BAB 12
MARIA seperti kebiasaannya, sampai
je office perkara penting yang perlu
diingatinya adalah menyediakan kopi untuk bosnya. Bukan apa, bimbang takut
terlupa, kalau terlupa memang kawww…kawww
lah dia kena. Pasha Idham tu kalau bab mencari kesalahan orang memang nombor
satu. Ada je kesalahan yang dia jumpa, walaupun tak seberapa.
“Hai Maria…Assalamualaikum…” tegur
Kak Zura yang baru tiba di pejabat.
“Waalaikumussalam…hai kak, sorang je
ke? Mana yang lain?”
“Entah, selalunya sampai sekali
dengan akak, hari ni tak pulak.” beritahu
Kak Zura pada Maria. Maria memandang jam di dinding.
“Ooo patutlah tak sampai lagi, awal
lagi rupanya.” kata Maria bila jarum jam baru menunjukkan pukul 8.10 pagi. “
Akak awal sangat hari ni kak. Lebih awal dari biasa.” beritahu Maria.
“Ooo ye ke? Akak pun tak perasan pulak
masa punch card tadi tu. Patutlah tak
sama sampainya.” kata Kak Zura sambil melihat jam ditangannya. “Bos kamu dah
sampai belum?” tanya Kak Zura pada Maria pula, sambil mulutnya dimuncungkan ke bilik
Pasha Idham.
“Belum lagi kak…” jawab Maria
ringkas. Mendengar jawapan Maria, Kak Zura sudah sedia untuk bergosip.
“Semalam akak ada jumpa bos kita kat
pasar tani. Dia ada tengok akak, tapi akak nak tegur tak berani, last sekali akak blah macam tu je.” cerita Kak Zura.
“Akak ke pasar tani jugak ke semalam? Kenapa saya tak jumpa
akak pun? saya pun ke pasar tani jugak
semalam.” beritahu Maria.
“Laa…
ya ke?”
“Iye
la…semalam saya pun jumpa jugak dengan bos kita tu.”
“Iye
ke?”
“Ha’ah…siap tegur lagi. Nasib baik
akak tak tegur bos kita tu, kalau akak tegur confirm akak akan dapat malu macam saya jugak.”
“Kenapa? Apa yang Encik Pasha dah
buat kat kamu?” tanya Kak Zura tak sabar ingin tahu.
“Akak nak tahu apa yang dia buat kat
saya? Akak cuba bayangkan ek, saya punyalah semangat panggil dia…bos! Siap
lambai-lambai tangan lagi. Dia boleh buat tak tahu, dia masuk dalam kereta terus
dia blah macam tu je. Kalau akak,
akak malu tak? Sakit je rasa hati ni…” cerita Maria dengan penuh perasaan.
“Sampai macam tu sekali?” Kak Zura
seakan tidak percaya. Maria mengangguk. “Nasib baik akak tak tegur, kalau tak… confirm akak pun akan dapat malu macam
kamu jugak.” tambah Kak Zura.
“Memang confirm akan dapat malulah kak… saya tu nasib baik kawan saya sorang je masa tu kat situ, dan si Dila
tu memang dah tahu perangai Encik Pasha tu macam tu. Kalau ramai orang kat
sebelah saya kak memang malu besar saya.” cerita Maria bersungguh. Tidak sedar
yang Pasha Idham sudah datang. Dari tadi Pasha Idham duduk mendengar perbualan
dua orang pekerjanya itu. Geram memang geram, tapi Pasha Idham terpaksa menahan
rasa geram tu sebab dia nak tengok sejauh mana Maria menjaja ceritanya pada Kak
Zura.
“Maksud kamu, kawan kamu Dila tu
yang bekerja dengan datuk tu ya?”
“A’ah, Dila tu la kak… Dia pun
hairan dengan perangai bos kita tu. Jauh sangat bezanya dengan perangai datuk.”
“Betul cakap kawan kamu tu, akak pun
tak sangka pulak perangai anak Datuk Aziz tu teruk macam tu. Memang jauh betul
beza dengan Datuk Aziz tu kan?”
