Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : HUS (13)

BAB 13

“Encik Irfan ada? boleh saya jumpa dia?” tanya Sara pada PA Irfan.
“Ada, kejap saya tanya Encik Irfan dulu ya.”
“Okey.”
Dalila berlalu ke bilik Irfan
“Encik Irfan, Cik Sara nak jumpa Encik Irfan.”
“Apa lagi cik Sara tu nak tu. Awak bagitahu dia saya sibuk.” arah Irfan
“Okey. Kalau dia berdegil jugak.”
“Kalau dia berdegil jugak, awak hempuk je dengan fail tu.” jawab Irfan selamba. Dalila tersenyum mendengar arahan Irfan itu.
“Yang awak senyum ni kenapa?” tanya Irfan musykil.
“Tak, saya tak dapat nak bayangkan, kalau saya hempuk Cik Sara tu dengan fail tu. Hehehe”
“Dah degil sangat, memang tu lah upahnya. Dahlah awak bagitahu dia saya sibuk.”
“Baik Encik Irfan.”
Belum pun sempat Dalila keluar dari bilik Irfan, Sara sudah pun terlebih dahulu masuk.
“Encik Irfannnn…”panggil Dalila supaya Irfan faham dengan situasinya sekarang.
“Tak apa Dal, awak boleh keluar.” arah Irfan. Sara datang menghampiri Irfan.
“Awak nak apa lagi ni Sara, saya sibuk sekarang ni.”
“Sara datang ni nak ajak Irfan lunch.” Sara berterus terang.
Lunch apanya, baru pukul 11 kot.”
“Tak apa lah, sambil nak tunggu waktu lunch tu, bolehlah Sara temankan Irfan dulu.” Sara bersuara manja.
“Awak ni memang tak serik kan, saya layan awak macam mana pun, awak masih lagi nak jumpa saya. Saya pun naik hairanlah dengan awak ni Sara.” luah Irfan
“Nak hairan apanya Irfan, kalau dah suka apa-apa pun orang sanggup buat. Samalah macam Sara.”
“Tapi masalahnya sekarang, saya tak suka awak!” kali ni suara Irfan sedikit tinggi. Sara macam biasa, masih tak ada apa-apa perasaan.
“Tak apa, Irfan cubalah belajar sukakan Sara perlahan-perlahan, Sara sanggup tunggu.”
“Eee…awak ni Sara, lama-lama saya boleh jadi gila tau tak layan perangai awak ni! Dah, awak baliklah.” suruh Irfan.  Sarah masih membatukan dirinya disitu.
Tiba-tiba pintu bilik Irfan dibuka dari luar.
“Irfan meeting dah nak mula ni, jomlah…”ajak Johan, Irfan sedikit pelik namun diturutkan juga.
“Okeylah, awak baliklah. Saya ada meeting ni. Tak tahu pukul berapa siap. Kalau awak tunggu saya, alamatnya mati kelaparanlah awak nanti.” kata Irfan sambil berlalu keluar mengikut Johan. Di tinggalnya Sara terkulat-kulat sendirian dengan muka masam.
Meeting apa ni, tak ada orang pun.” Irfan sedikit pelik.
“Alahhh kau ni, aku saja jelah nak bawak kau lari dari si Sara tu. Bukan aku tak tahu, kau bukan suka sangat dengan si Sara tu. Mahu menangis budak tu nanti, mulut kau tu bukannya ada insuran. Kalu nak sembur kau sembur je. Dah tak pedulikan perasaan orang dah.” terang Johan.
“Oyeke, terima kasih banyaklah Johan. Aku pun tak faham dengan si Sara tu. Sakit hati aku dibuatnya. Kalau time sensitif, sensitif sangat. Tapi kalau time dia tak ada perasaan, campaklah kayu, batu, besi sekalipun, dia boleh buat tak tahu je. Macam orang tak ada perasaan, geram betul lah aku.” luah Irfan. Johan ketawa kuat.
“Hahhaha tu lah kau, siapa suruh kau layan masa mula-mula kau jumpa dia dulu tu.” sindir Johan.
“Manalah aku nak tahu, nak jadi macam ni. Kalau aku tahu tak adanya aku nak layan. Hari tu pun sebab urusan kerja, kebetulan dia ikut papa dia. Bukan aku layan sangat pun, dia je yang lebih-lebih.”
“Nasib kau lah Irfan, hahahhahaha.”
“Ketawalah, ketawa lagi. Kena kat kau baru kau tahu.” marah Irfan.
