Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (8)

BAB 8

                DATUK AZIZ dan Datin Dian Citra atau lebih mesra dipanggil Datin Dian oleh kenalannya sedang khusyuk menonton televisyen di bawah. Pasha Idham yang baru turun dari biliknya menyapa papa dan mamanya.
            “Aii ma, pa..khusyuk tengok tv, cerita apa tu?”
            “Cerita apa…kami tengok berita ni ha…”  jawab Datin Dian. Pasha Idham hanya mengangguk. “Kamu enggak keluar ke Pasha malam ni?” tanya Datin Dian pada Pasha dalam loghat indonnya.
            “Enggak ma, Pasha duduk di rumah aja malam ni…” jawab Pasha yang juga dalam loghat Indonesia.
Untuk pengetahuan, mama Pasha Datin Dian Citra ni berasal dari Jakarta, Indonesia dan memang anak jati Indonesia. Perkenalan Datuk Aziz dan Datin Dian bermula apabila Datin Dian yang ketika itu berumur 19 tahun mengikut bapaknya yang mempunyai urusan perniagaan di Malaysia yang kebetulan berurusan dengan syarikat dimana tempat Datuk Aziz bekerja. Sejak kali pertama memandang Datin Dian, Datuk Aziz sudah terpikat dan mengambil keputusan untuk mengenali lebih dekat lagi hati budi Datin Dian dan Alhamdulillah disambut baik oleh Datin Dian.
Setelah hampir enam bulan berkenalan, Datuk Aziz yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, telah menyatakan hasratnya untuk melamar Datin Dian dan Alhamdulillah keluarga Datin Dian merestui dan akhirnya mereka pun berkahwin. Pada masa tu ibu dan ayah Datuk Aziz sudah tiada dan dia tinggal dengan keluarga angkatnya. Semua persiapan perkahwinan diuruskan oleh keluarga angkatnya itu. Walaupun saat-saat hari bahagianya tanpa kehadiran orang tua tercinta namun Datuk Aziz tetap gembira dengan adanya ibu bapa angkatnya itu  kerana dia sudah menganggap ibu bapa angkatnya itu seperti ibu bapa kandung sendiri. Dan akhirnya Datuk Aziz selamat juga dinikahkan dengan gadis pilihannya iaitu Datin Dian.
Setelah berkahwin, Datin Dian mengikut suaminya Datuk Aziz untuk tinggal sahaja di Malaysia. Tidak lama selepas mereka berkahwin, Datuk Aziz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan membuka syarikatnya sendiri di negeri kelahirannya di Pahang. Dan Alhamdulillah dengan hasil usahanya selama ini syarikatnya masih lagi berdiri teguh sehingga kini.
Walaupun sudah lama tinggal di Malaysia, loghat Indonesia sukar untuk hilang dari percakapan Datin Dian. Sesekali akan keluar juga loghat Indonesia itu bila dia bercakap. Keadaan itu membuatkan Pasha Idham dan adiknya Melly sudah terbiasa bercakap dalam loghat Indonesia bila berborak dengan mamanya. Kadang-kadang terasa berada di Indonesia bila berada dalam keluarga ini kerana ada satu ketika keluarga ini akan bercakap Indonesia sepenuhnya bila bersembang, sampai pembantu rumahnya pun sudah terikut-ikut dengan loghat mereka, padahal pembantu rumah mereka bukannya oran Indonesia tapi gorang tempatan.
“Melly mana ma?” tanya Pasha Idham bila adiknya tidak kelihatan.
“Adik kamu tu macam biasalah…lepas SPM ni udah enggak ada kerja lain, kerjanya nonton drama korea aja 24 jam. Mengadap laptop dalam biliknya la tu.”
“Ikut perangai mama kamulah tu Pasha.” Datuk Aziz yang sedari diam menyampuk percakapan mereka berdua.
“Apa yang ikut perangai mama pa?” tanya Datin Dian.
“Melly tu la ikut perangai mama, bukan mama pun suka mengadap laptop jugak ke?”
“Memang mama mengadap jugak laptop tu pa, tapi enggak ada la sampai 24 jam lamanya. Lagipun mama mana minat cerita korea ni pa.”
“Memanglah mama tak mengadap 24 jam tapi bila dah mengadap susah nak berhenti kan? Sampai papa balik pun kadang tu mama boleh tak sedar kan? betul tak cakap papa?” tanya Datuk Aziz pada isterinya.
“Itu dululah pa, sekarang enggak macam tu lagi. Udah kurang nontonya… lagi pula mama enggak minat cerita korea.” Datin Dian masih mahu mempertahankan dirinya.
“Mama memanglah tak minat cerita korea sebab mama minat band Ungu kan? Mama kalau dah mengadap Ungu memang macam Melly mengadap cerita korea jugak la, susah nak tinggal.” giliran Pasha Idham pula menambah. Datin Dian tersenyum, maklumlah band kegemarannya disebut Pasha Idham memang dia senyumlah tanda setuju.
Datuk Aziz disebelah hanya mampu menggelengkan kepalanya, memang dia sudah tahu minat isterinya itu, dia sendiri pun tak faham dengan isterinya itu apa lah yang diminat sangat dengan kumpulan Ungu tu sampai sanggup mengadap laptop berjam-jam semata-mata untuk melihat artis pujaanya itu. Mengalahkan orang muda minatnya, kalau minat kumpulan yang seera dengannya tak apalah juga, kumpulan ungu tu anak-anak muda je kot yang minat, Datin Dian bukannya muda lagi dah lima puluh tahun dah umurnya, umur je tua tapi jiwa tetap muda, agaknya macam tu lah kot Datin Dian ni. Kebetulan pula nama timangan vokalis kumpulan ungu sama nama dengan anaknya, lagilah Datin Dian suka.
Pasha juga memang tahu minat mamanya itu, kalau tanya je pasal kumpulan ungu semua mamanya tahu. Kadang-kadang bermain juga difikirannya, apalah yang best sangat dengan kumpulan Ungu tu sampai mamanya minat macam tu sekali. Dia minat juga ungu, tapi warna ungu je la…kumpulan Ungu ni memang dia tak layan sangat, sebab dia lebih suka artis dari Malaysia iaitu Anuar Zain. Dia memang minat Anuar Zain tapi minatnya itu boleh di kawal lagilah, tak ada lah sefanatik macam mamanya itu.


