Followers

Sunday, 8 December 2013

NOVEL : HUS (21)


BAB 21

            “Abang Irfan, Abang Irfan kena datang cepat. Arissa kemalangan.” beritahu Julia ditalian, Irfan jadi cemas.
            “Julia ni biar betul! Jangan main-main dengan Abang Irfan.” suara Irfan cemas sudah tidak tahu apa yang dirasakan kini. Johan didepannya tertanya-tanya kenapa Irfan cemas begitu.
            “Buat apa Julia nak main-main abang. Abang datang cepat ke klinik Dr Anis kawan Julia tu. Abang kenal kan?”
            “Ya…ya abang kenal. Okey Julia tunggu abang dekat sana, abang datang sekarang.”
            “Okey. Cepat sikit ya abang. Julia risau tengok keadaan Rissa ni.”
            “Ya abang datang sekarang.”
Sebaik talian diputuskan Irfan terus bergegas ingin meninggalkan pejabat, sampai tidak sedar yang Johan masih disitu.
“Irfan! Kau ni kenapa, cemas semacam je aku tengok, cuba bagitahu aku.” Johan tiba-tiba bersuara bila dilihat Irfan yang begitu cemas sehingga tidak sedar yang dia masih disitu.
“Johan, kau ikut aku sekarang Johan. Arissa kemalangan.” beritahu Irfan
“Apa? Arissa kemalangan! Kau ni biar betul. ” kata Johan seakan tidak percaya.
“Ya betul. Tak ada masa aku nak bohong kaulah. Jom ikut aku.” tanpa banyak soal Johan terus menuruti langkah Irfan.
Dalam kereta, Irfan tak habis-habis menyalahkan dirinya.
“Kenapalah aku bodoh sangat Johan, lepaskan peluang yang ada. Aku tak sempat lagi nak bagitahu Arissa yang aku betul-betul sukakan dia, sekarang jadi macam ni pulak. Aku tak nak kehilangan dia untuk kali kedua Johan.” rintih Irfan takut dia bakal kehilangan Arissa.
“Sabarlah… kau doalah dia tak ada apa-apa. Semoga selamat semuanya.”
“Aku harap pun begitu Johan. Aku menyesal sangat sekarang ni Johan.” kata Irfan sedih.
“Tulah dari hari tu lagi aku dah cakap, jangan sorokkan perasaan tu, nanti kau yang rugi. Ni dah jadi macam ni kau dah tak boleh nak buat apa lagi. Aku harap Arissa sempat tahu perasaan sebenar kau tu, kalau tak aku pun tak tahu nak cakap macam mana Irfan. Aku harap kau tabah hadapi semua ujian ni.” kata Johan cuba menenangkan Irfan.
“Aku harap sangat Arissa takkan apa-apa. Aku tak sanggup kehilangan dia Johan.”
“Dah lah tu, baik kau fokus bawak kereta. InsyaAllah Arissa takkan apa-apa.” Johan cuba meredakan perasaan Irfan
Sampai di klinik Dr. Anisa Irfan terus meluru kearah Julia.
“Julia, macam mana dengan Arissa, mana dia sekarang?”
“Masih dalam bilik kecemasan lagi abang.”
“Macam mana sampai boleh jadi macam ni?”
“Tak tahu abang, benda tu secara tiba-tiba. Masa Arissa nak melintas, tiba-tiba datang sebuah kereta langgar dia. Tengok keadaan dia yang parah Julia jadi takut abang.” cerita Julia bersungguh.
“Ya Allah, kau selamatkanlah Arissa.” doa Irfan
“Sabar Irfan.”pujuk Johan. Johan sempat memandang Julia sambil tersenyum.
Tiba-tiba Dr Anisa keluar bersama katil troli yang diatasnya terdapat sekujur tubuh yang ditutup dengan kain putih. Dr Anisa menggeleng, Irfan faham maksud gelengan itu terus menyerbu kearah jasad yang terbujur kaku tadi tanpa membuka kain yang menutupi muka jasad itu.
“Arissa saya mintak maaf kerana tak sempat bagitahu awak yang saya betul-betul sukakan awak, cintakan awak, sayangkan awak. Saya nak awak jadi permaisuri hidup saya, tapi kenapa awak tinggalkan saya sebelum saya sempat bagitahu segalanya. Arissa bangun Arissa tolong jangan tinggalkan saya.” rintih Irfan setelah melihat sekujur tubuh yang kaku di tolak keluar dari bilik kecemasan. Semua yang lain diam, Irfan hairan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba seseorang memegang bahunya dan memanggil namanya.
“Encik Irfan…” Irfan terkejut seraya dengan itu dia berpusing ke belakang.
“Arissa!!!” panggil Irfan dalam keadaan terkejut.
“Ya saya.”
“Habis tu ni siapa?” tanya Irfan, serentak dengan itu terdengar gelak suara Julia dan Johan. Irfan dengan pantas membuka kain putih yang disangka menutupi Arissa tadi. Bila dibuka alangkah terkejutnya bila dia lihat hanya bantal-bantal yang di susun elok menyerupai seperti sekujur tubuh yang tidak bernyawa.
“Juliaaa!!! Apa semua ni?” laung Irfan. Julia masih lagi ketawa. Johan yang memang dari awal tahu tentang rancangan Julia ini merasa senang hati kerana rancangan mereka untuk memerangkap Irfan berjaya.
“Juliaaa…” panggil Irfan sekali lagi, kali ni lebih perlahan.
“Hahhaha…maaf Abang Irfan, Julia terpaksa buat semua ni. Sebab susah sangat Julia nampak abang Irfan nak berterus terang pada Arissa. Jadi dengan cara ni sahaja yang boleh buat Abang Irfan mengaku dan akhirnya Julia berjaya…Hahahhaa.” kata Julia yang masih lagi dengan ketawanya.
“Abang Johan… terima kasih, sebab sudi bekerjasama dengan Julia.”
“Tak ada hal lah, benda kecik je tu.” kata Johan pada Julia. Serentak dengan itu Irfan merenung tepat kearah temannya itu.
“Kau pun berpakat jugak dengan Julia ni Johan. Kau niiii…” Irfan tidak jadi untuk memarahi Johan apabila mendengar suara Arissa memanggilnya.
“Encik Irfan, betul ke Encik Irfan katakan tadi.” tanya Arissa minta kepastian. Irfan diam.
“Dah lah Abang Irfan, mengaku jelah. Semua orang dah dengar.” Julia bersuara.
“A’ah Irfan mengaku jelah, takkan kau nak ulangi lagi kesilapan yang sama kot. Masih tak serik lagi dengan apa yang terjadi tadi ke?” giliran Johan pula menambah. Irfan memandang kearah Arissa.
“Betul Arissa, saya memang sayangkan awak. Kalau boleh saya nak jadikan awak sebagai teman hidup saya. Semua yang awak dengar tadi tu, memang ikhlas lahir dari hati saya. Apa pun keputusan awak saya terima.” Irfan bersuara sedih masih terasa dengan adegan duka tadi.
“Encik Irfan.” panggil Arissa lembut, Irfan memandang Arissa.
“Sebenarnya saya pun sukakan Encik Irfan.” beritahu Arissa jujur. Irfan terus berdiri tegak seakan tidak percaya dengan ungkapan yang keluar dari mulut Arissa tadi.
“Betul awak sukakan saya?” tanya Irfan meminta kepastian sambil memegang bahu Arissa. Arissa mengangguk.
“Ya Encik Irfan.” Arissa mengiakan. Kegembiraan jelas terpancar diwajah Irfan.
“Ya Allah, terima kasih Ya Allah.” ucap Irfan, bersyukur dengan keadaan yang menyebelahi dirinya sekarang.
“Tulah, cakap awal-awal kan senang. Ni tak, nak suruh jugak Julia buat drama macam ni, baru nak mengaku. Kalau tak berjanggutlah kau tunggu Arissa.” perli Julia pada Irfan. Irfan memandang Julia dan Arissa.
“Maknanya Arissa bersubahat jugak dengan Julia la ni ek? Arissa memang dah tahulah yang saya sukakan Arissa?” tanya Irfan.
“Ya.” jawab Arissa sepatah.
“Eeee… tak patutnya awak buat saya macam ni.” kata Irfan manja sambil mencuit hidung Arissa.
“Alahhh tak payah nak manja-manja sangatlah kat sini, yang pastinya sekarang ni, Abang Irfan kena belanja Julia tau!. Bukan senang tauJulia nak mengarah drama sedih ni.”
“Eleh, baru buat kerja sikit dah nak mintak upah.” sindir Irfan
“Sikit, tapi impaknya besar tau Abang Irfan! Kalau nak tunggu orang tu berterus terang sampai bilalah agaknya Arissa ni dapat tahu. Walau apapun belanja tetap kena belanja!” tegas Julia.
“Yelah..yelah, nanti Abang Irfan belanja. Terima kasih sebab sedarkan Abang Irfan.” akui Irfan atas kesilapannya. Julia tersengih.
“Mengaku pun akhirnya. Ingatkan tak nak mengaku. Apapun kita patut berterima kasih pada Dr Anisa jugak kerana sudi menolong bagi melancarkan rancangan ini. Terima kasih Anisa sudi tolong aku.” ucap Julia.
“Terima kasih Dr Anisa.” ucap Arissa dan Irfan pula.
“Sama-sama. Nanti kalau rasa nak buat drama lagi kat sini, bagitahulah ya.” gurau Dr Anisa sambil tersenyum.
“Okey. Dr Anisa.” jawab mereka serentak.
“Ehem…ehem…” tiba-tiba Johan berdehem.
“Kau ni kenapa pulak? Nak suruh aku marah kau ke?” tanya Irfan pada Johan.
“Bukan macam tu.”
“Habis tu?”
“Tak ada lah… aku pun tolong kau jugak tau! Takkan Julia je kau nak belanja, aku pun nak jugak.” kata Johan sedih.
“Oooo…kau nak upah jugaklah ni ya?”
“Yelah…letih aku berlakon tadi tau!”
“A’ah lah Abang Irfan, kalau tak ada Abang Johan ni tak mungkin plan ni berjaya tau! Disebabkan Abang Johan ni lah Julia dapat tahu pergerakan abang hari ni tau.” cerita Julia.
“Ooooo…patutlah kau sibuk tanya aku, ada nak pergi mana-mana ke tak hari ni. Rupanya ni plan kau. Dah lah tu, sampai aku nak pergi toilet pun kau nak ikut. Hebat jugak lakonan kau ya Johan.”
“Mestilah…macam mana? kau nak belanja aku tak?” tanya Johan sekali lagi. Irfan seakan berfikir-fikir.
“Ermmm…oleh kerana kau pelakon terbaik dalam drama ni, jadi aku akan belanja kau sekali.”
“Betul ni?”
“Betul lah…”
“Yuhuuu!!!” jerit Johan. mereka disitu ketawa melihat gelagat Johan yang seperti budak kecik itu.
“Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih jugak dekat kau atas semua yang dah berlaku selama ni. Kau dah banyak tolong aku, terima kasih Johan.” ucap Irfan ikhlas.
“Tak ada hal lah, tu benda kecik je tu. Kan Julia kan?” tanya Johan padan Julia. Julia hanya mengangguk.

Mereka akhirnya meninggalkan tempat berlakunya drama tadi dengan perasaan yang begitu gembira, terutamanya bagi Arissa dan Irfan. Akhirnya satu hubungan istimewa terjalin diantara mereka dengan berkat usaha yang Julia rencanakan.