboard kat sini.” perli
Irfan.
“Abang
Irfan ni, orang tanya je. Tak payah la nak perli-perli macam tu.”
“Lain
kali tanya soalan logik sikit.” kata Irfan sambil matanya menjeling ke arah
Arissa. Arissa hanya diam membisu disitu.
“Eh
Irfan, bukan ni ke gadis baju kurung yang kau tengok hari tu.” tanya Johan
spontan bila dia terpandangkan Arissa. Irfan sudah tidak tentu arah.
“Gadis
baju kurung mana ni?” tanya Julia ingin tahu.
“Tak
ada apa-apalah. Abang Johan ni memang suka mengarut. Suka cakap yang
bukan-bukan sejak akhir-akhir ni.” sampuk Irfan
“Eh
apa pulak mengarut. Betul lah aku cakap.” Johan masih menegaskan kenyataanya.
“Eh
Rissa, kau ke gadis baju kurung tu?” tanya Julia. Arissa terkejut.
“Gadis
baju kurung mana pulak ni. Mana aku tahu.” suara Arissa yang dari tadi diam.
“Hah
kan aku dah kata. Kau ni silap orang ni.” Irfan cepat-cepat menyampuk.
“Tapi
aku rasa macam yelah.” Johan masih tak puas hati.
“Dah,
dah kau jangan nak bersoal siasat dekat sini. Kita datang sini nak makan,
bukannya nak jadi penyiasat. Kalau kau nak siasat, kau siasat kemudian ya. Aku
dah lapar ni.” tegas Irfan
“Yelah…
tapi tak apa aku akan siasat jugak nanti.” janji Johan.
Sebelum
beredar, Irfan sempat lagi berbisik pada Arissa. Perlahan je, hanya Arissa je
yang dengar. Johan dan Julia sedikit pelik dengan kelakuan Irfan.
“Suami
awak tak ikut sekali ke?” tanya Irfan. Arissa sedikit terkejut. Belum sempat
Arissa bertanya balik, Irfan sudah beredar dari situ.
“Eh
abang Irfan bisik apa kat kau, macam muka orang terkejut je aku tengok kau.”
tanya Julia ingin tahu.
“Tak
ada apa-apalah. Dah lah, makanlah cepat nanti lambat pulak.” Arissa mengelak.
Julia
hanya menurut membiarkan soalannya itu tanpa jawapan.
No comments:
Post a Comment