“Eee..tak nak aku. Dah lah tak payah cakap pasal Sara lagi. Ni aku nak tanya kau pasal kat restoran malam tadi.”
“Apa lagi… kau ni tak habis-habis nak korek rahsia aku kan.”
“Mestilah. Eh! Kau kenal ek dengan siapa namanya tu, Rissa, Lissa.” teka Johan
“Rissa bukan Lissa. Nama dia Arissa. Kenapa dengan dia.”
“Kau ada apa-apa ke dengan dia. Kau bisik apa kat dia semalam?”tanya Johan
“Dah kawan adik sepupu aku, aku kenal lah.”
“Tapi aku tak rasa, kau kenal dia sebagai kawan Julia je kan. Mesti lebih dari tu kan?”
“Kau ni lagi aku tak cerita, lagi tu kau tak senyap kan. Tulah, masa aku sakit tak datang melawat aku kat rumah. Lepas tu sibuk nak tahu.”
“Tolong sikit! aku pernah melawat kau tau, tapi masa tu kau kat hospital lagi. Walaupun aku tak datang melawat kau kat rumah, tapi aku selalu tanya khabar kau kan?”
“Yelah tu…”
“Yelah…kau ingat aku tak prihatin. Aku bukan saja-saja tak datanglah, aku sibuk. Tapi sekurang-kurangnya aku ada telefon kau kan? Tapi perempuan tu ada kena mengena dengan kes aku tak datang rumah kau ke?” teka Johan.
“Kau ni memang lah, lagi tak dapat, lagi tu kau usahakan.”
“Mestilah. Usahakan tangga kejayaaan. Cepatlah bagitahu aku, siapa Arissa tu.”
“Kalau kau nak tahu, Arissa tulah yang jaga aku dirumah, masa aku sakit hari tu.”
“Ohhh, kiranya Arissa ni jururawat peribadi kau lah ya. Kenapa kau tak bagitahu kau ada jururawat cantik jaga kau.” tanya Johan
“Dah kau tak tanya, buat apa aku nak cerita.”
“Sebab aku tak tanya ke, sebab kau takut aku mengorat Arissa. Kalau aku tak datang melawat kau pun, kau lagi sukakan?” teka Johan. Irfan senyap.
“Hah, betul lah tu. Kalau tak takkan kau senyap kan?” Irfan tidak menjawab soalan Johan.
“Kalau kau ingat lagi, aku pernah cerita kat kau yang aku ada terlanggar gadis kat shopping complex dulu.” beritahu Irfan. Johan cuba untuk mengingati.
“Yang mana ya.”
“Alahhh lepas aku langgar dia, sebelum aku accident tu, kan aku ada call kau. Aku bagitahu yang aku mintak dia bayar ganti rugi tu sebab langgar aku. Aku cakap aku dah tangkap cintan dengan dia tu. ”
“Ha, a’ah aku ingat.”
“Dia lah gadis tu.” beritahu Irfan. Johan sedikit terkejut.
“Hah! Jadi betul lah tekaan aku, kau memang suka kat Arissa tu kan?” Irfan mengangguk.
“Selepas aku accident memang aku tak dapat nak contact dia, sebab semuanya hilang masa accident tu. Tapi nak dijadikan cerita, tak sangka pulak si Arissa ni kawan Julia. Kebetulan masa Julia bagi resume kawan dia tu kat aku, resume tu resume si Arissa ni. Jadi apa lagi aku setujulah. Aku kenakan dia kawww…kawww… masa dia jaga aku hari tu.” Johan menggeleng mendengar cerita Irfan.
“Kau ni kalau tak kenakan orang tak sah kan.”
“Eh kau jangan ingat aku je yang kenakan dia. Dia pun sama, boleh tahan menjawab jugaklah si Arissa ni. Tapi tak apa aku suka, bila dia marah, bila dia kenakan aku balik, sebab aku rasa dia dekat dengan aku.” cerita Irfan jujur
“Tapi malam tu kenapa aku tengok kau dingin je dengan Arissa tu.”
“Kau nak tahu kenapa aku bersikap dingin macam tu.” tanya Irfan minta kepastian
“Ya, aku nak tahu. Cepatlah cerita.” Johan sudah tidak sabar. Irfan diam seketika sebelum memulakan bicara.
