Followers

Sunday, 1 December 2013

NOVEL : WAKTU YANG DINANTI (1)


BAB 1

            “Haifa, aku dah nak keluar ni. Kau kunci pintu ni tau! Nanti kalau ada orang yang masuk kau jugak yang susah.” pesan Lana kawan serumah Haifa yang juga merangkap sahabat baik Haifa.
            “Ya, aku tahu la… kau ni pesan kat aku macam aku ni budak kecik je. Aku tahulah nak tutup pintu tu nanti.” rungut Haifa yang bosan bila pesanan yang sama yang ditinggalkan Lana bila tiap kali dia mahu keluar rumah.
            “Aku bukan apa, aku ingatkan aje. Sebelum apa-apa yang buruk berlaku baik aku ingatkan kau dulu.” balas Lana pula.
            “Ya lah, ya lah… terima kasih sebab ingatkan aku.” jawab Haifa yang terpaksa mengalah. Lana tersenyum mendengarnya. “Kau tunggu apa lagi? Kata nak keluar dating… pergilah cepat! Aku nak kunci pintu ni.” halau Haifa bila Lana masih tercegat di depan muka pintu.
            “Ya la… aku pergi sekarang.” akur Lana. Giliran dia pula terpaksa mengalah dengan Haifa.
            Sebaik Lana melangkah keluar saja dari pintu pagar rumah mereka. Haifa terus mengunci pintu rumah dan mendapatkan semula laptop yang ditinggalkannya sebentar tadi. Haifa kalau hari cuti kalau tak keluar macam tu lah aktivitinya. Tak habis-habis dengan laptopnya.
            Kalau nak tahu, sebenarnya Haifa ni seorang kaki blogging. Dia suka menulis dan berkongsi tentang kisah kehidupannya di blog. Boleh dikatakan blog ni sebagai diari hidup dia la. Apa yang dia rasa nak kongsi, dia akan kongsikan di blognya. Tapi berpada-pada jugalah apa yang dikongsikannya itu. Agak-agak perkara yang terlalu personal tu, tak ada lah dikongsikannya.
            “Eee… kacau betul lah Lana ni. Dah lupa dah apa yang aku nak tulis tadi.” rungut Haifa bila idea menulisnya sudah hilang disebabkan gangguan dari Lana tadi. Berkali-kali dipegang kepalanya pun, idea tadi tidak datang juga.
            “Ishhh!... datanglah kau idea…” seru Haifa supaya idea yang hilang tadi datang menjengah ke mindanya. Tapi hamfeh! Seru macam mana sekalipun idea yang tadi hilang tidak juga datang. Last sekali, oleh kerana sudah bosan bila idea diseru tidak juga datang. Haifa dengan baik punya mood menutup terus laptopnya tanpa memberi salam. Rapat-serapatnya ditutup. Kesian laptop tu, tak pasal-pasal jadi mangsa geram Haifa. Kalaulah laptop tu boleh bercakap, mahu dimaki-maki si Haifa ni.
            “Baik aku pergi mandi lagi baguslah…” kata Haifa yang sudah pasrah bila usahanya untuk cuba mengingati apa yang mahu ditulisnya tadi tidak berjaya. Haifa terus menuju ke biliknya di tingkat atas untuk mandi.


“MIRZA, tak payahlah pindah… Mirza tak kesiankan mama ke duduk sorang-sorang kat rumah ni? Atau rumah ni tak cukup selesa untuk Mirza?” tanya Datin Khalida pada Mirza bila anaknya itu tetap berkeras mahu pindah.
            “Bukan macam tu ma, rumah ni cukup selesa untuk Mirza. Cuma Mirza rasa dah tiba masanya Mirza untuk berdikari. Lagipun Mak Ton dan Pak Mail kan ada temankan mama.” suara Mirza memujuk mamanya.
            “Tapi Mirza, Mak Ton dengan Pak Mail tak sama dengan Mirza. Mama perlukan Mirza.” rayu Datin Khalida lagi.
            “Mirza pun perlukan mama juga. Tapi sekarang ni mama bagilah peluang untuk Mirza berdikari ya ma. Dah tiba masanya untuk Mirza berdikari. Lagipun rumah Mirza bukannya jauh pun dari rumah mama ni. Lima belas minit dah boleh sampailah ma. Tiap-tiap hari Mirza boleh datang melawat mama.” sekali lagi Mirza memberi alasan memujuk mamanya.
            “Kalau Mirza perlukan mama, Mirza duduk je lah dengan mama. Tak payahlah pindah.” balas Datin Khalida pula. Mirza sudah menggaru-garu kepalanya.
            “Tak boleh ma…” bantah Mirza.
            “Kenapa pulak tak boleh?” soal Datin Khalida lagi.
            “Tak bolehlah… sebab Mirza dah beli rumah tu ma. Tinggal Mirza nak duduk je sekarang ni. Membazirlah kalau beli tak duduk ma.” beritahu Mirza.
            “Kalau macam tu Mirza sewakanlah pada orang lain.” suara Datin Khalida pula memberi cadangan. Mirza sudah tidak tahu untuk menjawab apa. Sudahnya dia diam saja.
Sebenarnya Mirza ada sebab kenapa dia ingin berpindah dan duduk di rumah sendiri. Sebabnya adalah dia ingin mengelak dari mamanya yang selalu saja bertanyakan soalan yang sama. Kahwin… kahwin... kahwin! Nak pergi kerja kahwin, balik kerja kahwin. Sampai Mirza tak lalu makan dibuatnya sebab muak dengan soalan yang diajukan.
            “Mirza keluar dulu ma, ada hal kejap nak diuruskan kat luar.” beritahu Mirza yang ingin mengelak dari bersoal jawab panjang dengan mamanya.
Tapi sebenarnya memang Mirza ada hal yang diuruskan pun. Hal apa lagi kalau bukan pasal rumah yang baru dibelinya itu. Kalau beritahu mamanya yang dia ingin keluar sebab nak kerumah barunya itu, memang confirmlah mamanya tak bagi keluar nanti.
“Tu tak ada lain nak mengelaklah tu!” serkap Datin Khalida. Seakan dapat membaca gerak geri anaknya itu.
“Mana ada mengelak ma. Kalau mengelak, dari tadi Mirza dah cabut ma. Mirza betul-betul ada kerja kat luar ni ma.” kata Mirza meyakinkan mamanya. Datin Khalida masih kurang percaya dengan alasan yang diberi Mirza.
“Kalau betul ada kerja, kerja apa yang kamu nak buat kat luar tu?” soal Datin Khalida pula.
Aii ma, sejak bila mama jadi polis pencen tak bergaji ni ma? Adalah kerja Mirza tu ma. Mana boleh bagitahu. Ni kerja lelaki.” jawab Mirza.
“Ya lah tu…” Datin Khalida masih sangsi dengan jawapan anaknya.
“Ya… percayalah kat Mirza ma. Okeylah ma… Mirza pergi dulu.” pinta Mirza. Mirza pergi meninggalkan Datin Khalida selepas dia menyalami tangan mamanya itu. Tanda meminta restu sebelum keluar, walaupun sebentar tadi dia sedikit menipu mamanya.


AKHIRNYA sekali lagi Mirza sampai di rumah yang telah dibelinya itu. Dulu kalau sampai, rumah jiran sebelah rumahnya itu kelihatan seperti tiada orang. Tapi kali ni tidak. Ada kereta di rumah jirannya itu. Maknanya Mirza memang ada jiran. Tapi jiran lelaki ke perempuan, itu Mirza tidak tahu.
            “Hurmmm… ada jiran rupanya aku. Ingatkan tak ada…” kata Mirza sendiri bila melihat ada kereta yang diparkir dirumah sebelah rumahnya itu.
            Mirza ni pun satu, sebelum ni kau datang hari bekerja. Memanglah tak ada kereta tu kat situ sebab tuannya bawa ke tempat kerja. Apalah si Mirza ni.
 Kau tu lainlah bos. Kerja kat syarikat sendiri. Nak pergi kerja ke, tak nak pergi ke.. boleh ikut suka hati kau. Tak sama macam orang lain.
“Jiran aku ni lelaki ke perempuan ya?” tanya Mirza berteka-teki sendiri. Mirza keluar dari keretanya untuk membuka pintu pagar rumahnya. Kemudian masuk kembali ke dalam kereta untuk memakirkan keretanya. Setelah kereta elok diparkir dalam pagar rumah, Mirza keluar berjalan menuju ke pintu rumahnya.
Dalam dia berjalan itu, sempat dia memanjangkan leher mengintai rumah jiran sebelah. Terdapat kasut perempuan diatas almari kasut itu.
“Jiran aku ni perempuan ke? Bujang ke dah berkeluarga ni?” soalan lain pula yang bermain difikiran Mirza setelah dia dapat mengagak jantina jiran sebelah rumahnya itu bila dia melihat ada kasut perempuan disitu.
Ahhh… tak kisahlah lelaki ke perempuan, aku peduli apa?” kata Mirza malas untuk memeningkan kepala memikirkan perkara yang tidak penting itu. Dia terus melangkah menuju ke pintu rumahnya.


HAIFA yang baru siap mandi ketika itu berdiri ditepi tingkap sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah. Sedang dia mengeringkan rambut dengan tualanya itu, Haifa sedikit pelik bila dia melihat ada kereta di parkir di dalam pagar rumah sebelah rumahnya.
            “Ai, sejak bila pulak aku ada jiran ni?” tanya Haifa sendiri bila melihat ada kereta di sebelah rumahnya.
            “Baru pindah kot…” teka Haifa sendiri.
Malas untuk memikirkan pasal jiran baru sebelah rumahnya itu, Haifa beredar dari tingkap biliknya dan bergerak ke almari untuk mencari baju untuk di pakai.
Setelah selesai memakai baju semuanya, Haifa turun ke bawah untuk mengadap kembali laptop yang ditinggalkannya tadi.

“Harap-harap datanglah idea aku kali ni ya…” doa Haifa dalam hati sambil jari jemarinya sudah bersedia untuk menaip apa  yang akan terlintas di dalam fikirannya nanti. Dan Alhamdulillah, apa yang di doakannya itu berhasil, bila jari jemarinya laju je menaip sampai susah untuk berhenti. Maria memfokuskan pada penulisannya. Peluang yang ada digunakan sebaiknya. Bukan apa, takut idea yang datang ni hilang macam tadi pula. Kan dah jadi masalah untuk dirinya. Jadi, dari dia kehilangan idea macam tadi. Baik dia fokus dengan sebetulnya.

1 comment: