
BAB 16
SAMPAI
saja di pejabat Pasha Idham terus ke meja Maria. Maria yang melihat Pasha
Idham yang terus meluru kearahnya itu
sedikit terkejut. Biasa tak ada lah macam tu. Bimbang juga dia takut-takut
bosnya itu nak balas dendam pasal perkara semalam. Takut memang takut namun di coolkan saja supaya tidak nampak sangat
takutnya itu.
“Maria…”
suara Pasha Idham.
“Ya
Encik Pasha.”
“Kopi
saya awak dah buat belum?” tanya Pasha Idham.
“Dah
Encik Pasha…”
“Awak
bawak keluar balik kopi awak tu.”
arah Pasha Idham.
“Tapi
kenapa Encik Pasha?”
“Saya
suruh bawak keluar, awak bawak keluar je lah… tak payahlah nak
banyak soal.” sindir Pasha Idham. Maria terus masuk ke dalam bilik Pasha Idham
untuk membawa keluar kopi yang dibuatnya tadi. Pasha Idham masih lagi diluar.
Sebaik Maria keluar dari biliknya, Pasha Idham bersuara.
“Mulai
hari ini, awak dah tak payah buat kopi untuk saya.” Pasha Idham memberitahu
Maria. Maria sudah tahu kenapa bosnya mengambil keputusan sebegitu. Maria ingin
ketawa, namun ditahan.
“Zura!”
panggil Pasha Idham.
“Saya
Encik Pasha.”
“Mulai
hari ni awak akan buat kopi untuk saya.” kata Pasha Idham memberi kata putus.
“Saya?”
tanya Kak Zura terkejut.
“Kenapa?
Ada masalah ke?”
“Tak
ada Encik Pasha.”
“Kalau
tak ada, awak buat je macam saya suruh. Boleh?”
“Boleh
Encik Pasha…” jawab Kak Zura dengan senyuman yang sedikit kelat. Setelah
mendengar jawapan dari Kak Zura, Pasha Idham terus masuk ke dalam biliknya.
Kak
Zura terus ke meja Maria. Kak Zura sudah tahu kenapa bosnya tiba-tiba memberi
arahan sebegitu. Ni mesti pasal perangai kotor Maria semalam. Memang tidak
salah lagi.
“Ni
pasal kamu semalamlah ni Maria. Tak pasal-pasal pulak akak kena ambik tugas kamu ni!” suara Kak Zura pada Maria
tidak puas hati.
“Alahhh tak apa lah kak…
sekurang-kurangnya dapatlah akak mengeratkan lagi silaturrahim akak dengan
Encik Pasha tu.” kata Maria sambil tersenyum.
“Banyaklah
kamu punya silaturrahim! Tak kuasa akak nak mengeratkan silaturrahim dengan
orang macam tu! Lagipun akak tak bolehlah bila berhadapan dengan Encik Pasha
tu. Seram sejuk jadinya Maria…” Kak Zura meluahkan perasaan sebenarnya kepada
Maria.
“Alahhh akak buat-buat biasa sudahlah kak.
Macam saya…”
“Kamu
memanglah boleh buat-buat biasa, sebab perangai kamu tu pun dah memang
gila-gila. Akak ni darah gemuruh tinggi sangat ni Maria. Nanti kan tak pasal
pasal akak terkencing depan Encik Pasha tu ”
“Akak
ni… takkanlah sampai macam tu. Tak apa kak, saya ada. Kalau Encik Pasha buli
akak, akak bagitahu je pada saya. Saya sudi membantu!” kata Maria yakin. Kak
Zura menjuihkan bibirnya.
“Ya
lah tu.”
“Iye… apa lagi kak? Cepatlah pergi buat
kopi tu. Nanti kalau Encik Pasha keluar, tak pasal-pasal akak kena marah kan!”
Maria cuba mengingatkan tentang tugasan baru yang akan di pikul Kak Zura itu. Kak Zura menarik muka masam.