“Memang jauh kak… jauh lagi antara
langit dengan bumi.” jawab Maria yakin. Pasha Idham yang mendengar kutukan
Maria itu mendidih rasanya. Kali ini dia sudah tidak dapat ditahan lagi rasa
geramnya, lalu dia keluar dari tempat persembunyian.
“Maria! Zura! Awak berdua masuk
dalam bilik saya sekarang!” arah Pasha Idham lalu masuk ke dalam biliknya.
Maria dan Kak Zura yang mendengar suara garang Pasha Idham terkejut.
“Maria…Encik Pasha dengar ke apa
yang kita cakap tadi Maria?” tanya Kak Zura takut.
“Entahlah kak…rasa-rasa macam tu
la…”
“Habislah kita kali ni Maria…mati
kita….” jelas kebimbangan pada suara Kak Zura.
“Macam mana kita boleh tak perasan
dia dah sampai ni kak… memang habis kita kali ni kak” Maria juga turut bimbang
seperti Kak Zura.
“Tu la…macam mana kita boleh tak
perasan. Dah lah kawww…kawww… kita
kutuk dia tadi! Memang tak selamatlah kita kali ni Maria...” kata Kak Zura pada
Maria. Mereka berdua masih lagi berada diluar. Pasha Idham didalam sudah
mendidih jadinya, bila dua orang pekerja yang mengutuknya tadi tidak masuk-masuk
juga. Dia bangun dari tempat duduk, kemudian membuka pintu biliknya.
“Maria! Zura! Kamu berdua ni dah
pekak ke? Tak dengar apa yang suruh tadi?” tengking Pasha Idham. Maria dan Kak
Zura yang mendengar suara petir Pasha
Idham yang secara tiba-tiba itu makin terkejut jadinya. Cepat-cepat mereka
berdua bergerak masuk ke dalam bilik Pasha Idham.
Azlan dan Aina yang baru sampai
kelihatan sedikit pelik bila tidak kelihatan kelibat kawan pejabatnya Maria dan
Kak Zura. Biasa kalau waktu macam ni mereka berdua memang dah ada. Ini tak ada
pulak. Azlan dan Aina jadi tertanya sesama sendiri.
“Mana
mereka berdua ni? Takkan tak sampai
lagi…” tanya Azlan pada Aina.
“Tak
tahulah…tapi kereta Kak zura dah ada kat luar tadi, takkan tak sampai lagi?”
suara Aina pula. Tiba-tiba terdengar bunyi suara bising Pasha Idham dari dalam
biliknya. Aina dan Azlan berpandangan sesama sendiri. “Kenapa tu?” tanya Aina
pada Azlan sambil mulutnya menunjukkan kearah bilik Pasha Idham.
“Entah…”
jawab Azlan sambil menjungkitkan bahunya. Dia memang betul-betul tidak tahu apa
yang berlaku didalam kerana dia juga baru sampai bersama dengan Aina.
“Macam
mengamuk sakan je bunyinya tu…” suara Aina lagi.
“Entah-entah
Maria dengan Kak Zura ada di dalam tak?” teka Azlan.
“Mungkin
jugak kot…” Aina mengiakan kata-kata Azlan. Tidak lama kemudian Kak Zura keluar
dengan muka yang masam dari bilik Pasha Idham. Jadi betul lah telahan mereka
memang Kak Zura ada di dalam.
“Kenapa
ni kak?” tanya Azlan sebaik Kak Zura duduk ditempatnya.
“Kena
ceramahlah…apa lagi…” jawab Kak Zura dalam nada sedikit geram bunyinya.
“Maria
mana kak?” tanya Azlan lagi bila Maria tidak kelihatan.
“Kat
dalamlah… Tak tahulah apa nasib Maria kat dalam tu.” kali ni suara Kak Zura
sedikit risau. Mahunya tak risau, dia dah boleh keluar tapi Maria belum lagi.
Mesti teruk kena bantai tu! Padahal kesalahan yang dilakukan sama je, tapi
keluarnya lain-lain pula.
“Apa
sebenarnya dah berlaku ni kak?” tanya Aina tak sabar ingin tahu.
“Nantilah
akak cerita, masa sekarang tak sesuai akak nak cerita. Baik kamu berdua duduk
kat tempat kamu dulu, kalau tak dengan kamu-kamu kena panggil nanti.” Kak Zura
cuba mengingatkan. Azlan dan Aina yang mendengarnya cepat-cepat beredar ke
tempat duduk masing-masing.
Maria
masih lagi di dalam, masih lagi mengadap wajah singa Pasha Idham.
“Awak
tahu tak? masuk kali ni dah tiga kesalahan yang awak lakukan! Awak ingat saya
diam, awak boleh buat macam-macamlah ya? Bukan main sedap lagi awak mengumpat
saya tadi ya!” suara Pasha Idham garang, masih tidak berpuas hati dengan Maria
yang sedap-sedap mengutuknya tadi. Pasha Idham merenung tajam wajah Maria.
Maria diam, tetapi ada sikit keberanian dalam dirinya untuk bersuara bagi
bertanyakan tentang tiga kesalahan yang dilakukannya itu.
“Encik
Pasha…boleh saya tahu, apa tiga kesalahan yang saya lakukan tu ya?” tanya Maria
dengan muka sengih tak berapa nak sengih bila memandang muka Pasha Idham.
Bercampur dengan takut sebenarnya, sebab tu jadi macam tu. Tapi nak tak nak dia
kena memberanikan diri juga untuk bertanya bagi mengetahui tiga kesalahan yang
dilakukannya itu.
“Awak
boleh tanya saya lagi ya!” suara Pasha Idham tinggi. Maria masih tersengih
seperti tadi.
“Sebab
saya tak tahulah saya tanya Encik Pasha…” Maria masih lagi berani menjawab. Nada
suara yang digunakan masih sama seperti tadi. Tak tinggi… tak rendah,
sedang-sedang elok saja bila didengar.
“Jawab!
Menjawab lagi!” tengking Pasha Idham. Maria mendengar tengkingan Pasha Idham
sedikit tersentak. Terkunci terus mulutnya. “Awak jangan ingat saya boleh lupa
ya! Saya lepaskan awak hari tu tak bermakna saya akan lepaskan awak untuk hari
ni ya! Bukan main lagi awak mengumpat saya tadi ya?” Pasha Idham cuba
mengungkit hal Maria mengumpatnya tadi. “Tu tak termasuk awak mengutuk saya
masa jogging hari tu lagi! Kes awak
datang lewat tu pun tak selesai lagi! Hari ni awak dah tambah kes baru! Awak
ingat saya nak lepaskan awak macam tu aje? Awak tahu tak siapa saya sebenarnya
ni?!” tanya Pasha Idham dalam nada yang tinggi. Maria memandang ke lantai bila
mendengar suara singa Pasha Idham memarahinya. “Kalau saya tengah bercakap tu
pandang saya!” tengking Pasha Idham. Dalam takut-takut, Maria mengangkat
wajahnya… memberanikan diri mengadap muka singa bosnya itu. “Kalau saya tanya
boleh tak awak jawab?” tanya Pasha Idham lagi.
Dalam
perasaan yang takut-takut Maria menjawab. “Boleh Encik Pasha…”
“Bagus!
Saya nak tanya awak kenal tak siapa saya sebenarnya? Siapa saya dimata awak
sebenarnya?!”
“Kenal
Encik Pasha…” masih dalam nada ketakutan.
“Siapa?”
“Manusia…”
jawab Maria selamba. Jawapan yang diberikan itu menambahkan lagi rasa kemarahan
yang sudah sedia ada dalam diri Pasha Idham.
“Apa
awak cakap!” soal Pasha Idham. Maria hanya tersengih kelat. “Dalam keadaan
genting macam ni pun boleh lagi awak meloyar buruk ya?!” marah Pasha Idham
lagi.
“Saya
bukan meloyar buruk Encik Pasha, saya jawab apa yang terlintas dalam fikiran
saya je. Saya rasa jawapan tu jawapan paling jujur jadi saya luahkan je lah.”
jawab Maria dalam nada yang sejujur-jujurnya.
“Banyaklah
awak punya jujur! Tu bukan jujur! Tu mengenakan orang namanya!”
“Ya
ke Encik Pasha? Saya mintak maaf ya Encik Pasha…” kata Maria dengan muka
comelnya.
“Awak
ni kan…kecik-kecik je saya tengok!” kata Pasha Idham geram. Maria menunduk
memandang kakinya. “Tak payah nak tunduk-tunduk sangat muka tu! Pandang saya!” arah
Pasha Idham lagi, bila melihat Maria kembali menundukkan mukanya. Mendengar
arahan Pasha Idham, Maria cepat-cepat mengangkat mukanya kembali memandang
Pasha Idham.
Setelah berpuas hati bila Maria telah
memfokuskan pandangannya kearahnya. Pasha Idham memulakan bicara.
“Pertama
sekali saya nak awak bagitahu saya, siapa bakal suami yang awak maksudkan hari
tu?”
“Hah!”
keluar sudah muka blur Maria.
“Tak
payah nak ‘hah, hah’ sangatlah. Muka awak tu jangan buat blur sangat boleh tak?”
“Tapi
saya tak faham apa yang dimaksudkan Encik Pasha tu…” kata Maria kononnya
pura-pura terlupa, dengan alasan dia dapat mengelak dari menjawab pertanyaan
itu.
“Tak
payah nak pura-pura tak fahamlah! Masa awak lewat hari tu awak ada beritahu
saya, awak terlewat sebab mengadap muka bakal suami awak. Jadi saya nak tahu
siapa bakal suami awak tu? Sampai awak boleh terlewat macam tu sekali sebab
mengadap muka dia!”
“Saya
ada cakap macam tu ek?” Maria masih mencari peluang menyelamatkan diri.
“Ya!”
jawab Pasha Idham tegas. Maria hanya mampu tersengih. “Sekarang baik awak
bagitahu saya! Kalau tak….”
“Kalau
tak kenapa Encik Pasha?” Maria memotong.
“Kalau
tak saya pecat awak!”
“Hah!?
Takkan sampai macam tu sekali kot Encik Pasha?”
“Ya
lah! Kan saya dah bagitahu dalam surat perjanjian tu. Awak tak ingat? Ke nak
saya bacakan balik ciri-ciri PA yang perlu ada pada diri awak?”
“Hah!?
Ermmm…tak payahlah Encik Pasha…saya
rasa saya dah tahu.”
“Kalau
tahu bagus! Jadi sekarang apa tunggu lagi? Baik awak bagitahu saya cepat! Ke
awak betul-betul nak saya pecat awak ni?!” ugut Pasha Idham sekali lagi.
“Eh…jangan…
jangan Encik Pasha…”
“Kalau
jangan, baik awak bagitahu saya sekarang!”
“Ya
lah…saya bagitahu.” akhirnya Maria terpaksa mengalah.
Dalam nada suara yang perlahan Maria
memberitahu Pasha Idham siapa bakal suami yang dimaksudkannya itu.
“Sebenarnya…bakal suami yang saya maksudkan tu adalah Sigit Purnomo
Syamsuddin.”
“Siapa?” tanya Pasha Idham yang
tidak mendengar apa yang diucapkan Maria. “Suara tu kuat sikit boleh tak? Tak
payah nak berbisik sangatlah! Bukan mahal pun suara awak tu?” perli Pasha
Idham. Maria yang mendengarnya jadi geram, tapi dikawalnya cepat-cepat supaya
rasa geramnya itu hilang. Kalau tak… mahu makin teruk jadinya nanti. “Apa lagi?
Bagitahulah cepat!” desak Pasha Idham bila dilihat Mariam diam.
