BAB 2
Setelah hampir sebulan lebih Irfan
di hospital, hari ini dia di benarkan pulang ke rumah. Kalau diikutkan tahap
kesihatannya, Irfan masih perlu tinggal di hospital kerana masih lagi perlukan
pemerhatian dari doktor. Tapi kedegilannya untuk pulang menyebabkan doktor terpaksa
membenarkannya. Irfan perlu berulang ke hospital dua minggu sekali untuk
rawatan susulan bagi memastikan kesihatannya benar-benar baik.
“Okey
Encik Irfan, di sini kami ada beri beberapa jenis ubat yang perlu Encik Irfan
makan, dan makan ubat ini mengikut arahan yang telah ditetapkan. Encik Irfan
tidak boleh mengabaikan pemakanan ubat ni, kerana Encik Irfan masih lagi belum dalam
keadaan yang betul-betul sihat. Saya juga nasihatkan Encik Irfan cari seorang
jururawat ataupun pembantu peribadi yang boleh membantu Encik Irfan nanti dalam
mengawal pemakanan Encik Irfan.” terang Dr. Imran kepada Irfan.
“
Terima kasih doktor, saya akan ikut nasihat doktor tu”. Janji Irfan.
“Oh
ya, Encik Irfan perlu datang ke hospital juga dalam dua minggu sekali bagi memudahkan
pihak kami megetahui prestasi kesihatan Encik Irfan. InsyaAllah dalam sebulan
dua nanti kaki Encik Irfan akan sembuh seperti biasa. Itupun bergantung kepada
Encik Irfan rajin atau tak membuat latihan.
” tambah Dr. Imran lagi.
“Baiklah
doktor.” jawab Irfan.
SAMPAI
di tempat yang dituju, Arissa terjenguk-jenguk mencari sahabatnya Julia.
“Mana
pulak si Julia ni, janji kat sini pukul 10 pagi tapi batang hidung pun tak
nampak ni. Jangan kata ada emergency case
lagi macam sebulan lepas dah la.” rungut Arissa dalam hati.
“Hoiii
cik kak!” sergah Julia dari belakang.
“Opocot
mak kau!” Arissa melatah.
“Ishhh,
kau ni Julia buat terkejut aku je lah. Dah la datang lambat, lepas tu sergah
aku macam ni pulak. Aku hempuk dengan beg aku ni kan baru kau tahu!” marah
Arissa pada Julia.
“Amboi
garangnya cik kak kita yang sorang ni, sejak bila pandai marah-marah ni?” tanya
Julia.
“Sejak
sebulan lepas. Kau tu la, dah lah datang lambat, lepas tu main sergah-sergah
pulak. Siapa tak marah?” bebel Arissa.
“Okey lah… sorry,
aku tahu aku salah. Aku ada kerja kejap tadi, tiba-tiba mak long aku telefon
suruh aku tengokkan abang sepupu aku yang kemalangan hari tu kat rumahnya
sekejap sebab mak long aku ada kerja yang nak di uruskan kat luar. Orang
gajinya masih bercuti, tu terpaksa jugak aku pergi tu. Kau tahu jelah abang
sepupu tu macam mana. Maaf, please!”
terang Julia.
“Yelah
tu, macam-macam alasan lah kau ni. Kalau bab memujuk nombor satu. Ni apa hal
kau nak jumpa aku?” tanya Arissa.
“Okey… sebelum aku nak cerita apa-apa kat kau, marilah
kita duduk dulu. Kau tak letih ke berdiri je dari tadi? Aku tak laratlah, almaklumlah
aku tak ada lah sekuat kau. Kau lainlah orang aktif bersukan la katakan. Jadi
tak ada masalah lah nak berdiri lama-lama pun.” kata Julia menyindir.
