Followers

Thursday, 19 September 2013

NOVEL : HUS (19)

BAB 19

            PUAN ZAINAB hairan melihat kelakuan anaknya malam ini. Nampak ceria semacam je. Balik dari kenduri kawannya tadi tak henti-henti Irfan tersengih, macam ada sesuatu yang tidak kena sehingga kelakuannya itu nampak pelik dari biasa.
            “Eh! Kamu ni lain macam je mama tengok Irfan, kenapa Irfan? ceria semacam je mama tengok. Sejak kamu balik petang tadi, tak henti-henti mama tengok kamu tersengih. Cuba kamu bagitahu mama kenapa kamu jadi macam ni.”
            “Mama ni mana ada lain, macam biasa je Irfan rasa. Mama ni salah tengok kot.” dalih Irfan
            “Salah tengok apanya, mama bukannya tengok kamu setahun sekali, tiap-tiap hari mama tengok kamu tau, mama boleh perasanlah perubahan kamu tu.”
            “Yeke? Irfan rasa macam biasa je.”
            “Tu kamu yang rasa, tapi mama tak rasa macam tu bila mama tengok kamu ni.” kata Puan Zainab biar anaknya sedar perubahan pada dirinya itu.
            “Mama… mama ingat lagi  Arissa tak?” tiba-tiba Irfan menyebut nama Arissa di depan mamanya.
            “Eh mestilah mama ingat. Lama mama tak dengar cerita pasal dia, yang kamu tiba-tiba tanya pasal Arissa ni kenapa?”
            “Haa… kalau mama nak tahu, Irfan pergi kenduri dengan dialah tadi.”
            “Eh bukan kamu pergi dengan Julia ke?”
            “Betul lah tu ma. Tapi Arissa pun pergi sekali, sebab yang kahwin tu anak angkat keluarga dia.”
            “Ooo…sebab tulah kamu tersengih memanjang ni ya? dapat jumpa Arissa rupanya.” teka Puan Zainab.
            “Hahhaha, mama pun tahu Arissa tu macam mana kan, bila jumpa dia mesti nak gaduh je kerjanya. Bila Irfan cakap pulak suka sangat dia menjawab. Tadi bila Irfan dapat peluang kenakan dia, Irfan kenakanlah dia cukup-cukup, terus dia senyap mama. Yang best lagi tu ma, siap merah-merah lagi pipi dia tu sebab malu.”
            “Ishhh kamu ni, kalau bab mengenakan orang nombor satu kan.”
            “Alaaa… bukan selalu mama, lagipun Arissa pun sama, dia pun suka jugak kenakan Irfan. Jadi tak salahlah kalau Irfan kenakan dia balik. Kan ma?”
            “Yelah tu. Ni mama nak tanya, kamu ni sebenarnya sukakan Arissa tu kan?” teka Puan Zainab lagi. Irfan terkejut bila tekaan mamanya itu mengena.
            “ Eh mana ada ma.” nafi Irfan.
            “Kamu jangan nak tipu mamalah, tengok gaya kamu ni mama dah tahu kamu memang sukakan Arissa kan?” tanya Puan Zainab lagi inginkan kepastian. Irfan diam.
            “Baik kamu cakap betul-betul dengan mama, kalau tak melepas kamu nanti.” Puan Zainab sedikit menggertak. Irfan seakan risau bila mamanya berkata begitu.
            “Tak naklah macam tu ma.”
            “Jadi betul lah kamu sukakan Arissa kan?”
            Irfan diam, kemudian mengangguk.
            “Haa… kan betul tekaan mama. Masih nak nafikan lagi. Kamu tak payah nak sorok dengan mamalah Irfan. Mama jaga kamu dari kecil, mama tahu apa yang kamu suka, apa yang kamu tak suka. Mama boleh baca tingkah laku kamu tu. Kamu sukakan Arissa sejak dia bekerja dengan kamu hari tu lagi kan?”
            “Sebenarnya sebelum dia bekerja dengan Irfan lagi ma.”
            “Maknanya kamu dah kenal dia sebelum dia bekerja dengan kamu.”
            “Tak ada lah kenal mana ma. Tapi sebelum Irfan accident haritu, Arissa pernah terlanggar Irfan kat shopping complex. Bila tengok dia kali pertama tu Irfan dah berkenan ma. Masa tu Irfan sempat lagi kenakan dia ma. Irfan ugut dia, kalau dia tak bayar ganti rugi Irfan jerit. Jadi disebabkan takut dia bayar ganti rugi dengan bagi maklumat dia sekali sebab dia tak dapat bayar penuh masa tu. Irfan accident hari tu pun pasal mengelamunkan dialah. Tapi malangnya lepas tu Irfan tak dapat jumpa dia lagi. Sebab masa  kemalangan tu kertas yang ada semua maklumat pasal dia tu hilang. Ingatkan dah tak ada harapan nak jumpa dia lagi ma. Tak sangkalah pulak dia tu kawan Julia. Tu lah orang kata nak ada jodoh, dapatlah Irfan jumpa dia balik ma.” cerita Irfan panjang lebar.
            “Ooo..macam tu ceritanya, habis tu kenapa hari tu mama tengok kamu dingin je dengan dia? Sampai dia dah nak balik pun kamu tak keluar.”
            “Tulah ma, salah Irfan. Irfan dah salah faham dengan dia ma. Dahlah ma, Irfan tak nak cakap lagi pasal tu. sakit hati je bila ingat kebodohan sendiri.” kata Irfan mengakui kelemahan diri.
            “Tu lah, ego kamu tu tinggi sangat mama tengok. Kamu jangan Irfan, nanti kamu jugak yang rugi. Kalau suka kamu terus terang je. Mama sebenarnya berkenan jugak dengan si Arissa tu. Mama tengok dia dengan kamu ni sesuai sangat. Elok sangat kalau Arissa jadi isteri orang yang degil macam kamu ni. Kalau degil-degil bantai je terus, tak payah tangguh-tangguh. ” tambah Puan Zainab
            “Aiii ma, tak sayang anak nampak, sampai sanggup biar Irfan kena bantai.”
            “Dah degil sangat. Bukan je degil, ego pulak tu. Memang patutlah kalau kena macam tu pun.”
            “Tapi kan ma, mulai hari ni Irfan tak nak ulangi kesilapan yang sama lagi. Irfan akan terus terang dan akan berusaha untuk dapatkan Arissa. Hati Irfan ni untuk Arissa sorang je ma, dah tak boleh nak di isi dengan orang lain lagi dah. Irfan harap mama doakan untuk Irfan dan sudi bantu Irfan ya.” pinta Irfan pada mamanya.
            “Baguslah kalau macam tu, kalau kamu dah sedar kesilapan sendiri. Mama ni Irfan sentiasa doakan kebahagiaan kamu. Harap kamu tak ulang lagi kesilapan kamu tu. Pasal Arissa tu kamu jangan bimbang, yang mana mama boleh tolong, mama akan tolong kamu.”
            “Terima kasih mama.”
            “Sama-sama. Tapi bila dah dapat nanti kamu jangan buat perangai pulak.”
            “Eh takkan ma. Irfan akan jaga Arissa dengan baik, andai ada jodoh Irfan dengan dia nanti. Irfan takkan sia-siakan dia.” Irfan berjanji pada mamanya.

            Irfan merasa lebih tenang kini kerana mamanya juga sudah tahu tentang perasaan dan hasratnya itu. Ini merupakan permulaan yang baik baginya kerana mamanya juga suka pada Arissa. Sekarang ni tinggal usahanya sahaja untuk melamar Arissa menjadi permaisuri hatinya.