Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (3)

BAB 3

            PAGI sabtu yang begitu mendamaikan, membuatkan Maria bangkit dengan begitu semangat sekali. Alhamdulillah, sudah empat hari Maria mampu mengekalkan rekodnya bangun awal pagi tanpa menggunakan khidmat suara Mak Munah. Suatu perubahan yang bagus dalam diri Maria. Harapnya ia kekal untuk hari-hari yang seterusnya.
            “Ermmmm….Best jugak bangun awal-awal pagi ni rupanya, udaranya sejuk mendamaikan jiwa je. Oh! terasa berada dalam suasana romantik pulak rasanya.” kata Maria sambil membuka tingkap biliknya bagi menikmati nyamanya udara luar.
            Maria mencapai tuala yang tersangkut dibelakang pintu biliknya. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai mengambil mengambil wuduk, Maria terus kebiliknya untuk solat subuh. Selesai solat subuh, Maria tertanya-tanya pada diri sendiri.
            “Aiii mana Mak Munah aku ni, biasanya kalau pagi-pagi macam ni dah dengar suara dia. Ni senyap je ni.” Maria tidak puas hati lalu dia pergi kebilik emaknya. Dilihat Mak Munah masih lena dibuai mimpi. Maria mengejutkan Mak Munah.
            “Mak, mak bangun mak subuh dah nak habis ni.”
            “Mak… ooo mak…” panggil Maria sekali lagi
            “Ya…” jawab Mak Munah yang masih lagi dalam keadaan mengantuk.
            “Subuh dah nak habis ni…”
            “Ye ke…?” Mak Munah seakan tidak percaya, sebab kebiasaanya kalau azan subuh mesti dia akan sedar, lalu dicapai jam yang berada disebelahnya. Sah memang Maria salah.
            “Kamu ni biar betul Maria oiii… pukul 3 pagi baru ni. Subuh pun belum masuk lagi anak oiii, nak habis apanya.”
            “Hah biar betul…!” Maria pula seakan tak percaya lalu diambil jam dari tangan maknya.
            “Habis tu jam Maria tu salahlah…Maria dah siap solat dah pun.”
            “Tulah, kot ya pun nak berubah, janganlah terlampau sangat Maria oiii. Ayam pun belum bangun lagi kot. Kamu ni…”
            “Manalah Maria nak tahu, Maria rasa dah lama sangat dah Maria tidur. Bangun-bangun Maria tengok jam dah pukul 6 lebih. Tu yang Maria kejutkan mak tu.” 
“Lain kali nak tidur tu tengok dulu jam tu hidup ke mati. Petang semalam memang mak dah perasan dah jam kamu tu dah mati. Saja nak tengok kamu cakna ke tidak.”
            “Habis tu, Maria kena solat balik lah ni?”
            “Dah tu, kamu nak transfer yang kamu solat tadi bila masuk waktu nanti. Kena solat baliklah anak oiii…”
            “Yelah…” Maria terpaksa akur dengan kesilapan sendiri. “Patutlah gelap semacam je kat luar tadi, pukul 3 pagi baru rupanya. Macam mana boleh aku tak perasan…aishhh” marah Maria pada diri sendiri.
            Kalau dah biasa tidur lambat bila tidur awal macam nilah jadinya. Mahunya tak lama, pukul 9 dah tidur malam tadi. Tu yang dia rasa lama tu! Terpaksalah dia solat balik subuh tu nanti.
Maria telah pun siap menyediakan sarapan pagi. Tak payah tunggu Mak Munah menyiapkannya pagi itu. Kalau tak, siapkan sarapan ni memang tugas Mak Munah tiap-tiap hari. Tapi dek kerana bangun terlalu awal pagi ni, tugas Mak Munah ni telah pun diambil alih oleh Maria dengan setulus hatinya.
            “Kalau macam ni lah tiap-tiap hari kan bagus! Dapat mak rehat lebih sikit.” kata Mak Munah pada Maria yang tengah meletakkan mee goreng yang dimasaknya tadi diatas meja.
            “Boleh je mak, nanti mak matikan jam Maria lagi ye mak.” jawab Maria spontan
            “A’ah kan? Bagus jugak idea tu. Nanti kalau mak buat kamu jangan marahkan mak pulak ya.” jawab Mak Munah pula. Maria hanya menjuihkan bibir.
            “Mak, mak makanlah dulu ya. Maria nak masuk bilik dulu.”
            “Hurmmm…tu tak ada kerja lain, nak sambung tidur baliklah tu.”
            “Megantuklah mak, awal sangat Maria bangun tadi. Mata ni dah tak boleh bukak dah ni.”
            “Ermmm… yelah tu.”
            “Okey Mak, Maria kebilik nak tidur dulu.”
            “Tidurlah Maria oiii…kalau aku halang bukan kamu nak dengar pun.” perli Mak Munah. Maria terus ke bilik tidurnya. Mak Munah  ke meja makan untuk menikmati mee gorang yang di masak oleh anaknya itu.
            “Ermmm…boleh tahan jugak budak ni masak mee goreng, sedap! Tapi walau macam mana sekalipun sedap mee goreng yang aku buat lagilah…tetap tak boleh tanding mee goreng yang aku masak.” kata Mak Munah sambil memuji diri sendiri. Patutlah Maria suka sangat puji diri sendiri, penyakit keturunan rupanya. Tanpa membuang masa, Mak Munah meneruskan suapannya dengan penuh seleranya.
           

PETANG itu Dila pergi ke rumah Maria untuk memaklumkan satu berita penting. Mungkin berita itu mampu mengubah sedikit kehidupan Maria lepas ni. Siapa tahukan, belum cuba belum tahu.
            “Assalamualaikum. Maria oh! Maria.” panggil Dila
            “Waalaikumussalam… hah kamu Dila, masuklah.” pelawa Mak Munah.
            “Mak Munah, Maria ada?”
            “Ada kat dalam bilik dia tu. Duduk mengadap laptoplah tu. Pergilah kamu tengok.”
            Dila pun terus menuju kebilik Maria.
            “Oit mak cik!” sergah Dila
            “Oiitttt..mak cik kau mak cik!!!” giliran Maria pula melatah.
            “Ooo melatah jugak rupanya.”
            “Kau ni terkejut aku tau!”
            “Tahu pun. Sekarang rasakan…”
            “Ooo…kau balas dendam kat aku ek? Ada apa hal kau datang rumah aku ni?” tanya Maria
            “Kenapa, aku tak boleh datang rumah kau ke?”
            “Bukan tak boleh datang. Biasanya kalau tak bersebab kau takkan datang. Tu yang aku tanya tu.”
            “Sebut pasal sebab ni kan, sebenarnya aku datang rumah kau ni memang bersebab pun.”
            “Hah! apa sebabnya?”
            “Kau nak kerja tak? Kat tempat aku kerja ada nak pakai orang ni.?
            “Kerja apa?”
            “PA bos. Aku rasa sesuailah dengan diploma yang kau ada tu kan.”
            “Personal Assistant?
            “Ya, Personal Assistant. Kau try lah dulu mana tahu ada rezeki kau.
            “Hurmmm… bos kau tu garang tak?” tanya Maria
            “Kalau bos aku tak garang, bos kau aku tak tahulah. Sebab Datuk Aziz carikan PA ni untuk anak dia yang akan masuk kerja tak lama lagi.”
            “Maknanya kau pun tak kenal lah anak bos kau tu?”
            “Tak kenal la mak cik oi.., tapi yang aku tahu anak bos aku tu umur dia 30 tahun. Tua sembilan tahun dari kau.”
            “Tua jugak tu…”
            “Okeylah tu, kalau nak dibandingkan dengan Pasha kau, tua lagi Pasha kau tu.” perli Dila
            “Pasha aku lain, dia sentiasa muda kat mata aku.”
            “Dah…dah nanti makin panjang pulak ceritanya. Aku nak tahu, kau nak try apply ke tak ni.”
            “Hurmmm, boleh jugak. Dari aku duk melanguk je kat rumah ni, mana tahu kalau ada rezeki aku, adalah duit saku aku sikit. Aku rasa kepala aku pun dah cukup lapang dah ni.”
            “Kalau macam tu, kau bagi resume kau kat aku, nanti aku bagi kat bos aku.”
            “Okey… kau tunggu kejap ya, aku printkan dulu.” Maria bangun mengambil printer ditepi almari, lalu diprintkan resumenya. Siap saja print dimasukkan resumenya itu kedalam sampul surat bersaiz A4. “Nah, ni resume aku. Interviewnya bila ni.” tanya Maria ingin tahu.
            “Dalam waktu terdekat ni. Nanti apa-apa hal aku bagitahu kau balik.”
            “Okeylah kalau macam tu. Kat situ staff-staff semua okey ke?”
            “Alahhh kau tak payah risaulah. Kami kat situ dah macam satu family dah. Kau nak takut apa, lagipun aku kan ada. Ermmm…resume kau pun aku dah dapat ni, kalau macam tu aku balik dululah.”
            “Takkan dah nak balik kot, awal lagi ni. Tak nak minum air dulu ke?”
            “Tak apa lah, aku ada kerja sikit nak buat kat rumah. Lagi pun dah dekat nak maghrib ni. Lain kali aku datang lagi ya.”
            “Yelah…hati-hati bawak kereta tu.” pesan Maria.
            “Okey…”
            Viva Dila hilang dari pandangan Maria. Mak Munah menghampiri Maria. Nak korek rahsialah tu.
            “Ada apa hal Dila datang jumpa kau?”tanya Mak Munah
            “Tak ada apa… cuma kat tempat dia kerja tu ada nak pakai orang. Jadi dia tanyalah Maria nak kerja ke tak.”
            “Habis tu kamu jawab apa?”
            “Mak ni macam wartawan pencen pulak tanya soalan. Maria tak jawab apa-apa pun. Maria bagi je resume Maria kat dia. Nanti dia bagi kat bos dia.”
            “Ooooo…baguslah tu. Harap-harap adalah rezeki kau tu nanti ya.”
            “In sya Allah…Mak doakanlah ya.”
            “Mak ni Maria, tiap kali solat memang selalu doakan kamu pun. Kamu tu je malas nak doa untuk diri sendiri.”
            “Eh mana ada mak, Maria doalah mak. Tapi nak buat macam mana dah bukan rezeki Maria nak dapat kerja lagi. Mana tahu kali ni dapat kan mak? nanti merasalah mak nak naik kereta besar.”
            “Tak payah beranganlah Maria oiiii... Kereta kecik pun tak ada lagi, nak naik kereta besar konon. Kamu ni kalau tak berangan tak sah kan.”
            “Mak niiii… kenalah pasang angan-angan dulu mak, baru jadi kenyataan.”
            “Yelah tu. Malaslah mak nak layan kamu. Mak nak pergi mandi dulu, dah dekat maghrib ni. Pintu nanti tu, jangan lupa tutup semua.” pesan Mak Munah

            “Baiklah mak…” jawab Maria.

No comments:

Post a Comment