Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (5)

BAB 5

                MARIA baru saja selesai memparkingkan motosikalnya. Selepas bersusah payah mencari tempat yang strategik untuk motosikalnya itu berteduh, Maria melangkah masuk ke bangunan pejabat. Belum sempat dia sampai ke pintu utama, dia terdengar suara Dila di belakang memanggilnya.
            “Oiiit Maria kenapa kau tak tunggu aku tadi. Penat aku pergi rumah kau, sampai-sampai mak kau cakap kau dah pergi.”
            “Alahhh, aku bukan tak nak tunggu tapi aku takut aku lewat. Aku tunggu kau tak sampai-sampai, tu yang aku pergi dulu tu. Maklumlah hari ni kan hari pertama aku mula kerja.”
            “Sorry la, aku bukan sengaja, tiba-tiba pulak aku sakit perut tadi, tu yang lambat sikit tu. Lagipun ni aku sampai pejabat tak lebih waktu lagikan. Kalau lewat sikit pun bos okey je la.”
            “Bos kau okey la, bos aku yang tak okey.” beritahu Maria bila mengingatkan peraturan yang ditetapkan oleh Pasha Idham padanya itu.
            “Kenapa dengan bos kau?” tanya Dila ingin tahu.
            “Tak ada apa-apa lah. Jomlah kita masuk, nanti punch card merah pulak kan.”
            Maria bergegas menuju ke mesin punch card. Takut hari pertama kerja dah merah. Walaupun bosnya tak masuk hari ni, tapi dia kena jaga jugak. Kalau Encik Pasha cek tak naya dia, free je kena ceramah nanti. Sebelum jadi apa-apa baik aku cegah dulu sebelum kena.
            Maria dikenalkan kepada semua staff disitu. Datuk Aziz menunjukkan tempat yang akan Maria menginap sepanjang dia bekerja disitu.
            “Okey semua, saya nak kenalkan kepada kamu PA baru syarikat kita namanya Maria.” kenal Datuk Aziz. Semua staff disitu tersenyum menyambut kedatangan Maria. Mereka bersalaman antara satu sama lain, mengucapkan kata selamat kepada rakan baru mereka.
            “Saya harap kamu semua dapat berikan tunjuk ajar yang sebaiknya pada Maria. Jangan buli-buli ya. Saya dapat tahu kamu buli dia, siap kamu.” pesan Datuk Aziz dalam nada bergurau.
            “Baik datuk. Datuk jangan bimbanglah, saya kan ada. Kalau mereka berani buli Maria, saya report kat datuk nanti.” beritahu Azlan , salah seorang staff disitu.
            “Azlan ni memang datuk, semua orang dia nak jaga. Nak-nak orang baru macam Maria ni. Lagi teserlahlah sikap prihatin dia tu.” perli Aina. Azlan menjuihkan bibirnya.
            “Kamu jangan layan sangat si Azlan ni Maria. Nanti semua kerja tak jalan kalau kamu layan dia ni.” tambah Kak Zura pula. Maria hanya tersenyum. Dirasakan semua staff disini sangat baik dan memang ramah. Betul kata Dila mereka semua macam satu family. Maria selesa dengan situasi itu.
            “Okey Maria mari saya tunjukkan tempat duduk kamu dan bilik Encik Pasha.” kata Datuk Aziz, Maria hanya menurut.
            “ Okey ni bilik Encik Pasha, dan diluar ni meja kamu. Kamu buatlah apa yang patut ya. Kalau ada apa-apa yang perlukan bantuan saya, kamu boleh ke bilik saya. Kamu tahukan bilik saya kat mana?” tanya Datuk Aziz pada Maria. Maria hanya mengangguk.
            “Terima kasih datuk.” ucap Maria
            “Sama-sama…  selamat bekerjalah ya.” kata Datuk Aziz  sambil tersenyum.
            Kalau nak tahu, pejabat Datuk Aziz ni terpisah dengan dua ruang. Bilik Datuk Aziz  hujung sebelah kanan, manakala bilik Pasha hujung sebelah kiri. Walaubagaimanapun, Maria dan Dila tetap boleh bertemu walaupun Dila bekerja bawah Datuk Aziz sebab ianya masih berada dalam pejabat yang sama, cuma ruangannya saja yang berbeza.
            Seperti yang di arahkan oleh bosnya dalam titipan surat sebelum ini, Maria memenuhi peraturan yang ketiga seperti yang dikehendaki dengan memastikan bilik majikannya berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih. Maria  memulakan tugasnya dengan penuh semangat, maklumlah hari pertama bekerja. Tapi apa yang menarik minat Maria dengan bilik Encik Pasha ni adalah warnanya.
            “Waaaa…cantikkk, bos aku ni minat warna ungu jugak ke? Sama macam aku?” tanya Maria pada diri sendiri.
            “Ahh…tak kisahlah dia minat ke tak, yang penting kerja aku, aku kena pastikan siap.” Maria memulakan tugas mengemasnya itu. Selepas berpuas hati dengan semuanya, barulah dia beredar dari bilik itu.
            Bila berada dimejanya dia teringatkan sesuatu, apa lagi kalau bukan kertas yang perlu ditampalnya itu. Maria mengeluarkan kertas peraturan yang diberikan oleh Encik Pasha itu, lalu ditampalkan diatas mejanya. Pada kertas itu sempat lagi dilukiskan tulisan ungu yang bertanduk sebagai logonya. Peminat setia ungulah katakan, semua benda mesti nak kena ada perkataan ungu itu, kalau tak ada memang tak sah. Sampai di motosikalnya ditampal sticker nama kumpulan ungu itu.   
Kekhusyukan Maria menampal kertas peraturan diatas meja itu menarik perhatian Kak Zura untuk menegurnya.
            “Kamu tampal apa tu Maria?” tanya Kak Zura sambil menghampiri Maria.
            “Tampal amanat bos Kak Zura.” jawab Maria selamba. Kak Zura nampak sedikit hairan, lalu dibaca amanat yang dimaksudkan Maria itu.
            “Uihhh…dahsyat, boleh tahan anak Datuk Aziz ni.” komen Kak Zura. Maria tersengih mendengar komen Kak Zura.
            “Kak Zura tak kenal ke dengan anak Datuk Aziz ni?”tanya Maria.
            “Tak! Mana nak kenal kalau tak pernah tengok. Lagipun ni baru kali pertama dia kerja disini. Kalau dah lama kerja kat sini, kenal lah.”
            “Kot lah dia pernah datang kat pejabat ni sebelum ni.”
            “Tak, setahu Kak Zura, anak datuk ni menetap diluar negara sebelum ni. Ni baru dia balik.”
            “Ooo patutlah…”
            “Okeylah Maria, akak nak sambung kerja dulu. Kalau ada apa-apa jangan malu-malu tanya ya. Hah, kalau Maria rasa dahaga, kat pantry tu ada milo dengan kopi. Kalau rasa lapar, biskut pun ada sekali. Jangan malu-malu, buat macam pantry sendiri je.” beritahu Kak Zura
            “Okey kak. Terima kasih…” ucap Maria
            “Sama-sama…”
            Maria meneruskan tugasnya dengan menyiapkan apa yang sepatutnya dia siapkan sebelum bertemu dengan bosnya esok.


SEDAR tak sedar rupanya dah sampai masanya untuk Maria balik. Semua orang sibuk mengemas barang masing-masing, begitu juga dengan Maria. Di pintu utama dia bertembung dengan Dila.
            “Mak cik, esok kau naik kereta dengan aku jelah. Bahaya kau bawak motor tu sorang-sorang. Kau tu dah lah lah perempuan.” ajak Dila.
            “Tak apa lah, aku dah biasa bawak motor ni. Lagipun aku tak nak menyusahkan kau.”
            “Laa.., menyusahkan apanya, kitakan satu jalan. Lainlah kalau jalan lain-lain. Tu memang menyusahkanlah.”
            “Tak apa lah… nanti kalau aku rasa aku nak naik kereta kau aku bagitahu ya.”
            “Ikut suka kaulah Maria. Tapi kalau kau rasa nak tumpang aku, kau jangan malu-malu bagitahu okey!”
            “Okey!” Mereka berpisah disitu kerana masing-masing menuju ke kenderaan masing-masing.


MALAM itu, perasaan Maria sedikit berdebar, tidak seperti malam sebelumnya. Yelah, mahu tak berdebar, esokkan nak jumpa bos. Tu lebih debarannya tu.
            “Hai , macam manalah rupa bos aku tu ya? Hensem macam Pasha kah? Garang macam Datuk K kah? atau bos aku tu cute macam Pak Nil kah?” Maria berteka-teki sendiri.
            “Ahh tak kisahlah rupa dia macam mana sekalipun. Yang penting aku happy kerja kat situ. Tapi kenapa berdebar semacam je aku ni.” tanya Maria pada diri sendiri.
            “Dah…dah kau jangan fikir lagi Maria. Lagi kau fikir, lagi tak keruan kau jadinya. Baik kau tidur je. Yang penting kau buat kerja kau tu dengan betul. Kau buktikan yang kau ni PA terbaik untuk bos kau tu. Baru bos kau tu sayang.” pujuk Maria.
            Maria menenangkan perasaannya sendiri. Walaupun tak berapa nak tenang, tapi akhirnya Maria terlelap jugak. Siap berdengkur lagi yang tak tahan tu. Lena betul si Maria ni tidur malam ni.

            

No comments:

Post a Comment