Followers

Wednesday, 26 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (13)

BAB 13

KESIBUKAN kerja Pasha Idham beberapa minggu kebelakangan ini, membuatkan Pasha Idham kurang memberikan tumpuan kepada staff-staffnya. Kalau dulu, ada je lebihan masa untuk mencari kesalahan pekerjanya. Tapi sekarang ni bila dah sibuk macam ni nak bertentang mata pun susah, masanya pun agak terhad untuk diluangkan bersama pekerja-pekerjanya. Mereka yang melihat Pasha Idham sibuk begini apa lagi, seronoklah. Kurang sikit rasa azab berada dalam penjara tu, sebelum ni nak menjeling pun susah. Tapi bila dah bos sibuk begini merdekalah sekejap mereka jadinya. Sakan bukan main gembiranya, nak nak Maria.
Pasha Idham kelam kabut keluar dari biliknya seperti ada hal penting yang perlu diuruskan di luar. Maria yang melihat Pasha Idham kelam kabut begitu jadi pelik, sebab setahunya Pasha Idham tiada urusan yang perlu diuruskan hari ni diluar. Kalau ada mesti dia akan tahu sebab semua akan dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Maklumlah PA lah katakan, jadi mestilah dia tahu apa jadual bosnya kan?
Pasha Idham tergesa-gesa membuka pintu keretanya. Apabila masuk ke dalam dan ingin menghidupkan enjin keretanya tiba-tiba kereta itu tidak boleh dihidupkan. Pasha Idham mendengus geram.
“Ishhh!!! Time aku nak cepat ni lah kereta ni nak buat hal pulak!” rungut Pasha Idham sendiri. Dia perlu keluar kerana terpaksa menggantikan papanya bertemu dengan orang penting yang terlibat dalam projek yang diuruskan syarikat mereka sekarang ini. Papanya cuti hari ni kerana tidak sihat dan papanya baru memaklumkan padanya sekejap tadi kerana papanya terlupa untuk memaklumkan lebih awal. Sebab tu Pasha Idham jadi kelam kabut begini, kalau tak tak ada lah jadi macam ni sekali.
Pasha Idham pening bila memikirkan keretanya yang tiba-tiba buat hal bila time terdesak begini. Nak dapatkan teksi pada saat genting macam ni memang susahlah, akan memakan masa juga nak menunggu nanti. Pasha Idham menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu bagi mencari idea untuk menyelesaikanmasalahnya itu. Tiba-tiba Pasha Idham teringatkan Maria.
“Ha…Maria…baik aku suruh dia je yang hantar aku.” Pasha Idham mendapat idea. Lalu dikeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan didailnya nombor Maria.
Maria yang mendengar telefon bimbitnya bernyanyi terus mengangkatnya tanpa melihat terlebih dahulu nama pemanggil di skrin telefon.
“Hello Maria! Awak keluar sekarang!” arah satu suara dari belah sana. Maria yang mendengarnya bingung, siapa pulak yang menelefonnya ni ya? Siap arah keluar lagi.
“Boleh siapa tahu siapa ni ya?” tanya Maria sopan.
“Saya bos awaklah! Encik Pasha! Boleh lagi awak tanya ya!” bebel Pasha Idham. Maria sedikit terkejut. Kenapa lain sangat bunyi suara bosnya bila dalam telefon. Maklumlah belum pernah bercakap dalam telefon dengan bosnya. Tu yang dia tak dapat cam tu.
“Ooo Encik Pasha ke…sorry Encik Pasha, saya tak cam pulak suara Encik Pasha.” Maria meminta maaf.
“Awak keluar sekarang! Saya tunggu awak kat luar.” arah Pasha Idham.
“Tapi kenapa Encik Pasha?”
“Awak jangan banyak tanya boleh tak? Kalau saya suruh keluar tu keluar je lah!” Pasha Idham bersuara geram bila Maria banyak soal.
“Ya baik Encik Pasha, saya keluar sekarang.” Maria tergesa-gesa keluar. Kak Zura, Aina dan Azlan hanya memerhati kelakuan Maria itu.
“Ada apa Encik Pasha suruh saya keluar ni?” tanya Maria sebaik berada di hadapan Pasha Idham.
“Awak tolong hantar saya sekejap.” suruh Pasha Idham.
“Hantar Encik Pasha? Hantar kemana Encik Pasha?” tanya Maria bingung.