“Kalau kau nak tahu, satu malam tu aku pergi ke rumah dia untuk sambut hari jadi abang dia. Entah macam mana ada satu mamat ni, kawan abang si Arissa ni boleh ada hati pulak kat Arissa. Aku cemburulah, cepat je aku balik malam tu. Bila aku tanya Arissa pulak, dia cakap yang dia akan kahwin dengan si Taufeq tu, apa lagi frustlah aku. Lepas aku dapat tahu yang dia akan kahwin dengan si Taufeq tu, aku terus jadi dingin dengan dia. Aku tak nak letakkan apa-apa harapan lagi.  Aku pun dah jarang kenakan dia, aku dingin sehinggalah dia dah tak kerja dengan aku lagi.”
“Kejap, Arissa tahu tak yang kau suka kat dia ni?”
“Tak.” bagitahu Irfan sambil menggeleng.
“Julia?”
“Tak. Tak ada siapa yang tahupun. Kau orang pertama aku cerita ni.”
“Hurmmm…Aku rasa tu silap kau jugak. Kenapa kau tak terus terang je.”
“Mulanya memanglah, memang niat aku nak terus terang pun bila tiba waktu sesuai. Tapi belum sempat aku terus terang, aku dah dapat tahu dia akan kahwin. Jadi buat apa aku nak teruskan lagi. Aku rasa diam tu lebih baik. Lagipun tak baik musnahkan hubungan orang.”
“Jadi betul lah Arissa yang kita tengok dengan lelaki hari tu ek?” tanya Johan meminta kepastian. Irfan mengangguk.
“Kalau kau nak tahu jugak, lelaki tu lah Taufeq, suami dia.” kata Irfan, Johan seperti berfikir.
“Tapi, kenapa malam tu suami dia tak ada pun. Aku tengok Arissa tu macam orang tak ada laki je. Kau ni betul ke Arissa tu dah kahwin?”
“Tak pastilah aku, dia dah kahwin ke belum, tapi yang aku pasti Taufeq tu istimewa pada dia dan dia pernah cakap dekat aku yang dia akan kahwin dengan Taufeq tu. Jadi aku tak suka nak kacau hak orang.”
“Walaupun kau terluka sorang-sorang?”
“Aku lebih rela terluka sorang-sorang, dari aku melukakan perasaan orang lain.” jawab Irfan tegas. Teguh dengan prinsipnya.
“Baguslah kau ni Irfan. Walaupun mulut kau ni kadang-kadang tak ada insuran tapi hati kau baik. Prinsip kau teguh. Aku suka tu.” puji Johan.
“Memanglah, aku bukan macam kau!” kata Irfan saja mengenakan Johan
“Aku baru puji kau. Dah aku pulak yang kena. Ni aku malas nak puji ni.” rungut Johan. Irfan ketawa kuat.
“Tapi Irfan, walau apa-apa pun aku selalu doakan yang terbaik untuk kau. Mana tahu jodoh kau ada lagi dengan Arissa tu, siapa nak tahu. Tu semua kerja Allah S.W.T. Kita manusia ni hanya mampu merancang je.” Johan memberi kata-kata semangat untuk Irfan.
“Sedih pulak aku dengar ucapan kau .” gurau Irfan
“Kau ni. Aku cakap betul-betul boleh pulak dia main-main. Sebab main-main macam ni lah Arissa melepas ke tangan orang lain tau.” perli Johan
“Yelah aku serius.” kata Irfan buat muka seakan-akan serius. Johan hanya mampu menggeleng dengan perangai kawannya yang tak pernah serius itu.


DI KEDAI, Arissa sibuk menerangkan pada Mila apa tugas yang perlu dia lakukan. Maklumlah baru kerja, jadi Arissa kenalah terangkan satu persatu agar Mila faham.
            “Okey Mila, kat kedai kak Rissa ni tak ada lah banyak sangat kerjanya. Cuma Mila kena pastikan semua barang yang ada ni dalam keadaan bersih. Kalau nampak berdebu Mila kena lap lah. Satu lagi kedai ni pun nak kena sapu jugak. Mila tengoklah, kalau Mila rasa lantai tu kena sapu, Mila sapulah ya. Kalau rasa tak perlu, tak payahlah sapu.” Mila mengangguk faham.
            “Benda lain tak ada masalah sangatlah kot. Yang mana kak Rissa sendiri boleh uruskan, Kak Rissa uruskan. Cuma Mila nak kena pastikan kedai dan barang kat kedai berada dalam keadaan bersih jelah, tu saja. Mila rasa kerja ni berat tak?”
            “Eh tak ada lah kak Rissa, kat rumah pun Mila dah biasa buat kerja-kerja macam ni. Yang tu kak Rissa tak payah risaulah.” janji Mila.
            “Kalau macam tu okeylah. Mila ada apa-apa nak tanya lagi?”
            “Kak Rissa waktu rehat Mila macam mana? Nanti kalau Mila nak solat, Mila nak solat kat mana?” tanya Mila
            “Ohhh lupa kak Rissa. Waktu rehat Mila, pukul 1 hingga pukul 2, kalau Mila nak makan, kat sini ada banyak kedai. Kalau rasa nak bungkus makan kat kedai ni pun boleh. Kat belakang tu ada pantry. Kalau Mila nak solat pulak, kat belakang tu ada bilik untuk solat, nanti Mila solat kat situ jelah.” terang Arissa panjang lebar.
            “Okey Kak Rissa. Terima kasih.”
            “Sama-sama. Kak Rissa harap Mila selesalah kerja kat sini ya.”
            “InsyaAllah Kak Rissa, Mila selesa. Sebab kak Rissa ni baik.” puji Mila. Arissa tersenyum mendengar pujian dari Mila.
            “Okey selamat bekerjalah ya.”
            “Okey bos!” jawab Mila sebagai seorang pekerja pada majikannya.
            Arissa ke belakang, manakala Mila memulakan tugasnya sebagai perkerja baru di kedai Arissa.
            “Adik, Kak Rissa ada?” tanya Julia pada Mila.
            “Ada kak, Kak Rissa ada kat belakang.”
            “Adik ni Mila ya. Pekerja baru kak Rissa.”
            “A’ah kak, saya Mila. Akak siapa ya?”
            “Mila boleh panggil akak Kak Julia. Akak kawan baik Kak Rissa. Okey Mila, Kak Julia ke belakang kejap jumpa Kak Rissa. Jumpa nanti ya.”
            “Okey Kak Julia.” jawab Mila sambil tersenyum.
            Sampai di belakang…
            “Mak cik!!! Buat apa tu?” sergah Julia.
            “Juliaaa…..!!! Kau ni berapa kali aku nak pesan, jangan buat macam tu aku terkejut tau tak!” marah Arissa. Julia gelak.
            “Hahahha…sorry…sorry.”
            “Sorry…sorry… lepas tu buat lagi! Baik tak payah mintak maaf.” bebel Arissa.
            “Yelah…lain kali aku tak buat lagi.” janji Julia.
            “Tak payah nak berjanji sangat lah kau Julia. Janji kau ni bukan boleh pakai pun. Hah ada apa kau datang ni?”
            “Hahhaha, tak baik cakap aku macam tu. Aku datang ni saja nak melawat kau.”
            “Amboi, banyak masa kau, biasa bukan main sibuk lagi. Kau tak kerja ke hari ni?”
            “Pandai pun kau teka. A’ah aku cuti hari ni. Nak rehatkan otak sikit, asyik kerja je, bosan jugak aku.”
            “Dah ni kau ada kat sini, macam mana otak kau nak rehat?” perli Arissa
            “Kenapa pulak?”
            “Yelah, dah kau datang sini, kenalah tolong aku buat kerja. Tak tengok aku tengah banyak kerja ni. Siapa lagi, kalau tak kau yang tolong aku.” usik Arissa.
            “Alahhh kau ni…..aku baru nak lari dari kerja, dah suruh aku tolong kau pulak. Janganlaaaa…..” Julia seakan merengek
            “Alahhh aku gurau jelah. Aku tahu kau ni bukan rajin sangat. Aku pun tengok orang jugak nak suruh buat kerja pun.” perli Arissa lagi
            “Kau ni saja je kan…”
            “Saja apa? Tak betul ke apa yang aku cakap?”
            “Arisssaaaaaa!!!” jerit Julia kuat. Marah dengan kenyataan Arissa itu.
            “Hahahhaha…kau ni bisinglah.”
            “Dah kau tu fitnah aku.”
            “Bila masa pulak aku fitnah kau. Aku cakap depan-depan kau ni kan. Betul kan, kau bukan rajin sangat pun.”
            “Dah lah, malas aku nak layan kau. Aku sembang dengan Mila lagi bagus.” Julia seakan merajuk.
            “Pergilah, tapi kau jangan hasut Mila jadi macam kau pulak dah lah. Nanti tak ada orang nak bersihkan kedai aku ni.”
            “Rissa!!! Kau ni…” marah Julia. Julia kemudian meninggalkan Arissa sendirian disitu. Arissa gelak kuat.
