Followers

Wednesday, 12 June 2013

NOVEL : HUS (7)

BAB 7

SEDANG elok Arissa selesai menunaikan solat isyak, alunan lagu ‘Andaiku Tahu’ beralun megikut rentaknya, menandakan ada panggilan masuk.
“Hello, Assalamualaikum…”Arissa memberi salam
“Waalaikumussalam…” jawab Puan Mariam.
“Ummi…apa khabar ummi. Ummi sihat?” Arissa bertanyakan khabar umminya.
“Alhamdulillah ummi sihat. Ayah dan abang Azri pun sihat. Rissa macam mana, sihat ke tak?” Giliran Puan Mariam pula bertanya khabar.
“Alhamdulillah, Rissa pun sihat ummi. Ummi dah makan belum ni?”
“Ummi baru je lepas makan ni. Teringatkan Rissa tu yang terus telefon tu. Nak harapkan Rissa telefon ummi, alamatnya ummi mati dululah baru Rissa nak telefon.” kata Puan Mariam seakan merajuk.
“Ummi ni, kenapa cakap macam tu, tak baik tau. Rissa bukan tak nak telefon ummi, Rissa sibuk sikit nak kena jaga majikan Rissa tu betul-betul, biar cepat sikit sembuh. Cepat dia sembuh cepatlah Rissa boleh balik jumpa ummi. Ummi pun mesti tak sabar nak jumpa Rissa kan?”
“Ibu mana yang tak nak jumpa anaknya sayang oi…Mestilah ummi nak jumpa anak ummi. Anak ummi ni je yang tak nak jumpa ummi.”
“Ummi ni, suka sangat cakap macam tu tau. Buat Rissa rasa bersalah je. Lagipun Rissa pernah telefon ummi sebelum ni kan, bukan Rissa tak pernah telefon langsung, cuma sejak kebelakangan ini je Rissa sibuk sikit, jadi tak sempat Rissa nak telefon ummi. Ummi kenalah faham keadaan Rissa.”
“Ya, ummi faham. Ummi saja je nak test anak ummi ni, nak tengok anak ummi ni sayang tak lagi dekat ummi dan keluarga dia. Maklumlah anak ummi ni kan dah ada keluarga baru yang nak kena uruskan.”
“Ummi perli Rissa ek? Tak baik tau ummi cakap macam tu, Rissa tak pernah lupa keluarga Rissa tau, ummi, ayah dan Abang Azri. Itulah insan-insan yang Rissa paling sayang dalam hidup Rissa tau. Ummi kena ingat tu, ummi jangan cakap macam tu lagi. Syurgakan dibawah telapak kaki ibu, jadi takkanlah Rissa nak lupakan ummi Rissa ni.”
“Ya ummi tahu anak ummi macam mana.”
“Habis tu kenapa ummi cakap macam tu jugak. Buat Rissa rasa bersalah je.” kata Arissa seakan dia pulak yang merajuk dengan umminya.
“Ummi saja je, lama tak kacau Rissa. Sekali sekala dapat bercakap dengan anak ummi ni, nak jugak ummi bergurau.”
“Ummi ni, addd….” belum sempat Arissa menghabiskan cakapnya, dia terdengar orang memanggilnya. Siapa lagi kalau bukan Irfan.
“Arissa Oh! Arissa, datang bilik saya kejap…” Arissa mendengar laungan Irfan yang memanggilnya.
“Ummi, Rissa letak telefon dulu ya. Kirim salam kat ayah dengan abang. Bos Rissa panggil tu. Assalamualaikum ummi.”
“Yelah, Waalaikumussalam..”
“Arissa!!!” Arissa mendengar namanya dipanggil sekali lagi, kali ni agak kuat panggilannya.
“Apa lagi mamat ni nak ni. Malam-malam pun nak kacau aku lagi ke…” bebel Arissa dalam hati
“Arissa!!!”
“Ya Encik Irfan, kejap saya datang.” Arissa bergegas turun dari katil untuk mendapatkan Irfan.
“Ya Encik Irfan, ada apa Encik Irfan panggil saya?” tanya Arissa sesampainya dia dibilik Irfan.
“Awak ni pekak ke apa? Banyak kali saya panggil, tak dengar dengar. Sakit tekak saya tau tak.”
“Padan dengan muka, yang kau pergi melalak malam-malam buta ni siapa suruh.” jawab Arissa dalam hati, tanpa memberi apa-apa reaksi pada Irfan.
“Eh, awak ni dengar tak apa yang saya cakap ni. Ke dah bisu.”
“Saya dengar. Maaflah tadi saya dalam tandas tu yang lambat sikit menyahut tu. Ya Encik Irfan, ada apa-apa yang boleh saya bantu.” tanya Arissa.
“Ya ke awak dalam tandas, saya dengar macam awak tengah sembang dengan seseorang je tadi. Awak bergayut dengan pakwe ek?” soal Irfan pula.
“Ikut suka sayalah nak bergayut dengan siapa pun. Encik Irfan ni, panggil saya sebab nak tanya tu je ke?” soal Arissa pula.
“Ermmm, taklah. Ermmm…tolong buatkan saya susu. Saya rasa nak minum susu panas pulak malam ni.” Irfan tergagap-gagap mencari alasan, sebab tujuan dia memanggil Arissa cuma dia nak tahu dengan siapa Arissa bergayut je sebenarnya. Tapi kalau tanya pasal tu je, nampak sangat dia ni busy body. Bocorlah rahsia nanti.Hihihi
“Okey. Tu je ke Encik Irfan?”
“Ya tu saja. Cepat sikit buat susu tu. Saya haus ni.”
“Yelah” jawab Arissa sepatah.
Arissa menuruni tangga menuju ke dapur. Sambil melangkah, sambil dia berfikir.
            “Eh Encik Irfan ni biar betul. Bukan hari tu dia kata tak minum susu ke? Lainlah kalau campur dengan milo ke, nescafe ke, baru dia minum. Dah ubah selera ke apa bos aku ni.” Soal Arissa sendirian.
            “Ikut suka kaulah Encik Irfan, kau minum ke tak ke, yang penting aku buat kerja aku sudah.”
Sampai didapur Arissa terus membancuh susu dengan air panas seperti yang diminta oleh Irfan tadi. Selesai je membancuh, dia membawanya ke bilik Irfan.
            “Nah Encik Irfan, ni susunya.”
            “Okey terima kasih. Awak letak je kat situ.”
            “Encik Irfan saya nak tanya satu soalan boleh?” tiba-tiba Arissa bersuara.
            “Hah, awak nak tanya apa?”
            “Ermmm… bukan hari tu Encik Irfan kata, Encik Irfan tak minum susu ke?”
            “Hah…Ermmm saya…” Irfan tergagap mencari alasan,belum sempat memberi jawapan Arissa sudah kembali menanyakan soalan yang sama.
            “Tak minum kan Encik Irfan?”
            “Eh, siapa kata saya tak minum. Tu hari tu, hari ni saya dah minum dah. Dah awak boleh masuk dalam bilik awak sekarang.”arah Irfan
            “Ermmm…yelah.” Arissa menuruti arahan yang disuruh Irfan walaupun sebenarnya dia sedikit tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Irfan. Irfan pula berfikir sendirian seakan mengakui kesilapannya.
            “Aishhh, macam mana boleh tersalah order air pulak ni. Kantoiii la macam ni. Tengok si Arissa tu pun macam tak yakin je dengan jawapan aku tadi. Irfan, Irfan… tulah menggelabah lagi. Siapa suruh kau menipu, kan dah kena.” rungut Irfan sendirian. Sehinggalah dia tidur, susu yang dibuatkan Arissa tadi tidak sedikit pun terusik. Mana nak terusik, kalau dah tak minum, memang tak boleh nak minumlah jawabnya.


PAGI itu, seperti biasa Arissa membantu Mak Mah menyiapkan sarapan didapur. Dia sudah terbiasa dengan kerja itu, walaupun hakikatnya, tugasnya yang sebenar hanya membantu menyiapkan keperluan Irfan sahaja.
            “Mak Mah, Rissa dah siap aturkan semuanya di meja. Air Encik Irfan nanti biar Rissa yang buatkan ya. Sebab dia ada minuman favourite yang baru.”
            “Oyeke, kalau macam tu Rissa buatkan jelah.”
            “Okey. Mak Mah mesti terkejut nanti. Sebab Rissa pun terkejut bila dia mintak Rissa buatkannya malam tadi.” terang Rissa. Dia saja sebenarnya ingin mengenakan Irfan, sebab dia tahu memang Irfan tak akan minum susunya.
“Dah suka minum konon. Terus terang jelah malam tadi, kau panggil aku sebab nak siasat aku bergayut dengan siapa kan senang. Ni bagi alasan nak minum susu konon. Jawab pun tergagap-gagap. Macam mana aku nak percaya. Siaplah kau Irfan.” omel Arissa dalam hati.
Arissa terus membuat air susu panas yang menjadi minuman kegemaran terbaru Irfan itu.
            “Eh, biar betul Rissa ni. Takkan Encik Irfan dah suka minum susu kot.” tanya Mak Mah musykil
            “Ha, kan Rissa dah kata mesti Mak Mah terkejut punya. Tapi tulah kenyataannya. Semuanya bermula malam tadi Mak Mah, kalau Mak Mah tak percaya, Mak Mah tengoklah nanti.”
            “Nanti Mak Mah hidangkan pada Encik Irfan ya, tu dia dah turun tu. Saya nak ke bilik kejap, nak bersihkan apa yang patut.”
            “Yelah…” jawab Mak Mah.
Irfan sudah berada di meja makan bersama mama dan papanya. Puan Zainab sempat lagi menegur Arissa apabila dia melihat Arissa ingin menuju ketingkat atas.
            “Rissa, nak kemana tu, tak makan sekali ke?”
            “A’ah Rissa marilah makan sekali.” ajak Tuan Isman pula
            “Tak apa lah, puan dan tuan makanlah dulu, nanti saya makan dengan Mak Mah. Saya nak naik atas kejap.” apabila Arissa sebut je nak keatas Irfan teringatkan sesuatu.
            “Alamak, air susu malam tadi aku tak ingat nak buang. Habislah kalau Arissa nampak susu tu tak terusik nanti.” bebel Irfan dalam hati, tanpa disedarinya kekesalan itu jelas terpancar diraut wajahnya.
            “Eh kamu ni kenapa Irfan, berkerut-kerut muka tu. Kamu sakit perut ke?” tanya Puan Zainab.
            “Hah! Eh tak ada lah.”
            “Dah tu, sampai berkerut-kerut dahi tu mama tengok, kenapa?”
            “Mana ada, mama salah tengok tu.” nafi irfan
            “Yelah tu…”
Sedang asyik berbual topik kerutan dimuka Irfan tu, Mak Mah muncul dari dapur membawa minuman yang dibuat oleh Arissa tadi kepada Irfan.
            “Encik Irfan, Arissa suruh Mak Mah bawakan susu ni untuk Encik Irfan. Katanya ni minuman kegemaran Encik Irfan yang baru. Jemput minum Encik Irfan.” beritahu Mak Mah. Irfan kelihatan sedikit terkejut.
            “Apa! Irfan dah minum susu. Tak sangka akhirnya anak mama ni mula minum susu. Satu perubahan yang besar ni.” Puan Zainab sedikit teruja. Sebab dia tahu Irfan memang anti kalau minum susu kosong macam tu tanpa dicampur dengan serbuk minuman lain. Memang takkan diminumnya.
Irfan hanya tersenyum sumbing bila mendengar komen dari mamanya itu.
            “Tak apa kau Arissa, kau nak kenakan aku ya. Tak apa, jaga kau nanti. Minuman baru kegemaran aku ya. Siap kau nanti Arissa.” marah Irfan dalam hati.
            “Apa lagi Irfan, minumlah. Penat-penat Arissa buat untuk kamu tu.” suruh Puan Zainab.
            “Tak apa lah ma, kejap lagi Irfan minumlah. Mama tu makan cepat-cepat, nanti lambat pulak nak ke butik.
            “Yelah…”
Di tingkat atas, di bilik Irfan lain pulak situasinya. Senyuman tidak lekang dibibir Arissa apabila dia melihat susu yang dibuatnya untuk Irfan malam tadi tidak sedikit pun terusik.
            “Eleh, haus konon. Kalau haus kenapa tak habiskan. Ni kan nak habis, usik pun tidak. Nak menipu lagi. Kan dah kena kat batang hidung sendiri. Padan dengan muka.” Arissa bercakap sendirian. Nak menjadikan lebih hangat lagi suasananya, Arissa sengaja membawa turun susu yang masih penuh ini turun untuk dibawa kedapur. Misi untuk dia kenakan Irfan menjadi apabila Puan Zainab menegurnya.
            “Eh Arissa, tu susu dari mana pulak tu?” soal Puan Zainab. Irfan disebelah sudah sedikit geram.
            “Oh…susu ni dari bilik Encik Irfan. Dia suruh saya buatkan malam tadi. Katanya haus, tapi yang hairannya tak luak pun susu ni. Kebetulan saya nak kemas bilik Encik Irfan tadi, nampak susu ni ada lagi, tu yang bawak turun tu. Takut busuk pulak nanti.” jawab Arissa. Dalam hati dia saja yang tahu betapa seronoknya dapat mengenakan Irfan pagi ni. Hah! Rasakan.
            “La.., yeke, Irfan kenapa kamu tak minum?” soal Puan Zainab pula.
            “Hah! Errr… ada semut ma.” Jawab Irfan sedikit gagap
            “Ha, tergagap-gagap… tu nak menipu lagilah tu.” kata Arissa dalam hati sambil tangannya membuka piring yang yang menutup gelas yang dipegangnya itu
            “Ermmm…tak ada pun semut tu.” kata Arissa pula, sengaja mengenakan Irfan.
            “Aku dah buanglah. Dahlah kau bawalah gelas tu ke sinki. Banyak lagi kerja kau nak kena buat nanti ni.” kata Irfan sedikit geram. Arissa berlalu membawa gelas berisi air susu yang sudah basi itu ke sinki.
Melihat situasi itu tadi, tahulah Puan Zainab yang Irfan memang tak suka minum susu lagi. Mesti ada yang tak kena ni. Kalau tak takkan beria Arissa mahu kenakan Irfan. Mesti Irfan kenakan Arissa dulu ni. Puan Zainab tahu sangat perangai anaknya itu.

            “Tak apa Arissa, kau ingat aku tak tahu. Kau sengaja kan bawak susu tu turun sebab nak kenakan aku. Kemas bilik konon, takut susu jadi busuk konon. Tak apa, tak apa… siap kau nanti Arissa. Kau tahulah nasib kau nanti. Suka ya dapat malukan aku depan semua orang. Jaga kau Arissa sekejap je lagi kau terimalah balasannya dari aku. Kita tunggguuu…” kata Irfan dalam hati seakan tidak sabar untuk meneruskan agendanya mengenakan Arissa.

No comments:

Post a Comment