“Eeeee…benci betul lah!” suara Kak Zura
tidak puas hati bercampur dengan geram. Maria hanya tersenyum. Senyumlah sebab
dia sudah terlepas dari mengadap karenah Pasha Idham. Kak Zura jugak yang merana. Dengan langkah yang
lemah, Kak Zura menuju ke pantry
untuk menyediakan kopi untuk bosnya itu.
WAKTU
rehat tengahari itu, Maria keluar bersama dengan Dila. Alang-alang dah keluar
makan dengan Dila, disampaikan hasrat Mak Munahnya untuk ke kenduri kahwin rumah
kawannya di Pekan hari Ahad ni.
“Dila! Kau free tak ahad ni?” tanya Maria.
“Free…kenapa?”
“Tak…aku nak mintak tolong kau sikit ni. Tu pun kalau kau tak keberatanlah…”
“Apa dia? Cakaplah…”
“Mak aku ajak aku ke Pekan ahad ni
sebab ada majlis kahwin anak kawan dia. Tapi kau faham-fahamlah… nak ke Pekan
tu kan makan masa jugak. Lagipun
jauh, aku tak berani sangatlah. Kalau setakat Bandar Kuantan tu aku berani lah.
Jadi aku nak mintaklah jasa baik kau,
boleh tak kau hantar mak aku ke kenduri tu. Pasal minyak kau jangan risau, tu
semua aku tanggung.” cerita Maria tentang hajat sebenarnya.
“Alahhh
aku tak kisahlah pasal minyak tu. Kau kan dah macam keluarga aku, kalau aku tak
tolong siapa lagi nak tolong kan?” kata Dila tenang.
“Maknanya kau setujulah ni?”
“Ya…aku setuju. Tapi kau pergi
sekalilah nanti. Kalau aku sorang
yang pergi seganlah aku.”
“Memang aku pergi pun. Nanti kau
ajaklah mak kau sekali.” beritahu Maria.
“Okey! Tak ada hal. Mak aku kalau
bab jalan-jalan ni memang suka. Laju je perginya.” kata Dila sempat lagi
mengata maknya.
“Tapi aku peliklah dengan kau ni…” kata Dila
lagi.
“Kenapa dengan aku?” soal Maria.
“Ya lah… bawak motor laju-laju kau tak takut. Tapi bila bawak motor jauh-jauh kau takut pulak.
Aku rasa bawak laju tu lagi bahaya dari bawak
motor jauh-jauh kot.”
“Entah! Aku pun tak tahu. Mungkin
sebab tak biasa pergi jauh-jauh lagi kot. Lagipun motor lagenda peninggalan
arwah ayah aku tu bukannya motor baru. Dah dekat enam tahun kot motor tu. Kau
faham-faham je lah.”
“Tapi okey lagi apa aku tengok motor
kau tu. Siap boleh merempit lagi kan?” kata Dila sempat lagi memerli.
“Perli aku nampak!” kata Maria. Dila
hanya tersenyum. “Motor aku tu memanglah kau tengok okey. Sebab masa kau tengok
tu time dia okey. Cuba kau tengok time dia tak okey, memang tak okeylah
yang kau akan kata.” tambah Maria lagi.
“Pandailah kau…dah lah tu. Baik kau
makan cepat. Nanti masuk lambat mengamuk pulak
bos kau kan? Aku tak apa, bos aku okey.” kata Dila
“Kan best dapat bos macam kau! relaks je kan?”
“Kan?”
“Kita tukar dua nak? Aku duduk
tempat kau, kau duduk tempat aku? kerja kita pun lebih kurang sama je kan?”
kata Maria memberi cadangan.
“Huh!
Tak naklah aku dapat bos mental macam tu! Aku rela tak kerjalah dari mengadap bos
sawan macam tu.” kata Dila mengutuk bos Maria. Siapa lagi bos Maria kalau bukan
Pasha Idham.
“Hahahhah!!!
Takut jugak kau ni ya?” kata Maria
sambil ketawa.
“Bukan takut, tapi malas nak
melayan.”
“Iyelah
tu.” kata Maria sambil membuat muka.
“Iyelah!”
jawab Dila. “Kira kau ni aku tengok
okey jugaklah ya? Masih mampu
bertahan lagi sampai sekarang ni. Kalau aku jadi kau dah lama dah aku cabut.”
kata Dila pada Maria. Sempat dia memuji ketahanan mental kawannya itu kerana
masih mampu berdepan dengan bos sawan macam Pasha Idham itu.
“Bila dah lama aku disitu aku dah
jadi terbiasa dah dengan perangai bos aku tu. Sekali kalau dah dapat kenakan
dia syok jugak. Memang nakal jugak jadinya. Hahahhaha!!!” gelak Maria tiba-tiba bila teringat perkara yang
dilakukannya semalam. Dila hanya memandang Maria gelak tanpa mengetahui apa
yang digelakkan Maria itu.
“MARIA
mana?” tanya Pasha Idham pada staff-staffnya yang lain bila melihat Maria tidak
ada ditempat duduknya.
“Maria ke tandas Encik Pasha!” jawab
Kak Zura.
“Suka benar dia ke tandas tu ya?
Buat apa dia ke tandas? Melepaskan hajat lagi ke?” tanya Pasha Idham memerli.
“Agaknyalah kot…”
“Kalau dia dah keluar… suruh dia masuk
bilik saya!” pesan Pasha Idham.
“Baik Encik Pasha.” jawab Kak Zura.
Pasha Idham masuk ke dalam biliknya semula.
Maria yang baru keluar dari tandas
terus mendapat pesanan dari Kak Zura.
“Maria, Encik Pasha cari kamu.”
beritahu Kak Zura.
“Dia nak apa?” tanya Maria.
“Tak tahu.” kata Kak Zura sambil
menjungkitkan bahunya. “Tapi dia pesan suruh kamu ke bilik dia.” sambung Kak
Zura lagi.
“Encik Pasha ni…asal aku pergi
tandas je mesti dia cari aku. Time
aku ada tercongok kat sini tak ada pulak
dia cari.” gumam Maria sendiri.
“Apa tunggu lagi! Cepatlah masuk
dalam bilik Encik Pasha tu!” kata Kak Zura bila melihat Maria masih tercegat di
situ.
“Baiklah…saya masuk sekarang.” kata
Maria mengikut apa yang disuruh Kak Zura.
“Dah selesai dah ke melepaskan hajat?”
tanya Pasha Idham sebaik Maria di depannya.
Maria di dalam hati mengutuk Pasha
Idham.
‘Apa jenis soalan yang bengap sangat ni! Sebab
dah selesailah ni aku ada kat sini. Kalau tak selesai aku datang sini jugak memang nak cari penyakitlah tu
namanya. Mahu setahun kau tak masuk office
ni nanti Encik Pasha oi! Kau jangan
main-main! Kalau dah berciciran sana sini, mak cik cleaner pun aku rasa cabut lari sebab tak tahan bau benda azimat
aku ni!’
Pasha yang melihat Maria diam bertindak
menyergah Maria. “Hei! Awak dengar
tak apa yang saya tanya ni!?”
“Dengar…” jawab Maria sepatah.
“Habis tu, dah sudah belum?”
“Dah…!!!” jawab Maria geram. “Encik
Pasha ni panggil saya sebab nak tanya pasal tu je ke?” tanya Maria bila tiada
soalan lain yang ditanya Pasha Idham.
“Tak! Saya ada kerja sikit nak suruh
awak buat! Tapi sebelum tu, boleh saya tahu kenapa awak suka sangat pergi ke
tandas ya?” tanya Pasha Idham lagi. Maria yang mendengar soalan itu hanya mampu
menahan sabar. Namun dalam hati tetap dikutuknya.
‘Ni satu lagi soalan bengap! Lebih bengap
dari soalan tadi aku rasa. Boleh dia tanya aku kenapa aku suka pergi tandas!
Apa punya soalan aku pun tak tahulah. Aku bukan suka-sukalah nak pergi ke
tandas tu! Dah aku sakit perut aku pergilah. Kalau saja-saja aku nak pergi
memang tak lah!’ bebel Maria panjang. Tapi hanya dalam hati saja mampu
dibebelnya.
“Awak ni suka sangat mengelamun bila
saya tanya kan?” perli Pasha Idham bila sekali lagi melihat Maria tidak
menjawab pertanyaannya.
“Saya rasa saya tak perlu jawab
soalan bodoh macam tu.” kata Maria lepas. Sebab dah terlalu geram, apa yang
keluar dari mulutnya pun dia dah tak boleh nak kawal. Bila dah keluar baru dia
sedar. Memang saja cari penyakitlah ni jawabnya.
“Apa awak kata!?” tanya Pasha Idham
dengan nada yang sudah sedikit meninggi.
“Tak ada apa-apa Encik Pasha.” Maria
cuba mengelak.
“Bohong!”
“Betul…Encik Pasha, baik Encik Pasha
bagitahu saya apa yang Encik Pasha nak suruh saya tu. Lagi cepat Encik Pasha
bagitahu, lagi cepatlah saya boleh buat kerja saya tu.” kata Maria cuba
mengingatkan Pasha Idham atas tujuan sebenar dia memanggil dirinya. Padahal
lebih pada ingin mengelak sebenarnya.
“Baik awak bagitahu saya
betul-betul, apa yang awak cakap tadi!” Pasha Idham tidak termakan dengan
kata-kata Maria itu. Dia tetap menuntut Maria memberitahunya semula apa yang
dikatakan Maria tadi, walaupun hakikatnya dia sudah jelas mendengarnya tadi.
Saja dia ingin melihat reaksi Maria.
Maria dengan muka bersalahnya
memohon maaf pada Pasha Idham. “ Saya mintak maaf Encik Pasha atas
keterlanjuran mulut saya tadi tu. Saya tak berniat pun nak cakap macam tu, dah
terlepas saya nak buat macam mana. Nak tarik balik dah tak boleh Encik Pasha.”
kata Maria dengan susunan ayat yang baik punya. Dengan harapan Pasha Idham melupakan
salahnya.
“Apa yang awak dah cakap?” Pasha
Idham masih lagi memaksa. Maria tidak dapat mengelak, nak tak nak dia kena
jawab jugak apa yang telah
dikatakannya tadi. Kalau tidak, sampai baliklah Pasha Idham terus menyoalnya dengan
benda yang sama.
Sambil menarik nafas yang panjang,
Maria memberitahu Pasha Idham apa yang dikatakannya tadi. “Saya cakap saya tak
nak jawab soalan Encik Pasha sebab saya rasa soalan Encik Pasha soalan yang
bodoh.” beritahu Maria jujur.
“Kenapa awak cakap soalan saya
soalan bodoh? Boleh tolong terangkan?” Pasha Idham masih lagi menduga Maria.
“Salah saya Encik Pasha, sebenarnya
bukan soalan Encik Pasha yang bodoh tapi Encik Pasha yang bodoh sebenarnya…”
kata Maria dengan tenang. Bila tersedar apa yang dikatakannya Maria menekup
mulutnya. Lain yang ingin dicakap, lain pulak
yang keluarnya.
“Apa awak cakap!!! Awak kata saya
bodoh!” Pasha Idham apa lagi naik anginlah bila ada orang yang mengatanya
bodoh. Suaranya pun sudah meninggi, tidak setenang tadi.
“Tak…tak…tak Encik Pasha. Bukan tu
maksud saya, saya nak cakap saya sebenarnya yang bodoh. Bukan Encik Pasha…
maafkan saya Encik Pasha.” Maria cepat-cepat meminta maaf. Pasha Idham sedikit
tenang bila mendengar pengakuan baru yang dibuat Maria.
“Lain kali kalau dah tahu bodoh
jangan nak tunjuk pandai sangat bila menjawab. Kan dah terserlah kebodohan
sendiri…” kutuk Pasha Idham pada Maria. Maria hanya mampu bersabar.
‘Bukan akulah yang bodoh, kau tu
yang bodoh. Aku ni cuma malas nak cari pasal kau je, kalau tak jangan harap aku
nak bagi peluang macam ni.’ protes Maria dalam hati bila mendengar kutukan
Pasha Idham kepada dirinya.
“Oleh kerana awak dah mengaku
kebodohan awak sendiri, jadi saya beritahu tujuan sebenar saya panggil awaklah
ya. Sebenarnya saya nak suruh awak buat ni.”
Pasha
Idham mengambil fail penting yang perlu dia serahkan segera kepada papanya.
Fail itu diberikannya pada Maria.
“Nah!
Ambik fail ni pergi hantar kat Datuk Aziz! Sekarang!” arah Pasha Idham sambil
menghulurkan fail yang dipegangnya pada Maria.
‘Hantar
fail je pun! Padahal dia hantar sendiri boleh. Tak perlu nak tunggu aku keluar
tandas lah! Dia ni memang saja je nak menyusahkan akulah.’ rungut Maria dalam
hati. Maria tahu itu memang tugasnya, tapi kalau dah penting sangat suruh je
lah siapa-siapa yang ada kat luar tu hantar. Tak pun bosnya itu boleh hantar
sendiri. Kalau dia ada disitu masa Pasha Idham cari tu dia tak kisahlah. Ni
tak!
“Penting
ke?” tanya Maria selamba.
“Eh awak ni… boleh pulak awak tanya. Pentinglah…! Sebab tu saya suruh awak hantar
sekarang!” tengking Pasha Idham.
“Baiklah…saya
hantar sekarang…” kata Maria menurut. Dia kemudiannya beredar dari bilik Pasha
Idham bagi menghantar fail itu kepada Datuk Aziz.
Maria
berjalan laju menuju ke ruangan yang menempatkan bilik Datuk Aziz dan staff-
staffnya. Dari jauh di lihat Dila kawannya itu sangat khusyuk dengan kerjanya.
Sampai tak angkat muka langsung. Fokus je dengan kertas yang dihadapnya itu.
“Mak
cik!” sergah Maria. Dila terkejut.
“Uih! Kau Maria. Terkejut aku! lain kali
bagi salam dulu boleh tak? Kau ni.., suka sangat main sergah-sergah.” bebel
Dila panjang. Maria hanya tersenyum mendengar bebelan kawannya itu.
“Datuk
Aziz ada tak?” tanya Maria pada Dila.
“Ada.
Kenapa kau nak jumpa Datuk ke?” tanya Dila pula.
“Ya
la…sebab tu aku tanya.”
“Kenapa
kau nak jumpa Datuk?” soal Dila lagi.
“Eh kau ni, banyak pulak soalnya. Ni…aku nak bagi fail ni ha…” beritahu Maria.
“Ooo… kau masuklah dalam. Datuk ada kat
dalam tu.”
“Baiklah…aku
masuk dulu ya.”
“Hati-hati…”
Dila sengaja mengusik.
“Kenapa?”
tanya Maria sedikit terkejut.
“Tak
ada apa-apa aku saja je…”
“Cesss! Mati-mati aku ingat Datuk Aziz
dah bertukar jadi macam bos aku tadi. Kau ni takutkan aku je lah.”
“Hahaha… takut jugak kau! Bukan masa makan tadi kau cakap dah biasa ke?”
“Tu
dengan bos aku! bukan dengan bos kau! apa lah kau ni. Dahlah aku masuk
dululah.”
“Ya
lah…”
“Masuk….!”
arah Datuk Aziz bila terdengar pintunya di ketuk dari luar.
“Awak
Maria. Ada apa awak datang jumpa saya ni?” tanya Datuk Aziz sebaik Maria muncul
didepanya.
“Nak
berhenti kerja Datuk!” jawab Maria meloyar buruk.
“Hah! awak biar betul Maria!” Datuk Aziz
sedikit terkejut. Maria yang melihat muka terkejut Datuk Aziz tu tersengih
jadinya.
“Heheheh…saya gurau je lah Datuk.”
“Ishhh! awak ni… mati-mati saya ingat awak
betul-betul nak berhenti tadi. Buat terkejut saya je.” kata Datuk Aziz sedikit lega. Maria masih
tersengih “Jadi apa tujuan sebenar awak datang jumpa saya ni?” tanya Datuk Aziz
sekali lagi.
“Saya
datang ni sebab Encik Pasha suruh saya hantarkan fail ni kat Datuk.” beritahu
Maria sambil menghulurkan fail yang berada ditangannya kepada Datuk Aziz.
“Ooo… terima kasih.”
“Sama-sama.
Kalau tak ada apa-apa saya mintak diri dululah ya Datuk.” Maria
meminta diri.
“Tunggu
kejap. Saya ada benda nak tanya sikit ni.”
“Apa
dia Datuk?”
“Macam
mana selama awak bekerja dekat syarikat ni? okey ke?”
“Bekerja
kat syarikat ni tak ada masalah Datuk. Tapi bekerja dengan singa yang jadi
masalah sikit Datuk.” jawab Maria jujur. Datuk Aziz sudah faham apa yang
dimaksudkan Maria. Sebab bukan Maria sorang yang kata macam tu, yang lain-lain
pun mengadu benda yang sama padanya. Dia sudah menasihatkan anaknya itu agar
tidak terlalu garang dengan pekerja. Tapi tak tahulah anaknya itu dengar atau
tidak nasihatnya itu. Dari aduan yang baru diterima oleh Maria ni macam anaknya
tak berubah je.
“Singa
mengaum lagi ke?”tanya Datuk Aziz. Maria hanya tersenyum bila mendengar soalan nakal
Datuk Aziz itu.
“Mengaumlah
jugak Datuk. Hehehe” jawab Maria tersengih.
“Awak
sabarlah ya Maria. Saya sendiri pun tak faham dengan perangai anak saya tu.
Saya harap awak tak ada lah sampai letak jawatan disebabkan perkara tu ya?”
Datuk Aziz seperti memujuk Maria.
“Datuk
jangan bimbanglah. Saya tak ada lah sampai nak berhenti kerja. Setakat ni
Alhamdulillah, okey lagilah. Kalau saya tak tahan sangat saya tembak je dengan
senapang nanti! Boleh kan Datuk?” Maria meminta izin Datuk Aziz ungtuk menembak
Pasha Idham, dengan niat hanya ingin melawak.
Datuk
Aziz yang mendengar kata-kata Maria, ketawa kuat jadinya. “Hahahhaha!!! Ikut suka awaklah awak nak buat apa Maria. Janji awak
suka. Awak ni macam-macamlah.” Datuk Aziz masih lagi dengan ketawanya.
“Betul
ke ni Datuk?” tanya Maria sedikit teruja bila Datuk Aziz seperti menyokong
hasratnya. Datuk Aziz yang masih lagi tidak berhenti ketawa hanya mengangguk
mendengar pertanyaan Maria itu.
“Yeayyy! Datuk ni memang sportinglah!” puji Maria dalam nada yang
ceria.
“Tapi
jangan sampai mati pulak anak saya
awak kerjakan.” Datuk Aziz sempat berpesan.
“Eh! Tak ada lah sampai macam tu Datuk.
Kalau mati bos saya tu susahlah pulak
saya nanti. Tak pasal-pasal pulak
saya kena masuk penjara. Tak nak saya Datuk!” kata Maria sambil menggelengkan
kepalanya.
“Kalau
tak ada apa-apa, saya keluar dululah ya Datuk?” Maria meminta diri sekali lagi.
“Baiklah…semoga
berjayalah ya.” ucap Datuk Aziz pada Maria yang masih lagi dengan tawanya. Maria
yang mendengar ucapan Datuk Aziz itu
hanya tersenyum.
Kaki
Maria masih belum lagi berganjak walaupun tadi dia sudah meminta diri untuk
beredar. Ketawa Datuk Aziz menarik perhatiannya.
“Bukan
main sporting lagi papa Pasha Idham
ni. Tak macam anak dia, entah macam apa-apa je perangainya. Sehari tak buat
orang sakit hati memang tak sah! Bukan Pasha Idham namanya.” Maria sempat lagi
mengutuk bosnya di dalam hati.
Maria
seronok bila melihat Datuk Aziz ketawa begitu. Ceria je suasana pejabat ni
Maria rasa. Kalaulah Pasha Idham tu sama macam papanya kan best. Memang confirm
berseri sentiasa pejabat mereka itu. Dia dengan kawan-kawannya pun, tak ada lah
nak pandang Pasha Idham dengan pandangan meluat macam tu. Susah nak jumpa bos sporting macam Datuk Aziz ni, kalau ada
pun hanya satu dalam seribu. Itulah yang boleh diumpamakannya.
Maria
yang terasa sudah begitu lama berada disitu akhirnya meminta diri sekali lagi
untuk pergi.
“Datuk,
saya keluar dululah ya.” suara Maria sekali lagi. Datuk Aziz hanya mengangguk
mengizinkan.
“Bukan
apa, takut singa kat dalam bilik tu mengamuk pulak nanti kalau saya lama-lama kat sini. Singa tu kalau dah
mengamuk Datuk faham-faham je lah ya, mati saya nanti Datuk.” Tambah Maria lagi.
Sempat lagi dia mengutuk bosnya itu, anak Datuk Aziz pulak tu. Maria… Maria… mentang-mentanglah Datuk Aziz dah bagi
lesen, kawww…kawww kau kutuk Encik
Pasha tu ya. Memang betul-betul Marialah kau ni.
Datuk
Aziz yang mendengar kutukan Maria terhadap anaknya itu hanya ketawa. Dia hanya
mengangguk saja. Sedikit pun dia tidak memarahi Maria bila Maria mengutuk
anaknya begitu.
“Baiklah.
Kalau singa tu mengamuk jangan lupa ambik senapang tembak ya.” sempat lagi Datuk
Aziz berpesan pada Maria. Bukannya nak marah Maria mengutuk anaknya, lagi
disokong ada lah.
Maria
apa lagi, senyum meleretlah jawabnya. Maklumlah ada orang yang sokong.
“Baik
Datuk…akan dilaksanakan.” jawab Maria dengan selambanya.
“Semoga
misi awak berjaya.” tambah Datuk Aziz lagi.
Maria tersenyum. “ Saya pergi dulu Datuk.”
beritahu Maria sekali lagi. Hmmm… berapa kali nak minta diri la… perginya tak jugak.
“Baiklah… hati-hati ya.” pesan Datuk
Aziz sekali lagi. Maria hanya mengangguk. Dia terus keluar meninggalkan bilik
Datuk Aziz.
Datuk Aziz dalam bilik masih lagi
tersenyum bila mengenangkan perangai nakal Maria itu tadi. Melihat perangai
Maria begitu, tiba-tiba Datuk Aziz teringatkan seseorang yang sudah lama tidak
dia temui. Perangai Maria sama seperti perangai adiknya. Adik yang dia tidak
tahu dimana perginya.
“Maria…Maria…” itu saja yang mampu
terluah dibibir Datuk Aziz bila mengingatkan perangai nakal Maria itu tadi.
BEST NAK LAGI....
ReplyDelete