            “Hahhaahhah!!! Julia, Julia”
            Julia melabuhkan punggungnya di kerusi depan kaunter. Dia memerhatikan Mila melakukan tugasnya.
            “Mila, nanti bila result dah keluar Mila nak buat apa? Nak terus kerja kat sini ke?” tanya Julia mengajak Mila berbual bila dia terasa bosan duduk sorang-sorang disitu.
            “Eh tak ada lah Kak Julia. Kalau result Mila okey, Mila ingat Mila nak sambung belajar.”
“Tengok dari gaya Mila ni, Kak Julia rasa mesti Mila ni budak pandai kan?” teka Julia.
“Eh tak ada lah Kak Julia, Mila biasa-biasa je. Tak ada lah pandai sangat pun.” jawab Mila merendah diri.
“Yeke. Percubaan hari tu Mila dapat berapa?”
“Biasa-biasa je kak. Dapat 6A 3B je.”
“Uihhh! Biasa Mila cakap, baguslah tu. Mila ingat senang ke dalam SPM nak dapat macam tu. Ni baru percubaan, kalau SPM betul ni confirm semua A ni.”
“Amin… mintak-mintak masinlah mulut kak Julia tu ya.”
“InsyaAllah. Amin…”
Sedang rancak Julia berbual, tiba-tiba dia terpandangkan seorang lelaki yang baru melintasi kedai Arissa.
“Eh, tu bukan Fazrul ke?” tanya Julia pada diri sendiri.
Belum sempat dia menjawab lelaki tadi muncul balik didepannya,
“Julia kan! Kau buat apa kat sini?” tanya Fazrul.
“A’ah, Julia. Fazrulllll…...” Julia seakan tidak senang dengan kehadiran Fazrul disitu.
“Kau kerja kat sini ke?”
“Eh taklah, aku datang cari hadiah je kat sini.” jawab Julia bohong. Dalam hatinya berdoa agar Arissa tidak keluar. Kalau tak habislah.
“Kau ni dari mana ni?” tanya Julia pula.
“Aku dari bank tadi, alang-alang keluar aku jalan-jalanlah kejap.”
“Ooo…” tu je ayat yang mampu keluar dari mulut Julia.
“Eh kawan baik kau kat mana sekarang ni ek? Aku dah lama tak dengar cerita pasal dia?”
“Kawan baik mana ni?”tanya Julia pura-pura tak tahu.
“Alahhh kau ni, buat-buat tanya pulak. Siapa lagi kawan baik kau kalau bukan….”
Belum sempat Fazrul menyebut nama Arissa, tiba-tiba dia terdengar orang memanggil Julia dari arah belakang.
“Aku macam kenal je suara tu. Siapa yang panggil kau tu?” tanya Fazrul. Julia dah tak senang duduk dibuatnya.
“Janganlah kau keluar Arissa. Kalau tak habislah…” doa Julia dalam hati.
Tapi doa Julia tidak dimakbulkan, Arissa muncul di depan Fazrul.
“Arissa!!!” Fazrul terkejut seakan tidak percaya.
Tapi Arissa lagi terkejut bila melihat Fazrul didepannya sekarang ini. Mukanya kelihatan sedikit berubah.
“Fazrulll…awak buat apa kat sini?” tanya Arissa mendatar seakan tidak suka Fazrul disitu.
“Tak ada buat apa-apa. Kebetulan je lalu kat sini. Saya tak sangka boleh jumpa awak kat sini. Julia kau tak bagitahu pun yang Arissa ada sekali dengan kau kat sini.”  
Julia diam tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.
“Alang-alang saya jumpa awak kat sini ni. Jom saya belanja makan, nanti bolehlah kita sembang panjang sikit.” ajak Fazrul.
Arissa diam, dalam hatinya dia berdoa agar Mila tidak bertanyakan apa-apa padanya. Kalau tak habislah kalau Fazrul tahu yang ni kedainya.
“Nak tak?” tanya Fazrul sekali lagi.
“Tak apa lah Fazrul, kita orang nak cepat ni. Ni pun singgah kejap je sebab nak cari hadiah. Kita keluar lain kali jelah ya.” Julia memberi alasan.
“Lain kali tu bila?”
“Lain kali lah, kalau kita semua ada masa free, time  tu kita keluarlah.”
“Okey. Kalau macam tu, korang bagi nombor phone korang kat aku. nanti senang sikit aku nak contact.
