
BAB 1
MIKHAIL
HARITH BIN DATUK HARUN merupakan anak lelaki tunggal dan itulah satu-satunya
anak yang Datuk Harun ada hasil dari perkongsian hidupnya dengan Datin Marina.
Perangai Mikhail yang suka berfoya-foya diluar membuatkan Datuk Harun dan Datin
Marina jadi bimbang, semakin hari perangai buruk Mikhail itu semakin
menjadi-jadi sehinggakan mereka sudah tidak tahu apa lagi yang perlu
dinasihatkan pada Mikhail supaya Mikhail mendengar nasihat mereka. Apa yang
dinasihatkan pada Mikhail itu ibarat mencurah air ke daun keladi, masuk telinga
kanan keluar telinga kiri, semuanya tidak menjadi.
“Khai!
Kamu nak kemana pulak tu? Malam kalau
tak keluar tak boleh ke? Siang keluar, malam keluar, belajar duduk rumah sikit
boleh tak?” bebel Datin Marina bila melihat anak tunggalnya itu masih dengan
aktiviti tidak berfaedahnya walaupun sudah beberapa kali dia menegurnya.
“Khai
boring lah ma duduk rumah…bukan ada
apa pun kat rumah ni. Lagipun Khai muda lagilah ma, masa ni lah Khai nak enjoy puas-puas pun…nanti dah tua dah
tak larat nak keluar dah ma.” jawab Mikhail selamba.
“Banyaklah
kamu punya enjoy! Ingat Khai, umur
kamu tu dah masuk 30 tahun bukannya muda lagi, kalau masa ni kamu tak berubah
bila lagi kamu nak berubahnya? Umur macam kamu ni dah layak kahwin tau tak!”
marah Datin Marina bila Mikhail tidak mengendahkan apa yang di nasihatkannya.
“Apa
ma? Kahwin? Eee…memang tak lah ma
kalau Khai nak kahwin sekarang ni. Lelaki kalau 30 tahun tak kahwin okey lagi
ma…kalau perempuan tu lainlah.”
“Pandailah
kamu cakap ya? Habis tu bila kamu nak kahwin? Nak tunggu beruban dulu rambut tu
baru nak kahwin?” perli Datin Marina, geram bila diingatkan perangai degil
anaknya itu.
“Tak
adalah sampai macam tu ma...”
“Habis
tu bila?”
“Okeylah
ma Khai dah lewat ni, kita bincang lain kali jelah ya pasal tu…bye ma…” Mikhail terus berlalu pergi
meninggalkan mamanya seorang diri diruang tamu. Datin Marina bingung memikirkan
perangai anaknya yang suka berfoya-foya itu. Bertambah bingung lagi bila memikirkan apa
yang harus dijawab pada suaminya nanti bila suaminya itu pulang.
TIDAK
LAMA kemudian Datuk Harun pulang setelah selesai menguruskan urusan kerjanya
diluar. Masuk-masuk rumah je terus dia bertanyakan tentang Mikhail pada Datin
Marina.
“Khai
mana? Keluar lagi ke malam ni?”
“Macam
biasalah Khai tu pa…mama larang pun bukan dia nak dengar, tetap jugak nak keluar.” jawab Datin Marina
dalam nada yang pasrah.
“Saya
tak tahulah apa yang nak jadi dengan si Khai tu, dah puas dah nasihat tapi satu
pun tak melekat. Kalau macam ni lah gayanya macam manalah saya nak serahkan
syarikat saya tu pada dia, mahu lingkup
syarikat tu jadinya.” keluh Datuk Harun mengenangkan perangai anaknya itu.
“Susah-susah sangat kita kahwinkan jelah si Khai tu, mana tahu dia berubah
lepas dia kahwin.” tambah Datuk Harun lagi.
“Bertuah
sangatlah kalau Khai tu nak kahwin pa, tadi pun dia dah cakap kat mama dia tak
sedia lagi nak kahwin, muda lagi nak
enjoy tak puas lagi katanya….”
“Sampai
bila dia tu nak enjoy…umur dia tu
makin lama makin meningkat. Tengok tadi kat pejabat, masuk kejap lepas tu
hilang entah kemana. Kalau macam ni lah gayanya, boleh lingkup syarikat
jadinya.”
“Sabarlah
pa…mana tahu satu hari nanti dia akan berubah, kita berdoa jelah ya pa.” kata
Datin Marina cuba menenangkan suaminya.
“Tak
tahulah setakat mana lagi saya boleh bersabar dengan perangai si Khai tu.
Dahlah, saya nak naik atas dululah. Fikirkan pasal si Khai tu, makin serabut
lagi kepala saya ada la.” kata Datuk Harun terus berlalu pergi meninggalkan
Datin Marina sendirian dibawah. Datin Marina hanya memerhatikan langkah lemah
suaminya itu menuju kebilik tidur mereka ditingkat atas.
DI
LUAR Mikhail seronok bila dapat bertemu dengan rakan-rakannya. Kemana lagi
tempat yang dituju kalau tak ke kelab malam. Itulah rutin malam Mikhail bersama
rakan-rakannya, kalau tak ke kelab malam tak sah! Tapi satu je yang bagus
pasal Mikhail ni, walaupun dia selalu ke
kelab malam tapi tidak pernah sekali pun dia meneguk air haram yang ada di
kelab malam yang dikunjunginya itu. Itu adalah prinsip yang dia pegang, enjoy tetap enjoy tapi untuk meneguk air haram tu tidak akan sesekali dia lakukan. Kira okey jugaklah si Mikhail ni kan? Buruk-buruk
perangai dia pun tapi baiknya tetap ada juga.
“Khai kau tak nak minum ke? jomlah
minum sekali dengan kita orang ni.” ajak Azman. Azman adalah kawan yang paling
rapat dengan Mikhail. Kemana Mikhail pergi pasti Azman ada, jarang sangat kalau
dia tak ada dengan Mikhail.
“Sorry
bro, kau tahu aku kan? Nak enjoy boleh bro,
tapi kalau nak minum air tu aku takkan bro…aku
harap kau faham prinsip aku.”
“Sekali pun kau tak nak cuba?” Azman
cuba memujuk lagi.
“Kau pujuk aku beribu kali pun, aku
takkan minum. Kalau kau nak minum, kau minum je lah.” Mikhail tetap kukuh
dengan prinsipnya.
“Okeylah kalau kau tak nak, aku tak
nak paksa.” kata Azman mengalah dengan keputusan kawannya itu.
Sedang seronok mereka berhibur, tiba-tiba
datang seorang gadis menghampiri Mikhail.
“Mikhail Harith kan?” sapa gadis
itu.
“Ya saya, macam mana awak tahu nama
saya?” tanya Mikhail hairan.
“Macam mana saya tahu nama awak tu
awak tak perlu tahu, saya Tania. Kalau Encik Mikhail sudi jom menari dengan
saya.” ajak Tania. Mikhail apa lagi, pantang diajak laju je perginya. Nak-nak
pula orang yang mengajaknya menari tu gadis cantik macam Tania, lagi lajulah
perginya.
“Boleh! Tapi sebelum tu awak tak
payahlah susah-susah nak panggil saya Encik Mikhail, awak paggil saya Khai je
dah cukup, mesra pun mesra bila dengar kan?” pinta Mikhail dengan susunan ayat
yang baik punya.
“Okey Khai…jomlah kita menari, apa
tunggu lagi…muzik tengah best tu.”
ajak Tania sekali lagi.
“Okey jom!”
Akhirnya Mikhail dan Tania hanyut
didalam tarian mereka, bersama-sama manusia yang leka sama seperti mereka.
Muzik yang dimainkan merancakkan lagi tarian, mereka semua seperti dirasuk
kerana terlalu asyik dengan dunia mereka sendiri.
“Siapa yang menari dengan kau tadi
tu?” tanya Azman pada Mikhail bila Mikhail sudah kembali ketempatnya selepas
puas menari dengan Tania tadi.
“Entah! Katanya nama dia Tania.”
“Boleh tahan cun jugak awek tu ya?”
“Bolehlah…daripada nak dibandingkan
dengan awek-awek kau kan?”
“Hei…main kasar nampak! Kau jangan
nak banding-bandingkan dengan awek aku pulak
ya!” marah Azman.
“Tak betul apa aku cakap? Lagipun
kau tu bukan lekat sangat bila bercouple
ni kan? seminggu couple lepas tu
putuslah. Jadi kau jangan nak sensitif sangatlah kalau aku nak kutuk awek
mainan kau tu. Lainlah kalau aku kutuk bini kau…tu lainlah…” balas Mikhail.
“Hahahhah!!!
Kau ni macam tahu-tahu je.” gelak Azman pula bila mendengar kata-kata pedas
dari Mikhail itu. Tadi bukan main marah, ni ketawa pula.
“Aku tahulah kau…kau tu bukannya
jenis setia sangat, aku kutuk tak boleh konon! Padahal kau tu jahat lagi dari
aku. Aku ni setakat kutuk je… kau tu siap mainkan perasaan orang lagi. Dah lah
tu ramai pulak tu kau pasang, tak
padan dengan muka tak handsome.” kutuk
Mikhail lagi.
“Amboi kau…sedapnya kau kata kat
aku…Aku tahulah aku ni tak handsome
macam kau! Tapi kau janganlah nak kutuk-kutuk aku pulak. Aku sedar diri aku ni siapa…” kata Azman seakan merajuk.
“Eee…tolonglah
kau ni, tak payah nak sentap-sentap sangatlah dengan aku! Aku tinggal kau kat
sini balik jalan kaki nanti kan baru kau tahu!” ugut Mikhail. Azman hanya
mencebikkan bibirnya mendengar kata-kata Mikhail itu.
Disebalik perangai buruk Mikhail
yang suka berfoya-foya itu, satu lagi perangai baiknya selain tidak suka minum
adalah dia tidak suka mainkan perasaan perempuan. Sekadar teman untuk berhibur
dan suka-suka semasa keluar tu tak ada masalah baginya. Tapi kalau nak pasang
ramai awek macam si Azman tu dia tidak akan sesekali lakukan. Mikhail jenis
yang lebih suka berkawan daripada ada apa-apa hubungan istimewa dengan
seseorang. Kalau dia tidak suka dengan seorang perempuan itu dia kan terus
terang.
Bukan
tak ada yang cuba memikatnya. Ramai… malah lagi ramai dari Azman, tapi Mikhail
ni je yang jual mahal. Sebab tu jangan terkejut kalau Mikhail ni masih single lagi sampai sekarang.
Tak
macam kawan baiknya si Azman tu, playboy!
Pantang ada perempuan datang menggoda
sikit terus diajak couple. Memang
dasar tak cukup dengan sorang si
Azman ni.
Satu lagi dalam mencari pasangan ni
Mikhail tidak suka ada unsur paksaan terhadap dirinya. Kalau boleh biar dia
menerima perempuan yang ingin menjadi pendamping hidupnya itu dengan kerelaan
hatinya. Bukan apa, kalau ada paksaan dia takut nanti perempuan yang tidak
bersalah itu akan menjadi mangsanya. Memang dia tidak suka mainkan perasaan
perempuan. Tapi bila dah keadaan berlaku dalam paksaan, dia takut nanti geramnya
itu akan terlepas pada orang yang tidak sepatutnya di salahkan. Jadi sudah
jelas disini, Mikhail tidak sukakan paksaan dalam memilih pasangan hidupnya.
EZRA
baru sahaja selesai berborak dengan Farhan ditelefon. Tersenyum manis wajahnya
bila dapat mendengar suara tunang tercinta. Setahun sudah mereka menyulam
cinta, dan hanya tinggal dua minggu saja lagi Ezra dan Farhan bakal di satukan.
Perkenalan
mereka hanya berlaku secara kebetulan. Kedatangan Farhan untuk mencari buku di
kedai buku tempat Ezra bekerja telah menyatukan hati mereka berdua. Melihat
kesungguhan Farhan yang cuba mencuri hatinya membuatkan hati Ezra terbuka untuk
menerima Farhan.
“Senyum je ayah nampak, mesti
Farhanlah tu yang telefon tadi kan?” tegur Pak Hamid bila melihat wajah ceria
anaknya itu. Ezra hanya senyum menjawab pertanyaan ayahnya.
“Anak awak tu abang, kalau Farhan
yang telefon boleh lihat perbezaannya. Kalau dah semewek macam tu senyum, memang tak ada orang lainlah tu. Memang si
Farhanlah tu.” sampuk Mak Limah tiba-tiba.Ezra hanya mampu tersenyum mendengar
kata-kata dari kedua orang tuanya itu.
“Senyum-senyum jugak, kamu tu macam mana? Dah sedia ke nak jadi isteri si Farhan
tu? dah tak lama dah ni, lagi dua minggu je lagi.” tanya Pak Hamid pada anaknya
itu.
“InsyaAllah ayah dah sedia… tapi
Ezra rasa takut sikitlah ayah, berdebar-debar pun ada ni.” luah Ezra dengan apa
yang dirasanya.
“Biasalah tu Ezra, mak dulu masa nak
nikah dengan ayah kamu pun macam tu jugak,
perasaan berdebar tu mesti adanya. Mustahil kalau tak perasaan berdebar macam tu.”
kata Mak Limah.
“Betul cakap mak kamu tu Ezra,
perasaan berdebar tu dah memang jadi kebiasaan untuk orang yang baru nak kahwin
nak-nak lelaki lagilah berdebar.” tambah Pak Hamis pula menyokong kata-kata isterinya.
“Tapi debaran Ezra kali ni lain
macam sikitlah mak…ayah. Rasa tak sedap hati pun ada ni.” kata Ezra menyuarakan
kerisauan yang dirasakannya sejak akhir-akhir ini.
“Dahlah tak ada apa tu, kamu tu
terlalu fikirkan sangat sebab tu jadi macam tu. Dahlah mak dah nak masuk tidur
ni, kamu pun tidurlah esok kan nak kerja lagi.” Mak Limah cuba menenangkan
kegusaran hati anak perempuannya itu.
“Baiklah mak…kalau macam tu Ezra
masuk tidur dululah ya.”
“Ya lah…” jawab Pak Hamid dan Mak
Limah serentak.
BEST....NAK LAGI.
ReplyDelete