Followers

Sunday, 8 December 2013

NOVEL : HUS (21)


BAB 21

            “Abang Irfan, Abang Irfan kena datang cepat. Arissa kemalangan.” beritahu Julia ditalian, Irfan jadi cemas.
            “Julia ni biar betul! Jangan main-main dengan Abang Irfan.” suara Irfan cemas sudah tidak tahu apa yang dirasakan kini. Johan didepannya tertanya-tanya kenapa Irfan cemas begitu.
            “Buat apa Julia nak main-main abang. Abang datang cepat ke klinik Dr Anis kawan Julia tu. Abang kenal kan?”
            “Ya…ya abang kenal. Okey Julia tunggu abang dekat sana, abang datang sekarang.”
            “Okey. Cepat sikit ya abang. Julia risau tengok keadaan Rissa ni.”
            “Ya abang datang sekarang.”
Sebaik talian diputuskan Irfan terus bergegas ingin meninggalkan pejabat, sampai tidak sedar yang Johan masih disitu.
“Irfan! Kau ni kenapa, cemas semacam je aku tengok, cuba bagitahu aku.” Johan tiba-tiba bersuara bila dilihat Irfan yang begitu cemas sehingga tidak sedar yang dia masih disitu.
“Johan, kau ikut aku sekarang Johan. Arissa kemalangan.” beritahu Irfan
“Apa? Arissa kemalangan! Kau ni biar betul. ” kata Johan seakan tidak percaya.
“Ya betul. Tak ada masa aku nak bohong kaulah. Jom ikut aku.” tanpa banyak soal Johan terus menuruti langkah Irfan.
Dalam kereta, Irfan tak habis-habis menyalahkan dirinya.
“Kenapalah aku bodoh sangat Johan, lepaskan peluang yang ada. Aku tak sempat lagi nak bagitahu Arissa yang aku betul-betul sukakan dia, sekarang jadi macam ni pulak. Aku tak nak kehilangan dia untuk kali kedua Johan.” rintih Irfan takut dia bakal kehilangan Arissa.
“Sabarlah… kau doalah dia tak ada apa-apa. Semoga selamat semuanya.”
“Aku harap pun begitu Johan. Aku menyesal sangat sekarang ni Johan.” kata Irfan sedih.
“Tulah dari hari tu lagi aku dah cakap, jangan sorokkan perasaan tu, nanti kau yang rugi. Ni dah jadi macam ni kau dah tak boleh nak buat apa lagi. Aku harap Arissa sempat tahu perasaan sebenar kau tu, kalau tak aku pun tak tahu nak cakap macam mana Irfan. Aku harap kau tabah hadapi semua ujian ni.” kata Johan cuba menenangkan Irfan.
“Aku harap sangat Arissa takkan apa-apa. Aku tak sanggup kehilangan dia Johan.”
“Dah lah tu, baik kau fokus bawak kereta. InsyaAllah Arissa takkan apa-apa.” Johan cuba meredakan perasaan Irfan
Sampai di klinik Dr. Anisa Irfan terus meluru kearah Julia.
“Julia, macam mana dengan Arissa, mana dia sekarang?”
“Masih dalam bilik kecemasan lagi abang.”
“Macam mana sampai boleh jadi macam ni?”
“Tak tahu abang, benda tu secara tiba-tiba. Masa Arissa nak melintas, tiba-tiba datang sebuah kereta langgar dia. Tengok keadaan dia yang parah Julia jadi takut abang.” cerita Julia bersungguh.
“Ya Allah, kau selamatkanlah Arissa.” doa Irfan
“Sabar Irfan.”pujuk Johan. Johan sempat memandang Julia sambil tersenyum.
Tiba-tiba Dr Anisa keluar bersama katil troli yang diatasnya terdapat sekujur tubuh yang ditutup dengan kain putih. Dr Anisa menggeleng, Irfan faham maksud gelengan itu terus menyerbu kearah jasad yang terbujur kaku tadi tanpa membuka kain yang menutupi muka jasad itu.
“Arissa saya mintak maaf kerana tak sempat bagitahu awak yang saya betul-betul sukakan awak, cintakan awak, sayangkan awak. Saya nak awak jadi permaisuri hidup saya, tapi kenapa awak tinggalkan saya sebelum saya sempat bagitahu segalanya. Arissa bangun Arissa tolong jangan tinggalkan saya.” rintih Irfan setelah melihat sekujur tubuh yang kaku di tolak keluar dari bilik kecemasan. Semua yang lain diam, Irfan hairan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba seseorang memegang bahunya dan memanggil namanya.
“Encik Irfan…” Irfan terkejut seraya dengan itu dia berpusing ke belakang.
“Arissa!!!” panggil Irfan dalam keadaan terkejut.
“Ya saya.”
“Habis tu ni siapa?” tanya Irfan, serentak dengan itu terdengar gelak suara Julia dan Johan. Irfan dengan pantas membuka kain putih yang disangka menutupi Arissa tadi. Bila dibuka alangkah terkejutnya bila dia lihat hanya bantal-bantal yang di susun elok menyerupai seperti sekujur tubuh yang tidak bernyawa.
“Juliaaa!!! Apa semua ni?” laung Irfan. Julia masih lagi ketawa. Johan yang memang dari awal tahu tentang rancangan Julia ini merasa senang hati kerana rancangan mereka untuk memerangkap Irfan berjaya.
“Juliaaa…” panggil Irfan sekali lagi, kali ni lebih perlahan.
“Hahhaha…maaf Abang Irfan, Julia terpaksa buat semua ni. Sebab susah sangat Julia nampak abang Irfan nak berterus terang pada Arissa. Jadi dengan cara ni sahaja yang boleh buat Abang Irfan mengaku dan akhirnya Julia berjaya…Hahahhaa.” kata Julia yang masih lagi dengan ketawanya.
“Abang Johan… terima kasih, sebab sudi bekerjasama dengan Julia.”
“Tak ada hal lah, benda kecik je tu.” kata Johan pada Julia. Serentak dengan itu Irfan merenung tepat kearah temannya itu.
“Kau pun berpakat jugak dengan Julia ni Johan. Kau niiii…” Irfan tidak jadi untuk memarahi Johan apabila mendengar suara Arissa memanggilnya.
“Encik Irfan, betul ke Encik Irfan katakan tadi.” tanya Arissa minta kepastian. Irfan diam.
“Dah lah Abang Irfan, mengaku jelah. Semua orang dah dengar.” Julia bersuara.
“A’ah Irfan mengaku jelah, takkan kau nak ulangi lagi kesilapan yang sama kot. Masih tak serik lagi dengan apa yang terjadi tadi ke?” giliran Johan pula menambah. Irfan memandang kearah Arissa.
“Betul Arissa, saya memang sayangkan awak. Kalau boleh saya nak jadikan awak sebagai teman hidup saya. Semua yang awak dengar tadi tu, memang ikhlas lahir dari hati saya. Apa pun keputusan awak saya terima.” Irfan bersuara sedih masih terasa dengan adegan duka tadi.
“Encik Irfan.” panggil Arissa lembut, Irfan memandang Arissa.
“Sebenarnya saya pun sukakan Encik Irfan.” beritahu Arissa jujur. Irfan terus berdiri tegak seakan tidak percaya dengan ungkapan yang keluar dari mulut Arissa tadi.
“Betul awak sukakan saya?” tanya Irfan meminta kepastian sambil memegang bahu Arissa. Arissa mengangguk.
“Ya Encik Irfan.” Arissa mengiakan. Kegembiraan jelas terpancar diwajah Irfan.
“Ya Allah, terima kasih Ya Allah.” ucap Irfan, bersyukur dengan keadaan yang menyebelahi dirinya sekarang.
“Tulah, cakap awal-awal kan senang. Ni tak, nak suruh jugak Julia buat drama macam ni, baru nak mengaku. Kalau tak berjanggutlah kau tunggu Arissa.” perli Julia pada Irfan. Irfan memandang Julia dan Arissa.
“Maknanya Arissa bersubahat jugak dengan Julia la ni ek? Arissa memang dah tahulah yang saya sukakan Arissa?” tanya Irfan.
“Ya.” jawab Arissa sepatah.
“Eeee… tak patutnya awak buat saya macam ni.” kata Irfan manja sambil mencuit hidung Arissa.
“Alahhh tak payah nak manja-manja sangatlah kat sini, yang pastinya sekarang ni, Abang Irfan kena belanja Julia tau!. Bukan senang tauJulia nak mengarah drama sedih ni.”
“Eleh, baru buat kerja sikit dah nak mintak upah.” sindir Irfan
“Sikit, tapi impaknya besar tau Abang Irfan! Kalau nak tunggu orang tu berterus terang sampai bilalah agaknya Arissa ni dapat tahu. Walau apapun belanja tetap kena belanja!” tegas Julia.
“Yelah..yelah, nanti Abang Irfan belanja. Terima kasih sebab sedarkan Abang Irfan.” akui Irfan atas kesilapannya. Julia tersengih.
“Mengaku pun akhirnya. Ingatkan tak nak mengaku. Apapun kita patut berterima kasih pada Dr Anisa jugak kerana sudi menolong bagi melancarkan rancangan ini. Terima kasih Anisa sudi tolong aku.” ucap Julia.
“Terima kasih Dr Anisa.” ucap Arissa dan Irfan pula.
“Sama-sama. Nanti kalau rasa nak buat drama lagi kat sini, bagitahulah ya.” gurau Dr Anisa sambil tersenyum.
“Okey. Dr Anisa.” jawab mereka serentak.
“Ehem…ehem…” tiba-tiba Johan berdehem.
“Kau ni kenapa pulak? Nak suruh aku marah kau ke?” tanya Irfan pada Johan.
“Bukan macam tu.”
“Habis tu?”
“Tak ada lah… aku pun tolong kau jugak tau! Takkan Julia je kau nak belanja, aku pun nak jugak.” kata Johan sedih.
“Oooo…kau nak upah jugaklah ni ya?”
“Yelah…letih aku berlakon tadi tau!”
“A’ah lah Abang Irfan, kalau tak ada Abang Johan ni tak mungkin plan ni berjaya tau! Disebabkan Abang Johan ni lah Julia dapat tahu pergerakan abang hari ni tau.” cerita Julia.
“Ooooo…patutlah kau sibuk tanya aku, ada nak pergi mana-mana ke tak hari ni. Rupanya ni plan kau. Dah lah tu, sampai aku nak pergi toilet pun kau nak ikut. Hebat jugak lakonan kau ya Johan.”
“Mestilah…macam mana? kau nak belanja aku tak?” tanya Johan sekali lagi. Irfan seakan berfikir-fikir.
“Ermmm…oleh kerana kau pelakon terbaik dalam drama ni, jadi aku akan belanja kau sekali.”
“Betul ni?”
“Betul lah…”
“Yuhuuu!!!” jerit Johan. mereka disitu ketawa melihat gelagat Johan yang seperti budak kecik itu.
“Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih jugak dekat kau atas semua yang dah berlaku selama ni. Kau dah banyak tolong aku, terima kasih Johan.” ucap Irfan ikhlas.
“Tak ada hal lah, tu benda kecik je tu. Kan Julia kan?” tanya Johan padan Julia. Julia hanya mengangguk.

Mereka akhirnya meninggalkan tempat berlakunya drama tadi dengan perasaan yang begitu gembira, terutamanya bagi Arissa dan Irfan. Akhirnya satu hubungan istimewa terjalin diantara mereka dengan berkat usaha yang Julia rencanakan.

Sunday, 1 December 2013

NOVEL : WAKTU YANG DINANTI (1)


BAB 1

            “Haifa, aku dah nak keluar ni. Kau kunci pintu ni tau! Nanti kalau ada orang yang masuk kau jugak yang susah.” pesan Lana kawan serumah Haifa yang juga merangkap sahabat baik Haifa.
            “Ya, aku tahu la… kau ni pesan kat aku macam aku ni budak kecik je. Aku tahulah nak tutup pintu tu nanti.” rungut Haifa yang bosan bila pesanan yang sama yang ditinggalkan Lana bila tiap kali dia mahu keluar rumah.
            “Aku bukan apa, aku ingatkan aje. Sebelum apa-apa yang buruk berlaku baik aku ingatkan kau dulu.” balas Lana pula.
            “Ya lah, ya lah… terima kasih sebab ingatkan aku.” jawab Haifa yang terpaksa mengalah. Lana tersenyum mendengarnya. “Kau tunggu apa lagi? Kata nak keluar dating… pergilah cepat! Aku nak kunci pintu ni.” halau Haifa bila Lana masih tercegat di depan muka pintu.
            “Ya la… aku pergi sekarang.” akur Lana. Giliran dia pula terpaksa mengalah dengan Haifa.
            Sebaik Lana melangkah keluar saja dari pintu pagar rumah mereka. Haifa terus mengunci pintu rumah dan mendapatkan semula laptop yang ditinggalkannya sebentar tadi. Haifa kalau hari cuti kalau tak keluar macam tu lah aktivitinya. Tak habis-habis dengan laptopnya.
            Kalau nak tahu, sebenarnya Haifa ni seorang kaki blogging. Dia suka menulis dan berkongsi tentang kisah kehidupannya di blog. Boleh dikatakan blog ni sebagai diari hidup dia la. Apa yang dia rasa nak kongsi, dia akan kongsikan di blognya. Tapi berpada-pada jugalah apa yang dikongsikannya itu. Agak-agak perkara yang terlalu personal tu, tak ada lah dikongsikannya.
            “Eee… kacau betul lah Lana ni. Dah lupa dah apa yang aku nak tulis tadi.” rungut Haifa bila idea menulisnya sudah hilang disebabkan gangguan dari Lana tadi. Berkali-kali dipegang kepalanya pun, idea tadi tidak datang juga.
            “Ishhh!... datanglah kau idea…” seru Haifa supaya idea yang hilang tadi datang menjengah ke mindanya. Tapi hamfeh! Seru macam mana sekalipun idea yang tadi hilang tidak juga datang. Last sekali, oleh kerana sudah bosan bila idea diseru tidak juga datang. Haifa dengan baik punya mood menutup terus laptopnya tanpa memberi salam. Rapat-serapatnya ditutup. Kesian laptop tu, tak pasal-pasal jadi mangsa geram Haifa. Kalaulah laptop tu boleh bercakap, mahu dimaki-maki si Haifa ni.
            “Baik aku pergi mandi lagi baguslah…” kata Haifa yang sudah pasrah bila usahanya untuk cuba mengingati apa yang mahu ditulisnya tadi tidak berjaya. Haifa terus menuju ke biliknya di tingkat atas untuk mandi.


“MIRZA, tak payahlah pindah… Mirza tak kesiankan mama ke duduk sorang-sorang kat rumah ni? Atau rumah ni tak cukup selesa untuk Mirza?” tanya Datin Khalida pada Mirza bila anaknya itu tetap berkeras mahu pindah.
            “Bukan macam tu ma, rumah ni cukup selesa untuk Mirza. Cuma Mirza rasa dah tiba masanya Mirza untuk berdikari. Lagipun Mak Ton dan Pak Mail kan ada temankan mama.” suara Mirza memujuk mamanya.
            “Tapi Mirza, Mak Ton dengan Pak Mail tak sama dengan Mirza. Mama perlukan Mirza.” rayu Datin Khalida lagi.
            “Mirza pun perlukan mama juga. Tapi sekarang ni mama bagilah peluang untuk Mirza berdikari ya ma. Dah tiba masanya untuk Mirza berdikari. Lagipun rumah Mirza bukannya jauh pun dari rumah mama ni. Lima belas minit dah boleh sampailah ma. Tiap-tiap hari Mirza boleh datang melawat mama.” sekali lagi Mirza memberi alasan memujuk mamanya.
            “Kalau Mirza perlukan mama, Mirza duduk je lah dengan mama. Tak payahlah pindah.” balas Datin Khalida pula. Mirza sudah menggaru-garu kepalanya.
            “Tak boleh ma…” bantah Mirza.
            “Kenapa pulak tak boleh?” soal Datin Khalida lagi.
            “Tak bolehlah… sebab Mirza dah beli rumah tu ma. Tinggal Mirza nak duduk je sekarang ni. Membazirlah kalau beli tak duduk ma.” beritahu Mirza.
            “Kalau macam tu Mirza sewakanlah pada orang lain.” suara Datin Khalida pula memberi cadangan. Mirza sudah tidak tahu untuk menjawab apa. Sudahnya dia diam saja.
Sebenarnya Mirza ada sebab kenapa dia ingin berpindah dan duduk di rumah sendiri. Sebabnya adalah dia ingin mengelak dari mamanya yang selalu saja bertanyakan soalan yang sama. Kahwin… kahwin... kahwin! Nak pergi kerja kahwin, balik kerja kahwin. Sampai Mirza tak lalu makan dibuatnya sebab muak dengan soalan yang diajukan.
            “Mirza keluar dulu ma, ada hal kejap nak diuruskan kat luar.” beritahu Mirza yang ingin mengelak dari bersoal jawab panjang dengan mamanya.
Tapi sebenarnya memang Mirza ada hal yang diuruskan pun. Hal apa lagi kalau bukan pasal rumah yang baru dibelinya itu. Kalau beritahu mamanya yang dia ingin keluar sebab nak kerumah barunya itu, memang confirmlah mamanya tak bagi keluar nanti.
“Tu tak ada lain nak mengelaklah tu!” serkap Datin Khalida. Seakan dapat membaca gerak geri anaknya itu.
“Mana ada mengelak ma. Kalau mengelak, dari tadi Mirza dah cabut ma. Mirza betul-betul ada kerja kat luar ni ma.” kata Mirza meyakinkan mamanya. Datin Khalida masih kurang percaya dengan alasan yang diberi Mirza.
“Kalau betul ada kerja, kerja apa yang kamu nak buat kat luar tu?” soal Datin Khalida pula.
Aii ma, sejak bila mama jadi polis pencen tak bergaji ni ma? Adalah kerja Mirza tu ma. Mana boleh bagitahu. Ni kerja lelaki.” jawab Mirza.
“Ya lah tu…” Datin Khalida masih sangsi dengan jawapan anaknya.
“Ya… percayalah kat Mirza ma. Okeylah ma… Mirza pergi dulu.” pinta Mirza. Mirza pergi meninggalkan Datin Khalida selepas dia menyalami tangan mamanya itu. Tanda meminta restu sebelum keluar, walaupun sebentar tadi dia sedikit menipu mamanya.


AKHIRNYA sekali lagi Mirza sampai di rumah yang telah dibelinya itu. Dulu kalau sampai, rumah jiran sebelah rumahnya itu kelihatan seperti tiada orang. Tapi kali ni tidak. Ada kereta di rumah jirannya itu. Maknanya Mirza memang ada jiran. Tapi jiran lelaki ke perempuan, itu Mirza tidak tahu.
            “Hurmmm… ada jiran rupanya aku. Ingatkan tak ada…” kata Mirza sendiri bila melihat ada kereta yang diparkir dirumah sebelah rumahnya itu.
            Mirza ni pun satu, sebelum ni kau datang hari bekerja. Memanglah tak ada kereta tu kat situ sebab tuannya bawa ke tempat kerja. Apalah si Mirza ni.
 Kau tu lainlah bos. Kerja kat syarikat sendiri. Nak pergi kerja ke, tak nak pergi ke.. boleh ikut suka hati kau. Tak sama macam orang lain.
“Jiran aku ni lelaki ke perempuan ya?” tanya Mirza berteka-teki sendiri. Mirza keluar dari keretanya untuk membuka pintu pagar rumahnya. Kemudian masuk kembali ke dalam kereta untuk memakirkan keretanya. Setelah kereta elok diparkir dalam pagar rumah, Mirza keluar berjalan menuju ke pintu rumahnya.
Dalam dia berjalan itu, sempat dia memanjangkan leher mengintai rumah jiran sebelah. Terdapat kasut perempuan diatas almari kasut itu.
“Jiran aku ni perempuan ke? Bujang ke dah berkeluarga ni?” soalan lain pula yang bermain difikiran Mirza setelah dia dapat mengagak jantina jiran sebelah rumahnya itu bila dia melihat ada kasut perempuan disitu.
Ahhh… tak kisahlah lelaki ke perempuan, aku peduli apa?” kata Mirza malas untuk memeningkan kepala memikirkan perkara yang tidak penting itu. Dia terus melangkah menuju ke pintu rumahnya.


HAIFA yang baru siap mandi ketika itu berdiri ditepi tingkap sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah. Sedang dia mengeringkan rambut dengan tualanya itu, Haifa sedikit pelik bila dia melihat ada kereta di parkir di dalam pagar rumah sebelah rumahnya.
            “Ai, sejak bila pulak aku ada jiran ni?” tanya Haifa sendiri bila melihat ada kereta di sebelah rumahnya.
            “Baru pindah kot…” teka Haifa sendiri.
Malas untuk memikirkan pasal jiran baru sebelah rumahnya itu, Haifa beredar dari tingkap biliknya dan bergerak ke almari untuk mencari baju untuk di pakai.
Setelah selesai memakai baju semuanya, Haifa turun ke bawah untuk mengadap kembali laptop yang ditinggalkannya tadi.

“Harap-harap datanglah idea aku kali ni ya…” doa Haifa dalam hati sambil jari jemarinya sudah bersedia untuk menaip apa  yang akan terlintas di dalam fikirannya nanti. Dan Alhamdulillah, apa yang di doakannya itu berhasil, bila jari jemarinya laju je menaip sampai susah untuk berhenti. Maria memfokuskan pada penulisannya. Peluang yang ada digunakan sebaiknya. Bukan apa, takut idea yang datang ni hilang macam tadi pula. Kan dah jadi masalah untuk dirinya. Jadi, dari dia kehilangan idea macam tadi. Baik dia fokus dengan sebetulnya.

Monday, 11 November 2013

NOVEL : PASHA! I L U (16)


BAB 16

SAMPAI saja di pejabat Pasha Idham terus ke meja Maria. Maria yang melihat Pasha Idham  yang terus meluru kearahnya itu sedikit terkejut. Biasa tak ada lah macam tu. Bimbang juga dia takut-takut bosnya itu nak balas dendam pasal perkara semalam. Takut memang takut namun di coolkan saja supaya tidak nampak sangat takutnya itu.
“Maria…” suara Pasha Idham.
“Ya Encik Pasha.”
“Kopi saya awak dah buat belum?” tanya Pasha Idham.
“Dah Encik Pasha…”
“Awak bawak keluar balik kopi awak tu.” arah Pasha Idham.
“Tapi kenapa Encik Pasha?”
“Saya suruh bawak keluar, awak bawak keluar je lah… tak payahlah nak banyak soal.” sindir Pasha Idham. Maria terus masuk ke dalam bilik Pasha Idham untuk membawa keluar kopi yang dibuatnya tadi. Pasha Idham masih lagi diluar. Sebaik Maria keluar dari biliknya, Pasha Idham bersuara.
“Mulai hari ini, awak dah tak payah buat kopi untuk saya.” Pasha Idham memberitahu Maria. Maria sudah tahu kenapa bosnya mengambil keputusan sebegitu. Maria ingin ketawa, namun ditahan.
“Zura!” panggil Pasha Idham.
“Saya Encik Pasha.”
“Mulai hari ni awak akan buat kopi untuk saya.” kata Pasha Idham memberi kata putus.
“Saya?” tanya Kak Zura terkejut.
“Kenapa? Ada masalah ke?”
“Tak ada Encik Pasha.”
“Kalau tak ada, awak buat je macam saya suruh. Boleh?”
“Boleh Encik Pasha…” jawab Kak Zura dengan senyuman yang sedikit kelat. Setelah mendengar jawapan dari Kak Zura, Pasha Idham terus masuk ke dalam biliknya.
Kak Zura terus ke meja Maria. Kak Zura sudah tahu kenapa bosnya tiba-tiba memberi arahan sebegitu. Ni mesti pasal perangai kotor Maria semalam. Memang tidak salah lagi.
“Ni pasal kamu semalamlah ni Maria. Tak pasal-pasal pulak akak kena ambik tugas kamu ni!” suara Kak Zura pada Maria tidak puas hati.
Alahhh tak apa lah kak… sekurang-kurangnya dapatlah akak mengeratkan lagi silaturrahim akak dengan Encik Pasha tu.” kata Maria sambil tersenyum.
“Banyaklah kamu punya silaturrahim! Tak kuasa akak nak mengeratkan silaturrahim dengan orang macam tu! Lagipun akak tak bolehlah bila berhadapan dengan Encik Pasha tu. Seram sejuk jadinya Maria…” Kak Zura meluahkan perasaan sebenarnya kepada Maria.
Alahhh akak buat-buat biasa sudahlah kak. Macam saya…”
“Kamu memanglah boleh buat-buat biasa, sebab perangai kamu tu pun dah memang gila-gila. Akak ni darah gemuruh tinggi sangat ni Maria. Nanti kan tak pasal pasal akak terkencing depan Encik Pasha tu ”
“Akak ni… takkanlah sampai macam tu. Tak apa kak, saya ada. Kalau Encik Pasha buli akak, akak bagitahu je pada saya. Saya sudi membantu!” kata Maria yakin. Kak Zura menjuihkan bibirnya.
“Ya lah tu.”
Iye… apa lagi kak? Cepatlah pergi buat kopi tu. Nanti kalau Encik Pasha keluar, tak pasal-pasal akak kena marah kan!” Maria cuba mengingatkan tentang tugasan baru yang akan di pikul Kak Zura itu.  Kak Zura menarik muka masam.
Eeeee…benci betul lah!” suara Kak Zura tidak puas hati bercampur dengan geram. Maria hanya tersenyum. Senyumlah sebab dia sudah terlepas dari mengadap karenah Pasha Idham. Kak Zura jugak yang merana. Dengan langkah yang lemah, Kak Zura menuju ke pantry untuk menyediakan kopi untuk bosnya itu.


WAKTU rehat tengahari itu, Maria keluar bersama dengan Dila. Alang-alang dah keluar makan dengan Dila, disampaikan hasrat Mak Munahnya untuk ke kenduri kahwin rumah kawannya di Pekan hari Ahad ni.
            “Dila! Kau free tak ahad ni?” tanya Maria.
            “Free…kenapa?”
            “Tak…aku nak mintak tolong kau sikit ni. Tu pun kalau kau tak keberatanlah…”
            “Apa dia? Cakaplah…”
            “Mak aku ajak aku ke Pekan ahad ni sebab ada majlis kahwin anak kawan dia. Tapi kau faham-fahamlah… nak ke Pekan tu kan makan masa jugak. Lagipun jauh, aku tak berani sangatlah. Kalau setakat Bandar Kuantan tu aku berani lah. Jadi aku nak mintaklah jasa baik kau, boleh tak kau hantar mak aku ke kenduri tu. Pasal minyak kau jangan risau, tu semua aku tanggung.” cerita Maria tentang hajat sebenarnya.
            “Alahhh aku tak kisahlah pasal minyak tu. Kau kan dah macam keluarga aku, kalau aku tak tolong siapa lagi nak tolong kan?” kata Dila tenang.
            “Maknanya kau setujulah ni?”
            “Ya…aku setuju. Tapi kau pergi sekalilah nanti. Kalau aku sorang yang pergi seganlah aku.”
            “Memang aku pergi pun. Nanti kau ajaklah mak kau sekali.” beritahu Maria.
            “Okey! Tak ada hal. Mak aku kalau bab jalan-jalan ni memang suka. Laju je perginya.” kata Dila sempat lagi mengata maknya.
 “Tapi aku peliklah dengan kau ni…” kata Dila lagi.
            “Kenapa dengan aku?” soal Maria.
            “Ya lah… bawak motor laju-laju kau tak takut. Tapi bila bawak motor jauh-jauh kau takut pulak. Aku rasa bawak laju tu lagi bahaya dari bawak motor jauh-jauh kot.”
            “Entah! Aku pun tak tahu. Mungkin sebab tak biasa pergi jauh-jauh lagi kot. Lagipun motor lagenda peninggalan arwah ayah aku tu bukannya motor baru. Dah dekat enam tahun kot motor tu. Kau faham-faham je lah.”
            “Tapi okey lagi apa aku tengok motor kau tu. Siap boleh merempit lagi kan?” kata Dila sempat lagi memerli.
            “Perli aku nampak!” kata Maria. Dila hanya tersenyum. “Motor aku tu memanglah kau tengok okey. Sebab masa kau tengok tu time dia okey. Cuba kau tengok time dia tak okey, memang tak okeylah yang kau akan kata.” tambah Maria lagi.
            “Pandailah kau…dah lah tu. Baik kau makan cepat. Nanti masuk lambat mengamuk pulak bos kau kan? Aku tak apa, bos aku okey.” kata Dila
            “Kan best dapat bos macam kau! relaks je kan?”
            “Kan?”
            “Kita tukar dua nak? Aku duduk tempat kau, kau duduk tempat aku? kerja kita pun lebih kurang sama je kan?” kata Maria memberi cadangan.
            “Huh! Tak naklah aku dapat bos mental macam tu! Aku rela tak kerjalah dari mengadap bos sawan macam tu.” kata Dila mengutuk bos Maria. Siapa lagi bos Maria kalau bukan Pasha Idham.
            “Hahahhah!!! Takut jugak kau ni ya?” kata Maria sambil ketawa.
            “Bukan takut, tapi malas nak melayan.”
            “Iyelah tu.” kata Maria sambil membuat muka.
            “Iyelah!” jawab Dila. “Kira kau ni aku tengok okey jugaklah ya? Masih mampu bertahan lagi sampai sekarang ni. Kalau aku jadi kau dah lama dah aku cabut.” kata Dila pada Maria. Sempat dia memuji ketahanan mental kawannya itu kerana masih mampu berdepan dengan bos sawan macam Pasha Idham itu.
            “Bila dah lama aku disitu aku dah jadi terbiasa dah dengan perangai bos aku tu. Sekali kalau dah dapat kenakan dia syok jugak. Memang nakal jugak jadinya. Hahahhaha!!!” gelak Maria tiba-tiba bila teringat perkara yang dilakukannya semalam. Dila hanya memandang Maria gelak tanpa mengetahui apa yang digelakkan Maria itu.


“MARIA mana?” tanya Pasha Idham pada staff-staffnya yang lain bila melihat Maria tidak ada ditempat duduknya.
            “Maria ke tandas Encik Pasha!” jawab Kak Zura.
            “Suka benar dia ke tandas tu ya? Buat apa dia ke tandas? Melepaskan hajat lagi ke?” tanya Pasha Idham memerli.
            “Agaknyalah kot…”
            “Kalau dia dah keluar… suruh dia masuk bilik saya!” pesan Pasha Idham.
            “Baik Encik Pasha.” jawab Kak Zura. Pasha Idham masuk ke dalam biliknya semula.
            Maria yang baru keluar dari tandas terus mendapat pesanan dari Kak Zura.
            “Maria, Encik Pasha cari kamu.” beritahu Kak Zura.
            “Dia nak apa?” tanya Maria.
            “Tak tahu.” kata Kak Zura sambil menjungkitkan bahunya. “Tapi dia pesan suruh kamu ke bilik dia.” sambung Kak Zura lagi.
            “Encik Pasha ni…asal aku pergi tandas je mesti dia cari aku. Time aku ada tercongok kat sini tak ada pulak dia cari.” gumam Maria sendiri.
            “Apa tunggu lagi! Cepatlah masuk dalam bilik Encik Pasha tu!” kata Kak Zura bila melihat Maria masih tercegat di situ.
            “Baiklah…saya masuk sekarang.” kata Maria mengikut apa yang disuruh Kak Zura.
            “Dah selesai dah ke melepaskan hajat?” tanya Pasha Idham sebaik Maria di depannya.
            Maria di dalam hati mengutuk Pasha Idham.
 ‘Apa jenis soalan yang bengap sangat ni! Sebab dah selesailah ni aku ada kat sini. Kalau tak selesai aku datang sini jugak memang nak cari penyakitlah tu namanya. Mahu setahun kau tak masuk office ni nanti Encik Pasha oi! Kau jangan main-main! Kalau dah berciciran sana sini, mak cik cleaner pun aku rasa cabut lari sebab tak tahan bau benda azimat aku ni!’
            Pasha yang melihat Maria diam bertindak menyergah Maria. “Hei! Awak dengar tak apa yang saya tanya ni!?”
            “Dengar…” jawab Maria sepatah.
            “Habis tu, dah sudah belum?”
            “Dah…!!!” jawab Maria geram. “Encik Pasha ni panggil saya sebab nak tanya pasal tu je ke?” tanya Maria bila tiada soalan lain yang ditanya Pasha Idham.
            “Tak! Saya ada kerja sikit nak suruh awak buat! Tapi sebelum tu, boleh saya tahu kenapa awak suka sangat pergi ke tandas ya?” tanya Pasha Idham lagi. Maria yang mendengar soalan itu hanya mampu menahan sabar. Namun dalam hati tetap dikutuknya.
            ‘Ni satu lagi soalan bengap! Lebih bengap dari soalan tadi aku rasa. Boleh dia tanya aku kenapa aku suka pergi tandas! Apa punya soalan aku pun tak tahulah. Aku bukan suka-sukalah nak pergi ke tandas tu! Dah aku sakit perut aku pergilah. Kalau saja-saja aku nak pergi memang tak lah!’ bebel Maria panjang. Tapi hanya dalam hati saja mampu dibebelnya.
            “Awak ni suka sangat mengelamun bila saya tanya kan?” perli Pasha Idham bila sekali lagi melihat Maria tidak menjawab pertanyaannya.
            “Saya rasa saya tak perlu jawab soalan bodoh macam tu.” kata Maria lepas. Sebab dah terlalu geram, apa yang keluar dari mulutnya pun dia dah tak boleh nak kawal. Bila dah keluar baru dia sedar. Memang saja cari penyakitlah ni jawabnya.
            “Apa awak kata!?” tanya Pasha Idham dengan nada yang sudah sedikit meninggi.
            “Tak ada apa-apa Encik Pasha.” Maria cuba mengelak.
            “Bohong!”
            “Betul…Encik Pasha, baik Encik Pasha bagitahu saya apa yang Encik Pasha nak suruh saya tu. Lagi cepat Encik Pasha bagitahu, lagi cepatlah saya boleh buat kerja saya tu.” kata Maria cuba mengingatkan Pasha Idham atas tujuan sebenar dia memanggil dirinya. Padahal lebih pada ingin mengelak sebenarnya.
            “Baik awak bagitahu saya betul-betul, apa yang awak cakap tadi!” Pasha Idham tidak termakan dengan kata-kata Maria itu. Dia tetap menuntut Maria memberitahunya semula apa yang dikatakan Maria tadi, walaupun hakikatnya dia sudah jelas mendengarnya tadi. Saja dia ingin melihat reaksi Maria.
            Maria dengan muka bersalahnya memohon maaf pada Pasha Idham. “ Saya mintak maaf Encik Pasha atas keterlanjuran mulut saya tadi tu. Saya tak berniat pun nak cakap macam tu, dah terlepas saya nak buat macam mana. Nak tarik balik dah tak boleh Encik Pasha.” kata Maria dengan susunan ayat yang baik punya. Dengan harapan Pasha Idham melupakan salahnya.
            “Apa yang awak dah cakap?” Pasha Idham masih lagi memaksa. Maria tidak dapat mengelak, nak tak nak dia kena jawab jugak apa yang telah dikatakannya tadi. Kalau tidak, sampai baliklah Pasha Idham terus menyoalnya dengan benda yang sama.
            Sambil menarik nafas yang panjang, Maria memberitahu Pasha Idham apa yang dikatakannya tadi. “Saya cakap saya tak nak jawab soalan Encik Pasha sebab saya rasa soalan Encik Pasha soalan yang bodoh.” beritahu Maria jujur.
            “Kenapa awak cakap soalan saya soalan bodoh? Boleh tolong terangkan?” Pasha Idham masih lagi menduga Maria.
            “Salah saya Encik Pasha, sebenarnya bukan soalan Encik Pasha yang bodoh tapi Encik Pasha yang bodoh sebenarnya…” kata Maria dengan tenang. Bila tersedar apa yang dikatakannya Maria menekup mulutnya. Lain yang ingin dicakap, lain pulak yang keluarnya.
            “Apa awak cakap!!! Awak kata saya bodoh!” Pasha Idham apa lagi naik anginlah bila ada orang yang mengatanya bodoh. Suaranya pun sudah meninggi, tidak setenang tadi.
            “Tak…tak…tak Encik Pasha. Bukan tu maksud saya, saya nak cakap saya sebenarnya yang bodoh. Bukan Encik Pasha… maafkan saya Encik Pasha.” Maria cepat-cepat meminta maaf. Pasha Idham sedikit tenang bila mendengar pengakuan baru yang dibuat Maria.
            “Lain kali kalau dah tahu bodoh jangan nak tunjuk pandai sangat bila menjawab. Kan dah terserlah kebodohan sendiri…” kutuk Pasha Idham pada Maria. Maria hanya mampu bersabar.
            ‘Bukan akulah yang bodoh, kau tu yang bodoh. Aku ni cuma malas nak cari pasal kau je, kalau tak jangan harap aku nak bagi peluang macam ni.’ protes Maria dalam hati bila mendengar kutukan Pasha Idham kepada dirinya.
            “Oleh kerana awak dah mengaku kebodohan awak sendiri, jadi saya beritahu tujuan sebenar saya panggil awaklah ya. Sebenarnya saya nak suruh awak buat ni.”
Pasha Idham mengambil fail penting yang perlu dia serahkan segera kepada papanya. Fail itu diberikannya pada Maria.
“Nah! Ambik fail ni pergi hantar kat Datuk Aziz! Sekarang!” arah Pasha Idham sambil menghulurkan fail yang dipegangnya pada Maria.
‘Hantar fail je pun! Padahal dia hantar sendiri boleh. Tak perlu nak tunggu aku keluar tandas lah! Dia ni memang saja je nak menyusahkan akulah.’ rungut Maria dalam hati. Maria tahu itu memang tugasnya, tapi kalau dah penting sangat suruh je lah siapa-siapa yang ada kat luar tu hantar. Tak pun bosnya itu boleh hantar sendiri. Kalau dia ada disitu masa Pasha Idham cari tu dia tak kisahlah. Ni tak!
“Penting ke?” tanya Maria selamba.
Eh awak ni… boleh pulak awak tanya. Pentinglah…! Sebab tu saya suruh awak hantar sekarang!” tengking Pasha Idham.
“Baiklah…saya hantar sekarang…” kata Maria menurut. Dia kemudiannya beredar dari bilik Pasha Idham bagi menghantar fail itu kepada Datuk Aziz.
Maria berjalan laju menuju ke ruangan yang menempatkan bilik Datuk Aziz dan staff- staffnya. Dari jauh di lihat Dila kawannya itu sangat khusyuk dengan kerjanya. Sampai tak angkat muka langsung. Fokus je dengan kertas yang dihadapnya itu.
“Mak cik!” sergah Maria. Dila terkejut.
Uih! Kau Maria. Terkejut aku! lain kali bagi salam dulu boleh tak? Kau ni.., suka sangat main sergah-sergah.” bebel Dila panjang. Maria hanya tersenyum mendengar bebelan kawannya itu.
“Datuk Aziz ada tak?” tanya Maria pada Dila.
“Ada. Kenapa kau nak jumpa Datuk ke?” tanya Dila pula.
“Ya la…sebab tu aku tanya.”
“Kenapa kau nak jumpa Datuk?” soal Dila lagi.
Eh kau ni, banyak pulak soalnya. Ni…aku nak bagi fail ni ha…” beritahu Maria.
Ooo… kau masuklah dalam. Datuk ada kat dalam tu.”
“Baiklah…aku masuk dulu ya.”
“Hati-hati…” Dila sengaja mengusik.
“Kenapa?” tanya Maria sedikit terkejut.
“Tak ada apa-apa aku saja je…”
Cesss! Mati-mati aku ingat Datuk Aziz dah bertukar jadi macam bos aku tadi. Kau ni takutkan aku je lah.”
Hahaha… takut jugak kau! Bukan masa makan tadi kau cakap dah biasa ke?”
“Tu dengan bos aku! bukan dengan bos kau! apa lah kau ni. Dahlah aku masuk dululah.”
“Ya lah…”
“Masuk….!” arah Datuk Aziz bila terdengar pintunya di ketuk dari luar.
“Awak Maria. Ada apa awak datang jumpa saya ni?” tanya Datuk Aziz sebaik Maria muncul didepanya.
“Nak berhenti kerja Datuk!” jawab Maria meloyar buruk.
Hah! awak biar betul Maria!” Datuk Aziz sedikit terkejut. Maria yang melihat muka terkejut Datuk Aziz tu tersengih jadinya.
Heheheh…saya gurau je lah Datuk.”
Ishhh! awak ni… mati-mati saya ingat awak betul-betul nak berhenti tadi. Buat terkejut saya je.”  kata Datuk Aziz sedikit lega. Maria masih tersengih “Jadi apa tujuan sebenar awak datang jumpa saya ni?” tanya Datuk Aziz sekali lagi.
“Saya datang ni sebab Encik Pasha suruh saya hantarkan fail ni kat Datuk.” beritahu Maria sambil menghulurkan fail yang berada ditangannya kepada Datuk Aziz.
Ooo… terima kasih.”
“Sama-sama. Kalau tak  ada apa-apa saya mintak diri dululah ya Datuk.” Maria meminta diri.
“Tunggu kejap. Saya ada benda nak tanya sikit ni.”
“Apa dia Datuk?”
“Macam mana selama awak bekerja dekat syarikat ni? okey ke?”
“Bekerja kat syarikat ni tak ada masalah Datuk. Tapi bekerja dengan singa yang jadi masalah sikit Datuk.” jawab Maria jujur. Datuk Aziz sudah faham apa yang dimaksudkan Maria. Sebab bukan Maria sorang yang kata macam tu, yang lain-lain pun mengadu benda yang sama padanya. Dia sudah menasihatkan anaknya itu agar tidak terlalu garang dengan pekerja. Tapi tak tahulah anaknya itu dengar atau tidak nasihatnya itu. Dari aduan yang baru diterima oleh Maria ni macam anaknya tak berubah je.
“Singa mengaum lagi ke?”tanya Datuk Aziz. Maria hanya tersenyum bila mendengar soalan nakal Datuk Aziz itu.
“Mengaumlah jugak Datuk. Hehehe” jawab Maria tersengih.
“Awak sabarlah ya Maria. Saya sendiri pun tak faham dengan perangai anak saya tu. Saya harap awak tak ada lah sampai letak jawatan disebabkan perkara tu ya?” Datuk Aziz seperti memujuk Maria.
“Datuk jangan bimbanglah. Saya tak ada lah sampai nak berhenti kerja. Setakat ni Alhamdulillah, okey lagilah. Kalau saya tak tahan sangat saya tembak je dengan senapang nanti! Boleh kan Datuk?” Maria meminta izin Datuk Aziz ungtuk menembak Pasha Idham, dengan niat hanya ingin melawak.
Datuk Aziz yang mendengar kata-kata Maria, ketawa kuat jadinya. “Hahahhaha!!! Ikut suka awaklah awak nak buat apa Maria. Janji awak suka. Awak ni macam-macamlah.” Datuk Aziz masih lagi dengan ketawanya.
“Betul ke ni Datuk?” tanya Maria sedikit teruja bila Datuk Aziz seperti menyokong hasratnya. Datuk Aziz yang masih lagi tidak berhenti ketawa hanya mengangguk mendengar pertanyaan Maria itu.
Yeayyy! Datuk ni memang sportinglah!” puji Maria dalam nada yang ceria.
“Tapi jangan sampai mati pulak anak saya awak kerjakan.” Datuk Aziz sempat berpesan.
Eh! Tak ada lah sampai macam tu Datuk. Kalau mati bos saya tu susahlah pulak saya nanti. Tak pasal-pasal pulak saya kena masuk penjara. Tak nak saya Datuk!” kata Maria sambil menggelengkan kepalanya.
“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dululah ya Datuk?” Maria meminta diri sekali lagi.
“Baiklah…semoga berjayalah ya.” ucap Datuk Aziz pada Maria yang masih lagi dengan tawanya. Maria yang mendengar ucapan Datuk Aziz  itu hanya tersenyum.
Kaki Maria masih belum lagi berganjak walaupun tadi dia sudah meminta diri untuk beredar. Ketawa Datuk Aziz menarik perhatiannya.
“Bukan main sporting lagi papa Pasha Idham ni. Tak macam anak dia, entah macam apa-apa je perangainya. Sehari tak buat orang sakit hati memang tak sah! Bukan Pasha Idham namanya.” Maria sempat lagi mengutuk bosnya di dalam hati.
Maria seronok bila melihat Datuk Aziz ketawa begitu. Ceria je suasana pejabat ni Maria rasa. Kalaulah Pasha Idham tu sama macam papanya kan best. Memang confirm berseri sentiasa pejabat mereka itu. Dia dengan kawan-kawannya pun, tak ada lah nak pandang Pasha Idham dengan pandangan meluat macam tu. Susah nak jumpa bos sporting macam Datuk Aziz ni, kalau ada pun hanya satu dalam seribu. Itulah yang boleh diumpamakannya.
Maria yang terasa sudah begitu lama berada disitu akhirnya meminta diri sekali lagi untuk pergi.
“Datuk, saya keluar dululah ya.” suara Maria sekali lagi. Datuk Aziz hanya mengangguk mengizinkan.
“Bukan apa, takut singa kat dalam bilik tu mengamuk pulak nanti kalau saya lama-lama kat sini. Singa tu kalau dah mengamuk Datuk faham-faham je lah ya, mati saya nanti Datuk.” Tambah Maria lagi. Sempat lagi dia mengutuk bosnya itu, anak Datuk Aziz pulak tu. Maria… Maria… mentang-mentanglah Datuk Aziz dah bagi lesen, kawww…kawww kau kutuk Encik Pasha tu ya. Memang betul-betul Marialah kau ni.
Datuk Aziz yang mendengar kutukan Maria terhadap anaknya itu hanya ketawa. Dia hanya mengangguk saja. Sedikit pun dia tidak memarahi Maria bila Maria mengutuk anaknya begitu.
“Baiklah. Kalau singa tu mengamuk jangan lupa ambik senapang tembak ya.” sempat lagi Datuk Aziz berpesan pada Maria. Bukannya nak marah Maria mengutuk anaknya, lagi disokong ada lah.
Maria apa lagi, senyum meleretlah jawabnya. Maklumlah ada orang yang sokong.
“Baik Datuk…akan dilaksanakan.” jawab Maria dengan selambanya.
“Semoga misi awak berjaya.” tambah Datuk Aziz lagi.
            Maria tersenyum. “ Saya pergi dulu Datuk.” beritahu Maria sekali lagi. Hmmm… berapa kali nak minta diri la… perginya tak jugak.
            “Baiklah… hati-hati ya.” pesan Datuk Aziz sekali lagi. Maria hanya mengangguk. Dia terus keluar meninggalkan bilik Datuk Aziz.
            Datuk Aziz dalam bilik masih lagi tersenyum bila mengenangkan perangai nakal Maria itu tadi. Melihat perangai Maria begitu, tiba-tiba Datuk Aziz teringatkan seseorang yang sudah lama tidak dia temui. Perangai Maria sama seperti perangai adiknya. Adik yang dia tidak tahu dimana perginya.
            “Maria…Maria…” itu saja yang mampu terluah dibibir Datuk Aziz bila mengingatkan perangai nakal Maria itu tadi.