Followers

Wednesday, 13 February 2013

CERPEN: Aku Belasah Kang!



“Kang aku belasah kang!” tengking Farisha pada  dua tiga orang pelajar lelaki yang suka sangat mengganggunya.
“Amboi garangnya. Jangan garang-garang sangat nanti tak ada orang yang nak dekat awak nanti.” Kata salah seorang daripada pelajar lelaki itu.
“Aku peduli apa! Yang kau orang semua sibuk pasal aku ni kenapa. Aku ada kacau kau orang ke?” tanya Farisha tidak puas hati.
Tanpa Farisha sedari ada seseorang yang memerhatikan dia ketika itu. Izman merupakan pelajar senior mereka, yang  menuntut di tingkatan 6 atas. Sudah lama dia memerhatikan gelagat Farisha sejak gadis itu berpindah kesekolah itu enam bulan lepas.
“Eh! Engkau intai siapa tu Izman?” tanya Razak sambil melihat apa yang diintai oleh Izman.
“Tak de siapa-siapalah” tipu Izman.
“Eleh, aku tahu kau intai si Farisha tu kan. Kalau dah berkenan cepat-cepat sikit Izman nanti kalau dah jadi milik orang susah.”usik Razak
“Aissshhhh! Kau ni, kesitu pulak. Kita ni belajar pun tak habis lagi. Takkan dah nak fikir pasal kahwin kot.”
“Laaaaa…kau ni, aku tak cakap suruh kau kahwin. Apa bengap betullah kau ni. Sekurang-kurangnya kau cop la dia dulu, jadi mak we kau ke. Jadi takdelah orang lain kacau nanti.”
“Eeeeee… tak berani aku, tengok cara dia pun aku dah ngeri, asyik nak belasah orang je kerjanya. Pantang kalau orang ganggu dia sikit. Kan tak pasal-pasal lebam bijik mata aku ni karang.”terang Izman
“Alah, takkan orang macam kau tak berani kot?” kata Razak mencabar Izman. Dia tahu Izman pantang di cabar.
Setelah lama berusaha memikat Farisha, akhirnya Farisha menerima dirinya juga. Hubungan mereka amat rapat sekali sama seperti pasangan kekasih yang lain. Apabila ada masalah tentang pelajaran Farisha akan merujuk kepada Izman, begitu juga sebaliknya. Hubungan ini berlarutan sehinggalah mereka berdua menduduki peperiksaan SPM dan STPM.
***************
Waktu yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Kini tibalah waktunya keputusan SPM dan STPM diumumkan. Bermacam-macam ragam yang dapat dilihat, ada yang sedih ada yang gembira dan tak kurang juga yang bermasam muka. Itu semua hanya mereka yang tahu.
Farisha dan kawan-kawannya gembira dengan keputusan masing-masing. Farisha diumumkan sebagai salah seorang pelajar terbaik sekolah mereka untuk keputusan SPM tahun ini. Farisha sudah tidak sabar-sabar untuk pulang kerumah menyampaikan berita gembira ini kepada mamanya.
Sampai sahaja dirumah, Farisha terus sahaja mendapatkan mamanya.
“mama…mama…mama, Esha dapat keputusan yang cemerlang ma!”bagitahu Esha
“Ye ke, Esha. Alhamdulillah tak sia-sia usaha Esha selama ni” kata Puan Asmah sambil mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi dengan rezeki yang diberi kepada anaknya itu.
“Ini semua berkat doa dari mama juga, yang selama ini tidak putus-putus berdoa untuk Esha. Terima kasih mama.” Ucap Farisha sambil mengucup pipi mamanya.
Sejak kematian ayahnya, Farisha sudah menanam tekad didalam hati untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membalas segala jasa mamanya,kerana mamanya telah banyak bersusah payah mencari rezeki bagi membantu membiayai pelajarannya. Tidak kira susah atau senang,mamanya akan pastikan keperluannya sentiasa mencukupi bagi memberikan keselesaan pada dirinya.
***************
Hubungannya dengan Izman putus setakat itu sahaja setelah tamat belajar. Dengar cerita Izman telah bertemu cinta baru,betul atau tidak dia sendiri kurang pasti. Itulah lelaki, suka sangat memainkan hati perempuan. Inilah Farisha tidak suka, masa mula-mula Izman menghulurkan cintanya dulu, bukan main lagi. Bila dilihat kesungguhannya akhirnya Farisha menerima juga cinta darinya.Tapi last-last begini akhirnya penamat cinta mereka.