DI RUMAH Maria lebih kurang sama situasinya seperti di rumah Pasha Idham. Topik pasal kumpulan Ungu juga di bangkitkan. Mak Munah yang lama tidak membebel pada Maria sudah mula memulakan ceramahnya apabila melihat Maria khusyuk mengadap laptop di atas katil di dalam biliknya.
            “Aiii Maria, kamu tak kerja ke esok? Khusyuk sangat mak tengok kamu mengadap laptop tu? Tu tak ada lain tengok Pasha lah tu!” bebel Mak Munah pada Maria. Maria yang mendengarnya hanya tersenyum. “Senyum…senyum… kamu kerja tak esok ni?” tanya Mak Munah lagi.
            “Kerjalah mak, apa pulak tak kerja.”
            “Habis tu tak reti nak tidur? Dah pukul sepuluh dah ni Maria oiii…”
            “Ya tahu mak…kejaplah mak, Maria nak tengok Pasha dulu ni. Dah lama Maria abaikan dia sejak Maria kerja ni.”
            “Banyaklah kamu punya abai! Kamu ingat Pasha tu suami kamu?”
            “Bukan suami mak, tapi bakal suami.” jawab Maria selamba.
            “Banyaklah kamu punya bakal suami! Pasha tu kenal kamu pun tidak, bakal suami konon!”
            “Masa ni memanglah tak kenal mak, nanti esok-esok kenal lah.” Maria masih tidak mahu mengalah, ada je jawapannya. Macam manalah Mak Munah tak marah. Kalau ada sepuluh orang anak macam Maria ni boleh pengsan Mak Munah dibuatnya, Maria sorang pun dia dah tak larat nak melayan, ni kan pulak kalau sepuluh orang.
            “Melayan kamu ni sampai esok pun tak habis. Dahlah mak masuk tidur dulu, dah pukul 10 malam ni…tidur-tidurlah Maria nanti lewat kamu ke pejabat esok.” Mak Munah sempat lagi berpesan sebelum dia masuk ke biliknya.
            “Ya lah mak…sikit je lagi mak. Siap nanti Maria tidur ya mak.” Maria seakan memujuk.
            “Ikut suka kamulah Maria oi, kalau kamu lewat esok kamu jangan salahkan mak pulak ya?” kata Mak Munah yang terus berlalu ke biliknya. Maria masih khusyuk melayan artis pujaannya itu.
            Dalam seronok melayan Pasha ungunya itu sedar tak sedar dah dekat sepuluh kali Maria menguap, kali ni matanya sudah tidak dapat ditahan lagi, dia memang betul-betul mengantuk. Dikerlingnya jam didinding, jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Melihat waktu yang sudah agak lewat, Maria mengambil keputusan untuk tidur saja kerana takut paginya nanti tidak terjaga pula untuk pergi kerja.
Maria mematikan laptopnya dan sebelum tidur seperti biasa Maria akan melihat dulu gambar Pasha dan siap mencium lagi gambar Pasha yang berada dalam frame di meja sisi katilnya itu. Frame yang tertulis Pasha! I Love You di tepi-tepi frame itu direka khas oleh Maria semata-mata untuk meletakkan gambar Pasha kesayangannya itu. Menggunakan kekreatifan yang ada maka terhasil lah frame berwarna ungu dengan ayat yang penuh bermakna yang di cipta khas untuk Pasha itu oleh Maria. Pasha adalah segala-segalanya untuknya kini, macam dah tak boleh dipisahkan je Pasha dari hidupnya. Oh! Maria…beranganlah kau

No comments:

Post a Comment