Followers

Wednesday, 26 June 2013

NOVEL : PASHA! I L U (13)

BAB 13

KESIBUKAN kerja Pasha Idham beberapa minggu kebelakangan ini, membuatkan Pasha Idham kurang memberikan tumpuan kepada staff-staffnya. Kalau dulu, ada je lebihan masa untuk mencari kesalahan pekerjanya. Tapi sekarang ni bila dah sibuk macam ni nak bertentang mata pun susah, masanya pun agak terhad untuk diluangkan bersama pekerja-pekerjanya. Mereka yang melihat Pasha Idham sibuk begini apa lagi, seronoklah. Kurang sikit rasa azab berada dalam penjara tu, sebelum ni nak menjeling pun susah. Tapi bila dah bos sibuk begini merdekalah sekejap mereka jadinya. Sakan bukan main gembiranya, nak nak Maria.
Pasha Idham kelam kabut keluar dari biliknya seperti ada hal penting yang perlu diuruskan di luar. Maria yang melihat Pasha Idham kelam kabut begitu jadi pelik, sebab setahunya Pasha Idham tiada urusan yang perlu diuruskan hari ni diluar. Kalau ada mesti dia akan tahu sebab semua akan dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu. Maklumlah PA lah katakan, jadi mestilah dia tahu apa jadual bosnya kan?
Pasha Idham tergesa-gesa membuka pintu keretanya. Apabila masuk ke dalam dan ingin menghidupkan enjin keretanya tiba-tiba kereta itu tidak boleh dihidupkan. Pasha Idham mendengus geram.
“Ishhh!!! Time aku nak cepat ni lah kereta ni nak buat hal pulak!” rungut Pasha Idham sendiri. Dia perlu keluar kerana terpaksa menggantikan papanya bertemu dengan orang penting yang terlibat dalam projek yang diuruskan syarikat mereka sekarang ini. Papanya cuti hari ni kerana tidak sihat dan papanya baru memaklumkan padanya sekejap tadi kerana papanya terlupa untuk memaklumkan lebih awal. Sebab tu Pasha Idham jadi kelam kabut begini, kalau tak tak ada lah jadi macam ni sekali.
Pasha Idham pening bila memikirkan keretanya yang tiba-tiba buat hal bila time terdesak begini. Nak dapatkan teksi pada saat genting macam ni memang susahlah, akan memakan masa juga nak menunggu nanti. Pasha Idham menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu bagi mencari idea untuk menyelesaikanmasalahnya itu. Tiba-tiba Pasha Idham teringatkan Maria.
“Ha…Maria…baik aku suruh dia je yang hantar aku.” Pasha Idham mendapat idea. Lalu dikeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan didailnya nombor Maria.
Maria yang mendengar telefon bimbitnya bernyanyi terus mengangkatnya tanpa melihat terlebih dahulu nama pemanggil di skrin telefon.
“Hello Maria! Awak keluar sekarang!” arah satu suara dari belah sana. Maria yang mendengarnya bingung, siapa pulak yang menelefonnya ni ya? Siap arah keluar lagi.
“Boleh siapa tahu siapa ni ya?” tanya Maria sopan.
“Saya bos awaklah! Encik Pasha! Boleh lagi awak tanya ya!” bebel Pasha Idham. Maria sedikit terkejut. Kenapa lain sangat bunyi suara bosnya bila dalam telefon. Maklumlah belum pernah bercakap dalam telefon dengan bosnya. Tu yang dia tak dapat cam tu.
“Ooo Encik Pasha ke…sorry Encik Pasha, saya tak cam pulak suara Encik Pasha.” Maria meminta maaf.
“Awak keluar sekarang! Saya tunggu awak kat luar.” arah Pasha Idham.
“Tapi kenapa Encik Pasha?”
“Awak jangan banyak tanya boleh tak? Kalau saya suruh keluar tu keluar je lah!” Pasha Idham bersuara geram bila Maria banyak soal.
“Ya baik Encik Pasha, saya keluar sekarang.” Maria tergesa-gesa keluar. Kak Zura, Aina dan Azlan hanya memerhati kelakuan Maria itu.
“Ada apa Encik Pasha suruh saya keluar ni?” tanya Maria sebaik berada di hadapan Pasha Idham.
“Awak tolong hantar saya sekejap.” suruh Pasha Idham.
“Hantar Encik Pasha? Hantar kemana Encik Pasha?” tanya Maria bingung.
“Tolong hantar saya ke pejabat Datuk Rahim. Saya ada meeting penting kat sana.”
“Kereta Encik Pasha kan ada. Kenapa tak pergi dengan kereta Encik Pasha je?” tanya Maria berani. Sambil tangannya menunjuk kearah kereta Pasha Idham.
“Kalau kereta saya ni okey saya tak suruh pulak awak hantar saya!” suara Pasha geram. Maria tersenyum kelat.
“Saya datang kerja dengan motor je Encik Pasha…bukan dengan kereta.” beritahu Maria jujur.
“Habis tu kalau motor kenapa?”
“Saya takut Encik Pasha tak selesa je.” kata Maria berdalih. Padahal dia yang rasa tak selesa sebenarnya. Maklumlah Pasha Idham tu kan lelaki, dia tu pulak perempuan. Dahlah bertudung pulak tu! nanti apa pulak orang lain kata kalau naik motor berdua.
“Dah…awak tak payah banyak cakap lagi! Saya dah lewat ni! hantar saya sekarang!”
“Baik Encik Pasha…saya pergi ambik beg dengan kunci motor saya dulu ya Encik Pasha.” Maria meminta diri…tiba-tiba dia berhenti. “ Tapi Encik Pasha…..” kata Maria tidak meneruskan ayatnya.
“Tapi kenapa pulak ni?” soal Pasha Idham.
“Topi keledar saya ada satu je, macam mana saya nak hantar Encik Pasha. Kalau polis ada kena saman nanti.” beritahu Maria pada Pasha Idham. Pasha Idham menggaru-garukan kepalanya.
“Dah selesai satu hal, satu hal lain pulak yang ada! Topi keledar pulak dah tak ada. Ishhh geram betul lah!” rungut Pasha Idham. Tiba-tiba Pasha Idham terpandang topi keledar yang berada berhampiran pak guard pejabatnya itu. Pasha Idham meluru ke arah pak guard itu.
“Pakcik, boleh saya pinjam topi keledar pakcik kejap.” minta Pasha Idham. Maria hanya memerhati tindakan bosnya itu.
“Boleh…” jawab pak guard itu sepatah sambil menghulurkan topi keledarnya pada Pasha Idham.
“Terima kasih pakcik.”