Kini Farisha telah berjaya menempatkan dirinya disalah sebuah IPTA di ibu kota. Jadi tidak susah baginya untuk pulang ke kampung. Kerana jaraknya tidaklah begitu jauh kalau hendak di bandingkan dengan kawan-kawannya yang lain.
“Farisha, Farisha…tunggulah aku sekejap. Lajunya kau jalan”laung Aimi.
“ Kau ni dari mana ni Aimi, tiba-tiba je muncul ni? Kau takde kelas ke?” tanya Farisha.
“ Aku dari library tadi, petang ni dah tak de kelas dah.”
“Oooooo…patutlah, jom kita makan nak. Aku laparlah” ajak Farisha.
“Jom! Aku pun belum makan jugak lagi ni. Kita nak makan kat mana ni?” tanya Aimi
“Kita makan dekat area sini dah lah. Nanti tak jauh sangat nak tunggu bas nak balik hostel.”
“Ok kalau macam tu kita makan kat depan sana jelah”Aimi memberi cadangan.
“ Ok, jom!”
Sedang farisha membawa makanan untuk ke meja makan tiba-tiba… BUSHHHHH!!! Ada seseorang melanggarnya.
“ Hei! Awak buta ke? Kan aku belasah kang!”marah Farisha tanpa disedari ayat yang ingin di buang dari dirinya itu keluar jugak. Sudah berapa kali mamanya memarahinya kerana ayat ‘aku belasah kang!’itu. kata mamanya tidak sopan anak gadis sepertinya berkata seperti itu.
“Maaf cik, saya tak sengaja.” Izran meminta maaf. Dia tahu itu kecuaian dirinya sendiri.
“ Habis tu macam mana ni? Habis makanan saya tumpah. Siapa nak ganti ni? Saya belum makan lagi ni.”marah Farisha lagi.
“tak pe cik ambik saja makanan lain nanti saya bayarkan”jawab Izran.
Farisha berlalu kemeja makan, tanpa mempedulikan Izran. Selera makannya sudah hilang.
“Kenapa tu Izran?”tanya Azmi.
“Tak, aku terlanggar gadis tu tadi, silap aku jugak berjalan tak tengok kiri kanan. Kesian dekat dia dah tak dapat makan. Tapi garang jugak gadis tu, terus sebut nak belasah aku, terkejut jugak aku. Nampak muka macam lembut je, sopan santun je aku tengok. Tak sangka pulak segarang tu.”terang Izran  
“Gadis mana yang kau maksudkan tu?”
“ Tu, yang duduk di hujung sana tu. Yang muka tengah masam tu.” Tunjuk Izran.
“Oh! Si Farisha tu ke? Tu budak Fakulti kita jugak tu, kau tak pernah mengajar dia ke? Aku dengar memang dia garang dari sekolah lagipun. Garang-garang dia pun hati dia baik sebenarnya, dia garang pun bersebab. Dia tu juga pelajar terbaik fakulti kita tu.” Terang Azmi pada Izran
“Oyeke…semester sebelum ni tak pernah lah pulak. Tak tahulah semester ni baru saja bermula. Kot aku ada mengajar dia nanti. Tapi kan bila aku tengok dia ni, hati aku rasa tertarik pulak”luah Izran.
“Aiiiii, kau jangan main-main Izran. Dia tu student kita. Kan tak pasal-pasal kena buang kerja kan, lainlah kalau dia dah habis belajar.”pesan Azmi
“ Ala nak hidup…pandai-pandailah. Lainlah kalau kau pergi buat report. Tu berkemungkinanlah.”
***************
Keesokkan harinya, Farisha dan Aimi ke kelas bersama. Kerana kebetulan jadual kelas fotografi yang diambil mereka sama waktunya. Di bilik kuliah mereka menunggu pensyarah yang bakal mengajarnya.
“Dari sumber-sumber yang di dengar, pensyarah untuk subjek fotografi ni hensem orangnya dan masih solo lagi.” Kata Aimi pada Farisha
“Emmmmmm…aku peduli apa pensyarah tu hensem ke tak, yang penting sekarang aku nak belajar, bukan nak cari siapa hensem, siapa hodoh.”jawab Farisha
“Aku bagitahu je. Kau ni pun Farisha tak sporting langsung.”
“yelah…yelah, kau bagitahu je…bukan kau berminat ke?”usik Farisha
“Mana ada!” sangkal Aimi.
Sedang mereka rancak berbual, pensyarah yang dinanti sudah pun muncul. Tiba-tiba Farisha….
“Aimi! Tu lelaki yang langgar aku hari tu,yang aku cakap nak belasah dia tu. Alaaaaa… habislah aku Aimi, confirm fail aku macam ni.”
“Apa??? Encik Izran ni ke, nasiblah kau Farisha, nak tak nak kau kena ambik jugak, dah takde pilihan dah. Kau tawakal kepada Allah S.W.T jelah. Harap-harap Encik Izran tak fail kan kau.  Tu lah mulut tu celupar sangat, kan dah kena”
“Ok, hari ni kita mulakan kelas kita yang pertama. Jadi saya harap kamu semua bagi kerjasama ye sepanjang saya mengajar.” Izran memulakan kelasnya.
Sewaktu Izran mengajar, semua pelajarnya memberi kerjasama yang baik. Apabila ditanya semua akan menjawab, tidak kurang juga dengan pelajar yang suka bertanya. Yang dia perasan sekali adalah Farisha, cukup memberi tumpuan didalam kelas, ada sahaja soalan yang ditanya apabila dia tidak faham. Dia suka dengan cara Farisha.
“Disini saya ada sedikit tugasan. Saya ingin kamu semua ambil gambar sebanyak mungkin, tidak kiralah gambar pemandangan ke, gambar haiwan, nanti dalam kelas seterusnya saya akan komen samada teknik yang kamu ambil itu betul atau tidak. Kamu semua faham tak dengan tugasan yang saya bagi ni?” Tanya Izran pada semua pelajarnya.
“Ya, kami faham Encik Izran.”
“Ok, kalau macam tu kamu boleh bersurai sekarang. Farisha kamu tunggu sekejap!”
“Aimi, macam mana ni, habislah aku kali ni. Mesti dia cam aku ni. Aimi macam mana ni….”
“Kau pergi jelah dulu Farisha, mana tahu dia nak jumpa kau pasal lain kan. Kau pergilah jumpa dia dulu. Aku tunggu kau dekat luar ye.”Aimi berlalu meninggalkan Farisha.
“Awak ingat saya lagi tak Farisha?”tanya Izran
“Lupalah Encik,”jawab Farisha bohong.
“Ala…lelaki yang awak nak belasah  hari tu, sebab terlanggar awak masa awak makanan tu. Ingat lagi tak?”
“Matilah aku kali ni,dia cam aku rupanya” kata Farisha dalam hati.
“ooooooo…ye..ye saya ingat, tak sangka pulak Encik pensyarah kat sini. Maaf Encik Izran, sebab saya berkasar hari tu.”
“Tak apa, saya tahu awak tengah lapar masa tu. Lagipun tu memang salah saya. Macam nilah, boleh awak bagi nombor phone awak dekat saya. Sebab saya tengok dalam ramai-ramai pelajar saya awak yang paling aktif dalam kelas ni. Jadi kalau ada apa-apa tentang kelas ni, nanti boleh saya inform dekat awak je, dan awak boleh inform pada yang lain-lain. Boleh tak bagi nombor phone awak tu?” tanya Izran meminta persetujuan Farisha,tanpa Farisha tahu niat sebenarnya.
Farisha yang tidak tahu niat sebenar pensyarahnya itu terus memberi nombor telefonnya itu.
***************
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Sedar tak sedar  sudah hampir ke penghujung semester rupanya. Hubungan Farisha dengan Encik Izran juga semakin akrab  kerana mereka sentiasa berhubung berkenaan dengan kelas. Sehinggalah tibanya satu masa Izran menghantar satu mesej yang berlainan dari yang sebelumnya. Kerana dia sudah tidak sanggup lagi memendam perasaannya selama ini seorang diri.
Salam Farisha,
Farisha tengah buat apa tu? Saya harap Farisha tidak terkejut ye dengan kedatangan mesej dari  saya ni. Sebenarnya saya sudah lama memendam perasaan pada Farisha, tapi saya tak tahu macam mana untuk luahkan. Oleh kerana Farisha juga dah nak habis belajar, saya takut saya tak berpeluang lagi untuk berjumpa dengan Farisha, saya harap Farisha tidak merasa terganggu dengan mesej saya ini. Saya harap Farisha dapat membalasnya, andaikata Farisha setuju menerima cinta dari saya ini farisha balaslah mesej saya ini. Agar saya tidak ternanti-nanti jawapan dari Farisha.

Farisha yang menerima mesej dari Izran juga terkejut. Tidak sangka pensyarahnya itu ada hati padanya.
Farisha membalas mesej Izran.

Salam,
Tak ada buat apa-apa Encik, mengenai perasaan Encik tu, apa yang boleh saya katakan disini, dalam kehidupan saya, saya berharap sangat ditemukan dengan seorang lelaki yang betul-betul boleh menerima saya dan keluarga saya seadanya. Saya tak mengharapkan harta kekayaan darinya, Cuma saya harap dia betul-betul sayangkan saya dan tidak akan memainkan perasaan saya dan juga dapat membimbing saya suatu hari nanti. Kerana selain harta didunia, ilmu diakhirat juga penting buat saya nanti. Kalau Encik rasa, Encik boleh terima semuanya itu, saya akan pertimbangkan. Sebab pengalaman yang sebelum membuatkan saya lebih berhati-hati untuk menerima cinta dari seorang lelaki. Saya tidak suka perasaan saya dipermainkan.

Izran yang menerima mesej itu terlonjak gembira dan tidak sabar-sabar untuk membalasnya.

Terima kasih Farisha kerana sudi bagi saya peluang untuk mengenali diri awak, InsyaAllah saya akan beri awak kasih sayang yang secukupnya, andaikata saya diberi peluang ini. Saya tak akan pernah sesekali mempermainkan perasaan wanita yang saya sayang. Jadi macam mana, awak setuju ke terima cinta dari saya

Farisha tersenyum membaca mesej dari Izran.

Kalau macam tu kata Encik, saya terima cinta dari encik. Saya harap encik tidak menghampakan perasaan saya.

Sebaik menerima mesej persetujuan dari Farisha, Izran terus menelefonnya. Tidak sabar untuk bercakap dengan buah hatinya.

“Assalamualaikum farisha…”
“Walaikumussalam Encik Izran…”jawab Farisha.
“takkan Encik Izran lagi kot, panggilah Abang Izran tak pun Abang saja. Kan lebih manis kalau didengar.” Usik Izran.
“Encik Izran ni…”
“Nak malu apa, nantikan kena panggil jugak. Takkan kalau dah kahwin nanti nak berencik-encik lagi. Masa ni la nak praktik.”
“Tu lambat lagi Encik Izran. Kalau tiba masanya nanti barulah boleh panggil abang Izran.”kata Farisha.
“Siapa kata lambat, Farisha pun dah last semester ni kan. Farisha habis belajar terus je Abang nak masuk meminang tau!”
“Apa!!! Meminang Farisha?”
“Yelah, meminang Farisha lah. Habis tu nak meminang siapa lagi.”
“Tapi abang tak terasa terlalu awal ke?”
“Ha! Boleh pun panggil abang, tu tak de malu pun…hehehe”usik Izran lagi.
“Abang ni….” Kata Farisha dalam nada merajuk.
“Ok…ok…ok sorry,abang tak terasa terlalu awal. Sebab abang dah lama berkenan dekat Farisha ni. Disebabkan Farisha student abang jadi abang tak boleh nak pamerkan sangat perasaan abang,Farisha tahukan. Tapi sekarang ni Farisha pun dah nak habis belajar, jadi lebih eloklah abang terus masuk meminang . Abang dah tak sanggup dah nak tunggu lama-lama ni. Sebab hati ni dah berkenan sangat-sangat ni.”
Farisha yang mendengar luahan dari Izran, tersenyum senang kerana tidak sangka ada orang yang betul-betul menyayangi dan menghargai dirinya.
“Oklah, kalau abang betul-betul ikhlas, Esha rasa lebih baiklah Esha berbincang dengan mama dulu. Esha perlu mintak restu dulu daripada mama.”

“ ooooo…panggilan manja Esha ye. Emmmmm…Ok lah, kalau macam tu, Esha berbincanglah dulu dengan mama,nanti apa-apa respon dari mama, Esha bagitahu dekat abang ye.”
“InsyaAllah, apa-apa hal nanti Esha bagitahu kat abang.”
“Baiklah. Esha nanti abang nak jumpa dengan Esha boleh tak? Penyakit rindu abang ni dah makin parahlah. Boleh tak Esha?”
“Abang ni mengada-ngadalah, sebelum ni  bukan dah tiap-tiap hari jumpa Esha ke?”tanya Esha buat-buat tak faham apa yang dimaksudkan oleh Izran.
“Esha ni, bukan jumpa dalam situasi lecturer mengajar studentnya, Maksud abang kita jumpa berdua je. Bolehlah Esha…”rayu Izran.
“Abang tak takut ke nanti profession abang terjejas. Yelah abang kan lecturer Esha. Nanti kalau pihak university tahu, kan saja-saja je abang diambil tindakan.”
“Ala pandai-pandai lah nak hidup Esha, lagipun Esha kan dah nak habis belajar. Jadi abang rasa takde masalahnya. Lainlah kalau tuan punya badan tu sendiri yang tak mahu.”
“Bukan macam tu maksud Esha. Abang janganlah terasa pulak dengan apa Esha cakap. Esha Cuma bimbangkan kerjaya abang terjejas je disebabkan Esha. Oklah kalau bang dah cakap macam tu, bila abang nak jumpa dengan Esha?”
“Abang tahu gadis pujaan abang ni baik, abang tak terasa pun. Oklah nanti esok abang jemput Esha. Esha tuggu kat bus stop dekat kolej Esha tu boleh? Nanti kalau ada orang yang tanya Esha pandai-pandailah jawab ye.”
“Baiklah cik abang sayang…Assalamualaikum”sambut Esha
“Walaikumussalam sayang, jangan lupa mimpikan abang malam ni.hehehe” usik Izran
Setelah menamatkan perbualan, hati Farisha teringatkan kepada seorang insan yang pernah bertakhta dihatinya dulu. Gaya percakapannya, layanannya tidak ubah sama seperti Izman. Tidak semena-mena ingatannya kepada Izman hadir.
***************
Keesokkan harinya Izran pergi menjemput Farisha seperti mana yang dijanjikan malam tadi.
“Assalamualaikum sayang…” Izran menghulurkan salam kepada Farisha setelah Farisha memasuki keretanya.
“Walaikumussalam…”jawab Farisha.
“Macam mana Esha hari ni, sihat atau bertambah-tambah sihat?”
“Abang tengok pulak macam mana? Abang nampak Esha sihat ke tak?”
“Emmmmm…nampak macam sihat, tapi abang rasa hati yang dekat dalam tu makin sihat kot…sebab dah orang yang jaga hati tu…betul tak abang cakap?”
“Yelah tu…jagalah sangat…”
“Habis tu, abang sakitkan hati Esha ke?”tanya Izran menduga.
“Takdelah, abang tak ada sakitkan hati Esha pun. Betullah apa yang abang cakapkan tu. Kehadiran abang banyak memberikan kebahagian dalam hidup Esha…”Jawab Esha sejujurnya.
“Tapikan Esha, first time abang jumpa Esha dulu, takut jugak abang. Garang gila waktu tu, abang ingat lagi yang Esha nak belasah abang tu. Kecut perut jugak abang dibuatnya, nasi baiklah tak kena belasah betul-betul, kalau tak mahu kena masuk hospital waktu tu.”
“Abang ni, dah lah tu. Tak payahlah nak ungkit lagi benda yang dah lepas tu. Esha malulah.”
“Ala…nak malu apanya…disebabkan kejadian tulah kita jumpa, kalau tak…”
“Kalau tak apa?”
“Takde apa-apalah, sekarang ni yang penting kita jaga hubungan kita ni sebaik mungkin. Abang tak nak wanita yang abang sayang ni berada dalam kesedihan. Kalau Esha ada apa-apa masalah kongsi dengan abang begitu juga sebaliknya. Abang taknak ada perkara yang dirahsiakan antara kita berdua. Abang harap Esha faham dan tak terasa terbeban dengan apa yang abang luahkan ni.”
