BAB 11
SEJAK
peristiwa malam itu, Irfan jadi lebih pendiam dengan Arissa. Arissa seakan janggal
dengan situasi itu. Kalau sebelum ni ada saja yang nak digaduhnya, tapi
sekarang ni nak dengar sepatah perkataan yang keluar dari mulut Irfan pun
susah. Arissa jadi serba salah.
“Encik
Irfan, saya ada buat salah dengan Encik Irfan ke?” tanya Arissa
“Tak
ada. Dah lah awak pergi buat kerja awak.” jawab Irfan acuh tak acuh. Arissa
seakan buntu dengan sikap majikannya itu.
“Mak
Mah, apa yang tak kena dengan Encik Irfan tu?” tanya Arissa pada Mak Mah.
“Kenapa
dengan Encik Irfan? Okey je Mak Mah tengok.”
“Tak
ada lah, Arissa tengok dia macam tak berapa nak cakap je dengan Arissa.” adu
Arissa.
“Yeke,
dengan Mak Mah okey je. Perasaan Arissa je tu kot.”
“Tak
tahulah Mak Mah. Tapi yang Arissa tahu memang Encik Irfan tu nampak lain dari Encik
Irfan yang Arissa kenal sebelum ni.” luah Arissa
“Mak
Mah pun tak tahulah, dengan Mak Mah dia okey je, sama je macam dulu. Tak ada apa-apa
yang berubah pun Mak Mah tengok.”
“Ke
dengan Arissa je dia macam tu. Arissa tak tanya dia, takut ada Arissa buat
salah, dia terasa hati.”
“Dah
tanya, tapi dia kata tak ada. Tu yang Arissa pelik tu.”
“Kalau
macam tu, tak payah nak fikirkan sangatlah. Dah Encik Irfan kata tak ada
apa-apa, tak ada lah tu. Mungkin dia ada masalah lain kot.”
“Tak
tahulah Mak Mah….”Arissa mengeluh.
HARAPAN
Arissa supaya hubungan tegang antara dia dan bosnya itu berakhir tidak seperti
apa yang diharapkan. Ianya berlarutan dari hari ke hari, minggu ke minggu.
Sehinggalah malam itu Arissa mendapat khabar dari Puan Zainab dimana
perkhabaran itu merupakan perkhabaran yang memang di tunggu-tunggukannya selama
ini.
“Arissa mak cik nak bagitahu ni.”
“Bagitahu apa makcik?”tanya Arissa
tidak sabar.
“Macam ni. Memandangkan kesihatan
Irfan dah semakin pulih, dia pun dah boleh berjalan dengan sendiri tanpa guna
tongkat lagi. Jadi Irfan suruh mak cik sampaikan berita ni pada Rissa. Mulai
esok Rissa dah boleh tinggal balik dengan mak ayah Rissa.”
“Betul ke puan?” tanya Arissa.
Sedikit gembira dengan berita yang baru diterimanya.
“Ya, betul…”
“Tapi kenapa Encik Irfan tak
bagitahu sendiri.”
“Mungkin Encik Irfan tak sampai hati
kot.” kata Puan Zainab. Arissa diam seketika
“Yeke tak sampai hati. Ke dah
menyampah tengok muka aku?” tanya Arissa dalam hati.
“Ahhh tak kisahlah. Kalau dia
menyampah pun, apa masalahnya dengan aku. Memang aku dengan dia suka gaduh pun
selama ni kan. Dah meluatlah tu kot dengan perangai aku.” omel Arissa dalam
hati
“Arissa…” tegur Puan Zainab. Arissa
tersentak.
“Ya puan.”
“Apa yang kamu lamunkan tu.”
“Eh mana ada melamun.” nafi Arissa.
“Puan, apa-apa pun Rissa nak ucapkan
terima kasih ya puan sebab layan Rissa baik sangat selama ni. Rissa happy sangat tinggal kat sini.”
“Patutnya mak cik yang ucap terima
kasih, sebab Rissa sudi jaga Irfan.”
“Tak apa, tu dah memang tanggungjawab
Rissa.”
“Lepas ni, apa perancangan Rissa?”
“Tak tahu lagi puan. Sebelum ni Rissa
ada try mintak kerja. Kalau ada
rezeki Rissa, adalah tu puan. Rissa cuma tunggu surat interview dari mereka jelah. Puan doa-doakanlah Rissa dapat kerja
cepat ya.”
“InsyaAllah, adalah rezeki kamu tu
nanti. Rezeki tu ada di mana-mana. Kamu jangan bimbang.”
“Aminnn…masin mulut puan cepatlah Rissa
dapat kerja nanti.” Puan Zainab hanya tersenyum mendengar kata-kata Arissa.
ARISSA
merasa amat berat hati sekali untuk meninggalkan rumah majikannya itu. Tak tahu
bila dia dapat jejakan kakinya ke rumah itu lagi. Semua orang dirumah itu
menghantar Arissa hingga ke pintu, kecuali Irfan. Batang hidungnya pun tak
nampak pagi tu. Kemelut yang melanda Arissa dan majikannya itu semakin parah
sehingga Arissa dah nak balik pun Irfan tidak sudi untuk menghantarnya. Tak
tahulah apa nak jadi dengan mereka berdua ni.
“Rissa bawak kereta tu elok-elok.
Nanti kalau ada masa datanglah sini lagi.” kata Puan Zainab.
“A’ah Rissa, jangan segan-segan.
Kalau rasa nak datang, datang je. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu.”
tambah Tuan Isman.
“Yelah. Nanti kalau ada masa Rissa
datang.”
“Rissa, Mak Mah nak mintak maaf
kalau Mak Mah ada buat silap yang tak disengajakan dengan kamu.”
“Eh, Mak Mah mana ada buat silap
dengan Rissa, Mak Mah banyak tolong Rissa lagi adalah.”
“Okeylah semua, Rissa mintak diri
dululah ya. Terima kasih banyak-banyak sebab terima Rissa kat rumah ni.”
“Sama-sama, bawak kereta tu
hati-hati Rissa.” pesan Puan Zainab sekali lagi.
“Yelah…”
Tanpa
mereka semua sedari, sebenarnya Irfan menghantar kepulangan Arissa dari jauh.
Walaupun rasa sakit dihati masih ada, Irfan masih mahu melihat kekasih hatinya
itu pergi buat kali terakhir, jauh dari hidupnya.
No comments:
Post a Comment