“Sama-sama.”
“Yang awak tercegat kat situ lagi tu kenapa? Pergilah ambik kunci motor awak tu cepat!” tegur Pasha Idham bila melihat Maria yang masih tercegat disitu memerhatikannya.
Maria yang mendengar teguran itu terus masuk ke dalam pejabat, dan kemudian keluar semula bersama beg tangan dan kunci motonya ditangan.
“Nah!” Maria menghulurkan kunci motosikalnya pada Pasha Idham.
“Kenapa awak bagi kunci motor ni pada saya pulak?” soal Pasha Idham.
“Encik Pasha lah bawak, takkan saya pulak yang nak bawak. Saya kan perempuan.” kata Maria. Pasha Idham merenung tajam ke arahnya.
“Kalau saya nak bawak motor awak ni, saya tak suruh pulak awak hantar saya! Saya bawak je motor ni. Saya pinjam aje dengan awak, tu lagi senang!” bebel Pasha Idham. Maria hanya mendengar bebelan Pasha Idham sambil tersenyum kelat.
“Ya lah…saya bawak…Encik Pasha duduk belakang.” kata Maria dalam nada terpaksa. Sepanjang hayatnya dia tak pernah menjadi penunggang pada seorang lelaki. Biasanya hanya Mak Munah saja yang menjadi menjadi pemboncengnya. Inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya. “Encik Pasha duduk jauh-jauh sikit ya? Jangan pegang saya, pegang pada pemegang kat belakang tu ya?” pesan Maria pada Pasha Idham. Maklumlah bosnya tu lelaki, dia pulak perempuan. Macam tak manis pulak bila dia yang menjadi penunggangnya. Kalau dia yang jadi pembonceng boleh tahanlah jugak lagi. Nak tak nak Maria terpaksa juga menghantar bosnya kerana keadaan sudah terdesak.
“Ya…saya tahulah…! Awak ingat saya teringin sangat ke nak pegang awak?” sindir Pasha Idham.
“Saya cuma pesan je…saya tak cakap Encik Pasha macam tu.” kata Maria geram. Pasha Idham hanya diam.
“Saya dah nak gerak ni Encik Pasha, macam mana Encik Pasha dah sedia ke?” tanya Maria bagi memastikan tahap kesediaan bosnya.
“Dah…” jawab Pasha sepatah. Mendengar saja jawapan dari Pasha Idham, Maria terus bergerak laju dengan motosikalnya. Pasha Idham dibelakang bagai nak tercampak. Tidak berhenti Pasha Idham membebel. Maria yang mendegar bebelan Pasha Idham hanya tersenyum. Boleh tahan macam Mak Munahnya juga bebelanya.
Kalau nak tahu, Pasha Idham ni tak pandai bawak motor sebenarnya. Sebab tu dia suruh Maria menunggangnya. Kalau dia  pandai tak adanya dia nak suruh Maria menghantarnya.
Disebabkan Maria tu PA dia dan orang penting dengan bos jadi Pasha Idham meminta je lah bantuan Maria. Nak beritahu Maria yang dia tak pandai bawak motosikal dia malu. Jatuhlah sahamnya nanti. Nak minta tolong pekerjanya yang lain lagilah dia segan, faham-faham je lah perangainya macam mana dengan pekerjanya sebelum ni kan? Tu lah… lain kali jangan sombong sangat dengan orang. Bila ada hal terdesak macam ni kan susah nak mintak tolong. Orang lain mungkin biasa je…tak kisah bila dia nak mintak tolong. Tapi cuma dia je lah yang rasa segan.
Sebaik sampai dipejabat Datuk Rahim, Pasha Idham masih tidak habis membebelnya. Rasa kecut perut dalam diri masih lagi terasa. Mahu tak terasa, Maria kalau dah bawak motosikal faham-fahamlah macam mana? macam pelesitlah jawabnya. Kalah mat rempit kat luar sana tu. Sebab tu Mak Munahnya sentiasa bising bila naik motosikal dengannya.
“Awak ni kan Maria…bawak motor macam pelesit tau tak! Nasib baik saya tak ada sakit jantung! Kalau tak dah lama saya meninggal kat atas motor tu.” bebel Pasha Idham. Maria yang mendengarnya hanya tersenyum. Lebih lebar senyumnya bila melihat wajah pucat bosnya itu. Terasa lawak pulak dimatanya. Setakut-takut Mak Munahnya pun tak ada lah sampai jadi pucat macam tu. Pasha Idham ni over semacam je dia tengok. Tak padan dengan lelaki, takutnya mengalahkan perempuan.
“Saya ni macam mana Encik Pasha? Nak suruh saya tunggu ke nak suruh saya balik dulu?” tanya Maria.
“Dah…awak tak payah tunggu saya. Saya balik naik teksi je nanti. Tak sanggup saya naik motor dengan awak ni? Tak pasal-pasal saya masuk hospital nanti.” beritahu Pasha Idham. Maria yang mendengar tergelak besar jadinya.
“Hahahahha!!! Encik Pasha ni lawaklah…”
“Banyaklah awak punya lawak! Kalau accident nanti macam mana? Tak tergadai nyawa saya?”
“Okey…okey Encik Pasha, saya balik dulu ya? Encik Pasha baik masuk dalam cepat! Nanti lewat pulak kan.” kata Maria sengaja tidak mahu mendengar bebelan bosnya itu. Belum sempat Pasha Idham menjawab dia sudah meninggalkan bosnya itu. Pasha Idham yang melihat gelagat PA nya itu hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Maria…Maria…” kata Pasha Idham kemudian terus melangkah masuk ke dalam pejabat Datuk Rahim.


“KAU pergi mana Maria?” tanya kak Zura sebaik Maria masuk kembali ke pejabat.
            “Pergi hantar bos kitalah Encik Pasha tu.” jawab Maria.
            “Hantar Encik Pasha?” tanya Kak Zura tekejut.
            “Ya…”
“Dengan apa? Dengan motor kau ke?” tanya Aina pula seperti tidak percaya.
            “Ye lah…dah motor buruk tu je yang aku ada.”
            “Kau biar betul Maria?” giliran Azlan pula tidak percaya.
            “Betul la…buat apa aku nak tipu. Aku tak dapat untung apa pun kalau aku tipu.”
            “Kereta Encik Pasha mana sampai dia suruh kamu hantar dia?” tanya Kak Zura pula.
            “Kereta dia rosak…tak hidup katanya…”
            “Ooooo…patutlah…” kata Kak Zura, Aina dan Azlan serentak.
            “Tapi dalam ramai-ramai kita ni kenapa dia mintak tolong kau ya? Padahal aku kan ada?” kata Azlan sedikit musykil.
            “Manalalah aku tahu…dah dia mintak tolong aku. Aku ikut je lah…”
“Mungkin sebab kamu PA dia kot, sebab tu dia mintak tolong dengan kamu.” kata Kak Zura pula.
“Mungkin jugaklah…”
“Tak pun…dia sukakan kau kot!” serkap Azlan.
“Banyaklah kau punya suka! Asal orang mintak tolong je kau kata orang tu suka kat aku ya? Kau pun tahu macam mana Encik Pasha layan aku kan? Tak ada maknanya dia suka aku. Aku pun tak ada maknanya nak suka orang macam tu! sombong tak bertempat!” luah Maria.
“Mana tahu akan datang jadi suka…” Azlan masih lagi mengusik Maria.
“Dah…dah…dah! Kau tak payah nak mengarut! Baik kau sambung kerja kau tu daripada kau duduk merepek pasal aku kat sini. Aku pun ada banyak kerja lagi nak buat ni!” kata Maria malas untuk melayan kata-kata mengarut Azlan itu. Azlan, Kak zura dan Aina hanya tersenyum memandang Maria. “Yang semua senyum-senyum lagi ni kenapa? Pergilah duduk tempat masing-masing.” halau Maria bila rakannya itu masih tidak berganjak dari tempat duduknya itu. Senyum mereka tu yang buat Maria sakit hati sebenarnya.
 Azlan pun satu dah tak ada benda lain nak diusik agaknya. Saja je nak buat hati Maria rasa panas. Tapi panas Maria panas sekejap je tu, panas kura-kura kata orang. Maria bukannya reti nak marah orang lama-lama, nak-nak kalau kena pujuk cepatlah hilang marahnya itu. Senang kata Maria ni bukan jenis pemarah sangatlah, sebab tu dia tak boleh marah orang lama-lama.  


SELEPAS selesai meeting di pejabat Datuk Rahim, Pasha Idham terus pulang ke rumah. Datuk Aziz yang melihat anaknya pulang dengan teksi merasa sedikit pelik.
            “Ai Pasha, mana pergi kereta kamu? Kenapa kamu naik teksi balik rumah?” tanya Datuk Aziz pada Pasha Idham.
            “Kereta Pasha tak hidup pa. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba je buat hal.”
            “Pagi tadi elok je papa tengok kereta kamu tu. Okey je hidupnya…”
            “Tu lah pa, tak tahu kat mana yang tak kena. Pasha sedar pun masa Pasha nak pergi meeting ke pejabat Datuk Rahim tadi.”
            “Habis tu kamu pergi meeting tadi dengan apa? Dengan teksi jugaklah ya?”
            “Taklah pa, nak tunggu teksi sampai memang tak sempatlah pa nak pergi meeting tu. Papa bagitahu Pasha pun dah last minute, kalau Pasha tunggu teksi tu pukul berapa pulak Pasha nak sampai office Datuk Rahim tu.”
            “Habis tu kamu pergi dengan apa?”
            “Pasha suruh Maria yang hantar.”
            “Hah!?” Datuk Aziz sedikit terkejut. “Kamu biar betul Pasha?”
            “Betul lah pa. Buat apa Pasha nak tipu.”
            “Bukan Maria tu datang kerja dengan motosikal je ke?”
            “Ya lah…memang dia datang kerja dengan motosikal je pun. Habis tu kenapa pa?”
            “Kamu kan tak pandai bawak motor… takkan Maria yang bawak motor kot? kamu jadi pembonceng, macam tu?”
            “Ya lah pa… dah Pasha tak pandai bawak motor… memang Pasha lah yang jadi pemboncengnya.”
            “Ishhh!!! Kamu ni… biar betul…” Datuk Aziz seperti susah untuk percaya apa yang dikatakan anaknya itu.
            “Betul lah pa…” Pasha Idham cuba meyakinkan papanya.
            “Tapi kenapa kamu tak mintak tolong dengan Azlan je? Azlan kan ada…Maria tu dah lah perempuan, lepas tu bawak motor pulak tu. Kalau dia bawak kereta papa boleh terima lagilah. Kamu ni… kesian kat Maria tu. Mesti dia pun rasa segan nak bawak kamu tu.”
            “Dia tak kata apa pun pa… dia okey je.”
            “Memanglah dia tak kata apa... sebab kamu tu bos dia. Tapi papa tahu, walaupun dia nampak je macam selamba tapi mesti dia rasa segan jugak tu. Dia tu dahlah bertudung, tiba-tiba naik motor kena gendong lelaki macam kamu pulak. Mahunya orang tak pandang serong…” kata Datuk Aziz pada Pasha Idham. Pasha Idham hanya diam.
Memang dia perasan Maria sedikit tidak selesa tadi bila tahu dia yang kena menunggang motosikal itu tadi. Tapi apa boleh buat, dah keadaan terdesak. Siapa suruh papanya bagi tugas last minute macam tu. Bila dah jadi macan tu memang harulah jadinya, dia pun tak tahu keretanya nak rosak masa tu. Kalau ikutkan hatinya pun dia tak mahu menyusahkan Maria, tapi bila keadaan dah jadi terdesak macam tu terpaksa  jugaklah dia menyusahkan PA nya itu.
“Okeylah pa, Pasha naik atas dululah. Pasha penat ni.” kata Pasha Idham, malas untuk mendengar ceramah dari papanya lagi.
“Lain kali kalau jadi macam tu lagi mintak tolong dengan Azlan je, tak pun dengan Hazrul pekerja papa tu. Kesian kat Maria.. Kalau dia pakai kereta tak apa lah kamu nak mintak tolong dia pun. Ni motosikal… kesian kat dia.” tambah Datuk Aziz lagi.
“Ya lah…lain kali Pasha tak mintak tolong dengan Maria lagi…” kata Pasha Idham terpaksa mengalah. Dia terus melangkah menuju ke biliknya ditingkat atas. Datuk Aziz hanya memerhati langkah lemah anaknya itu.
“Pasha…Pasha…ada ke suruh Maria yang hantarkan... padahal ramai lagi yang dia boleh mintak tolong, Maria jugak yang dia berkenan. Ishhh…ishhh..ishhh” omel Datuk Aziz sendiri sambil menggelengkan kepalanya.


“MARIA, ahad ni kamu ada pergi mana-mana tak?” tanya Mak Munah pada Maria sewaktu mereka berdua makan malam.
            “Tak ada kemana-mana mak. Kenapa mak?”
            “Mak ingat nak ajak kamu pergi kenduri rumah kawan mak kat Pekan.”
            “Kat Pekan mak? Dengan motor buruk kita tu mak?”
            “Ya lah…habis tu nak pergi dengan apa lagi? Dah motor buruk tu je yang kita ada. Kita pergi dengan motor buruk tu jelah. Nak pergi dengan kereta kita tak ada kereta.”
            “Jauh tu mak…kalau ke Bandar Kuantan tu Maria berani lagilah. Ni dari Beserah nak ke Pekan mahu makan masa dekat sejam lebih jugak tu mak.”
            “Habis tu macam mana mak nak pergi?”
            “Alahhh mak ni…kekasih mak kan ada, pujuklah kekasih mak tu suruh anak dia yang hantarkan…” kata Maria dengan lenggoknya sambil merujuk kepada Makcik Timah kekasih Mak Munahnya itu.
            “Banyaklah kamu kekasih aku!” marah Mak Munah. Maria hanya ketawa. “Mak tak naklah susahkan Makcik Timah kamu kali ni. Selalu je mak mintak tolong dia, rasa tak sedaplah pulak.”
            “Nak segan apanya mak…Makcik Timah pun dah bagitahu, kalau ada apa-apa yang nak mintak tolong bagitahu je kan. Kalau dia boleh tolong dia tolong kan? Kita pun macam tu jugak. Kalau dia mintak tolong kita akan tolong jugak. Kita kan dah macam satu keluarga.”
            “Tapi mak takut Dila ada kerja pulak nanti.”
            “Tak apa…tu mak jangan risau. Nanti Maria tanya Dila macam mana. Kalau tak boleh jugak, kita pergi naik teksi je lah.” kata Maria memberi cadangan.
            “Kalau macam tu baiklah…kamu tanya Dila dulu. Nanti apa-apa hal kamu bagitahu mak ye.”

            “Baik Mak Munah!” jawab Maria yakin. Mereka berdua meneruskan suapan terakhir untuk makan malam mereka malam ni.

NOVEL: PASHA! I L U (12)

BAB 12

            MARIA seperti kebiasaannya, sampai je office perkara penting yang perlu diingatinya adalah menyediakan kopi untuk bosnya. Bukan apa, bimbang takut terlupa, kalau terlupa memang kawww…kawww lah dia kena. Pasha Idham tu kalau bab mencari kesalahan orang memang nombor satu. Ada je kesalahan yang dia jumpa, walaupun tak seberapa.
            “Hai Maria…Assalamualaikum…” tegur Kak Zura yang baru tiba di pejabat.
            “Waalaikumussalam…hai kak, sorang je ke? Mana yang lain?”
            “Entah, selalunya sampai sekali dengan akak, hari ni tak pulak.” beritahu Kak Zura pada Maria. Maria memandang jam di dinding.
            “Ooo patutlah tak sampai lagi, awal lagi rupanya.” kata Maria bila jarum jam baru menunjukkan pukul 8.10 pagi. “ Akak awal sangat hari ni kak. Lebih awal dari biasa.” beritahu Maria.
            “Ooo ye ke? Akak pun tak perasan pulak masa punch card tadi tu. Patutlah tak sama sampainya.” kata Kak Zura sambil melihat jam ditangannya. “Bos kamu dah sampai belum?” tanya Kak Zura pada Maria pula, sambil mulutnya dimuncungkan ke bilik Pasha Idham.
            “Belum lagi kak…” jawab Maria ringkas. Mendengar jawapan Maria, Kak Zura sudah sedia untuk bergosip.
            “Semalam akak ada jumpa bos kita kat pasar tani. Dia ada tengok akak, tapi akak nak tegur tak berani, last sekali akak blah macam tu je.” cerita Kak Zura.
            “Akak ke pasar tani jugak ke semalam? Kenapa saya tak jumpa akak pun? saya pun ke pasar tani jugak semalam.” beritahu Maria.
            “Laa… ya ke?”
            “Iye la…semalam saya pun  jumpa jugak dengan bos kita tu.”
            “Iye ke?”
            “Ha’ah…siap tegur lagi. Nasib baik akak tak tegur bos kita tu, kalau akak tegur confirm akak akan dapat malu macam saya jugak.”
            “Kenapa? Apa yang Encik Pasha dah buat kat kamu?” tanya Kak Zura tak sabar ingin tahu.
            “Akak nak tahu apa yang dia buat kat saya? Akak cuba bayangkan ek, saya punyalah semangat panggil dia…bos! Siap lambai-lambai tangan lagi. Dia boleh buat tak tahu, dia masuk dalam kereta terus dia blah macam tu je. Kalau akak, akak malu tak? Sakit je rasa hati ni…” cerita Maria dengan penuh perasaan.
            “Sampai macam tu sekali?” Kak Zura seakan tidak percaya. Maria mengangguk. “Nasib baik akak tak tegur, kalau tak… confirm akak pun akan dapat malu macam kamu jugak.” tambah Kak Zura.
            “Memang confirm akan dapat malulah kak… saya tu nasib baik kawan saya sorang je masa tu kat situ, dan si Dila tu memang dah tahu perangai Encik Pasha tu macam tu. Kalau ramai orang kat sebelah saya kak memang malu besar saya.” cerita Maria bersungguh. Tidak sedar yang Pasha Idham sudah datang. Dari tadi Pasha Idham duduk mendengar perbualan dua orang pekerjanya itu. Geram memang geram, tapi Pasha Idham terpaksa menahan rasa geram tu sebab dia nak tengok sejauh mana Maria menjaja ceritanya pada Kak Zura.
            “Maksud kamu, kawan kamu Dila tu yang bekerja dengan datuk tu ya?”
            “A’ah, Dila tu la kak… Dia pun hairan dengan perangai bos kita tu. Jauh sangat bezanya dengan perangai datuk.”
            “Betul cakap kawan kamu tu, akak pun tak sangka pulak perangai anak Datuk Aziz tu teruk macam tu. Memang jauh betul beza dengan Datuk Aziz tu kan?”
            “Memang jauh kak… jauh lagi antara langit dengan bumi.” jawab Maria yakin. Pasha Idham yang mendengar kutukan Maria itu mendidih rasanya. Kali ini dia sudah tidak dapat ditahan lagi rasa geramnya, lalu dia keluar dari tempat persembunyian.
            “Maria! Zura! Awak berdua masuk dalam bilik saya sekarang!” arah Pasha Idham lalu masuk ke dalam biliknya. Maria dan Kak Zura yang mendengar suara garang Pasha Idham terkejut.
            “Maria…Encik Pasha dengar ke apa yang kita cakap tadi Maria?” tanya Kak Zura takut.
            “Entahlah kak…rasa-rasa macam tu la…”
            “Habislah kita kali ni Maria…mati kita….” jelas kebimbangan pada suara Kak Zura.
            “Macam mana kita boleh tak perasan dia dah sampai ni kak… memang habis kita kali ni kak” Maria juga turut bimbang seperti Kak Zura.
            “Tu la…macam mana kita boleh tak perasan. Dah lah kawww…kawww… kita kutuk dia tadi! Memang tak selamatlah kita kali ni Maria...” kata Kak Zura pada Maria. Mereka berdua masih lagi berada diluar. Pasha Idham didalam sudah mendidih jadinya, bila dua orang pekerja yang mengutuknya tadi tidak masuk-masuk juga. Dia bangun dari tempat duduk, kemudian membuka pintu biliknya.
            “Maria! Zura! Kamu berdua ni dah pekak ke? Tak dengar apa yang suruh tadi?” tengking Pasha Idham. Maria dan Kak Zura yang mendengar suara petir  Pasha Idham yang secara tiba-tiba itu makin terkejut jadinya. Cepat-cepat mereka berdua bergerak masuk ke dalam bilik Pasha Idham.
            Azlan dan Aina yang baru sampai kelihatan sedikit pelik bila tidak kelihatan kelibat kawan pejabatnya Maria dan Kak Zura. Biasa kalau waktu macam ni mereka berdua memang dah ada. Ini tak ada pulak. Azlan dan Aina jadi tertanya sesama sendiri.
“Mana mereka berdua ni? Takkan  tak sampai lagi…” tanya Azlan pada Aina.
“Tak tahulah…tapi kereta Kak zura dah ada kat luar tadi, takkan tak sampai lagi?” suara Aina pula. Tiba-tiba terdengar bunyi suara bising Pasha Idham dari dalam biliknya. Aina dan Azlan berpandangan sesama sendiri. “Kenapa tu?” tanya Aina pada Azlan sambil mulutnya menunjukkan kearah bilik Pasha Idham.
“Entah…” jawab Azlan sambil menjungkitkan bahunya. Dia memang betul-betul tidak tahu apa yang berlaku didalam kerana dia juga baru sampai bersama dengan Aina.
“Macam mengamuk sakan je bunyinya tu…” suara Aina lagi.
“Entah-entah Maria dengan Kak Zura ada di dalam tak?” teka Azlan.
“Mungkin jugak kot…” Aina mengiakan kata-kata Azlan. Tidak lama kemudian Kak Zura keluar dengan muka yang masam dari bilik Pasha Idham. Jadi betul lah telahan mereka memang Kak Zura ada di dalam.
“Kenapa ni kak?” tanya Azlan sebaik Kak Zura duduk ditempatnya.
“Kena ceramahlah…apa lagi…” jawab Kak Zura dalam nada sedikit geram bunyinya.
“Maria mana kak?” tanya Azlan lagi bila Maria tidak kelihatan.
“Kat dalamlah… Tak tahulah apa nasib Maria kat dalam tu.” kali ni suara Kak Zura sedikit risau. Mahunya tak risau, dia dah boleh keluar tapi Maria belum lagi. Mesti teruk kena bantai tu! Padahal kesalahan yang dilakukan sama je, tapi keluarnya lain-lain pula.
“Apa sebenarnya dah berlaku ni kak?” tanya Aina tak sabar ingin tahu.
“Nantilah akak cerita, masa sekarang tak sesuai akak nak cerita. Baik kamu berdua duduk kat tempat kamu dulu, kalau tak dengan kamu-kamu kena panggil nanti.” Kak Zura cuba mengingatkan. Azlan dan Aina yang mendengarnya cepat-cepat beredar ke tempat duduk masing-masing.
Maria masih lagi di dalam, masih lagi mengadap wajah singa Pasha Idham.
“Awak tahu tak? masuk kali ni dah tiga kesalahan yang awak lakukan! Awak ingat saya diam, awak boleh buat macam-macamlah ya? Bukan main sedap lagi awak mengumpat saya tadi ya!” suara Pasha Idham garang, masih tidak berpuas hati dengan Maria yang sedap-sedap mengutuknya tadi. Pasha Idham merenung tajam wajah Maria. Maria diam, tetapi ada sikit keberanian dalam dirinya untuk bersuara bagi bertanyakan tentang tiga kesalahan yang dilakukannya itu.
“Encik Pasha…boleh saya tahu, apa tiga kesalahan yang saya lakukan tu ya?” tanya Maria dengan muka sengih tak berapa nak sengih bila memandang muka Pasha Idham. Bercampur dengan takut sebenarnya, sebab tu jadi macam tu. Tapi nak tak nak dia kena memberanikan diri juga untuk bertanya bagi mengetahui tiga kesalahan yang dilakukannya itu.
“Awak boleh tanya saya lagi ya!” suara Pasha Idham tinggi. Maria masih tersengih seperti tadi.
“Sebab saya tak tahulah saya tanya Encik Pasha…” Maria masih lagi berani menjawab. Nada suara yang digunakan masih sama seperti tadi. Tak tinggi… tak rendah, sedang-sedang elok saja bila didengar.
“Jawab! Menjawab lagi!” tengking Pasha Idham. Maria mendengar tengkingan Pasha Idham sedikit tersentak. Terkunci terus mulutnya. “Awak jangan ingat saya boleh lupa ya! Saya lepaskan awak hari tu tak bermakna saya akan lepaskan awak untuk hari ni ya! Bukan main lagi awak mengumpat saya tadi ya?” Pasha Idham cuba mengungkit hal Maria mengumpatnya tadi. “Tu tak termasuk awak mengutuk saya masa jogging hari tu lagi! Kes awak datang lewat tu pun tak selesai lagi! Hari ni awak dah tambah kes baru! Awak ingat saya nak lepaskan awak macam tu aje? Awak tahu tak siapa saya sebenarnya ni?!” tanya Pasha Idham dalam nada yang tinggi. Maria memandang ke lantai bila mendengar suara singa Pasha Idham memarahinya. “Kalau saya tengah bercakap tu pandang saya!” tengking Pasha Idham. Dalam takut-takut, Maria mengangkat wajahnya… memberanikan diri mengadap muka singa bosnya itu. “Kalau saya tanya boleh tak awak jawab?” tanya Pasha Idham lagi.
Dalam perasaan yang takut-takut Maria menjawab. “Boleh Encik Pasha…”
“Bagus! Saya nak tanya awak kenal tak siapa saya sebenarnya? Siapa saya dimata awak sebenarnya?!”
“Kenal Encik Pasha…” masih dalam nada ketakutan.
“Siapa?”
“Manusia…” jawab Maria selamba. Jawapan yang diberikan itu menambahkan lagi rasa kemarahan yang sudah sedia ada dalam diri Pasha Idham.
“Apa awak cakap!” soal Pasha Idham. Maria hanya tersengih kelat. “Dalam keadaan genting macam ni pun boleh lagi awak meloyar buruk ya?!” marah Pasha Idham lagi.
“Saya bukan meloyar buruk Encik Pasha, saya jawab apa yang terlintas dalam fikiran saya je. Saya rasa jawapan tu jawapan paling jujur jadi saya luahkan je lah.” jawab Maria dalam nada yang sejujur-jujurnya.
“Banyaklah awak punya jujur! Tu bukan jujur! Tu mengenakan orang namanya!”
“Ya ke Encik Pasha? Saya mintak maaf ya Encik Pasha…” kata Maria dengan muka comelnya.
“Awak ni kan…kecik-kecik je saya tengok!” kata Pasha Idham geram. Maria menunduk memandang kakinya. “Tak payah nak tunduk-tunduk sangat muka tu! Pandang saya!” arah Pasha Idham lagi, bila melihat Maria kembali menundukkan mukanya. Mendengar arahan Pasha Idham, Maria cepat-cepat mengangkat mukanya kembali memandang Pasha Idham.
 Setelah berpuas hati bila Maria telah memfokuskan pandangannya kearahnya. Pasha Idham memulakan bicara.
“Pertama sekali saya nak awak bagitahu saya, siapa bakal suami yang awak maksudkan hari tu?”
“Hah!” keluar sudah muka blur Maria.
“Tak payah nak ‘hah, hah’ sangatlah. Muka awak tu jangan buat blur sangat boleh tak?”
“Tapi saya tak faham apa yang dimaksudkan Encik Pasha tu…” kata Maria kononnya pura-pura terlupa, dengan alasan dia dapat mengelak dari menjawab pertanyaan itu.
“Tak payah nak pura-pura tak fahamlah! Masa awak lewat hari tu awak ada beritahu saya, awak terlewat sebab mengadap muka bakal suami awak. Jadi saya nak tahu siapa bakal suami awak tu? Sampai awak boleh terlewat macam tu sekali sebab mengadap muka dia!”
“Saya ada cakap macam tu ek?” Maria masih mencari peluang menyelamatkan diri.
“Ya!” jawab Pasha Idham tegas. Maria hanya mampu tersengih. “Sekarang baik awak bagitahu saya! Kalau tak….”
“Kalau tak kenapa Encik Pasha?” Maria memotong.
“Kalau tak saya pecat awak!”
“Hah!? Takkan sampai macam tu sekali kot Encik Pasha?”
“Ya lah! Kan saya dah bagitahu dalam surat perjanjian tu. Awak tak ingat? Ke nak saya bacakan balik ciri-ciri PA yang perlu ada pada diri awak?”
“Hah!? Ermmm…tak payahlah Encik Pasha…saya rasa saya dah tahu.”
“Kalau tahu bagus! Jadi sekarang apa tunggu lagi? Baik awak bagitahu saya cepat! Ke awak betul-betul nak saya pecat awak ni?!” ugut Pasha Idham sekali lagi.
“Eh…jangan… jangan Encik Pasha…”
“Kalau jangan, baik awak bagitahu saya sekarang!”
“Ya lah…saya bagitahu.” akhirnya Maria terpaksa mengalah.
            Dalam nada suara yang perlahan Maria memberitahu Pasha Idham siapa bakal suami yang dimaksudkannya itu. “Sebenarnya…bakal suami yang saya maksudkan tu adalah Sigit Purnomo Syamsuddin.”
            “Siapa?” tanya Pasha Idham yang tidak mendengar apa yang diucapkan Maria. “Suara tu kuat sikit boleh tak? Tak payah nak berbisik sangatlah! Bukan mahal pun suara awak tu?” perli Pasha Idham. Maria yang mendengarnya jadi geram, tapi dikawalnya cepat-cepat supaya rasa geramnya itu hilang. Kalau tak… mahu makin teruk jadinya nanti. “Apa lagi? Bagitahulah cepat!” desak Pasha Idham bila dilihat Mariam diam.
            Dengan penuh rasa semangat bercampur dengan rasa menyampah Maria bersuara. “ Saya cakap… bakal suami yang saya maksudkan itu adalah Sigit Purnomo Syamsuddin!” Maria bersuara lantang. Kali ni dilambatkan sikit sebutan-sebutan perkataan itu supaya ianya jelas kedengaran di telinga Pasha Idham. Pasha Idham yang mendengarnya sedikit terkejut.
            “Awak ni biar betul! Bakal suami awak tu indon ke? Kat mana awak jumpa dia tu? Tak ada orang lain dah ke yang awak nak jadikan suami Maria? sampai pendatang asing yang datang ke Malaysia ni awak jadikan dia suami? Confirm dia kerja buruh kan? Maria…Maria…kesian kat awak.” komen Pasha Idham panjang apabila mendengar jawapan dari Maria.
            “Ewah…ewah…sedap mulut dia je nak cakap bakal suami aku tu pendatang asing ya! Aku lastik mulut tu kan baru tahu! bukan main banyak lagi soalanya.” kutuk Maria dalam hati. “Kejap…kejap…kejap! Bila masa pulak saya kata my future husband tu kerja buruh? Dia penyanyi okey! Bukan kerja buruh dan bukan juga pendatang asing! Encik Pasha ni sedap mulut je cakap bakal suami saya macam tu kan!?” Maria cuba membetulkan kenyataan palsu Pasha Idham yang dilemparkan pada bakal suaminya itu.
            “Apa awak cakap? Penyanyi? Glamour ke? Saya tak pernah dengar pun penyanyi Indonesia yang nama macam tu? Awak ni biar betul Maria.” Pasha Idham sedikit meragui apa yang diberitahu Maria padanya.
            “Eh betul lah! Ingat saya tipu ke? Kalau Encik Pasha nak tahu, Sigit Purnomo Syamsuddin tu nama penuh dia. Kalau nama singkat dia sama nama macam Encik Pasha, dia dari band warna yang macam dalam bilik Encik Pasha ni. Lagu-lagu dia best best tau! Nak, nak lagu ‘Percaya Padaku’ tu. Memang terangkat habis.” kata Maria bersungguh. Siap memuji lagi band kesayangannya tu. Pasha Idham yang mendengarnya seperti dapat menangkap siapa penyanyi yang dimaksudkan Maria itu.
            “Maksud awak Pasha Ungu?” teka Pasha Idham.
            “Ya lah!” jawab Maria dengan muka yang yakin. Pasha Idham yang mendengar jawapan yakin dari Maria itu ketawa terbahak-bahak. Tak tahu pulak dia nama sebenar vokalis kumpulan ungu tu sepanjang tu.
            “Hahahahahhahahahah!!!!” ketawa Pasha Idham panjang. Maria yang mendengar Pasha Idham ketawa sedikit terasa hati. Terasa ketawa itu satu sindiran untuknya. Sebelum ni bila orang lain ketawa dia okey je, tapi tidak bila Pasha Idham. Mungkin Pasha Idham lelaki kot. Sebab tu dia sedikit terasa. “Maria…Maria…awak ni kuat berangan jugak ya? Awak tahu tak yang Pasha Ungu tu dah ada bini, dah ada anak empat pun! Tak ada lelaki lain dah ke yang awak nak sampai laki orang yang jadi pilihan awak. Dah lah laki orang, artis pulak tu! artis Indonesia lagi! Pasha tu pun entah kenal entah tidak awak ni siapa? Yakin je awak cakap dia bakal suami awak ya? Maria…Maria…” Pasha Idham masih lagi dengan ketawanya.
Maria yang mendengarnya sedikit geram, terasa ingin dihempuk-hempuk saja mulut bosnya  yang lantang bersuara mengutuknya itu.
 “Kalau tak diingatkan dia tu bos dah lama rasanya dia kena dengan aku ni! Geram je aku tengok dia ni lah! Sedap-sedap je dia kutuk aku! Dia ingat dia tu siapa nak kutuk-kutuk aku? suka hati akulah nak suka siapa pun! Yang kau sibuk tu kenapa?” bentak Maria dalam hati. Pasha Idham dari tadi masih lagi dengan ketawanya. “Habis tu kenapa? Salah ke saya minat Pasha Ungu tu Encik Pasha?” soal Maria.
“Tak salah awak minat Pasha Ungu tu,  tapi yang saya tak faham tu macam mana awak boleh yakin kata Pasha Ungu tu bakal suami awak ya? Padahal berjumpa pun tak pernah. Dah lah tu, kalau yang awak anggap bakal suami awak tu artis Malaysia saya boleh terima lagi. Ni artis luar kot! Sah-sah nak jumpa pun susah! Entah entah memang tak akan pernah jumpa kot! Maria… maria… agak-agaklah kalau nak berangan pun…” kutuk Pasha Idham.
“Ikut suka sayalah! Hati saya…bukan ada sangkut paut dengan Encik Pasha pun!” kata Maria geram. Kali ni sudah tidak dapat di tahan rasa geramnya.
“Memanglah tak bersangkut paut dengan saya, tapi sebagai majikan awak saya harus sedarkan awak dari angan-angan kosong awak ni.  Angan-angan awak ni tak membantu langsung untuk awak membina masa depan awak! Awak tahu tak?” kata Pasha Idham cuba menyedarkan Maria dari lamunan.
“Siapa kata tak membina?” Maria masih lagi melawan.
“Okey…cuba awak bagitahu saya apa yang membina sangat angan-angan awak tu?” cabar Pasha Idham. Maria dilihat seperti berfikir-fikir. “Kenapa tak jawab?” soal Pasha Idham bila Maria tidak menjawab soalannya.
“Kejaplah…saya nak fikir dulu ni…” Pasha Idham tersenyum mendengar jawapan dari Maria.
“Tengok! Awak pun tak dapat bagi jawapan dengan soalan saya tu kan? Kalau ia betul-betul bagi kebaikan pada awak, dari awal-awal lagi awak dah tahu jawapannya. Ni tak…terhegeh-hegeh nak bagi jawapan.” perli Pasha Idham.
Maria seperti sudah memperolehi jawapan. “Hah! ia mengajar saya erti kasih sayang! Membina semangat sangat saya agar saya terus setia dengan orang yang saya sayang!”
“Hahahhah!!! Itu yang awak cakap membina?... come on lah Maria... tu orang tak panggil membina, tu syok sendiri namanya. Hahhahah!!! Maria…Maria…Saya tak tahu nak cakap apa dah pada awak ni Maria…melampau-lampau penyakit berangan awak ni. Bahaya tu Maria...nanti awak frust sendiri nanti.” kutuk Pasha Idham. Kawww…kawww punya kutukan yang dia bagi, sampai Maria tersentap pun sudah tidak diambil peduli. Tapi kata-kata Pasha Idham ni lebih kurang dengan kata-kata dari Mak Munah pulak ya? Macam berpakat je nak kenakan Maria.
“Tapi Encik Pasha….” Maria masih ingin menegakkan kenyataannya itu. Tapi belum dia sempat menegakkan kenyataannya itu, Pasha Idham sudah memotong.
“Dah dah…tak ada tapi-tapi lagi. Awak boleh keluar sekarang! Cukuplah saya suruh awak jelaskan satu kesalahan ni. Kalau saya tanya lagi yang lain-lain tu nanti, entah apa-apa agaknya yang awak jawab pun saya tak tahulah nanti. Makin sakit lagi kepala saya jadinya ada la sebab nak fikir jawapan yang awak bagi tu. Sekarang ni pun perut saya dah tak tahu jadi apa dah ni, kena gastrik gamaknya sebab terlalu banyak sangat ketawa bila dengar kenyataan lawak awak tu.” kata Pasha Idham panjang. Maria seperti biasa rasa geram mesti ada tiap kali mendengar kenyataan berbaur sindiran dari bosnya itu.
“Banyaklah kau punya gastrik! Tapi kalau betul-betul kena gastrik pun bagus jugak! Biar padan dengn muka tu! ketawakan orang tak ingat dunia! Macamlah dia tu bagus sangat! Ikut suka akulah nak suka siapa pun, tu hak aku okey! Mak aku pun tak marah! Yang kau nak kutuk aku lebih-lebih tu kenapa?” kutuk Maria dalam hati “Tapi betul ke mak aku tak marah? hehehe” Maria tiba-tiba bertanya kembali pada dirinya sendiri dengan kenyataan yang bermain dalam fikirannya tadi.
“Yang awak duduk lagi kat sini tu kenapa? Tak dengar ke saya suruh keluar tadi?” suara Pasha Idham bila melihat Maria tidak berganjak dari tempat duduknya. Maria yang mendengar teguran itu tersedar dari lamunan.
“Tu tak ada lain mengelamun lagilah tu? Dah dahlah tu mengelamunnya Maria…fikir masa depan awak tu lagi penting dari awak mengelamun perkara yang awak sendiri tak pasti tu. Sedarlah wahai Cik Maria…” kata Pasha Idham yang masih dengan sisa ketawanya. Maria  memandang Pasha Idham geram. Terasa mahu dicekik-cekik je leher bosnya ketika itu. Kalau dia tidak berpegang dengan ajaran agamanya, rasanya dah lama Pasha Idham tu dibungkus Maria.
Malas untuk melayan perasaan marahnya, Maria terus keluar. Lebih lama dia didalam takut lain pulak jadinya nanti. Setakat ni Alhamdulillah mampu dikawal lagi. Kak Zura, Aina dan Azlan yang terdengar seperti pintu dibuka terus  memandang kearah pintu bilik Pasha Idham. Dilihatnya muka Maria yang masam mencuka. Oleh kerana rasa tidak sabar untuk tahu cerita sebenar mereka bertiga memberanikan juga diri dengan terus menyerbu kearah Maria, walaupun mereka tahu risiko yang akan menimpa jika Pasha Idham melihatnya.
“Kenapa lama sangat kamu kat dalam tu Maria? Apa dah jadi?” soal Kak Zura. Maria memandang muka Kak Zura sekilas, kemudian ke muka Azlan dan Aina.
“Jadi lempeng hangus kak! Hangus terbakar…” jawab Maria berkias. Jawapan yang diberikan sukar untuk difahamkan oleh mereka bertiga.
“Maksud kamu?” soal Kak Zura.
“Maksud saya, hati saya ni cukup-cukup terbakar dengan sindiran Encik Pasha tu kak. Nasib baik saya boleh kawal je, kalau tak dah lama saya bungkus bos kita tu.” kata Maria geram bila mengingatkan Pasha Idham mengetawakannya tadi.
“Kesian kamu ya? Lama betul kamu kat dalam…akak nasib baik sekejap je, kalau tak dengan akak-akak terbakar akak rasa.” kata Kak Zura seakan memujuk.
“Tadi aku dengar bos kita tu bukan main sakan gelak? Dia gelak pasal apa wei?” tanya Azlan ingin tahu. Maria serba salah untuk beritahu. Takut kalau-kalau kawan-kawannya ini pula yang akan gelakkan dirinya. Bagi mengambil langkah selamat, Maria memberikan alasan lain sebagai jawapan.
“Baik korang semua balik tempat masing-masing, kalau tak lagi teruk kita nanti kalau Encik Pasha tengok kita berkumpul macam ni. Dahlah mood dia macam singa sekarang ni, kan tak pasal-pasal kena cakar singa kat muka nanti kan?” kata Maria menakut-nakutkan rakan-rakannya. Mereka yang merasakan ada benarnya dengan kata-kata Maria itu terus kembali ke tempat masing-masing.
“Selamat aku…” kata Maria dalam hati. Lega bila dia tidak perlu menjawab pertanyaan Azlan tadi. Dia tidak mahu menaggung malu untuk kali kedua, cukuplah Encik Pasha sorang je tadi yang mengetawakannya. Tu pun sudah parah rasa hatinya bila mendengar ketawa menyindir bosnya itu.
Malas untuk melayan perasaan sakit hatinya itu, Maria meyibukkan diri dengan melakukannya kerjanya yang masih perlu dia siapkan. Kesibukkan melakukan kerja sedikit sebanyak mungkin akan mampu mengurangkan rasa sakit yang ada dalam hatinya tadi.


PASHA IDHAM berehat-rehat di dalam biliknya. Rasa penat bekerja  siang tadi masih terasa pada dirinya. Banyak betul kerja yang perlu disiapkan sampai tiba waktu balik pun dia boleh tak sedar. Macam mana nak sedar kalau dah khusyuk sangat bekerja. Tiba-tiba Pasha Idham teringat kejadian lucu di officenya siang tadi. Apa lagi kalau bukan pasal PAnya Maria.
            “Maria…Maria…boleh tahan lawak jugak minah ni ya? Confident je jawab Pasha Ungu tu bakal suami dia. Padahal Pasha Ungu tu dah beranak pinak kot! Macam mana dia boleh minat sangat dengan Pasha Ungu tu pun aku tak tahulah. Sanggup pertahankan Pasha Ungu dia yang tak tahan tu! Maria…Maria…” Pasha Idham ketawa sendiri. “Daripada kau minat Pasha Ungu tu, baik kau minat Pasha Idham ni ha! Hensem pun hensem. Bukan setakat hensem! Single lagi tau!” fikir Pasha Idham sendiri. “Ai! ayat macam promote diri sendiri nampak!” kata Pasha Idham pada dirinya sendiri setelah menyedari apa yang difikirkannya tadi. Pasha Idham jadi tersenyum sendiri.
            Melly yang membuka pintu bilik abangnya jadi hairan bila melihat abangnya tersengih sorang-sorang. “Ai abang! Sengih sorang-sorang nampak!” tegur Melly. Pasha Idham yang mendengar teguran itu terus mematikan sengihannya. Sedikit terkejut dengan kehadiran adiknya dalam biliknya itu.
            “Melly ni… kalau nak masuk ketuk pintu dulu boleh tak?” marah Pasha Idham pada adiknya.
            “Melly dah ketuk dah abang…abang tu je yang tak dengar…sibuk sangat mengelamun. Abang ingatkan siapa tadi tu abang sampai panjang sangat sengihnya tu?” Melly cuba merisik. Mana tahu, untung nasib abangnya beritahu.
            “Dah! Tak payah nak tahu hal abang! Ikut abanglah abang nak ingat kat siapa pun, yang Melly sibuk tu kenapa? Melly budak-budak jangan masuk campur urusan orang tua okey!” Pasha Idham cuba mengingatkan perbezaan umur antara mereka berdua.
            “Abang ni…suka sangat panggil Melly budak-budak! Melly dah besar okey! Melly bukannya budak-budak lagi!” marah Melly bila tiap kali Pasha Idham menganggapnya budak-budak. Melly sedikit menarik muka tanda protes.
            “Dah…tak payah nak merajuk sangatlah! Ni masuk bilik abang ni ada apa hal? Takkan masuk saja-saja je kot?”
            “Mama dengan papa suruh panggil abang turun makan malam.” beritahu Melly tujuan sebenarnya datang ke bilik Pasha Idham.
            “Ooo…kalau macam tu jomlah kita turun makan. Nanti lama pulak papa dengan mama menunggu kan.” ajak Pasha Idham. Melly sedikit terpujuk dengan ajakan abangnya itu.
            “Okey…jom!”

            Mereka dua beradik terus turun ke bawah untuk menikmati makan malam bersama papa dan mama mereka.