Dia tahu kawannya tu seorang yang aktif sejak dari
sekolah rendah sampailah ke universiti. Orang kata sukan tu memang tak boleh di
pisahkan dari hidup Arissa. Jadi tak hairanlah kalau gelaran olahragawati itu
sentiasa menjadi milik temannya itu semasa di universiti dulu. Sebab Arissa memang
layak untuk menyandang gelaran itu sebab aktifnya dia dalam bidang sukan. Bukan
setakat aktif, tapi kemenangan juga selalu menjadi miliknya, nak-nak dalam
olahraga, tu memang dah jadi kemestiannya untuk menang.
Mereka
berdua bergerak mendapatkan bangku berdekatan sebatang pohon yang ada ditaman
itu. Redup je tempatnya, memang sesuailah untuk Julia menyampaikan hasratnya.
“Okey!
sebenarnya macam ni, mak long aku tu tengah mencari orang untuk menjaga abang
sepupu aku yang sakit tu. Tapi masalahnya sekarang, orang yang dibawa oleh mak
long aku seorang pun dia tak berkenan. Nak cari pembantu untuk senangkan kerja
dia je pun, bagi dia makan ubat ikut waktu, sediakan pakaian dia dan
macam-macam lagilah, tapi cerewetnya macam orang nak cari bini. Nak harapkan
Mak Mah tu pun, dia dah tua, mana nak selesaikan kerja rumah lagi. Tak sempat
orang tua tu nak buat semua kerja tu seorang diri. Kau nak tahu lagi, ada ke
patut dia temuduga semua calon tu dulu dan suruh siapkan resume kena sertakan
sekali salinan ic, sijil-sijil dan macam-macam lagilah. Pening mak long aku tu
dibuatnya.” terang Julia.
“Jadi,
apa kena mengena semua ini dengan aku?” tanya Arissa tidak faham apa tujuan
sebaenar Julia menceritakan semua itu kepadanya .
“Macam
ni, kau sekarang ni pun tengah belum ada kerja lagikan? Jadi apa kata kau jaga
abang sepupu aku tu.” cadang Julia.
“Apa????
Kau suruh aku jaga abang sepupu kau yang cerewet tu? Aku dengar kau cerita tadi
pun aku dah tak sanggup dan tak mungkin juga dia akan terima aku untuk
membantunya.” jelas Arissa.
“Rissa
please….. kaulah satu-satunya kawan
yang aku harapkan sekarang ni, Kesian mak long aku pening memikirkan perangai
anaknya tu. Bolehlah Rissa. Lagipun
bayaran untuk jaga abang sepupu tu mahal tau dalam RM1800 tak silap aku. Tu pun
boleh dirunding lagi kalau abang sepupu aku tu dah setuju. Aku rasa dah
berbaloi sebab kerjanya tak ada lah berat manapun.” rayu Julia lagi.
“
Lagipun aku tahu, mesti ayah kau pun dah bising-bising kan sebab kau tak kerja
lagi.” tambah Julia.
“Amboi
senangnya kau cakap, yang nak mengadapnya aku. Kau jugak kata yang abang sepupu
kau tu cerewet. Kalau dia dera aku macam mana? Senang-nang kau jelah yang jaga
dia.” kata Arissa.
“Aku
tak boleh Rissa, kau tahulah aku kena tolong ayah aku kat pejabat tu, nanti tak
ada orang nak bantu dia bila dia dah tak larat nanti. Jadi aku kenalah belajar
dari sekarang ni. Rissa please…
Rissa… kali ni je.”
Arissa
senyap, sambil mempertimbangkan kata-kata Julia.
“Betul
jugak kata Julia tu. Aku bukannya ada buat apa pun, lagi pun ayah dah
bising-bising kat rumah tu. Apa salahnya aku tolong Julia kali ini. Lagipun
belum tentu si mamat cerewet tu nak terima aku lagi. Harap-harap mamat tu tak
terimalah. Amin.” kata Arissa dalam hati
“Okey,
kali ni je aku tolong kau dalam kes-kes terdesak macam ni tau. Lain kali dah
tak ada dah nak tolong-tolong ni. Jadi apa yang aku nak kena buat sekarang?” tanya
Arissa.
“Betul
ni Rissa?
“Yelah…kenapa?
Kau nak suruh aku tarik balik ke?” laju Julia menggelengkan kepalanya.
“Eh
tak ada lah, cuma macm tak percaya je bila kau setuju. Alhamdulillah… akhirnya
selesai jugak masalah aku. Terima kasih Rissa, kaulah sahabat aku dunia dan
akhirat. Sayang kau…”
“Hurmmm…
masa ni lah baru nak sayang aku… kalau tak tak adanya nak sayang-sayang aku.” perli
Arissa pada Julia.
Julia
tersengih, mendengar komen yang keluar dari mulut kawannya itu.
“Mana
ada macam tu Rissa, dulu pun aku sayang kau jugak tau, tapi sekarang lagi aku
sayang.” kata Julia.
”Yelah,
sayang-sayang jugak. Aku tanya kau apa yang aku nak kena buat kau tak bagitau
lagi. Jangan sampai aku tarik balik kata aku tadi dah lah.” ugut Arissa
“Amboi
macam dah tak sabar-sabar je nak jalankan tugas…hehehe”.usik Julia
“Julia…..”
kata Rissa sambil menjeling kearah temannya dengan jelingan tajam.
“
Okey, okey sorry. Takut aku kau buat
macam tu. Macam mata nenek kebayan pun ada aku tengok.” usik Julia lagi. Sebelum Arissa
memberi jelingan yang lebih tajam lagi, Julia terus menyambung apa yang ingin diberitahunya pada Arissa.
“Okey
Cik Arissa tugasnya tak susah. First
sekali, kau bagi resume kau tu kat aku. Nanti aku akan bagi kat abang sepupu
aku. Kalau dia setuju, dia akan panggil kau sama ada kau akan di interview atau tak, tu terserah pada
abang sepupu aku. Andaikata kau diterima, kau akan di bagi satu surat
perjanjian dan kau kena tandatangan surat perjanjian tu. Surat perjanjian tu bukan
pasal apapun cuma pasal tugas-tugas yang kau kena lakukan, pasal gaji dan
apa-apa yang berkaitanlah dengan kerja kau sepanjang kau berkerja dengan dia
nanti.”
“Kau
faham tak apa yang aku terangkan ni Rissa? atau ada apa-apa yang kau nak tanya
aku lagi?” soal Julia.
“Okey,
aku faham tapi kau yakin ke yang abang sepupu kau tu takkan dera aku nanti?” tanya
Arissa.
“Kau
jangan bimbanglah Rissa, jalan pun dia tak larat, macam mana dia nak dera kau. Habis-habis
pun dia dera mental kau dengan kata-kata pedas dari dia je. Tu kau kena sabarlah
sikit, maklumlah orang tengah sakit perangai boleh jadi macam-macam. Oleh
kerana kau dah faham, kau bagi resume kau tu pada aku, kalau boleh secepat yang
mungkin.” kata Julia.
“Yelah
Cik Julia, tapi lepas ni kau kena belanja aku makan tau! sebagai balasan aku
tolong kau.” kata Arissa.
“Amboi
tak ikhlas ya tolong aku. Siap nak kena belanja lagi.”
“Alahhh,
bukan tak ikhlas, tapi perut aku ni rasa nak makan makanan yang dibayar oleh
kau je rasa, aku tak boleh nak buat apa dah. Nanti takut kena gastrik pulak.” kata
Arissa memujuk.
“
Yelah tu, macamlah aku tak tahu perangai kau tu. Okeylah kalau macam tu, oleh
kerana pengorbanan kau tersangatlah
besar untuk aku, aku akan belanja kau makan. Jom!” ajak Julia.
“
Thank you my lovely friend…heehhe.”
JULIA
pergi kerumah mak longnya untuk berjumpa dengan Irfan, bagi menghantar resume
Arissa yang telah diberikan kepadanya. Apalah agaknya respon Irfan kali ni ya.
“Assalamualaikum
abang Irfan…” Julia memberi salam sambil
melangkah masuk
ke
dalam bilik Irfan.
“Waalaikumussalam…”jawab
Irfan.
“
Ada apa Julia datang jumpa abang Irfan ni .” Ttnya Irfan sambil memandang ke arah
adik sepupunya itu.
“Tak,
macam ni. Julia ada bawakan semua maklumat tentang kawan Julia untuk membantu
abang Irfan nanti. Abang Irfan tengoklah dulu. Nanti kalau setuju bagitahu pada
Julia.”
“Julia
letaklah dulu kat situ nanti kalau ada masa abang Irfan tengok.” jawab Irfan acuh
tak acuh.
“Okey,
abang Irfan tengok tau! Rugi kalau abang Irfan tak tengok. Julia pergi dulu.
Assalamualaikum.” kata Julia sempat mengingatkan abang sepupunya itu.
“Waalaikumussalam.”
jawab Irfan sambil menjeling sampul yang diletakkan Julia diatas katil tadi.
Irfan
mengambil sampul yang diletakkan oleh adik sepupunya itu tadi lalu membukanya.
NUR
ARISSA NAJWA BINTI ABDULLAH, Irfan mengamati nama itu.
“Macam
pernah dia dengar nama ni sebelum ini. Tapi dimana ya?” tanya Irfan sendiri, lalu
dia mengamati gambar yang dilekatkan sebelah atas kanan maklumat tuan empunya
diri.
“Ahhha!
Yup! Perempuan inilah yang aku jumpa sebelum aku terlibat dengan kemalangan tu.
Akulah yang membuatkan perempuan itu marah kerana perangai gila aku waktu itu.
Mungkin juga ini balasan yang aku terima selepas menganiaya orang. Tapi aku
redha kerana itu ketentuan Allah s.w.t, tapi mungkin kejadian ini ada hikmahnya
juga.” kata Irfan yakin.
Dengan tidak membuang masa Irfan terus mencapai
telefon bimbitnya lalu menghubungi Julia.
“Hello…Assalamualaikum
Julia. Ni abang Irfan ni.”
“Waalaikumussalam…
Ya abang Irfan ada apa telefon Julia?” Tanya Julia.
“Tak
macam ni… Abang Irfan nak bagitahu pasal resume yang Julia bagi kat Abang Irfan
tu, Abang Irfan setuju nak ambil dia jadi pembantu abang. Esok Julia suruh dia
datang kerja.” terang Irfan, Julia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Amboi
abang Irfan, cepatnya setuju. Biasanya banyak benar komennya, yang ni terus Abang
Irfan setuju. Betul ke ni?” tanya Julia.
“Alahhh…
Julia ikut jelah apa yang abang Irfan suruh, jangan nak banyak tanya boleh
tak?”
“Yelah,
yelah nanti Julia bagitahu kawan Julia tu.” janji Julia pada Irfan
“Okey!
terima kasih…jangan lupa bagitahu secepat yang mungkin tau!.” kata Irfan mengingatkan
Julia.
“Ya…orang
tahulah…Abang Irfan ni macam tak percayakan Julia pulak.”
“Bukan
tak percaya, cuma ingatkan je. Okeylah abang Irfan letak telefon dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
DI
RUMAH,Arissa jadi serba tidak kena, semua kerja yang dibuat tidak menjadi
semenjak menerima panggilan telefon daripada Julia yang menyatakan abang
sepupunya telah bersetuju untuk dia menjadi pembantu peribadi alias jururawat peribadi kepada abang
sepupunya itu, dan dia dikehendaki memulakan tugasnya esok.
“Ishhh…macam
mana pulak abang sepupu Julia cepat benar boleh setuju ni. Mati-mati aku ingat
dia akan reject aku. Lain yang
diharap lain pulak jadinya.” rungut Arissa sendiri.
Arissa
turun kebawah mendapatkan ummi dan ayahnya.
“Ummi,
ayah esok Arissa dah mula kerja.” beritahu Arissa kepada ummi dan ayahnya.
“Oh
ya ke! Alhamdulillah. Kamu dapat kerja kat mana?” tanya Puan Mariam
“Dekat
rumah mak long Julia ummi, jadi pembantu peribadi abang sepupu dia, lebih
kurang jururawat peribadilah. Sebab abang sepupu Julia tu kemalangan sebulan
yang lepas, jadi dia perlukan pembantu untuk membantunya.” Terang Arissa.
“Kenapa
pulak kamu yang dipilih, kamu bukan ada apa-apa pengalaman pun dalam bidang
perubatan. Kenapa tak ambil orang yang betul-betul ada asas dalam bidang
perubatan je, lagi senang. Lagipun mesti mereka ada pembantu rumah kan untuk
buat semua tu, tak pun ibu dia pun boleh bantu.” kata Encik Abdullah sedikit
kurang puas hati.
“Arissa
pun tak tahu ayah. Tapi menurut Julia dah ramai dah mak longnya bawa calon
untuk menjadi pembantu peribadinya tu tapi semuanya dia tolak. Nak harap mak
longnya menjaga, dia terlalu sibuk dengan butiknya, ayahnya pula sibuk dengan
perniagaan dan pembantu rumahnya dah tua ayah, dah tak larat nak buat banyak
kerja dalam satu masa. Arissa setuju ni pun sebab Julia tu kawan Rissa, lagipun
sekarang ni Rissa tak ada buat apa-apa kat rumah, jadi apa salahnya Rissa
membantu orang yang memerlukan bantuan sementara Rissa nak dapat kerja lain.”
terang Arissa lebih kepada memujuk.
“Ikut
kamu la Rissa, asal kamu buat kerja yang halal dan tahu jaga diri sudahlah.” kata
Puan Mariam sambil menerima anggukkan daripada Encik Abdullah.
“Terima
Kasih ummi, ayah. InsyaAllah Rissa akan ingat pesan ummi tu.” Arissa berjanji
pada ummi dan ayahnya.
MALAM
itu Azri mengahampiri adiknya yang sedang mengambil angin di laman rumahnya.
“Abang
dengar ummi bagitahu, Rissa dah nak mula kerja esok. Betul ke?” tanya Azri
kepada adiknya.
“A’ah
abang. Jadi pembantu peribadi pada abang sepupu Julia.” jawab Arissa.
“Rissa
tak takut ke? Nanti bila dah kerja, takut-takut pembantu peribadi bertukar
menjadi isteri peribadi. Almaklumlah adik abang ni kan cantik, siapalah yang
tak terpikat. Takut nanti yang sakit tak sembuh-sembuh yang sihat pulak jadi
sakit.” usik Azri.
“Issshhhh…apalah
abang ni. Tak baik tau doa Rissa macam tu. Sekurang-kurangnya abang kenalah doa
keselamatan dan kesihatan adik abang ni. Ni ada pulak doa orang sakit.” kata
Arissa seperti merajuk.
“Alalalala…janganlah merajuk. Bukan itu maksud
abang. Abang takut orang Rissa jaga tu terpikat dekat Rissa, nanti
macam-macamlah penyakit yang timbul. Penyakit macam tu lebih bahaya dari
penyakit barah lagi tau! Hensem ke orang yang Rissa nak kena jaga tu?” soal
Azri.
“Abang
ni... Manalah Rissa tahu, Rissa bukan dah tengok muka abang sepupu dia tu. Esok
baru first time nak jumpa. Tapi kalau
hensem lagi bagus senang hati Rissa nak buat kerja. hehehe” usik Rissa pulak
kepada abangnya.
“Amboi-amboi,
gatal jugak adik abang ni ye..”
“Tengoklah
siapa abangya….hehehe” Rissa terus lari masuk kedalam rumah sambil Azri
mengejarnya.
“Ada
pulak kata aku yang gatal.” rungut Azri.
Itulah
perangai mereka adik-beradik, kalau tak ada sindir menyindir, usik mengusik bukan
Azri dan Arissa lah namanya.
No comments:
Post a Comment