BAB
6
PAGI
itu, Maria orang yang paling awal sekali sampai di pejabat. Maklumlah hari ni
kan hari pertama bos masuk office.
Hari ni juga hari pertama dia akan bertentang mata dengan bos. Jadi dia kena
pastikan semuanya okey seperti yang tertulis dalam surat wasiat tu. Tak mahu
terlampau kalut, sampai awal dipejabat adalah idea yang paling bagus baginya.
Yelah, orang semua tak ada, jadi bolehlah dia lebih fokus dengan kerjanya.
“Ermmm…baru pukul 8.05, awal lagi
ni. Apa aku nak buat ni. Nak buat kopi takut sejuk pulak nanti. Dah tentu-tentu
Encik Pasha tu sampai lambat lagi. Nak menyembang pun tak ada pulak orang nak ajak
menyembang. Nak dekat pukul 8.30 baru sampai mereka ni.” Maria berkira-kira
sendiri di mejanya. Tiba-tiba ada orang menegurnya.
“Hah! Awak buat apa tu? Kopi saya
dah siap?” Maria mengangkat sedikit mukanya. Dia kelihatan sedikit bingung.
“Encik ni siapa ya?” tanya Maria
pada lelaki yang menegurnya itu. Tanpa menjawab pertanyaan Maria, Pasha Idham terus
masuk kebiliknya, Maria melopong.
“Alamak!” Maria menepuk dahi, tanpa
dia sedar Pasha Idham membuka pintu biliknya semula.
“Tak payah nak tepuk dahi sangatlah.
Pergi buat kopi untuk saya.” arah Pasha Idham. Maria hanya menurut. Selesai
membuat kopi, Maria membawanya kebilik Pasha Idham.
“Kopi Encik Pasha.” beritahu Maria.
“Saya tahu tu kopi, habis tu tak
pandai-pandai nak letak.” perli Pasha Idham. Maria sedikit berkira-kira untuk
meletak cawan kopi tesebut. Kiri, kanan, kiri, kanan. Akhirnya dia meletakkan
cawan kopi itu sebelah kanan Pasha Idham. Nasib baik betul.
“Ada apa-apa lagi Encik Pasha?”
“Tak ada, awak boleh keluar. Nanti
pukul 8.30 baru awak masuk balik bilik saya.”
“Baiklah.” Maria beredar dari bilik
Pasha Idham. Sebaik dia menutup pintu, kelihatan kawan-kawanya yang baru
sampai, sedikit terkejut melihat Maria yang baru keluar dari bilik bos. Nampak
macam ada orang didalamnya.
“Maria, bos dah sampai ke?” tanya
Aina. Maria mengangguk. Masing-masing terkejut.
“Dah lama ke bos sampai?” tanya Kak
Zura pula.
“Ada la dalam 15 minit.”
“Uihh! Awalnya bos sampai.” kata Kak
Zura sedikit terkejut lalu beredar ke mejanya.
Tepat pukul 8.30 pagi, Pasha Idham
keluar dari biliknya.
“Ada siapa-siapa tak sampai office lagi.” tanya Pasha Idham.
Masing-masing memandang antara satu sama lain.
“Saya bercakap dengan batu ke ni?”
sindir Pasha Idham bila semuanya diam tidak menjawab pertanyaannya itu.
“Ermmm…Azlan belum sampai lagi Encik
Pasha.” beritahu Aina.
“Selalu ke dia lewat macam ni.”
tanya Pasha Idham lagi. Maria menjeling jam ditangannya.
“Biar betul, takkan lewat satu minit
dah nak bising kot.” kata Maria dalam hati.
“Selalunya dia yang paling awal. Tak
tahulah hari ni kenapa, kereta dia rosak kot.” beritahu Aina lagi.
“Awak siapa?” tanya Pasha dham pada
Aina.
“Siapa, saya ke?” tanya Aina balik.
Maria sudah tidak senang duduk.
“Aina ni cari penyakit ni.” Maria
berkata sendirian dalam hati.
“Ada awak nampak mata saya menghala
kesana ke?”
“Ha kan aku dah kata.”Maria
mengiakan katanya tadi. Muka Aina dah nampak lain macam.
“Owhhh, saya Aina Encik Pasha.”
Pasha Idham hanya mengangguk.
“Awak pulak mesti Zura kan?”
“Ya, saya Zura Encik Pasha.” jawab Kak
Zura yang dari tadi diam.
“Awak Maria, ikut saya masuk bilik.
Nanti Azlan datang suruh dia masuk bilik saya.” arah Pasha Idham. Sempat lagi
dia berpesan pada Aina dan Kak Zura. Maria sedikit terkejut.
“Dahsyat, nama aku pun dia tahu.
Mesti dia dah study semua nama
staff-staff dia ni.” fikir Maria sejenak.
“Awak termenung buat apa. Masuk
bilik saya sekarang!” seperti mendengar suara petir Mak Munah, Maria terus
berdiri tegak lalu dia mengikut Pasha Idham kebiliknya.
“Duduk!” arah Pasha Idham. Maria
terus duduk.
“Awak dah baca surat yang saya bagi
kat awak?”
“Dah Encik Pasha.”
“Awak faham tak dengan isi kandungan
surat tu?”
“Faham Encik Pasha.”
“Awak ni kenapa, dah tak ada jawapan
yang panjang sikit nak bagi ke?”
“Tak ada Encik Pasha.”
“Ikut suka hati awaklah. Ni nombor
telefon saya. Kalau ada apa-apa hal emergency,
awak call saya terus. Tak payah call pejabat, kecuali awak tak dapat call nombor saya tu, baru awak call pejabat. Faham!”
“Faham Encik Pasha.”
“Simpan elok-elok nombor telefon
saya tu. Kalau hilang siap awak!”pesan Pasha Idham tegas.
“Encik Pasha jangan bimbang, nombor
telefon Encik Pasha ni saya simpan tempat baik punya. Confirm takkan hilang” jawab Maria seloroh.
“Yakin. Bagusss…tapi kalau hilang
siap awak!” Pasha Idham memberi amaran sekali lagi.
“Okey!”jawab Maria sepatah.
“Apa yang okey!”
“Okeylah. Kalau saya hilangkan
nombor Encik Pasha tu, siaplah saya nanti.”spontan Maria menjawab
“Ermmm…boleh tahan jugak awak ni ya.
Ingatkan tak pandai menjawab.”
“Eh kenalah pandai. Tapi kita tak
bolehlah tunjuk pandai sangat, nanti orang benci. Saya kena simpan jawapan
bernas saya tu untuk kes tertentu bila diperlukan je. Kalau tak perlu, jawab
biasa-biasa sudahlah. Betul tak Encik Pasha?” tanya Maria pula. Eh dia pulak
yang tanya bos.
“Tak kisahlah…tapi yang saya tahu
nombor telefon saya tu awak simpan elok-elok. Satu lagi, jangan nak pandai-pandai
kasi nombor telefon saya tu kat orang lain. Kalau saya dapat tahu orang tu
dapat nombor telefon saya dari awak, siaplah awak nanti. Ingat tu!!!”
“Ya, saya ingat.”
“Bukan apa, saya ni kan hensem,
ramai peminat pulak tu. Saya takut nanti tak ada privacy pulak. Saya bagi kat awak ni pun sebab nak mudahkan kerja
awak je. Kalau tak jangan harap saya nak bagilah.” kata Pasha Idham berlagak.
“Cettt…ingat
aku nak sangat ke nombor kau ni. Dah lah perasan! Hensem konon. Cettt porahhh. Hensem lagi Pasha akulah
nak banding dengan kau.” protes Maria dalam hati.
“Maria, awak dengar tak saya cakap
ni!”
“Hah! A’ah,dengar…dengar.”
“Bagus. Okey ni kunci bilik saya,
awak tahu kenapa saya bagi kunci ni kan?”
“Tahu.” jawab Maria sepatah.
“Mahunya
tak tahu, bila balik aku kena pastikan bilik dia berkunci. Maknanya, bila pagi
aku jugaklah yang kena bukak pintu tu. Tu maknanya, aku kena datang lebih awal
dari dia lah tu. Tapi ada aku kesah. Selagi jam mesin punch card tu tak lebih dari 8.30, dia datang awal setara mana pun,
aku tak dikira lewat lagi. Lantaklah kalau dia nak marah pun.” bisik Maria
dalam hati
“Okey,
saya rasa dah tak ada apa dah. Awak boleh keluar sekarang.”
“Okey,
terima kasih Encik Pasha.” Maria keluar dari bilik Pasha Idham. Baru saja dia
ingin melabuhkan punggungnya dikerusi, dia melihat Azlan yang baru sampai dalam
keadaan tergopoh gapah. Dikerling jam ditangannya.
“Dah
pukul 9 ni, lewatnya Azlan sampai. Kenapa ya?” Maria tertanya-tanya sendiri.
“Azlan
kenapa lewat sangat ni?” tanya Kak Zura
“Saya
terlewat bangunlah Kak Zura.”
“Habislah
kau…”
“Kenapa
pulak Kak Zura.”
“Tadi
Encik Pasha tanya siapa yang belum datang lagi. Jadi dia pesan, kalau kau
sampai dia suruh kau masuk bilik dia.” beritahu kak Zura pada Azlan.
“Betul
ke Kak Zura?”tanya Azlan. Mukanya sudah kelihatan sedikit pucat.
“Betul
la…cepatlah pergi. Lagi lambat kau jumpa dia, nanti dia fikir kau sampai office ni lagi lambat.” Azlan dengan
segera menuju kebilik bosnya.
Seperti
yang dijangka, bila masuk je dalam bilik tu panjanglah ceramahnya yang dia
dapat. Nak tak nak Azlan terpaksa juga menadah telinganya. Bila keluar je dari
bilik Encik Pasha Idham muka Azlan kelihatan sedikit monyok.
“Ha,
Encik Pasha cakap apa?” tanya Aina tak sabar ingin tahu. Yang lain pun sama tak
sabar nak dengar jawapan dari Azlan.
“Cakap
apa? Kena cucilah. Ni dia bagi kat kau sorang satu.” Azlan memberikan kertas
yang diberikan Pasha Idham kepada Aina dan Kak Zura.
“Dia
suruh tampal kat atas meja, satu lagi kat rumah. Jangan lupa katanya.” beritahu
Azlan. Maria sudah dapat mengagak kertas apa yang dimaksudkan Azlan itu.
“Amboi
Encik Pasha ni, siap ada peraturan khas lagi.” kata Aina sebaik melihat kertas
ditangannya itu.
“Hai
Maria, akak ingat kau je yang dapat. Kami pun dapat jugak. Dahsyat bos kamu ni
Maria.” Maria hanya tersengih.
“Maria
dapat jugak ke?” tanya Azlan. Sebab tadi tak ada pulak Pasha Idham suruh dia
bagi kertas tu pada Maria.
“Maria
sebelum dia masuk lagi dah dapat Azlan oiii…lagi dahsyat peraturan dia dari
kita. Kalau tak percaya cuba kamu tengok kat atas meja dia tu.” suruh Kak Zura.
Azlan dan Aina ke meja Maria untuk melihat apa yang dikatakan Kak Zura.
“Uihhh
lagi banyak.” kata Aina. Tiba-tiba pintu bilik Pasha Idham dibuka dari dalam.
“Ya
ada apa-apa masalah ke dengan peraturan yang saya bagi tu,” tanya Pasha Idham
bila dilihat pekerjanya sedikit kalut melihat kertas peraturan yang diberikan.
Masing-masing terpana dengan teguran itu.
“Ada
masalah ke?” tanya Pasha Idham sekali lagi.
“Tak
ada Encik Pasha.” jawab mereka semua serentak
“Kalau
tak ada, buat kerja masing-masinglah ya. Kalau ramai sangat yang curi
tulangnya, lama-lama boleh bankrap company
ni.” perli Pasha Idham yang kemudian masuk ke dalam biliknya semula. Sungguh pedas kata-katanya itu,
sampai tiada sorang pun berani menjawab.
“Eleh! mentang-mentanglah dia bos. Ikut
sedap mulut dia je nak cakap. Tak tahu nak jaga hati orang lain langsung.” bentak
Maria dalam hati.
“Maria,
macam tak mesra alam je bos kita tu.” kata Kak Zura dalam nada berbisik. Bukan
apa, takut bosnya tu dengar pulak nanti.
‘Tak
tahulah kak, kita tegoklah macam mana nanti. Kalau tak mesra alam jugak, kita
buatlah dia jadi mesra alam sikit nanti kak.”
“Hah!”
Kak Zura seakan bingung. “Nak buat dia jadi mesra alam. Hurmmm… macam mana tu ya?” tanya Kak Zura yang tidak faham dengan
kenyataan yang diberikan Maria tadi.
“Ermmm…kita tunggu dan lihat ya kak. hehehhe”
Maria tersengih. Kak Zura masih tidak faham apa yang dimaksudkan Maria. Mereka menyambung
semula kerja mereka yang terhenti tadi.
Sedang
anak buah Pasha Idham itu kusyuk dengan kerja. Tiba-tiba datang satu suara
menyapa.
“Hai,
tekun je saya tengok kamu semua ni buat kerja. Serius semacam je, ada singa ke
kat sini?” tanya Datuk Aziz dalam nada bergurau.
“Ada
Datuk, tu kat dalam.” tunjuk Kak Zura. Datuk Aziz hanya tersenyum, faham siapa
yang dimaksudkan Kak Zura. Datuk Aziz membuka pintu bilik Pasha Idham.
“Assalamualaikum
bos…aiii khusyuk buat kerja nampak.” Tegur Datuk Aziz sebaik masuk kedalam
bilik anaknya.
“Waalaikumussalam…
Ha papa, silakan duduk papa.” pelawa Pasha Idham.
“Pasha,
kenapa dengan semua pekerja kamu kat luar tu?”
“Kenapa
dengan mereka pa?”
“Tekun
semacam je papa tengok. Serius je muka masing-masing.”
“Ooo…baru
bagi tazkirah pa, tu yang rajin tu.”
“Ishhh
kamu ni janganlah garang sangat dengan pekerja, tak enjoy mereka bekerja kalau macam tu gayanya.” nasihat Datuk Aziz
pada anaknya itu.
“Laa..,
garang apanya Pa. Pasha bagitahu apa yang patut je. Bukannya Pasha tengking dia
orang. Kenapa dia orang cakap Pasha garang ke?”
“Tak
ada, mereka tak cakap pun.” bohong datuk Aziz, biarpun hakikatnya memang ada.
“Habis
tu, papa pandai-pandai je cakap Pasha garang dengan mereka tu kenapa.”
“Tak
cakap pun, tengok mereka pun Papa dah tahu Pasha. Muram je, tak macam sebelum
ni. ”
“Kenapa
sebelum ni ceria ke pa?”
“Cerialah
jugak, ni papa tengok macam tak ada ruang untuk senyum langsung. Lama-lama stress budak-budak tu Pasha.”
“Alahhh,
papa jangan bimbanglah. Tahulah Pasha nak didik anak-anak buah Pasha tu macam
mana. Mereka saja je tu, buat-buat serius. Nampak sikit rajinnya kan..?”
“Ishhh
kamu ni. Tak baik cakap tu.” tegur Datuk Aziz.
“Yelah,
Pasha tak cakap.” Pasha Idham mengalah.
“Ingat
tu jangan garang sangat, nanti orang benci.”
“Ya
Pasha ingat.” Datuk Aziz tersenyum mendengar jawapan dari Pasha Idham.
“Macam
mana, kamu suka tak dengan bilik ni?” tanya Datuk Aziz lagi.
“Dah
tentulah Pasha suka pa, warna favourite
Pasha ni pa. Thanks pa.”
“Okey…benda
kecik je tu. Papa harap kamu dapat kerja dengan baik. Ingat! jangan garang
sangat dengan pekerja. Kesian papa tengok, dah macam orang berkabung je
gayanya.” Datuk Aziz sempat lagi melawak.
“Hahhah!
Papa ni ada pulak macam tu.”
“Tak
betul papa cakap. Tengok tu, sampai nak angkat muka pun masing-masing tak
berani papa tengok. Papa takut orang kata ni office orang bisu pulak nanti.”
“Hahaha!
Papa ni, ada-ada je.”
“Ingat
pesan papa tu Pasha. Jangan nanti sampai ada orang yang benci kamu.”
“Ya,
Pasha ingat.”
“Okeylah
kalau macam tu, papa pergi dulu. Kalau ada apa-apa, jumpa papa kat bilik.”
“Baiklah
pa.”
“Okey,
selamat bertugas Encik Pasha.” ucap Datuk Aziz.
“Thanks pa.”
Perbualan
mereka tamat disitu bila Datuk Aziz beredar dari biliknya. Pasha Idham tersenyum
bila mengingatkan kata-kata papanya tadi.
“Garang
sangat ke aku dengan mereka ni? Atau papa saja buat-buat cerita.” tanya Pasha
Idham sendiri sambil matanya memandang keluar melihat kearah
pekerja-pekerjanya.
“Aku
tengok okey je mereka kat luar tu. Memanglah senyap, tapi okey apa!
Sekurang-kurangnya mereka lebih fokus. Bila dah fokus, cepatlah sikit siap
kerjanya. Tak gitu…”kata Pasha Idham sendiri sambil memerhatikan perkerjanya
dari dalam. “Tak kisahlah, yang penting ada sebab kenapa aku buat begitu. Harap
bersabar ya, wahai anak-anak buahku.” pujuk Pasha Idham sendiri.
No comments:
Post a Comment