“Tolong hantar saya ke pejabat Datuk Rahim. Saya ada meeting penting kat sana.”
“Kereta Encik Pasha kan ada. Kenapa tak pergi dengan kereta Encik Pasha je?” tanya Maria berani. Sambil tangannya menunjuk kearah kereta Pasha Idham.
“Kalau kereta saya ni okey saya tak suruh pulak awak hantar saya!” suara Pasha geram. Maria tersenyum kelat.
“Saya datang kerja dengan motor je Encik Pasha…bukan dengan kereta.” beritahu Maria jujur.
“Habis tu kalau motor kenapa?”
“Saya takut Encik Pasha tak selesa je.” kata Maria berdalih. Padahal dia yang rasa tak selesa sebenarnya. Maklumlah Pasha Idham tu kan lelaki, dia tu pulak perempuan. Dahlah bertudung pulak tu! nanti apa pulak orang lain kata kalau naik motor berdua.
“Dah…awak tak payah banyak cakap lagi! Saya dah lewat ni! hantar saya sekarang!”
“Baik Encik Pasha…saya pergi ambik beg dengan kunci motor saya dulu ya Encik Pasha.” Maria meminta diri…tiba-tiba dia berhenti. “ Tapi Encik Pasha…..” kata Maria tidak meneruskan ayatnya.
“Tapi kenapa pulak ni?” soal Pasha Idham.
“Topi keledar saya ada satu je, macam mana saya nak hantar Encik Pasha. Kalau polis ada kena saman nanti.” beritahu Maria pada Pasha Idham. Pasha Idham menggaru-garukan kepalanya.
“Dah selesai satu hal, satu hal lain pulak yang ada! Topi keledar pulak dah tak ada. Ishhh geram betul lah!” rungut Pasha Idham. Tiba-tiba Pasha Idham terpandang topi keledar yang berada berhampiran pak guard pejabatnya itu. Pasha Idham meluru ke arah pak guard itu.
“Pakcik, boleh saya pinjam topi keledar pakcik kejap.” minta Pasha Idham. Maria hanya memerhati tindakan bosnya itu.
“Boleh…” jawab pak guard itu sepatah sambil menghulurkan topi keledarnya pada Pasha Idham.
“Terima kasih pakcik.”
“Sama-sama.”
“Yang awak tercegat kat situ lagi tu kenapa? Pergilah ambik kunci motor awak tu cepat!” tegur Pasha Idham bila melihat Maria yang masih tercegat disitu memerhatikannya.
Maria yang mendengar teguran itu terus masuk ke dalam pejabat, dan kemudian keluar semula bersama beg tangan dan kunci motonya ditangan.
“Nah!” Maria menghulurkan kunci motosikalnya pada Pasha Idham.
“Kenapa awak bagi kunci motor ni pada saya pulak?” soal Pasha Idham.
“Encik Pasha lah bawak, takkan saya pulak yang nak bawak. Saya kan perempuan.” kata Maria. Pasha Idham merenung tajam ke arahnya.
“Kalau saya nak bawak motor awak ni, saya tak suruh pulak awak hantar saya! Saya bawak je motor ni. Saya pinjam aje dengan awak, tu lagi senang!” bebel Pasha Idham. Maria hanya mendengar bebelan Pasha Idham sambil tersenyum kelat.
“Ya lah…saya bawak…Encik Pasha duduk belakang.” kata Maria dalam nada terpaksa. Sepanjang hayatnya dia tak pernah menjadi penunggang pada seorang lelaki. Biasanya hanya Mak Munah saja yang menjadi menjadi pemboncengnya. Inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya. “Encik Pasha duduk jauh-jauh sikit ya? Jangan pegang saya, pegang pada pemegang kat belakang tu ya?” pesan Maria pada Pasha Idham. Maklumlah bosnya tu lelaki, dia pulak perempuan. Macam tak manis pulak bila dia yang menjadi penunggangnya. Kalau dia yang jadi pembonceng boleh tahanlah jugak lagi. Nak tak nak Maria terpaksa juga menghantar bosnya kerana keadaan sudah terdesak.
“Ya…saya tahulah…! Awak ingat saya teringin sangat ke nak pegang awak?” sindir Pasha Idham.
“Saya cuma pesan je…saya tak cakap Encik Pasha macam tu.” kata Maria geram. Pasha Idham hanya diam.
“Saya dah nak gerak ni Encik Pasha, macam mana Encik Pasha dah sedia ke?” tanya Maria bagi memastikan tahap kesediaan bosnya.
“Dah…” jawab Pasha sepatah. Mendengar saja jawapan dari Pasha Idham, Maria terus bergerak laju dengan motosikalnya. Pasha Idham dibelakang bagai nak tercampak. Tidak berhenti Pasha Idham membebel. Maria yang mendegar bebelan Pasha Idham hanya tersenyum. Boleh tahan macam Mak Munahnya juga bebelanya.
Kalau nak tahu, Pasha Idham ni tak pandai bawak motor sebenarnya. Sebab tu dia suruh Maria menunggangnya. Kalau dia  pandai tak adanya dia nak suruh Maria menghantarnya.
Disebabkan Maria tu PA dia dan orang penting dengan bos jadi Pasha Idham meminta je lah bantuan Maria. Nak beritahu Maria yang dia tak pandai bawak motosikal dia malu. Jatuhlah sahamnya nanti. Nak minta tolong pekerjanya yang lain lagilah dia segan, faham-faham je lah perangainya macam mana dengan pekerjanya sebelum ni kan? Tu lah… lain kali jangan sombong sangat dengan orang. Bila ada hal terdesak macam ni kan susah nak mintak tolong. Orang lain mungkin biasa je…tak kisah bila dia nak mintak tolong. Tapi cuma dia je lah yang rasa segan.
Sebaik sampai dipejabat Datuk Rahim, Pasha Idham masih tidak habis membebelnya. Rasa kecut perut dalam diri masih lagi terasa. Mahu tak terasa, Maria kalau dah bawak motosikal faham-fahamlah macam mana? macam pelesitlah jawabnya. Kalah mat rempit kat luar sana tu. Sebab tu Mak Munahnya sentiasa bising bila naik motosikal dengannya.
“Awak ni kan Maria…bawak motor macam pelesit tau tak! Nasib baik saya tak ada sakit jantung! Kalau tak dah lama saya meninggal kat atas motor tu.” bebel Pasha Idham. Maria yang mendengarnya hanya tersenyum. Lebih lebar senyumnya bila melihat wajah pucat bosnya itu. Terasa lawak pulak dimatanya. Setakut-takut Mak Munahnya pun tak ada lah sampai jadi pucat macam tu. Pasha Idham ni over semacam je dia tengok. Tak padan dengan lelaki, takutnya mengalahkan perempuan.
“Saya ni macam mana Encik Pasha? Nak suruh saya tunggu ke nak suruh saya balik dulu?” tanya Maria.
“Dah…awak tak payah tunggu saya. Saya balik naik teksi je nanti. Tak sanggup saya naik motor dengan awak ni? Tak pasal-pasal saya masuk hospital nanti.” beritahu Pasha Idham. Maria yang mendengar tergelak besar jadinya.
“Hahahahha!!! Encik Pasha ni lawaklah…”
“Banyaklah awak punya lawak! Kalau accident nanti macam mana? Tak tergadai nyawa saya?”
“Okey…okey Encik Pasha, saya balik dulu ya? Encik Pasha baik masuk dalam cepat! Nanti lewat pulak kan.” kata Maria sengaja tidak mahu mendengar bebelan bosnya itu. Belum sempat Pasha Idham menjawab dia sudah meninggalkan bosnya itu. Pasha Idham yang melihat gelagat PA nya itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Maria…Maria…” kata Pasha Idham kemudian terus melangkah masuk ke dalam pejabat Datuk Rahim.


“KAU pergi mana Maria?” tanya kak Zura sebaik Maria masuk kembali ke pejabat.
            “Pergi hantar bos kitalah Encik Pasha tu.” jawab Maria.
            “Hantar Encik Pasha?” tanya Kak Zura tekejut.
            “Ya…”
“Dengan apa? Dengan motor kau ke?” tanya Aina pula seperti tidak percaya.
            “Ye lah…dah motor buruk tu je yang aku ada.”
            “Kau biar betul Maria?” giliran Azlan pula tidak percaya.
            “Betul la…buat apa aku nak tipu. Aku tak dapat untung apa pun kalau aku tipu.”
            “Kereta Encik Pasha mana sampai dia suruh kamu hantar dia?” tanya Kak Zura pula.
            “Kereta dia rosak…tak hidup katanya…”
            “Ooooo…patutlah…” kata Kak Zura, Aina dan Azlan serentak.
            “Tapi dalam ramai-ramai kita ni kenapa dia mintak tolong kau ya? Padahal aku kan ada?” kata Azlan sedikit musykil.
            “Manalalah aku tahu…dah dia mintak tolong aku. Aku ikut je lah…”
“Mungkin sebab kamu PA dia kot, sebab tu dia mintak tolong dengan kamu.” kata Kak Zura pula.
“Mungkin jugaklah…”
“Tak pun…dia sukakan kau kot!” serkap Azlan.
“Banyaklah kau punya suka! Asal orang mintak tolong je kau kata orang tu suka kat aku ya? Kau pun tahu macam mana Encik Pasha layan aku kan? Tak ada maknanya dia suka aku. Aku pun tak ada maknanya nak suka orang macam tu! sombong tak bertempat!” luah Maria.
“Mana tahu akan datang jadi suka…” Azlan masih lagi mengusik Maria.
“Dah…dah…dah! Kau tak payah nak mengarut! Baik kau sambung kerja kau tu daripada kau duduk merepek pasal aku kat sini. Aku pun ada banyak kerja lagi nak buat ni!” kata Maria malas untuk melayan kata-kata mengarut Azlan itu. Azlan, Kak zura dan Aina hanya tersenyum memandang Maria. “Yang semua senyum-senyum lagi ni kenapa? Pergilah duduk tempat masing-masing.” halau Maria bila rakannya itu masih tidak berganjak dari tempat duduknya itu. Senyum mereka tu yang buat Maria sakit hati sebenarnya.
 Azlan pun satu dah tak ada benda lain nak diusik agaknya. Saja je nak buat hati Maria rasa panas. Tapi panas Maria panas sekejap je tu, panas kura-kura kata orang. Maria bukannya reti nak marah orang lama-lama, nak-nak kalau kena pujuk cepatlah hilang marahnya itu. Senang kata Maria ni bukan jenis pemarah sangatlah, sebab tu dia tak boleh marah orang lama-lama.  


SELEPAS selesai meeting di pejabat Datuk Rahim, Pasha Idham terus pulang ke rumah. Datuk Aziz yang melihat anaknya pulang dengan teksi merasa sedikit pelik.
            “Ai Pasha, mana pergi kereta kamu? Kenapa kamu naik teksi balik rumah?” tanya Datuk Aziz pada Pasha Idham.
            “Kereta Pasha tak hidup pa. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba je buat hal.”
            “Pagi tadi elok je papa tengok kereta kamu tu. Okey je hidupnya…”
            “Tu lah pa, tak tahu kat mana yang tak kena. Pasha sedar pun masa Pasha nak pergi meeting ke pejabat Datuk Rahim tadi.”
            “Habis tu kamu pergi meeting tadi dengan apa? Dengan teksi jugaklah ya?”
            “Taklah pa, nak tunggu teksi sampai memang tak sempatlah pa nak pergi meeting tu. Papa bagitahu Pasha pun dah last minute, kalau Pasha tunggu teksi tu pukul berapa pulak Pasha nak sampai office Datuk Rahim tu.”
            “Habis tu kamu pergi dengan apa?”
            “Pasha suruh Maria yang hantar.”
            “Hah!?” Datuk Aziz sedikit terkejut. “Kamu biar betul Pasha?”
            “Betul lah pa. Buat apa Pasha nak tipu.”
            “Bukan Maria tu datang kerja dengan motosikal je ke?”
            “Ya lah…memang dia datang kerja dengan motosikal je pun. Habis tu kenapa pa?”
            “Kamu kan tak pandai bawak motor… takkan Maria yang bawak motor kot? kamu jadi pembonceng, macam tu?”
            “Ya lah pa… dah Pasha tak pandai bawak motor… memang Pasha lah yang jadi pemboncengnya.”
            “Ishhh!!! Kamu ni… biar betul…” Datuk Aziz seperti susah untuk percaya apa yang dikatakan anaknya itu.
            “Betul lah pa…” Pasha Idham cuba meyakinkan papanya.
            “Tapi kenapa kamu tak mintak tolong dengan Azlan je? Azlan kan ada…Maria tu dah lah perempuan, lepas tu bawak motor pulak tu. Kalau dia bawak kereta papa boleh terima lagilah. Kamu ni… kesian kat Maria tu. Mesti dia pun rasa segan nak bawak kamu tu.”
            “Dia tak kata apa pun pa… dia okey je.”
            “Memanglah dia tak kata apa... sebab kamu tu bos dia. Tapi papa tahu, walaupun dia nampak je macam selamba tapi mesti dia rasa segan jugak tu. Dia tu dahlah bertudung, tiba-tiba naik motor kena gendong lelaki macam kamu pulak. Mahunya orang tak pandang serong…” kata Datuk Aziz pada Pasha Idham. Pasha Idham hanya diam.
Memang dia perasan Maria sedikit tidak selesa tadi bila tahu dia yang kena menunggang motosikal itu tadi. Tapi apa boleh buat, dah keadaan terdesak. Siapa suruh papanya bagi tugas last minute macam tu. Bila dah jadi macan tu memang harulah jadinya, dia pun tak tahu keretanya nak rosak masa tu. Kalau ikutkan hatinya pun dia tak mahu menyusahkan Maria, tapi bila keadaan dah jadi terdesak macam tu terpaksa  jugaklah dia menyusahkan PA nya itu.
“Okeylah pa, Pasha naik atas dululah. Pasha penat ni.” kata Pasha Idham, malas untuk mendengar ceramah dari papanya lagi.
“Lain kali kalau jadi macam tu lagi mintak tolong dengan Azlan je, tak pun dengan Hazrul pekerja papa tu. Kesian kat Maria.. Kalau dia pakai kereta tak apa lah kamu nak mintak tolong dia pun. Ni motosikal… kesian kat dia.” tambah Datuk Aziz lagi.
“Ya lah…lain kali Pasha tak mintak tolong dengan Maria lagi…” kata Pasha Idham terpaksa mengalah. Dia terus melangkah menuju ke biliknya ditingkat atas. Datuk Aziz hanya memerhati langkah lemah anaknya itu.
“Pasha…Pasha…ada ke suruh Maria yang hantarkan... padahal ramai lagi yang dia boleh mintak tolong, Maria jugak yang dia berkenan. Ishhh…ishhh..ishhh” omel Datuk Aziz sendiri sambil menggelengkan kepalanya.


“MARIA, ahad ni kamu ada pergi mana-mana tak?” tanya Mak Munah pada Maria sewaktu mereka berdua makan malam.
            “Tak ada kemana-mana mak. Kenapa mak?”
            “Mak ingat nak ajak kamu pergi kenduri rumah kawan mak kat Pekan.”
            “Kat Pekan mak? Dengan motor buruk kita tu mak?”
            “Ya lah…habis tu nak pergi dengan apa lagi? Dah motor buruk tu je yang kita ada. Kita pergi dengan motor buruk tu jelah. Nak pergi dengan kereta kita tak ada kereta.”
            “Jauh tu mak…kalau ke Bandar Kuantan tu Maria berani lagilah. Ni dari Beserah nak ke Pekan mahu makan masa dekat sejam lebih jugak tu mak.”
            “Habis tu macam mana mak nak pergi?”
            “Alahhh mak ni…kekasih mak kan ada, pujuklah kekasih mak tu suruh anak dia yang hantarkan…” kata Maria dengan lenggoknya sambil merujuk kepada Makcik Timah kekasih Mak Munahnya itu.
            “Banyaklah kamu kekasih aku!” marah Mak Munah. Maria hanya ketawa. “Mak tak naklah susahkan Makcik Timah kamu kali ni. Selalu je mak mintak tolong dia, rasa tak sedaplah pulak.”
            “Nak segan apanya mak…Makcik Timah pun dah bagitahu, kalau ada apa-apa yang nak mintak tolong bagitahu je kan. Kalau dia boleh tolong dia tolong kan? Kita pun macam tu jugak. Kalau dia mintak tolong kita akan tolong jugak. Kita kan dah macam satu keluarga.”
            “Tapi mak takut Dila ada kerja pulak nanti.”
            “Tak apa…tu mak jangan risau. Nanti Maria tanya Dila macam mana. Kalau tak boleh jugak, kita pergi naik teksi je lah.” kata Maria memberi cadangan.
            “Kalau macam tu baiklah…kamu tanya Dila dulu. Nanti apa-apa hal kamu bagitahu mak ye.”

            “Baik Mak Munah!” jawab Maria yakin. Mereka berdua meneruskan suapan terakhir untuk makan malam mereka malam ni.

1 comment: