BAB 18
HARI ini merupakan hari yang paling sibuk untuk Arissa dan keluarga kerana hari ini merupakan hari besar untuk Taufeq selepas seminggu bergelar suami kepada Durrani. Hari ini Taufeq akan di hantar ke pangkuan isterinya untuk diraikan didalam majlis yang cukup indah bagi setiap pasangan raja sehari.
“Wah Abang Taufeq, berseri-seri muka macam dah tak sabar je nak jumpa buah hati.” usik Arissa.
“Eh mestilah. Nanti bila tiba hari Rissa nanti, Rissa tahulah macam mana rasanya. Rasa nak duk dekat selalu je tau. Tak ada depan mata sekejap pun dah lain macam je rasanya.”
“Amboi, sampai macam tu sekali. Kalau macam tu tak jadi kerja lainlah Abang Taufeq nanti. Asyik duduk mengadap Kak Durrani jelah kerjanya nanti.” perli Arissa. Taufeq ketawa kuat.
“Hahhahah…mestilah, perkara wajib tu.” Taufeq pula mengusik.
“Eeeee Abang Taufeq ni, kepala dah kelainlah tu. Malaslah Rissa nak layan.”
“Hahhahhaha… kelain apanya. Betul lah tu.”
“Dah..dah Abang Taufeq jangan nak mengarut dekat sini. Daripada Rissa layan Abang Taufeq yang lain macam gatalnya ni, baik Rissa tolong ummi banyak jugak pahalanya.”
“Hahhaha…eloklah tu. Tapi kan Rissa baik Rissa kahwin cepat, nanti bolehlah Rissa jadi gatal macam abang jugak.” usik Taufeq lagi.
“Eeeeeee Abang Taufeq ni tolonglah, dah lah tu!” kata Arissa berlalu pergi meninggalkan Taufeq disitu. Taufeq tidak tahan melihat gelagat adik angkatnya itu. Tidak berhenti ketawanya sampai nak keluar airmata.
“Arissa…Arissa… pantang diusik cepat je melentingnya.” bisik Taufeq sendiri.
“Okey kalau semua dah siap, bolehlah kita gerak sekarang ya.” beritahu Encik Abdullah
“Ayah, kita tunggu Julia kejap. Julia belum sampai lagi.” Arissa memberitahu pada ayahnya.
“Assalamualaikum…” Julia memberi salam.
“Waalaikumussalam…hah! sampai pun kau mak cik. Ingatkan tak datang dah tadi.”
“Eh datanglah, kan aku dah janji.”
“Kenapa kau lambat?”
“Ada hal sikit tadi, macam mana kita dah nak gerak ke?” tanya Julia.
“A’ah. tunggu kau je ni.”
“Yeke. Sorry..sorry. Kalau macam tu jomlah kita.” ajak Julia.
“Okey, semua dah ada ni. Marilah kita gerak sekarang, takut lewat pulak nanti.” kata Encik Abdullah sekali lagi. Masing-masing sudah bergerak ke kereta masing-masing.
“Rissa, kita naik kereta aku jelah ya.” Julia memberi cadangan.
“Kenapa pulak. Naik jelah kereta aku.”
“Alahhh tak apa lah, kali ni naiklah kereta aku pulak, asyik naik kereta kau je. Lagipun kereta aku dah kat luar tu. Dah tak payah susah-susah nak kena keluarkan dari garaj tu.” Julia memujuk.
“Okeylah kalau macam tu.” Arissa bersetuju dengan cadangan Julia.
Masuk je kereta Arissa terus duduk dibahagian depan penumpang tanpa menyedari ada seseorang di bahagian belakang. Sehinggalah kereta bergerak.
“Hai Rissa!” Arissa terkejut bila terdengar satu suara memanggilnya dari belakang. Arissa berpaling.
“Encik Irfannn!!!”
“Ya saya Arissa…”jawab Irfan dengan muka tak bersalah.
“Juliaaaa…” Arissa memanggil Julia untuk mendapatkan kepastian.
“Sorry Arissa aku terpaksa ajak Abang Irfan sekali. Kereta dia rosak jadi dia tak dapat nak pergi sendiri ke majlis tu. Kau tahu kan yang kahwin dengan Abang Taufeq tu bakal adik ipar kawan Abang Irfan. Jadi nak tak nak aku kenalah tumpangkan dia.” beritahu Julia cerita sebenar.
“Ya aku tahu, tapi kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal.” kata Arissa sambil berbisik
“Bukan tak nak bagitahu. Tapi benda ni tak dirancang, tiba-tiba Abang Irfan call aku tadi suruh datang ambik dia. Manalah aku sempat nak call kau, nak nak dalam keadaan tergesa-gesa macam tu. Kau tengok tadi aku sampai rumah kau pun lambat kan.” Arissa diam.
“Arissa awak tak payah nak marahkan Julialah, saya yang salah. Kalau awak nak marah, awak marahkan saya je.” Irfan bersuara setelah diam sejak dari tadi.
“Tak ada lah, saya tak marahkan Julia pun. Bila masa pulak saya marahkan Julia?”
“Tu tadi saya tengok awak bisik-bisik dengan Julia. Muka nampak macam marah je.” kata Irfan bila dia nampak muka Arissa tegang di cermin.
“Saya berbincang jelah Encik Irfan, tak ada masa nak marah-marah ni.”
“A’ah. kami berbincang jelah Abang Irfan.” Julia menyokong kenyataan Arissa.
“Kalau tak marah baguslah. Abang Irfan bukan apa, Abang Irfan tak nak pulak disebabkan Abang Irfan kamu berdua bergaduh.” kata Irfan dalam nada buat-buat sedih.
“Taklah, kami okey je. Kan Rissa kan?” tanya Julia minta pengesahan daripada Arissa. Arissa mengangguk setuju.
Dalam duduk bersoal jawab, tiba-tiba telefon Irfan berbunyi.
“Assalamualaikum Johan.”
“Waalaikumussalam… eh kau datang ke tak ni?” tanya Johan
“Datang, tapi lewat sikit sebab aku tumpang Julia ni.”
“Kenapa pulak kau tumpang Julia?” tanya Johan ingin tahu.
“Kereta aku rosak. Okeylah kita jumpa nanti.”
“Okey Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
“Siapa yang telefon tu Abang Irfan?” tanya Julia
“Siapa lagi kalau bukan Abang Johan. Bimbang takut abang tak datang.”
“Oooooo…Dia tak tahu ke kereta Abang Irfan rosak?”
“Tak, abang tak bagitahu pun.”
“Owhhh patutlah. Kenapa abang tak bagitahu Abang Johan?” tanya Julia lagi.
“Eh Julia ni banyak pulak soalnya. Ada lah sebabnya Abang Irfan tak bagitahu. Takkan semua nak cerita kat Julia kot.” bebel Irfan. Julia hanya tersengih mendengar bebelan abang sepupunya itu.
Tidak lama kemudian, mereka sampai juga dirumah pengantin perempuan. Irfan terus mendapatkan Johan apabila melihat Johan melambai-lambai kearahnya. Manakala yang lain bersiap-siap untuk mengarak Taufeq ke rumah pengantin perempuan tidak lama je lagi.
“Eh apasal kau tak bagitahu aku yang kereta kau rosak. Kalau tak aku pergi ambik kau je tadi.” beritahu Johan.
“Sebenarnya kereta aku tak rosak pun.” jawab Irfan selamba.
“Habis tu kenapa kau tumpang Julia.”
“Aku saja je. Kalau aku tumpang Julia, dapatlah aku dekat-dekat dengan Arissa.”
“Cesss! Sempat lagi tu. Kau ni, time macam ni pun nak ambik peluang.”
“Hei mestilah, sebelum ni dah banyak aku buang masa. Jadi sekarang ni, mana ada peluang aku rembat jelah. Bukan kau ke yang ajar aku buat macam tu.”
“Yelah tu aku ajar. Dahlah, jom kita makan dulu, nanti kebulur pulak kau kan.”
“Okey. Jom! memang aku lapar pun ni.” akui Irfan.
Irfan dan Johan menuju ke bawah kanopi untuk mengambil makanan yang disediakan. Mereka makan dengan seleranya tanpa menghiraukan tetamu lain yang turut berada disitu. Memang lapar benar kalau macam tu gayanya tu.
Taufeq diarak menuju ke rumah pengantin perempuan, sementara pengantin perempuan sudah sedia menunggu pengantin lelaki di luar. Paluan kompang berkumandang memeriahkan lagi majlis meraikan raja sehari. Kegembiraan jelas terpancar dimuka kedua-dua pengantin. Arissa tiba-tiba terpandangkan Irfan yang tengah khusyuk makan.
“Julia, cuba kau tengok abang sepupu kau tu, lapar betul aku tengok, sampai tak tengok kiri kanan.” Julia berpusing untuk melihat apa yang ditunjukkan Arissa.
“Hahahha… Abang Irfan aku tu memang, kalau dah lapar memang macam tu lah gayanya. Buruk betul perangai, ishhhh…ish…ish, abang sepupu siapa lah tu.”
“Macam orang tak makan sepuluh tahun je aku tengok.” tambah Arissa.
“Hahahha…kau ni tak baiklah Rissa.”
“Eleh kata aku, kau pun sama kutuk dia.” kata Arissa tak mahu mengalah.
“Dahlah tu, pada kita duduk tengok Abang Irfan tu makan, baik kita fokus jalan ni. Kan tak pasal-pasal kita tersadung kat sini kan.” Julia mengingatkan. Mereka meneruskan perjalanan mengiringi pengantin sampai ke dalam.
Setelah selesai makan dan selesai bergambar dengan pengantin, tibalah masa untuk Arissa dan keluarga pulang.
“Julia kau tunggu aku dekat kereta, aku ada benda nak cakap sikit dengan Abang Taufeq ni. kejap lagi aku pergi.” suruh Arissa bimbang takut Julia bosan, lagipun Irfan sudah menunggu mereka di kereta.
“Okey.”
Julia dan Irfan menunggu Arissa di kereta sementara Arissa berjumpa dengan Taufeq. Irfan sempat mengatur rancangannya.
“Julia balik nanti biar Abang Irfan drive ya. Julia duduk belakang.” beritahu Irfan
“Kenapa pulak Julia nak kena duduk belakang?”
“Alahhh Julia ni, buat-buat tak faham pulak. Julia nak tolong Abang Irfan tak ni.” Julia tersengih bila faham muslihat Irfan.
“Nanti apa pulak kata Arissa.”
“Alahhh tu Julia tak payah bimbanglah. Arissa tu biar Abang Irfan uruskan.”
“Okey. Nanti apa-apa hal, pandai-pandailah abang jawab dengan Arissa. Julia tak nak masuk campur.”
“Okey. Bisa diatur, ibu jangan risau ya.” kata Irfan dalam loghat Indonesia membuatkan Julia tergelak.
“Hahhaha, mas Irfan ni, kok ngomongnya begitu sih.” giliran Julia pula berloghat Indonesia. Kedua-dua mereka ketawa serentak.
“Apa yang seronok sangat ni?” tegur Arissa bila melihat kawannya itu berseronok-seronok dengan bekas majikannya itu.
“Oh Arissa, tak ada apa-apalah. Kau dah siap sampaikan amanat terakhir kau pada Abang Taufeq ke?”
“Dah, aku dah siap dah. Semuanya aku dah sampaikan dah.”
“Amanat apa tu, boleh saya tahu.” Irfan menyampuk.
“Tak boleh! Amanat tu untuk orang yang dah kahwin je, orang yang tak kahwin tak boleh tahu.” Arissa membalas.
“Ooo…kalau macam tu saya kena kahwin cepat-cepat ni. Nanti dapatlah saya dengar amanat tu dari awak.” usik Irfan.
“Dah.. dahlah tu, Abang Irfan tak payah mengarut kat sini. Kalau tak ada apa-apa rasanya kita dah boleh balik kan Arissa.” tanya Julia pada Arissa.
“A’ah.” jawab Arissa pendek.
“Kalau macam tu, kau duduk depan dengan Abang Irfan ya. Abang Irfan yang akan drive kereta.”
“Kenapa pulak aku, habis kau?”
“Dah kau duduk depan, Abang Irfan bawak kereta, aku duduk belakanglah. Takkan aku nak duduk atas riba kau pulak.” perli Julia.
“Kenapa kau je yang tak duduk depan.” Arissa masih tak puas hati.
“Aku sakit kepalalah, aku takut tertidur nanti. Kesian Abang Irfan nanti tak ada orang nak temankan dia berborak.”
“Kau ni….” Arissa masih tak puas hati dengan Julia.
“Alahhh tak payah nak gaduh-gaduhlah. Saya bukan buat apa-apa pun dekat awak kalau awak duduk depan. Macam tak pernah naik kereta berdua dengan saya sebelum ni kan?” kata Irfan mengingatkan Arissa semasa dia menjadi jururawat peribadinya dulu. Arissa diam.
“Dahlah jomlah naik cepat. Nanti lambat pulak sampaikan.” Julia bersuara
“A’ah jomlah Rissa.” ajak Irfan. Arissa hanya menurut.
Dalam perjalanan yang tidak sampai separuh jalan, Julia awal-awal lagi dah pengsan. Arissa jadi segan, nak-nak bila dengan Irfan tidak tahu apa yang harus dibualkannya.
“Arissa! seronok kan tengok orang kahwin.” Irfan memulakan bicara.
“Seronoklah jugak.”
“Awak bila nak kahwin?”
“Saya? Saya nanti-nantilah. Kalau sampai masanya nanti kahwinlah tu. Kenapa Encik Irfan tanya, Encik Irfan dah tak sabar nak kahwin ke?”
“Tak sabarlah jugak, tapi nak buat macam mana dah tak ada orang nak dekat saya tak dapatlah saya nak kahwin.”
“Encik Irfan jual mahal sangat kot.”
“Eh tak ada jual mahal lah, orang tu yang jual mahal dengan saya.”
“Kesian Encik Irfan ya.”
“Awak kesiankan saya?”
“Yelah.”
“Kenapa awak kesiankan saya?”
“Saya kesianlah sebab tak ada orang yang nak dekat Encik Irfan.”
“Kalau macam tu awak jelah kahwin dengan saya. Nanti tak adalah orang cakap saya tak laku.”
“Kenapa pulak saya nak kena kahwin dengan Encik Irfan?”
“Yelah… dah dua-dua tak laku, jadi eloklah kita dua kahwin. Nanti tak ada lah orang cakap awak pun tak laku.”
“Apa! Encik Irfan cakap saya tak laku?”
“Yelah. Dah tu?”
“Hello! Tolong sikit ya. Saya bukan tak laku okey! Saya ni malas nak layan je, kalau saya layan, entah-entah saya dah kahwin. Dah ada sepuluh anak dah kot.”
“Sepuluh anak? Uihhh dahsyat!” usik Irfan. Tiba-tiba Arissa jadi malu.
“Tu kenapa pulak tu sampai merah pipi. Malu lah tu! Tulah lain kali cakap tu tapis dulu, ni main redah je. Agak-agak masa umur berapa tahun awak kahwin ya? sampai sekarang dah boleh dapat sepuluh anak, hahaha.” perli Irfan lagi. Arissa geram.
“Dahlah, tak payah cakap lagilah. Buat sakit hati je cakap dengan orang yang kepala biru macam Encik Irfan ni.” marah Arissa kerana dia faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Irfan tadi.
“Kenapa awak cakap kepala saya biru.” duga Irfan lagi sengaja ingin mengenakan Arissa.
“Encik Irfannnnn!!!” jerit Arissa geram. Irfan ketawa menang. Julia dibelakang tersedar bila mendengar jeritan kuat Arissa itu.
“Kau ni kenapa Arissa, jerit kuat-kuat. Abang Irfan ada buat apa-apa dekat kau ke?” tanya Julia sebaik tersedar.
“Hah! Eh tak ada lah.” nafi Arissa
“Habis tu? yang Abang Irfan pula tersengih-sengih ni kenapa?”
“Tak ada apa-apalah.” jawab Irfan dan Arissa serentak.
“Eeeee…kau ni terkejut aku. Kalau tak ada apa-apa tak payahlah menjerit, boleh gugur jantung aku tau.” bebel Julia.
“Yelah, lain kali aku tak buat lagi.” jawab Arissa mengalah. Irfan disebelah masih lagi tersengih macam lala busuk. Geram Arissa dibuatnya.
Sengihan itu tidak berhenti sehinggalah Arissa sampai dirumah. Kalau ikutkan hati Arissa mahu saja ditonyoh-tonyoh muka Irfan tu. Tapi apakan daya, mampu dilaksanakan dalam hati saja, nak buat betul-betul memang Arissa tak beraninya.
“Arissa kami balik dulu.” kata Irfan yang masih lagi tersengih.
“Tak apa Arissa kau sabar je ya.” pujuk Arissa dalam hati.
“Rissa aku balik dulu.” laung Julia pula.
“Yelah.” Jawab Arissa sambil melambaikan tangan kepada temannya.
Mereka berpisah disitu untuk hari itu.
No comments:
Post a Comment