BAB
7
MALAM
itu Pasha Idham menghabiskan masanya dengan rakan baiknya Esmadi. Ya lah lama
tak bertemu, bila bertemu panjanglah sembangnya. Kalau nak tahu, dalam
ramai-ramai kawan Pasha Idham ni, Esmadi lah kawannya yang paling memahami
dirinya dan paling rapat dengannya. Selok belok tentang diri Pasha Idham
diketahuinya. Kalau Pasha Idham menipu sekalipun dapat dihidunya. Hebat dan
prihatinnya insan yang bernama Esmadi ni disisi Pasha Idham.
“Oii
lamanya tak jumpa kau bro, makin
hensem aku tengok.”puji Esmadi pada Pasha Idaham.
“Hensem
ke?” tanya Pasha Idham pula sambil mengangkat sebelah keningnya.
“Bolehlah
dari tak ada kan? hahaha” jawab Esmadi sambil ketawa. Pasha Idham turut ketawa
bila melihat kawannya itu ketawa.
“Ada-ada
aje lah kau ni. Kau macam mana, sihat? Lain macam je aku tengok kau sekarang
ni.” kata Pasha Idham yang melihat ada sedikit kelainan pada temannya itu
setelah sekian lama tidak berjumpa.
“Lain
macam, macam mana tu? Kau jangan nak macam-macam ya!” Esmadi seakan memberi amaran.
“Tak
ada la.., aku tengok muka kau tu makin berseri-seri. Kau cucuk botox ek?” gurau Pasha Idham.
“Uishhh kau ni… agak-agak la kalau nak
teka pun. Ingat aku maknyah ke nak cucuk-cucuk botox ni.” marah Esmadi.
“Hahhahha!
Manalah tahu, aku kan dah lama tak jumpa kau. Kot lah kau dah berubah arah.” kata
Pasha Idham lagi sambil gelak.
“Kau
ni memang tak sayang mulut kan? Tak ada maknanya aku nak pergi cucuk-cucuk botox nak jadi maknyah-maknyah ni, berdosa
kot.” marah Esmadi.
“Hahaha
aku gurau jelah. Kau pun… tu pun nak marah.”
“Bukan
marah tapi geram. Aku tak boleh orang sebut maknyah-maknyah ni, geli! Eeeee
tolonglah.”
“Hahahhahaha…”
ketawa Pasha Idham lagi. “Habis tu apa yang buat kau jadi berseri-seri macam
ni, musykil aku ni.” soal Pasha Idham ingin tahu rahsia disebalik keberserian
wajah temannya itu.
“Hahahhaha…kau
nak tahu kenapa muka aku makin berseri-seri ya?” tanya Esmadi pada Pasha Idham.
Giliran dia pula yang gelak melihat ketidaksabaran Pasha Idham untuk mengetahui
rahsia keberserian wajahnya itu.
“Ya
lah, nak tahu jugak aku. Mana tahu aku boleh praktikkan untuk diri aku nanti.”
“Eh
boleh…boleh sangat kau nak praktikkan, memang layak sangat kau nak praktikkan
dengan umur kau sekarang ni.”
“Bagitahulah,
apa dia?” tanya Pasha Idham tidak sabar. Esmadi mengeluarkan dompetnya, sambil
ditunjukkan pada Pasha Idham.
“Owhhh… ni lah yang buat kau jadi
berseri-seri ya. Cantik… siapa namanya?”
“Diana…kenapa
berkenan ke?” jawab Esmadi sambil tersengih
“Berkenanlah
jugak.” gurau Pasha Idham.
“Eh
kau jangan, aku sebat nantikan.”
“Amboi,sampai
nak sebat aku macam tu sekali.”
“Ya
lah, buah hati aku kot kau nak ambik.”
“Tak
ada maknanya aku nak ambik buah hati kau. Aku gurau jelah.”
“Aku
tahu, saja je tadi tu. Eh kau macam mana, takkan kau tak ada buah hati lagi?”
“Malaslah
aku nak fikir, cukuplah sekali aku kena.” jawab Pasha Idham, seakan tawar hati
pada wanita, bila dia pernah dikecewakan suatu masa dulu.
“Eh
kau jangan macam tu, yang tu dulu. Tak semua perempuan macam Amiliya tu.” kata Esmadi
yang memang mengetahui kisah kecurangan Amilia pada temannya itu.
“Aku
pun tak tahulah. Aku pun harap suatu hari nanti ada la perempuan yang akan
bertakhta dihati aku ni. Tapi buat masa ni hati aku memang tak terbuka lagi
untuk itu.”
“Aku
harap Allah akan bukakan hati kau. Andai ada, siapalah perempuan bertuah yang
berjaya dapatkan seorang lelaki yang setia macam kau ni ya?”
“Kan?
susah nak dapat lelaki yang setia macam aku ni.”
“Sudahhh…baru puji sikit dah nak angkat
bakul tingi-tinggi. Ni aku malas nak puji ni.” keluh Esmadi dengan perasaan
menyesal memuji temannya itu.
“Dah
memang itu kenyataannya. Kalau kau tak puji pun, memang orang lain akan nampak jugak
ciri-ciri lelaki setia yang ada pada aku ni tau!”
“Pigidahhhh. Malas aku nak layan kau.”
“Hahhaahhahahahhaha…”
Pasha Idham ketawa kuat.
“Kau
tak payah nak gelak sangatlah. Tak kelakar pun. Eh! aku nak tanya, macam mana
kerja kat tempat baru, okey ke?”
“Tentulah
okey, kerja dengan bapak sendiri kot.”
“Ooo,
okeylah tu. Macam mana pulak staff-staff kau, okey ke?”
“Eh
staff-staff aku okey, semua patuh pada arahan. Sampai papa aku pun tegur aku.”
“Kenapa?
Apa yang kau dah buat?”
“Hahahha…aku
saja je buat-buat serius, nak tengok mereka macam mana kan. Setakat ni
Alhamdulillah,okey lagi masih dalam kawalan. Tak ada lagi yang memberontak.”
“Eeeee…kau ni macam-macam la. Aku takut
jangan kau pulak kena dengan mereka nanti dah lah.” Esmadi mengingatkan.
“Berani
mereka. Kalau berani buatlah.” cabar Pasha Idham.
“Kau
jangan… Orang kalau dah marah tak kira, semua benda boleh jadi. Habis tu sampai
bila kau nak jadi orang serius ni.?”
“Tengoklah
sampai aku rasa puas. Kalau dah puas nanti aku berhentilah.”
“Kau
ni memang kan, kalau bab mengenakan orang memang kau lah juaranya. Aku pun tak
fahamlah.”
“Alahhh, kau tak payah susah-susah nak
faham. Biar aku je yang faham, kalau kau nak faham pun memang kau takkan faham.
Jadi biar aku sorang jelah yang faham
ya!”
“Ikut
suka kaulah. Aku dengar kau cakap pun aku dah tak faham.” ujar Esmadi seakan
mengalah. Pasha macam biasalah, hanya ketawa bila melihat kebingungan temannya
itu.
HARI
kedua Pasha Idham ke pejabat. Tepat pukul 8.30 pagi dia berada di mesin punch card. Hari ni sengaja dia datang agak lewat dari semalam
kerana mahu melihat kad kedatangan pekerjanya yang terletak di ruangan atas berhampiran
mesin punch card itu.
“Hurmmm
bagus, semua dah datang.”
“Paling awal Maria, uihhh 7.50 dah sampai. Bagus!” ujar
Pasha Idham dalam hati bila melihat kad kedatangan pekerjanya itu.
“Azlan…hurmmm nasib baik 8.29, kalau tak memang nak kena.” keluh Pasha Idham
sendiri. Dia terus menuju ke pejabatnya.
Sampai
sahaja dalam office, masing-masing
mengucapkan kata selamat untuknya.
“Selamat pagi Encik Pasha…”
“Selamat pagi…” jawab Pasha Idham.
“Hari ni ada yang lewat lagi ke?” Pasha Idham sengaja bertanya, walaupun dia
sebenarnya sudah tahu kenyataannya.
“Hari tak ada yang lewat Encik
Pasha, semua datang awal.” jawab Maria yakin.
“Bagus!” kata Pasha Idham sambil
tersenyum. “Awak Maria, kopi saya awak dah siapkan belum?”
“Dah Encik Pasha, saya dah siapkan
dah.” Pasha Idham hanya mengangguk mendengar jawapan dari Maria.
“Okey, kalau macam tu buat kerja
masing-masing ya, saya masuk dalam dulu.”
“Baik Encik Pasha.” jawab mereka
semua serentak. Pasha berlalu masuk kedalam biliknya.
Masing-masing tekun dengan kerja
masing-masing.
Azlan
menjeling kearah Aina.
“Psstttt…”
Azlan memanggil Aina.
“Apa?”
“Mari sini kejap.” panggil Azlan
sambil melambai tangannya menyuruh Aina datang ke mejanya.
“Kau lah datang sini.” kata Aina
pula. Mereka saling panggil memanggil antara satu sama lain. Tidak sedar yang
perlakuan mereka itu diperhatikan oleh Pasha Idham yang kebetulan membuka pintu
biliknya untuk memanggil Maria tetapi adegan itu pula dilihatnya. Pasha Idham
sengaja mendiamkan diri kerana ingin melihat gelagat pekerja-pekerjanya itu.
“Marilah sini kejap…aku nak mintak
tolong sikit ni…”
“Kau lah datang sini, kau yang nak
aku tolong kau kan?” Kak Zura dan Maria yang sedar Pasha Idham berdiri didepan
pintu biliknya itu tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya diam memerhatikan sahaja
Pasha Idham yang memerhatikan gelagat Azlan dan Aina.
“Azlan…Aina! Apa yang awak berdua
buat tu?” Azlan dan Aina yang mendengar suara Pasha Idham memanggil nama mereka
terkejut. Dua-dua melopong jadinya tidak mampu untuk berkata apa-apa.
“Yang awak berdua terlopong macam tu
kenapa? Saya tanya ni… apa yang awak berdua buat tadi tu?” tanya Pasha Idham serius,
dalam pada masa yang sama sebenarnya cuba menahan diri dari tergelak kerana
terasa kelakar pula dilihat reaksi Azlan dan Aina yang kelihatan takut-takut
melihatnya begitu.
“Tak ada Encik Pasha…Azlan ni, dia
nak mintak tolong dengan saya.” jawab Aina takut-takut. Pasha Idham mengalih
pandangannya kepada Azlan bila mendengar penjelasan daripada Aina.
“Azlan...kalau nak mintak tolong
dengan Aina kenapa tak pergi je ke tempat dia? Yang awak duk lambai-lambai tangan macam tu kenapa?” tanya Pasha Idham pada
Azlan.
“Saya takut Encik Pasha marah.”
jawab Azlan jujur.
“Kenapa pulak saya nak marah?”
“Ya lah…Encik Pasha bukan suka tengok
pekerja Encik Pasha jalan merata time
waktu kerja kan? Jadi saya tak beranilah nak ketempat Aina. Takut Encik Pasha
marah nanti.”
“Saya tak suka kalau awak jalan
saja-saja tanpa kerja. Tapi kalau pasal kerja, tak ada saya nak marahnya…boleh
tahan lurus jugak awak ni kan?” perli Pasha Idham pada Azlan.
“Bukan lurus Encik Pasha, tapi
takut…” jawab Azlan selamba.
“Kalau macam tu, sampai balik awak
tak bergerak langsunglah ya?” Azlan tersenyum sumbing mendengar pertanyaaan
dari Pasha Idham itu.
“Tak jugak Encik Pasha, kalau nak ke
tandas saya gerak jugak.”
“Habis tu? tak reti-reti.”
“Maknanya saya boleh ketempat Aina lah
ni Encik Pasha?” tanya Azlan minta
kepastian dari Pasha Idham.
“Ya lah! Habis tu awak nak saya tarik
awak?” sindir Pasha Idham lagi.
“Eh tak apa-tak apa Encik Pasha,
saya boleh pergi sendiri.” kata Azlan sambil terus bergerak ke tempat Aina.
Pasha Idham disitu hanya mampu melihat gelagat lucu Azlan itu.
“Maria, awak masuk dalam bilik saya
sekejap.” arah Pasha Idham pada Maria setelah lama bersoal jawab dengan Azlan
dan Aina.
“Baik Encik Pasha.” kata Maria lalu
bangun bergerak masuk ke bilik Pasha Idham.
“Duduk Maria…” suruh Pasha Idham bila
Maria sudah berada di depannya.
“Ada apa Encik Pasha panggil saya?”
tanya Maria sebaik mengambil tempat
dihadapan Pasha Idham.
“Pasal ni!” kata Pasha Idham sambil jarinya
menunding ke cawan kopi yang berada diatas mejanya itu.
“Kenapa dengan air kopi tu Encik
Pasha?” tanya Maria pada Pasha Idham.
“Kenapa awak tanya? cuba awak awak
rasa.” Suruh Pasha Idham. Maria terus mencapai cawan kopi tersebut untuk merasa
kopi yang dibuatnya itu.
“Pahitnyaaaaa….” kata Maria sebaik
merasa kopi yang dibuatnya itu. “Kenapa pahit sangat ni Encik pasha?” tanya
Maria pada Pasha Idham.
“Boleh awak tanya saya pulak!? Manalah saya tahu, awak yang
buat kopi tu kan? Awak tak rasa ke masa buat kopi tu tadi?” soal Pasha Idham.
“Tak…”
“Awak letak gula ke tak ni? Saya tak
rasa macam ada gula sikit pun kat dalam air kopi ni.” kata Pasha Idham pada
Maria. Maria seperti memikirkan sesuatu.
“Opppsss!
A’ah la…Saya lupalah Encik Pasha.” kata Maria tiba-tiba sambil menepuk dahinya.
“Yang awak tepuk dahi tu kenapa? Apa
yang awak lupa?”
“Tadi masa nak buat kopi tu saya
tengok gula dah habis kat pantry. Tu
sebab kopi tu rasa pahit, saya memang tak letak gula.”
“Habis tu kenapa awak letak jugak kopi pahit ni atas meja saya
kalau dah tahu tak letak gula?”
“Saya takut Encik Pasha marah kalau
tengok kopi tak ada atas meja Encik Pasha. Jadi saya letak jelah kopi pahit tu
atas meja Encik Pasha.” jawab Maria jujur. Mendengar jawapan Maria, Pasha Idham
pula yang menepuk dahinya.
“Alahaiii…kenapalah saya dapat
pekerja yang lurus semuanya ya! Dah tahu tak ada gula tak payahlah letak atas
meja saya ni. Kalau awak buat sekalipun saya nak minum tak boleh jugak… ke awak nak minum kopi pahit ni?”
soal Pasha Idham pada Maria.
“Tak nak Encik Pasha…” jawab Maria,
cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.
“Habis tu, awak ingat saya nak
minum? Awak ni lain kali kalau nak buat sesuatu tu fikir logik boleh tak?”
Maria hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata dari Pasha Idham itu.
“Yang awak senyum ni kenapa? Awak
faham tak apa yang saya cakap ni?”
“Faham Encik Pasha.”
“Lain kali kalau barang kat pantry tu habis, bagitahu saya. Nanti
saya bagi awak duit, awak pergi beli. Faham tu?”
“Faham Encik Pasha.”
“Nah ambil duit ni.”
“Buat apa duit ni Encik Pasha?”
“Eh awak ni, boleh tanya lagi buat
apa? Pergi beli barang yang dah habis kat pantry
tu la.” Maria tersenyum sumbing sebaik mendengar kata-kata Pasha Idham itu.
“Sekarang ke Encik Pasha?”
“Habis tu, awak nak pergi beli tahun
depan?”
“Tak lah Encik Pasha… Okeylah saya
pergi beli sekarang ya Encik Pasha.” Pasha Idham hanya mampu menggelengkan
kepalanya. Maria bangun untuk pergi membeli barang yang disuruh Pasha.
“Maria!” panggil Pasha Idham bila
Maria sudah sampai di depan pintu biliknya.
“Ada apa Encik Pasha?”
“Awak beli susu sekali ya, nanti
senang kalau dah habis gula awak boleh guna susu tu buat kopi untuk saya.”
“Susu ada lagi Encik Pasha.” kata
Maria sambil tersengih. Pasha Idham hanya mampu mengeluh mendengar jawapan dari
Maria.
“Maria, Maria…dah lah awak pergilah
beli apa yang saya suruh tu. Tak payah nak buat muka comel awak tu kat depan saya. Nanti bila dah balik beli
gula tu, buat kopi baru untuk saya.” arah Pasha Idham.
“Baik Encik Pasha.” Maria terus
berlalu pergi meninggalkan Pasha Idham dibilik sendirian.
“Kamu nak pergi mana tu Maria?”
tanya Kak Zura sebaik melihat Maria seperti ingin keluar.
“Pergi cari gula Kak Zura, gula kat pantry tu dah habis.”
“Habis tadi kamu buat kopi untuk
Encik Pasha tu kamu letak apa?”
“Letak kopilah Kak Zura.” Maria cuba
meloyar buruk.
“Tak…maksud akak, kamu tak letak
gulalah ya?”
“Tak…” jawab Maria sambil
menggeleng.
“Ishhh
kamu ni Maria, boleh pulak kamu tak letak gula buat kopi untuk Encik Pasha.
Habis tu kamu tak ganti dengan susu?”
“Tak kak. Okeylah kak, saya pergi
dulu. Nanti Encik Pasha tengok saya tak pergi lagi, marah pulak dia kan?” kata
Maria, rimas pula bila Kak Zura semakin banyak soalnya. Kak Zura hanya
menggelengkan kepalanya bila mendengar jawapan lurus Maria.
“Ya lah…hati-hati.”
“Okey…” kata Maria terus berlalu
pergi.
ESMADI
yang kebetulan ada urusan kerja berdekatan dengan pejabat Pasha Idham mengambil
keputusan untuk menyinggah sebentar di pejabat sahabat baiknya itu tanpa memaklumkan terlebih dahulu pada Pasha
Idham. Kononnya nak buat kejutanlah tu.
“Pakcik…tumpang tanya…bilik Encik
Pasha kat mana ya?” tanya Esmadi pada Pak
guard yang bertugas disitu.
“Encik masuk dalam ni lepas tu encik
ke kiri, nanti encik akan jumpa bilik Encik Pasha.”
“Okey…terima kasih ya pakcik.”
“Sama-sama.”
Esmadi terus masuk ke dalam untuk mencari
bilik Pasha Idham seperti yang diberitahu pakcik tadi. Sebaik sampai di ruangan
yang dimaksudkan, Esmadi melihat ada tiga orang pekerja yang sedang tekun
dengan kerja masing-masing.
“Assalamualaikum…” Esmadi memberi
salam bila melihat tiga orang pekerja tersebut seperti tidak sedar kehadirannya
disitu.
“Waalaikumussalam…” jawab Azlan,
Aina dan Kak Zura serentak.
“Ya encik, ada apa-apa yang boleh
saya bantu?” tanya Kak Zura pada Esmadi.
“Boleh saya tahu, ni office Encik Pasha ke?”
“Betul lah tu, ni memang office Encik Pasha.”
“Boleh saya jumpa Encik Pasha tak?”
“Sebelum tu boleh saya tahu, encik
ni siapa ya?”
“Saya Esmadi, kawan baik Encik
Pasha.”
“Ooo…kalau macam tu Encik Esmadi
tunggu kejap ya. Saya jumpa Encik Pasha kejap.” Esmadi hanya mengangguk. Kak
Zura terus berlalu ke bilik Pasha Idham.
“Masuk!” laung Pasha Idham dari
dalam. Kak Zura membuka pintu bilik bosnya dengan berhati-hati.
“Ya Zura ada apa?”
“Kawan Encik Pasha nak jumpa Encik
Pasha.”
“Siapa?”
“Katanya dia kawan baik Encik Pasha,
nama dia Esmadi.”
“Madi… Panggil dia masuk sekarang.”
arah Pasha Idham pada Kak Zura sebaik nama kawan baiknya itu disebut. Kak Zura
terus keluar untuk memanggil Esmadi masuk.
“Encik Esmadi, Encik Pasha suruh
Encik Esmadi masuk.”
“Okey…terima kasih ya.” ucap Esmadi
pada Kak Zura.
“Sama-sama.” jawab Kak Zura sambil
tersenyum.
Esmadi terus bergerak masuk ke bilik
Pasha Idham.
“Hei! Madi…masuk-masuk…” pelawa
Pasha Idham sebaik melihat wajah Esmadi di muka pintu biliknya. Esmadi
mengambil tempat dihadapan Pasha Idham sebaik menerima pelawaan dari temannya
itu. “Kau dari mana ni? tiba-tiba je sampai office
aku, tak bagitahu aku pun kau nak datang.”
“Aku saja nak surprisekan kau. Terkejut tak tengok aku datang?”
“Boleh tahan terkejut jugaklah…kau
tak kerja ke hari ni?”
“Eh kerjalah… Apa pulak tak kerja,
kalau tak kerja tak masyuklah…”
“Habis tu kau ada kat office aku ni, kerja apa macam ni?”
“Aku baru lepas buat kerjalah ni. Kebetulan
aku ada urusan kat area sini tadi, tu
aku singgah office kau tu.”
“Ooo…patutlah…cakaplah awal-awal.”
“Oit! Bagus betul aku tengok
perkerja-pekerja kau tu.” kata Esmadi yang kagum dengan kerajinan
pekerja-pekerja Pasha Idham.
“Kenapa?”
“Tekun betul aku tengok mereka semua
tu buat kerja, sampai aku datang pun mereka tak perasan.”
“ Ya ke? sampai macam tu sekali…?” Pasha Idham buat-buat
terkejut. Padahal memang dia sudah sedia tahu kebenarannya. Pekerja dia memang
rajin buat kerja, rajin bersebab.
“Ya lah…apa yang kau dah buat pada mereka sampai mereka tekun macam tu
sekali?”
“Macam aku cakaplah, aku buat-buat
serius je. Mungkin sebab tu kot mereka jadi rajin.” kata Pasha Idham tanpa
menyentuh peraturan-peraturan yang telah diberikan pada semua pekerjanya itu.
“Ya ke? Takkanlah sebab kau buat
muka serius sampai mereka jadi tekun macam tu sekali? Macam tak logik je…mesti
ada benda lain ni.”
“Mana ada benda lain, dah memang
pekerja-pekerja aku tu rajin, aku nak buat macam mana. Tak macam
pekerja-pekerja kau…” sempat lagi Pasha Idham mengutuk pekerja-pekerja Esmadi.
“Eh! Kau ni, nak kutuk
pekerja-pekerja aku pulak!”
“Bukan kutuk…aku kata je.”
“Samalah tu…kutuk ke, kata ke, tapi
maksud kau tetap sama je kan?”
“Dahlah tu. Kau datang office aku ni, sebab kau nak gaduh
dengan aku ke?”
“Taklah…”
“Habis tu, nada kau tu macam tak
puas hati dengan aku je.”
“Tak ada lah…okey kita tutup pasal
tu okey! Kita buka pasal cerita lain.” Esmadi
cuba menenangkan keadaan.
Pasha Idham dan Esmadi akhirnya
menukar topik perbualan tanpa menyentuh lagi topik mengenai pekerja-pekerja
mereka seperti sebelum ini. Mereka memilih topik yang lebih santai untuk
dibualkan. Topik yang lebih relaks yang mana tidak ada kaitan sedikit pun
mengenai kerja. Mereka dilihat lebih tenang bila bercerita mengenai topik
sebegitu.
Maria yang baru pulang dari membeli
barangan untuk stok di pantry
kelihatan letih sekali. Melihat keadaan Maria yang letih begitu, Kak Zura jadi
hairan lalu menegurnya.
“Hai Maria…letih semacam je akak
tengok, kenapa? Siap bepeluh-peluh lagi, kamu pergi cari gula ke kamu pergi jogging ni?”
“Bukan setakat jogging kak, pecut 100 meter lagi ni.” jawab Maria dalam keadaan termengah-mengah.
“Dah kenapa kamu lari laju-laju,
kedai tu bukan jauh sangat dari office ni.
Jalan perlahan-perlahan sudahlah, yang kamu nak pecut tu kenapa?”
“Kalau saya tak pecut matilah saya
kak….anjing kejar saya!” cerita Maria bersungguh dengan muka yang penuh aksi.
Azlan dan Aina yang melihatnya melepaskan tawa, tetapi hanya tawa kecil yang mampu
dilepaskan, tu pun dalam keadaan terkawal, bukan apa takut bos mereka dengar,
kalau Pasha Idham dengar habislah mereka.
“Ishhh
kamu ni…kamu pergi kedai mana ni? setahu akak lorong kat belakang tu je ada
anjing. Kedai runcit tu kat hujung sana je kan? tak perlu nak lalu jalan
belakang tu.”
“Haa…tu
lah akak tak tahu, saya dah pergi dah kedai tu tadi…tapi tuan kedai tu cakap
gula dah habis, jadi saya pergilah kedai yang bangunan belakang tu. Nak
dijadikan cerita, malas nak penat jalan saya gunakanlah jalan shortcut kat belakang tu, masa pergi
okey lagi tapi masa balik tu… sekali anjing kejar daaa…lintang pukang saya
lari, nasib baik tak ada orang nampak…kalau tak malu saya kak…!!!” Kak Zura
yang mendengar cerita Maria yang bersungguh itu akhirnya ketawa juga. Tiba-tiba
dirasakan lawak pulak bila melihat reaksi Maria bercerita begitu. Azlan dan Aina
tak payah cakaplah, dari tadi dah ketawa, dirasakan Maria memang sentiasa lawak
dimata mereka.
“Ishhh
kamu ni…tak ada penyakit kamu cari penyakit. Dahlah…pergilah hantar barang tu
kat pantry, jangan lupa pula kopi
Encik Pasha tu. Nanti mengamuk pulak bos kesayangan kamu tu kan.” pesan Kak
Zura pada Maria, Maria mengangguk dan terus ke pantry membawa bersama barang yang dibelinya tadi. Azlan dan Aina
masih lagi dengan sisa ketawanya.
“Amboi kamu Azlan…Aina…seronok ya
gelakkan orang, kena kat kamu baru kamu tahu.” tegur Kak Zura.
“Hahhaha…saya tak bolehlah kak
tengok muka Maria tu, lawak betul lah…saya rasa kalau dia masuk raja lawak
boleh menang ni kak. Akak tengoklah muka dia masa bercerita tadi tu, memang tak
boleh nak tahanlah kak…hahahha” jawab Azlan bersama ketawanya.
“Betul kata Azlan tu kak Zura, Maria
ni memang boleh jadi mak lawaklah.” sokong Aina dengan kata-kata Azlan. Kak
Zura turut tersenyum mendengar kata-kata Azlan dan Aina. Memang Kak Zura tidak
nafikan yang Maria memang lawak orangnya. Sejak kehadiran Maria di sini berseri
je office ni, ada je lawak yang dia
nak buat. Tapi disebabkan bosnya yang agak kurang mesra tu menyebabkan
pergerakan mereka terbatas sikit jadinya. Kalau tak, mahu riuh rendah office ni tiap-tiap hari.
Maria lalu di depan Azlan, Aina dan
Kak zura dengan membawa secawan kopi ditangan. Maria yang melihat
kawan-kawannya yang masih lagi dengan sisa ketawa mereka itu mengambil
keputusan untuk menegur.
“Aiii…dari tadi tak habis lagi ke
gelak? Lawak sangat ke cerita saya tu sampai susah nak nak berhenti gelak tu.”
tegur Maria bila melihat Azlan dan Aina yang masih lagi ketawa mengekek.
“Lawaklah jugak…” jawab Azlan
selamba. Maria yang mendengarnya hanya tersenyum. Dia kemudiannya terus membawa
kopi kebilik Pasha Idham.
“Masuk!” laung Pasha Idham dari
dalam. Maria yang baru melangkah masuk terkejut melihat tetamu ada di dalam.
“Yang kamu tercegat kat depan pintu
tu kenapa? Bawaklah kopi tu kesini.” arah Pasha Idham. Mendengar arahan itu
Maria terus membawa kopi itu ke meja Pasha Idham. Sampai dimeja tiba-tiba Maria
seperti berfikir untuk meletakkan cawan kopi itu.
“Kiri…kanan…kiri…kanan…” itu saja
yang bermain difikiran Maria. Bila darah gemuruh datang itulah jadinya, semua
jadi lupa.
“Yang awak pegang lagi cawan kopi tu
kenapa? Letaklah atas meja saya ni. Kalau awak pegang macam tu, macam mana saya
nak minum.” marah Pasha Idham pada Maria. Maria tiba-tiba tersengih. “Yang awak
tersengih pulak tu kenapa?”
“Saya lupalah Encik Pasha…” kata
Maria dengan suara yang sedikit selamba bunyinya.
“Lupa apa pulak ni? lupa nak letak
gula lagi ke?” tanya Pasha Idham pada Maria. Esmadi yang berada disitu hanya
memerhatikan gelagat mereka berdua itu.
“Bukan…”
“Habis tu apa yang awak lupa?”
“Saya lupa belah mana saya perlu
letak kopi ni…kanan ke kiri ek Encik Pasha?” tanya Maria tanpa rasa bersalah.
“Ishhh
awak ni…awak tak baca ke kertas yang saya bagi tu?”
“Baca…”
“Kalau baca takkan awak tak tahu!
Sebelum ni awak letak belah mana?” Maria cuba mengingati. Esmadi yang disitu
sedikit bingung jadinya bila mendengar Pasha Idham bercakap dengan gadis didepannya
itu. Topik apa yang dibualkan sahabatnya itu dia sendiri pun tidak tahu.
Kertas…kertas apa? itu yang menjadi persoalan difikiran Esmadi.
“Kanan Encik Pasha!” kata Maria
tiba-tiba bila mengingati belah mana harus diletakkan cawan kopi itu.
“Tahu pun…habis tu tak reti-reti nak
letak cawan tu?” sindir Pasha Idham lagi bila melihat Maria masih lagi memegang
cawan ditangannya itu. Maria hanya mampu tersengih lalu meletakkan cawan kopi
itu diatas meja Pasha Idham.
“Kalau tak ada apa-apa saya keluar
dulu ya Encik Pasha.” kata Maria sambil melangkah untuk pergi.
“Tunggu!” kata Pasha Idham
tiba-tiba. Maria yang mendengar menghentikan langkahnya.
“Ada apa lagi ya Encik Pasha?”
“Awak nampak tak tetamu depan saya
ni?”
“Nampak…”
“Habis tu tak reti nak buat kopi
satu lagi?”
“Kena buat juga ke Encik Pasha?” tanya
Maria dengan soalan yang boleh membuatkan orang jadi geram bila mendengarnya.
“Habis tu, awak nak suruh tetamu
saya ni tengok je saya minum ya?” tanya Pasha Idham geram. Tanpa rasa bersalah
Maria menjawab.
“Manalah saya tahu kena buat Encik
Pasha…, dalam kertas tu Encik Pasha tak ada tulis pun kena buat air untuk
tetamu.”
“Adoiii
la…Maria…Maria…kenapalah awak ni lurus sangat ya? Takkanlah tu pun saya nak
tulis… Kalau semua saya nak kena tulis jawabnya beribu helai kertas pun tak
cukup.” keluh Pasha Idham bila memikirkan kelurusan PA nya itu. “Dah! Awak
pergi buat kopi untuk kawan saya ni cepat! kesian kawan saya ni dari tadi kat
sini tak minum-minum lagi.”
“Baik Encik Pasha…saya buatkan.”
kata Maria perlahan lalu melangkah keluar dari bilik Pasha Idham. Esmadi yang
berada disitu hanya tersenyum melihat gelagat selamba PA sahabatnya itu.
“Siapa tu? Masa aku datang tadi tak
ada pun aku tengok dia kat luar tu?” tanya Esmadi sebaik Maria pergi.
“Memanglah kau tak tengok sebab tadi
aku suruh dia pergi beli gula. Kalau kau nak tahu tu lah PA aku.” beritahu
Pasha Idham pada Esmadi.
“Ooo…PA kau…boleh tahan juga PA kau
tu ya? Manis orangnya… Lawak pun lawak aku tengok.” kata Esmadi sambil
tersenyum bila mengingatkan gelagat Maria bersoal-jawab dengan Pasha Idham tadi.
“Lawaklah sangat, buat sakit hati
ada lah.”
“Okeylah tu…sekurang-kurangnya kau
ada teman untuk bergaduh kan?”
“Banyaklah kau punya teman bergaduh!
Sakit hati aku tau tak? Apa yang aku cakap bukannya dia nak ingat, tu baru aku suruh
ingat kat belah mana dia perlu letak cawan kopi tu, tu pun tak boleh nak
ingat.” rungut Pasha Idham didepan temannya itu.
“Alahhh…biasalah
tu, kau tu yang cerewet sangat… nak letak cawan belah mana pun nak jadikan isu.
Tapi satu aku nak tahu, kertas apa yang kau bagi kat PA kau tu sampai dia nak kena
ikut macam tu sekali?” tanya Esmadi ingin tahu.
“Tak ada kertas apa lah…” kata Pasha
Idham cuba berdalih.
“Ya ke?” Esmadi tidak percaya apa
yang dikatakan Pasha Idham.
“Iye…
Dahlah tak payah cakap pasal kertas tu lagilah.” Pasha Idham cuba mengelak dari
ditanya Esmadi lebih-lebih berkenaan kertas peraturan yang diberikan pada
pekerjanya itu.
Tidak lama kemudian Maria masuk
dengan membawa secawan lagi kopi ditangan, kali ni untuk tetamu bosnya Encik
Esmadi.
“Cawan ni nak letak belah mana ya
encik? Belah kanan jugak ya?” tanya Maria pada Esmadi, Pasha Idham didepan
hanya memerhati sahaja gelagat PA nya itu.
“Panggil je saya Esmadi. Saya tak
kisah, awak letak je belah-belah mana pun, asal saya boleh minum sudah.” kata
Esmadi, Maria terus meletakkan cawan itu diatas meja tanpa perlu memikirkan disebelah
kiri atau kanan dia perlu meletakkan cawan itu.
“Terima kasih…” ucap Esmadi pada
Maria.
“Sama-sama…kalaulah semua orang
macam Encik Esmadi kan senang? Tak payah saya nak kena fikir kat belah mana
saya perlu letak cawan tu.” kata Maria seperti menyindir bosnya itu. Pasha Idham
yang mendengarnya terasa seperti sindiran itu ditujukan untuknya.
“Awak sindir saya ya Maria?”
“Eh! Mana ada!” nafi Maria.
“Awak jangan nak tipu sayalah, saya
tahu awak sindir saya.”
“Tak ada Encik Pasha, saya tak
sindir Encik Pasha pun… kan Encik Esmadi kan?” tanya Maria pada Esmadi sengaja untuk
mendapatkan sokongan dari Esmadi. Esmadi yang mendengar pertanyaan Maria itu hanya
tersenyum sambil mengangguk. “Ha…kan betul saya cakap, Encik Esmadi pun setuju
dengan apa yang saya cakap tu. Terima kasih Encik Esmadi sebab sudi sokong
saya.” ucap Maria pada Esmadi dengan selambanya.
“Sama-sama.” sambut Esmadi yang
masih lagi tersenyum.
“Ya lah tu…” kata Pasha Idham tidak
percaya dengan kata-kata Maria.
“Ya lah Encik Pasha…buat apa saya
nak bohong. Tak baik tau berbohong.” Maria cuba menarik kepercayaan bosnya.
Padahal memang betul dia menyindir bosnya.
“Dah
la, awak keluarlah…kalau saya layan awak ni sampai esok pun tak habis.” suruh
Pasha Idham.
“Baik Encik Pasha…Encik Esmadi
jemput minum ya, sedap kopi yang saya buat tu, kalau Encik Esmadi tak minum rugi.”
sempat lagi Maria mempelawa Esmadi minum. Pelawaan yang diberikan itu disambut
oleh Pasha Idham.
“Amboi-amboi…dengan kawan saya bukan
main lagi awak pelawa minum ya? Kalau dengan saya tak ada pulak macam tu?”
“Kalau dengan Encik Pasha saya tak
sempat nak pelawa minum Encik Pasha dah halau saya keluar.” jawab Maria lepas.
Esmadi yang tadinya tersenyum sudah ketawa mendengar jawapan spontan Maria itu.
“Apa awak cakap?” tanya Pasha Idham dengan
suara yang sedikit meninggi, tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan
PAnya itu. Maria yang mendengar suara tinggi Pasha sedikit terkejut jadinya.
“Hah?” tanya Maria seakan blur. Maria macam biasa bila terkejut kadang-kadang
akan keluarlah muka blurnya itu.
“Apa yang hah?”
“Tak ada apa Encik Pasha…kalau tak
ada apa-apa saya keluar dululah ya?” kata Maria dengan jawapan selamat,
sebenarnya lebih kepada jawapan ingin mengelak. Cepat je dia melangkah keluar,
sampai Pasha Idham memanggilnya kembali pun sudah tidak diendahkannya.
“Maria! Awak nak pergi mana tu? saya
tak habis lagi bercakap dengan awak ni!” panggil Pasha Idham geram bila Maria
tidak mengendahkan panggilannya. “ Maria!” jerit Pasha Idham lagi.
“Dah la tu…, kau ni dengan PA
sendiri pun nak berkira.” Esmadi cuba menenangkan temannya itu.
“Berkira tak berkira, kau tak dengar
ke apa yang dia jawab tadi?”
“Dengar…tapi aku rasa betul jugak
apa yang PA kau cakap tu.” kata Esmadi dengan senyuman dibibir.
“Kau ni! kau nak sebelahkan aku ke
sebelahkan PA aku ni?”
“Aku tak ada sebelahkan siapa-siapa.
Kau tidak, PA kau pun tidak!” jawab Esmadi tidak mahu memanjangkan lagi
keadaan.
“Habis tu tadi bukan main lagi kau
sokong cakap dia tu kenapa?” tanya Pasha Idham masih tidak puas hati dengan
perkara tadi.
“Aku bukan sokong…dah dia tanya aku,
aku rasa betul aku angguk je lah, tu aje.”
“Samalah tu…”
“Dah la tu, aku nak minum kopi ni
dulu. Tunggu kau jemput sampai karang
pun aku tak boleh minum rasanya. Asyik nak membebel je kerjanya.” perli Esmadi,
Pasha Idham yang mendengar sindiran temannya itu hanya diam seperti mengakui
keterlanjuran diri. “Boleh aku tahu, PA kau tu umur berapa ya?” tanya Esmadi
sebaik meletakkan kembali cawan kopi yang diminumnya tadi.
“Kenapa kau nak tahu?”
“Saja aku nak tahu, berapa umur
dia?”
“21 tahun.”
“Patutlah…”
“Patutlah apa?” tanya Pasha Idham tidak
faham apa yang dimaksudkan temannya itu.
“Patutlah main redah je jawabnya,
budak-budak lagi rupanya. Elok sangatlah dengan kau tu.”
“Apa yang elok dengan aku?”
“Eloklah…sorang tua, sorang lagi
muda, memang ngamlah kalau nak
berlawan.”
“Kau kata aku tua? Habis kau tu muda
sangat?” kata Pasha Idham tak puas hati.
“Laa…kau
tak tahu ke? Aku kan memang muda dari kau setahun.” Esmadi sengaja mengusik.
“Alahhh
pergilah kau! setakat satu tahun beza dengan aku tu kau tak payah nak perasan
muda sangatlah.” perli Pasha Idham. Esmadi yang mendengarnya hanya ketawa.
“Hahahhah…” Esmadi masih lagi dengan
ketawanya.
“Ketawa pulak? Aku tak buat lawaklah
wei!” marah Pasha Idham, Esmadi cuba meredakan ketawanya yang masih lagi
bersisa itu sebelum dia ingin mengatakan sesuatu pada Pasha Idham.
“Kau ingat tak apa yang aku cakap
sebelum ni kat kau?”
“Pasal apa?”
“Alahhh
pasal kau buat-buat serius dengan pekerja kau tu la, aku cakap tak mustahil kau
yang kena dengan pekerja kau nanti.”
“Kenapa tiba-tiba kau cakap pasal tu
pulak?”
“Kau ni lambat tangkaplah! Aku cakap
macam tu sebab aku tengok si Maria tu ada ciri-ciri untuk jadi macam tu.”
“Maksud kau Maria akan buli aku?”
“Ya lah…itulah maksud aku.”
“Hei… sorry okey! Aku takkan biarkan si Maria tu buli aku. Aku akan
pastikan perkara tu takkan terjadi.” kata Pasha Idham yakin.
“Jangan yakin sangat Pasha…” Esmadi
mengingatkan.
“Eh! Mestilah aku kena yakin. Sebab
aku memang pasti dia tak akan boleh buat aku macam tu! Ini Pasha Idham okey…!”
“Okey kita tengok nanti, kalau kau
tak percaya cakap aku. Tak banyak, mesti sikit akan ada Maria tu buli kau
nanti.”
“Baik. Kita tengok macam mana nanti.
Aku pun tak sabar jugak nak tahu keputusan ni.” kata Pasha Idham sedikit
berlagak. Esmadi hanya senyum melihat keyakinan kawannya itu.
“Okeylah…aku balik dululah, aku rasa
macam dah lama je aku kat office kau
ni.” kata Esmadi meminta diri untuk pulang.
“Takkan dah nak balik kot? Duduklah
dulu.”
“Tak apa lah, lain kali aku datang
lagi ya? Aku kalau boleh memang nak duduk lama-lama kat office kau ni…tapi kau faham-fahamlah papa aku tu, dia bukan boleh
kalau aku tak ada lama kat pejabat tu, mulalah mencari nanti.”
“Kalau macam tu baiklah…kalau kau
ada kerja kat area sini lagi kau
singgahlah ya?” pelawa Pasha Idham.
“InsyaAllah aku akan singgah. Aku
balik dulu ya.” Esmadi meminta diri. Pasha Idham menghantar Esmadi hingga ke luar.
Esmadi berhenti sebaik sampai dimeja Maria.
“Saya balik dulu ya Maria…” kata
Esmadi sambil tersenyum. Maria menyambutnya dengan senyuman juga.
“Baiklah. Kalau lapang datanglah
lagi Encik Esmadi, nanti bolehlah minum lagi kopi saya yang sedap tu.” puji
Maria pada diri sendiri, Pasha Idham yang mendengarnya membuat muka. Maria yang
perasan bosnya membuat muka padanya itu hanya buat tidak tahu.
“InsyaAllah…saya akan datang lagi.
Memang sedap pun kopi yang awak buat tu.” puji Esmadi. Maria yang mendengarnya
hanya tersenyum.
“Kau tak payah puji sangatlah Madi
si Maria ni, nanti pengsan dia kat sini.” kata Pasha Idham pada Esmadi dengan
perliannya itu ditujukan pada Maria.
“Kenapa
pulak saya boleh pengsan?” tanya Maria tidak puas hati, Pasha Idham didepan
hanya buat tidak tahu pada Maria, malas untuk dia menjawab pertanyaan Maria itu.
Kak Zura, Azlan dan Aina terkejut mendengar pertanyaan berani Maria pada Pasha
Idham. Mereka memandang kearah Maria dan bosnya. Namun pandangan mereka hanya
sekejap kerana bimbang takut Pasha Idham perasan yang mereka sedang memandang
kearahnya dan Maria.
“Nanti
kau Maria…” kata Pasha Idham dalam hati.
Esmadi yang memerhati gelagat mereka berdua
hanya tersenyum.
“Dahlah tu, tak payah gaduh lagi.
Okeylah aku nak balik dah ni.” Esmadi meminta diri sekali lagi.
“Baiklah…mari aku hantar kau.”
pelawa Pasha Idham.
“Kau nak hantar aku sampai mana ni?
sampai rumah ke?” Esmadi berseloroh.
“Sampai depan pintu luar pejabat ni
dah la…kau ni…” kata Pasha Idham mengeluh. Esmadi yang mendengarnya tersenyum.
“Ya lah…terima kasih sebab sudi hantar aku.” kata Esmadi lalu mereka
berdua berjalan beriringan menuju ke pintu utama pejabat itu. Sebelum keluar
sempat lagi Esmadi mengucapkan selamat tinggal kepada pekerja-pekerja Pasha Idham
yang lain. Mereka semua menyambutnya dengan senyuman.
“Eh! Baik kan kawan Encik Pasha tu.”
kata Azlan memuji.
“A’ah la, tak macam bos kita tu,
ketat je selalu mukanya.” sokong Aina, sempat lagi dia mengutuk bosnya.
“Maria!” panggil Kak Zura.
“Ada apa kak?”
“Berani
ya akak tengok kamu jawab cakap Encik Pasha tadi tu?” giliran Kak Zura pula
bersuara tetapi soalannya lebih menjurus kepada keberanian Maria.
“Jawab apa kak? Apa yang beraninya?”
tanya Maria tidak faham.
“Alaa…yang
kamu jawab masa Encik Pasha cakap pasal pengsan tu la.”
“Ooo…tu biasa je tu kak, ada lagi
dahsyat yang Maria pernah jawab kak, akak je yang tak tengok.” jawab Maria
selamba. Kak Zura yang mendengarnya terkejut, begitu juga dengan Azlan dan
Aina.
“Kamu biar betul Maria?”
“Betul lah kak…buat apa Maria nak
tipu.” Maria mengiakan, Kak Zura masih lagi tidak percaya apa yang dikatakan
Maria.
Tidak lama kemudian, Pasha Idham
masuk semula ke dalam pejabat setelah menghantar Esmadi pulang.
“Maria, kamu masuk dalam bilik saya
sekejap.” arah Pasha Idham sebaik lalu didepan meja Maria. Azlan, Aina dan Kak
Zura sudah memandang kearah Maria. Maria yang mendengar arahan itu terus bangun
untuk masuk ke dalam bilik Pasha Idham.
“Habislah Maria nanti kak…” kata
Aina sebaik Maria masuk ke dalam.
“Tak tahulah macam mana nasib Maria
nanti, mahu teruk dia kena tu.” tambah Kak Zura pula.
Di dalam Maria sedang melalui
saat-saat yang mendebarkan. Berani memang berani, tapi takut ada juga bila
memandang muka Pasha Idham seperti mahu menelannya hidup-hidup itu. Apa-apa pun
Maria hanya bertawakal pada Allah S.W.T agar diselamatkan semuanya.
“Duduk!” arah Pasha Idham bila
melihat Maria berdiri didepannya. Maria dengan sopan-santun menarik kerusi dan
duduk didepan Pasha Idham. Pasha Idham hanya memerhati tindak tanduk Maria yang
kelihatan sopan didepannya itu.
“Amboi…bukan main sopan lagi awak tarik
kerusi tu ya Maria…” kata Pasha Idham dalam hati bila melihat kesopanan Maria
menarik kerusi di hadapannya itu. Maria yang berada di depannya kini hanya
menundukkan muka, tidak berani untuk mengangkat mukanya memandang Pasha Idham.
“Yang awak tunduk kebawah tu kenapa?
Dah tak berani nak pandang muka saya yang hensem ni lagi ke? Tadi masa ada
kawan saya tu bukan main berani lagi awak ya?” perli Pasha Idham. Maria
mendengarnya memandang Pasha Idham sekilas sebelum menundukkan kembali wajahnya
ke bawah.
“Cettt!
Perasannyaaa…..porahhhh! hemsem
konon!” kutuk Maria dalam hati, sambil membuat muka. Pasha Idham dapat melihat
apa yang dibuatnya itu walaupun dia memandang ke bawah.
“Awak buat apa tu?”
“Buat apa Encik Pasha?” tanya Maria
tidak faham, kembali mengangkat mukanya memandang ke arah Pasha Idham. Kali ni
dia tidak lagi menundukkan kembali mukanya ke bawah.
“Awak jangan ingat saya tak nampak.”
“Nampak apa Encik Pasha?” tanya
Maria lagi, dalam kepalanya berfikir sendiri. “Dia nampak ke apa yang aku buat
tadi?”
“Awak tak payah buat-buat tanyalah,
awak ingat saya tak nampak muka awak tu senget-senget kat bawah tadi, awak ejek
saya kan?”
Maria
sedikit terkejut mendengarnya. “Sah! Memang mamat ni nampak apa yang aku buat
tadi.” kata Maria dalam hati.
“Kenapa
awak diam? betul apa yang saya cakap kan?”
“Eh
mana ada Encik Pasha, mana ada saya buat pada Encik Pasha macam tu…” nafi
Maria.
“Habis
tadi tu yang senget-senget muka tu kenapa?” Pasha masih tidak puas hati.
“Ooo…yang
tu sebab saya gatal hidung Encik Pasha, sebab tu senget-senget macam tu.”
bohong Maria lagi.
“Banyaklah
awak punya gatal hidung, awak ingat saya nak percaya ke cakap awak ni? Saya dah
ramailah jumpa orang yang macam awak ni, saya dah lali dah dengan alasan yang
macam tu. Kalau gatal sangat hidung tu, kenapa tak garu je dengan tangan tu?”
“Malu…”
jawab Maria lepas, sambil senyum tersipu-sipu. Konon-kononnya malulah tu kot.
“Kenapa
pulak awak nak malu?” tanya Pasha Idham dengan suara yang masih lagi tegas.
“Malulah…”
kata Maria tanpa memberitahu sebabnya. Macam mana dia nak beritahu sebabnya
memang betul tadi dia mengejek bosnya itu.
“Saya
tahulah malu…tapi sebab apa?”
“Tak
ada apa-apa lah…”
“Dah
tak ada apa-apa pulak? Bagitahulah sebabnya…awak malu mesti ada sebab kan?”
“Encik
Pasha ni banyak tanyalah…, kalau tak ada apa-apa saya keluar dululah.” kata
Maria bosan. Maria sudah siap sedia bangun untuk keluar dari bilik bosnya itu.
“Ewah…ewah…banyak cantik muka awak!
Ada saya suruh awak keluar ke?”
“Tak ada…” jawab Maria sepatah.
“Habis tu yang awak pandai-pandai
nak keluar tu siapa suruh?”
“Sayalah yang suruh.” jawab Maria lepas.
“Amboi awak ni…sedap je menjawab ya?
Awak duduk balik atas kerusi tu!” arah Pasha Idham bila melihat Maria yang
masih lagi berdiri. Maria dengan perasaan yang lemah kembali duduk di atas
kerusi yang didudukinya tadi.
“Ada apa lagi ni Encik Pasha?” tanya
Maria lemah. Pasha Idham memandang tepat pada wajah Maria.
“Makin berani awak sekarang ni ya?”
“Berani apa Encik Pasha?”
“Berani menjawab cakap sayalah!”
“Mana ada Encik Pasha, saya jawab
apa yang betul je Encik Pasha.”
“Jawab apa yang betul tapi sempat
perli saya kan?”
“Mana ada…”
“Iyalah tu, awak ingat saya tak faham
apa yang awak cakap tu?”
“Kalau faham baguslah…” jawab Maria
lepas.
“Tengok tu! menjawab lagi.”
“Habis tu Encik Pasha? kalau Encik
Pasha tak nak saya menjawab baik Encik Pasha cari PA yang bisu je la, baru
senang sikit hidup Encik Pasha tak ada orang nak menjawab.” jawab Maria geram.
Maria pun tidak tahu dari mana datang keberaniannya menjawab pertanyaan Pasha Idham
itu. Mungkin sebab letih di ajukan soalan yang sama kot, jadi dia rasa geram
sebab tu dia berani menjawab, padahal dalam hati hanya Allah je yang tahu…bimbang
juga kalau betul-betul Pasha Idham cari PA lain, habislah dia lepas ni. Lebih
dia takut lagi apa yang nak dijawab dengan Mak Munahnya nanti kalau dia
diberhentikan kerja, matilah dia…tiba-tiba dia teringat pesanan Mak Munahnya
sebelum ni.
Sebaik mendengar jawapan yang diberikan Maria
itu, Pasha Idham terus memandang ke tepat ke wajah PAnya itu dengan pandangan
yang tajam. Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut dari Pasha Idham, hanya
renungan tajam semata-mata diberikan pada Maria.
Maria
jadi geram pada dirinya sendiri sebaik sedar keterlanjuran yang dilakukannya
itu.
“Kenapalah
mulut aku ni celupar sangat ya? Matilah aku kali ni…” kata Maria dalam hati
sambil memukul perlahan mulutnya dengan muka memandang kearah lantai. Pasha
Idham di depan hanya memerhati.
“Yang
awak pukul mulut awak tu kenapa? Mulut awak tu ada buat salah ke?” perli Pasha
Idham bila melihat tindakan nakal Maria itu. Maria dengan perasaan bersalah memandang
kearah bosnya sambil tersengih.
“Saya
mintak maaf Encik Pasha…”
“Kenapa
mintak maaf pada saya pulak?”
“Sebab
mulut saya yang celupar ni la…” Maria mengakui kesilapan diri. Pasha Idham hanya
diam, memerhati saja gelagat Maria didepannya.
“Dah!
Awak boleh keluar sekarang!” arah Pasha Idham. Maria jadi takut.
“Encik
Pasha nak pecat saya ke?”
“Awak
rasa?”
“Encik
Pasha janganlah pecat saya, kalau Mak Munah saya tahu saya kena pecat mati saya
Encik Pasha…” rayu Maria.
“Mak
Munah? Siapa Mak Munah tu?” tanya Pasha Idham tidak kenal siapakah Mak Munah
yang dimaksudkan Maria itu.
“Mak
Munah tu mak sayalah Encik Pasha.” beritahu Maria. Pasha Idham mengangguk
faham. “Encik Pasha pecat saya ke tak ni?” tanya Maria sekali lagi bimbang
kalau-kalau betul Pasha Idham memecatnya.
“Bukan
tadi awak suruh saya cari PA yang bisu ke?” Pasha Idham saja menduga.
“Tu
saya bergurau je Encik Pasha. Encik Pasha janganlah pecat saya ya.” Maria
merayu sekali lagi. Pasha Idham masih diam tidak memberi apa-apa jawapan pada
rayuannya itu. “Encik Pasha, saya merayu pada Encik Pasha, jangan pecat saya
ya?” Maria mencubanya sekali lagi, kali ni dengan muka yang lebih comel. Pasha
yang melihatnya menahan diri dari tergelak bila melihat muka comel Maria yang
dibuat-buat itu. Pasha Idhamberusaha menahan ketawanya itu bimbang takut-takut
terlepas.
Dengan muka yang tetap sama serius
seperti tadi Pasha Idham bertanya pada Maria. “Saya ada kata nak pecat awak
ke?”
“Tak
ada…” jawab Maria sambil tersengih.
“Habis
tu yang awak beria merayu tu kenapa?”
tanya Pasha Idham pada Maria. Maria menggaru-garukan kepalanya sambil
tersengih.
“Maknanya
saya tak kena pecatlah ni Encik Pasha?” tanya Maria dalam nada yang ceria.
“Kenapa?
Awak nak saya betul-betul pecat awak ke?”
“Tak
nak Encik Pasha.” jawab Maria laju.
“Kalau
tak nak, baik awak keluar sekarang sebelum saya ubah fikiran.” kata Pasha Idham
seakan mengugut. Maria yang mendengarnya dengan pantas menjawab.
“Baik Encik Pasha!” Maria terus
melangkah untuk keluar. Belum sempat dia sampai di depan pintu, Pasha
memanggilnya semula.”
“Maria!”
“Ada apa Encik Pasha?”
“Awak nampak tak cawan-cawan ni?”
tanya Pasha Idham sambil menunjukkan pada cawan-cawan kopi yang dibawa Maria
pada dia dan Esmadi tadi.
“Nampak Encik Pasha…”
“Habis tu tak reti-reti?”
“Reti Encik Pasha…” jawab Maria
selamba sambil terus mengambil cawan-cawan kopi yang ada atas meja Pasha Idham untuk
dibawa keluar.
“Ingat! Lain kali kalau ada tetamu
datang jumpa saya, tak kira sesiapapun awak kena sediakan minuman untuk mereka.
Faham tu?”
“Faham Encik Pasha…” jawab Maria
sopan.
“Kalau faham bagus! Dah, awak boleh
keluar sekarang.”
“Baik Encik Pasha…” Maria terus
melangkah keluar dari bilik Pasha Idham.
Sebaik Maria keluar, Pasha Idham tersenyum
sendiri, puas hati bila dapat mengenakan Maria. Dia hanya nak Maria mengaku
keceluparan mulutnya yang suka menjawab tu aje. Nasib baik saat-saat akhir tadi
Maria mengaku, kalau tak panas juga Pasha Idham mendengar jawapan selamba Maria
tu.
“Maria…Maria…Maria…nasib baik kau mengaku…kalau
tak, memang kena pecat kau tadi. ” Pasha Idham tersenyum sendiri bila
mengingati gelagat PA nya itu tadi. “Bukan main sedap lagi bila bercakap, main
redah je…merayu jugak pada aku… tahu pun takut kena pecat…hehehe” Pasha Idaham tersengeh
bila mengingatkan rayuan Maria tadi, bukan main bersungguh lagi merayu.
Pasha
Idham yang serius tadinya pun tak tahan melihat gelagat Maria, hampir-hampir dirinya
nak tergelak. Tapi nasib baik dia cepat kawal, kalau tak habislah, sia-sia je
lah usahanya untuk mengenakan Maria tadi.
No comments:
Post a Comment