Dengan penuh rasa semangat bercampur
dengan rasa menyampah Maria bersuara. “ Saya cakap… bakal suami yang saya
maksudkan itu adalah Sigit Purnomo Syamsuddin!” Maria bersuara lantang. Kali ni
dilambatkan sikit sebutan-sebutan perkataan itu supaya ianya jelas kedengaran
di telinga Pasha Idham. Pasha Idham yang mendengarnya sedikit terkejut.
“Awak ni biar betul! Bakal suami
awak tu indon ke? Kat mana awak jumpa dia tu? Tak ada orang lain dah ke yang awak
nak jadikan suami Maria? sampai pendatang asing yang datang ke Malaysia ni awak
jadikan dia suami? Confirm dia kerja
buruh kan? Maria…Maria…kesian kat awak.” komen Pasha Idham panjang apabila
mendengar jawapan dari Maria.
“Ewah…ewah…sedap mulut dia je nak
cakap bakal suami aku tu pendatang asing ya! Aku lastik mulut tu kan baru tahu!
bukan main banyak lagi soalanya.” kutuk Maria dalam hati. “Kejap…kejap…kejap!
Bila masa pulak saya kata my future
husband tu kerja buruh? Dia penyanyi okey! Bukan kerja buruh dan bukan juga
pendatang asing! Encik Pasha ni sedap mulut je cakap bakal suami saya macam tu kan!?”
Maria cuba membetulkan kenyataan palsu Pasha Idham yang dilemparkan pada bakal
suaminya itu.
“Apa awak cakap? Penyanyi? Glamour ke? Saya tak pernah dengar pun
penyanyi Indonesia yang nama macam tu? Awak ni biar betul Maria.” Pasha Idham
sedikit meragui apa yang diberitahu Maria padanya.
“Eh betul lah! Ingat saya tipu ke?
Kalau Encik Pasha nak tahu, Sigit Purnomo Syamsuddin tu nama penuh dia. Kalau
nama singkat dia sama nama macam Encik Pasha, dia dari band warna yang macam dalam bilik Encik Pasha ni. Lagu-lagu dia best best tau! Nak, nak lagu ‘Percaya
Padaku’ tu. Memang terangkat habis.” kata Maria bersungguh. Siap memuji lagi band kesayangannya tu. Pasha Idham yang
mendengarnya seperti dapat menangkap siapa penyanyi yang dimaksudkan Maria itu.
“Maksud awak Pasha Ungu?” teka Pasha
Idham.
“Ya lah!” jawab Maria dengan muka
yang yakin. Pasha Idham yang mendengar jawapan yakin dari Maria itu ketawa
terbahak-bahak. Tak tahu pulak dia nama sebenar vokalis kumpulan ungu tu
sepanjang tu.
“Hahahahahhahahahah!!!!” ketawa
Pasha Idham panjang. Maria yang mendengar Pasha Idham ketawa sedikit terasa hati.
Terasa ketawa itu satu sindiran untuknya. Sebelum ni bila orang lain ketawa dia
okey je, tapi tidak bila Pasha Idham. Mungkin Pasha Idham lelaki kot. Sebab tu
dia sedikit terasa. “Maria…Maria…awak ni kuat berangan jugak ya? Awak tahu tak
yang Pasha Ungu tu dah ada bini, dah ada anak empat pun! Tak ada lelaki lain
dah ke yang awak nak sampai laki orang yang jadi pilihan awak. Dah lah laki
orang, artis pulak tu! artis Indonesia lagi! Pasha tu pun entah kenal entah
tidak awak ni siapa? Yakin je awak cakap dia bakal suami awak ya? Maria…Maria…”
Pasha Idham masih lagi dengan ketawanya.
Maria
yang mendengarnya sedikit geram, terasa ingin dihempuk-hempuk saja mulut
bosnya yang lantang bersuara mengutuknya
itu.
“Kalau tak diingatkan dia tu bos dah lama rasanya
dia kena dengan aku ni! Geram je aku tengok dia ni lah! Sedap-sedap je dia
kutuk aku! Dia ingat dia tu siapa nak kutuk-kutuk aku? suka hati akulah nak
suka siapa pun! Yang kau sibuk tu kenapa?” bentak Maria dalam hati. Pasha Idham
dari tadi masih lagi dengan ketawanya. “Habis tu kenapa? Salah ke saya minat
Pasha Ungu tu Encik Pasha?” soal Maria.
“Tak
salah awak minat Pasha Ungu tu, tapi
yang saya tak faham tu macam mana awak boleh yakin kata Pasha Ungu tu bakal
suami awak ya? Padahal berjumpa pun tak pernah. Dah lah tu, kalau yang awak
anggap bakal suami awak tu artis Malaysia saya boleh terima lagi. Ni artis luar
kot! Sah-sah nak jumpa pun susah! Entah entah memang tak akan pernah jumpa kot!
Maria… maria… agak-agaklah kalau nak berangan pun…” kutuk Pasha Idham.
“Ikut
suka sayalah! Hati saya…bukan ada sangkut paut dengan Encik Pasha pun!” kata
Maria geram. Kali ni sudah tidak dapat di tahan rasa geramnya.
“Memanglah
tak bersangkut paut dengan saya, tapi sebagai majikan awak saya harus sedarkan
awak dari angan-angan kosong awak ni. Angan-angan
awak ni tak membantu langsung untuk awak membina masa depan awak! Awak tahu
tak?” kata Pasha Idham cuba menyedarkan Maria dari lamunan.
“Siapa
kata tak membina?” Maria masih lagi melawan.
“Okey…cuba
awak bagitahu saya apa yang membina sangat angan-angan awak tu?” cabar Pasha
Idham. Maria dilihat seperti berfikir-fikir. “Kenapa tak jawab?” soal Pasha
Idham bila Maria tidak menjawab soalannya.
“Kejaplah…saya
nak fikir dulu ni…” Pasha Idham tersenyum mendengar jawapan dari Maria.
“Tengok!
Awak pun tak dapat bagi jawapan dengan soalan saya tu kan? Kalau ia betul-betul
bagi kebaikan pada awak, dari awal-awal lagi awak dah tahu jawapannya. Ni
tak…terhegeh-hegeh nak bagi jawapan.” perli Pasha Idham.
Maria
seperti sudah memperolehi jawapan. “Hah! ia mengajar saya erti kasih sayang!
Membina semangat sangat saya agar saya terus setia dengan orang yang saya
sayang!”
“Hahahhah!!!
Itu yang awak cakap membina?... come on
lah Maria... tu orang tak panggil membina, tu syok sendiri namanya. Hahhahah!!!
Maria…Maria…Saya tak tahu nak cakap apa dah pada awak ni Maria…melampau-lampau
penyakit berangan awak ni. Bahaya tu Maria...nanti awak frust sendiri nanti.” kutuk Pasha Idham. Kawww…kawww punya kutukan yang dia bagi, sampai Maria tersentap pun
sudah tidak diambil peduli. Tapi kata-kata Pasha Idham ni lebih kurang dengan
kata-kata dari Mak Munah pulak ya? Macam berpakat je nak kenakan Maria.
“Tapi
Encik Pasha….” Maria masih ingin menegakkan kenyataannya itu. Tapi belum dia
sempat menegakkan kenyataannya itu, Pasha Idham sudah memotong.
“Dah
dah…tak ada tapi-tapi lagi. Awak boleh keluar sekarang! Cukuplah saya suruh
awak jelaskan satu kesalahan ni. Kalau saya tanya lagi yang lain-lain tu nanti,
entah apa-apa agaknya yang awak jawab pun saya tak tahulah nanti. Makin sakit
lagi kepala saya jadinya ada la sebab nak fikir jawapan yang awak bagi tu.
Sekarang ni pun perut saya dah tak tahu jadi apa dah ni, kena gastrik gamaknya
sebab terlalu banyak sangat ketawa bila dengar kenyataan lawak awak tu.” kata
Pasha Idham panjang. Maria seperti biasa rasa geram mesti ada tiap kali
mendengar kenyataan berbaur sindiran dari bosnya itu.
