Followers

Thursday, 13 June 2013

NOVEL : PASHA! I LOVE YOU (P! I L U)


PASHA! I LOVE YOU
Karya  : Zia Izaron




Sinopsis :

Maria- seorang gadis yang periang dan ceria. Cara dan tingkahnya yang selamba membuatkan orang ketawa bila melihatnya. Tapi ada satu perkara yang merunsingkan tentang Maria ni adalah perangai kuat berangannya. Kegilaan dan ketaksubannya terhadap artis pujaannya dari negara seberang itu merisaukan orang yang paling dekat dengannya, iaitu Mak Munah.

“Ooooo….wooooo!!! Pasha….wah hensemnyaaaa…mak!!!” 

“Maria!!! Kamu ni dah kenapa, melalak malam-malam buta. Kamu melalak macam tu, si Pasha tu takkan dengarnya. Eeee…kamu ni memang betul-betul sawanlah Maria.”


Pasha Idham- bos paling cerewet yang Maria pernah jumpa. Setiap apa yang Maria buat pasti ada  aje salahnya. Kadang-kadang Maria naik bosan melayannya.

“Amboi-amboi…dengan kawan saya bukan main lagi awak pelawa minum ya? Kalau dengan saya tak ada pulak awak pelawa macam tu?”

“Kalau dengan Encik Pasha saya tak sempat nak pelawa minum Encik Pasha dah halau saya keluar.”

Begitulah selambanya Maria bila berhadapan dengan bosnya. Lebih selamba lagi bila dia tahu yang bosnya itu ada pertalian saudara dengannya.

Namun sikap selamba Maria terhadap Pasha Idham mula berubah dingin setelah dia pulang dari bercuti dari Cherating. Kenapa Maria berubah? Apa yang telah Pasha Idham lakukan padanya?

Kemunculan Amiliya kekasih lama Pasha Idham pula macam mana? Adakah akan mengeruhkan lagi perhubungan Pasha Idham dengan Maria?

Begitu juga dengan kehadiran Eirman, salah seorang insan yang paling rapat dengan Pasha Idham. Adakah keakraban Eirman dengan Pasha Idham sama akrab bila dia dengan Maria, atau lebih?

Segalanya persoalan ini terjawab dalam, PASHA! I LOVE YOU.

No comments:

Post a Comment