“Terima kasih abang, kerana sudi hadir dalam hidup Esha. Esha pun punya harapan macam abang, Esha tak nak hubungan ni terputus ditengah jalan. Cukuplah sekali Esha melaluinya, kalau boleh Esha mahukan hubungan ni sampai ke akhir hayat apabila kita disatukan nanti.”Farisha memberi harapan kepada Izran.
“InsyaAllah abang takkan hampakan perasaan Esha. Tapi boleh abang tahu, Esha dulu pernah bercinta ke?”Tanya Izran ingin tahu kisah tentang kekasih hatinya ini.
“Untuk pengetahuan abang, masa Esha di Tingkatan 5 dulu Esha adalah kenal dengan seorang  senior ni. Dia baik, disebabkan kebaikan dia tu lah Esha terima dia untuk menjadi teman istimewa Esha, sehinggalah Esha menduduki SPM dan dia menduduki STPM. Dialah yang banyak memberi dorongan dan kata-kata nasihat untuk Esha berjaya. Tapi Esha tak tahu kenapa, selepas je tamat sekolah Esha tak dengar langsung khabar darinya. Esha sedih sangat bila ada orang bagitahu Esha yang dia sudah ada orang lain. Esha tak tahu apa salah Esha. Tapi Esha tak tahu sejauh mana kebenaran berita tu. Walau apapun kebenarannya Esha tak pernah berdendam pada dia, sebab dia banyak tolong Esha sehinggalah Esha berjaya. Sejak dari itu, pintu hati Esha bagaikan tertutup untuk semua lelaki, sehinggalah abang hadir dalam hidup Esha. Sebab itu Esha harap sangat hubungan ini akan kekal. Bila Esha tengok abang, gaya dan tingkah laku abang membuatkan Esha kadang-kadang melihat dia ada pada diri abang. Tapi abang jangan bimbang, Esha terima diri abang sebab abang adalah abang, dan bukan orang lain.” Terang Esha serba sedikit berkenaan kisah hidupnya.
“Abang tahu Esha pilih abang sebab diri abang, dan bukan orang lain. Esha jangan bimbang, abang tak kisah semua tu. Itu semua kenangan indah dalam hidup Esha. Yang abang nak sekarang Esha sayang abang seorang saja, dah tak nak orang lain. Abang harap kenangan Esha tu biarlah menjadi kenangan. Tapi boleh abang tahu siapa nama orang yang pernah Esha sayangi dulu tu?”
“ Izman…”
“Izman??? Izman bin….”
“Kalau tak silap Esha, Izman bin Datuk Kahar…”
Setelah mendengar nama yang keluar dari mulut Esha itu, Izran tiba-tiba memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Kenapa ni abang? Kenapa abang berhentikan kereta dengan tiba-tiba je ni.” Tanya Esha terkejut  dengan tindakan Irfan yang secara tiba-tiba itu.
“Tak ada apa-apa Esha. Nanti abang ceritakan dekat Esha apabila sampai di rumah abang nanti.”
Apabila sampai dirumah Izran, Farisha terkejut melihat foto keluarga yang tergantung indah pada ruang tamu dirumah Izran itu.
“Siapa orang yang dalam foto tu abang? Apa hubungan abang dengan orang tu?” Tanya Esha ingin tahu.
“Tenang Esha, nanti abang terangkan. Esha duduk dulu. Nanti abang panggil mama dengan papa.”
“Tapi abang…”
“Nanti abang terangkan ye sayang…”
Izran mmanggil mama dan papanya  turun. Kehadiran Esha disambut baik oleh kedua ibu bapanya. Dimeja makan mereka berbual mesra.
“Tambahlah lauk tu lagi Esha, jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri. Nanti Esha pun akan menjadi sebahagian dari  keluarga ni jugak kan.”Usik Datuk Kahar.
Farisha hanya tersenyum dengan usikan itu.
“Oh ya Izran, bila kamu nak masuk meminang si Esha ni? Mama dan papa rasanya memang berkenan sangat dengan Esha ni.” Tanya Datin Rohaya.