“Banyaklah
kau punya gastrik! Tapi kalau betul-betul kena gastrik pun bagus jugak! Biar
padan dengn muka tu! ketawakan orang tak ingat dunia! Macamlah dia tu bagus
sangat! Ikut suka akulah nak suka siapa pun, tu hak aku okey! Mak aku pun tak
marah! Yang kau nak kutuk aku lebih-lebih tu kenapa?” kutuk Maria dalam hati
“Tapi betul ke mak aku tak marah? hehehe” Maria tiba-tiba bertanya kembali pada
dirinya sendiri dengan kenyataan yang bermain dalam fikirannya tadi.
“Yang
awak duduk lagi kat sini tu kenapa? Tak dengar ke saya suruh keluar tadi?”
suara Pasha Idham bila melihat Maria tidak berganjak dari tempat duduknya. Maria
yang mendengar teguran itu tersedar dari lamunan.
“Tu
tak ada lain mengelamun lagilah tu? Dah dahlah tu mengelamunnya Maria…fikir
masa depan awak tu lagi penting dari awak mengelamun perkara yang awak sendiri
tak pasti tu. Sedarlah wahai Cik Maria…” kata Pasha Idham yang masih dengan
sisa ketawanya. Maria memandang Pasha
Idham geram. Terasa mahu dicekik-cekik je leher bosnya ketika itu. Kalau dia
tidak berpegang dengan ajaran agamanya, rasanya dah lama Pasha Idham tu
dibungkus Maria.
Malas
untuk melayan perasaan marahnya, Maria terus keluar. Lebih lama dia didalam
takut lain pulak jadinya nanti. Setakat ni Alhamdulillah mampu dikawal lagi.
Kak Zura, Aina dan Azlan yang terdengar seperti pintu dibuka terus memandang kearah pintu bilik Pasha Idham.
Dilihatnya muka Maria yang masam mencuka. Oleh kerana rasa tidak sabar untuk
tahu cerita sebenar mereka bertiga memberanikan juga diri dengan terus menyerbu
kearah Maria, walaupun mereka tahu risiko yang akan menimpa jika Pasha Idham
melihatnya.
“Kenapa
lama sangat kamu kat dalam tu Maria? Apa dah jadi?” soal Kak Zura. Maria
memandang muka Kak Zura sekilas, kemudian ke muka Azlan dan Aina.
“Jadi
lempeng hangus kak! Hangus terbakar…” jawab Maria berkias. Jawapan yang
diberikan sukar untuk difahamkan oleh mereka bertiga.
“Maksud
kamu?” soal Kak Zura.
“Maksud
saya, hati saya ni cukup-cukup terbakar dengan sindiran Encik Pasha tu kak.
Nasib baik saya boleh kawal je, kalau tak dah lama saya bungkus bos kita tu.”
kata Maria geram bila mengingatkan Pasha Idham mengetawakannya tadi.
“Kesian
kamu ya? Lama betul kamu kat dalam…akak nasib baik sekejap je, kalau tak dengan
akak-akak terbakar akak rasa.” kata Kak Zura seakan memujuk.
“Tadi
aku dengar bos kita tu bukan main sakan gelak? Dia gelak pasal apa wei?” tanya
Azlan ingin tahu. Maria serba salah untuk beritahu. Takut kalau-kalau
kawan-kawannya ini pula yang akan gelakkan dirinya. Bagi mengambil langkah
selamat, Maria memberikan alasan lain sebagai jawapan.
“Baik
korang semua balik tempat
masing-masing, kalau tak lagi teruk kita nanti kalau Encik Pasha tengok kita
berkumpul macam ni. Dahlah mood dia
macam singa sekarang ni, kan tak pasal-pasal kena cakar singa kat muka nanti kan?”
kata Maria menakut-nakutkan rakan-rakannya. Mereka yang merasakan ada benarnya
dengan kata-kata Maria itu terus kembali ke tempat masing-masing.
“Selamat
aku…” kata Maria dalam hati. Lega bila dia tidak perlu menjawab pertanyaan
Azlan tadi. Dia tidak mahu menaggung malu untuk kali kedua, cukuplah Encik
Pasha sorang je tadi yang mengetawakannya. Tu pun sudah parah rasa hatinya bila
mendengar ketawa menyindir bosnya itu.
Malas
untuk melayan perasaan sakit hatinya itu, Maria meyibukkan diri dengan
melakukannya kerjanya yang masih perlu dia siapkan. Kesibukkan melakukan kerja
sedikit sebanyak mungkin akan mampu mengurangkan rasa sakit yang ada dalam
hatinya tadi.
PASHA
IDHAM berehat-rehat di dalam biliknya. Rasa penat bekerja siang tadi masih terasa pada dirinya. Banyak
betul kerja yang perlu disiapkan sampai tiba waktu balik pun dia boleh tak
sedar. Macam mana nak sedar kalau dah khusyuk sangat bekerja. Tiba-tiba Pasha
Idham teringat kejadian lucu di officenya
siang tadi. Apa lagi kalau bukan pasal PAnya Maria.
“Maria…Maria…boleh tahan lawak jugak
minah ni ya? Confident je jawab Pasha
Ungu tu bakal suami dia. Padahal Pasha Ungu tu dah beranak pinak kot! Macam
mana dia boleh minat sangat dengan Pasha Ungu tu pun aku tak tahulah. Sanggup
pertahankan Pasha Ungu dia yang tak tahan tu! Maria…Maria…” Pasha Idham ketawa
sendiri. “Daripada kau minat Pasha Ungu tu, baik kau minat Pasha Idham ni ha!
Hensem pun hensem. Bukan setakat hensem! Single
lagi tau!” fikir Pasha Idham sendiri. “Ai! ayat macam promote diri sendiri nampak!” kata Pasha Idham pada dirinya sendiri
setelah menyedari apa yang difikirkannya tadi. Pasha Idham jadi tersenyum
sendiri.
Melly yang membuka pintu bilik
abangnya jadi hairan bila melihat abangnya tersengih sorang-sorang. “Ai abang! Sengih sorang-sorang nampak!” tegur Melly. Pasha Idham yang mendengar
teguran itu terus mematikan sengihannya. Sedikit terkejut dengan kehadiran
adiknya dalam biliknya itu.
“Melly ni… kalau nak masuk ketuk
pintu dulu boleh tak?” marah Pasha Idham pada adiknya.
“Melly dah ketuk dah abang…abang tu
je yang tak dengar…sibuk sangat mengelamun. Abang ingatkan siapa tadi tu abang
sampai panjang sangat sengihnya tu?” Melly cuba merisik. Mana tahu, untung
nasib abangnya beritahu.
“Dah! Tak payah nak tahu hal abang!
Ikut abanglah abang nak ingat kat siapa pun, yang Melly sibuk tu kenapa? Melly
budak-budak jangan masuk campur urusan orang tua okey!” Pasha Idham cuba
mengingatkan perbezaan umur antara mereka berdua.
“Abang ni…suka sangat panggil Melly
budak-budak! Melly dah besar okey! Melly bukannya budak-budak lagi!” marah
Melly bila tiap kali Pasha Idham menganggapnya budak-budak. Melly sedikit
menarik muka tanda protes.
“Dah…tak payah nak merajuk
sangatlah! Ni masuk bilik abang ni ada apa hal? Takkan masuk saja-saja je kot?”
“Mama dengan papa suruh panggil
abang turun makan malam.” beritahu Melly tujuan sebenarnya datang ke bilik
Pasha Idham.
“Ooo…kalau macam tu jomlah kita
turun makan. Nanti lama pulak papa dengan mama menunggu kan.” ajak Pasha Idham.
Melly sedikit terpujuk dengan ajakan abangnya itu.
“Okey…jom!”
Mereka dua beradik terus turun ke
bawah untuk menikmati makan malam bersama papa dan mama mereka.
No comments:
Post a Comment