Arissa dan Julia berpandangan antara satu sama lain.
“Ermmm… macam ni Fazrul, apa kata kau tinggal je nombor telefon kau kat kita orang, nanti kalau ada masa kita orang call.” cadang Julia
“Tapi, apa salahnya kalau kau bagi jugak nombor telefon kau kat aku. Aku pun bagi jugak nombor telefon aku. Nanti senang sikit, sama-sama boleh contact.” Fazrul pula memberi cadangan.
“Betul dah tu. Tapi kita orang tertinggal phone dalam kereta. Kita orang pulak jenis tak menghafal number phone. Jadi tak bolehlah nak kasi.” Julia memberi alasan yang tak berapa nak logik.
“Hurmmm…ada lagi orang macam tu ya. Nombor telefon sendiri pun boleh tak ingat. Macam tak logik je. Tapi tak apa lah, ni nombor telefon saya ya Arissa, kalau free nanti call lah ya.” kata Fazrul sambil mengulurkan kadnya pada Arissa dan Julia.
“Okey…okey nanti aku akan call. Kau tak nak pergi lagi ke?” tanya Julia seakan menghalau Fazrul.
“Aiii, macam tak suka je aku ada kat sini.”
“Eh tak ada lah. Bukan tak suka, kau tu kan masih lagi dalam waktu bekerja. Lainlah macam aku dengan Arissa cuti hari ni. Baik kau pergi cepat, nanti tak pasal-pasal kau kena buang kerja.” kata Julia. Arissa dari tadi hanya diam
“Yelah…yelah, aku pergi. Arissa jangan lupa call saya nanti tau!” pesan Fazrul sebelum dia meninggalkan dua sahabat itu. Arissa diam tanpa sebarang reaksi.
Selepas sahaja Fazrul pergi. Teruk Julia di soal siasat oleh Arissa.
“Macam mana si Fazrul tu boleh ada kat sini?”
“Mana aku tahu, elok-elok aku duduk menyembang dengan Mila tadi, tiba-tiba dia muncul.”
“Kau ada bagitahu dia ke ni kedai aku.”
“Tak… aku tak bagitahu pun. Aku dah tahu kau tak suka. Nasib baiklah aku baik tau! Kalau aku nak buat jahat boleh je kalau aku nak bagitahu tadi.”
“Macam mana dia boleh ada kat sini pulak ya? Nasib baik jugaklah si Mila tu tak datang tanya apa-apa pada aku. Kalau tak bocor rahsia aku. Ni yang buat aku tak selesa ni.”
“Alahhhh, kau relaks sudahlah. Dia bukan tahu kau kerja kat sini pun. Lagipun kita tak bagi nombor telefon kat dia kan. Tak ada maknanya dia boleh kacau kau.”
“Manalah tahu dia datang lagi kat sini. Entah-entah dia kerja kat area sini jugak tak.” teka Arissa.
“Itu aku tak tahu. Mintak-mintak bukanlah. Kalau tak jenuhlah kau nak melayan si Fazrul tu.”
“Eeeee…tu yang aku tak suka tu.” luah Arissa.
“Rissa, aku ingat kau kena kahwinlah. Baru Fazrul tu tak berani nak kacau kau lagi.” Julia memberi cadangan.
“Apa! Kahwin? Kau ingat kahwin tu perkara senang. Kau nak suruh aku kahwin dengan siapa? Tunggul kayu?”
“Apa pulak tunggul kayu, dengan manusialah. Tapi kalau kau suka kat tunggul kayu tu boleh je. Tu tak jadi masalah.”
“Banyaklah kau. Kau lah yang kahwin dengan tunggul kayu tu.”
“Larrr… aku pulak. Kau lah, sebab kau yang cakap. Tapi aku serius ni Arissa, aku rasa baik kau kahwinlah. Nanti kalau Fazrul tu jumpa kau lagi macam mana? Bukannya selalu kita boleh mengelak kan?”
“Tapi masalahnya aku nak kahwin dengan siapa? Calon pun aku aku tak ada.”
“Abang Irfan aku ada. Dia pun single lagi tau. Bolehlah tu, lagipun kau dah kenal dia kan. Jadi tak ada masalahlah.” Julia memberi cadangan.
Arissa diam, tidak memberi sebarang reaksi. Julia tanya berkali-kali pun masih lagi diam. Ini membuatkan Julia merasa pelik dengan sikap Arissa yang tiba-tiba tidak bersuara itu.
           


            

No comments:

Post a Comment