Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : HUS (14)

BAB 14

IRFAN mengambil angin malam diluar rumah dengan ditemani terangnya cahaya bulan dan cantiknya kerdipan bintang. Irfan cuba menenangkan fikiran dengan melupakan segala masalah setelah seharian sibuk dengan kerja di pejabat. Keasyikan dirinya melayan perasaan telah mengingatkan dirinya pada seseorang.
“Apalah yang Arissa tengah buat sekarang ni ya.” Tiba-tiba Irfan teringatkan Arissa.
“Ingatkah dia pada aku, macam aku ingatkan dia.”
Asyik Irfan melayan perasaan, datang pula suara jahat berbisik.
“Ingat Irfan! Takkanlah Arissa nak ingatkan kau. Kau tu siapa? Dia kan dah ada Taufeq. Sedar sikit Irfan oiii.” Irfan tersedar.
“Arissa, Arissa, Arissa…kenapalah susah sangat diri aku ni nak lupakan kau. Aku tahu, aku tak mungkin lagi dapat memiliki kau. Arissa tolong pergi jauh dari aku. Aku tak nak terseksa lagi. Please Arissa… jangan datang dekat lagi dengan aku.” Irfan seakan merayu, tapi tidak tahu pada siapa dirayunya sebab Arissa bukannya ada disitu.
Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum Irfan…”
“Waalaikumussalam. Hah! Johan… ada apa kau telefon aku ni?”
“Tak…sebenarnya aku lupa nak bagitahu kau kat office tadi.”
“Apa yang kau nak bagitahu aku?”
“Esok cuti kan? Kau ada pergi mana-mana tak?”
“A’ah esok cuti. Tak ada kemana-mana. Kenapa?”
“Tak… macam ni, malam esok adik tunang aku nak nikah. Jadi Dahlia suruh aku jemput kau sekali. Kau okey tak?”
“Ooo…Okey! Tak ada hal. Pukul berapa tu?”
“Majlis akad nikah tu lepas isyak. Tapi aku datang ambik kau lepas maghrib. Nanti kita solat isyak kat sana jelah.”
“Akad nikah tu kat masjid ke?”
“A’ah kat masjid. Kau pakai smart sikit ya. Mana tahu kau jumpa jodoh kau kat sana kan nanti.” gurau Johan.
“Amboiii…sempat lagi kau ya. Dahlah kita jumpa malam esok. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…”
Sebelum menamatkan talian, Irfan sempat mendengar Johan mengetawakannya dihujung talian.
“Suka dapat kenakan aku lah tu.” kata Irfan dalam hati.
Irfan masuk ke dalam rumah bila terasa yang dirinya sudah mengantuk. Antara dia dan Arissa sudah tidak ada apa yang perlu diingatkannya lagi kerana Arissa sudahpun bahagia dengan kehidupannya sendiri.


ARISSA sibuk membantu Puan Mariam menyiapkan kerja-kerja akhir  bagi persiapan istimewa sempena hari bahagia untuk salah seorang ahli keluarganya yang mana akan berlangsung tidak lama lagi. Majlis tu tinggal beberapa jam je lagi. Mereka sekeluarga gembira kerana bakal menerima seorang lagi ahli keluarga baru. Julia pun ada disitu turut sama membantu dan berkongsi hari istimewa itu.
            “Ermmm bestnya tengok orang nak kahwin. Aku rasa macam nak kahwin sekarang jugak je.” luah Julia.
            “Amboiii…sampai macam tu sekali. Dah ada calon ke?” perli Arissa.
            “Ha, tu yang jadi masalahnya sekarang tu. Kenapalah tak ada orang nak kat aku kan? Aku ni baik apa.”
            “Cettt! Perasannya, baik konon. Dah lah, kau jangan nak perasan lebih sangatlah.”
            “Laaa…perasan apanya, baik apa. Kan mak cik kan?” tanya Julia pada Puan Mariam.
            “Ya…anak-anak ummi ni semuanya baik. Dah siapkan kerja tu cepat, asyik gaduh je bila nak siap.”
            “Okey mak cik. Kami tak gaduh lagi.” janji Julia
            “Ummi, Abang Azri dengan Abang Taufeq pergi mana?”
            “Katanya nak pergi ambik baju kat kedai nak pakai malam ni. Tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi ni. Risau jugak ummi ni.”
            “Cuba Rissa telefon abang, tanya dia ada kat mana.” suruh Puan Mariam.
            Nombor Azri didail, tetapi tidak berjawab. Di cubanya pula nombor Taufeq, nasib baik dapat.
            “Assalamualaikum Abang Taufeq, abang ada kat mana ni? Ummi risau ni abang tak balik-balik lagi.”
