BAB 16
“Johan, kau nak tahu tak hari ni
sinar harapan aku kembali terang. Aku tak payah nak besedih-sedih lagi dah.”
luah Irfan.
“Kau ni kenapa? Tiba-tiba je… kau
angau ke apa ni?”
“Ya aku tengah angau. Aku angaukan
Arissa sekarang ni. Aku tak sanggup dah nak kehilangan dia untuk kali kedua.
Aku akan usaha untuk dapatkan dia Johan. Kau kena tolong aku Johan.”
“Lain macam je bunyinya ni, ada
apa-apa cerita baru yang aku tak tahu ke?” tanya Johan bila dirasakan ada
perkara yang tidak diketahuinya yang Irfan tidak ceritakan.
Irfan mengambil tempat yang lebih
selesa untuk memulakan ceritanya.
“Kau ingat tak pada malam pernikahan
Taufeq dengan Durrani tu.”
“Ya tentulah aku ingat. Kenapa?”
tanya Johan tak sabar ingin tahu.
“Kalau kau nak tahu selama ni aku
dah salah faham tentang hubungan Arissa dan Taufeq tu. Julia dah ceritakan
semuanya kat aku semalam.”
“Apa yang Julia ceritakan kat kau?”
tanya Johan pada Irfan untuk mengetahui keseluruhan cerita yang disampaikan
Julia.
“Kalau kau nak tahu, Arissa dan
Taufeq tu tak ada hubungan istimewa pun. Hubungan mereka tak lebih dari
hubungan antara adik dan abang je.”
“Oooooo…” Johan bersuara faham
“Kalau kau nak tahu lagi, Taufeq ni
anak yatim piatu. Ummi dan ayah Arissa jadikan dia sebagai anak angkat. Jadi sebab
tu lah Arissa rapat dengan dia.”
“Dah yang kau kata sebelum ni Arissa
nak kahwin dengan Taufeq tu apa pulak.”
“Oohhh yang tu Julia kata Arissa
saja je nak kenakan aku. Sebab dia bukan tahu pun aku ada perasaan pada dia.
Dia main bedal cakap je tu.”
“Padan dengan muka kau kan. Tulah,
lain kali soroklah lagi perasaan tu. Sanggup merana sorang-sorang tu.” perli
Johan bila diingatkan kembali perangai kawannya itu.
“Sumpah Johan, aku menyesal sangat.
Lepas ni aku tak nak macam tu dah. Aku akan jumpa Arissa secepat mungkin. Aku
akan terus terang dekat dia tentang perasaan aku ni.”
“Baguslah kalau kau dah sedar. Kau
kena cepat, kalau kau lambat, melepas kau nanti.” Johan mengingatkan Irfan
supaya kawannya itu cepat bertindak.
“Ya aku akan bertindak cepat. Aku
rasa tak ada masalah untuk aku berjumpa dengan Arissa sebab Julia kata Arissa
ada buka kedai berdekatan dengan office
kita ni.”
“Oyeke. Kalau macam tu, itu satu
permualaan yang baik.”
“Tapi aku ada satu masalah.” kata
Irfan membuatkan johan tertanya-tanya tentang masalah yang dimaksudkan Irfan
itu.
“Apa masalahnya?”
“Julia cakap, ada satu mamat ni
minat dekat Arissa. Dia pun tengah cuba untuk merebut hati Arissa sekarang ni.”
Irfan bersuara bimbang.
“Kalau macam tu kau tak boleh tunggu
lama. Kau kena cepat bertindak, jangan sampai Arissa tangkap cintan dengan
mamat tu sudahlah. Melepas kau nanti.” Johan memberi kata-kata semangat untuk
temannya itu supaya Irfan cepat bertindak.
“Itu sudah tentu, aku takkan
lepaskan Arissa kali ni macam aku pernah buat sebelum ni. Aku tak nak ulangi
kesilapan aku lagi. Yang penting sekarang ni, aku kena usaha lebih keras lagi.
Aku berharap agar ada jodoh aku dengan Arissa dan semoga Allah S.W.T
permudahkan segalanya untuk aku.”
“InsyaAllah. Sekarang ni kau tinggal
kena usaha je, yang tentukan semuanya Allah S.W.T. Kau juga jangan lupa berdoa,
kerana berdoa tu senjata orang islam nak-nak bila dalam kesusahan macam ni.”
“Ya… aku tahu tu. Aku harap kau sudi
bantu aku, bila aku perlukan bantuan kau nanti.”
“Alahhh kau macam tak kenal aku
pulak. Kau jangan bimbanglah, demi kebahagiaan kau aku sanggup lakukan apa saja
tau. Yang penting aku dapat tengok kau bahagia.” bicara Johan seikhlasnya.
“Terima kasih Johan. Kaulah sahabat
aku dunia akhirat, sahabat aku time aku
susah dan senang. Aku bersyukur sangat dapat kawan macam kau.” puji Irfan pada
Johan. Johan memang seorang sahabat yang baik yang sentiasa memahami dirinya
dan sentiasa ikhlas berkawan dengannya.
“Sama-sama. Tak payahlah kau puji
aku lebih sangat, aku takut aku tak boleh jalan pulak nanti.” Johan melawak.
Irfan ketawa, faham apa yang dimaksudkan Johan itu.
Julia ke pejabat Irfan, apabila
Irfan menelefonnya suruh datang. Ada hal katanya nak di bincangkan.
“Apa lagilah yang Abang Irfan nak
bincang ni, rasanya semalam dah habis bincang. Ada lagi yang aku tertinggal
ke.” tanya Julia pada diri sendiri dengan dirinya masih lagi memandu keretanya
menuju ke pejabat Irfan.
Tidak berapa lama kemudian, Julia
sampai di pejabat Irfan.
“Dal, Encik Irfan ada?” tanya Julia
pada Dalila.
“Ada Cik Julia. Encik Irfan pesan
kalau Cik Julia datang dia suruh Cik Julia masuk je.” Dalila menyampaikan
pesanan Irfan pada Julia.
“Okey. Terima kasih ya Dal.”
“Sama-sama Cik Julia.”
Julia masuk ke bilik Irfan.
“Hah Abang Irfan, hal apa lagi abang
nak bincang dengan Julia ni.” tanya Julia sebaik sahaja masuk dalam bilik
Irfan.
“Kot ya pun duduklah dulu.” suruh
Irfan.
Julia
duduk dikerusi berhadapan dengan Irfan.
“Ada
hal apa sebenarnya ni abang panggil Julia.”
“Macam
ni, abang nak mintak tolong dengan Julia sikit ni.” Irfan memulakan bicara.
“Mintak
tolong apa?”
“Abang
nak jumpa Arissa. Tapi abang tak tahu yang mana kedainya. Boleh Julia
tunjukkan.”
“Ooooo…pasal
tu. Boleh tu boleh, tapi Julia tak nak masuk sekali tau, Julia tunjukkan je.
Nanti abang Irfan pandai-pandai sendirilah.” kata Julia yang takut disalah
anggap oleh Arissa jika dia ada sekali dengan Irfan nanti.
“Tu
Julia tak payah risaulah. Yang pentingnya sekarang ni Julia tunjukkan mana satu
kedai dia je. Lain-lain abang usaha sendirilah nanti.”
“Okey
boleh! Kita nak pergi sekarang ke?”
“Ya
sekaranglah, lambat-lambat nanti takut dikebas orang pulak.”
“Amboi,
gelojohnya.”
“Laa… gelojoh apanya, Julia jugak
cakap kat abang suruh cepat bertindak. Ni bila abang cepat Julia kata gelojoh
pulak. Julia ni….”
“Ya…ya… dah jomlah, tak payah nak sentap lebih-lebih sangatlah. Lambat-lambat
nanti takut ada orang lain dulu yang jumpa Arissa kan. Melopong abang nanti. ”
Julia saja menggertak Irfan bila dilihat Irfan seakan ingin merajuk.
“Jomlah kita pergi sekarang.” ajak
Irfan dengan penuh semangat. Julia ketawa melihat semangat yang ditunjukkan
abang sepupunya itu. Mereka berdua meninggalkan pejabat untuk ke kedai Arissa.
ARISSA
sibuk melayan pelanggannya begitu juga dengan Mila yang turut membantu.
Kebetulan ramai pula yang datang ke kedainya hari ini. Seorang pelanggan yang baru
masuk bertanyakan barang pada Arissa menyebabkan Arissa teringatkan pada satu
kejadian yang terjadi padanya suatu ketika dulu.
“Cik, kat sini ada jual patung
beruang panda tak?” Arissa yang sedang melayan pelanggannya berhenti seketika
apabila mendengar suara seorang lelaki yang bertanyakan patung beruang panda.
Arissa berpusing ingin melihat siapa pemilik suara itu.
“Encik Irfan!!!” Arissa terkejut
kerana apa yang difikirkannya tadi betul.
“Saya tanya, kat sini ada jual
patung beruang panda tak?” tanya Irfan sekali lagi bila dia melihat Arissa
seakan sudah tiada suara untuk berkata.
“A’ah. Ada, Encik Irfan boleh tengok
kat belakang sana.” kata Arissa sedikit gugup, masih lagi terkejut dengan apa
yang dia lihat sekarang ini.
“Boleh tak awak tunjukkan saya kat
mana. Belakang tu luas tu.”
“Tapi saya kena layan pelanggan saya
ni dulu. Kalau Encik Irfan nak suruh saya tunjukkan, Encik Irfan tunggulah
kejap. Lepas selesai nanti saya tunjukkan.
“Okey, tak apa saya tunggu. Awak
pergilah layan customer awak tu
dulu.” suruh Irfan memandangkan Arissa begitu sibuk. Arissa meneruskan
memberikan layanan pada pelanggannya tadi.
“Encik Irfan, marilah saya
tunjukkan.” ajak Arissa setelah selesai dia melayan pelanggannya. Irfan
menuruti langkah Arissa.
“Ni dia Encik Irfan barang yang Encik
Irfan cari tu.” Irfan diam, matanya memandang tepat ke wajah Arissa.
Arissa sedikit pelik dengan reaksi
yang ditunjukkan Irfan.
“Encik Irfan…Encik Irfan ooo Encik
Irfan.” panggil Arissa beberapa kali bagi meyedarkan Irfan dari lamunan.
“Encik Irfan!” panggil Arissa
sedikit kuat. Irfan tersentak.
“Ya saya…”
“Encik Irfan ni, datang nak membeli
ke datang nak mengelamun kat sini.” perli Arissa.
“Eh saya datang nak membelilah.
Kenapa pulak awak tanya saya macam tu.”
“Kalau nak membeli buatlah cara nak
membeli, yang Encik Irfan tenung muka saya tu kenapa.” marah Arissa.
“Amboi awak ni masih macam dulu
jugak ya. Masih sama, garang macam singa betina.” perli Irfan pula.
“Ewah…ewah…ewah sedapnya cakap saya
garang macam singa betina. Habis tu Encik Irfan macam apa pulak?”
“Saya? Saya tentulah singa jantannya.”
jawab Irfan selamba sambil tersenyum. Arissa jadi geram.
“Eeee…tu kenapa pulak senyum tu?”
tanya Arissa tak puas hati.
“Tak ada apa-apalah. Awak ni kalau
tak gaduh dengan saya boleh tak? Asal jumpa saya asyik nak gaduh je kerjanya.
Dah tak sayang saya ke?” Irfan sengaja mengajukan soalan itu sebab dia tahu
mesti Arissa melenting punya.
“Dah kenapa pulak saya nak kena
sayang Encik Irfannya!”
“Manalah tahu, kot-kot dalam diam
awak sayangkan saya.”
“Encik Irfan tak payah nak reka-reka
cerita kat sini ya. Sebenarnya Encik Irfan nak beli ke tak nak ni. Saya banyak
lagi kerja lain nak buat ni.” Arissa sedikit geram dengan kelakuan Irfan.
“Arissaaa….” panggil Irfan lembut.
Arissa seakan tersentuh dengan kelembutan suara yang memanggil namanya itu.
“Arissaaa!” panggil Irfan sekali
lagi tapi kali kuat sikit sebab dia tengok Arissa macam tak hiraukan
panggilannya sebelum ni. Arissa tersentak.
“Ya…”
“Sebenarnya saya memang nak beli
patung beruang panda tu. Tapi bukan tu saja tujuan saya datang kesini.” tutur
Irfan berhati-hati.
“ Apa lagi tujuan Encik datang
sini.” tanya Arissa tak sabar ingin tahu.
“Tujuan
saya datang sini juga sebenarnya saya nak mintak maaf dengan awak atas sikap
dingin pada awak dulu. Saya harap awak maafkan saya.”
“Kenapa hari ni baru nak mintak
maaf. Kenapa sebelum ni jumpa tak mintak maaf pun.” sindir Arissa.
“Sebab saya baru tahu kebenarannya.
Saya harap sangat awak maafkan saya.” Arissa sedikit pelik.
“Kebenaran apa yang Encik Irfan baru
tahu. Saya ada buat salah dengan Encik Irfan ke sebelum ni?”
“Tak, awak tak pernah buat salah kat
saya. Saya yang salah sebab dah salah faham dekat awak.” kata-kata Irfan
membuatkan Arissa bertambah keliru.
“Salah faham apa pulak ni. Cuba Encik
Irfan cerita betul-betul. Saya tak fahamlah!”
“Tak apa lah, nanti awak akan tahu
jugak. Yang penting sekarang ni saya nak mintak maaf pada awak dan saya harap
awak maafkan saya.” kata Irfan ikhlas.
Arissa
diam tidak tahu apa yang perlu dikatakannya lagi sebab dia tidak tahu apa yang
dimaksudkan Irfan.
“Oh
ya Arissa, Mak Mah kirim salam dekat awak. Dia kata dia rindu sangat nak jumpa
awak. Kalau awak ada masa datanglah jenguk dia kat rumah.” tambah Irfan.
“Waalaikumussalam.
Mak Mah macam mana sekarang, Mak Mah sihat ke?” tanya Arissa laju seakan lupa
kekeliruan yang melanda dirinya sebentar tadi.
“Alhamdulillah
Mak Mah sihat je. Nanti datanglah rumah jenguk dia. Kesian dia rindu dekat
awak.”
“Tengoklah
macam mana nanti. Kalau tak ada apa-apa, InsyaAllah saya sampai.” Arissa
berjanji.
“Okeylah macam tu, saya harap adalah
masa awak nanti ya.”
“InsyaAllah, Encik Irfan sebenarnya
nak beli ke tak nak patung ni, dari tadi lagi duduk dekat sini, tapi satu pun
Encik Irfan tak ambik lagi.”perli Arissa tiba-tiba, Irfan tersengih.
“Hehehe, awak bagi saya yang ni
jelah.” tunjuk Irfan.
“Yang mana, yang ni ke?” tanya
Arissa minta kepastian.
“A’ah yang tu, comel kan? Macam awak
je saya tengok.”gurau Irfan,
“Encik Irfan ni agak-agaklah nak
samakan saya dengan beruang ni. Kalau dengan Encik Irfan sesuailah.” marah
Arissa, Irfan ketawa kuat.
“Comel apa beruang panda ni.”
“Comel pada Encik Irfan, tapi tak
pada saya. Satu ni je ke?”
“A’ah satu je. Kalau nak beli lagi,
saya datang lagi nanti.”
Arissa membawa patung beruang panda
yang ingin dibeli Irfan ke kaunter.
“Ini balancenya.” Arissa menghulurkan baki duit kepada Irfan.
“Okey terima kasih. Jangan lupa
datang rumah jenguk Mak Mah nanti tau!” kata Irfan sempat lagi berpesan sebelum
beredar meninggalkan Arissa. Arissa hanya diam.
“Ada
ke samakan aku dengan beruang, tak tahu ke aku ni comel macam Dato’ Siti
Nurhaliza. Agak-agaklah kalau nak samakan aku pun.” rungut Arissa sendiri
setelah Irfan pergi. Hurmmm…boleh tahan perasan jugak si Arissa ni kan Hahhaha.
No comments:
Post a Comment