“Mama ni tunggulah habis makan dulu nak bincang pasal ni pun. Kan tak pasal-pasal ada orang tersedak nanti kan.” Kata Izran sambil menjeling pada Farisha. Muka Farisha sudah kelihatan merah apabila topik yang dibincangkan ada kaitan dengan dirinya.
“Entah mama ni, biarlah selesai makan dulu kalau nak bincang pasal ni pun. Kesian dekat Farisha sampai merah dah mukanya tu.” Kata Datuk Kahar menyokong kata-kata Izran sambil mengusik bakal menantunya itu.
“Yelah…”jawab Datin Rohaya seakan-akan merajuk.
Farisha gembira melihat kebahagian keluarga itu. Selesai sahaja makan mereka berbincang tentang majlis yang ingin dilangsungkan itu. Semua telah sepakat untuk mengadakan majlis itu seminggu selepas majlis konvo Farisha. Cuma sekarang adalah tugas Farisha untuk berbincang dengan mamanya. Rasanya mamanya tiada masalah tentang hal itu. Cuma sekarang ni, dia ingin tahu apa hubungan sebenarnya orang yang berada dalam foto keluarga Izran itu. Selesai sahaja perbincangan itu, Farisha dan Izran mengambil tempat dihalaman diluar rumah. Farisha sudah tidak sabar-sabar untuk bertanya pada Izran.
“Abang, siapa sebenarnya orang yang dalam gambar tu? Apa hubungan abang dengan dia?” tanya Farisha tidak sabar.
“Sebenarnya, itulah orang yang Esha cintai dulu. Itulah Izman…dia adik kembar abang”
“Apa??? Izman…adik kembar abang. Tapi kenapa wajah abang tak sama dan kenapa abang rahsiakan diri ini pada Esha” tanya Farisha tidak puas hati.
“Memang, wajah kami memang tak sama sebab kami kembar tak seiras. Tapi kami berdua memang rapat, walaupun kami tak tinggal bersama.”
“Tapi kenapa abang rahsiakan semua ini pada Esha? Kenapa abang tak bagitahu yang Izman tu adik abang?”
“ Esha…abang tak pernah rahsiakan apa-apa dari Esha, abang tahu ni pun sebab Esha bagitahu nama Izman tadi. Sebab tu abang tiba-tiba berhentikan kereta tadi. Izman pernah bercerita tentang gadis idamannya dulu. Dia selalu ceritakan semua kebaikan tentang Esha.Esha cantik, Esha baik dan macam-macam lagilah. Abang tak tahu pulak Esha yang adik abang sayangi itu adalah Esha yang sama, sebab abang tak tahu nama penuh Esha yang menjadi gadis kesayangannya pada masa itu. Sehinggalah ke hari ni, barulah abang tahu yang Esha yang dia sayangi tu adalah gadis yang sama.”
“Habis tu mana Izman sekarang???”tanya Farisha.
Wajah Izran tiba-tiba mendung. Terasa sayu untuk menceritakan hal sebenar.
“untuk pengetahuan Esha. Izman sebenarnya sudah tidak lagi didunia ini. Dia kemalangan semasa pulang dari membeli hadiah untuk gadis kesayangannya. Esha mesti tahu siapa kan gadis yang di maksudkan.
Izran berhenti bercerita seketika, sedih apabila mengingati peristiwa itu.
Katanya hadiah itu sebagai hadiah kejayaan Esha untuk SPM nanti sebab dia tahu Esha pasti dapat  keputusan cemerlang. Tapi yang abang hairan kenapa dia beli hadiah itu terlalu awal sebab pada masa tu SPM baru saja selesai, nak tunggu result keluar lambat lagi. Abang tanya pada Izman, dia kata dia takut tak sempat nak beli hadiah tu untuk Esha. Jadi sekurang-kurangnya jika dia tidak sempat abang akan ada untuk bagi hadiah tu pada Esha. Tapi pada masa tu, abang bersekolah dikampung dan abang pun memang tak pernah tengok Esha. Gambar Esha pun tak ada jadi macam mana abang nak sampaikan pada Esha. Dia kata tak apa, nanti abang akan jumpa jugak, dia juga pesan dekat abang suruh jaga Esha untuk dia. Masa tu abang dah rasa pelik. Sampailah keesokkan harinya abang dapat berita dia kemalangan semasa pulang dari beli hadiah untuk Esha itu. Pada waktu, keadaan dia parah. Kereta yang melanggarnya juga lari. Beberapa hari dia koma sampailah hari Jumaat seminggu selepas kejadian tu dia dijemput Illahi. Kami sekeluarga amat sedih dengan pemergiannya, sebab dialah penceria keluarga kami.” Terang Izran mengingati kembali peristiwa sedih yang berlaku dalam hidupnya.   
“Ya Allah, Izman…mati-mati Esha ingatkan Izman khianati Esha. Maafkan Esha, Esha tak tahu semua ni.” Kata Esha sudah tidak dapat menahan kesedihan.
“Tapi kenapa kami semua tak ada pun mendengar apa-apa berita tentang kejadian ni”
“Sebenarnya, kemalangan itu berlaku semasa Izman, papa dan mama bercuti di rumah saudara di johor. Jadi jenazahnya semua selamat dikebumikan disana. Mama pun tak hebahkan perkara ni sebab mama terlalu sedih waktu tu” Terang Izran lagi.
“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa hambamu ini Ya Allah. Aku sudah salah sangka pada insan yang selama ini betul-betul menyayangi diri ini. Tak tertanggung rasanya…Izman maafkan Esha kerana salah sangka pada izman……”kata Farisha dalam nada sayu.
“Dahlah tu sayang,jangan bersedih lagi, yang pergi tetap akan pergi. Kita yang hidup ni harus meneruskan kehidupan ini. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Izman, abang akan jaga Esha untuk dia.”
“Maafkan Esha abang,Esha tak sepatutnya berkelakuan begini. Esha harap abang tak terasa hati dengan kelakuan Esha.”
“Takpe Esha, abang faham dengan situasi Esha sekarang ni. Apa yang penting Esha kena tabah hadapinya.”
“Terima kasih abang kerana memahami keadaan Esha.”kata Farisha ikhlas.
***************
Setelah berlalunya episod duka. Kini tibalah saat gembira dimana saat-saat mereka bakal di satukan. Majlis berlangsung dengan meriahnya. Setelah penat melayani tetamu pada  siangnya. Kini tibalah waktu untuk semua ahli keluarga berehat pada malamnya.
“Sayang…sekarang ni sayang dah sah menjadi isteri abang. Abang harap Esha dapat menerima abang seadanya dan menjadi seorang isteri yang baik untuk abang.”
“InsyaAllah abang, Esha harap Esha dapat menjadi isteri yang baik seperti abang impikan. Tapi Esha juga perlu tunjuk ajar dan teguran dari abang untuk memperbaiki diri Esha.”kata Esha berharap.
“InsyaAllah sayang, abang akan bimbing Esha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk suaminya didunia dan di akhirat.InsyaAllah. Tapi Esha kena juga bantu abang untuk kita sama-sama hidup dalam rahmat dan keredhaan Allah.”
“InsyaAllah Esha akan cuba yang terbaik…”
“macam tulah isteri abang…isteri yang solehah untuk suami yang soleh. InsyaAllah…” Kata Izran sambil mencuit hidung isterinya. Farisha senyum senang dengan gurauan isterinya.
Beberapa tahun berlalu,Hidupnya kini bahagia kerana dikurniakan seorang lelaki yang betul-betul menyayangi dan menghargai dirinya sebagai isteri bukan itu saja kehadiran putera sulungnya yang diberi nama Izman Faris menyerikan lagi kehidupannya sekeluarga. Walaupun ada kisah sedih disebalik hidupnya. Namun hanya Allah sahaja yang tahu setiap apa yang dirangcangkanNya. Yang baik itu semuanya datang dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kesilapan manusia itu sendiri. Kita sebagai manusia hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Amin…

WASSALAM…SEKIAN TERIMA KASIH.
Azzia Ariff (27/09/10)













                               


No comments:

Post a Comment