            “Waalaikumussalam…cakap kat ummi tak payah risaulah. Abang dengan Abang Azri dah ada depan rumah dah ni.”
            “Assalamualaikum…” tiba-tiba terdengar orang memberi salam. Siapa lagi kalau bukan Taufeq dan Azri. Arissa terus mematikan talian.
            “Kamu berdua ni pergi mana sampai sekarang baru balik. Tak tengok jam ke?” Puan Mariam terus bertanya.
            “Pergi ambik bajulah ummi, lepas tu singgah makan kejap. Lapar...”Azri memberi alasan.
            “Dah naik atas, siap-siap cepat. Kejap lagi kita dah nak bertolak ni. Lambat kamu sampai lambatlah kamu nikahnya nanti.”
            “Baiklah ummi.” Azri dan Taufeq naik keatas.
            “Ummi, ayah mana ummi, dari tadi Rissa tak nampak ayah pun.”
            “Ayah kamu kat mana lagi kat atas lah. Lagi tak puas hatinya, lagi tu tak siap gosok baju tu, kalah orang yang nak kahwin. Macam dia pulak yang nak kahwinnya.”
            “Hahhaha…ada pulak ke situ ummi ni. Bagus apa ummi, susah sekarang ni susah nak cari orang lelaki yang nak gosok bajunya sendiri, nak-nak bila dah tua ni. Kira ummi beruntunglah dapat ayah. Ringan sikit kerja ummi.”
            “A’ah mak cik, untung mak cik dapat pak cik. Dahlah rajin, hensem, bergaya pulak tu. Susah nak cari tu mak cik.” giliran Julia pulak menambah. Puan Mariam hanya tersenyum mendengar pujian anak-anak gadisnya itu.
             Tidak lama kemudian, Azri dan Taufeq turun dengan segaknya berbaju melayu.
            “Wah hensemnya abang-abang Rissa ni, yang mana satu yang nak kahwin ni?” tanya Arissa sambil memuji
            “Dua-dualah, cuma yang sorang tu tak tahu lagi bila.” jawab Azri.
            Di belakang Azri dan Taufeq muncul pula Encik Abdullah yang segak dalam persalinan baju melayunya.
            “Wahhh… yang ni lagi segak. Kalah pengantin lelaki ni ayah.” puji Arissa. Encik Abdullah tersengih mendengar pujian anaknya itu.
            “Dah-dah tak payah nak puji ayah kamu tu lebih-lebih sangat. Kita dah lambat ni, jomlah kita gerak sekarang.” kata Puan Mariam bila dilihat masing-masing masih lagi berlengah disitu.
            Setelah mengambil masa selama sejam, akhirnya mereka sampai diperkarangan masjid yang mana akad nikah akan diadakan di masjid ini sebentar nanti.  Mereka sampai terlebih dahulu kerana memang dalam perancangan mereka untuk sampai lebih awal supaya tidaklah terlalu gopoh nanti.  Selesai solat isyak, mereka menunggu pengantin perempuan didalam masjid. Sementara menunggu pengantin perempuan sampai, Arissa tiba-tiba terasa ingin terkucil lalu diajaknya Julia menemaninya. Baru ingin melangkah keluar dari pintu masjid, dia seakan terpandangkan seseorang yang amat dikenalinya.
            “Julia, tu bukan abang sepupu kau ke tu?” tanya Arissa sambil menunjukkan ke arah Irfan yang berada di perkarangan masjid.
            “Mana?”
            “Tu, yang pakai melayu warna krim tu.”
            “A’ah, abang Irfanlah. Buat apa dia kat sini, siap baju melayu bersamping lagi. Takkan nak menikah jugak kot.”
            “Abang Johan pun ada sekali.” kata Julia lagi.
            “Dahlah, kejap lagilah kita sambung. Aku dah tak tahan ni, kan ada yang melepas kat sini kan.”
            “Eh kau jangan. Jom..jom..jom cepat.” kata Julia bimbang takut kawannya itu betul-betul melepas disitu.
            Keluar dari tandas, dilihatnya pengantin perempuan serta wakilnya sudah sampai. Mereka berdua cepat-cepat masuk ke dalam masjid. Fahamlah mereka kenapa Irfan ada situ. Irfan salah seorang wakil dari pihak perempuan rupanya.
            Irfan bersama-sama wakil pengantin perempuan mengiringi pengantin perempuan masuk ke dalam masjid kerana upacara akad nikah akan dimulakan tidak lama je lagi kerana tok kadinya sudah pun sampai. Melangkah je masuk ke dalam masjid Irfan terpandangkan orang-orang yang amat dikenalinya.
            “Apa mereka semua buat kat sini?” tanya Irfan sendiri sambil diperhatikan muka-muka di sebelah pihak lelaki satu persatu.
            “Siapa yang nak nikah ni. Azri ke?” Irfan berteka teki sendiri namun langkah diteruskan juga sehinggalah di mengambil tempat disebelah Johan.
            “Semua dah ada ni, rasanya elok kita mulakan sekaranglah ya.” Tok kadi bersuara. Masing-masing bersetuju.
            Taufeq mengambil tempat di depan. Irfan jadi pelik.
            “Eh kenapa Taufeq pulak yang kedepannya, takkan dia pulak nak menikah. Habis tu Arissa macam mana? Arissa di madukan ke?” bertubi-tubi soalan bermain di fikiran Irfan.
            Sedang asyik Irfan mencari jawapan, terdengar tok kadi bertanyakan pada saksi.
            “Sah?”
            “Sah…..” jawab saksi.
            Kelihatan Taufeq sedikit lega bila dia berjaya melepasi fasa yang paling mendebarkan itu. Akhirnya wanita yang dicintainya telah pun sah menjadi miliknya. Alhamdulillah.
            “Irfan, tu bukan lelaki yang dengan Arissa haritu ke?” tanya Johan yang juga pelik dengan situasi sekarang ini.
            “A’ah. lelaki tu lah.”
            “Kau kata dia suami Arissa, pakwe Arissa, habis tu kenapa dia yang nikah dengan adik tunang aku ni.”
            “Mana aku tahu. Entah entah Arissa kena madu kot.”
            “Eh tak mungkin. Orang kena madu takkan seceria tu. Cuba kau tengok Arissa tu, ceria semacam je aku tengok.”
            “A’ah kan. Betul jugak kata kau.” Irfan mengiakan kata-kata Johan sambil matanya memandang ke wajah ceria Arissa.
            “Aku rasa baik kau tanya adik sepupu kau tu. Mesti ada salah faham ni.” Johan memberi cadangan.
            “Nantilah aku tanya dia.”
            Selesai majlis akad nikah, Julia pergi mendapatkan abang sepupunya itu.
            “Abang Irfan…” tegur Julia
            “Hah! Julia…”
“Abang!... macam mana Abang Irfan boleh ada kat sini. Apa hubungan Abang Irfan dengan keluarga pengantin perempuan ni.” tanya Julia ingin tahu.
            “Pengantin perempuan tu adik tunang Abang Johan. Dia jemput abang sekali, tu yang abang boleh ada kat sini tu.”
            “Ooo…macam tu. Mati-mati Julia ingat Abang Irfan nak menikah jugak tadi.”
            “Ishhh ada pulak macam tu. Agak-agaklah.”
            “Manalah tahu. Segak semacam je Julia tengok, kot-kotlah seru dah sampai.” usik Julia lagi.
            “Tak ada maknanya.”
            “Nanti minggu depan Abang Irfan pergi tak kenduri kat rumah Kak Durrani?” tanya Julia. Irfan bingung bila nama Durrani yang dibangkitkan.
            “Durrani…siapa Durrani?”
            “Alahhh, adik tunang Abang Johan ni lah.”
            “Owhhh…mana Abang Irfan nak tahu nama dia Durrani. Tak tahu lagi tengok dulu macam mana. Julia pergi ke?”
            “Of course lah Julia pergi. Kami kan keluarga Abang Taufeq.”
Mendengar kenyataan yang baru keluar dari mulut Julia tadi tu. Lagilah membuatkan Irfan betambah bingung.
            “Keluarga?”
            “Yelah, keluarga. Okeylah Abang Irfan, Julia pergi dulu. Mereka dah nak balik tu.”
            “Julia, esok abang nak jumpa Julia kejap boleh?”
            “Boleh, nanti apa-apa hal abang call Julia baliklah ya. Jumpa esok, Julia pergi dulu.”
            “Okey.”
Irfan membiarkan Julia berlalu pergi dengan satu janji. Janji dimana Julia akan bertemunya esok bagi menjawab segala persoalan yang membelenggu fikirannya kini.
Pulang sahaja dari majlis pernikahan itu, Irfan tidak mampu melelapkan matanya. Pelbagai persoalan menyapa di minda menyebabkan dia sukar untuk tidur. Otak berputar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang dia sendiri tiada jawapannya.
            “Malam.., cepatlah kau berlalu aku dah tak sabar nak tunggu hari esok ni.” Irfan berkata sendirian.
            “Kalau betul lah apa yang aku rasa ni, betapa ruginya aku mensia-siakan peluang yang ada sebelum ni.”

            “Ahh!!! Irfan, kau memang macam tu. Suka bertindak terburu-buru, akhirnya  merugikan diri kau sendiri. Padan muka! Memang layak untuk ego kau yang tak bertempat tu!” Irfan seakan memarahi dirinya sendiri diatas kebodohan yang telah dilakukannya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment